Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B52NCC-2-09/2022 ANTARA ONG BOON HOI NO. K/P: 591213-02-5189 …PLAINTIF DAN HARZUL RIDZUAN BIN HARUN NO K/P: 760524-11-5477 …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan
TA-B52NCC-2-09/2022
Sessions Court of Malaysia30 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“stablish fraud in this case. On the evidence presented before the court the Plaintiff had failed to discharge that burden. [18] What amounts to misrepresentation is provided for in section 18 of the Contracts Act and it has been explained in Balakrishnan Devaraj & Anor v Admiral Cove Development Sdn Bhd (2010) 7 CLJ 15”
“Pursuant to s 101 of the Evidence Act 1950, the onus is on the plaintiff to prove her claim that she had given the defendant the sum of RM2,844,000 as a loan and not as an investment; and that the defendant still owes the plaintiff the sum of”
“d Ooyub V. Li Chee Loong & Other Appeals [2021] 1 MLRA 609, Mahkamah Rayuan telah memutuskan sebagaimana berikut:- “[234] The unlicensed moneylender cannot under the guise of not being covered by the Moneylenders Act 1951 take shelter in the freedom of contract in that parties can create contractual obligations not pro”
“and others AIR 1976 Raj 79. [28] According to s 19 of the Contracts Act 1950, a contract that is induced by fraud is voidable and not void. At this juncture, it is also ideal to refer to s 30 of the Specific Relief Act 1950 (‘Act 137’) which deals with rectification of a contract tainted by fraud and where fraud is pro”
“opinion that since the said FLA is not duly stamped, it should not be admitted as evidence. I agree with the finding of the Sessions Judge for this issue. It is a trite law under Section 52(1) of the Stamp Act 1949 that no documents would be admissible to the courts unless it is duly stamped in accordance with the said”
“is not admissible as proof of a fact which has been stated by a third person. This rule has been long established as a fundamental principle of the law of evidence.To quote Lord Normand in Teper v R [1952] AC 480at p 486:The rule against the admission S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg **Note : Serial number will be used to ve”
“41. Dalam kes Yusof Bin Mohamed V Saripah Binti Hamzah [2000] MLJU 827 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “Daripada keterangan dalam kes ini saya mendapati bahawa plaintif dan defendan ada menandatangani PJB bertarikh 30.9.1972 di pejabat T”
“98. Plaintif merujuk kepada kes Ling Chee Chong & Anor V Eydel B. Abah & Others [2008] MLJU 478 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut:- “In supporting the learned judge’s judgment, counsel for the plaintiffs has argued that the burden lay on the defendants to prove that”
“56. Plaintif merujuk kepada kes Othman Bin Mohd. Yaqub @ Terry V Chung Mui Fatt & Ors [2010] MLJU 1637 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 “[17]”
“172. Dalam kes Rostam Bin Abbas V Ali Dad Bin Fazal Elahi [2012] MLJU 1290 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 62 “(5)”
“57. Seterusnya Plaintif juga merujuk kepada kes Lim Choon Seng Lwn Lim Poh Kwee [2017] MLJU 2446 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[1] Pihak defendan telah membangkitkan isu frod di dalam pembelaannya mahupun di dalam hujahannya. Hujahan dan keterangan defendan han”
“85. Dalam kes JR Joint Resources Holdings Sdn Bhd V Technochase Sdn Bhd & Ors And Other Appeals [2018] MLJU 1689 Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[83] This Court observes that there were several transactions in which the purported payments were paid in large sum of cash (see P11, P15,P1”
“Najmi bin Mohd Sani v Ahamad Asmadi bin Sakat [2019] MLJU 676 (HC), noting: “In the case of Muhammad Najmi bin Mohd Sani v Ahamad Asmadi bin Sakat [2019] CLJU 959; [2019] 1 LNS 959; [2019] MLJU 676; [2019] AMEJ 0735, the High Court held that the reference to the repayment of money within a specified time frame was indi”
