Content
Rayuan Jenayah No: B-05(M)-361-08/2017 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-361-08/2017 ANTARA NWOKEDI CHINONSO DANIEL … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. 45A-42-04/2015 Antara Pendakwa Raya Lawan Nwokedi Chinonso Daniel] KORAM: KAMARDIN HASHIM, HMR RHODZARIAH BUJANG, HMR MOHAMAD ZABIDIN MOHD DIAH, HMR Rayuan Jenayah No: B-05(M)-361-08/2017 2 PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Ini adalah rayuan Perayu terhadap sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya oleh Hakim Mahkamah Tinggi di Shah Alam (‘hakim bicara’) bagi satu kesalahan memperedarkan dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya, 1952 (‘Akta’). [2] Pertuduhan terhadap Perayu seperti berikut: Pertuduhan Pertama “That you on 6th February 2014, at about 12.30 p.m. at Jalan Temenggung 18 Off Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa, in the district of Klang, in the state of Selangor, did traffic in a dangerous drugs to wit 270.1 grammes of Methamphetamine, and thereby committed an offence under section 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952 and punishable under section 39B(2) of the same Act.” [3] Kami telah mendengar rayuan Perayu pada 17.6.2019. Selepas mendengar pihak-pihak, kami dengan sebulat suara menolak rayuan Perayu. Kami sekarang memberikan alasan-alasan penolakan rayuan Perayu seperti berikut. Kes pendakwaan [4] Kes pendakwaan secara ringkasnya seperti berikut. Pada 6.2.2014, jam lebih kurang 10.00 pagi, ASP Mohd Shokri Bin Ismail (SP3) sebaik sahaja menerima maklumat mengenai satu aktiviti pengedaran dadah melalui perkhidmatan kurier, telah mengumpulkan satu pasukan serbuan dan memberi taklimat mengenai serbuan yang akan dilakukan. Tempat Rayuan Jenayah No: B-05(M)-361-08/2017 3 serbuan di kawasan Jalan Temenggung 18 Off Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa, Klang. [5] Selesai taklimat, pasukan serbuan diketuai oleh SP3 telah pergi ke kawasan tempat serbuan dan tiba di sana jam lebih kurang 10.40 pagi dan terus membuat pemerhatian. [6] Pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari dan semasa membuat pemerhatian, SP3 melihat sebuah motor van DHL berhenti di hadapan sebuah rumah kedai. Pemandu motor van, kemudiannya dikenali sebagai Dzulikram Bin Azmi (SP2) dilihat turun dari motor van dan menyerahkan sebuah kotak berwarna merah (P26) kepada seorang lelaki Afrika yang dicamkan sebagai Perayu. Selepas motor van DHL tersebut beredar, SP3 terus menghampiri Perayu dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasanya. Dengan secara tiba-tiba, Perayu terus melarikan diri sambil memegang P26. SP3 terus mengejar Perayu yang kemudiannya telah mencampakkan P26. Perayu bagaimanapun telah berjaya ditahan. [7] SP3 telah mengambil P26 dan telah membuat pemeriksaan di hadapan Perayu. Pada kotak itu tertera tulisan “DHL”. Di dalam kotak itu terdapat dua komponen besi berbentuk omboh (piston) [P29 dan P30]. Pemeriksaan lanjut semasa di balai polis, SP3 menjumpai dalam setiap P29 dan P30 terdapat satu bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah berbahaya (P32 dan P34). Rayuan Jenayah No: B-05(M)-361-08/2017 4 [8] Perayu dan barang-barang kes yang dirampas kemudiannya telah diserahkan oleh SP3 kepada pegawai penyiasat, Inspektor Ermawati Binti E. Shadah (SP6) untuk tindakan lanjut. [9] Pada 11.2.2014, SP6 telah menyerahkan barang kes P32 dan P34 kepada ahli kimia, Dr. Saravanan a/l Jayaram (SP4) untuk dianalisis. Hasil analisis, SP4 mengesahkan ketulan kristal yang terdapat dalam P32 dan P34 mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat keseluruhan berjumlah 270.1 gram, hal perkara dalam pertuduhan. SP4 turut mengesahkan Methamphetamine tersenarai dalam Jadual Pertama, Akta. [10] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Perayu atas pertuduhan. Hakim bicara setelah membuat pertimbangan secara maksimum berpuas hati setiap inti pati pertuduhan telah berjaya dibuktikan terhadap Perayu. [11] Hakim bicara menerima keterangan SP4 mengenai kepakaran dan analisis yang telah dijalankan bagi membuktikan hal perkara pertuduhan adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 270.1 gram seperti dalam pertuduhan. Untuk elemen milikan, hakim bicara membuat dapatan bahawa fakta matrik kes pendakwaan menunjukkan Perayu mempunyai milikan mens rea terhadap dadah yang dipertuduhkan. Perayu juga didapati mempunyai milikan sebenar dadah yang dipertuduhkan berdasarkan fakta dia menunggu motor van DHL tersebut dan memperkenalkan dirinya sebagai “Dave Tammeth” dan telah menerima kotak P26 berisi dadah berbahaya tersebut. Apabila SP3 memperkenalkan Rayuan Jenayah No: B-05(M)-361-08/2017 5 diri, Perayu telah cuba melarikan diri dan turut mencampakkan P26. Hakim bicara telah menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta untuk elemen pengetahuan. [12] Untuk elemen pengedaran, hakim bicara telah membuat dapatan bahawa elemen pengedaran telah dibuktikan melalui keterangan langsung berdasarkan tafsiran “pengedaran” di bawah seksyen 2 Akta oleh kerana jumlah besar dadah yang dibawa dan disembunyikan dalam omboh (piston). Pembelaan Perayu [13] Perayu telah memilih untuk memberi keterangan membela diri secara bersumpah dari kandang saksi. Hanya Perayu seorang memberi keterangan kes pihak pembelaan. Keterangan pembelaan Perayu telah diringkaskan oleh hakim bicara seperti berikut: “(1) Tertuduh bertemu dengan rakannya bernama “Dave Tammeth” dua hari sebelum ditangkap di Restoran Authenthic Afrika, Taman Sentosa, Klang. Dave telah meminta Tertuduh untuk mengambil bungkusan (P26) bagi pihaknya dari sebuah syarikat kurier pada 6/2/2014 kerana Dave pergi ke sekolah pada hari tersebut dan tidak dapat mengambil bungkusan sendiri;