Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-23NCvC-56-11/2022 ANTARA NORSHUHADA BINTI SHAHARUDDIN …PLAINTIF (NO. K/P: 800203-02-5458)
BA-23NCvC-56-11/2022
High Court of Malaysia28 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“, saya merujuk panduan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohamed Ezam bin Mohd Nor & Ors v Ketua Polis Negara [2002] 1 MLJ 321 berkaitan dengan real danger of bias yang merujuk kepada kes R v Gough [1993] AC 646 (UKHL) ms 324 – Having ascertained the relevant circumstances, the court should ask itself whether having”
“arussalam. Selain itu, plaintif telah memberi penjelasan tentang jarak lokasi notari awam yang jauh dari kediaman plaintif. [27] Mahkamah dalam kes SS Precast Sdn Bhd v Serba Dinamik Group Bhd & Ors [2020] MLJU 400 memutuskan bahawa – [23] In view of O 1A and O 2 r 1(2) RC, all the rules in RC (including O 41 r 9(1) an”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-23NCvC-56-11/2022 ANTARA NORSHUHADA BINTI SHAHARUDDIN …PLAINTIF (NO. K/P: 800203-02-5458)
1
SYED FAIZAL SHAH BIN SYED …DEFENDAN-GULZAR ALI SHAH DEFENDAN (NO. K/P: 830212-14-5029) Sebagai Wasi Tunggal kepada Harta Pusaka Dr. Zarina Bibi Binti Shah Mohd [Si Mati] [No. MMC: 22471]
2
DR. MOHD DAUD BIN YAHYA [NO. MMC: 23256] (No. K/P: 530604-07-5395)
3
HOSPITAL BERSALIN & POLIKLINIK PUSRAWI (Dahulu dikendalikan oleh Pusrawi Corporation Sdn Bhd) (No. Syarikat: 266199-X) Dan sekarang dimiliki oleh DBM Medical Group Sdn Bhd (No. Syarikat: 1533667-P) 23/01/2026 12:35:09 BA-23NCvC-56-11/2022 Kand. 215 ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Ini adalah permohonan interlokutori (Kandungan 155) oleh defendan pertama supaya hakim bicara disingkirkan daripada mendengar dan memutuskan kes ini. [2] Pada 28.11.2025, Mahkamah Tinggi menolak Kandungan 155 dengan kos. LATAR BELAKANG [3] Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan adalah berdasarkan tort kecuaian perubatan. Perbicaraan telah ditetapkan untuk sambung bicara pada 26.9.2025. [4] Semasa prosiding perbicaraan, plaintif dan keluarga menetap di Negara Brunei Darussalam. [5] Defendan pertama Dr. Zarina Bibi Binti Shah Mohd (Dr Zarina) telah meninggal dunia sebelum sempat kes dibicarakan. Anak dan wasi tunggal kepada Dr Zarina iaitu Syed Faizal Shah bin Syed Gulzar Ali Shah telah dinamakan sebagai defendan pertama. Defendan pertama diwakili oleh Tetuan Rajwinjit Asyraf & Partners yang mengambil alih tindakan ini sejak 18.5.2025. [6] Manakala defendan ketiga merupakan hospital di mana plaintif bersalin. [7] Permohonan di bawah Kandungan 155 difailkan selepas Mahkamah ini memerintahkan perbicaraan diteruskan pada 26.9.2025 tanpa kehadiran peguam cara defendan pertama, Cik Rajwinjit Kaur Khalae a/p Ajit Singh Khalae (Rajwinjit Kaur). Selanjutnya pada hari yang sama, plaintif dan defendan ketiga menutup kes. Mahkamah ini kemudiannya menetapkan tarikh pemfailan hujahan dan keputusan. Insiden pada 26.9.2025 [8] Sambung bicara kes ini telah dipersetujui oleh semua pihak untuk dijalankan pada 26.9.2025 jam 9.30 pagi. Kesemua peguam cara dan saksi-saksi bagi plaintif dan defendan ketiga telah hadir untuk perbicaraan melainkan peguam cara defendan pertama, Cik Rajwinjit