Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA GUAMAN SIVIL NO. AJ-A73KJ-397-04/2024 ANTARA MOHAMAD SALEHIN BIN SALLEH 5 SPANCO SDN BHD … PERAYU DAN NUR SYAHIRAH BINTI AZIZ …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN 10 A.
MA-A73KJ-397-04/2024
Magistrates Court of Malaysia31 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA GUAMAN SIVIL NO. AJ-A73KJ-397-04/2024 ANTARA MOHAMAD SALEHIN BIN SALLEH 5 SPANCO SDN BHD … PERAYU DAN NUR SYAHIRAH BINTI AZIZ …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN 10 A.
1
Melalui Writ Saman (Lampiran1) dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 15.4.2023 (Lampiran 2), Plaintif telah menuntut kepada Defendan-Defendan gantirugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos akibat kemalangan yang dikatakan berpunca oleh kecuaian pemanduan Defendan Pertama. Plaintif telah memplidkan 15 secara ringkasnya, seperti berikut: a. Pada tarikh 28.10.2024, Plaintif telah menunggang motorsikal bernombor pendaftaran MDB 8673(‘motorsikal Plaintif’) dari Bukit Lintang menuju ke arah Bandaraya Melaka dan apabila sampai di Jalan Semabok (Simpang Hadapan Stese minyak Shell ) , motorkar VCM 5403 yang dipandu oleh Defendan 20 Pertama yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba membelok ke S/N I8eQRqnKMkvitNnAhsbCw simpang sebelah kanan Plaintif tanpa sebarang isyarat dan amaran hingga menyebabkan berlaku perlanggaran dengan Plaintif yang menunggang motorsikal. b. Akibat daripada pelanggaran ini, Plaintif telah mengalami kecederaan dan kerugian akibat kerosakan motorsikalnya. 5 2. Sebaliknya, melalui Pernyataan Pembelaan yang difailkan pada 28.5.2023 Defendan menafikan versi kemalangan plaintif dan memplidkan sebaliknya di Perenggan 6 bahawa kemalangan yang berlaku adalah atas kecuaian Plaintif sendiri yang menunggang motorsikalnya dengan cuai dan tidak berhati-hati dimana Semasa Defendan Pertama membelok, sebuah motrsikal no MDB 10 8673 secara tiba-tiba dating dari arah bertentangan dan melanggar sisi depan motirkar no VCM 5403 yang dipandu oelh Defendan Pertama. Selanjutnya Defendan juga memplidkan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan keseluruhannya dan/atau secara alternatif kecuaian sumbangan Plaintif sendiri sebagai penunggang motorsikal tersebut 15 3. Bagi membuktikan kes Plaintif, Plaintif telah memanggil seramai 3 orang saksi untuk beri keterangan, iaitu: - a) Pegawai Penyiasat (“SP1”) b) Pegawai Perubatan (“SP2”) c) Plaintif (“SP3”) 20 4. Kertas kausa yang telah difailkan dalam tuntutan ini adalah seperti berikut: Ikatan Pliding – Ikatan A S/N I8eQRqnKMkvitNnAhsbCw Ikatan Dokumen yang dipersetujui– Ikatan B Ikatan Dokumen yang tidak dipersetujui – Ikatan C
5
Saksi defendan yang hadir memberi keterangan adalah satu saksi sahaja iaitu Defendan sendiri. B.
6
Mahkamah telah membuat keputusan pada 7.1.2025 setelah meneliti dan memberikan penilaian menyeluruh terhadap keterangan saksi-saksi Plaintif, Defendan, termasuklah dokumen-dokumen perbicaraan yang difailkan, dikemukakan dan dirujuk sepanjang perbicaraan. Mahkamah setelah meneliti keterangan-keterangan ini secara totality of evidence di atas prinsip imbangan 10 kebarangkalian, telah berpuas hati dalam memutuskan liabiliti Defendan sebanyak 90% manakala Plaintif menanggung sebanyak 10%. Justeru, tuntutan Plaintif di dalam kes ini dibenarkan sepertimana yang diputuskan dengan kos mengikut skala ditetapkan oleh undang-undang sivil sedia ada.
7
Antara alasan-alasan keputusan ini, 15 a) Defendan telah memandu kenderaan motorkar secara cuai kerana telah membelok masuk ke simpang dengan cuai b) Plaintif turut menyumbang cuai kepada kemalangan kerana tidak berhenti sebelum petak kuning.
