Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES JENAYAH NOMBOR: BL-83RS-3-01/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU DAN NUR IRDINA BINTI RUSLI … RESPONDEN [K/P:990908105036]
BL-83RS-3-01/2022
Magistrates Court of Malaysia6 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES JENAYAH NOMBOR: BL-83RS-3-01/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU DAN NUR IRDINA BINTI RUSLI … RESPONDEN [K/P:990908105036]
1
KRONOLOGI KES Tertuduh telah dituduh di bawah S.381 Kanun Keseksaan pada 6/1/2022 dan telah memohon untuk dibicarakan.
2
Kes telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21/2/2022 dan 8/4/2022 serta untuk pengurusan kes pada 14/11/2022.
3
Sejak daripada itu kes telah ditetapkan untuk bicara beberapa kali dan akhirnya pada 24/4/2024 Tertuduh telah menukar pengakuan salahnya.
4
Semasa kes disebut pada 24/4/2024, pihak Pendakwaan telah maklumkan ada perkembangan baru bagi kes ini dan pengadu hadir.
5
Kes telah ditangguh sebentar bagi memberikan laluan kepada sambung bicara (Kastam) dan satu kes bicara lain pada hari tersebut dan juga memberikan peluang kepada pihak-pihak untuk menguruskan perkembangan baru tersebut.
6
Kes kemudiannya telah disebut semula jam 3.23 pm dan peguam terpelajar maklumkan ada perkembangan baru dan telah pohon untuk pertuduhan dibacakan semula kepada Tertuduh.
7
Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar kemudiannya telah membuat pindaan kepada pertuduhan dan mahkamah telah membacakan pertuduhan pindaan (exhibit P1) serta menjelaskan hukuman bagi kesalahan tersebut dan Tertuduh telah mengaku salah.
8
Pihak Pendakwaan telah mengemukakan exhibit-exhibit seperti berikut yang mana ianya juga telah dibacakan dan ditunjukkan kepada Tertuduh serta diakui oleh Tertuduh:
i
Fakta kes – P2
II
(ii) Repot pengadu – P3
III
(iii) Repot tangkapan – P4
IV
(iv) Surat perlantikan kerja Tertuduh – P5
v
Penyata akaun syarikat – P6
VI
(vi) Ringkasan harian – P7
VII
(vii) Resit deposit wang – P8
9
Pihak Tertuduh kemudian telah memohon tarikh singkat untuk jatuh hokum bagi kehadiran penjamin. Pihak Pendakwaan tiada sebarang bantahan ke atas permohonan Tertuduh.
10
Mahkamah telah tetapkan tarikh hukuman pada 6/5/2024.
11
Pada 6/5/2024 kes telah disebut semula dan pertuduhan dibacakan semula pada Tertuduh dan Tertuduh masih mengekalkan pengakuan bersalahnya. Fakta kes juga telah dibacakan semula. Exhibit-exhibit adalah kekal sebagaimana tarikh lepas.
12
Mahkamah telah menerima pengakuan salah Tertuduh yang dibuat tanpa syarat serta Tertuduh faham sifat dan akibat pengakunnya itu dan mensabitkan Tertuduh atas kesalahan tersebut. Rayuan mitigasi Tertuduh & hujahan pemberatan TPR
13
Semasa rayuan mitigasi, Tertuduh telah menyatakan bahawa usia beliau 24 tahun, bekerja sebagai pelayan (waiter) dengan gaji lebih kurang RM1800 sebulan. Beliau menjaga kedua ibubapanya. Bapa Tertuduh merupakan seorang OKU yang mengalami strok (kad OKU ada dikemukakan) manakala ibu Tertuduh pula mengalami sakit slip disc. Tertuduh merupakan penyara utama keluarga. Tertuduh berasa menyesal dan telah mengaku salah. Ini telah menjimatkan masa pihak-pihak. Tertuduh telah memohon diberikan hukuman serendah yang boleh dan dicadangkan 1 hari penjara dan denda minima RM 2000 jika dibenarkan.
14
Timbalan Pendakwa Raya pula telah berhujah dengan merujuk kepada hujahan peringanan hukuman serta fakta kes, Pengadu telah kerugian lebih daripada RM14,000 dan Tertuduh sebagai pekerja patut amanah dan tidak menggunakan wang untuk tujuan peribadi, keadaan keluarga Tertuduh juga bukanlah satu keadaan khas (special circumstances) untuk peringanan hukuman. Pihak pendakwaan telah memohon hukuman sederhana tegas sebagai pengajaran dan menasihati agar Tertuduh melakukan kerja dengan amanah pada masa akan datang.
15
Setelah itu, mahkamah, setelah mendengar rayuan Tertuduh dan hujahan pihak Pendakwaan, telah mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan atas kesalahan di bawah S. 381 Kanun Keseksaan dan Tertuduh telah di jatuhi hukuman Penjara dua (2) bulan dari tarikh jatuh hukum (6/5/2024) dan dikenakan denda sebanyak RM5000 yang mana jika gagal bayar tiga (3) bulan penjara.
16
Peguambela terpelajar kemudian telah meminta kes ditangguhkan ke sebelah petang. Kes di mulakan semula pada jam 2.55 PM dan Peguambela memaklumkan telah memfailkan notis rayuan dan sedia dengan hujahan penggantungan hukuman (stay of execution) dan untuk Tertuduh diberikan jaminan sementara menunggu rayuan.
