Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.BA-A52M-251-11/2016 ANTARA OCBC AL-AMIN BANK BERHAD
A52M-251-11/2016 DEF 1
Sessions Court of Malaysia27 Apr 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.BA-A52M-251-11/2016 ANTARA OCBC AL-AMIN BANK BERHAD
1
1.
2
2.
3
MAI JASMINA BINTI JALALUDDIN HARYATEY BINTI HANAPI ... DEFENDAN ALASAN KEPUTUSAN (Aturan 14, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012) 2
1
Ini adalah permohonan plaintif di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memohon perintah satu penghakiman terus dimasukkan terhadap defendan pertama.
2
Pada 27.4.2017 mahkamah memutuskan permohonan plaintif untuk merekodkan penghakiman terus terhadap defendan pertama dibenarkan dengan kos. Seterusnya pada 8.5.2017 defendan pertama telah memfailkan satu notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang mebenarkan penghakiman terus direkodkan terhadap defendan pertama.
3
Fakta ringkas kes adalah seperti berikut: Defendan pertama telah memohon kepada plaintif untuk kemudahan perbankan Islam di bawah prinsip Komoditi Murabahah untuk dana perniagaan 3 dan permohonan tersebut diluluskan melalui surat tawaran bertarikh 12.11.2014 dan lampirannya (ekhsibit A-1 afidavit sokongan plaintif) . Dana perniagaan tersebut iaitu kemudahan Biayaan Berjangka (Term Financing-i (Term-i)) adalah sebanyak RM200,000.00 diluluskan kepada defendan pertama tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalamnya.
4
Defendan pertama telah menerima terma dan syarat tersebut dengan menandatangani surat tawaran yang antara lain seperti yang dibutirkan di dalam perenggan 7(i)-(xiv) afidavit sokongan plaintif.
5
Plaintif dan defendan pertama kemudiannya memasuki Perjanjian Jualan Aset bertarikh 19.11.2014 di mana plaintif telah menjual komoditi bernilai RM200,000.00 di bawah sijil CPO19NOV2014-00012-000 dan defendan pertama telah membeli komoditi tersebut pada harga jualan plaintif sebagaimana yang diperuntukkan di dalam surat tawaran. Defendan pertama juga berjanji untuk membayar harga jualan plaintif tersebut melalui 4 ansuran bulanan dalam tempoh seperti yang dipersetujui di dalam surat tawaran.
6
Susulan itu, plaintif telah menjual komoditi tersebut bagi pihak defendan pertama di pasaran pada harga jualan defendan pertama dan hasilnya telah disalurkan kepada defendan pertama sebagaimana yang dipersetujui di dalam surat tawaran.
7
Tidak boleh dipertikaikan bahawa defendan pertama juga telah memasuki Terma Produk Plaintif bertarikh 13.11.2014 (ekhsibit A-3 afidavit sokongan plaintif).
8
Defendan pertama kemudiannya didapati gagal, membayar bayaran ansuran-ansuran bulanan di bawah kemudahan Term-i.
9
Plaintif telah melalui surat peguamnya kepada defendan pertama bertarikh 4.7.2016 membatalkan kemudahan yang diberikan dan menuntut bayaran keseluruhan jumlah terhutang setelah ditolak dengan ibra' dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh surat tersebut 5 sebanyak RM167,900.60 setakat 11.7.2016. Defendan pertama gagal mematuhi tuntutan tersebut.
10
Melalui suatu surat jaminan berkuatkuasa mulai 19.11.2014 defendan ke-2 dan ke-3 telah secara bersesama dan berasingan bersetuju untuk diikat bukan sahaja sebagai penjamin tetapi sebagai penghutang utama untuk pembayaran ke semua wang yang terhutang dan kena dibayar oleh defendan pertama kepada plaintif bila dituntut, termasuk yuran peguam atas dasar peguamcara-anakguam.
11
Defendan pertama gagal untuk menunjukkan apa-apa isu untuk dibicarakan dan hutang tersebut masih lagi terhutang dan kena dibayar oleh defendan pertama.
12
Sijil Keberhutangan yang diekhsibitkan sebagai ekhsibit A-7 di dalam afidavit sokongan plaintif mengesahkan ketepatan jumlah keberhutangan defendan pertama kepada plaintif. 6
13
Defendan pertama mendakwa terdapat kelakuan fraud antara plaintif, defendan ke-2 dan ke-3 terhadap defendan pertama. Oleh itu jumlah yang dituntut oleh plaintif terhadap defendan pertama merupakan hasil dari fraud tersebut.