8
Bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini, Mahkamah ini merangkum 20 secara bersekali kedua-dua sub perenggan (a) dan (b) kerana kedua-dua isu ini saling berkaitan antara satu sama lain.
9
Dalam kes ini Pegawai Penyiasat telah memberi keterangan di Mahkamah sebagai saksi plaintif pertama (selepas ini dirujuk sebagai SP1) dimana SP1 dalam keterangannya telah menyatakan bahawa melalui penyiasatan SP1 perlanggaran telah berlaku apabila Defendan iaitu pemandu motorkar masuk ke simpang di laluan sebelah kanan rajah kasar lalu Plaintif sebagai penungang 5 motorsikal yang berada di hak laluannya telah melanggari Defendan yang sedang masuk ke simpang.
10
Selanjutnya pihak defendan pertama juga telah memberikan keterangan berkenaan bagaimana perlanggaran boleh berlaku dengan mengemukan satu saksi defendan iaitu pihak defendan sendiri. Defendan pertama menyatakan 10 bahawa semasa defendan pertama membelok ke sebelah kanan, sebuah motrsikal no MDB 8673 secara tiba-tiba datang dari arah bertentangan dan melanggar sisi depan motorkar no VCM 5403 yang dipandu oleh Defendan Pertama 1 Mahkamah ini merujuk kes Henray Trading Co Ltd v Harun [1966]2 MLJ 281 15 yang mana prinsip kes ini amat jelas menyatakan: - “I feel that the proper thing to consider is not what the Plainitf/ Respondent said or what the Defendant/Appelant said, but what the sergeant whom I consider to be an independent witness had to say in this matter” Mahkamah ini juga turut merujuk dalam kes Chew Hui Leng dan Chew Kau 20 Bit v Leong Siew Foon [2017]1 CLJU 233 yang mana dalam kes ini Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah merujuk kes Lee Ewe Teik V. Ariffin Bin Hussain [1990] 2 CLJ 332 memutuskan prinsip seperti yang berikut S/N I8eQRqnKMkvitNnAhsbCw “In a situation where both parties have given two diametrically opposite versions as to how a collision occurred, the photographs, plan and measurement of thescene and the nature of the damage to each vehicle must provide the most reliable guide by which versions can be tested.”
12
Berdasarkan keterangan saksi-saksi plaintif dan defendan, Mahkamah ini 5 mendapati versi perlangaran yang telah dikemukakan melalui saksi-saksi dalam perbicaraan Plaintif dan Defendan adalah lebih kurang sama. Tiada versi lain bagaimana perlanggaran dalam kes ini boleh berlaku. Walaubagaimanapun pihak Plaintif dan Defendan masing-masing tidak bersetuju dengan liabiliti yang perlu ditanggung.
13
Walaubagaimanpun Mahkamah perbicaraan ini berpandangan kedua-dua pihak menanggung liabiliti akibat daripada perlanggaran ini. Mahkamah ini berpendapat liability yang ditanggung oleh Defendan Pertama adalah 90% manakala liabiliti yang ditanggung oleh Plaintif yang turut menyumbang cuai kepada kemalangan ini adalah sebanyak 10%.
14
Ini adalah kerana melalui keterangan SP 1 iaitu Pegawai Penyiasat telah menyatakan bahawa perlanggaran ini berlaku apabila Defendan yang memandu motorcar dari bawah ke kanan rajah kasar membelok ke simpang Shell lalu Plaintif yang berada di hak laluannya dari atas ke bawah rajah kasar telah menunggang secara lurus ke bawah rajah kasar dan kemudian pihak 20 Defendan yang sedang membelok masuk ke simpang Shell telah berlanggar dengan pihak Plaintif dalam kes ini.
15
Akibat daripada perlanggaran ini berdasarkan keterangan Sp 1, motorsikal yang ditunggang Plaintif mengalamai kerosakan seperti cover set depan kanan pecah, pemijak kaki kanan bengkok dan cover set sisi kiri calar mankala 25 S/N I8eQRqnKMkvitNnAhsbCw motorkar yang dipandu oleh Defendan mengalami kerosakan seperti nombor plate depan pecah, bumper depan pecah dan sensor depan rosak.
