Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO.: WA-B52NCC-2206-10/2024 ANTARA OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD …PLAINTIF
WA-B52NCC-2206-10/2024
Sessions Court of Malaysia26 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“u yang boleh dibicarakan hatta satu isu sekalipun, maka ianya sudah memadai untuk penghakiman terus ditolak dan kes dibicarakan. Di dalam kes ABDULLAH ROHANI V. PUNCA KLASIK SDN BHD [2004] 1 CLJ 773; [2004] MLJU 754, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa kes wajar dibicarakan sekiranya defendan berjaya memuaskan mahk”
“kan di Mahkamah Persekutuan dalam kes BANK KERJASAMA RAKYAT **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 MALAYSIA SDN BHD V. HONG VOON CHUNG [2021] CLJU 250; [2021] 1 LNS 250, Lee Heng Cheong HMP memutuskan dan menyebut: "[28] In the present case, there is such a”
“to disprove the amount claimed. [30] The fundamental rationale underlying the acceptance of conclusive evidence clauses was approved in the Federal Court cases of Citibank MA v. Ooi Boon Leong & Ors [1980] CLJU 168; [1980] 1 LNS 168 and Cempaka Finance Bhd. v. Ho Lai Ying [2006] 3 CLJ 544. The Federal Court held that a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO.: WA-B52NCC-2206-10/2024 ANTARA OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD …PLAINTIF
1
VIP PASS INTERNATIONAL SDN BHD [Company No.: 200501012236 (689284-W)]
2
JIT SINGH A/L SANTOKH SINGH [No. Kad pengenalan: 430505-08-5119]
3
SANDEEP SINGH GREWAL [No. Kad pengenalan: 810430-04-5511] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 9 di bawah Aturan 14, Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012) A.
1
Alasan penghakiman ini disediakan atas notis rayuan bertarikh 10.7.2025 yang telah difailkan oleh Defendan-Defendan yang tidak berpuashati terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang telah diputuskan pada 26.6.2025.
2
Pada 26.6.2025, mahkamah ini telah membenarkan permohonan Plaintif untuk antara lain memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan-Defendan di kandungan 9 dengan kos RM2,000.00. B. KANDUNGAN 9 3. Plaintif di dalam tindakan ini telah pada 9.4.2025 memfailkan satu permohonan di bawah A.14 K.1 KKM 2012 yang memohon antara lain untuk suatu perintah bagi memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan-Defendan untuk Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan membayar keberhutangannya kepada Plaintif bagi perkara-perkara yang berikut: a. Nombor Akaun: 786415428000000 (Pinjaman Berjangka 1)
i
Jumlah sebanyak RM385,578.32 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lapan Puluh Lima Ribu Lima Ratus Tujuh Puluh Lapan Dan Sen Tiga Puluh Dua Sahaja) setakat 05.09.2024;
II
(ii) Faedah ke atasnya pada kadar 2.20% setahun di bawah Kadar Pinjaman Asas (BLR) (kini pada 6.76% setahun) (Kadar Ditetapkan), pada rehat harian (daily rests) dan dibayar setiap bulan dari 06.09.2024 sehingga tarikh penyelesaian penuh;
III
(iii) Faedah ingkar pada kadar 1% setahun di atas Kadar Ditetapkan dari 06.09.2024 sehingga tarikh penyelesaian penuh. b. Nombor Akaun: 786415429900000 (Pinjaman Berjangka 2):
i
Jumlah sebanyak RM385,236.74 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lapan Puluh Lima Ribu Dua Ratus Tiga Puluh Enam Dan Sen Tujuh Puluh Empat Sahaja) setakat 05.09.2024;
II
(ii) Faedah ke atasnya pada kadar 2.20% setahun di bawah Kadar Pinjaman Asas (BLR) (kini pada 6.76% setahun) (Kadar Ditetapkan), pada rehat harian (daily rests) dan dibayar setiap bulan dari 06.09.2024 sehingga tarikh penyelesaian penuh;
III
(iii) Faedah ingkar pada kadar 1% setahun di atas Kadar Ditetapkan dari 06.09.2024 sehingga tarikh penyelesaian penuh. c. Kos tindakan ini; dan d. apa-apa relif yang Mahkamah fikirkan adil dan patut. C. ALASAN PERMOHONAN PLAINTIF BAGI KANDUNGAN 9
4
4.