“270. Keadaan di atas juga disokong dalam kes Ideal Advantage Sdn Bhd V. Perbadanan Pengurusan Palm Spring @ Damansara & Another Appeal [2019] CLJU 894; [2019] 1 LNS 894; [2020] 4 MLJ 93 di mana, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pihak S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg **Note : Serial number will be used to verify the original”
“] The High Court in Manivanan further cited Muhammad Najmi bin Mohd Sani v Ahamad Asmadi bin Sakat [2019] MLJU 676 (HC), noting: “In the case of Muhammad Najmi bin Mohd Sani v Ahamad Asmadi bin Sakat [2019] CLJU 959; [2019] 1 LNS 959; [2019] MLJU 676; [2019] AMEJ 0735, the High Court held that the reference to the repa”
“293. Dalam kes Dr Mansur Bin Hussain & Ors V Barisan Tenaga Perancang (M) Sdn Bhd & Ors [2019] MLJU 1552 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut: - “[50] Having concluded that the documents relating to the SSA and the OA were not sham documents, and were therefore enforceable again”
“return,” strongly suggests that the parties understood the transaction to be a loan arrangement. [66] The High Court in Manivanan further cited Muhammad Najmi bin Mohd Sani v Ahamad Asmadi bin Sakat [2019] MLJU 676 (HC), noting: “In the case of Muhammad Najmi bin Mohd Sani v Ahamad Asmadi bin Sakat [2019] CLJU 959; [20”
“113. Dalam kes Bauer (Malaysia) Sdn Bhd V Hundred Vision Construction Sdn Bhd & Anor [2020] MLJU 543 Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[41] The term “privity of contract” in law has come to attain a universally consistent meaning in the law of contract. It expresses the conce”
“208. Pihak Defendan telah merujuk pada kes kes Chai Shan Foo V Tai Ooi Cheng [2021] CLJU 2706 yang mana YA Johan Lee Kien How telah memutuskan sebagaimana berikut:- "[18] To this, the Sessions Judge was on the opinion that since the said FLA is not duly stamped, it should not be admitted as”
“154. Plaintif merujuk kepada kes Tan Chin Kwee V Jova International Sdn Bhd (In Liquidation) & Ors [2021] MLJU 1203 Actions di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[14] It is important, therefore, to bear in mind that where the contract is in writing, the intention of the parties are conf”
“135. Sehubungan dengan isu ini, Plaintif juga merujuk kepada kes Tan Boon An V Lee Peng Too [2021] MLJU 150 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 46 “[51] In assessing whethe”
“183. Plaintif seterusnya merujuk kepada kes Wong How Hua V Teoh Teng Guan [2022] MLJU 3490 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[61] In Dato Sivananthan a/l Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 1062 it was decided as follows: “In law, parties are bou”
“123. Plaintif selanjutnya merujuk kepada kes Selvaraju A/L Sithamparam Lwn Kanthimathi A/P Sithambaram [2023] MLJU 2533 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[92] Jika diperhatikan kepada keterangan di atas, keterangan Defendan di peringkat pemeriksaan balasnya jelas berbeza dan bercanggah d”
“309. Dalam kes Lua Thiang Poh V Kabir Singh A/L Jagir Singh & Ors [2025] MLJU 2365 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut: - “[62] Like our case, the defendant in Manivanan argued that the transaction was an investment rather than a loan, attempting to avoid”
“65. Plaintif merujuk kepada kes Ooi Swee King V Standard Chartered Saadiq Bhd And Another Appeal [2025] MLJU 2413 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[39] Moreover, the Guarantee was duly signed by the defendant in his capacity as director of Pureman Venture. His failure to read or”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B52NCC-2-09/2022 ANTARA ONG BOON HOI NO. K/P: 591213-02-5189 …PLAINTIF DAN HARZUL RIDZUAN BIN HARUN NO K/P: 760524-11-5477 …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan
1
Pada 30.10.2025, setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya.
