Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KEMAMAN DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES TANGKAPAN NO. TB-83D-258-02/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN NUR AQIL SYAFFI BIN SUHAIDI [No. Kad Pengenalan: 011029-11-0339] ALASAN PENGHAKIMAN
TB-83D-258-02/2024
Magistrates Court of Malaysia24 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KEMAMAN DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES TANGKAPAN NO. TB-83D-258-02/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN NUR AQIL SYAFFI BIN SUHAIDI [No. Kad Pengenalan: 011029-11-0339] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. Pertuduhan ke atas Tertuduh adalah seperti berikut: Pertuduhan: “Bahawa kamu pada 6 Disember 2023 jam lebih kurang 11.45 malam, bertempat di tepi jalan kawasan Kampung Bukit Anak Dara, 24100 dalam daerah Kemaman, dalam Negeri Terengganu Darul Iman telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya dengan berat bersih yang mengandungi 10.41 gram Methamphetamine. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah berbahaya 1952 dan dihukum dibawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama.” Hukuman: Jika disabitkan, hendaklah dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg lima tahun dan ia juga akan dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.
2
Pertuduhan tersebut telah dibacakan dan diterangkan dalam Bahasa Malaysia kepada Tertuduh dan diakui faham. Tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Pihak pendakwaan telah memanggil tujuh (7) orang saksi pendakwaan.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh. Pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes ini.
4
Oleh itu, Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Keputusan ini telah dibaca dan diterangkan di dalam Mahkamah Terbuka kepada pihak-pihak.
5
Pihak pendakwaan telah merayu untuk keputusan Mahkamah tersebut.
1
Pada 6 Disember 2023 jam lebih kurang 11.45 malam, pengadu[SP2] telah mengetuai sepasukan polis menahan Tertuduh di tepi jalan kawasan Kampung Bukit Anak Dara, 24100 Kijal, daerah Kemaman, Terengganu kerana Tertuduh disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.
2
Setelah SP2 memperkenalkan diri sebagai anggota polis, Tertuduh telah bertindak melarikan diri lalu terjatuh. Tertuduh berjaya ditahan. Kemudian, SP2 telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg Tertuduh dan SP2 telah merampas (1) kotak rokok berwarna merah yang tertulis perkataan “John JDB” [Eksibit P4] dari genggaman tangan kanan Tertuduh.
3
Dengan disaksikan Tertuduh serta anggota serbuan yang lain, SP2 telah menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap Eksibit P4 di mana hasil pemeriksaannya mendapati Eksibit P4 mengandungi:- • (1) peket plastik cerah berangkai (12) [Eksibit P7A-L] di dalam setiap rangkai berisi pil-pil warna merah disyaki dadah; • (1) peket plastik cerah berangkai (10) [Eksibit P8A-J] di dalam setiap rangkai berisi pil-pil warna merah disyaki dadah; dan • (1) peket plastik cerah berangkai (8) [Ekshibit P9A-H] di dalam setiap rangkai berisi pil-pil warna merah disyaki dadah. [ANGGARAN BERAT KESELURUHAN [ABK: 31.04 gram]
4
SP2 seterusnya telah menangkap Tertuduh dan merampas kesemua barang kes tersebut untuk dibawa balik ke IPD Kemaman. Sepanjang masa perjalanan dari tempat kejadian sehingga ke IPD Kemaman, Tertuduh dan barang kes berada di dalam kawalan dan jagaan SP2 sepenuhnya.