14
Defendan pertama tidak menerima writ saman terpinda bertarikh 15.12.2016 yang dikatakan diserah oleh plaintif kepada defendan pertama.
15
Terdapat perintah injunksi Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui writ saman No. 22NCVC-304-06/2014 yang menghalang defendan ke-2 dan ke-3 daripada memerolehi sebarang kemudahan pinjaman daripada mana-mana pihak.
16
Kemudahan pembiayaan Islam dibawah pinsip komoditi murabahah yang ditandatangani antara plaintif dan defendan pertama adalah tidak sah memandangkan ianya bercanggah dengan 7 Memorandum & Article of Association defendan pertama.
17
Defendan pertama tidak bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang dituntut oleh plaintif
18
Defendan pertama mendakwa terdapat fraud dalam kemudahan pembiyaan yang ditawarkan oleh plaintif kepada defendan pertama. Beban bukti adalah terletak kepada defendan pertama yang mendakwa terdapat fraud dalam transaksi antara plaintif dan defendan.
19
Mahkamah telah meneliti afidavit defendan pertama untuk mempertimbangkan kemungkinan terdapatnya fraud sepertimana yang didakwa oleh defendan pertama. Walau bagaimanapun, ekhsibit A-1 afidavit sokongan plaintif adalah jelas bahawa defendan pertama telah memohon untuk kemudahan 8 pembiayaan daripada plaintif dan berdasarkan Resolusi Pengarah Defendan Pertama (ekhsibit A-8), defendan ke-2 dan ke-3 telah diberi kebenaran dan kuasa oleh defendan pertama untuk menandatangani apa-apa dokumen berkaitan dengan kemudahan pembiayaan yang dipohon.
20
Defendan pertama mendakwa plaintif telah meluluskan satu kemudahan perbankan Islam kepada defendan pertama yang bertindak di luar Memorandum & Articles of Association kepunyaan defendan pertama. Oleh itu defendan pertama tidak mempunyai tanggungan untuk menyelesaikan apa-apa hutang kepada plaintif.
21
Defendan pertama juga mendakwa bahawa jumlah yang dituntut oleh plaintif seharusnya ditanggung oleh defendan ke-2 dan ke-3 sahaja.
22
Begitupun, plaintif berhujah bahawa pada kesemua waktu material defendan ke-2 dan ke-3 merupakan pengarah-pengarah dan penjamin kepada defendan pertama. Oleh itu tidak ada kelakuan fraud dari mana-mana pihak seperti yang didakwa oleh defendan 9 pertama. Oleh itu dakwaan defendan pertama berkenaan fraud oleh plaintif adalah sesuatu yang tidak berasas.
23
Defendan pertama turut bersetuju dengan terma-terma di dalam Surat Tawaran tersebut apabila pengarah-pengarah defendan pertama pada waktu material menandatangani acceptance page surat tawaran tersebut. Mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa elemen fraud tidak wujud kerana defendan pertama dengan relanya telah memohon untuk kemudahan pembiayaan daripada plaintif dan sehingga kini tidak membuat apa-apa bayaran.
24
Berkenaan dengan perintah injunksi Mahkamah Tinggi Shah Alam, plaintif berhujah bahawa plaintif bukanlah pihak yang dinamakan didalam prosiding writ saman No. 22NCVC-304-06/2014 dan plaintif tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan perintah injunksi tersebut.
25
Meneliti kepada perintah injunksi tersebut, 10 mahkamah bersetuju bahawa plaintif bukanlah pihak yang dinamakan dalam perintah injunksi tersebut dan wajarlah plaintif mendakwa bahawa plaintif tidak mempunyai pengetahuan tentang perintah injunksi tersebut.
26
Oleh itu mahkamah beersetuju dengan hujahan plaintif bahawa perintah injunksi tersebut tidak mengikat plaintif. Perintah Injunksi tersebut hanya di bawa ke perhatian plaintif melalui afidavit jawapan defendan pertama.
27
Sekirannya benar defendan ke-2 dan ke-3 dilarang untuk memohon sebarang pinjaman kerana terdapat perintah larangan dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, mengapa defendan pertama mengeluarkan resolusi dan memberi kebenaran dan kuasa kepada defendan ke-2 dan ke-3 untuk memohon kemudahan pembiayaan daripada plaintif? Resolusi oleh defendan pertama sendiri nampaknya bertentangan dengan perintah injunksi tersebut.