2
Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM8000 diberikan kepada Plaintif. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
3
Perenggan 9 Penyataan Tuntutan Plaintif dibenarkan sebagaimana berikut: i) Defendan membayar jumlah sebanyak RM 947, 350 kepada Plaintif. ii) Faedah pada kadar 5% setahun dikira berdasarkan baki harian ke atas jumlah RM 947, 350 daripada tarikh 1.9.2022 sehingga tarikh pemfailan writ ini. iii) Faedah pada kadar 5% setahun dikira berdasarkan baki harian ke atas jumlah RM947,350 daripada tarikh pemfailan writ ini sehingga penyelesaian penuh. iv) Kos RM 8000 diberikan kepada Plaintif.
4
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Defendan telah memfailkan notis rayuan bertarikh 9.11.2025 merayu ke Mahkamah Tinggi untuk keseluruhan keputusan yang telah diberikan. B. Fakta-Fakta Kes
5
Plaintif dan Defendan merupakan individu warganegara Malaysia. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
6
Plaintif telah memasuki satu perjanjian (“Perjanjian tersebut”) di mana, inter alia, Plaintif bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan dan/atau wang pelaburan sebanyak RM947,350.00 (“Wang pelaburan tersebut”) kepada Defendan dalam satu projek yang melibatkan perlombongan (“Projek tersebut”).
7
Sebagai balasan, Defendan bersetuju dan/atau mengaku janji memulangkan Wang pelaburan tersebut bersama dengan keuntungan yang terjamin kepada Plaintif jika Projek tersebut dijalankan.
8
Selain itu, Defendan juga telah bersetuju dan mengaku janji memulangkan Wang pelaburan tersebut pada atau sebelum 31.08.2022 (“Tarikh matang tersebut”) dan jikalau Defendan tidak dapat membayar Wang pelaburan tersebut pada tarikh matang tersebut, Defendan harus membayar faedah lewat bayar ke atas jumlah tertunggak sehingga tarikh penyelesaian mengikut terma-terma utama dalam Perjanjian tersebut.
9
Setakat Tarikh matang tersebut, Defendan tidak membayar Wang pelaburan tersebut kepada Plaintif.
10
Secara ringkas, Plaintif telah mengalami kerugian bagi Wang pelaburan tersebut akibat Defendan gagal, enggan dan/atau abai S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg untuk memulangkan Wang pelaburan tersebut dan juga faedah bayar lewat atas jumlah tertunggak kepada Plaintif.
11
Plaintif juga memplidkan bahawa berdasarkan Perjanjian tersebut, adalah jelas wujudnya pelanggaran Perjanjian tersebut oleh Defendan.
12
Tambahan pula, masih tiada bayaran dan/atau sebarang keuntungan bagi Projek tersebut yang dibahagikan di antara syarikat Defendan dengan syarikat Plaintif sehingga kini.
13
Selanjutnya, Plaintif menyatakan bahawa tuntutan Plaintif di sini adalah untuk kerugian bagi Wang pelaburan tersebut yang dihutang oleh Defendan selaras dengan terma-terma dalam Perjanjian tersebut.
14
Oleh itu, Defendan adalah bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami oleh Plaintif akibat Defendan gagal, enggan dan/atau abai untuk memulangkan Wang pelaburan tersebut dan juga faedah bayar lewat atas jumlah tertunggak kepada Plaintif.
15
Defendan melalui syarikatnya Damai Heritage Sdn. Bhd. (1206144- W) telah membuat suatu usaha sama pada tahun 2018 dengan S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Ecoria Resources Sdn Bhd (1315811-A) milik Plaintif untuk menjayakan projek-projek perlombongan (“Projek-Projek tersebut”) antara lainnya termasuklah sepertimana berikut:- i) Projek Hulu Jabor (“Projek 1”); ii) Projek Bandar Sri Bandi Kemaman (“Projek 2”); dan iii) Beberapa projek lain di Muara Sungai Kemaman. (selepas ini dirujuk sebagai “Usahasama tersebut”).