5
Setelah sampai di IPD Kemaman, SP2 telah menyediakan satu Senarai Geledah [Eksibit P12] berkaitan barang kes yang telah dirampas dan telah membuat penandaan ke atas barang kes yang dirampas. SP2 juga membuat laporan polis KIJAL/001393/23 [Eksibit P11]. Tertuduh dan kesemua barang kes yang dirampas kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat [SP7]. Borang serah terima barang kes [Eksibit P14] serta borang hak-hak orang ditangkap [Eksibit P13] dilengkapkan setelah penyerahan Tertuduh dan barang kes disiapkan. S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg
6
Seterusnya, barang kes telah dihantar oleh SP1 ke Jabatan Kimia Malaysia. Hasil analisa yang telah dijalankan oleh ahli kimia [SP6] dan laporan kimia nombor makmal 23-FR-T-04228 [Eksibit P15] yang disediakannya menunjukkan berat bersih tablet-tablet tersebut ialah sejumlah 79.52 gram yang mengandungi 10.41 gram methamphetamine. Methamphetamine adalah disenaraikan di dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. UNDANG-UNDANG BERKAITAN: 1. Mahkamah merujuk pada seksyen 173(f) dan seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan secara jelas tugas utama Mahkamah di akhir kes pendakwaan iaitu mempertimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah: (f)(i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. (ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal. Seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah: (h) (i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence. (ii) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on an offence other than the offence charged which the Court is competent to try and which in the opinion of the Court it ought to try, the Court shall amend the charge. S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg (iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. 2. Mahkamah merujuk kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 sebagaimana berikut: “If the court, upon a maximum evaluation of the evidence placed before it at the close of the prosecution case, comes to the conclusion that a prima facie case has not been made out, it should acquit the accused. If, on the other hand, the court after conducting a maximum evaluation of the evidence comes to the conclusion that a prima facie case has been made out, it must call for the defence. If the accused then elects to remain silent, the court must proceed to convict him. It is not open to the court to then re-assess the evidence and to determine whether the prosecution had established its case beyond a reasonable doubt. The absence of any evidence from the accused that casts a reasonable doubt on the prosecution's case renders the prima facie case one that is established beyond a reasonable doubt.” 3. Rujukan juga dibuat terhadap kes Mahkamah Rayuan LOOI KOW CHOI V PP [2003] 2 MLJ 65 seperti berikut: In our respectful view, the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s 180 of the CPC this would apply to a trial under s 173 of the CPC) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232 at p 270: … S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal. 4. Kesalahan memiliki dadah jenis methamphetamine dinyatakan secara jelas dalam seksyen 12(2) ADB 1952 seperti berikut: 12. Restriction on import and export of certain dangerous drugs 12. (2) No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized to be in possession, custody or control of such drug or is deemed to be so authorized under this Act or the regulations made thereunder. 5. Mahkamah juga membuat rujukan undang-undang peruntukan di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama iaitu: 39A. Increased penalty where the subject matter is the prescribed amount of certain dangerous drugs (1) Every person found guilty of an offence against this Act where the matter of the offence is – (r) 5 grammes or more but less than 30 grams in weight of Methamphetamine shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg less than two years but shall not exceed five years, and he shall also be punished with whipping of not less than three strokes but not more than nine strokes. 6. Oleh itu, elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di dalam kes ini adalah: I. Barang kes yang dirampas oleh SP2 adalah 10.41 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine sebagaimana dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; II. Barang kes dalam milikan Tertuduh; dan III. Tertuduh tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki barang kes pada masa kejadian. ANALISA/DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN: 1. Mahkamah telah menganalisa semua keterangan saksi-saksi yang dikemukakan, eksibit-eksibit yang telah ditandakan, hujahan-hujahan daripada pihak pendakwaan dan pihak pembelaan. 