Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.BA-A52M-251-11/2016 ANTARA OCBC AL-AMIN BANK BERHAD
A52M-251-11/2016 DEF 2 DAN DEF 3
Sessions Court of Malaysia8 May 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.BA-A52M-251-11/2016 ANTARA OCBC AL-AMIN BANK BERHAD
1
DAN
3
HARYATEY BINTI HANAPI ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN KEPUTUSAN (Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012) (terhadap defendan ke-2 dan ke-3) 2
1
Ini adalah permohonan plaintif untuk penghakiman terus direkodkan terhadap defendan ke 2 dan ke 3 bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
2
Fakta ringkas kes adalah seperti berikut. Defendan pertama telah memohon kepada plaintif untuk kemudahan perbankan Islam di bawah prinsip Komoditi Murabahah untuk dana perniagaan (working capital) dan plaintif telah meluluskan permohonan tersebut melalui surat tawaran bertarikh 12.11.2014 untuk jumlah sebanyak RM200,000 tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalamnya.
3
Defendan pertama telah menerima terma dan syarat tersebut dengan menandatangani surat tawaran sepertimana yang dilampirkan dalam affidavit sokongan plaintif.
4
Seterusnya Perjanjian Jualan Aset bertarikh 19.11.2014 telah ditandatangi antara plaintif dan defendan pertama di mana plaintif 3 telah menjual komoditi bernilai RM200,000.00 di bawah sijil CPO19NOV2014-00012-000 dan defendan pertama telah membeli komoditi tersebut pada harga jualan plaintif sebagaimana yang diperuntukkan di dalam surat tawaran. Defendan pertama juga telah bersetuju untuk membayar harga jualan plaintif tersebut melalui ansuran bulanan dalam tempoh yang dipersetujui.
5
Berikutnya, plaintif telah menjual komoditi tersebut bagi pihak defendan pertama di pasaran pada harga jualan defendan pertama dan hasilnya telah disalurkan kepada defendan pertama sebagaimana yang dipersetujui di dalam surat tawaran.
6
Defendan pertama juga telah memasuki Terma Produk Plaintif bertarikh 13.11.2014 (Rujuk ekhsibit A-3 afidavit sokongan plaintif).
7
Defendan pertama telah gagal membayar bayran bulanan di bawah kemudahan tersebut
8
Akibat kegagalan defendan pertama membayar ansuran bulanan, plaintif telah menghantar surat bertarikh 4.7.2016 kepada 4 defendan pertama melalui peguamnya membatalkan kemudahan yang diberikan dan mengakibatkan keseluruhan keberhutangan di bawah kemudahan tersebut menjadi segera terhutang dan kena dibayar. Plaintif juga telah menuntut untuk bayaran keseluruhan jumlah terhutang setelah ditolak dengan ibra' dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh surat tersebut sebanyak RM167,900.60 setakat 11.7.2016.
9
Defendan pertama telah gagal mematuhi tuntutan plaintif supaya membayar keseluruhan jumlah yang terhutang.
10
Melalui surat jaminan bertarikh 19.11.2014 defendan ke-2 dan ke-3 telah secara bersesama dan berasingan bersetuju untuk diikat bukan sahaja sebagai penjamin tetapi sebagai penghutang utama untuk pembayaran kesemua wang yang terhutang dan kena dibayar oleh defendan pertama kepada plaintif bila dituntut. Ini termasuk yuran peguam atas dasar peguamcara-anakguam.
11
Plaintif telah menghantar surat tuntutan bertarikh 4.7.2016 kepada defendan ke-2 dan ke-3 bertarikh 4.7.2016 secara pos 5 berdaftar dan perakuan mengepos menuntut bayaran keseluruhan jumlah terhutang di bawah kemudahan tersebut dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh surat tersebut.
12
KES PLANTIFF Defendan pertama, defendan ke 2 dan defendan ke 3 masih gagal menyelesaikan keseluruhan jumlah yang dituntut dalam tempoh yang ditetapkan.
13
Defendan ke-2 dan ke-3 gagal menunjukkan apa-apa isu untuk dibicarakan.
14
Sijil Keberhutangan ekhsibitkan A-7 dalam afidavit sokongan plaintif mengesahkan ketepatan jumlah keberhutangan defendan ke- 2 dan ke-3 kepada plaintif.
