Lampiran
LAMPIRAN BUTIR-BUTIR LANJUT DAN JELAS MENGENAI PERNYATAAN TUNTUTAN YANG DIPOHON OLEH PIHAK PERAYU DEFENDAN. 1. Perenggan 10 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa: “10. Defendan telah mengambil milikan tapak Tanah tersebut dan memulakan pembinaan sekitar Oktober 2022.” Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara berikut: (i) Tarikh sebenar permulaan kerja pembinaan; (ii) Nama pihak yang terlibat dengan kerja pembinaan tersebut; dan (iii) Bagaimana pembinaan tersebut dimulakan; 2. Perenggan 13 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa; “13. Pada masa material Plaintif mendapati bahawa kerja-kerja pembinaan oleh Defendan adalah tidak memuaskan kerana ianya tidak mengikut pelan yang diluluskan. Plaintif juga mendapati bahawa terdapat beberapa kecacatan seperti keretakan pada binaan konkrit struktur bangunan Rumah tersebut. Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara berikut: (i) Pada tarikh bila Plaintif membuat tarikh lawatan ke tapak pembinaan yang dimaksudkan; (ii) Siapa yang menyertai Plaintif bersama-sama memeriksa lawatan tapak pembinaan tersebut; (iii) Bagaimana yang dimaksudkan dengan kerja-kerja pembinaan oleh Defendan adalah tidak memuaskan; (iv) Bahagian kerja-kerja mana yang tidak memuaskan; (v) Tidak mengikut kelulusan pelan mana yang dimaksudkan; (vi) Bahagian binaan mana yang tidak mengikut pelan yang diluluskan; (vii) Apakah bentuk kecacatan binaan yang berlaku; (viii) Pada bahagian mana kecacatan binaan berlaku; (ix) Apakah bentuk keretakan binaan yang berlaku (x) Pada bahagian mana keretakan binaan berlaku; (xi) Apakah bentuk kecacatan pada konkrit yang dimaksudkan; (xii) Pada bahagian mana kecacatan pada konkrit berlaku; (xiii) Berapa banyak kecacatan pada binaan berlaku; (xiv) Berapa banyak keretakan pada binaan berlaku; (xv) Bila aduan berkenaan kerosakan dibuat; dan (xvi) Kepada siapa aduan berkenaan kerosakan binaan dilaporkan. 3. Perenggan 14 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa: “14. Memandangkan Plaintif tidak mempunyai pengetahuan teknikal berkaitan dengan pelan pembinaan, Plaintif telah meminta pertolongan seorang individu bernama Syed Luqman Shafiq bin Syed Hamid yang merupakan seorang pelukis pelan bagi memeriksa dan membuat ‘as built drawing’ bagi kerja-kerja yang telah dibuat oleh Defendan pada masa material berpandukan pelan yang diluluskan dengan kerja sebenar di tapak Rumah tersebut. Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara berikut; (i) Bilakah tarikh lawatan pelukis pelan ke tapak pembinaan untuk pemeriksaan dan membuat ‘as built drawing’ yang dinyatakan; (ii) Apakah asas dan kaedah ‘as build drawing’ dibuat; (iii) Apakah pengalaman dan kelayakan pelukis pelan tersebut; dan (iv) Apakah kaedah yang digunakan oleh pelukis pelan tersebut. 4. Perenggan 15 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa: “15. Berdasarkan ‘as-built drawing’ tersebut Plaintif mendapati bahawa pembinaan Rumah tersebut tidak mengikut pelan yang diluluskan. Kesangsian Plaintif terhadap kerja-kerja pembinaan Defendan telah dibuktikan apabila Plaintif membuat perbandingan di antara pelan yang diluluskan dan lukisan ‘as-built drawing’ tersebut. Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara berikut: (i) Bagaimanakah yang dikatakan sebagai tidak mengikut pelan yang diluluskan; (ii) Pelan mana yang dirujuk dan dibandingkan; (iii) Bahagian ‘as built drawing’ yang mana tidak mengikut pelan; dan (iv) Kesangsian di bahagian mana yang ingin ditimbulkan. 5. Perenggan 16 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa: “16. Plaintif sangat kecewa dengan tindakan Defendan yang membina Rumah tersebut dengan tidak mengikut pelan yang telah diluluskan. Plaintif juga bimbang tentang keutuhan dan keselamatan Rumah tersebut. Oleh yang demikian, Plaintif telah mengeluarkan satu Notis Pemberhentian Kerja bertarikh 19.2.2023 atas alasan pembinaan tidak mengikut spesifikasi dan pelan yang diluluskan. Plaintif percaya bahawa Defendan telah gagal untuk mematuhi klausa 2.1 dan 2.2 Perjanjian tersebut.” Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara berikut: (i) Bahagian mana pembinaan yang dibuat tidak utuh dan tidak selamat; (ii) Bahagian mana dalam pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi dan pelan yang diluluskan. 6. Perenggan 17 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa; “17. Plaintif juga mendapati bahawa tuntutan bayaran progres Defendan juga tidak sepertimana Jadual Kedua Perjanjian tersebut. Defendan telah membuat tuntutan dan dibayar bagi kerja-kerja di bawah progres yang pada hakikatnya belum dilaksanakan oleh Defendan. Plaintif juga telah dimaklumkan Tetuan M Sarizal Shamsuddin Architect bahawa tiada Sijil Perakuan Tersebut dikeluarkan oleh arkitek untuk mengesahkan progres pembinaan Rumah Tersebut sepertimana tuntutan Plaintif. Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara berikut: (i) Bahagian mana kerja-kerja progres yang dituntut tidak sepertimana Jadual Kedua Perjanjian tersebut? (ii) Apakah butir-butir tuntutan bayaran progres Defendan yang kononnya belum dilaksanakan? (iii) Bilakah tarikh pengesahan progres pembinaan dibuat oleh pihak arkitek, dalam bentuk apa pengesahan tersebut dimaklumkan kepada Plaintif? 7. Perenggan 20 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa: “20. Tindakan Defendan yang cuba untuk menukar jurutera perunding dan menukar pelan struktur yang telah diluluskan tersebut menambahkan kecurigaan Plaintif tentang keseluruhan pembinaan rumah Plaintif terutamanya yang melibatkan struktur utama termasuk dan tidak terhad kepada kerja-kerja asas dan landas termasuk asas tapak (pad footing) dan kerja-kerja konkrit bertetulang termasuk rasuk (beam) dan tiang (column).” Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara berikut: (i) Apakah fakta terperinci kecurigaan oleh Plaintif pada binaan asas tapak (pad footing)? (ii) Apakah fakta terperinci kecurigaan oleh Plaintif pada binaan kerja-kerja kontkrit bertetulang termasuk rasuk (beam) dan Tiang (column)? 8. Perenggan 22 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa: “22. Hasil ujian jurutera pakar mendapati bahawa Rumah tersebut telah tidak dibina mengikut pelan dan spesifikasi yang telah diluluskan. Kerja-kerja konkrit tidak menepati piawaian dan hasil ujian menunjukkan bahawa kualiti kerja konkrit di tahap ‘Poor’ kerana terdapat rongga- rongga, lompang-lompang dan keretakan pada matrik konkrit. Hasil penilaian kejuruteraan oleh jurutera pakar juga mendapati struktur-struktur konkrit bertetulang dibina oleh Defendan mengalami pelbagai darjah ketegangan (varying degree of distresses) disebabkan oleh kecacatan pembinaan, pertukangan yang lemah dan pembinaan yang tidak mengikut amalan kejuruteraan yang baik. [Butir-butir terperinci akan dikemukakan melalui laporan “Proposed Visual Condition Assessment and Testing for One (1) Unit of Single Storey House at Lot 4134 (GM 4078), Surau Haji Daud, Mukim Pengadang Buluh, Daerah Kuala Terengganu” yang disediakan oleh Jurutera Pakar dari syarikat MML Universal Testing & Engineering Sdn. Bhd semasa perbicaraan kelak.]” Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara berikut: (i) Bilakah pemeriksaan oleh jurutera dibuat; (ii) Siapakah identiti jurutera pakar yang dirujuk; (iii) Bagaimana proses pemeriksaan dijalankan; (iv) Formula atau jenis “test” apa yang digunakan; (v) Bilakah tarikh laporan yang dirujuk tersebut; (vi) Piawai yang bagaimana yang dirujuk; (vii) Apakah jenis ujian yang digunakan; (viii) Bahagian mana yang dilaporkan tidak mengikut pelan dan spesifikasi, (ix) Jenis rongga-rongga, lompang-lompang dan keretakan bagaimana yang wujud pada konkrit; (x) Berapakah tahap kebolehlihatan ‘visibility’ kecacatan-kecacatan yang kononnya wujud; (xi) Apakah jenis dan darjah ketegangan yang dimaksudkan (xii) Apakah kecacatan pembinaan yang wujud; dan (xiii) Apakah standard pertukangan yang baik yang dirujuk, diguna pakai dan dibandingkan yang dimaksudkan. 