kaedah penilaian secara perbandingan, selain secara pelaburan, yang digunakan oleh penilai Defendan Ketiga untuk menilai dan mengira nilai pasaran (market value) dan nilai potensi Hartanah Terlibat tersebut serta untuk menentukan nilai tuntutan ganti rugi yang berpatutan kepada Defendan Ketiga (lihat Nanyang Manufacturing Co v The Collector Of Land Revenue, Johore [1954] 1 MLJ 69; Merlimau Pegoh Limited v Collector Of Land Revenue Jasin [1969] 2 MLJ 248), yang mana perincian mengenai kaedah perbandingan tersebut terdapat dalam “Laporan Nilaian berkaitan Taksiran Gantirugi Defendan Ketiga” (Lampiran 184), khususnya Bukti-Bukti Jualan/Transaksi dan Asas Penilaian seperti di perenggan 17 dan 18 Laporan Nilaian tersebut serta di Bahagian Pelarasan Penilaian Bukti-Bukti Perbandingan (Lampiran K), Bahagian Pelan Perbandingan (Lampiran L) dan Bahagian Pengiraan Asas 1 dan 2 (Lampiran M), adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa jumlah keseluruhan ganti rugi sebanyak RM3,985,106.19 yang dituntut oleh Defendan Ketiga tersebut adalah suatu jumlah yang wajar, berpatutan, adil dan munasabah dan selaras dengan kaedah penilaian dan prinsip undang-undang yang mantap dan telah gagal dicabar dan disangkal oleh Plaintif. Dalam hal ini Mahkamah ini mendapati bahawa penilai Plaintif telah gagal mengemukakan dan menyatakan sebarang bukti perbandingan berkenaan dengan transaksi jual beli mana-mana hartanah yang setara dengan lokasi, luas, saiz, status milikan tanah, perancangan, kegunaan tanah dan keadaan tanah Hartanah Terlibat tersebut dalam “Laporan Jawapan Balas Laporan Penilaian Ke atas Pampasan Gantirugi Oleh IM Global Property Consultants Sdn. Bhd. – Bagi Pihak Defendan 3 Di Atas Sebahagian Lot 72096, PN No. 7284, Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman” (Lampiran 211) tersebut bagi mencabar dan menyangkal segala keterangan mengenai bukti-bukti perbandingan dalam “Laporan Nilaian berkaitan Taksiran Gantirugi Defendan Ketiga” (Lampiran 184) tersebut.