Kaur. Menurut Cik Rajwinjit Kaur, beliau telah memohon sambung bicara ditangguhkan sehingga jam 10.30 pagi kerana beliau mengendalikan pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Alasan yang diberikan oleh Cik Rajwinjit Kaur adalah rakan sekerjanya yang perlu hadir mengendalikan pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah disahkan positif Covid-19. [9] Cik Rajwinjit Kaur terkilan kerana Mahkamah ini telah meneruskan perbicaraan penuh tanpa kehadiran beliau meskipun beliau telah mengambil tindakan menelefon Mahkamah. Beliau menyatakan hakim bicara telah membenarkan penangguhan sehingga jam 10.30 pagi. [10] Menurut Cik Rajwinjit Kaur lagi, beliau menerima panggilan telefon pada jam 9.50 pagi bahawa kes diteruskan tanpa kehadiran beliau. Pada jam 10.05 pagi beliau mengarahkan wakil firmanya menghantar emel kepada Mahkamah memaklumkan beliau ditimpa kemalangan. [11] Afidavit Sokongan Cik Rajwinjit Kaur turut menyatakan beliau telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur berikutan kemalangan tersebut. Alegasi Peguam cara Defendan Pertama [12] Melalui Afidavit Sokongan, Cik Rajwinjit Kaur menyatakan antara lain – a) Beliau kesal bicara diteruskan tanpa permohonan penangguhannya diberi pertimbangan oleh hakim bicara; b) Kemalangan adalah kejadian di luar jangka yang tidak dapat dielakkan; c) Mahkamah ini telah bertindak terburu-buru dan menafikan hak untuk didengar secara adil; d) Prinsip keadilan asasi terjejas kerana defendan pertama tidak diberi peluang untuk didengar; e) Perbicaraan saksi plaintif dijalankan secara zoom dan Cik Kiranjit Kaur boleh sahaja memeriksa balas saksi plaintif melalui kaedah yang sama semasa beliau dalam perjalanan ke Mahkamah; dan f) Cik Kiranjit Kaur bergantung dengan Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2019 berkaitan dengan permohonan penangguhan jika berhadapan dengan kecemasan dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. [13] Cik Rajwinjit Kaur menyatakan Kandungan 155 adalah permohonan oleh defendan pertama supaya saya menarik diri atau disingkirkan sebagai hakim yang mendengar guaman ini. Namun permohonan tersebut disokong dengan Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Cik Rajwinjit Kaur dan bukannya oleh defendan pertama yang merupakan pihak dalam guaman ini. [14] Menurut Cik Rajwinjit Kaur lagi, defendan pertama dan beliau sendiri telah hilang keyakinan kepada Mahkamah ini sehingga menyebabkan tidak selesa dan tidak yakin untuk meneruskan prosiding di hadapan saya. PERMOHONAN DEFENDAN PERTAMA [15] Berikutan itu, pada 27.10.2025 Tetuan Rajwinjit Asyraf & Partners memfailkan Kandungan 155 memohon untuk mendapatkan relif-relif yang berikut –
i
Bahawa Defendan Pertama dibenarkan membuat permohonan ini;
II
(ii) Bahawa Hakim menarik diri daripada meneruskan untuk mendengar dan menentukan tindakan ini;
III
(iii) Bahawa guaman ini dipindahkan ke Mahkamah lain untuk didengar oleh dihadapan hakim lain;
IV
(iv) Bahawa saksi-saksi yang telah memberikan keterangan pada 26.09.2025 dipanggil semula untuk disoal balas oleh peguamcara Defendan Pertama dan saksi-saksi bagi Pihak Defendan Pertama diperintahkan hadir dan memberikan keterangan di hadapan Hakim baharu.
