That when the accused used the document he knowingly used such document with intent to deceive his principal.” (See Yahaya Abdullah v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ 398) Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan, saya berpuas hati setiap ingredient penting termasuk elemen knowledge kedua-dua Responden telahpun dibuktikan oleh pihak pendakwaan atau pihak perayu. Sama ada secara direct evidence ataupun secara circumstancial evidence. Keterangan SP32 iaitu pegawai JPJ yang diberi kuasa untuk mendaftarkan kenderaan lucuthak Kastam bagi Negeri Kedah dengan jelas mengatakan dokkumen-dokumen yang diperlukan seperti yang telah diberikan oleh Responden Pertama kepada Responden Kedua adalah tidak lengkap. Khususnya ketiadaan suratan pengesahan lucuthak kenderaan di bawah Akta Kastam 1997 dan juga tiada surat iringan oleh pegawai kastam Negeri Kedah yang diberikan kuasa untuk berurusan dengan JPJ serta dengan salinan kad pengenalan pegawai tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen disini telah tersalah arah di dalam membuat perintah acquitted and discharge tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen juga di dalam Alasan Penghakiman beliau telah tidak membincangkan merits kes ini dan gagal menyatakan samada pihak Perayu dalam membuktikan setiap ingredient di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Seterusnya, Hakim Mahkamah Sesyen juga telah gagal menilai dengan maksima keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan sebelum membuat keputusan beliau. Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati daripada keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua OKT, kedua-dua Responden dengan ini dipanggil membela diri pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang sama. [18] Premis hujahan Peguam Perayu Kedua adalah perbuatan pemerdayaan ke atas JPJ Kulim telah disempurnakan melalui pertuduhan-pertuduhan ke atas Perayu Pertama sehingga menyebabkan kenderaan-kenderaan tersebut telah didaftarkan melalui sistem MySikap di JPJ Kulim. Pertuduhan-pertuduhan ke atas Perayu Pertama juga pada hujahan Peguam Perayu Kedua menunjukkan bahawa Perayu Kedua juga adalah merupakan pihak yang diperdayakan oleh Perayu Pertama. [19] Memandangkan Perayu Kedua sebagai ejen telah menerima dokumen-dokumen tersebut, maka dihujahkan bahawa ianya diterima bagi pihak JPJ Kulim yang merupakan prinsipal kepada Perayu Kedua. Oleh itu, apabila Perayu Kedua menerima dokumen tersebut sebagai ejen kepada JPJ Kulim, maka keduanya adalah diperdayakan memandangkan Perayu Kedua juga tidak mengetahui bahawa ianya satu pemerdayaan oleh Perayu Pertama. Apatah lagi, JPJ Kulim bukanlah orang semulajadi (natural person) sebaliknya satu entiti undang-undang yang berfungsi melalui para penjawat awam yang bekerja di bawahnya termasuk Perayu Kedua. [20] Peguam Perayu Kedua melanjutkan hujahannya dengan menegaskan bahawa Perayu Kedua tidak lebih dari merupakan Penolong Pentadbir bergred N36 di JPJ Kulim yang menjalankan tugas bagi pihak JPJ Kulim. Oleh itu, adalah janggal apabila Perayu Kedua dituduh memperdayakan JPJ Kulim sedangkan Perayu Kedua turut dihujahkan sebagai terpedaya di atas perbuatan Perayu Pertama. Ini kerana tidak mungkin bagi Perayu Kedua memperdayakan JPJ sedangkan perbuatan pemerdayaan ini mengikut pertuduhan-pertuduhan ke atas Perayu Pertama dilakukan oleh Perayu Pertama. [21] Hujahan ini disimpulkan dengan membawa perhatian Mahkamah ini bahawa Perayu Kedua bukanlah dituduh secara bersama-sama maupun dituduh sebagai orang yang bersubahat (abettor) di bawah seksyen 28 Akta 694. Sebaliknya kesemua pertuduhan tersebut adalah secara berasingan dan hanya dibicarakan bersama-sama. Di dalam keadaan sedemikian, maka dihujahkan niat melakukan jenayah (criminal intent) yang dimiliki oleh Perayu Pertama sekiranya terbukti sekalipun adalah tidak relevan kepada Perayu Kedua. [22] Memulakan analisis isu ini, Mahkamah ini menurunkan seksyen 18 Akta 694 seperti berikut; “Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.” [23] Di dalam menafsirkan seksyen 18 tersebut, Mahkamah berpandangan bahawa terdapat dua kesalahan yang diwujudkan iaitu: Kesalahan pertama: Mana-mana orang yang memberi seseorang ejen apa-apa resit, akaun atau dokumen yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya, untuk mengelirukan prinsipalnya. Kesalahan kedua: Mana-mana ejen yang menggunakan apa-apa resit, akaun atau dokumen yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya, untuk mengelirukan prinsipalnya. [24] Perkataan ejen dan prinsipal telah ditafsirkan di bawah seksyen 2 Akta 694 seperti berikut: "ejen" ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bertindak bagi seorang lain, dan termasuklah