16
Sp 1 turut menyatakan bahawa Plaintif sedang menunggang motorsikal di hak laluannya yang mana perlanggaran telah berlaku apabila Defendan memasuki ke simpang kanan Shell.Malah menurut Sp 1, Defendan sebagai pemandu 5 motorkar telah membayar saman akibat daripada kemalangan ini.
16
Dalam perkara ini, Mahkamah melihat kepada kesan kerosakan yang mana akibat daripada perlanggaran no pendaftaran motorkar di hadapan telah pecah manakala bagi penunggang motorsikal antara kerosakannya adalah pemijak kaki kanan bengkok. Melalui keterangan senyap dan keterangan Sp1, Plaintif 10 dan Defendan, Mahkamah ini mendapati pihak Defendan telah cuai semasa membelok ke simpang Shell tersebut yang mana pihak Defendan telah gagal memastikan bahawa simpang tersebut adalah selamat sebelum membelok masuk.
17
Semasa pihak Defendan membelok ke simpang penunggang motorsikal 15 tersebut telah ada hak laluan kerana penunggang tersebut bergerak lurus ke arah lampu isyarat sepertimana yang dinyatakan dalam keterangan Sp 1. Oleh itu pada pandangan Mahkamah Defendan mempunyai “duty of care” yang lebih tinggi berbanding pihak Plaintif kerana pihak Defendan dalam hal ini mengubah haluan iaitu membelok ke simpang Shell. Dalam hal ini Mahkamah ini 20 berpendapat Defendan harus menanggung liabiliti sebanyak 90% berbanding pihak Plaintif yang hanya menyumbang cuai sebanyak 10% akibat daripada perlanggaran ini.
18
Mahkamah ini berpendapat Plaintif turut menyumbang cuai apabila tidak berhati-hati menunggang di hak laluannya kerana terdapat petak kuning di simpang Shell tersebut. Plaintif sepatutnya memperlahankan motorsikal dan berhenti apabila terdapat petak kuning di atas hak laluannya. Ini adalah berdasarkan Kaedah 8A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. 5 Persimpangan Jalan dan Garisan Kuning Tiada seorang pun boleh memandu atau menunggang kenderaan kea rah jalan atrau persimpangan jalan dan menyebabkan kenderaan berada melepasi garisan kuning yang dilukis atau ditanda secara pepenjuru di dalam segmen apa-apa bentuk atau dimesi di atas jalan atau prsimpangan jalan, walaupun 10 lampu isyarat yang mengawal pergerakan lalu lintas kenderaan membenarkannya berbuat demikian.
19
Keterangan Plaintif sendiri menyatakan bahawa kenderaan lain berhenti tetapi Plaintif melalui jalan tersebut kerana Plaintif menunggang motorsikal kerana boleh melalui laluan tersebut sehingga ke lampu isyarat. Keterangan Plaintif ini 15 adalah menyumbang cuai kepada kemlangan ini. Kemalangan ini boleh di elakkan sekiranya Plaintif mematuhi Kaedah 8A Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 20. Justeru itu, Mahkamah ini mendapati akibat daripada perlanggaran pihak Defendan menangung liabiliti sebanyak 90% dan pihak plaintif menyumbang 20 cuai sebanyak 10 % kepada kemalangan yang berlaku. S/N I8eQRqnKMkvitNnAhsbCw Mahkamah ini merujuk kes AZRULASYRAF ABD HADI v. ZHARIF SYAFIQ ZAINUL RASHID & ORS [2024] 2 SMC 257 yang mana Mahkamah Majistret Taiping memutuskan seperti yang berikut: - [1] After reviewing the pleadings, witness testimonies, exhibits, evidences, and both parties’ submissions, the court finds the defendants liable. The first 5 defendant had a duty to be cautious when entering a junction that crossed the plaintiff’s lawful path. The court finds the plaintiff’s version of accident is more probable. However, the court also finds that the plaintiff contributed to the accident due to his own negligence. Therefore, the court assigns 20% of the negligence liability to the plaintiff and 80% to the first defendant, with the 10 second, third, and fourth defendants being vicariously liable [15] Reasons for the liability finding are as follows: (i) duty of care: The first defendant had a clear duty to exercise caution when entering the junction that crossed the plaintiff’s lawful path. This duty includes ensuring that the road is clear and that it is safe to turn, particularly in situations where visibility might be 15 reduced or where the turning vehicle is large and slow-moving, like the military jeep involved in this case; (ii) right of way: The concept of “right of way” is a fundamental traffic rule that dictates which vehicle has the right to proceed first in a given situation. In this case, the plaintiff had the right of way when the accident occurred in lanes A2-A3 (see sketch plan). According to PW2, a 20 vehicle that is traveling straight has priority over one that is turning into a junction. The first defendant, therefore, shoulder the greater responsibility to wait and confirm that the road was clear before making the turn to his right. Any failure to do so, resulting in an accident, will primarily hold the turning driver responsible, though contributory negligence might still apply to the other party 25 depending on the circumstances of the case. PW2 also noted that the road where the plaintiff was traveling was a straight, unobstructed path, and the military jeep’s sudden turn violated the plaintiff’s right of way. Needless to say, the first defendant was supposedly required to wait until it was safe to turn, ensuring no oncoming traffic, especially a fast-moving motorcycle, was in the 30 lane;