16
Defendan telah berurusan secara terus dengan anak perempuan kepada Plaintif bernama Eunice sebagai agen kepada syarikat Ecoria Resources Sdn. Bhd. bagi tujuan Usaha sama tersebut.
17
Di bawah Usaha sama tersebut, Defendan telah bersetuju untuk menjalankan operasi bagi Projek-Projek tersebut yang mana melibatkan perkara-perkara berikut:- i) “Machinery” ii) “Transporation”; dan iii) “Mining Lease”.
18
Manakala, Plaintif menerusi syarikatnya Ecoria Resources Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk memberikan modal kewangan kepada Defendan bagi tujuan syarikat Defendan menjalankan operasi bagi Projek-Projek tersebut dan pada masa yang sama menguruskan Projek-Projek tersebut. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
19
Dari tahun 2018 sehingga tahun 2021, Plaintif telah beberapa kali memajukan beberapa jumlah wang dalam bentuk tunai berjumlah sekitar RM600,000.00 bagi Projek-Projek tersebut daripada peringkat kelulusan projek sehinggalah ke peringkat pajakan melombong atau “Mining Lease”.
20
Menerusi Usaha sama tersebut, Ecoria Resources Sdn. Bhd. dan juga syarikat Defendan telah menyatakan persetujuan bahawa keuntungan yang diperoleh dari Projek-Projek tersebut akan dibahagikan sepertimana berikut:- i) Syarikat Ecoria Resources Sdn. Bhd. akan dibayar balik (“reimbursed”) kesemua modal kewangan dan kos-kos berkait yang dibelanjakan bagi Projek-Projek tersebut; ii) Baki keuntungan selepas ditolak bayaran balik tersebut akan dibahagikan secara sama rata di antara Ecoria Resources Sdn.Bhd. dengan Defendan menerusi syarikatnya.
21
Walau bagaimanapun disebabkan oleh
para
Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2020, Defendan menerusi syarikatnya hanya boleh memulakan kerja-kerja bagi tujuan operasi bagi Projek-Projek tersebut pada pertengahan tahun 2021. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
22
Bagi Projek 1, syarikat Defendan telah menjalankan kerja-kerja operasi dan syarikat Ecoria Resources Sdn. Bhd. melalui agennya, Eunice bersama-sama dengan Defendan telah berjaya mendapatkan pembeli kaolin atau tanah liat iaitu Kaide Malaysia Sdn. Bhd. bagi hasil perlombongan dari Projek 1.
23
Defendan dimaklumkan oleh Kenji da Lucas (Lim Fang Hao) bahawa Pembeli telah pun membuat bayaran deposit sebanyak RM500,000.00 kepada syarikat Ecoria Resources Sdn. Bhd namun Defendan tidak mendapat apa-apa bahagian daripada pembayaran tersebut meskipun Defendan telah menjalankan kerja-kerja operasi malah menyediakan “sampling” kaolin atau tanah liat kepada pihak pembeli bagi Projek 1.
24
Bagi Projek 2, syarikat Defendan kini dalam proses untuk mendapatkan Sijil Operasi Melombong (“Operation Mining Scheme”) yang mana dijangka akan diperoleh pada bulan November 2022 dan hanya boleh memulakan operasi bagi Projek-Projek tersebut pada bulan Disember 2022.
25
Selanjutnya bagi Projek 2, Defendan telah pun memperoleh Pesanan Pembelian (“Purchase Order”) bagi kaolin atau tanah liat dan bayaran dijangka akan diperoleh daripada pembeli pada sekitar Januari 2023. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
26
Defendan akan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan di hari perbicaraan kelak.
27
Manakala bagi lain-lain projek di Muara Sungai Kemaman, syarikat Defendan masih dalam proses untuk memulakan kerja-kerja operasi.
28
Lanjutan kepada itu, masih tiada bayaran dan/atau keuntungan dibahagikan di antara Defendan menerusi syarikatnya dengan syarikat Ecoria Resources Sdn. Bhd. sehingga kini.
