Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN NO: JA-22NCVC-275-12/2017 ANTARA NZ BINA SDN BHD (No. Syarikat: 752767-T) …PLAINTIF
JA-22NCvC-275-12/2017
High Court of Malaysia15 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ndang yang memutuskan: “The general rule is that an appeal shall not operate as a stay of execution unless the court so orders. Accordingly, as Brown J said in Serangoon Garden Estate Ltd v Ang Keng [1953] MLJ 116 while commenting on the discretion to grant a stay: But it is a clear principle that the Court will not de”
“& Ors v. ADM Ventures (M) Sdn Bhd & Anor And Another Appeal [2022] 8 CLJ 817 yang turut merujuk kepada kes Kosma Oil di atas (kes Renew Capital dirujuk oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Avetani Sdn Bhd [2025] CLJU 773 dan turut menjadi sandaran Mahkamah ini) yang memutuskan seperti berikut: "[32] Courts have increasingly”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN NO: JA-22NCVC-275-12/2017 ANTARA NZ BINA SDN BHD (No. Syarikat: 752767-T) …PLAINTIF
1
REAPLITE INDUSTRY SDN BHD (No. Syarikat: 456814-W)
2
OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD (No. Syarikat: 295400-W) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 347) [1] Ini adalah permohonan Plaintif untuk penggantungan pelaksanaan perintah sehingga pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan melalui Notis Rayuan yang difailkan pada 19.2.2025. Plaintif adalah Perayu dalam rayuan sivil bagi guaman ini (selepas ini dirujuk sebagai “Guaman 275”). Guaman 275 ini adalah atas penghakiman Mahkamah ini bertarikh 14.2.2025 yang menolak tuntutan Plaintif ke atas 30/10/2025 08:17:51 JA-22NCvC-275-12/2017 Kand. 376 Defendan Pertama (“D1”) untuk tuntutan gantirugi atas perlanggaran terma sub-kontrak. [2] Tuntutan ke atas Defendan ke-2 (“D2”) pula, tidak diteruskan setelah penghakiman persetujuan telah direkodkan di antara kedua-duanya (lihat: alasan penghakiman Mahkamah ini dalam Guaman 275). Walau bagaimanapun, D2 dikekalkan dalam tajuk guaman ini kerana Bon Pelaksanaan yang menjadi sebahagian penghakiman Mahkamah ini dikeluarkan oleh D2. [3] Mahkamah melalui penghakiman ini telah menolak tuntutan Plaintif bagi gantirugi “Liquidated Ascertained Damages” sejumlah wang beserta faedah berjumlah RM2,476,967.02 (berdasarkan hujahan D1) atau RM2,456,684.00 (berdasarkan hujahan Plaintif). Ia berbangkit daripada satu sub kontrak di antara Plaintif dan D1 untuk satu projek lebuhraya melibatkan kontrak utama di antara Plaintif dan JKR. Guaman 275 ini dimulakan oleh Plaintif atas dakwaan berlakunya perlanggaran terma kontrak oleh D1. [4] Mahkamah sebaliknya, membenarkan tuntutan balas oleh D1 dengan Plaintif diputuskan untuk membayar D1 sejumlah RM20,836,675.15 berupa Tuntutan Progresif D1 No. 35,36 dan 37 beserta faedah. Plaintif juga diputuskan membayar D1 sejumlah RM11,498,944.49 bersabit Surat Jaminan bagi Bon Pelaksanaan kepada D1, setelah Mahkamah ini mendapati Plaintif telah menamatkan kontrak yang dimasuki dengan D1 secara salah. [5] Alasan penghakiman ini adalah untuk rayuan D1 terhadap keputusan Mahkamah ini membenarkan penggantungan bersyarat atau “conditional stay”. Syarat yang diperintahkan ialah untuk Plaintif mendepositkan sejumlah RM5,350,342.66 dibayar ke dalam akaun klien peguamcara D1, iaitu Tetuan Haris Ibrahim Kandiah Partnership dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah Mahkamah. Jumlah ini dipegang sebagai pihak berkepentingan (stakeholder) oleh Tetuan Haris Ibrahim Kandiah Partnership sehingga pelupusan rayuan Plaintif di Mahkamah Rayuan. [6] Dalam memutuskan sedemikian, Mahkamah mengambil pendirian yang sama seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini dalam kes-kes sebelum ini iaitu Guaman No: JA-21NCVC-24-10/2019 Teguh Asiamas Sdn Bhd v Jemain Bin Mohamed & 3 ors. Mahkamah ini juga membenarkan penggantungan bersyarat dalam Guaman No: JA-22NCC-22- 04/2019 United Overseas Bank (China) Limited, Chengdu Branch v Siow Kwang Joon@Siow Kwong Shang. [7] Mahkamah berpandukan kepada kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 1MLJ 257 (FC) dalam mencapai keputusan ini. Analisa penghakiman kes ini perlu diperincikan kerana ia telah