2. Mahkamah mendapati tiada isu berkenaan dengan tangkapan Tertuduh yang mana mahkamah berpuas hati Tertuduh ditangkap di tepi jalan kawasan Kampung Bukit Anak Dara, 24100 Kijal, daerah Kemaman, Terengganu pada 6 Disember 2023 jam lebih kurang 11.45 malam. Mahkamah juga berpuas hati berdasarkan keterangan SP2 dan SP3, Tertuduh ditangkap seorang diri dan tiada orang awam di tempat kejadian. 3. Mahkamah juga berpuas hati dengan penemuan barang kes iaitu satu kotak rokok tertulis perkataan “John JDB” [Eksibit P4] dalam genggaman tangan kanan Tertuduh meskipun Tertuduh jatuh akibat melarikan diri dan pemeriksaan dilakukan oleh SP2 ke atas Tertuduh adalah selepas insiden Tertuduh jatuh tersebut. Hal ini demikian kerana terdapat keterangan SP2 yang menyatakan kecederaan S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg Tertuduh pada siku dan bukannya di tapak tangan atau jari manakala keterangan SP3 pula menyatakan Tertuduh jatuh sebelah kiri dan cedera di siku kiri dan lutut kiri. Tertuduh juga melarikan diri yang mana relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Mahkamah juga berpuas hati tiada apa-apa dokumen yang dikemukakan untuk menunjukkan Tertuduh mempunyai kuasa untuk memiliki apa-apa dadah pada masa kejadian. 4. Walau bagaimanapun, mahkamah mendapati terdapat isu berkenaan dengan identiti barang kes dadah di dalam kes ini yang dikatakan dijumpai di dalam Eksibit P4 tersebut. Oleh itu, dalam mengenalpasti isu tersebut dengan lebih jelas, mahkamah akan membuat dapatan dalam bentuk berikut: (i) SAMA ADA TERDAPAT PERBEZAAN KETARA BERAT KASAR TABLET-TABLET YANG DITIMBANG OLEH PENGADU (SP2) DAN PEGAWAI PENYIASAT (SP7) [ABK: 31.04 GRAM] DENGAN BERAT BERSIH TABLET-TABLET YANG DITIMBANG OLEH AHLI KIMIA (SP6) [79.52 GRAM]; 5. Mahkamah mendapati di dalam kes ini barang kes dadah yang dikatakan dijumpai oleh SP2 di dalam Eksibit P4 adalah sebagaimana berikut: • (1) peket plastik cerah berangkai (12) [Eksibit P7A-L] di dalam setiap rangkai berisi pil-pil warna merah disyaki dadah; • (1) peket plastik cerah berangkai (10) [Eksibit P8A-J] di dalam setiap rangkai berisi pil-pil warna merah disyaki dadah; dan • (1) peket plastik cerah berangkai (8) [Ekshibit P9A-H] di dalam setiap rangkai berisi pil-pil warna merah disyaki dadah. [ANGGARAN BERAT KESELURUHAN [ABK: 31.04 gram] S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg 6. Mahkamah juga mendapati berdasarkan keterangan SP2 dan SP7, timbangan pil-pil merah disyaki dadah tersebut dibuat bersama plastik-plastik menggunakan timbangan digital yang dibekalkan oleh pejabatnya dan anggaran berat keseluruhan adalah 31.04 gram. 7. Mahkamah seterusnya mendapati berdasarkan keterangan ahli kimia [SP6], SP6 menyatakan beliau pasti berat bersih tablet-tablet merah tersebut adalah 79.52 gram kerana beliau menggunakan alat timbang elektronik yang beliau jalankan kalibrasi “authorised calibrator” dan ujian ulangan yang beliau jalankan setiap 6 bulan dan beliau sendiri periksa sebelum menggunakan alat timbang tersebut dan ia dalam keadaan baik sebelum digunakan. SP6 juga menyatakan perbezaan berat kasar pihak polis dan berat yang ditimbangnya adalah ketara namun beliau tidak pasti mengapa berlaku sebegitu. 8. Mahkamah dalam hal ini mendapati berat bersih tablet-tablet merah yang ditimbang oleh SP6 sebanyak 79.52 gram adalah 48.48 gram lebih banyak daripada timbangan SP2 dan SP7 iaitu 31.04 gram. Mahkamah mendapati berat ini adalah lebih 2 kali ganda daripada timbangan berat kasar SP2 dan SP7. Oleh itu, mahkamah memutuskan terdapat perbezaan ketara berat kasar tablet-tablet yang ditimbang oleh SP2 dan SP7 dengan berat bersih tablet-tablet yang ditimbang oleh SP6. (ii) SAMA ADA PERBEZAAN BERAT TERSEBUT TELAH DIJELASKAN DENGAN BAIK OLEH PIHAK PENDAKWAAN; (iii) SAMA ADA PERBEZAAN BERAT TERSEBUT MEWUJUDKAN KERAGUAN TERHADAP IDENTITI BARANG KES DADAH DI DALAM KES INI; S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg (iv) SAMA ADA RANTAIAN BARANG KES TERPUTUS; DAN (v) SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN TELAH MEMBUKTIKAN KES DENGAN SEPENUHNYA MENGIKUT KEHENDAK UNDANG-UNDANG. 