4
Alasan-alasan permohonan Plaintif adalah seperti berikut: - 1 Defendan-Defendan setakat 05.09.2024 masih berhutang kepada Plaintif di bawah Pinjaman Berjangka 1 berjumlah sebanyak RM385,578.32 dan Pinjaman Berjangka 2 berjumlah sebanyak RM385,236.74 berserta faedah terakru;
4
4.2 Defendan-Defendan telah gagal, enggan dan/atau abai untuk membayar Plaintif jumlah yang terhutang dan/atau mana-mana bahagian daripadanya dan jumlah tersebut di atas masih lagi terhutang dan kena dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif;
4
4.3 Defendan-Defendan tidak ada apa-apa pembelaan yang bermerit dan bona fide terhadap tuntutan Plaintif; dan
4
4.4 Kes Plaintif adalah suatu kes yang jelas dan terang bagi penghakiman terus. D.
5
Secara ringkas fakta ini adalah seperti berikut:
5
5.1 Defendan Pertama adalah pelanggan Plaintif, manakala Defendan Kedua dan Ketiga masing-masing merupakan penjamin kepada Defendan Pertama. Defendan Pertama telah menerima surat tawaran Plaintif bagi Pinjaman Berjangka 1 sejumlah RM406,800.00 dan Pinjaman Berjangka 2 sejumlah RM406,800.00.
5
5.2 Plaintif dan Defendan Pertama telah memasuki perjanjian kemudahan bertarikh 10.10.2013 yang mengandungi terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak sebagaimana yang terkandung di dalam surat tawaran dan perjanjian kemudahan yang antara lain untuk Defendan Pertama membayar balik kemudahan pinjaman tersebut bersama faedah terakru dalam tempoh yang telah ditetapkan.
5
5.3 Plaintif di dalam tindakan ini menuntut baki pinjaman tertunggak setakat 5.09.2024 yang berjumlah RM385,578.32 bagi Pinjaman Berjangka 1 dan sejumlah RM385,236.74 bagi Pinjaman Berjangka 2 berserta faedah terakru terhadap Defendan Pertama selaku peminjam utama serta terhadap Defendan Kedua dan Ketiga selaku penjamin bagi kemudahan pinjaman tersebut.
5
5.4 Pada 17.9.2024, akibat kegagalan dan kemungkiran Defendan Pertama untuk membuat pembayaran balik kemudahan pinjaman tersebut, Plaintif telah menamatkan kemudahan pinjaman tersebut.
5
5.5 Defendan Kedua dan Ketiga selaku penjamin-penjamin kepada kemudahan pinjaman Defendan Pertama adalah bertanggungan secara bersesama atau berasingan atas pematuhan syarat-syarat dan terma-terma yang mengikat Plaintif dan Defendan Pertama.
5
5.6 Plaintif melalui peguamcaranya telah membuat tuntutan ke atas Defendan Pertama atas tunggakan terhutang namun Defendan Pertama telah gagal dan/atau enggan mematuhinya.
5
5.7 Defendan Kedua di dalam pernyataan pembelaannya dan affidavit jawapannya menyatakan bahawa pada Jun 2022 Defendan Kedua telah meletakkan jawatan sebagai pengarah syarikat Defendan Pertama. Oleh sebab itu Defendan Kedua telah dilepaskan sebagai penjamin Defendan Pertama dan Plaintif telahpun melepaskan Defendan Kedua sebagai penjamin bagi Defendan Pertama. Plaintif tidak mempunyai sebarang kausa tindakan terhadap Defendan Kedua.
5
5.8 Defendan-Defendan tidak menafikan pinjaman kemudahan yang telah diberikan oleh Plaintif di sini yang telah distruktur semula melalui surat tawaran. Defendan Kedua dan Ketiga juga tidak menafikan merupakan penjamin pada masa kemudahan pinjaman itu diberikan kepada Defendan Pertama. Terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian kemudahan juga tidak dinafilkan oleh Defendan-Defendan.
5
5.9 Defendan-Defendan tidak menafikan bahawa peguamcara Plaintif telah mengeluarkan surat tuntutan kepada Defendan Pertama berkenaan perkara ini.
5
5.10 Defendan-Defendan menyatakan bahawa terdapat isu-isu untuk dibicarakan yang memerlukan keterangan lisan dan dokumentar dibuktikan di mahkamah ini, maka permohonan penghakiman terus ini wajar ditolak.