28
Plaintif berhujah walaupun defendan pertama membangkitkan isu berkenaan perintah injunksi Mahkamah Tinggi 11 Shah Alam, terma-terma di dalamnya tidak mengikat plaintif atau menjejaskan tuntutan plaintif. Defendan pertama adalah diestop daripada menafikan yang sebaliknya. Plaintif menegaskan defendan pertama merupakan peminjam utama dan defendan ke-2 dan ke-3 adalah penjamin. Selaku peminjam utama defendan pertama bertanggungjawab untuk membuat pembayaran.
29
Ekhsibit A-1 afidavit sokongan plaintif jelas menunjukkan defendan pertama telah memohon untuk kemudahan pembiayaan daripada plaintif. Berdasarkan kepada ekhsibit A-8, defendan ke-2 dan ke-3 telah diberi kebenaran dan kuasa oleh defendan pertama untuk menandatangani apa-apa dokumen berkaitan dengan kemudahan pembiayaan yang dipohon.
30
Oleh itu isu berkenaan dengan perintah injunksi Mahkamah Tinggi Shah Alam yang dibangkitkan oleh defendan pertama bukanlah satu isu untuk dibicarakan. Defendan Pertama Tidak Menerima Writ Saman 12
31
Mahkamah memutuskan dakwaan bahawa defendan pertama tidak menerima writ saman juga bukanlah satu isu untuk dibicarakan. Memang benar terdapat kesilapan pada nama defendan ke-2 pada writ saman tersebut. Nama defendan ke-2 adalah Mai Jasmina Binti Jalaluddin dan bukannya Muhammed Yasin Bin Abdul Karim. Selepas menyedari kesilapan tersebut, peguamcara plaintif terus memfailkan writ saman terpinda untuk meminda nama defendan ke-2 sebelum menyerahkan writ saman tersebut kepada defendan ke-2.
32
Malah selepas menerima writ saman bertarikh 15.11.2016, defendan pertama tidak membangkitkan apa-apa bantahan melainkan hanya membangkitkan isu ini selepas plaintif memfailkan permohonan di bawah Aturan 14.
33
Mahkamah bersetuju bahawa isu yang dibangkitkan oleh defendan adalah satu afterthought dan tidak harus dipertimbangkan oleh mahkamah. Isu ini juga adalah isu yang remeh dan bukan satu isu untuk dibicarakan. 13
34
Defendan pertama mendakwa kemudahan pembiyaan islam di bawah prinsip Komoditi Murabahah tidak sah kerana bercanggah dengan Memorandum & Articles of Association defendan pertama. Berkenaan isu ini, mahkamah berpendapat dakwaan defendan pertama tidak berasas. Malahan, kemudahan pembiayaan tersebut tidak salah atau bercanggahan dengan mana-mana undang-undang atau illegal seperti yang didakwa oleh defendan pertama.
35
Berkaitan dengan produk Komoditi Murabahah tersebut, mahkamah ingin merujuk kepada kes Kuwait Finanace House (Msia) Bhd v Vesta Energy Sdn Bhd & Ors [2012] 9 CLJ di mana Yang Arif Mohd Zawawi Salleh telah menerangkan dengan jelas bagaimana produk Komoditi Murabahah atau juga dikenali sebagai Murabahah Tawarruq ini dijalankan:- “Murabahah Tawarruq” 14 [39] I begin with Murabahah Tawarruq facility. Murabahah Tawarruq is a transaction that involves purchasing an asset or good with deferred price on the basis of Murabahah, then selling it to a third party to obtain cash. (see Shariah Resolutions In Islamic Finance, Central Bank of Malaysia, 2010, 2nd edn, p. 224). [40] Murabahah comes from the word ribh which means increase. Technically, Murabahah is the mark-up disclosed to the purchaser as per the seller’s purchase price for a trust-sale of a certain specified asset, excluding monetary assets such as cash and receivables. (see The Principles and Practices of Shariah in Islamic Finance, Shariah Parameter Reference 1: Murabahah, Central Bank of Malaysia, p. 4). [41] Relying on the aforesaid meanings, one can come to a logical and simple conclusion that Murabahah Tawarruq based transaction allows the imposition of 15 profit rate or profit margin. Meaning that, the bank will expressly mentions the cost of the sold goods it has incurred, and sells it to the customer by adding some profit or mark-up on the payment. So long it was accepted by the customer, the term will accordingly binds him/her. [42] In this instant case, the