Content
1
DI-62JS-1-03/2021
Sessions Court of Malaysia31 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263”. c) rujukan berkenaan dengan prima facie juga kepada kes- 20 kes berikut: Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; Looi Kow Chai & anor v PP [2003]2 MLJ 65 **Note :”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Ini merupakan rayuan oleh Pihak Pendakwaan terhadap Orang Kena Tuduh (OKT), Omar Hamzah bin Khalit yang telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan di akhir kes 15 pendakwaan.
2
Pertuduhan pindaan (Eksibit “B”) adalah seperti berikut: “Bahawa kamu, pada 30/10/2020, jam lebih kurang 9.40 malam, bertempat di ruang tamu rumah 20 beralamat JKR 10-D, Balai Polis Bertam, dalam jajahan Gua Musang, di dalam negeri Kelantan, telah merogol Mirza Ayuni Bin Hasrin, No. KPT : 061231- 03-0450 berumur 13 dan 10 bulan. Oleh yang 2 demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama.” HUKUMAN 5 Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh boleh sampai dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebat
3
Pada 31 Disember 2024 OKT telah dilepaskan dan 10 dibebaskan daripada pertuduhan setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT di akhir kes pendakwaan. [4] Pihak pendakwaan tidak berpuashati dengan keputusan dan telah menfailkan rayuan pada 13.1.2025 15
5
Pihak pendakwaan telah memanggil 9 orang saksi sebagaimana berikut:- 20 SP1 Mirza Ayuni Binti Hasrin - Mangsa SP2 Muhamad Asri Bin Abd Rahim – Bapa saudara mangsa SP3 Muhammad Mu’iz Zikriy Bin Hasrin-Abang mangsa SP4 Doktor Fatma Husna Binti Abdul Razab - Pegawai Perubatan SP5 Siti Esah Binti Abd Rahim-Ibu mangsa SP6 Kpl Wan Mohamad Syafiq Bin Wan Aslan - Jurugambar SP7 Sarjan Safari Bin Kasmuri – Anggota Polis 5 SP8. Inspektor Kamarulzaman Bin Rafli - Pegawai Penyiasat SP9 Inspektor Abd Aziz Bin Mat Resof - Pegawai Kawad cam FAKTA KES PENDAKWAAN 10 [6] OKT dalam kes ini adalah seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bertam Gua Musang manakala mangsa dalam kes ini melibatkan seorang mangsa kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun 10 bulan (ketika kejadian) bernama Mirza Ayuni Binti Hasrin. Status hubungan 15 adalah sebagai kenalan. Tempat kejadian adalah di Berek Polis iaitu di ruang tamu di alamat JKR 10D, Balai Polis Bertam, Gua Musang, Kelantan [7] Pada 30/10/2020 jam lebih kurang 9.40 malam, selepas OKT dan mangsa keluar bersiar siar, mangsa telah dibawa oleh 20 OKT ke Berek Balai Polis Bertam dengan menaiki motokar kancil nombor pendaftaran WGY 3582.
8
Setelah OKT dan mangsa masuk ke dalam rumah tersebut, mangsa telah membuka seluar setelah disuruh oleh OKT. Manakala OKT telah membuka seluarnya sendiri. OKT kemudiannya dikatakan telah memasukkan kemaluannya dalam keadaan masuk separuh ke dalam kemaluan mangsa. 5 [9] OKT kemudianya telah memberikan kain selimut kepada mangsa untuk menutup kemaluan mangsa dan menyuruh mangsa memakai semula seluar sebelum menghantar mangsa pulang ke rumah. [10] SP1 kemudiannya telah menceritakan kepada bapa saudara 10 beliau iaitu SP2 dan ahli keluarga yang lain pada hari yang sama tentang kejadian yang berlaku dan seterusnya telah membuat laporan Polis melalui ibu beliau iaitu SP5 pada 31 Oktober 2020 (eksibit P12). 15 ELEMEN PERTUDUHAN
11
Elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan dibawah sekyen 376(1): - i) Seorang perempuan telah dirogol; 20 ii) Perbuatan rogol itu dilakukan samada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu di bawah umur enam belas tahun; dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 iii) Berlaku kemasukan kemaluan tertuduh kedalam kemaluan perempuan itu. BEBAN PEMBUKTIAN KES PENDAKWAAN a) Beban pembuktian adalah ke atas pihak Pendakwaan 5 untuk membuktikan suatu kes prima facie seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 173(f)(i), (ii) dan seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Prinsip undang-undang berkenaan dengan isu ini telah mantap. Keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan 10 hendaklah dinilai secara maksimum (Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 AMR 89 dan Roslan @ Rosli Abdullah v. PP [2009] 1 LNS 875). b) Di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 Mahkamah Persekutuan menjelaskan bagaimana 15 sesuatu kes prima facie ditentukan, iaitu seperti yang berikut: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the 20 prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. 25 Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon 5 the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. 10 If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263”. c) rujukan berkenaan dengan prima facie juga kepada kes- 20 kes berikut: Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; Looi Kow Chai & anor v PP [2003]2 MLJ 65 [12] Pada tarikh material kejadian iaitu pada 30/10/2020, mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun 10 bulan. Eksibit P11 mengesahkan mangsa telah dilahirkan pada 31 Disember 2006 yang menjadikan mangsa merupakan kanak akan di bawah 16 tahun Oleh yang 5 demikian elemen kerelaan adalah tidak relevan dan tidak terpakai dalam kes ini. [13] Saksi pendakwaan SP4 setelah memeriksa mangsa pada 31 Oktober 2020 mengesahkan terdapat koyakan baharu pada selaput dara mangsa pada kedudukan jam 3 dan 6 dan turut 10 menjelaskan koyakan baru itu boleh berlaku dalam tempoh 72 jam serta juga terdapat tanda-tanda inflamasi seperti pendarahan dan kemerahan dengan kesimpulan diagnosis “Alleged raped with evidence of blunt object penetration of the vagina”. SP4 turut menyatakan “blunt object penetration” 15 tersebut kemungkinan boleh disebabkan oleh zakar. FAKTA KES PEMBELAAN [14] OKT tidak pernah membawa masuk SP1 Mangsa ke dalam 20 rumah beliau. OKT hanya membawa SP1 Mangsa ke berek Balai Polis Bertam dan mereka hanya berada di dalam kereta OKT di tempat letak kereta di berek tersebut. Tiada kejadian seks yang berlaku dan selepas beberapa ketika OKT memandu keluar kereta beliau dari tempat letak kereta dan 25 menghantar mangsa pulang. KREDIBILITI KETERANGAN SP1 [15] Wujud percanggahan material dalam keterangan SP1 dan juga keterangan saksi pendakwaan yang lain berkenaan jumlah kejadian hubungan seks antara mangsa dan OKT, tarikh kejadian sebenar bila kali pertama berlaku dan jumlah 5 berapa kali mangsa dan OKT keluar Bersama. [16] Pemeriksaan Utama pada 26/10/2022 mangsa menyatakan perhubungan seks kali pertama dengan OKT adalah pada 30/10/2020 pada malam kejadian sebagaimana pertuduhan dan telah keluar Bersama OKT sebanyak 3 kali sehinggalah 10 kejaidan berlaku. “SP1 : Saya ada ikut dia tubik gi derak. Tubik 3 kali. SP1 : Kali pertama saya tubik dengan dia tak ada apa terjadi. SP1 : Kali kedua tubik gi jalan jugak. SP1 : Pergi pusing- 15 pusing kampung jugak. SP1 : Tubik dengan kereta. SP1 : Kali kedua saya tubik dengan dia, ada dia sentuh-sentuh saya. SP1 : Dia pegang peha, pegang bahu dalam kereta. 20 SP1 : Saya marah jah. SP1 : Selepas itu terus hantar balik. SP1 : Kali ketiga pada 30/10/2020 dia ajak saya tubik, pusing kampung Jeram Jelekang dan Kampung Limau Kasturi. 