5
5.11 Plaintif selanjutnya menafikan dakwaan Defendan Kedua yang mengatakan telah dilepaskan sebagai penjamin Defendan Pertama. Defendan Kedua masih terikat dengan surat jaminan dan mempunyai tanggungjawab sebagai penjamin Defendan Pertama. Sekalipun Defendan Kedua telah meletakkan sebagai pengarah Defendan Pertama, ianya tidak secara automatik melepaskan Defendan Kedua selaku penjamin Defendan Pertama. Walaupun Defendan Kedua ada menyerahkan surat kepada Plaintif yang memaklumkan pemberhentian Defendan Kedua sebagai pengarah Defendan Pertama, tiada keterangan bertulis yang menyatakan Plaintif telah melepaskan Defendan Kedua sebagai penjamin Defendan Pertama.
5
5.12 Plaintif telah melalui suratnya bertarikh 13.7.2022 menyatakan antara lain bahawa syarat melepaskan tanggungjawab selaku penjamin perlu persetujuan Defendan Pertama dan Ketiga sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam surat jamin bertarikh 10.10.2012. Plaintif dapati tiada sebarang persetujuan Defendan Pertama dan Ketiga bagi perkara ini. Oleh itu, Defendan Kedua masih terikat terhadap abligasi selaku penjamin bagi Defendan Pertama.
5
5.13 Defendan-Defendan mempunyai pengetahuan mengenai surat tuntutan Plaintif dan tidak pernah pada bila-bila masa mempertikaikan tuntutan dan/atau jumlah keberhutangan yang menjadi tuntutan Plaintif.
5
5.14 Plaintif telah mengemukakan sijil keberhutangan sebagai pembuktian muktamad keberhutangan Defendan-Defendan di ekshibit bertanda NYC- 8 untuk membuktikan jumlah tuntutan yang tepat berdasarkan kepada penyata akaun dan rekod Plaintif. Defendan-Defendan hanya membuat penafian berkenaan jumlah keberhutangan ini tanpa membangkitkan apa-apa isu untuk dibicarakan.
5
5.15 Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit dan bona fide terhadap tuntutan Plaintif, serta kes Plaintif adalah suatu kes yang jelas dan terang bagi penghakiman terus. E.
6
Aturan 14 Kaedah 1 KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: “1. Application by plaintiff for summary judgment (O. 14 r. 1)
1
Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.”
7
Berdasarkan peruntukkan undang-undang, penghakiman terus hanya boleh diberikan di dalam keadaan yang jelas (plain and obvious) serta bilamana defendan-defendan gagal untuk mengemukakan isu-isu untuk dibicarakan.
8
Prinsip undang-undang ini telah dijelaskan di dalam kes CEMPAKA FINANCE BHD V. HO LAI YING & ANOR [2006] 3 CLJ 544; [2006] 2 MLJ 685, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “1) In an application under O. 14, the burden is on the plaintiff to establish the following conditions: - that the defendant must have entered appearance; - the statement of claim must have been served on the defendant; and - the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14 in that it must verify the facts on which the claim is based and must state the deponent’s belief that there is no defence to the claim. Once those conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues. The law on this is trite (see para. 5); Supreme Leasing Sdn Bhd v. Dior Enterprises & Ors [1990] 2 MLJ 36 followed.”
9
Kaedah pemakaian A. 14 KKM 2012 juga dapat dilihat melalui kes MALAYAN INSURANCE (M) SDN BHD V. ASIA HOTEL SDN BHD [1987] 1 CLJ 246; [1987] CLJ (REP) 182; [1987] 2 MLJ 183, Mahkamah Agung telah memutuskan: “The underlying philosophy in the O. 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.”
10
Selanjutnya di dalam kes NATIONAL COMPANY FOR FOREIGN TRADE V. KAYU RAYA SDN BHD [1984] 1 CLJ (REP) 283; [1984] 1 MLRA 190; [1984] 2 MLJ 300, Mahkamah Persekutuan memutuskan di dalam suatu permohonan penghakiman terus di bawah Aturan 14 KKM 2012, seseorang pemohon mestilah terlebih dahulu memenuhi keperluan awalan (preliminary requirements) yang diperuntukkan dalam Aturan 14 kaedah 2 KKM 2012. Berikut adalah prinsip undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan - “... We think it appropriate to remind ourselves once again that in every application under O. 14 the first considerations are:
a
whether the case comes within the Order and
b
whether the plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under O. 14. For the purposes of an application under O. 14 the preliminary requirements are: i. the defendant must have entered an appearance; ii. the statement of claim must have been served on the defendant; iii. and the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14.”