29
Pada 17.5.2022, agen Plaintif, Eunice telah meminta Defendan hadir ke pejabat syarikat Ecoria Resources Sdn. Bhd. untuk menandatangani dokumen.
30
Agen Plaintif Eunice telah mengatakan bahawa dokumen yang ditandatangani merupakan dokumen pengesahan Usaha sama tersebut bagi tujuan rekod dan audit oleh pihak syarikat Ecoria Resources Sdn. Bhd.
31
Pihak Defendan bergantung kepada pengataan Eunice tersebut, Defendan telah menandatangani dokumen tersebut. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
32
Defendan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan apa-apa perjanjian sehinggalah menerima Pernyataan Tuntutan dalam tindakan ini daripada peguam cara Plaintif pada 15.10.2022.
33
Defendan oleh itu mengulangi dengan tegas bahawa sekiranya benar wujud perjanjian di antara Plaintif dengan Defendan (yang mana adalah dinafikan), Defendan menegaskan ia adalah perjanjian yang boleh batal (“voidable”) di bawah Seksyen 19 Akta Kontrak 1950 oleh sebab frod dan/atau kecurangan oleh Plaintif dan/atau agennya yang telah memperdayakan Defendan untuk memasuki perjanjian tersebut. C. Isu-Isu untuk Diputuskan
34
Terdapat beberapa isu yang perlu diputuskan sebagaimana di bawah: i) Sama ada Perjanjian yang dimasuki di antara Plaintif dengan Defendan adalah teratur dan sah di sisi undang-undang. ii) Sama ada Defendan menerima pinjaman dan/atau wang pelaburan sebanyak RM947,350 daripada Plaintif untuk projek-projek perlombongan. iii) Sama ada Defendan telah melanggar klausa-klausa Perjanjian tersebut. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg iv) Sama ada Plaintif berhak menuntut pinjaman dan/atau wang pelaburan sebanyak RM947,350 daripada Defendan. v) Sama ada wujud perjanjian di antara Plaintif dan Defendan. vi) Sama ada jumlah RM947,350 adalah pinjaman atau wang pelaburan oleh Plaintif. vii) Sama ada wujud persetujuan untuk pembahagian keuntungan di antara Plaintif dengan Defendan. viii) Sama ada jumlah RM947,350 diberi atas kapasiti peribadi Plaintif atau kapasiti syarikat Ecoria Sdn Bhd. ix) Sama ada Defendan telah ditipu dan/atau diperdayakan dan/atau diberikan representasi yang salah untuk memasuki perjanjian dengan Plaintif. x) Sama ada perjanjian di antara Plaintif dengan Defendan adalah perjanjian yang boleh batal (“voidable”) di bawah seksyen 19 Akta Kontrak 1950. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg D. Fakta yang diPersetujui
35
Pihak-pihak tidak mempunyai apa-apa fakta substantif yang telah dipersetujui. Pihak-pihak hanya bersetuju berkaitan alamat masing-masing. E. Saksi-Saksi
36
Pihak Plaintif telah memanggil 3 orang saksi manakala pihak Defendan telah memanggil 2 orang saksi. Saksi-saksi yang dipanggil adalah sebagaimana di bawah: a) SP-1 Ong Boon Hai (Plaintif_ b) SP-2 Kueh Chow Min (Menantu Plaintif) c) SP-3 Ong See Teng (Anak Plaintif iaitu Eunice – Pengarah Syarikat Ecoria Resources Sdn. Bhd) d) SD1: Harzul Ridzuan bin Harun (Defendan) e) SD2: Mohamad bin Abdullah (Sepupu Defendan yang juga kenalan Plaintif) F. Hujahan Plaintif Isu Pertama: Sama ada wujud Perjanjian di antara Plaintif dengan Defendan?