25 SP1 : Selepas itu kami balik ke berek Balai Polis Bertam. …. SP1 : Selepas itu dia buka seluar dia dan selepas itu dia 30 ada masukkan kemaluan dia ke kemaluan saya separuh saja dan selepas itu ada kawan dia talipon.” [17] Walaubagaimanapun SP2 iaitu Bapa Saudara mangsa menyatakan di dalam Pemeriksaan Utama memaklumkan perkara yang berbeza yang yang dimaklmkan oleh SP1 kepadanya. Pemeriksaan Utama 21/11/2023 5 “SP2 : Ayuni oyat berlaku persetubuhan tapi bukan sekali tapi 2 kali.” Pemeriksaan Balas 21/11/2023 “SP2: Ayuni maklum berlaku persetubuhan bukan sekali 10 tapi 2 kali tapi bukan hari yang sama.” [18] Dan juga keterangan SP7 juga memberikan keterangan berbeza iaitu hubungan seks sebanyak 2 kali dan telah keluar 4-5 kali dengan OKT. 15 Pemeriksaan Utama 29/5/2024 SP7 : Saya bersetuju dengan Abg Yie untuk menasihati Omar. Kemudian isteri Abg Yie ada tanya mangsa sejauh mana dengan Omar; adakah sampai terlanjur. Mangsa angguk kepala 20 SP7 : Kemudian saya tanya mangsa adakah yang diberitahu itu betul, Mangsa angguk-angguk kepala. Saya tanya sudah berapa kali, Mangsa beritahu sebanyak 2 kali. SP7 : Saya juga tanya Mangsa sudah berapa kali dah 25 keluar dengan Omar. Mangsa beritahu 4-5 kali. SP7 : Saya tanya Mangsa perbuatan in dibuat di mana, Mangsa beritahu yang terakhir di berek . …. SP7 : Saya tak tanya Mangsa apa yang berlaku selepas balik ke berek. Saya tanya di mana tempat yang dibuat. 5 SP7 : Mangsa beritahu kejadian terakhir berlaku pada malam 30/10/2020” TEMPAT KEJADIAN 10 [19] Versi Pihak pembelaan adalah OKT tidak pernah membawa masuk mangsa ke dalam rumah beliau. OKT membawa mangsa ke berek dan mereka hanya berada di dalam kereta OKT di tempat letak kereta di berek tersebut. Tiada kejadian seks yang berlaku dan selepas beberapa ketika OKT 15 memandu keluar kereta beliau dari tempat letak kereta dan menghantar mangsa pulang. [20] Mahkamah mengambil beberapa pertimbangan. Pertamanya SP8 selaku pegawai penyiasat mengesahkan ada mengambil keterangan penama Koperal Zainal yang merupakan saksi 20 alibi di berek yang sama telah mengesahkan Koperal Zainal telah nampak kereta OKT ada masuk pakir di tempat biasa pakir dan tidak nampak sama ada OKT ada masuk ke dalam rumahnya atau tidak. Dan keberadaan kereta beberapa minit ditempat kejadian sebelu meninggalkan berek. 25 Pemeriksaan Utama 27/10/2024 “SP8 : Pada sepanjang masa dia berada di rumah, dia perasan kereta Kancil suspek ada masuk ke tempat parking biasa suspek. Kemudian dia tidak tahu samada suspek masuk ke dalam rumah atau 5 tidak kerana pintu rumah Saksi Alibi sentiasa tutup rapat sebab dia sentiasa guna penghawa dingin dan dia tak ambil kisah kerana dia tidak tahu apa berlaku.” [21] Mahkamah berpendapat keterangan Koperal Mohd Zainal bin 10 Hashim adalah sangat material dalam kes ini kerana beliau berada paling hampir dengan keberadaan OKT dan mangsa pada masa material. [22] Pihak pendakwaan bukan sahaja gagal memanggil Koperal Zainal malah diakhir kes pendakwaan penama 15 Koperal zainal ini langsung tidak ditawarkan kepada pihak pembelaan setelah pihak pendakwaan menutup kes pendakwaan [23] Oleh yang dmikian Mahkamah bersetuju satu adverse inference dibawah seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah 20 terpakai kerana kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi material. [24] Keduanya adalah berkenaan dengan pengecaman barang kes dalam kes ini kerana tiada satu pun pengecaman terhadap barang rampasan di dalam rumah OKT dapat dibuat oleh mangsa. [25] Barang kes baju, seluar, selimut dan bantal yang dirampas 5 dari OKT dan di bawa ke Mahkamah tiada SATU pun dicam dan diakui oleh SP1 dalam Pemeriksaan Utama sebagai pakaian OKT atau bantal atau selimut yang berada di dalam rumah OKT semasa kejadian. SP8 Pegawai Penyiasat sendiri semasa Pemeriksaan Balas bersetuju bahawa baju dan 10 seluar yang dirampas dari OKT bukan yang dikatakan oleh SP1. [26] Selain itu keterangan sokongan juga tidak membantu pendakwaan. Selain pengecaman barang kes dari tempat kejadian tidak dapat camkan oleh mangsa, juga ketiadaan 15 DNA OKT ditemui pada mangsa atau pakaian mangsa dan tiada DNA mangsa di temui di