Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL KHUSUS SAMAN NO: BA-B52NCC-17-01/2017 ANTARA OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD ....PLAINTIF DAN LAI CHOY THAI ….DEFENDAN
B52NCC-17-01/2017
Sessions Court of Malaysia17 May 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL KHUSUS SAMAN NO: BA-B52NCC-17-01/2017 ANTARA OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD ....PLAINTIF DAN LAI CHOY THAI ….DEFENDAN
1
Ini adalah permohonan plaintif untuk merekodkan penghakiman ingkar kehadiran untuk satu jumlah yang melebihi daripada jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan plaintif.
2
Pada mulanya permohonan plaintif untuk memasukkan penghakiman ingkar kehadiran untuk satu jumlah yang melebihi 2 daripada jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan telah dipohon di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Puan Solehah Noratikah Ismail. Penolong Kanan Pendaftar Puan Solehah Noratikah Ismail tidak memberikan sebarang perintah terhadap permohonan plaintif atas alasan jumlah penghakiman yang dipohon melebihi daripada jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan plaintif.
3
Permohonan plaintif kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di mana plaintif memohon perkara yang sama , antaranya, memohon penghakiman ingkar kehadiran direkodkan untuk satu jumlah yang melebihi daripada jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan plaintif.
4
Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan plaintif, mahkamah memutuskan membenarkan penghakiman ingkar kehadiran direkodkan untuk jumlah yang kurang daripada jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan plaintif. Mahkamah juga turut menolak permohonan plaintif untuk merekodkan penghakiman ingkar kehadiran untuk jumlah yang melebihi daripada jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan plaintif. 3
5
Plaintif tidak berpuashati dengan sebahagian keputusan mahkamah dan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Berikut adalah alasan-alasan kepada keputusan mahkamah yang menolak permohonan plaintif.
6
Fakta ringkas kes adalah seperti berikut. Plaintif telah memfailkan saman dan pernyataan tuntutan terhadap defendan untuk jumlah yang terhutang sepertimana yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan plaintif.
7
Setakat 29.3.2017 peguamcara plaintif memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendaftar bahawa jumlah yang dituntut telah berubah kerana defendan telah membuat pembayaran untuk 4 facilities tersebut:
i
(i)RM135,838.03 (menurun)
II
(ii)RM212,848.17(meningkat)
III
(iii)RM58,784.57 (menurun)
IV
(iv)RM307,080.80 (meningkat) 4 [8] Penolong Kanan Pendaftar kemudiannya mengarahkan peguamcara plaintif membuat pindaan kepada pernyataan tuntutan plaintif sekiranya plaintif memohon untuk merekodkan jumlah penghakiman ingkar yang jumlahnya melebihi daripada jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan plaintif. Ini adalah perlu untuk mencerminkan jumlah sebenar yang dituntut oleh plaintif. [9] Pada 19.4.2017 ketika hadir semula di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, peguamcara plaintif memohon penghakiman ingkar kehadiran direkodkan termasuk untuk jumlah yang melebihi daripada jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan plaintif dan enggan mematuhi arahan Penolong Kanan Pendaftar yang diberikan sebelum ini. [10] Memandangkan plaintif enggan mematuhi arahan Penolong Kanan Pendaftar, kes ini dipindahkan ke mahkamah sesyen untuk didengar pada 17.5.2017. KEPUTUSAN MAHKAMAH [11] Mahkamah memutuskan menolak permohonan plaintif kerana kaedah menyatakan jumlah yang dinyatakan dalam penghakiman ingkar 5 hendaklah tidak melebihi daripada jumlah yang diplid dalam pernyataan tuntutan. [12] Order 13 rule 1 secara ringkas menyatakan jumlah dalam penghakiman ingkar hendaklah tidak melebihi jumlah yang diplid dalam pernyataan tuntutan. [13] Penghakiman ingkar yang direkodkan untuk jumlah yang melebihi daripada jumlah dalam pernyataan tuntutan seharusnya diketepikan (Rujuk kes Mahkamah Rayuan Wooley Development Sdn Bhd v Stadco Sdn Bhd ) 6 MLJ 111 [14] Seterusnya if the terms of the default judgment are different from the prayers in statement of claim and the damages obtained are more than the amounts prayed for, the default judgment is irregular and can be set aside (Cheow Chew Khoon v Abdul Johari Abdul Rahman) 1 MLJ 457. [15] Seterusnya A JID entered for interest more than the rate provided under O 42 f 12 can also be set aside (Development & Commercial Bank v Aspatra Corporation & Anor) 1 CLJ 141 FC) except for interest agreed by parties in contractual basis. 6 [16] Oleh itu permohonan plaintif ditolak. Mahkamah berpendapat plaintif hendaklah meminda pernyataan tuntutan plaintif sekiranya plaintif ingin merekodkan jumlah yang lebih tinggi dari jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan plaintif. Bertarikh pada 25 haribulan Julai, 2017 tt (ISHAK BAKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.