37
Seksyen 10 Akta Kontrak 1950 telah memperuntukkan seperti yang berikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
10
“What agreements are contracts
1
All agreements are contracts if they are made by the free consent of parties competent to contract, for a lawful consideration and with a lawful object, and are not hereby expressly declared to be void.
2
Nothing herein contained shall affect any law by which any contract is required to be made in writing or in the presence of witnesses, or any law relating to the registration of documents.”
38
Plaintif berhujah bahawa Perjanjian tersebut sememangnya wujud dan telah pun dimasuki di antara Plaintif dengan Defendan.
39
Perjanjian tersebut juga telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak dalam tindakan ini.
40
Plaintif merujuk kepada kes Perbadanan Nasional Bhd Lwn Jauhari Bin Shamsudin Dan Satu Lagi Guaman [2018] 8 MLJ 373 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “Held, dismissing the plaintiff’s claim in both cases with cost of RM15,000 in each case, subject to allocator:
1
The defendants are bound by the agreement. A person’s inability to understand the language used in a contract does S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg not release it from the obligations contained in the contract if he has signed the contract. Only if there is a fraud or misrepresentation then a contract may be set aside. In this case, it is clear that fraud pleads or misrepresentations are not pledged by the defendants. Although the defendants have stated that they have been informed that the purpose of these agreements is to raise funds for the establishment of a company, this is not sufficient to support the misrepresentation defense, as no such person has stated so. This failure will restrict the plaintiff’s ability to reply the defendants’ claims.”
41
Dalam kes Yusof Bin Mohamed V Saripah Binti Hamzah [2000] MLJU 827 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “Daripada keterangan dalam kes ini saya mendapati bahawa plaintif dan defendan ada menandatangani PJB bertarikh 30.9.1972 di pejabat Tetuan Skrine & Co dengan disaksikan oleh peguam Encik Burhanudin. Defendan adalah terikat dengan PJB tersebut samada ia membacanya atau tidak melainkan terdapat penipuan (fraud) atau misrepresentasi. Lihat Serangoon Garden Estate Ltd v Marian Chye (1959) 1 MLJ 113; Subramaniam v Retnam (1966) MLJ 172. Chitty on S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Contracts (General Principles), Ed. 27, perenggan 5-032, antara lain menyatakan, “...a party of full age and understanding is normally bound by his signature to a document, whether he reads or understands it or not.”
42
Berdasarkan autoriti di atas, Defendan yang menandatangani Perjanjian tersebut adalah terikat dengan kandungan Perjanjian tersebut walaupun Defendan mendakwa bahawa dia tidak membaca dan/atau tidak memahami kandungan Perjanjian tersebut terlebih dahulu.
43
Berdasarkan keterangan bersumpah yang diberikan oleh pihak-pihak semasa perbicaraan, Defendan sememangnya telah menandatangani Perjanjian tersebut.
44
Walaupun Defendan memplidkan bahawa Perjanjian tersebut diperoleh secara ditipu dan frod, fakta Defendan pernah menerima Pinjaman tersebut daripada Plaintif merupakan fakta-fakta yang tidak boleh dinafikan atau dipertikai oleh pihak-pihak dalam tindakan ini.
45
Plaintif berhujah bahawa Perjanjian tersebut telah pun ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan pihak-pihak adalah terikat dengan terma-terma dalam Perjanjian tersebut. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
46
Perjanjian tersebut merupakan suatu perjanjian yang telah dimasuki oleh Plaintif dan Defendan yang boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang. Isu Kedua: Sama ada Perjanjian yang dimasuki di antara Plaintif dengan Defendan adalah teratur dan sah di sisi undang-undang?
47
Plaintif ingin menegaskan bahawa Perjanjian tersebut yang tidak di setem dan tidak bertarikh tidak menjadikannya tidak sah dan terbatal.
48
Dakwaan Defendan bahawa Perjanjian tersebut tidak di setem, tidak bertarikh dan ini menjadikan Plaintif tidak berniat untuk meneruskan dengan Perjanjian tersebut adalah tidak berasas.
