Perayu telah dituduh atas kesalahan mengedar dadah jenis Heroin seberat 136.60 gram dan dadah jenis Monoacetlymorphines seberat 65.55 gram di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952. Dua pertuduhan yang dikenakan ke atas Perayu adalah sebagaimana berikut: Pertuduhan Pertama "Bahawa kamu pada 13/12/2018, jam lebih kurang 1.05 petang, di tepi Jalan Resam 13, Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, di dalam Daerah Johor Bahru di dalam Negeri Johor telah mengedar dadah berbahaya berat bersih 136.60 gram Heroin. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama." Pertuduhan Kedua "Bahawa kamu pada 13/12/2018, jam lebih kurang 1.05 petang, di tepi Jalan Resam 13, Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, di dalam Daerah Johor Bahru di dalam Negeri Johor telah mengedar dadah berbahaya berat bersih 65.55 gram Monoacetylmorphines. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama." S/N gyTtuLbmfUWYiPpMninLYw