9. Perenggan 27 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa: “27. Defendan telah pecah kontrak apabila Defendan gagal membina Rumah tersebut sepertimana pelan yang diluluskan. Tambahan pula, berdasarkan dapatan jurutera pakar struktur-struktur konkrit bertetulang yang dibina oleh Defendan mengalami pelbagai darjah ketegangan (varying degree of distresses) disebabkan oleh kecacatan pembinaan, pertukangan yang lemah dan pembinaan yang tidak mengikut amalan kejuruteraan yang baik.” Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara berikut: (i) Apakah pelan yang dirujuk dan dimaksudkan; (ii) Bahagian mana yang gagal mengikut pelan yang dimaksudnya; (iii) Apakah standard piawaian kejuruteraan kerja binaan yang baik yang dirujuk dan diguna pakai; (iv) Apakah jenis dan darjah ketegangan yang dimaksudkan; 10. Perenggan 29 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa; “29. Pada masa yang sama Plaintif juga telah hilang kepercayaan kepada Defendan. Plaintif juga percaya berdasarkan laporan oleh jurutera pakar dan juruukur bahan, kecacatan Rumah tersebut adalah teruk dan Plaintif akan menanggung risiko untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan dengan Defendan.” Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara tersebut: (i) Bilakah tarikh pemeriksaan oleh jurutera dibuat; (ii) Bilakah tarikh pemeriksaan oleh juruukur bahan dibuat; (iii) Bilakah tarikh laporan jurutera diperolehi; (iv) Bilakah tarikh laporan juruukur bahan diperolehi; (v) Siapakah identiti pakar-pakar yang dikatakan kononnya dirujuk; (vi) Kecacatan teruk apa dan dimana yang dimaksudkan; dan (vii) Bentuk-bentuk risiko yang timbul untuk meneruskan kerja pembinaan. 11. Perenggan 30 dan 31 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan bahawa: “30. Plaintif memplidkan bahawa akibat daripada pelanggaran terma-terma substantif Perjanjian tersebut oleh Defendan, Plaintif telah mengalami kerugian yang besar. Plaintif akan merujuk kepada Perjanjian Tersebut untuk terma dan kesan sepenuhnya semasa perbicaraan kelak. 31. Plaintif seterusnya memplidkan bahawa oleh kerana kegagalan Defendan mematuhi klausa-klausa dalam Perjanjian tersebut, ianya telah mengakibatkan kerugian kepada Plaintif.” Sila berikan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara tersebut: (i) Apakah terma-terma substantif dalam perjanjian tersebut; (ii) Apakah terma-terma bukan substantif dalam perjanjian tersebut; dan (iii) Apakah kerugian besar yang telah dialami oleh Plaintif yang dimaksudkan. (iv) Berapakah kerugian besar yang telah dialami oleh Plaintif yang dimaksudkan dan pecahannya. 1. Kertas-kertas kausa yang dirujuk Writ Saman. 2. Pernyataan Tuntutan Kandungan 2. 3. Pembelaan dan tuntutan balas Kandungan 6. 4. Pembelaan terpinda dan tuntutan balas terpinda Kandungan 7. 5. Jawapan kepada Pembelaan Terpinda dan Pembelaan bkepada tuntutan balas terpinda Kandungan 8. 6. Notis permohonan Kandungan 9. 7. Afidavit sokongan Kandungan 10. 8. Afidavit jawapan Plaintif Kandungan 12. 9. Afidavit balasan Kandungan 13. 10. Hujahan bertulis Defendan Kandungan 14. 11. Hujahan bertulis Plaintif Kandungan 16. 12. Hujahan balas Defendan Kandungan 18. 13. Hujahan balas Plaintif Kandungan 19. Ringkasan latarbelakang kes [3] Berdasarkan satu perjanjian pembinaan yang di kenali “Perjanjian Kontrak GM 4078, No Lot 4134, Mukim Pengadang Buluh, Daerah Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman” pada 26 Mei 2022, pihak responden Plaintif telah bersetuju untuk melantik perayu Defendan sebagai kontraktor bagi membina sebuah rumah di atas tanah milik responden Plaintif seperti tersebut di atas. [4] Sepanjang tempoh pembinaan, pihak responden Plaintif telah beberapa kali membuat lawatan ke tapak Rumah tersebut untuk melihat sendiri