Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS NO. KES: NA-63ES-3-02/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU LAWAN ON SEMICONDUCTOR MALAYSIA … RESPONDEN SDN. BHD. [NO. SYARIKAT: 197901004164/48430-K] ALASAN PENGHAKIMAN
NA-63ES-3-02/2022
Sessions Court of Malaysia14 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS NO. KES: NA-63ES-3-02/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU LAWAN ON SEMICONDUCTOR MALAYSIA … RESPONDEN SDN. BHD. [NO. SYARIKAT: 197901004164/48430-K] ALASAN PENGHAKIMAN
1
ON Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd (OKS) telah dituduh di bawah peraturan 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 seperti yang berikut: Pertuduhan: Bahawa kamu pada 15 Mac 2021 jam lebih kurang 12.15 tengah hari bertempat di Lot 122, Senawang Industrial Estate, Seremban dalam Daerah Seremban di dalam negeri Negeri Sembilan didapati telah melepaskan efluen perindustrian ke dalam perairan pedalaman melebihi had Standard B seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu kandungan Kadmium yang mempunyai kepekatan sebanyak 1.04mg/l iaitu melebihi had kepekatan yang ditetapkan iaitu 0.02 mg/l. Dengan ini kamu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 32 Peraturan yang sama. Hukuman: Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada Satu Ratus Ribu Ringgit (RM 100,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima (5) tahun atau kedua-duanya.”.
2
Pihak Pendakwaan telah mengemukakan seramai 3 orang saksi. Saksi-saksi tersebut adalah seperti yang berikut: Saksi Nama Jawatan SP1 Encik Mohd Azwar bin Zakariya (Penyiasat) SP2 Encik Ishak bin Zakariya Ahli Kimia SP3 Encik Mohd Syukri bin Noh Pegawai JAS Negeri Sembilan
3
Pada 15 Mac 2021 pada lebih kurang 10.30 pagi satu siasatan penguatkuasaan oleh Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Mohd Azwar bin Zakariya dan Penolong Jurutera Nor ‘Izzah binti Sutires telah dijalankan di premis OKS.
4
Semasa siasatan terdapat pelepasan efluen yang keluar dari takat pelepasan akhir loji pengolahan kilang tersebut. PPK Azwar mengarahkan Puan Nor ‘Izzah untuk mengambil sampel air pelepasan tersebut yang disaksikan oleh wakil kilang Encik Lim Yen Yen. Empat (4) contoh rasmi efluen telah diambil di takat pelepasan akhir kilang berkenaan oleh Puan Nor ‘Izzah dan ditandakan sebagai (A), (B), (C) dan (D) serta diberi nombor rujukan MAZ/15032/OS. Kesemua sampel telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis oleh Ahli Kimia Kerajaan pada hari yang sama pada jam 2.37 petang.
5
Keputusan analisis kimia no. makmal: M (AS) 00062/21 bertarikh 5 April 2021 mendapati ianya melebihi had Standard B sepertimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 bagi kandungan Kadmium yang mempunyai kepekatan sebanyak 1.04 mg/L melebihi kepekatan yang ditetapkan iaitu 0.02mg/L.
6
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah yang mulia ini mempunyai tugas untuk menimbangkan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan untuk memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS.
7
Ini selaras dengan peruntukan di bawah perenggan 173(f) dan
h
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] yang menyatakan seperti berikut: “(f) (i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
II
(ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
h
(i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defense.
II
(ii) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on an offence other than the offence charged which the Court is competent to try and which in the opinion of the Court it ought to try, the Court shall amend the charge.
III
(iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”
8
Maka, menurut subperenggan 173(h)(iii) Akta 593, untuk membuktikan satu kes prima facie, pihak pendakwaan perlulah mengemukakan bukti yang kredibel yang membuktikan kesemua intipati-intipati pertuduhan, di mana jika tidak disangkal, membolehkan Mahkamah menyabitkan tertuduh.
9
Ujian prima facie telah dihuraikan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 MLJ 301, yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “The test at the close of the prosecution case would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative, then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case of the prosecution. If there is any such doubt, there can be no prima facie case”.
10
Begitu juga dalam kes Arulpragasan a/l Sandaraju v Public Prosecutor [1997] 1 MLJ 1 yang mana Mohd Azmi HMP (seperti dikenali pada masa itu), telah menyatakan bahawa “if the evidence on the essential ingredients of the charge are lacking or not credible, either by themselves or as a result of cross-examination, there can be no prima facie case”.
11
Oleh itu, di akhir kes Pendakwaan, tugas Mahkamah adalah untuk mempertimbang dan menilai secara maksimum keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan bagi menentukan sama ada satu kes prima facie telah dikemukakan terhadap OKS dengan menilai keterangan saksi pihak Pendakwaan yang kredibel yang telah membuktikan segala intipati pertuduhan. Ini adalah seperti yang dinyatakan dalam seksyen 180 Akta 593.