9. Bagi isu (ii) hingga (v) ini, mahkamah mendapati SP7 menyatakan SP2 dan beliau menggunakan timbangan yang sama dan barang kes yang sama dihantar kepada SP6 memandangkan laporan polis [Eksibit P11] dan Borang Polis 31 [Eksibit P18] semasa menghantar barang kes adalah sama. 10. SP7 juga menyatakan tiada perbezaan dari segi barang kes semasa dokumentasi dan tiada pembetulan dibuat oleh SP6. SP7 juga menyatakan sama ada penimbang yang digunakan olehnya salah atau mungkin juga pegawai kimia ada masalah. 11. Mahkamah dalam hal ini membuat rujukan ke atas kes-kes yang melibatkan identiti dadah dan perbezaan berat dadah dan akhirnya merujuk pada kes Mahkamah Persekutuan Hasbala Mohd Sarong v PP [2013] 6 CLJ 945 sebagaimana berikut: [22] In this regard, we are minded of the fact that decided cases had shown that the difference in weight of the drug exhibits between the police and the chemist when left unexplained could result in creating a reasonable doubt to the prosecution's case. This is however dependent on the facts of each case. 12. Mahkamah dalam isu ini juga merujuk pada kes Mahkamah Persekutuan Tan Yew Choy v PP [2009]4 CLJ 245 yang mana fakta kes tersebut adalah lebih kurang sama dengan kes di hadapan mahkamah ini daripada sudut perbezaan lebihan timbangan berat dadah oleh ahli kimia sebagaimana berikut:- S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg [10] We shall now deal with the first ground of appeal. We find there is merit in the arguments advanced by learned counsel for the appellant. We agree with the contention of the appellant that there is a serious doubt as to the weight of the cannabis, thus affecting the identity of the cannabis. According to the chemist (PW3) the total weight of the cannabis is 224.65 grams. The weight of 224.65 grams is obtained by adding the weight of the cannabis placed on the newspaper which is 151.08 grams and the cannabis from the 40 plastic packets which is 73.57 grams. However, exh. P15 (Borang Serah menyerah) stated that the weight of the cannabis to be 140 grams (on the newspaper) and 65 grams (in the 40 packets) making the total gross weight to be 205 grams. This would mean that by the time the cannabis reached the hands of the chemist the cannabis has increased in weight by 19.65 grams. PW7, the raiding officer in his evidence confirmed that he weighed the cannabis and found the weight to be 140 grams and 65 grams, making a total of 205 grams. SP6 (the investigating officer) also confirmed that he weighed the cannabis and that the weight obtained by him was 205 grams. Both SP6 and SP7 used the same weighing scale (exh. P17) seized from the appellant's apartment. With regard to the discrepancy in the weight, the only explanation that PW7 gave was inter alia as follows: Perbezaan dalam berat kasar mungkin kerana alat timbang yang tidak ikut kalibirasinya. … [11] We are of the view that the above purported explanation given by PW7 cannot be accepted. It is merely speculative for PW7 to say that the weighing scale might not be accurate. It could very well be that the weighing scale was accurate and that probability cannot be brushed aside. The fact that both PW7 and PW6 used the same S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg weighing scale showed that both the police officers had confidence in the accuracy of the said weighing scale. … [12] We are of the view that if we were to accept the reasons given by the learned trial judge as representing the correct law it means that the identity of the exhibit when it is first recovered is immaterial as ultimately what is important is the weight as determined by the chemist. With respect, this is not the law. In the present case the appellant has shown there is a discrepancy in that the nett weight of the cannabis as determined by the chemist exceeded the gross weight of the cannabis when they were first recovered by the police. It would therefore follow that the prosecution cannot be said to have proven the offence of trafficking beyond reasonable doubt against the appellant. A reasonable doubt has been created as to whether the cannabis that was recovered by the police that was sent to the chemist for analysis is the same substance that is found to be cannabis and it is in respect of that substance that the appellant is charged with trafficking. … On this ground alone the appellant would succeed in his appeal. 