Defendan seterusnya menghujahkan Plaintif tidak perlu membuat bayaran dalam Kontrak Perantisan ini sekiranya beliau menghabiskan kedua-dua Tempoh Perantisan dan Tempoh Bon serta lulus dalam peperiksaan. h) Pelabelan yuran juga tidak mengelirukan kerana Plaintif telah beberapa kali menunjukkan bahawa beliau faham, setuju dan mengakui jumlah sebanyak RM60,000.00 adalah dibayar kepada Defendan sebagai fi pecah bon, dan bukannya yuran latihan, seperti dalam mesej WhatsApp antara Plaintif dengan SD2, surat letak jawatan Plaintif dan slip transaksi Maybank yang dikemukakan. [70] Semasa Plaintif iaitu SP3 disoal balas oleh peguam Defendan, memberi keterangan bahawa beliau telah bersetuju, faham, mengaku dan telah membayar RM60,000.00 sebagai fi pecah bon dan bukannya yuran latihan. [71] Defendan juga tidak pernah memaklumkan kepada Plaintif bahawa sijil yang dikeluarkan adalah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Plaintif hanya diberitahu S/N V5auCqqqxky8AkYrMN/eTQ bahawa sijil akan dikeluarkan oleh syarikat Defendan sahaja. [72] Mengikut Perenggan 3.3 Kontrak Perantisan tersebut, Defendan telah memperuntukkan dengan jelas bahawa Plaintif akan mendapat sijil sonographer yang dianugerahkan oleh Defendan: … you shall gain the necessary skill and knowledge requisite to obtain the Certificate of Sonographer awarded by the Company, subject to passing the examination concerned. [73] Plaintif telah diberi masa sepanjang 30 minit untuk membaca Kontrak Perantisan dan diberi penjelasan tentang Kontrak Perantisan. Plaintif telah faham terma kontrak dan diberitahu bahawa sijil akan ditandatangani oleh ahli radiologi, dan bukannya Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum menurunkan tandatangannya. [74] Bagi relief yang dipohon Plaintif, Plaintif perlu memenuhi keperluan di bawah seksyen 66 Akta Kontrak 1950 seperti berikut: When an agreement is discovered to be void, or when a contract becomes void, any person who has received any advantage under the agreement or contract is bound to S/N V5auCqqqxky8AkYrMN/eTQ restore it, or to make compensation for it, to the person from whom he received it. [75] Defendan berhujah bahawa jika Mahkamah memutuskan bahawa Kontrak Perantisan tersebut adalah tidak sah dan terbatal, Plaintif telah menerima bermanfaat dalam Kontrak Perantisan ini dan tidak berhak untuk menuntut kesemua fi pecah bon atas dasar pengayaan tidak patut. [76] Berdasarkan keterangan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada lansung keterangan bagaimana Plaintif dipedayakan memasuki kontrak tersebut berdasarkan salah nyataan atau tort penipuan. [77] Oleh itu kontrak perantisan tersebut adalah sah dan tidak terbatal. Plaintif tidak boleh bergantung kepada Seksyen 66 Akta Kontrak 1950 bagi mendapatkan semula fi pecah bon sebanyak RM60,000.00 yang telah dibayarnya. [78] Oleh itu kontrak tersebut telah dimasuki oleh Plaintif dan defendan secara sukarela “with their eyes wide open”. Plaintif diestop daripada menuntut semula fi pecah bonnya. Isu ketiga-sama ada Plaintif berhak dibawah prinsip undang-undang restitusi untuk menuntut balik RM60,000 fi pecah bon yang telah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan dan pampasan bagi kerugian yang dituntut. S/N V5auCqqqxky8AkYrMN/eTQ [79] Defendan menghujahkan bahawa Plaintif adalah diestop daripada remedi restitusi untuk tuntutan RM60,000 sebagai fi pecah bon yang telah dibayar oleh Plaintif. [80] Mahkamah Rayuan dalam kes Tenaga Nasional Bhd v Irham Niaga Sdn Bhd & Anor [2011] 1 MLJ 752 memutuskan bahawa seorang plaintif tidak dibenarkan untuk approbate dan reprobate: On the principle that a person may not approbate and reprobate, a species of estoppel has arisen which seems to be intermediate between estoppel by record and estoppel in pais, and may conveniently be referred to here. Thus a party cannot, after taking advantage under an order (eg payment of costs), be heard to say that it is invalid and ask to set it aside, or to set up to the prejudice of persons who have relied upon it a case inconsistent with that upon which it was founded; nor will he be allowed to go behind an order made in ignorance of the true facts to the prejudice of third parties who have acted on it. [82] Dalam kes Mahkamah Persekutuan Development & Commercial Bank Berhad v Aspatra Corporation Sdn Bhd & Anor [1995] 3 MLJ 472, ia telah diputuskan: A person cannot approbate and reprobate so that if a person becomes aware of an irregularity of service and then subsequently takes a further step in the action which S/N V5auCqqqxky8AkYrMN/eTQ could only be useful if the service had been good, the said irregularity is waived. [83] Kelakuan Plaintif dalam kes ini menjelaskan tingkah laku approbate and reprobate. Plaintif semasa disoal balas oleh Peguam defendan mengakui dan bersetuju bahawa RM60,000.00 yang dibayarnya adalah fi pecah bon dan bukannya yuran latihan. Selepas Plaintif pecah bon dengan defendan, menyatakan bahawa yuran fee pecah bon tersebut sebenarnya adalah yuran latihan dan membuat tuntutan semula bayaran fi pecah bon RM60,000.00 yang telah dibayar berdasarkan terma kontrak tersebut. [84] Oleh yang demikian Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa Plaintif adalah diestop daripada remedi restitusi untuk tuntutan RM60,000 sebagai fi pecah bon yang telah dibayar oleh Plaintif. [85] Apa yang jelas dalam kes ini, adalah menjadi keterangan yang tidak dapat dipertikaikan bahawa Plaintif telah mendapat manfaaat penuh daripada kontrak Perantisan yang ditawarkan Defendan. Plaintif sekarang menjawat jawatan sebagai Ultrasound Technician di Klinik Anda Puchong setelah berhenti kursus dan tidak menghabiskan tempoh kontraknya dengan Defendan. S/N V5auCqqqxky8AkYrMN/eTQ [86] Berdasarkan keterangan saksi-saksi, keterangan dokumen yang difailkan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati plaintif gagal membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian, oleh itu tuntutan Plaintif untuk perintah deklarasi dan relif lain yang dipohon dalam para