v
Bahawa semua arahan Mahkamah Yang Mulia ini berhubung pemfailan hujahan bertulis dan/atau keputusan dalam tindakan ini digantung serta merta (ad interim) sehingga permohonan ini diputuskan dan/atau dilupuskan oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
VI
(vi) Kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; dan
VII
(vii) Lain-lain relief dan/atau perintah yang Mahkamah yang Mulia ini difikirkan sesuai dan adil. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG [16] Berdasarkan prinsip duluan mengikat, Mahkamah ini mengikuti dengan ketat prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato’ Tan Heng Chew v Tan Kim Hor [2006] 2 MLJ 293 dan Dato’ Sri Mohd Najib bin Hj Abd Razak v Pendakwa Raya [2023] 3 MLJ 40. [17] Dalam kes Dato’ Sri Mohd Najib bin Hj Abd Razak v Pendakwa Raya (supra) diputuskan bahawa – the law on recusal of a judge is also well settled. The applicable test on whether a judge should be recused is a real danger of bias test not perception of bias. PENEGASAN PLAINTIF [18] Plaintif telah membantah permohonan Kandungan 155 melalui Afidavit Jawapan plaintif yang diikrarkan oleh Norshuhada binti Shahruddin pada 11.11.2025. Melalui Afidavit Jawapan, plaintif menyatakan bahawa – a) Alasan Cik Rajwinjit Kaur menghadiri sesi pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah tidak munasabah kerana tarikh bicara 26.9.2025 telah ditetapkan tiga bulan yang lalu pada 25.6.2025. Sewajarnya beliau memberi keutamaan kepada kes sambung bicara yang dikendalikan olehnya sendiri. b) Cik Rajwinjit Kaur telah empat kali memohon penangguhan tarikh bicara penuh pada 5.12.2024, 9.12.2024, 19.5.2025 dan 20.5.2025 atas alasan sakit serta alasan kematian ahli keluarga pada 18.11.2024. c) Menafikan bahawa Mahkamah ini meneruskan perbicaraan dengan alasan peguam-peguam yang hadir adalah peguam-peguam yang senior. d) Peguam cara plaintif tidak menerima sebarang e-mel pada jam 10.05 pagi daripada Tetuan Rajwinjit Asyraf & Partners pada 26.9.2025 memohon penangguhan. e) Cik Kiranjit gagal berkomunikasi dengan anakguamnya semasa hari bicara untuk memberitahu Mahkamah mengenai kemalangan yang dikatakan berlaku. [19] Plaintif turut menafikan wujud real danger of bias kerana Mahkamah ini telah memberi peluang kepada Cik Rajwinjit Kaur semasa pengurusan kes bagi Kandungan 155 pada 31.10.2025 untuk membuka semula kes defendan pertama dan meneruskan dengan perbicaraan. Namun Cik Rajwinjit Kaur menolak peluang tersebut dengan alasan arahan anakguam adalah untuk meneruskan dengan permohonan Kandungan 155. [20] Plaintif juga telah mendeposkan fakta bahawa akibat penangguhan perbicaraan yang berulangkali oleh Cik Rajwinjit Kaur, plaintif yang menetap di Brunei telah mengalami kesulitan dan menyebabkan kerugian kos tiket penerbangan pada 17.11.2024 dan 4.12.2024 akibat penangguhan tarikh bicara. Keluhan plaintif berkaitan dengan kesukaran yang dialami termasuk penjadualan semula saksi pakar telah dimaklumkan kepada Mahkamah pada 5.12.2024. [21] Namun selepas Mahkamah ini membenarkan laluan perbicaraan secara persidangan video, suami plaintif