membincangkan dan seterusnya menggariskan kesemua prinsip yang lazim akan berbangkit di dalam permohonan penggantungan. [8] Dalam kes Kosma Palm Oil ini, Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan prinsip umum undang-undang yang memutuskan: “The general rule is that an appeal shall not operate as a stay of execution unless the court so orders. Accordingly, as Brown J said in Serangoon Garden Estate Ltd v Ang Keng [1953] MLJ 116 while commenting on the discretion to grant a stay: But it is a clear principle that the Court will not deprive a successful party of the fruits of his litigation until an appeal is determined, unless the unsuccessful party can show special circumstances to justify it”. [9] Mahkamah Persekutuan turut bersetuju, bagi tujuan membuktikan “special circumstances” ini perlulah dibuktikan satu keadaan yang mempunyai asas yang kukuh “strong justification” di luar daripada sebab-sebab biasa “it requires something more than an ordinary reason” untuk membolehkan Mahkamah membenarkan satu penggantungan. Ini mengambil kira keputusan ini perlu kerana ia diambil di luar daripada peruntukan undang-undang yang lazim. [10] Mahkamah Persekutuan dalam kes Kosma Oil pada masa yang sama juga turut memutuskan seperti berikut; “there are myriad circumstances that could constitute special circumstances …” [11] Ini diperjelaskan berikutnya dan menjadi panduan oleh Mahkamah ini dalam membenarkan permohonan D1 ini secara bersyarat: “It is therefore clear beyond doubt that there are many factors that may constitute special circumstances and the fact that an appeal would be rendered nugatory if stay was refused is the most common one. It is an example of special circumstances. In other words, special circumstances is the genus of which nugatoriness is a species. If it has been shown that an appeal would be rendered nugatory if stay was refused what it means is that a special circumstance has been established. Thus, they cannot be treated as separate heads and one cannot be an alternative to the other. Neither can one be accepted or rejected in favour of the other as they are inter-related. See Teow Guan & Ors v Kian Joo Holdings Sdn Bhd & Ors could have withstood scrutiny if it had merely referred to nugatoriness without rejecting special circumstances. As nugatoriness is a species of special circumstances, a mere reference to it is sufficient to convey the correct legal impression. Any attempt to restrict the grant of a stay to nugatoriness, quite apart from its impropriety, will severely restrict the grounds on which an applicant may rely”. [12] Adalah penting untuk mencerminkan penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kosma Oil berikutnya kerana tanpa mengutarakan prinsip ini yang telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, akan meletakkan Mahkamah ini yang mendengar permohonan penggantungan ini di dalam keadaan serba-salah. Mahkamah Persekutuan di dalam Kosma Oil menegaskan bahawa: “The merits of a party’s case in a stay application is not a relevant matter for consideration”. [13] Mahkamah Persekutuan di dalam Kosma Palm Oil bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang memberi penekanan seperti berikut: “21. Lee Hun Hoe CJ (Borneo) said in the Federal Court in Re Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd; Ling Beng Sung v Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd & Ors (No 2) at p 132: Allegations that there has been misdirection that the verdict of judgment was against the weight of evidence, or that there was no evidence to support the verdict or judgment, are not special circumstances on which the court will grant the application. See Monk v Bartram (1891) 1 QB 346”. [14] Mahkamah ini pada masa yang sama merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Renew Capital Sdn Bhd & Ors v. ADM Ventures (M) Sdn Bhd & Anor And Another Appeal [2022] 8 CLJ 817 yang turut merujuk kepada kes Kosma Oil di atas (kes Renew Capital dirujuk oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Avetani Sdn Bhd [2025] CLJU 773 dan turut menjadi sandaran Mahkamah ini) yang memutuskan seperti berikut: "[32] Courts have increasingly been more inclined to explore a partial