IV
(iv) the plaintiff’s contributory negligence: Despite the first defendant’s negligence, the court cannot overlook the fact that the plaintiff also contributed to the accident. The evidence suggests that the military jeep was a large and long vehicle, making it difficult to miss on a straight road unless the plaintiff was 35 riding at an excessive speed. If the plaintiff, who is a McDonald’s rider, had ridden his motorcycle more cautiously and slowly, he could have certainly avoided colliding with the defendants’ military jeep. It is an undisputed fact that, at the material time, the plaintiff was delivering McDonald’s food. The road conditions were also wet and slightly dark, which should have prompted the 40 plaintiff to reduce speed and exercise greater caution. As a motorcyclist, the plaintiff was expected to adapt to these conditions by slowing down and being aware of his surroundings, especially in front of him; S/N I8eQRqnKMkvitNnAhsbCw C.
21
KUANTUM Mahkamah telah merujuk kepada undang-undang yang mantap berkenaan dengan award ganti rugi. Dalam menentukan isu kuantum, Mahkamah telah meneliti Laporan Perubatan Plaintif dari Hospital Melaka bertarikh 4.2.2024 (Ekshibit P7) serta membaca serta meneliti hujahan pihak-pihak bagi isu ini 5 sebelum menentukan jumlah ganti rugi am dan khas kepada Plaintif. Mahkamah juga merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards sebagai garis panduan dalam menentukan award yang bersesuaian. Mahkamah ini juga dalam membenarkan award mengambil kira kenaikan harga barangan, kos sara hidup, kadar inflasi dan kedudukan nilai matawang.
22
Sekali lagi, adalah menjadi beban tugas Plaintif untuk membuktikan tuntutan Plaintif terhadap Defendan. Ini sebagaimana diputuskan di dalam kes Tan Geok Khoon & Gerald Francis Robless lwn Paya Terubong Estate Sdn Bhd (1988) 2 MLJ 672, Edgar Joseph Jr H berkata di ms 680:- ‘This brings to my mind the famous words of Lord Goddard in Bonham- 15 Carter v Hyde Park Hotel(1948) 64 TLR 177: 'Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars and, so to speak, throw them at the head of the court, saying: This is what I have lost, I ask you to give me these damages'. They have to prove it.' 20
23
Kuantum atas dasar 100% liabiliti adalah seperti yang berikut: - Gantirugi am yang dibenarkan 1. Closed fracture Distal Third of right femur RM40,000.00 Mahkamah ini merujuk kepada kes Foroes Hansen ak Nangoi v Jacob Waong Lee Toh [2009] 1 PIR 36 yang mana awad bagi closed frsture of the left femur 5 without shortening telah diberikan dengan jumlah RM35,000. Mahkamah turut merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan range bagi kecederaan ini adalah diantara RM21,500 hingga RM48,500 Oleh itu Mahkamah berpandangan kecederaan ini yang telah di diagnose pakar perubatan sepertimana dalam laporanya, wajar di awardkan 10 dengan jumlah RM 40, 000.00 2. Scarring RM12,000.00 Mahkamah ini merujuk Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan range bagi kecederaan ini adalah diantara RM9,500 hingga RM18,000.00 Oleh itu Mahkamah berpandangan kecederaan ini yang telah di 15 diagnose pakar perubatan sepertimana dalam laporanya, wajar di awardkan dengan jumlah RM 40, 000.00 3. Muscle wasting RM5000.00 Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan range bagi kecederaan ini adalah diantara RM3000 hingga RM5000. Mahkamah ini turut 20 merujuk kes Ruhbendran a/l Danapal v Chin Chn Swee & Rodzi kayu Kayan Sdn Bhd [2020]1 PIR 29 yang telah membenarkan award berjumlah RM 5000 bagi kecederaan ini. Oleh itu Mahkamah berpandangan kecederaan ini wajar di awardkan dengan jumlah RM 5000.00 24. Gantirugi khas yang dibenarkan 25 1. Kos kehilangan pakaian RM100.00 S/N I8eQRqnKMkvitNnAhsbCw Mahkamah ini membenarkan award bagi kos ini kerana ini adalah satu “judicial notice” oleh Mahkamah apabila kemalangan berlaku kehilangan pakaian atau kerosakan pakaian pasti akan terjejas. Oleh itu adalah wajar untuk kehilangan pakaian, Mahkamah membenarkan award berjumlah RM100.00.