49
Sehubungan di atas, Plaintif merujuk kepada kes Omega Securities Sdn Bhd V Dato' Hamzah Bin Abdul Majid [2011] 8 MLJ 12 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yangberikut:- “(4) The fact that the margin facility agreement ('MFA') was not stamped did not invalidate it.The non-stamping of a document did not invalidate the document unless the non-stamping went to the root or validity of the document itself. In this case, the S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg non-stamping of the MFA was only an issue of government revenue and did not go to the validity of the document.”
50
Seterusnya Plaintif merujuk kepada kes Heller Factoring Sdn Bhd (Previously Known As Matang Factoring Sdn Bhd) V Metal Co Industries (M) Sdn Bhd [1995] 2 MLJ 153 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut:- “(4) (Per Mahadev Shankar JCA) The fact that the appellant had not dated or signed the sale and purchase agreement did not mean that there could be no concluded contract. Where a contract had been signed by one party only, it could be enforced where there was evidence, such as part performance by one party and acceptance by the other, that the other party had elected to be bound by it.”
51
Berdasarkan autoriti-autoriti di atas, walaupun Perjanjian tersebut tidak disetemkan dan tidak bertarikh oleh Plaintif, ia bukanlah satu perjanjian yang tidak sah.
52
Selain itu, Plaintif dan Defendan juga telah mengakui bahawa Perjanjian tersebut dimasuki antara Plaintif dan Defendan pada 17.5.2022. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
53
Oleh yang demikian, Perjanjian tersebut merupakan suatu perjanjian yang teratur dan sah di sisi undang-undang. Isu Ketiga: Sama ada Defendan telah ditipu dan/atau diperdayakan dan/atau diberi representasi yang salah untuk memasuki Perjanjian dengan Plaintif.
54
Plaintif berhujah bahawa dakwaan dan pembelaan Defendan kononnya tandatangannya ke atas Perjanjian tersebut telah diperoleh secara ditipu dan/atau diperdayakan dan/atau diberi representasi yang salah adalah tidak berasas dan bersifat penafian selepas fakta (“after thought denial”) yang semata-mata bertujuan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab kontraktualnya untuk membayar balik Pinjaman tersebut kepada Plaintif.
55
Tambahan pula, Perjanjian tersebut mempunyai satu klausa keseluruhan perjanjian “entire clause agreement” dan oleh itu, Defendan tidak boleh mengatakan bahawa dia telah ditipu dan/atau diperdayakan dan/atau diberi representasi yang salah untuk memasuki Perjanjian dengan Plaintif.
56
Plaintif merujuk kepada kes Othman Bin Mohd. Yaqub @ Terry V Chung Mui Fatt & Ors [2010] MLJU 1637 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg “[17] The Plaintiff had pleaded fraud, undue influence and wrongful mispresentations and advice to avoid and set aside the SPA and transfers.The burden of proof was on the Plaintiff to prove fraud and he must prove it beyond reasonable doubt. There must be clear, direct and cogent evidence to establish fraud in this case. On the evidence presented before the court the Plaintiff had failed to discharge that burden. [18] What amounts to misrepresentation is provided for in section 18 of the Contracts Act and it has been explained in Balakrishnan Devaraj & Anor v Admiral Cove Development Sdn Bhd (2010) 7 CLJ 152 as follows; it is quite common that in the course of the formation of a contract, one party may make representation to another party. A representation is a statement by one party to the other party which relates to an affirmation, a denial, a description of a certain fact, present or as to the future. And if the representation is untrue it is termed as a mispresentation. It is incumbent on the representatee (the Plaintiff in this case) to prove that the misrepresentation was in respect of a material fact which induced him to enter into the contract.” S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
57
