sementara menunggu pelupusan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif di sini, satu injunksi interim dimasukkan terhadap Plaintif untuk menghalang Plaintif, sama ada 30/06/2026 16:31:23 WA-22NCvC-536-09/2025 Kand. 77 S/N 2hppsmCQMEitKmzRyfxpA secara sendiri atau melalui pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pengkhidmat-pengkhidmat atau ejen-ejennya atau mana-mana daripada mereka atau dengan apa jua cara daripada melakukan tindakan berikut atau mana-mana daripadanya, iaitu mengelirupa atau cuba mengelirupa dan/atau menyebabkan, membolehkan, mendapatkan atau membantu pihak lain untuk mengelirupa sama ada dengan menggunakan, memaparkan menunjukkan nama, jenama dan logo “BeNourish” (atau apa jua cap dagangan lain yang secara mengelirukan atau memperdayakan hampir serupanya) dalam semua aktiviti perniagaan Plaintif, termasuk tetapi tidak terhad kepada laman kedai atas talian di mana-mana platform e-dagang, laman sosial atau apa-apa bahan pemasaran;