2
Kos elaun pengangkutan pesakit luar bagi perjalanan 5 ke Hospital Melaka : RM150 Mahkamah ini membenarkan award bagi kos ini kerana ini adalah satu “judicial notice” oleh Mahkamah memandangkan berdasarkan kad rawatan yang dilampirkan dalam ikatan dokumen yang dipersetujui, Plaintif telah menghadiri 3 rawatan susulan iaitu pada 18.1.2023, 15.3.2023 dan 10.5.2023. Oleh itu 10 adalah wajar Mahkamah ini membenarkan kos perjalanan bagi rawatan susulan selama 3 hari adalah selayaknya RM150.00 dibenarkan.
3
Kos ubatan khas: RM742.00 Mahkamah membenarkan kos ini berdasarkan resit kos ubatan khas yang telah dilampirkan dalam Ikatan C
4
Kos membaiki motorsikal: RM 1325.00 Mahkamah membenarkan kos ini berdasarkan resit membaiki motorsikal yang telah dilampirkan dalam Ikatan C
5
Kos elaun pengangkutan ahli keluarga bagi perjalanan ke Hospital Melaka, kehilangan pendapatan\ pembedahan masa hadapan dan 20 fisioterapai adalah ditolak kerana setiap perkara ini tidak dibuktikan secara kukuh bagi Mahkamah memberi pertimbangan untuk kos-kos ini dibenarkan.
25
Kos tindakan yang dibenarkan 1. Laporan perubatan Hospital Melaka RM80.00 25 2. Laporan Pakar Mahkota Medical
3
Laporan Polis RM30.00 Jumlah: RM 1400.00 Mahkamah membenarkan ketiga-tiga item ini diberikan pampasan sebagai kos tindakan bagi memulakan tindakan Plaintif terhadap Defendan. Jumlah kos tindakan yang di benarkan berdasarkan keterangan adalah RM 1400.00 5 26. Kesimpulan Mahkamah membenarkan tuntutan-tuntutan berikut: a) Di atas imbangan kebarangkalian, mahkamah memutuskan bahawa Plaintif menyumbang cuai 10 % tanggungan terhadap liabiliti dan Defendan cuai 90%. 10 b) Atas dasar 100% liabiliti, gantirugi am yang dibenarkan ialah RM57,000.00dan gantirugi khas ialah RM2317.00 Kos tindakan sebanyak RM1400.00 c) Faedah sebanyak 2.5% setahun untuk gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga ke tarikh penghakiman. 15 d) Faedah sebanyak 5% setahun untuk gantirugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga ke tarikh penghakiman. e) Faedah sebanyak 5% setahun untuk kesemua jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. f) Kos mengikut skala 20 S/N I8eQRqnKMkvitNnAhsbCw Peguam Plaintif: T/n SHAHMIMI ARIF & CO Peguam Defendan: T/n CHIA & LEE Bertarikh pada 09 haribulan April, 2025 ……………. t.t. …………….. (NABILAH BINTI NIZAM) 5 Majistret Mahkamah Majistret Melaka 10
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.