conditional stay upon terms to balance the competing rights, interest, needs and concerns of the parties without offending the general principle that generally a party a successful litigation even at first instance is entitled to the fruit of its litigation unless "special circumstances" can be shown by the unsuccessful party that is appealing. [33] The law on stay of execution of a monetary judgment is trite in that the court may exercise its discretion to grant a stay of execution of the judgment debt if the judgment debtor as the applicant in the stay application could show "special circumstances" relating to the enforcement of the judgment pending appeal. It is an accepted "special circumstance" if the appeal were to succeed, the appeal would nevertheless be nugatory if the successful appellant would be deprived of the result of the successful appeal that would have set aside the payment of the judgment debt or so much of it." [15] Bersandarkan kepada semua prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah atasan, Mahkamah ini bersetuju penghakiman kes ini adalah satu “monetary judgment”, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk memberikan penggantungan pelaksanaan. Penekanan juga diberi kepada prinsip-prinsip di dalam kes-kes duluan yang mengetengahkan hak Plaintif (dalam kes ini hak D1 atas tuntutan balasnya) untuk “menuai hasil litigasinya yang telah berlangsung untuk kesekian tempohnya” dan pada masa yang sama hak Defendan (dalam kes ini, hak Plaintif) untuk merayu, bahawa “special circumstances” telah dibuktikan. [16] Malahan D1 melalui affidavit jawapannya (lampiran 350) bersetuju secara alternatif untuk penggantungan bersyarat tetapi dengan jumlah penghakiman RM11,498,944.49 bayaran Bon Pelaksanaan dibayar sepenuhnya manakala RM20,836,675.15 bagi jumlah penghakiman Tuntutan Progresif 35, 36 dan 37 D1 dibayar ke dalam akaun pemegang amanah peguam. [17] Meskipun begitu, Mahkamah memutuskan penggantungan bersyarat sebagai suatu yang munasabah dan bersetuju ia dibenarkan tetapi untuk sebahagian jumlah sahaja berupa RM5,350,342.66, atas alasan seperti berikut: a. Jumlah ini adalah jumlah bayaran terkini yang secara nyata dapat dilihat kemasukannya ke dalam akaun Plaintif melalui “Arahan Pembayaran” oleh JKR pada 3.4.2023 (lihat:
Lampiran
lampiran 326 Ikatan Dokumen Defendan muka surat 37 pdf). b. Bayaran ini adalah “bayaran pemulangan baki bon pelaksanaan”. c. Jumlah ini adalah sebahagian daripada jumlah Bon Pelaksanaan di mana Bon Pelaksanaan ini diputuskan oleh Mahkamah di dalam alasan penghakiman Guaman 275 substantif, D1 adalah berhak ke atasnya. d. Jumlah penghakiman melibatkan suatu jumlah yang besar maka adalah munasabah penggantungan diberikan, jikapun tidak sepenuhnya. e. Ini selari dengan kedudukan kewangan kedua-dua Plaintif dan D1 yang tidak berada dalam keadaan kukuh sebagaimana penyata kewangan yang dikemukakan. [18] Alasan-alasan ini pada pandangan Mahkamah adalah memadai untuk satu penggantungan bersyarat dibenarkan. Pada pandangan Mahkamah ini, persoalan yang disandarkan oleh Plaintif dan D1 adalah persoalan “both mix law and fact”. Ia berkisar sama ada penamatan kontrak oleh Plaintif adalah sah yang melibatkan tafsiran klausa perjanjian yang terlibat serta dapatan fakta. [19] Mahkamah ini bersetuju ia berbangkit melalui analisa Mahkamah ini di dalam penghakiman yang ditulis setelah bicara penuh berlangsung. Ia bukanlah hanya persoalan dapatan fakta semata-mata, yang dibuat oleh Mahkamah yang menyentuh atas isu merit. [20] Dengan itu, Mahkamah memutuskan penggantungan bersyarat dengan sejumlah wang daripada bayaran baki Bon Pelaksanaan yang dibuat kepada Plaintif oleh JKR disimpan sebagai syarat kepada penggantungan untuk dipegang oleh peguam sebagaimana para 5 alasan penghakiman ini. (NURULHUDA NUR’AINI BTE MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bharu Bertarikh 15 Mei 2025 Peguam pihak Plaintif : 1. Razlan Hadri Zulkifli 2. Edmund Choi Sing Eu 3. Muhammad Hafiz Hood Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri Peguam pihak Defendan : 1. Eugene Jayaraj 2. Jeremiah Anand Lawrence Tetuan Haris Ibrahim Kandiah Partnership
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.