proses pembinaan dan kerja-kerja pembinaan oleh pihak perayu Defendan dan seterusnya mendapati bahawa kerja-kerja pembinaan yang dilakukan oleh perayu Defendan adalah tidak memuaskan serta tidak mengikut pelan yang telah dipersetujui. [5] Atas alasan ini, pihak responden Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap pihak perayu Defendan sebagaimana Writ Saman dan Penyata Tuntutan yang telah difailkan. Pihak perayu Defendan menyatakan bahawa pernyataan tuntutan pihak responden Plaintif adalah tidak jelas menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk menjawab tuntutan pihak responden Plaintif ini secara spesifik. [6] Oleh itu pihak perayu Defendan telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan butir-butir lanjut dan jelas berkenaan pernyataan tuntutan pihak responden Plaintif sepertimana di Lampiran dalam kandungan 9 yang dirujuk di atas. Dapatan [7] Setelah meneliti kertas-kertas kausa serta hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan bahawa permohonan pihak perayu Defendan sepertimana Kandungan 9 ditolak dengan kos sebanyak RM2000.00 kepada pihak responden Plaintif. 1. Alasan-alasan Mahkamah Setelah penelitian dibuat ke atas 62 soalan yang dikemukakan oleh pihak perayu Defendan di dalam permohonan mereka sepertimana Kandungan 9, Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam responden Plaintif bahawa kesemua soalan tersebut adalah tidak memenuhi prinsip permohonan butir-butir lanjut dan jelas sepertimana Aturan 18 Kaedah 12 Kaedah Kaedah Mahkamah 2012. Ini adalah kerana kebanyakan butiran yang dipohon dalam Notis Permohonan pihak perayu Defendan merupakan keterangan yang tidak boleh dimasukkan ke dalam pliding kerana ianya bukanlah fakta kepada tuntutan pihak responden Plaintif. 2. Mahkamah juga berpendapat bahawa kesemua soalan yang dikemukakan oleh pihak perayu Defendan kepada pihak responden Plaintif bagi mendapatkan butir-butir lanjut dan jelas, terutamanya berkaitan tarikh dan kaedah pemeriksaan boleh dikemukakan kepada pihak responden Plaintif dan saksi-saksinya semasa perbicaraan penuh kelak. 3. Permohonan pihak perayu Defendan tidak bermerit dan tidak menurut peruntukan undang-undang yang mantap selain membazirkan masa pihak-pihak daripada meneruskan tindakan ini kepada perbicaraan penuh dengan segera. 4. Sebaliknya segala butiran serta fakta yang dikemukakan oleh pihak responden Plaintif dalam pernyataan tuntutannya adalah memadai serta mematuhi prinsip asas pliding. Mahkamah telah merujuk kepada kes CHONG WEI KONG v PRIWORLD SDN BHD & ORS, yang memutuskan seperti berikut: “Every pleading shall only contain a statement in a summary form of the material facts to be relied upon to formulate their claim or defence and all matters of evidence to prove their case are to be reserved for the trial and must not be pleaded” 5. Mahkamah juga berpendapat bahawa segala fakta yang munasabah telah pun dinyatakan dalam pernyataan tuntutan pihak responden Plaintif yang membawa kepada kausa tindakan yang jelas iaitu kegagalan pihak perayu Defendan dalam melaksanakan pembinaan premis pihak responden Plaintif dan juga mematuhi perjanjian yang telah mereka masuki bersama. Mahkamah juga telah merujuk kes SMJ Trans-Trade Agency v Liziz Standaco Sdn Bhd. 6. Tidak timbul isu ketidakadilan ataupun prejudis terhadap pihak perayu Defendan dalam penyediaan pembelaannya walaupun butir-butir lanjut dan jelas pernyataan tuntutan daripada pihak responden Plaintif tidak diperolehi. Hal ini adalah kerana segala butiran tersebut masih boleh disoal kepada pihak responden Plaintif atau saksi-saksinya semasa perbicaraan kelak. Penutup Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah telah menolak permohonan pihak perayu Defendan sebagaimana Kandungan 9 dengan kos sebanyak RM2000.00 kepada pihak responden Plaintif. Tarikh: 25 Ogos 2024 (Norashima binti Khalid) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Terengganu.