first defendant will initiate the deal. It will apply via purchase request for the plaintiff to purchase certain goods from vendors/suppliers. Upon receipt of the purchase request, the plaintiff will issue a “Letter Of Offer To Sell The Goods” specifying, inter alia, the deferred sale price which comprises of the purchase price of the goods, the Murabahah Profit imposed and the commodity transaction fee and the first defendant is at liberty to accept it. Once accepted, the first defendant is bound by the terms. (see cl. 2.4 of the Murabahah Tawarruq 2 Facility Agreement dated 26 June 2007). 16 [43] In respect of this kind of transaction, the customer is not interested in owning the asset or goods that the bank acquired, but the instrument is used to facilitate cash advances to him who is in need of cash to pay various needs. (see Shariah Resolutions In Islamic Finance, Central Bank of Malaysia, 2010, 2nd edn., p. 224, Shariah Resolutions In Islamic Finance, Central Bank of Malaysia, 2007, 1st edn., p. 62, RHB Islamic Bank Berhad v. Veheng Global Trader Sdn Bhd & Ors [2011] 1 LNS 684 and cl. 2.2 of the Murabahah Tawarruq 2 Facility Agreement dated 26 June 2007). [44] So too here. The purpose of the facility was to finance the first defendant’s general working capital requirements only. That is why, subsequent to the sale between the plaintiff and the first defendant, the latter will appoint the former as its agent to sell the goods so purchased to a third party. (see cl. 2.4 (d) of 17 the Murabahah Tawarruq 2 Facility Agreement dated 26 June 2007).
36
Berdasarkan kepada kes Kuwait Finance House (supra) secara ringkasnya, kemudahan pembiayaan Islam dibawah prinsip Komoditi Murabahah melibatkan pembelian dan penjualan komoditi yang diluluskan oleh syariah. Komoditi yang terlibat di dalam kes ini adalah minyak sawit mentah “(Crude Palm Oil (CPO) seperti yang telah diplidkan oleh plaintif didalam pernyataan tuntutan plaintif bertarikh 15.11.2016 dan juga seperti yang tertera didalam dokumen-dokumen kemudahan pembiayaan yang telah diekhsibitkan oleh plaintif.
37
Plaintif turut berhujah bahawa segala transaksi berkenaan dengan kemudahan pembiayaan di bawah prinsip Komoditi Murabahah yang telah diberikan kepada defendan pertama adalah mematuhi syariah dan diketahui oleh Bank Negara Malaysia. Tidak ada unsur illegal dan/atau tainted with fraud dalam transaksi tersebut sepertimana dakwaan defendan pertama. Malahan, 18 kemudahan pembiayaan yang diluluskan juga tidak bercanggah dengan jenis perniagaaan yang dijalankan oleh defendan pertama.
38
Apa yang jelas defendan pertama telah memohon untuk kemudahan pembiayaan tersebut sejak tahun 2014 dan tidak pernah sesekali pun membangkitkan apa-apa isu berkenaan dengan produk pembiayaan yang telah diluluskan. Plaintif berhujah defendan pertama telah menikmati kemudahan pembiayaan tersebut selama ini dan tidak membuat bayaran. Hanya setelah plaintif memfailkan tindakan undang-undang ini, defendan pertama membangkitkan pelbagai isu-isu yang tidak berasas.
39
Plaintif seterusnya berhujah sekiranya defendan pertama tidak berpuas hati dengan konsep kemudahan pembiayaan Islam dibawah prinsip Komoditi Murabahah ini, defendan pertama seharusnya membuat aduan kepada Syariah Advisory Council Bank Negara Malaysia. Mahkamah bersetuju dengan hujahan plaintif dan isu yang dibangkitkan oleh defendan pertama bahawa transaksi antara plaintif dan defendan pertama tidak sah tidak wajar untuk 19 dipertimbangkan oleh mahkamah. Adalah jelas juga isu ini bukanlah satu isu untuk dibicarakan.
40
Mahkamah berpendapat dakwaan defendan pertama bahawa defendan pertama tidak bertanggungjawab langsung tidak berasas. Defendan pertama tidak boleh melarikan diri daripada liabiliti membuat bayaran. Defendan pertama merupakan peminjam utama dan defendan ke-2 dan ke-3 pula merupakan penjamin defendan pertama.
