YA Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah memberi ulasan dan dapatan bahawa Perayu betul-betul faham atas pengakuan salahnya dan ditambah pula, dia juga diwakli oleh peguambela. Diperturunkan di bawah Alasan Penghakiman YA Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana: “[2] Kedua-dua OKT telah tidak mengaku salah dan minta dibicarakan setelah Pertuduhan tersebut dibacakan kepada mereka untuk kali pertama. [3] Walau bagaimanapun, semasa kes ini sedang dibicarakan di peringkat kes pendakwaan, kedua-dua OKT telah menghantar representasi kepada Pendakwa Raya untuk mengkaji pertuduhan ke atas mereka. [4] Pada 10 April 2023, pihak pendakwaan memaklumkan Mahkamah ini yang representasi kedua-dua OKT telah diterima oleh Pendakwa Raya dengan syarat OKT 1 mengaku salah atas Pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) ADB tersebut. Sekiranya OKT 1 mengaku salah, pihak pendakwaan akan memohon kepada Mahkamah supaya OKT 2 akan dilepas dan dibebaskan daripada Pertuduhan tersebut. [5] Setelah Pertuduhan tersebut dibacakan semula ke atas OKT 1, OKT1 telah mengaku salah dan faham sebab dan akibat pengakuan salah tersebut. Walau bagaimanapun, pihak pembelaan telah memohon suatu tarikh singkat untuk fakta dan jatuh hukum dan pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan tersebut. Mahkamah ini kemudiannya telah menetapkan tarikh fakta dan jatuh hukum pada 18 April 2023. [6] Pada 18 April 2023, setelah Pertuduhan tersebut dibacakan semula, OKT 1 masih mengekalkan pengakuan salahnya dan faham sebab dan akibat pengakuan salah tersebut. Setelah fakta kes dikemukakan oleh pihak pendakwaan (Ekshibit P15) dan dibacakan kepada OKT 1, OKT 1 telah akui benar fakta kes tersebut tanpa sebarang syarat. Mahkamah ini kemudiannya telah mensabitkan kesalahan OKT 1 sebagaimana Pertuduhan tersebut. [7] Mengenai barang-barang kes, pihak pendakwaan telah mengguna pakai semua barang kes yang telah dikemukakan kepada Mahkamah semasa perbicaraan sebelum ini, iaitu Ekshibit P1 hingga Ekshibit P14 dan ia telah diakui benar oleh OKT 1. [8] Semasa membuat mitigasi terhadap hukuman, peguam bela OKT 1 yang terpelajar telah membuat rayuan seperti yang berikut: a) OKT 1 telah mengaku salah terhadap Pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) ADB. Seksyen 39B(2) ADB tersebut memperuntukkan bahawa “any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, be punished with whipping of not less than fifteen strokes”; b) OKT 1 sekarang berumur 43 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Pada tarikh tangkapan tersebut, anak-anak OKT 1 masing-masing berumur 10, 8 dan 6 tahun. Kesemua anak OKT 1 masih bersekolah; c) berdasarkan seksyen 39B(2) ADB tersebut, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan sama ada hukuman mati atau hukuman penjara seumur hidup ke atas seseorang tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB; dan d) peguam bela OKT 1 yang terpelajar telah merayu supaya OKT 1 dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang lima belas sebatan dan bukan hukuman mati kerana – i) OKT 1 adalah pesalah kali pertama; ii) OKT 1 telah menyesal atas kesalahan ini dan ingin berubah untuk kehidupan yang lebih baik selepas ini sekiranya diberikan hukuman penjara; iii) merujuk kepada seksyen 39B(2A) ADB, penghakiman minoriti Lee Swee Seng JCA dalam kes Mahkamah Rayuan Taza Tarji v. PP & Another Appeal [2020] 1 LNS 1590 yang kemudiannya telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes yang sama semasa di peringkat rayuan tetapi tidak dilaporkan penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut dalam jurnal undang-undang, kes Mahkamah Tinggi PP v. Rasma [2022] 1 LNS 2646 dan kes Mahkamah Rayuan Junaidi Berimang v. PP [2022] MLJU 453, kesemua limb (a), (b), (c) dan (d) dalam seksyen 39B(2A) ADB hendaklah dibaca secara disjunctive dan bukannya conjunctive. Dalam kes ini, memandangkan semasa OKT 1 ditangkap dalam kereta tersebut tiada berlaku aktiviti penjualan dan pembelian dadah, kes ini tidak melibatkan agent provocateur dan penglibatan OKT 1 dalam kes ini hanya terhad kepada pengangkutan dadah tersebut sahaja, maka peguam bela OKT 1 yang terpelajar menghujahkan bahawa OKT 1 telahpun memenuhi tiga daripada empat kehendak limb seksyen 39B(2A) ADB tersebut, iaitu limb (a),