17
Pihak Pendakwaan tiada bantahan dengan permohonan Tertuduh dengan syarat jaminan sama nilai dengan jaminan Tertuduh bagi kes ini diberikan sementara menunggu rayuan.
18
Mahkamah ini telah membenarkan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman pemenjaraan ke atas Tertuduh dengan nilai jaminan RM3000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes rayuan di Mahkamah Tinggi. Hasil semakan mahkamah, denda tersebut telah dibayar oleh tertuduh. Alasan kepada penghakiman 19. Pertimbangan untuk menjatuhkan suatu hukuman ke atas Tertuduh saling tidak tumpah ibarat angin berputar, ombak bersahut iaitu suatu perkara yang amat-amat sulit. Mahkamah perlu memastikan hukuman tersebut dijatuhi berlandaskan skop kesalahan dan juga perlu berlandaskan prinsip undang-undang dalam menjatuhkan hukuman.
20
Mahkamah perlu memutuskan apakah hukuman yang sewajarnya dalam lingkungan hukuman maksima bagi satu-satu kesalahan itu. Ini dibuat dengan mengambilkira keadaan setiap kes itu, sejauh mana kesalahan dibuat serta kesiriusan kesalahan yang dilakukan, keadaan tertuduh dan juga kepentingan awam.
21
Selain daripada itu, hukuman yang dijatuhi ke atas Tertuduh perlulah menunjukkan ianya seimbang antara kepentingan awam dan kepentingan tertuduh. Ini dapat dilihat daripada kes Mahkamah Rayuan Azwel Mohd Ali lwn Pendakwa Raya [2012] 6 CLJ 809 di mana mahkamah menyatakan seperti berikut: "[17] Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah mengambil kira bahawa di dalam kes ini terdapat isu kepentingan awam (public interest) dan juga isu kepentingan peribadi perayu yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah memakai prinsip bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. [18] Di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, Hashim Yeop Sani J, pernah memutuskan: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest..."
22
Objektif setiap hukuman itu perlu dipertimbangkan iaitu dengan menghukum pesalah. Ini bertujuan untuk menunjukkan kepada pesalah bahawa perbuatannya itu tidak disukai atau dibenci oleh masyarakat.
23
Selain daripada itu, kepentingan awam adalah terpelihara apabila hukuman yang dikenakan ke atas tertuduh itu menyebabkan orang awam yang bercita-cita untuk melakukannya mengambil iktibar dan terhenti perancangannya disamping dengan harapan ianya dapat mencegah Tertuduh daripada mengulangi melakukan kesalahan tersebut. Malahan jika hukuman itu dapat membawa Tertuduh untuk pulang semula kepangkal jalan, itu adalah yang terbaik.
24
Dalam hal pengakuan salah Tertuduh pula, ianya tidak sama sekali menjadi faktor mitigasi secara terus bagi Tertuduh untuk mendapatkan diskaun ke atas hukuman. Bagi kes-kes di mana terdapat keterangan yang kukuh untuk menyokong sabitan, pengakuan salah tidak mempunyai nilai peringanan ke atas hukuman. Namun begitu, ianya bergantung kepada fakta dan exhibit yang terlibat bagi satu-satu kes itu.
25
Di dalam kes ini kesalahan di bawah S.381 KK merupakan suatu kesalahan serius di mana ia melibatkan kecurian oleh pekerja ke atas harta majikan. Pekerja telah di ambil kerja oleh majikan, juga diberikan gaji bulanan untuk menjalankan tugas yang telah ditetapkan, ini merupakan suatu amanah yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan pekerja perlu menjaga harta majikan, bukannya mencuri harta majikannya. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan. Disamping itu wang yang dicuri itu RM14,103.19 (seperti dalam pertuduhan) dan ini bukannya satu jumlah yang sikit. Majikan telah alami bukan sahaja pecah amanah dari pekerjanya malah telah kerugian kehilangan wang sebanyak
26
Walaupun demikian, mahkamah ini juga dalam menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh, turut mengambil kira & mempertimbangkan latar belakang tertuduh dan faktor – faktor mitigasi yang dikemukakan. Faktor-faktor ini juga dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh sepertimana yang telah diputuskan dalam kes Zaidon Shariff v Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 441 di mana mahkamah dalam kes tersebut memberikan peringatan bahawa mahkamah perlulah menilai latar belakang, kelakuan tertuduh sebelum kejadian serta perwatakan tertuduh seperti yang dinyatakan berikut: “A plea of guilt is a mitigating factor. In assessing sentences, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. Before passing sentence, the Court is required to call for evidence of information on the background, antecedent, and character of the convict. Such 9 facts will form the basis upon which the adequacy or otherwise of the sentence can be reviewed on appeal…”
27
Oleh yang demikian, berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas serta nas undang-undang yang telah dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman serta pertimbangan ke atas faktor mitigasi dan pemberatan yang telah dihujahkan oleh pihak-pihak, mahkamah ini menjatuhi hukuman ke atas Tertuduh Penjara dua (2) bulan dari tarikh jatuh hukum (6/5/2024) dan dikenakan denda sebanyak RM5000 yang mana jika gagal bayar tiga (3) bulan penjara sebagaimana peruntukkan kesalahan di bawah seksyen 381 Kanun Keseksaan. Bertarikh 19 Ogos 2024 Disediakan oleh: t.t (NOORJIDAH BINTI MOHD JUSAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET 5 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN Bagi pihak pendakwaan: Tuan Ahmad Amsyar TPR Selangor Bagi pihak Tertuduh: Puan Olie Tetuan V. Samy Renu & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.