telah mengambil cuti tahunan untuk menghadiri perbicaraan, namun sekali lagi perbicaraan ditangguhkan pada 19.5.2025 atas permohonan Cik Rajwinjit Kaur. [22] Turut dihujahkan oleh peguam cara plaintif adalah permohonan ini difailkan pada 27.10.2025 iaitu satu bulan selepas tarikh bicara 26.9.2025 selain tidak ada laporan kecederaan kemalangan mahupun laporan polis dikemukakan oleh Cik Rajwinjit Kaur kepada Mahkamah. PENEGASAN DEFENDAN KETIGA [23] Defendan ketiga juga sealiran dengan plaintif dengan membantah permohonan untuk menyingkirkan saya daripada meneruskan pendengaran kes ini. Afidavit Balasan oleh Zulkhairi bin Yahaya bagi pihak defendan ketiga menyatakan alasan bahawa – a) Perbicaraan telah ditetapkan jam 9.30 pagi dan semua peguam cara telah bersedia kecuali peguam cara defendan pertama. b) Peguam cara defendan ketiga menerima mesej daripada Cik Rajwinjit Kaur memohon kes ditangguh sebentar dan hal ini dimaklumkan kepada Jurubahasa Mahkamah. c) Mahkamah meneruskan dengan perbicaraan kerana tiada sebarang permohonan rasmi dikemukakan untuk menangguhkan kes tersebut. d) Peguam cara defendan ketiga tidak mempunyai pengetahuan tentang kemalangan yang dikatakan dialami oleh Cik Rajwinjit Kaur. e) Peguam cara defendan ketiga tidak menyedari bahawa defendan pertama berada di galeri awam semasa perbicaraan dan defendan pertama juga tidak memaklumkan kehadirannya kepada Jurubahasa. [24] Defendan ketiga mengakui tidak membantah sekiranya defendan pertama diberi kebenaran memanggil semula saksi-saksi yang telah memberi keterangan untuk diperiksa balas dan bagi defendan pertama membuka semula kesnya. Isu Awalan: Bantahan Awal Defendan Pertama terhadap Afidavit Jawapan Plaintif. [25] Defendan pertama membangkitkan bantahan awal terhadap penerimaan masuk Afidavit Jawapan plaintif yang difailkan di luar masa yang ditetapkan oleh Mahkamah ini. [26] Plaintif telah menerangkan kepada Mahkamah ini bahawa plaintif berada di Negara Brunei dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan Notari Awam untuk mengikrarkan afidavit tersebut. Saya telah meneliti Afidavit Jawapan plaintif dan mendapati plaintif juga telah mendapatkan cop mohor Collector of Stamp Duty Judiciary Brunei Darussalam. Selain itu, plaintif telah memberi penjelasan tentang jarak lokasi notari awam yang jauh dari kediaman plaintif. [27] Mahkamah dalam kes SS Precast Sdn Bhd v Serba Dinamik Group Bhd & Ors [2020] MLJU 400 memutuskan bahawa – [23] In view of O 1A and O 2 r 1(2) RC, all the rules in RC (including O 41 r 9(1) and (2) RC) should be administered by the court with regard to the ‘overriding interest of justice and not only to the technical non-compliance’ with RC. [28] Saya mendapati kelewatan yang berlaku tidak mendatangkan prejudis kepada mana-mana pihak. Berdasarkan Aturan 1A Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, demi kepentingan keadilan Mahkamah ini menerima Afidavit Jawapan plaintif dan menolak bantahan awal defendan pertama. ISU UNTUK DIPUTUSKAN [29] Kandungan 155 melibatkan satu isu utama sahaja iaitu sama ada wujud risiko sebenar berat sebelah (real danger of bias) oleh hakim bicara dalam mendengar dan memutuskan kes ini sehingga mewajarkan hakim bicara menarik diri atau disingkirkan. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [30] Sebelum saya merujuk kepada isu utama, saya menarik perhatian kepada afidavit-afidavit yang difailkan oleh Tetuan Rajwinjit Asyraf & Partners berhubung dengan permohonan ini. [31] Hasil penelitian terhadap kertas-kertas kausa yang difailkan oleh Tetuan Rajwinjit Asyraf & Partners, saya tidak menemui satu pun afidavit yang diikrarkan oleh defendan pertama. Sebaliknya Afidavit Sokongan, Afidavit Pembetulan (Kand. 159), Afidavit Jawapan (Kand. 166) adalah diikrarkan sepenuhnya oleh peguamcara defendan pertama, Cik Rajwinjit Kaur. [32] Hal ini membawa kepada persoalan, siapakah sebenarnya yang memohon supaya hakim bicara menarik diri daripada terus mendengar dan menentukan guaman ini. [33] Mahkamah ini juga tidak berpeluang meneliti pernyataan defendan pertama meskipun perenggan 7-12 Afidavit Sokongan mendeposkan keluhan dan kenyataan yang dikatakan adalah keluhan defendan pertama. Jika Kandungan 156 diteliti, tiada apa-apa pernyataan dideposkan oleh Cik Rajwinjit Kaur bahawa Kandungan 156 diikrarkan dan dibuat bagi pihak defendan pertama atau atas arahan defendan pertama. Begitu juga bagi afidavit-afidavit di kandungan 159 dan 166. [34] Hal ini turut dibangkitkan oleh peguam cara plaintif melalui Afidavit Balasan plaintif dan defendan ketiga dalam membantah Kandungan 155. [35] Saya mendapati bahawa permohonan kandungan 155 sebenarnya merupakan permohonan oleh peguam cara defendan pertama untuk hakim bicara dalam guaman ini menarik diri daripada mendengar dan memutuskan guaman ini. Isu: Sama ada wujud risiko sebenar berat sebelah (real danger of bias) oleh hakim bicara dalam mendengar dan memutuskan kes ini sehingga mewajarkan hakim bicara menarik diri atau disingkirkan [36] Saya telah meneliti keseluruhan afidavit dan hujahan-hujahan oleh peguam cara terpelajar bagi defendan pertama, plaintif dan peguam cara defendan ketiga, dan Mahkamah ini mendapati bahawa –
i
Peguam cara defendan pertama gagal memberi perhatian kepada arahan Mahkamah yang diberikan pada 25.6.2025 bahawa sambung bicara kes ini dimulakan jam 9.30 pagi dan telah dipersetujui oleh semua pihak.
II
(ii) Kes ini adalah kes keutamaan melibatkan saksi dari luar negara dan saksi-saksi bagi guaman yang didaftarkan sejak tahun 2022. Bahkan berdasarkan minit Mahkamah, guaman ini telah beberapa ditangguhkan atas alasan kesihatan Cik Rajwinjit Kaur dan kematian.
III
(iii) Mahkamah juga mengambil maklum sambung bicara pernah dilapangkan pada 18.11.2024 dan 5.12.2024 yang mana saksi plaintif telah mengeluarkan kos tiket penerbangan dan mengalami kerugian.
IV
(iv) Tindakan peguam cara defendan pertama yang mendesak Mahkamah ini menangguhkan bicara ke jam 10.30 pagi pada hari bicara 26.9.2025, pada hemat saya adalah tidak wajar. Hal ini kerana Cik Rajwinjit Kaur tidak langsung memberi keutamaan kepada kes sambung bicara ini yang ditetapkan sejak 25.6.2025 dan sebaliknya hadir ke sesi pengurusan kes yang lain.