12
Justeru, bagi mengemukakan satu kes prima facie, pihak Pendakwaan perlu membuktikan 3 intipati kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Efluen Perindustrian) 2009 iaitu:
a
OKS telah membuang efluen perindustrian;
b
Efluen perindustrian mengandungi Kadmium dengan kepekatan sebanyak 1.04 mg/l melebihi had Standard B sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual Kelima Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekelling (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu sebanyak 0.02mg/l; dan
c
Efluen perindustrian yang mengandungi Kadmium melebihi kepekatan Standard B dibuang ke dalam mana-mana perairan pedalaman yang lain atau perairan Malaysia.
a
OKS telah membuang efluen perindustrian
13
Bagi intipati pertama, saya berpendapat keterangan yang dikemukakan oleh saksi Pendakwaan yang terdiri daripada SP1 yang disokong dengan pengemukaan eksibit P5, P7 dan P11 jelas dan mencukupi untuk membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa OKS telah melepaskan efluen perindustrian. Pembuktian Intipati (b)
b
Efluen perindustrian mengandungi Kadmium dengan kepekatan sebanyak 1.04mg/l melebihi had Standard B sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual Kelima Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekelling (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu sebanyak 0.02mg/l
14
Bagi intipati kedua, saya berpendapat keterangan yang dikemukakan oleh saksi Pendakwaan yang terdiri daripada SP2 dan yang disokong dengan pengemukaan ekshibit P14 iaitu keputusan analisis kimia jelas dan mencukupi untuk membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa efluen perindustrian mengandungi kadmium dengan kepekatan sebanyak 1.04 mg/l. Pembuktian Initipati (c)
c
Efleun perindustrian yang mengandungi COD melebihi kepekatan Standard B dibuang ke dalam mana-mana perairan pendalaman yang lain atau perairan Malaysia.
15
Saya mendapati berdasarkan keterangan SP1 yang menyatakan efluen diambil dari takat pelepasan terakhir Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian dan disokong dengan ekshibit P11 jelas menunjukkan efluen dialirkan ke perairan pedalaman yang lain atau perairan Malaysia. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH
16
Setelah Mahkamah meneliti keterangan melalui saksi-saksi Pendakwaan bersama ekshibit yang dikemukakan dalam kes ini, hujahan kedua-dua pihak serta setelah diaplikasikan prinsip penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan berjaya membuktikan bahawa wujudnya suatu kes prima facie terhadap OKS.
17
Di peringkat Pembelaan, OKS memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dan memanggil 8 orang saksi yang berikut: Saksi Nama Jawatan SD1 Encik Mohd Shafiee bin Gausmian On Semiconductor Technician SD2 Puan Lim Yen Yen On Semiconductor Engineer SD3 Puan Kok Chen Yee Nabbir Laboratory Manager SD4 Encik Mohd Syahrin bin Mohamed Salleh Nabbir Laboratory Technican SD5 Cik Yuhaneswary a/p Sugumaran Nabbir Laboratory Chemist SD6 Encik Khairul Anas bin Azlan A & A Laboratory Technican SD7 Cik Aruna a/p Selvam Nabbir Laboratory Chemist SD8 Puan Azita Ayu binti Abdul Halim Pengarah/Pengurus Makmal A & A Laboratory
18
OKS mendakwa pada hari yang sama siasatan dilakukan, iaitu pada 15 Mac 2021, SD1 telah turut mengambil sampel efluen dari takat pelepasan akhir sistem pengolahan efluen premis OKS untuk dihantar kepada 2 makmal luar bebas iaitu Nabbir Laboratory (KL) Sdn Bhd (“Nabbir”) dan UITM-A & A (A&A”).
19
Dakwaan OKS turut disokong oleh keterangan SD1 yang menyatakan telah mengambil sampel efluen dan menyerahkan kepada SD4 pada 15 Mac 2021 yang telah membawanya ke makmal Nabbir.
20
Manakala SD6 telah memberi keterangan mengambil sampel OKS pada 16 Mac 2021 dan membawanya ke makmal A & A pada hari yang sama.
21
Hasil analisis sampel efluen oleh SD7 menunjukkan tiada kadmium dikesan dalam sampel OKS manakala hasil analisis Makmal A & A yang disahkan oleh SD8 menunjukkan terdapat 0.002 mg/l kadmium dikesan dalam sampel OKS. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES
22
Beban pembuktian pihak Pembelaan di akhir kes Pembelaan adalah dengan menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan.
23
Manakala beban ke atas pihak Pendakwaan pula adalah untuk membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Ini seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 182A Akta 593.
24
Berdasarkan seksyen 182A Akta 593, jika Pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan yang munasabah, OKS hendaklah didapati bersalah dan disabitkan.
25
Namun jika sebaliknya, Mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan tertuduh. (Rujuk kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301; [2005] 1 CLJ 85 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 3 MLJ 169. Kes Public Prosecutor v Mohd Amin bin Mohd Razali & Ors [2002] 5 MLJ 406 Persekutuan juga telah menjelaskan tentang maksud seksyen 182A Akta 593.
26
Dalam kes ini, pembelaan membangkitkan isu mengenai kandungan sampel kerana mendakwa OKS tidak menggunakan kadmium sebagaimana yang dipertuduh iaitu 1.04mg/l. Pembelaan ini disokong oleh keterangan SD2 dan disahkan juga oleh SP1.
27
Selain itu, analisis khusus bagi heavy metals oleh Makmal A & A yang disahkan oleh SD8 menunjukkan kandungan kadmium yang dikesan ialah sebanyak 0.002mg/l yang tidak melebihi had Standand B yang ditetapkan.
28
Setelah menilai kesemua keterangan dan ekshibit pihak Pembelaan, saya mendapati naratif pembelaan OKS berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan iaitu berkaitan dengan suhu sampel, ph sampel, kaedah penyimpanan sampel dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan analisis kimia.
29
Maka, saya memerintahkan OKS dilepaskan dan dibebaskan daripada kesalahan di bawah peraturan 11(1)(b) Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 [P.U.(A) 434/2009]. Bertarikh 28hb Julai 2025 (MAZNI BINTI NAWI) HAKIM MAHKAMAH SESYEN 4 KOMPLEKS MAHKAMAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Pegawai Pendakwa : Zainoorliza binti Zainal Abidin, Muhammad Fitri bin Soroni dan Mohd Shafiq Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Peguam bagi pihak : Dhinesh Bhaskaran dan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.