13. Oleh itu, sebagaimana rujukan kes-kes di atas, mahkamah mendapati ketika rampasan dan timbangan dibuat oleh SP2 dan SP7, timbangan adalah sebanyak 31.04 gram. Meskipun begitu, apabila barang kes tersebut sampai di tangan SP6, beratnya bertambah menjadi lebih 2 kali ganda iaitu 79.52 gram. Persoalannya sekiranya barang kes yang sama dihantar kepada SP6, bagaimanakah SP6 boleh menerima barang kes 2 kali ganda lebih banyak daripada rampasan barang kes oleh SP2 tersebut? Apatah lagi, perbezaan berat tersebut adalah ketara. Mahkamah juga berpandangan perbezaan lebihan timbangan berat yang ketara ini tidak dijelaskan dengan baik oleh pihak pendakwaan kerana dengan hanya alasan timbangan tidak mengikut S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg kalibrasi adalah suatu spekulasi bagi fakta kes di hadapan mahkamah ini. Rujuk pada kes Tan Yew Choy v PP [2009]4 CLJ 245. 14. Mahkamah juga mendapati di dalam kes ini Senarai Geledah [Eksibit P12] yang disediakan oleh SP2 juga tidak mempunyai tandatangan Tertuduh. SP2 dalam keterangannya menyatakan tidak perasan Eksibit P12 tersebut tidak ditandatangani oleh Tertuduh. Meskipun begitu, Mahkamah mendapati hanya dengan isu Senarai Geledah yang tidak bertandatangan ini ianya tidaklah sehingga menjejaskan kes pendakwaan sebagaimana rujukan kes Tan Yew Choy v PP [2009]4 CLJ 245. 15. Berkenaan rantaian barang kes, mahkamah mendapati rampasan barang kes dibuat oleh SP2 adalah pada 6.12.2023. Pada 7.12.2023, SP7 telah mendaftarkan Eksibit P1 kepada SP5. Pada 10.12.2023, SP7 meminta bantuan SP1 menghantar barang kes kepada SP6. Pada 24.1.2024, SP7 menerima daripada SP4 Eksibit P1 yang berseal JKM. Pada 31.1.2024, SP7 mendaftarkan semula Eksibit P1 kepada SP5 sehinggalah barang kes dikemukakan di hadapan Mahkamah ini. 16. Mahkamah mendapati tiada mana-mana dalam keterangan SP7 menerangkan berkenaan pergerakan barang kes dadah tersebut dari saat selepas beliau membuat timbangan di Pejabat JSJN IPD Kemaman sehingga penyerahan kepada SP5. Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan yang dikemukakan, selepas SP7 membuat timbangan itu, SP7 telah membawa Tertuduh untuk permohonan reman pada 7.12.2023 jam lebih kurang 8.30 pagi di mahkamah dan pada tarikh yang sama jam 1.00 petang barulah SP7 berada di Pejabat Pegawai Penyiasat Narkotik IPD Kemaman untuk mengambil gambar barang kes. Oleh itu, persoalannya bagaimanakah dengan kawalan barang kes tersebut dari saat selepas timbangan dibuat sehingga beliau tiada di Pejabat JSJN IPD Kemaman untuk permohonan reman di mahkamah? Hal ini tidak dijelaskan di mahkamah terbuka mahupun dalam S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg pernyataan saksi SP7 [PSP7]. Mahkamah mendapati keterangan ini adalah penting kerana pihak pendakwaan perlu membuktikan tiada akses orang lain terhadap barang kes dadah tersebut sekurang-kurangnya sehingga SP6 selesai menganalisa dadah tersebut apatah lagi dengan kewujudan isu yang berbangkit ini. 17. Oleh itu, sebagaimana rujukan kes di atas dan kes Mahkamah Persekutuan Lee Wai Loon v PP [2014] 2 CLJ 649, mahkamah mendapati bukan sahaja terdapat suatu percanggahan di mana berat bersih tablet-tablet seperti yang ditentukan oleh ahli kimia telah melebihi berat kasar tablet-tablet apabila ia kali pertama dijumpai oleh polis. Bahkan, rantaian barang kes telah terputus dalam tempoh selepas SP7 melakukan timbangan berat barang kes untuk pergi melakukan permohonan reman sehingga SP7 kembali semula di pejabatnya untuk mengambil gambar barang kes. 18. Lantaran itu, mahkamah berpandangan pihak pendakwaan tidak boleh dikatakan telah membuktikan kesalahan pemilikan dadah melampaui keraguan munasabah terhadap Tertuduh. Hal ini demikian kerana keraguan munasabah telah diwujudkan berkenaan sama ada methamphetamine yang dijumpai oleh polis yang dihantar kepada ahli kimia untuk analisis ialah bahan yang sama yang telah dibuktikan sebagai methamphetamine. Apatah lagi, ia berkenaan dengan bahan itu perayu telah dituduh dengan pertuduhan kes ini. Rujukan kes Mahkamah Agung Yeong Kia Heng v PP [1992] 1 CLJ Rep 372. KEPUTUSAN/DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN: Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit, hujahan-hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan serta berpandukan pada nas undang-undang dan penilaian maksima di atas prinsip "totality of evidence", mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh bagi pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya. Mahkamah juga mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes ini. Oleh itu, Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bertarikh pada 31 Oktober 2025 SHARIFAH AMIRDA SHASHA BINTI AMIR SHARIFFUDDIN MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KEMAMAN S/N gqoSl8AjkODaek0NifCMg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.