v
Pada hemat saya alasan Cik Rajwinjit Kaur bahawa rakan peguamnya dijangkiti covid-19 tidak berasas kerana jangkitan covid-19 bukanlah penyakit yang menyerang tiba-tiba selain tiada sokongan dokumen dikemukakan. Jika benar rakan peguam dijangkiti covid-19, firma peguam cara defendan pertama mempunyai ruang untuk memohon penangguhan di Mahkamah Kuala Lumpur dengan mengemukakan alasan dan bukti. Namun sebaliknya, Cik Rajwinjit Kaur menggunakan kes di Mahkamah Kuala Lumpur sebagai alasan untuk menangguhkan kes sambung bicara di Mahkamah ini. [37] Saya juga memberi pertimbangan kepada fakta bahawa tidak ada sebarang surat rasmi dihantar oleh Cik Rajwinjit Kaur kepada peguam cara plaintif, peguam cara defendan ketiga dan Mahkamah untuk menangguhkan bicara lewat dari masa yang ditetapkan lebih awal sebelum hari bicara. [38] Apa yang dilakukan oleh Tetuan Rajwinjit Asyraf & Partners adalah menelefon kakitangan Mahkamah ini pada masa saya sudah pun memulakan prosiding di Mahkamah Terbuka dan mengarahkan Mahkamah ini supaya terikat dengan permintaan firmanya untuk kes ditangguh sehingga kehadiran Cik Rajwinjit Kaur. [39] Meneliti Afidavit Sokongan, Eksibit RKK2 menunjukkan gambar rekod panggilan telefon oleh defendan pertama yang membawa Kesimpulan bahawa defendan pertama sendiri tidak mengetahui di mana keberadaan Cik Rajwinjit Kaur sejak dari jam 9.50 pagi 26.9.2025. Hal ini menunjukkan Cik Rajwinjit Kaur sendiri tidak memaklumkan anakguamnya akan kelewatan beliau menghadiri sesi bicara penuh yang ditetapkan pada jam 9.30 pagi. [40] Penetapan kes bicara pada jam 9.30 pagi telah dibuat atas persetujuan semua peguam cara setelah Mahkamah memberi pertimbangan kepada jumlah saksi dan waktu bekerja pada hari Jumaat. [41] Saya telah meneliti keadaan keseluruhan insiden yang berlaku pada 26.9.2025 dan semasa tarikh kembalian bagi Kandungan 155 di Mahkamah Terbuka pada 31.10.2025. Pada sesi pengurusan kes tersebut, saya telah memberi peluang dan bertanya kepada Cik Rajwinjit Kaur jika defendan pertama ingin diberi peluang untuk membuka semula kesnya. Cik Rajwinjit Kaur memaklumkan Mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan anakguam. [42] Namun demikian, pada 3.11.2025 Cik Rajwinjit Kaur memaklumkan saya bahawa defendan pertama ingin meneruskan dengan Kandungan 155 dan enggan menerima peluang membuka semula kesnya termasuk memeriksa balas semula saksi-saksi yang telah memberi keterangan. [43] Pada hemat saya, keengganan meneruskan bicara penuh meskipun Mahkamah ini telah memberi peluang untuk defendan pertama memeriksa balas saksi-saksi dan seterusnya memberi keterangan di Mahkamah telah menegatifkan alegasi Cik Rajwinjit Kaur bahawa saya selaku hakim bicara bersikap tidak wajar dan tidak adil sehingga menafikan hak defendan pertama untuk didengar. [44] Meneliti keseluruhan keadaan yang melingkari kes ini berkaitan dengan permohonan untuk menyingkirkan saya sebagai hakim bicara, saya merujuk panduan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohamed Ezam bin Mohd Nor & Ors v Ketua Polis Negara [2002] 1 MLJ 321 berkaitan dengan real danger of bias yang merujuk kepada kes R v Gough [1993] AC 646 (UKHL) ms 324 – Having ascertained the relevant circumstances, the court should ask itself whether having regard to those circumstances, there was a real danger of bias on the part of the relevant member of the tribunal in question, in the sense that he might unfairly regard (or have unfairly regarded) with favour, or disfavour, the case of a party to the issue under consideration. [45] Selaras dengan itu, saya turut merujuk kes Deleum Primera Sdn Bhd v Mazrin bin Ramli & Ors [2021] 11 MLJ 100 yang menyatakan bahawa – [38] Our recent Court of Appeal’s decision in Wong Kie Chie & Ors v Katheryn Ma Wai Fong & Anor and other appeals [2017] 3 MLJ 350 (CA) is instructive. In this appeal, Vernon Ong JCA (as His Lordship then was) examined the English and Malaysian jurisprudence on judicial recusal. [39] His Lordship reiterated that the decision whether to recuse a judge from the case will depend fundamentally on the particular facts and circumstances of each case and the court should be vigilant not to allow parties to do judge-shopping by recusal of judges. … [41] In essence, Vernon Ong JCA (as His Lordship then was) emphasised the need to be vigilant in deciding a recusal application. This is because the ‘real danger of bias’ test imposes a higher threshold for the applicant to succeed as compared to the other tests adopted in other jurisdictions, such as ‘the real suspicion of bias test’ or ‘the real likelihood of bias test’. [46] Setelah meneliti keseluruhan alasan dan hujahan peguam cara-peguam cara serta keadaan kes ini, menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa peguam cara defendan pertama gagal menunjukkan wujud real danger of bias yang mewajarkan saya selaku hakim bicara disingkirkan daripada mendengar dan memutuskan kes ini. [47] Demi kepentingan keadilan saya juga mendapati adalah tidak wajar bagi saya membenarkan Kandungan 155 apabila defendan pertama gagal membuktikan kewujudan real danger of bias. Bahkan Mahkamah ini memberi perhatian terhadap panduan oleh Hakim Agustine Paul (beliau ketika itu) dalam kes Mohamad Ezam Mohd Nor & Ors v Inspector General of Police [2001] 2 ML J 481 - A judge in deciding a case, is merely carrying out a constitutional function entrusted upon him by the Yang di-Pertuan Agong. The decision made is based on admissible evidence and the arguments advanced by the parties. A judge has no interest in the outcome of his judgment. Any attempt made to hold a judgment against the decider whether directly or indirectly, explicitly or implicitly or even dressed and fashioned as a perception will strike at the very core of the administration of justice and lead to the destruction of the independence of the judiciary. As lyer's Law of Contempt of Courtssays at p 683: By the very nature of his work a Judge has to decide matters against one or other of the parties. If the fact that he renders a decision which is resented by a litigant or his lawyer were to expose him to such risk, it will sound the death knell of the institution. [48] Selain itu, Mahkamah ini turut memandang serius terhadap tingkahlaku peguam cara defendan, Cik Rajwinjit Kaur yang telah bertindak secara yang berikut – a) Mengemukakan surat secara unilateral atau sepihak kepada Mahkamah untuk meminta Mahkamah ini melayan permintaannya dalam menangguhkan kes dari dimulakan
Preamble
mengikut waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh peguam cara bagi semua pihak. i. Tindakan Cik Rajwinjit Kaur menggambarkan akan keengganan beliau mengakui hakikat bahawa haknya untuk diberi perhatian atau didengar adalah di Mahkamah Terbuka dan bukan melalui surat yang diutus terus kepada hakim bicara tanpa disalinankan kepada peguam cara-peguam cara yang mewakili semua pihak. ii. Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam Tan Lay Ean v Kenneth Yoong Ken Chinson St James & Anor [2025] 5 MLJ 1 yang memutuskan bahawa –
3
The first respondent as an opponent litigant in the court case was represented by a firm of solicitors, if there was any complaint against any actions taken in the court case, the complaint ought to be made to the firm of solicitors representing him, as opposed to making a complaint directly to the presiding judge. If such practice was allowed, the ramification was that the court would be bombarded with complaint letters by lawyers complaining against their opponent litigants. Further, the complaints made against the opponent litigant would prejudice and influence the