11
Sehubungan itu, berdasarkan keputusan mahkamah persekutuan di atas mahkamah ini setelah meneliti keseluruhan kertas kausa mendapati bahawa Plaintif telah memenuhi keperluan awalan berikut: a. Penyataan tuntutan telah diserahkan kepada Defendan; b. Defendan telah memasuki memorandum kehadiran; dan c. permohonan Plaintif disokong dengan suatu afidavit yang menentusahkan fakta yang menjadi asas tuntutan yang permohonan berkaitan itu diasaskan. Deponen afidavit sokongan tersebut juga telah menyatakan bahawa mengikut kepercayaannya Defendan-Defendan tidak ada pembelaan terhadap tuntutan dalam penyataan tuntutan.
12
Sekiranya keperluan awalan tersebut di atas telah dipenuhi, beban beralih kepada Defendan-Defendan untuk membuktikan di bawah Aturan 14 kaedah-kaedah 3 dan KKM 2012 bahawa terdapat isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan atau kerana sesuatu sebab yang lain patut diadakan perbicaraan mengenai tuntutan terhadapnya (rujuk juga UNITED MERCHANT FINANCE BHD V. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR [1999] 2 CLJ 151; [1999] 1 MLJ 657).
13
Penelitian mahkamah ini mendapati intipati awalan ini telah pun dipenuhi oleh Plaintif dan beban kini beralih kepada Defendan-Defendan untuk menunjukkan kepada Mahkamah ini terdapatnya isu untuk dibicarakan.
14
Seterusnya bagi menggunapakai peruntukan undang-undang tersebut, sekiranya Defendan-Defendan dapat menimbulkan sebarang isu yang boleh dibicarakan hatta satu isu sekalipun, maka ianya sudah memadai untuk penghakiman terus ditolak dan kes dibicarakan. Di dalam kes ABDULLAH ROHANI V. PUNCA KLASIK SDN BHD [2004] 1 CLJ 773; [2004] MLJU 754, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa kes wajar dibicarakan sekiranya defendan berjaya memuaskan mahkamah bahawa terdapat “isu yang dipertikaikan” atau satu “isu yang bona fide untuk dibicarakan”. F.
15
Bagi permohonan ini mahkamah perlu meneliti samada Defendan-Defendan mempunyai pembelaan bermerit dan terdapat isu-isu untuk dibicarakan. Defendan-Defendan telah membangkitkan isu
16
Selanjutnya fakta yang tidak dipertikaikan adalah berkenaan dengan tunggakan keberhutangan Defendan Pertama yang tidak pernah dipertikaikan oleh Defendan-Defendan walaupun Plaintif melalui peguamcaranya telah membuat tuntutan ke atas tunggakan tersebut melalui surat bertarikh 5.9.2024. Defendan Pertama telah engan dan/atau gagal membayar balik jumlah pinjaman tertunggak terhadap Plaintif dan telah melanggari perjanjian pinjaman yang telah mengikat di antara pihak-pihak.
17
Defendan Kedua dan Ketiga yang merupakan penjamin Defendan Pertama mempunyai tanggungjawab dan obligasi atas tunggakan keberhutangan Defendan Pertama tersebut. Tiada pada bila-bila masa Defendan-Defendan mempertikaikan jumlah keberhutangan dan tunggakan yang menjadi tuntutan Plaintif tersebut dan Defendan-Defendan tidak menafikan berkenaan surat tuntutan Plaintif tersebut.
18
Mahkamah ini mendapati Defendan Kedua gagal membuktikan terdapat pelepasan sebagai penjamin Defendan Pertama yang dipersetujui oleh Defendan Pertama, Defendan Ketiga dan Plaintif secara bertulis. Oleh itu, dakwaan ini tidak melepaskan Defendan Kedua atas obligasinya sebagai penjamin Defendan Pertama.
19
Selanjutnya mahkamah ini mendapati pembelaan Defendan-Defendan hanyalah berbentuk penafian dan tidak membangkitkan isu-isu untuk dibicarakan. Pembelaan penafian bukanlah pembelaan bermerit untuk diteruskan dengan perbicaraan.
20
Mahkamah ini setelah menimbangkan dan membuat penelitian menyeluruh ke atas kertas kausa, hujahan-hujahan dan ikatan-ikatan otoriti sebagaimana yang telah dinyatakan di atas mendapati Defendan-Defendan tidak membangkitkan isu-isu yang perlu untuk dibicarakan atau disiasat lebih lanjut melalui perbicaraan penuh kerana isu yang dibangkitkan boleh diselesaikan melalui keterangan afidavit seperti yang telah dibincangkan di atas.