41
Plaintif berhujah apa-apa permasalahan yang wujud antara defendan pertama dan defendan ke-2 dan ke-3 tidak ada kena mengena dengan plaintif. Tuntutan plaintif juga tidak terjejas hanya kerana defendan ke-2 dan ke-3 bukan lagi pengarah-pengarah defendan pertama. Apa yang jelas dan penting adalah defendan pertama telah memohon untuk kemudahan pembiayaan daripada plaintif dan defendan ke-2 dan ke-3 telah bersetuju untuk menjadi penjamin. 20
42
Plaintif telah melampirkan Sijil Keberhutangan sebagai ekhsibit “A-7” dalam afidavit sokongan plaintif yang mengesahkan ketepatan dan jumlah keberhutangan defendan pertama.
43
Meneliti kepada afidavit defendan pertama, mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa defendan pertama telah gagal untuk menunjukkan apa-apa manifest error di dalamnya dan oleh yang demikian sijil tersebut adalah bukti konklusif tentang keberhutangan defendan pertama.
44
Klausa 15 pada pada Lampiran Surat Tawaran bertarikh 12.11.2014 di Ekhsibit “A-1” afidavit sokongan plaintif khususnya muka surat 16 menyatakan seperti berikut:- “15. In any legal action or proceedings relating to te Facility(ies), our certificate as to any amount due to us 21 under the Facility(ies) shall, in the absence of manifest error, be conclusive evidence that such amount is in fact due and payable.”
45
Dalam kes Cempaka Finance Berhad v Ho Lai Ying [2006] 3 CLJ 544 Mahkamah Agung memutuskan seperti berikut:- “The Court of Appeal’s position that the conclusiveness of the certificate of indebtedness was binding only upon the parties and that the court would still have to determine whether sufficient evidence had been adduced to prove quantum and the correctness of the amount claimed, went against the entrenched principles enunciated in Citibank N.A v. Ooi Boon Leong & Ors, which established firmly the conclusive nature and extent of a certificate of indebtedness. A certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law, excusing the plaintiff from adducing the proof of debt and shifting the burden onto the defendant to disprove the amount 22 claimed. In the instant case, the relevant cls. 27 and 7.03 of the loan agreement and guarantee agreement respectively were sufficiently clear. A clause of this nature has been described as a conclusive evidence clause and has been held to be binding and valid by courts in Australia and England. The certificate of indebtedness, issued in accordance with the aforesaid cls. 27 and 7.03, was lucid enough. There was nothing to indicate or suggest any manifest error on the face of the said certificate nor was any fraud shown..:
46
Berdasarkan kepada kes Cempaka Finance (supra) adalah jelas menyatakan bahawa sijil keberhutangan plaintif adalah bukti konklusif akan keberhutangan defendan pertama melainkan jika defendan pertama dapat menunjukkan apa-apa manifest error. Mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa defendan pertama gagal menunjukkan apa-apa manifest error. Defendan pertama hanya menafikan tuntutan plaintif dan menyatakan bahawa ia adalah 23 tanggungan defendan ke-2 dan ke-3. Oleh yang demikian, isu ini tidak wajar diberi perrtimbangan oleh mahkamah.
47
Defendan pertama juga membangkitkan isu bahawa surat tuntutan daripada peguamcara plaintif bertarikh 4.7.2016 eksibit A-4 afidavit sokongan plaintif tidak diterima oleh defendan pertama.
48
Plaintif berhujah bahawa peguamcara plaintif telah menghantar surat tuntutan tersebut kepada defendan pertama secara pos berdaftar (perakuan mengepos pada 4.7.2016) dan bukti pengeposan tersebut diekhsibitkan sebagai ekhsibit A-4. Adalah terbukti defendan pertama telah menerima surat tuntutan daripada peguamcara plaintif dan defendan pertama hanya membuat penafian kosong berkenaan dengan penerimaan surat tuntutan tersebut. Oleh itu, isu keenam juga bukanlah satu isu untuk dibicarakan dan tidak harus diberi pertimbangan oleh mahkamah.
49
Berdasarkan kepada alasan-alasan yang 24 dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh defendan pertama tidak mempunyai merit. Defendan pertama juga gagal untuk menunjukkan terdapat isu-isu yang harus dibicarakan. Oleh itu mahkamah memutuskan penghakiman terus direkodkan terhadap defendan pertama dengan kos. Bertarikh pada 6 haribulan Julai, 2014 tt
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.