pegawai badan awam atau yang berkhidmat dalam atau di bawah mana-mana badan awam, pemegang amanah, pentadbir atau wasi pusaka seseorang yang sudah mati, subkontraktor, dan mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau yang bertindak bagi pemegang amanah, pentadbir atau wasi, atau subkontraktor itu” “prinsipal" termasuklah mana-mana majikan, mana-mana benefisiari di bawah sesuatu amanah, mana-mana estet amanah, mana-mana orang yang mempunyai kepentingan benefisial dalam pusaka seseorang yang sudah mati, pusaka seseorang yang sudah mati, dan, dalam hal mana-mana orang yang berkhidmat dalam atau di bawah sesuatu badan awam, badan awam itu;” [25] Dengan kata yang lain, bagi kes ini, kesalahan ke atas Perayu Pertama adalah kerana telah memberi seorang ejen sesuatu dokumen yang palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya dan mengelirukan prinsipalnya. Manakala kesalahan ke atas Perayu Kedua adalah sebagai ejen yang telah menggunakan sesuatu dokumen yang palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya dan mengelirukan prinsipalnya. [26] Yang jelas dan dipersetujui di dalam kes ini, prinsipalnya adalah JPJ Kulim manakala ejen adalah merupakan Perayu Kedua yang merupakan seorang penjawat awam di JPJ Kulim iaitu seorang Penolong Pegawai Tadbir bergred 32. [27] Oleh itu, apabila Mahkamah ini meneliti pertuduhan pertama sehingga pertuduhan keempat yang dikenakan ke atas Perayu Pertama, ia adalah sebagai seseorang yang mengemukakan dokumen palsu kepada ejen yang merupakan Perayu Kedua, bagi maksud mengelirukan prinsipalnya iaitu JPJ Kulim. Mahkamah turut meneliti pertuduhan pertama sehingga pertuduhan keempat yang dikenakan ke atas Perayu Kedua dan mendapati bahawa ianya adalah bagi kesalahan berkaitan menggunakan dokumen palsu tersebut untuk mengelirukan prinsipalnya iaitu JPJ Kulim. [28] Kedua-dua kesalahan tersebut adalah berasingan dan ia walaupun berkait tetapi berdiri dengan secara sendiri. Perbuatan bagi pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas Perayu Pertama adalah lengkap sebaik Perayu Pertama mengemukakan dokumen palsu tersebut kepada ejen dan digunakan untuk mengelirukan prinsipal. Manakala perbuatan bagi pertuduhan-pertuduhan ke atas Perayu Kedua adalah lengkap sebaik Perayu Kedua menerima dokumen palsu serta menggunakannya untuk mengelirukan prinsipalnya. [29] Bagi Mahkamah, tidak timbul isu berkaitan perbuatan-perbuatan Perayu Pertama adalah kemudiannya diulangi di dalam pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas Perayu Kedua yang menjadikan ianya satu kemustahilan fakta dan undang-undang. [30] Di dalam kes Mustapha Mawi v. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [2015] CLJU 814; [2015] 1 LNS 814 telah diputuskan seperti berikut: “To prove the case under Section 11 (c) of the Anti-Corruption Act 1997 which is pari materia to section 18 MACC Act 2009, the Prosecution only need to prove the following ingredients: [a] that the accused used a document in respect of which his principal was interested; [b] that the document contained a statement which was false in a material particular; [c] that the accused knew that the statement was false in a material particular and that he intended it to mislead the principal; and [d] that when the accused used the document he knowingly used such document with intent to deceive his principal." (See Yahaya Abdullah v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ 398)” [31] Mahkamah turut tidak bersetuju ke atas hujahan Peguam Perayu Kedua bahawa pihak PR tidak menuduh Perayu sebagai orang yang bersubahat di bawah seksyen 28 Akta 694 dan elemen niat jenayah kedua-dua Perayu perlu dibuktikan. [32] Mahkamah berpandangan, kesalahan ke atas Perayu Pertama dan kesalahan ke atas Perayu Kedua adalah dua kesalahan yang berbeza walaupun ia melibatkan fakta yang sama dan berkait. Oleh yang demikian tidak timbul isu persubahatan serta niat jenayah. [33] Sehubungan dengan itu, Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Perayu Kedua dan memutuskan bahawa pertuduhan-pertuduhan ke atas Perayu Kedua bukanlah satu kemustahilan fakta dan undang-undang. Isu ini adalah tidak bermerit. Isu (2); sama ada Perayu 1 mempunyai pengetahuan dan milikan ke atas dokumen-dokuemn palsu di P62, P63 dan P64 [34] Peguam Perayu Pertama menghujahkan bahawa Tuan HMS di akhir kes telah gagal untuk mempertimbangkan pembelaan utama Perayu Pertama berkaitan pengetahuannya serta milikannya ke atas dokumen-dokumen yang menjadi subjek kepada pertuduhan-pertuduhan ke atas Perayu Pertama iaitu P62, P63 dan P64. Asas hujahan Peguam adalah keterangan Perayu Pertama perlu dibandingkan dengan keterangan-keterangan dari saksi PR iaitu SP25, SP26, SP30 dan SP34. [35]