21
Selanjutnya mahkamah ini telah meneliti sijil perakuan keberhutangan yang diperakui oleh Plaintif, adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa perakuan berkenaan merupakan keterangan yang muktamad mengenai keberhutangan Defendan-defendan sebagaimana yang telah diputuskan di Mahkamah Persekutuan dalam kes BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA SDN BHD V. HONG VOON CHUNG [2021] CLJU 250; [2021] 1 LNS 250, Lee Heng Cheong HMP memutuskan dan menyebut: "[28] In the present case, there is such a certificate of indebtedness under the hand of an authorised officer of the appellant. The judgment of Bank Bumiputra Malaysia Bhd v. Doric Development Sdn Bhd [1988] 1 CLJ 361 (Rep); [1988] 1 CLJ 311 is an authority for the proposition that such a certificate is indeed binding unless there is manifest error. [29] A certificate of indebtedness operates in the realm of adjectival law. It exempts the plaintiff from adducing proof of debt. Such a certificate shifts the burden onto the defendant to disprove the amount claimed. [30] The fundamental rationale underlying the acceptance of conclusive evidence clauses was approved in the Federal Court cases of Citibank MA v. Ooi Boon Leong & Ors [1980] CLJU 168; [1980] 1 LNS 168 and Cempaka Finance Bhd. v. Ho Lai Ying [2006] 3 CLJ 544. The Federal Court held that a certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law, and it excuses the bank from adducing the proof of debt. It is for the borrower to disprove the amount claimed."
22
Di mahkamah ini, keterangan melalui affidavit-afidavit yang telah difailkan disini, Defendan-Defendan gagal menunjukkan terdapat isu-isu untuk dibicarakan. Oleh itu, Mahkamah ini boleh memutuskan berdasarkan dokumen yang dikemukakan melalui afidavit. Selanjutnya, pernyataan pembelaan Defendan-Defendan juga tidak menunjukkan apa-apa pembelaan yang bermerit dan boleh dipertahankan.
23
Berdasarkan isu-isu yang telah dihuraikan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Plaintif jelas mempunyai kausa tindakan yang munasabah dan jelas terhadap Defendan-Defendan, sebaliknya Defendan-Defendan tiada pembelaan bermerit dan hanyalah berbentuk penafian semata-mata atas tuntutan Plaintif tersebut.
24
Mahkamah ini merujuk kepada keputusan kes BANK NEGARA MALAYSIA V. MOHD ISMAIL ALI JOHOR & ORS [1992] 1 CLJ 14 yang memutuskan seperti berikut: "…where such assertion, denial or dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent or is inherently improbable in itself, then the Judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue as not triable".
25
Selain itu, di dalam kes MALAYAN INSURANCE (M) SDN BHD V. ASIA HOTEL SDN BHD [1987] CLJ REP 182; [1987] 1 CLJ 246; [1987] 2 MLJ 183, di mana Mahkamah Agung telah memutuskan seperti berikut: "(4) the underlying philosophy in the Order 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases."
26
Mahkamah merujuk kes CHEN HENG PING & ORS V. INTRADAGANG MERCHANT BANKERS (M) BHD [1995] 3 CLJ 690; [1995] 2 MLJ 363, Mahkamah Rayuan memutuskan yang berikut: “When an application is made for summary judgment under O. supported by an affidavit which goes to show that there is no defence, the defendants must show cause why leave to defend must be given. This means that the defendants must provide answers on oath which constitute evidence that they have a defence which is fit to be tried. Denials in a defence do not constitute evidence. They are challenges to the other side to show proof. In the present case the guarantors do not appear to have appreciated this. Their affidavits merely relied on the defence they pleaded, which consists of bare denials and points of law which they could not sustain.” (penekanan ditambah)
27
Setelah memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas permohonan Plaintif melalui K.9 untuk penghakiman terus, berdasarkan kepada fakta dan undang-undang, afidavit-afidavit yang difailkan oleh kedua-dua pihak serta hujahan bertulis pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati atas imbangan kebarangkalian bahawa tuntutan Plaintif adalah jelas dan pembelaan Defendan-Defendan gagal membangkitkan isu-isu untuk dibicarakan melainkan pembelaan berbentuk penafian semata yang mana gagal untuk menghalang penghakiman terus ini dimasukkan terhadap Defendan-Defendan.
28
Justeru itu, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Plaintif untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan-Defendan dengan perintah-perintah seperti dipohon dan dengan kos sejumlah RM2,000.00. ………….. Fatimah ………… (SITI FATIMAH BINTI TALIB) HAKIM MAHKAMAH SESYEN SIVIL 11 KUALA LUMPUR Tarikh: 9 Disember 2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.