15
Terdapat perintah Mahkamah Shah Alam bertarikh 14.1.2015 yang bersifat retrospective menghalang tuntutan plaintif terhadap 6 defendan ke 2 dan ke 3. Perintah tersebut diperolehi dibawah Guaman No. 22NCVC-304-06/2016.
16
Plaintif gagal mengemukakan sebarang bukti tentang penjualan komoditi berjumlah RM200,000 tersebut.
17
Terdapat indemniti terhadap defendan pertama dan/atau Kengadharan a/l Ramasamy dan Thanapalan a/l Gopalan di mana defendan ke-2 dan ke-3 akan menuntut secara indemniti terhadap defendan pertama dan/atau Kengadharan a/l Ramasamy dan Thanapalan a/l Gopalan sekiranya Defendan ke-2 dan ke-3 didapati bertanggungjawab.
18
KEPUTUSAN MAHKAMAH Defendan ke-2 dan ke-3 mendakwa perintah mahkamah bertarikh 14.1.2015 bertindak secara retrospective yang mana menghalang tuntutan plaintif terhadap mereka. Begitupun, apa yang jelas ialah perintah tersebut tidak bersifat retrospective dan plaintif bukanlah pihak yang dinamakan dalam prosiding Mahkamah Tinggi 7 Shah Alam tersebut. Perintah tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan plaintif. Begitu juga terma-terma di dalam perintah mahkamah tersebut langsung tidak mengikat plaintif.
19
Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut yang dieksibitkan dalam affidavit jawapan defendan-defendan gagal menunjukkan sebarang bukti dalam mana-mana perenggan pun bahawa perintah tersebut bersifat retrospective.
20
Mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa apa jua terma di dalam perintah tersebut tidak menjejaskan tuntutan plaintif terhadap defendan ke-2 dan ke-3. Apa yang jelas adalah defendan ke-2 dan ke-3 selaku penjamin dan berdasarkan kepada Klausa 24 Surat Jaminan bertarikh 19.11.2014 telah memberi indemniti kepada plaintif untuk kesemua kerugian, tuntutan, kos dan perbelanjaan (termasuk fee peguamcara-anakguam atas indemiti penuh termasuk cukai perkhidmatan) yang berpunca dari kemudahan tersebut.
21
Walaupun defendan ke-2 dan ke-3 mengatakan mereka bukan pengarah-pengarah dalam defendan pertama lagi, ia tidak mengubah 8 hakikat bahawa defendan ke-2 dan ke-3 adalah penjamin kepada defendan pertama.
22
Dalam kes Ocbc Bank (Malaysia) Bhd v Unimasco Sdn Bhd & Ors [2004] 6 CLJ 484 Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut:- “…………………..The second defendant being the guarantor has the obligation to answer for the inability of or the default by the first defendant in making repayments under the credit facilities. See eg, Malayan Banking Bhd v Edaran Pit Stop Sdn Bhd & Ors [2000] 1 CLJ 234 HC.”
23
Seterusnya, dalam kes Andrew Siew Ling v United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2013] 1 CLJ 24 Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut:- “[23] It is our considered view that in the present case the appellant, being a person who has given a guarantee and 9 more importantly an indemnity, is primarily liable for losses which the principal borrower could not have been made liable. His liability is not dependent or secondary to the liability of the principal borrower. He is a principal debtor himself. The liability under a contract of indemnity does not depend on whether the principal debt is enforceable. It has no reference in law to the obligation of any third person. In essence, the liability of the person who has given an indemnity can be more extensive than that of the liability of the principal borrower. (See the cases of (1) Yeoman Credit Ltd v. Latter & Anor [1961] 2 All ER 294 and (2) Chung Khiaw Bank Ltd v. Soi Huan &
24
Berpandukan kepada otoriti yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa defendan ke-2 dan ke-3 selaku penjamin kepada defendan pertama bertanggungjawab untuk membuat bayaran kepada plaintif. Undang-undang berkenaan dengan penjamin adalah bahawa sekiranya peminjam utama, gagal untuk membuat bayaran, 10 penjamin-penjamin mempunyai tanggungjawab untuk membuat bayaran.
25
Berkenaan dengan isu komoditi yang dibangkitkan oleh defendan-defendan, mereka mendakwa plaintif tidak mengemukakan sebarang bukti berkenaan penjualan komoditi bernilai RM200,000.00. Dakwaan defendan-defendan nampaknya tidak berasas kerana ekhsibit “A-2” adalah bukti bahawa plaintif telah menjual komoditi bernilai RM200,000.00 dan defendan pertama telah membeli komoditi tersebut pada harga jualan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam surat tawaran plaintif ekhsibit “A-1”.