rumah OKT. Ini menimbulkan valid doubt sama ada mangsa benar benar masuk ke dalam rumah OKT atau tidak 20 KETERANGAN SP4 [27] SP4 adalah pegawai perubatan yang memeriksa mangsa pada 31/10/2020 dan telah memberikan keterangan berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh SP1. Adakah benar benar berlaku kejadian sebanyak 2 kali atau hanya sekali? Hasil 25 pemeriksaan hanya menjumpai koyakan baru dan bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh mangsa. Pemeriksaan Utama 25/2/2024 “SP4 : Pesakit nyatakan beliau dirogol oleh seorang 5 yang dikenali sebanyak 2 kali pada tarikh yang berbeza pada tarikh 17/10/2020. Kejadian ke 2 pada 30/10/2020.” Pemeriksaan Balas 25/2/2024 10 :Jika berlaku betulnya 17/10 kejadian yang di claim oleh Mangsa, kalau ada full penetration, 31/10 akan ada kelihatan old hymen tear? SP4 : Setuju : Dalam kes Mangsa pada 31/10 based on your 15 pemeriksaan tiada old hymen tear, setuju? : Just fresh hymen tear sahaja? SP4 : Ya. : Kemungkinan kejadian 17/10 berlaku atau tidak kita tak dapat pastikan, betul? 20 SP4 : Betul” [28] Adakah OKT yang menyebabkan koyakan baru tersebut? SP4 Pegawai Perubatan telah memberi keterangan bahawa 25 hanya terdapat koyakan baru yang berlaku dalam masa 72 jam sebelum pemeriksaan perubatan dibuat ke atas mangsa. ini bermakna apa apa kemasukan dalam kemaluan mangsa boleh berlaku pada bila-bila masa bermula dari tengahari 28/10/2020 (Rabu) hingga 29/10/2020 (Khamis) hingga 30 30/10/2020 (Jumaat) dan sehingga tengahari 31/10/2020 (Sabtu).Sebagaimana keterangan SP7; - “SP7: Semasa saya jumpa ibu Mangsa, ibu Mangsa bagitau dia tidak tahu Mangsa pergi ke Kg. Bertam Baru.” 5 [29] Dari keterangan di atas, jelas sekali pergerakan Mangsa pada 2 hari sebelum kejadian dan pada hari kejadian tidak diketahui oleh ibu beliau sendiri sedangkan SP1 Mangsa tinggal bersama ibu beliau pada masa itu di Gua Musang. [30] Pembelaan telah menyoal balas mangsa bahawa beliau ada 10 berjumpa dengan atau kawan lelaki beliau pada 29/10/2020 dan 30/10/2020 sebelum berjumpa dengan OKT dan melakukan seks tetapi dinafikan oleh beliau atas alasan menjaga nenek yang sakit dan keterangan ini tidak dapat disokong oleh mana mana saksi pendakwaan tiada 15 keterangan dari mana-mana saksi Pendakwaan tentang pergerakan mangsa bermula dari 28/10/2020 (Rabu) sehingga malam 30/10/2020. KESIMPULAN [31] Berdasarkan beberapa faktor dan doubt sebagaimana yang 20 telah dinyatakan diatas, adalah tidak selamat bagi kes yang melibatkan kesalahan seksual untuk mensabitkan OKT tanpa keterangan sokongan melainkan jika keterangan mangsa adalah ‘unusually convincing’. [32] Mahkamah percaya berdasarkan keterang yang ada dalam kes ini “benefit of the doubt” hendaklah diberikan kepada OKT memandangkan terdapat kelompongan dalam kes siasatan dan pendakwaan kes ini. Mahkamah tiada pilihan lain selain daripada meyimpulkan kes ini kepada hanya satu keputusan. 5 [33] Mahkamah setelah membuat penilaian maksima (Maximum valuation) atas kesemua keterangan keterangan-keterangan yang dikemukakan dihadapan mahkamah serta mendengar menilai kesemua keterangan saksi pendakwaan,serta hujahan kedua dua pihak dengan ini mendapati pihak 10 pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Oleh yang demikian, Mahkamah tiada pilihan lain selain melepaskan dan membebaskan OKT daripada pertuduhan [34] Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada 15 kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini. Bertarikh: 20 Mac 2025 20 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Gua Musang 25 Pihak-pihak Pendakwaan : Muhammad Shahril bin Ramli Timbalan Pendakwa Raya Pembelaan : En Halim Ashgar ; Messrs Halim Ashgar Advocates 5 Solicitors
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.