Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA WRIT SAMAN NO. DA-A53KJ-359-08/2022 ANTARA NUR ADDIYANI BINTI ISMAIL ... PLAINTIF
DA-A53KJ-359-08/2022
Sessions Court of Malaysia23 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA WRIT SAMAN NO. DA-A53KJ-359-08/2022 ANTARA NUR ADDIYANI BINTI ISMAIL ... PLAINTIF
1
1.NORLAILA BINTI HUSIN …DEFENDAN PERTAMA
2
2.RUSLI BIN GHANI …DEFENDAN KEDUA PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1]. Ini adalah rayuan Plaintif(Perayu) terhadap keputusan Mahkamah yang diberikan dalam kes tuntutan Plaintif bagi gantirugi khas terhadap Defendan-defendan akibat dari satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 05.07.2021. [2]. Dalam kes ini atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah telah memutuskan untuk mengawardkan kuantum Khas: (Berdasarkan kepada 100%) seperti berikut- B. Gantirugi Khas: [ 3 ] Asas kepada gantirugi adalah bersifat pampasan, bukan hukuman atau hadiah. Mahkamah Persekutuan dalam kes lnas Faiqah Mohd Helmi (A child suing through her father and next friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885 FC: "It is trite that damages serve as compensation, not reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v. Dr. S Underwood [1983] 2 CLJ 198). In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence." [ 4 ] Mahkamah award GantiRugi khas seperti berikut: a) carian JPJ RM10.00 c) Laporan pakar Klinik teguh RM750.00 d) Kos penjagaan RM400.00 e) Kerosakan pakaian ( Dipersetujui)RM100.00 f) Kehilangan pendapatan RM28,000.00 g) Kos Fisioterapi RM3000.00 i)Kos ubatan RM102.00 ii) Prosthetic footwear RM125,820.00 Jumlah RM158,182.00 [ 5 ] Untuk Kos Fisioterapi Mahkamah awardkan RM3000.00 . Plaintif telah mencadangkan RM3000.00 manakala Defendan pula menngesyorkan RM8,100.00. Maka award yang munasabah Mahkamah bersetuju dengan jumlah sebanyak RM3000.00. [ 6 ] Kehilangan pendapatan. Tiada sebarang dokumen untuk membuktikan pembayaran. Plaintif bekerja kilang membungkus minyak dengan pendapatan RM35 sehari. Pihak Plaintif mencadangkan RM134,400 berdasarkan pengiraan (RM35.00 x 20) x 16 tahun x 12 bulan. Manakala defendan pula membuat pengiraan kehilangan pendapatan selama 4 tahun iaitu 40 bulan. RM35 x 5 hari x 4 x 40 bulan = RM28,000.00. Mahkamah bersetuju dengan pengiraan Defendan dan mengawardkan RM28,000 untuk kehilangan pendapatan. [ 7 ] Untuk Kos pembelian kaki palsu (prosthesis & orthosis) Pihak Plaintif mencadangkan RM936,700.00 manakala pihak Defendan pula menghujahkan jumlah RM125,820.00.
a
Plaintif berhujah bahawa Plaintif telah menjadi OKU dan tidak dapat berjalan secara normal.Plaintif ada memakai prosthetic footwear hasil sumbangan Perkeso dan ingin menggantikan dengan yang baru.
b
Defendan pula berhujah bahawa life expectancy of Malaysian citizen berdasarkan Department of Statistics Malaysia adalah 75.8 tahun untuk female (keterangan SD1 di mahkamah). Saksi Plaintif sendiri juga melalui P10 ms 12, life expectancy adalah 76, dan estimated remaining life: 76-22 = 54 tahun. SD1 ketika memberi keterangan mengatakan mencadangkan silicone foot prosthesis untuk calcaneum level amputation pada harga RM6990 seunit, ditukar tiga tahun sekali: RM6990 x 18 unit =RM125,820 . Walaupun SD1 tidak memeriksa plaintif, beliau telah meneliti keadaan plaintif menerusi laporan perubatan dan laporan pakar dan cukup maklum tentang keperluan plaintif. Saksi plaintif iaitu P9 mengguna pakai estimated remaining life 58 tahun. Ini bercanggah dengan SP7 melalui laporan P9 dan juga keterangan SD1. SP6 juga mencadangkan selain foot prosthesis (ikatan B ms 28), di para A2 plaintif juga memakai Custom made orthopaedic shoes. SD1 mengatakan custom made orthopaedic shoes adalah untuk kaki yang ada masalah contohnya tenderness pada jari dan kependekan. Di dalam kes ini kaki telah dipotong, jadi isu custom made orthopaedic shoes tidak timbul. Begitu juga para B dan C ms 28 Ikatan B yang dicadangkan oleh SP6 iaitu stump moisturiser dan maintenance fee. SD1 mengatakan maintenance biasanya telah termasuk di dalam harga prosthesis dan di Syarikat beliau memang tidak dikenakan. Mahkamah bersetuju bahawa adalah tidak munasabah bagi setiap pertukaran silicone prosthesis yang berharga RM13,000 seunit, maintenance fee RM5,000 dikenakan. Berkenaan dengan mosturiser pula, SD1 mengatakan ianya hanya untuk melembab kulit, pada pendapat beliau produk seperti Vaseline adalah sesuai. RM37,700 untuk lotion pelembab/skin care di kawasan stump adalah keterlaluan dan tidak sewajarnya dibenarkan.
c
Setelah mempertimbangkan hujahan kedua pihak Mahkamah bersetuju dengan jumlah yang dicadangkan sebagaimana keterangan SD1 iaitu RM125,820.00 [ 8 ] Home Occupational Therapy. P10 mengatakan ini adalah untuk occupational related movement and activities of daily living eg bathing, grooming etc. Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan bahawa memandangkan Plaintif boleh membuat semua itu (lihat ms 11 dan 12, P10) sebagaimana Barthel Index Score 100%, Plaintif tidak memerlukan therapy tambahan ini. C. KESIMPULAN DAN KOS [9]. Mahkamah membenarkan award untuk Gantirugi khas berjumlah RM158,182.00 beserta kos dan faedah ………………..t.t………………………………. (HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH) HAKIM MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU Tarikh: 13 MEI 2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.