26
Konsep produk komoditi murabahah telah dijelaskan dalam kes Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad v Vesta Enegy Sdn Bhd [2012] 9 CLJ 516 di mana Yang Arif Mohd Zawawi Salleh telah menerangkan dengan jelas bagaimana produk Komoditi Murabahah atau juga dikenali sebagai Murabahah Tawarruq ini dijalankan:- 11 “Murabahah Tawarruq [39] I begin with Murabahah Tawarruq facility. Murabahah Tawarruq is a transaction that involves purchasing an asset or good with deferred price on the basis of Murabahah, then selling it to a third party to obtain cash. (see Shariah Resolutions In Islamic Finance, Central Bank of Malaysia, 2010, 2nd edn, p. 224). [40] Murabahah comes from the word ribh which means increase. Technically, Murabahah is the mark-up disclosed to the purchaser as per the seller’s purchase price for a trust-sale of a certain specified asset, excluding monetary assets such as cash and receivables. (see The Principles and Practices of Shariah in Islamic Finance, Shariah Parameter Reference 1: Murabahah, Central Bank of Malaysia, p. 4). [41] Relying on the aforesaid meanings, one can come to a logical and simple conclusion that Murabahah Tawarruq 12 based transaction allows the imposition of profit rate or profit margin. Meaning that, the bank will expressly mentions the cost of the sold goods it has incurred, and sells it to the customer by adding some profit or mark-up on the payment. So long it was accepted by the customer, the term will accordingly binds him/her. [42] In this instant case, the first defendant will initiate the deal. It will apply via purchase request for the plaintiff to purchase certain goods from vendors/suppliers. Upon receipt of the purchase request, the plaintiff will issue a “Letter Of Offer To Sell The Goods” specifying, inter alia, the deferred sale price which comprises of the purchase price of the goods, the Murabahah Profit imposed and the commodity transaction fee and the first defendant is at liberty to accept it. Once accepted, the first defendant is bound by the terms. (see cl. 2.4 of the Murabahah Tawarruq 2 Facility Agreement dated 26 June 2007). 13 [43] In respect of this kind of transaction, the customer is not interested in owning the asset or goods that the bank acquired, but the instrument is used to facilitate cash advances to him who is in need of cash to pay various needs. (see Shariah Resolutions In Islamic Finance, Central Bank of Malaysia, 2010, 2nd edn., p. 224, Shariah Resolutions In Islamic Finance, Central Bank of Malaysia, 2007, 1st edn., p. 62, RHB Islamic Bank Berhad v. Veheng Global Trader Sdn Bhd & Ors [2011] 1 LNS 684 and cl. 2.2 of the Murabahah Tawarruq 2 Facility Agreement dated 26 June 2007). [44] So too here. The purpose of the facility was to finance the first defendant’s general working capital requirements only. That is why, subsequent to the sale between the plaintiff and the first defendant, the latter will appoint the former as its agent to sell the goods so purchased to a third party. (see cl. 2.4 (d) of the Murabahah Tawarruq 2 Facility Agreement dated 26 June 2007). 14
27
Berdasarkan kepada kes Kuwait Finance House diatas, secara ringkasnya, kemudahan pembiayaan Islam di bawah prinsip Komoditi Murabahah melibatkan pembelian dan penjualan komoditi yang diluluskan oleh syariah. Komoditi yang terlibat di dalam kes ini adalah minyak sawit mentah (Crude Palm Oil) seperti yang telah diplidkan oleh plaintif di dalam pernyataan tuntutan plaintif bertarikh 15.11.2016 dan juga seperti yang tertera didalam dokumen-dokumen kemudahan pembiayaan yang telah diekhsibitkan oleh plaintif.
28
Transaksi berkenaan kemudahan pembiayaan di bawah prinsip Komoditi Murabahah yang telah diberikan kepada defendan pertama adalah mematuhi syariah dan diketahui oleh Bank Negara Malaysia. Defendan ke-2 dan ke-3 selaku penjamin telah menandatangani surat jaminan. Ekhsibit “A-5” adalah bukti bahawa plaintif boleh menuntut pembayaran daripada defendan ke-2 dan ke-3. 15
29
Sekiranya defendan ke-2 dan ke-3 ingin menuntut apa-apa indemniti daripada defendan pertama dan juga pengarah-pengarah terkini, itu adalah hak defendan ke 2 dan ke 3 yang tidak ada kena mengena dengan tuntutan plaintif. Defendan ke-2 dan ke-3 selaku penjamin adalah bertanggungjawab ke atas tuntutan plaintif.