mind of the presiding judge. This could in a way amount to ‘obstructing’ the court in administering fair justice to the litigants as well as breed an unhealthy practice in the legal profession. b) Implikasi relif-relif yang dituntut oleh defendan pertama berkecenderungan menghalang guaman yang didaftarkan sejak tahun 2022 dilupuskan. Hal ini kerana defendan pertama memohon supaya kes ini dipindahkan dan didengar oleh hakim yang baharu serta saksi-saksi yang telah memberikan keterangan pada 26.9.2025 dipanggil semula untuk disoal balas oleh Cik Rajwinjit Kaur dan saksi-saksi bagi pihak defendan pertama diperintahkan hadir dan memberikan keterangan di hadapan Hakim baharu. Cik Rajwinjit Kaur tidak menyedari bahawa terdapat saksi plaintif yang telah memberi keterangan di peringkat pemeriksaan utama pada tarikh bicara sebelum 26.9.2025. Permohonan ini secara hakikinya menyebabkan prosiding Mahkamah menjadi caca marba jika dibenarkan kerana defendan pertama hanya memohon pemeriksaan balas saksi-saksi yang memberi keterangan pada 26.9.2025 sahaja untuk diperiksa balas semula di hadapan hakim baharu. Nyata relif yang dipohon adalah tidak munasabah dan memprejudiskan pihak-pihak. c) Cik Rajwinjit Kaur bertindak secara berani dan terang-terangan membuat alegasi yang tidak benar melalui afidavit-afidavit yang diikrarkan olehnya sendiri terhadap integriti dan kredibiliti hakim bicara. Mahkamah ini tidak pernah memberi kebenaran terhadap permohonan penangguhan yang dibuat secara sepihak melalui panggilan telefon sejurus Mahkamah ini ingin memulakan kes. Saya juga tidak memberi pertimbangan kepada e-mel firma Cik Rajwinjit Kaur yang dimajukan pada pagi perbicaraan dengan tidak disalinankan kepada peguam cara plaintif dan defendan ketiga. Tindakan sedemikian yang dilakukan oleh Cik Rahwinjit Kaur pada hemat saya tidak sewajarnya diamalkan oleh pengamal undang-undang. Mahkamah telah menekankan dalam kes Mohamad Ezam Mohd Nor & Ors v Inspector General of Police (supra), bahawa – In fact, questioning the competence of a judge to hear a particular case on account of his standing in the judicial hierarchy amounts to casting an aspersion on the appointing authority (see Devi & Ors v State (1963) 1 Cri LJ 543). It is the bounden duty of all concerned, including the Bar Council to protect the judiciary from such onslaughts. [49] Setelah mengambil kira kelakuan peguam cara defendan pertama dan kesan yang terpaksa diambil sehingga menyebabkan kes ini yang didaftarkan pada tahun 2022 ditangguhkan lagi setelah Mahkamah ini melapangkan tarikh hujahan dan keputusan seperti yang dipohon oleh peguam cara defendan pertama dalam perenggan (v) kandungan 155. Justeru, saya berpandangan satu perintah mengenai kos yang signifikan wajar dikenakan terhadap peguam cara defendan pertama. [50] Justeru, saya mendapati tiada merit dalam permohonan defendan pertama di sini. KESIMPULAN [51] Berdasarkan alasan-alasan yang dicerakinkan di atas, Mahkamah ini memutuskan :
i
Kandungan 155 ditolak.
II
(ii) Peguam cara defendan pertama diperintahkan membayar kos kepada plaintif dan defendan ketiga sebanyak RM20,000.00 tertakluk kepada alokator.
III
(iii) Kos tersebut diperintahkan dibayar serta merta. Bertarikh pada 22 Januari 2026. Ditandatangani ………………………………………. Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor
1
Bagi Pihak Plaintif : Ravi Nekoo Tetuan Nekoo (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
2
Bagi Pihak Defendan Pertama : Rajwinjit Kaur Khalae a/p Ajit Singh Khalae Tetuan Rajwinjit, Asyraf & Partners (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
3
Bagi Pihak Defendan Kedua : Tidak diwakili peguam cara dan tidak hadir
4
Bagi Pihak Defendan Ketiga : Muhammad Luqman Firdaus bin Md Yunus Tetuan P S Ranjan & Co. (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.