30
Sekiranya terdapat permasalahan antara plaintif dan defendan ke-2 dan ke-3 ianya tidak ada kena mengena dengan plaintif. Tuntutan plaintif juga tidak terjejas hanya kerana defendan ke-2 dan ke-3 bukan lagi pengarah-pengarah defendan pertama. Apa yang jelas dan penting adalah defendan pertama telah memohon untuk kemudahan pembiayaan daripada plaintif dan defendan ke-2 dan ke- 3 telah bersetuju untuk menjadi penjamin.
31
Plaintif telah mengemukakan Sijil Keberhutangan eksibit A7 yang mengesahkan ketepatan dan jumlah keberhutangan defendan ke-2 dan ke-3. Defendan ke-2 dan ke-3 telah gagal untuk menunjukkan apa-apa manifest error dalam sijil keberhutangan dan oleh yang demikian sijil tersebut adalah bukti konklusif tentang keberhutangan defendan ke-2 dan ke-3. 16
32
Klausa 21 surat jaminan ekhsibit “A-5” adalah bukti berkenaan sijil keberhutangan tersebut. Dalam kes Cempaka Finance Berhad v Ho Laiying & Anor [2006] 3 CLJ 544 Mahkamah Agung menyatakan seperti berkata:- “The Court of Appeal’s position that the conclusiveness of the certificate of indebtedness was binding only upon the parties and that the court would still have to determine whether sufficient evidence had been adduced to prove quantum and the correctness of the amount claimed, went against the entrenched principles enunciated in Citibank N.A v. Ooi Boon Leong & Ors, which established firmly the conclusive nature and extent of a certificate of indebtedness. A certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law, excusing the plaintiff from adducing the proof of debt and shifting the burden onto the defendant to disprove the amount claimed. In the instant case, the relevant cls. 27 and 7.03 of the loan agreement and guarantee agreement respectively were 17 sufficiently clear. A clause of this nature has been described as a conclusive evidence clause and has been held to be binding and valid by courts in Australia and England. The certificate of indebtedness, issued in accordance with the aforesaid cls. 27 and 7.03, was lucid enough. There was nothing to indicate or suggest any manifest error on the face of the said certificate nor was any fraud shown.”
33
Klausa 21 pada surat jaminan bertarikh 19.11.2014 tersebut dan kes Cempaka Finance yang dirujuk diatas jelas menyatakan bahawa sijil keberhutangan yang dikemukakan oleh Pplaintif adalah bukti konklusif akan keberhutangan defendan ke-2 dan ke-3 melainkan jika defendan ke-2 dan ke-3 dapat menunjukkan apa-apa manifest error.
34
Meneliti kepada hujahan defendan-defendan, mereka gagal untuk menunjukkan apa-apa “manifest error”. Defendan ke-2 dan ke- 3 hanya menafikan tuntutan plaintif dan menyatakan bahawa ia 18 adalah tanggungjawab defendan pertama dan/atau pengarah-pengarah baru defendan pertama untuk membuat bayaran.
35
Defendan ke-2 dan ke-3 hanya perlu menunjukkan isu-isu bona fide yang harus dibicarakan. Dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail Ali Johor & Ors [1992] 1 CLJ (REP) 14 Mahkamah Agung telah menyatakan seperti berikut: “[1] Under O. 14, when a fact is asserted by one party and denied by another, and such denial is equivocal or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent or is inherently improbable in itself the Judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue as not triable.”
36
Defendan ke-2 dan ke-3 telah gagal menunjukkan sebarang isu-isu yang harus dibicarakan. Defenan-defendan hanya sekadar 19 membuat penafian kosong semata-mata dan isu-isu yang dibangkitkan oleh defendan-defendan langsung tidak bermerit.
37
Berdasarkan kepada alasan-alasan yang diperjelaskan di atas, mahkamah memutuskan permohonan plaintif untuk penghakiman terus direkodkan terhadap defendan ke 2 dan ke 3 dibenarkan dengan kos. Bertarikh pada 4 haribulan Julai 2017. tt
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.