Seterusnya Plaintif juga merujuk kepada kes Lim Choon Seng Lwn Lim Poh Kwee [2017] MLJU 2446 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[1] Pihak defendan telah membangkitkan isu frod di dalam pembelaannya mahupun di dalam hujahannya. Hujahan dan keterangan defendan hanya bergantung kepada dokumen-dokumen yang ada. Tidak ada saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterangan secara langsung mengenai perakuan frod oleh pihak plaintif. Pihak defendan hanya menggunakan dokumen yang ada dan membuat inferensi dan andaian semata-mata tanpa disokong oleh keterangan yang lain. [2] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa beban bukti adalah terletak dibahu defendan, bukannya sekadar membangkitkan isu tersebut dan meletakkan beban kepada plaintif untuk membuktikan sebaliknya. Dari keterangan saksi-saksi defendan dan juga hujahan peguamnya, nyata kesemuanya mengulas dan menitikberatkan akan kelemahan segala dokumen yang ada. Pihak defendan telah menggunakan kesilapan dan kelemahan dokumen tersebut untuk membuktikan bahawa satu frod telah dilakukan oleh pihak plaintif. Ini adalah nyata ianya tidak mencukupi untuk membuktikan satu perakuan frod telah dilakukan.” S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
58
Berdasarkan autoriti-autoriti di atas, beban bukti adalah terletak di bahu Defendan yang membangkitkan isu-isu ditipu dan/atau diperdayakan dan/atau diberi representasi yang salah (“Isu-Isu tersebut”) oleh Plaintif dalam memasuki Perjanjian tersebut.
59
Isu-Isu tersebut yang dibangkitkan oleh Defendan juga tidak disokong dengan apa-apa bukti seperti laporan polis dan/atau keterangan secara langsung mengenai alegasi perlakuan frod telah dilakukan oleh Plaintif.
60
Berdasarkan keterangan saksi Defendan Pertama, SD1 yang diberikan di atas, keterangan SD1 adalah bercanggah antara satu sama lain dan amat meragukan serta tidak boleh dipercayai disebabkan dalam penyata saksi Defendan Pertama, PSD1, SD1 telah pun menyatakan bahawa dia telah melihat dan membaca Perjanjian tersebut.
61
Plaintif dengan ini merujuk kepada kes Guan Teik Sdn. Bhd. V Hj. Mohd. Noor Bin Hj. Yakob & Ors. [2000] 4 CLJ 324 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan:- "In cases where conflicting evidence are presented before a court, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also encumbent upon the S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact. In this instance the learned trial Judge discredited the evidence of the appellant, accepted the evidence of the respondents wholeheartedly and disregarded the contemporaneous documents totally.”
62
Plaintif berhujah bahawa keterangan saksi Defendan Pertama, SD1 yang menyatakan bahawa dia hanya menandatangani Perjanjian tersebut tanpa membacanya dan bahawa tandatangan itu diberikan kerana dikatakan oleh Plaintif untuk tujuan audit adalah sama sekali tidak berasas dan tidak masuk akal.
63
Keterangan daripada saksi-saksi Kedua dan Ketiga Plaintif iaitu SP2 dan SP3 adalah konsisten kerana SP3 sememangnya telah mengambil masa untuk menerangkan kandungan Perjanjian tersebut kepada Defendan sebelum Defendan menurunkan tandatangannya di bawah Perjanjian tersebut.
64
Ini juga konsisten dengan keterangan SD1 sendiri bahawa Defendan telah melihat dan membaca Perjanjian tersebut. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
65
Plaintif merujuk kepada kes Ooi Swee King V Standard Chartered Saadiq Bhd And Another Appeal [2025] MLJU 2413 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[39] Moreover, the Guarantee was duly signed by the defendant in his capacity as director of Pureman Venture. His failure to read or understand its contents does not relieve him of the legal consequences of his signature, consistent with the principle in L’Estrange v F Graucob Ltd (supra). [40] In Maybank Islamic Bhd v Kamarulzaman Mohamed Nordin [2013] 10 CLJ 488 (HC) Asmabi Mohamed JC (as Her Ladyship then was) held that a party who signs a document is generally bound by its terms, and mere allegations of inconvenience or later regret do not suffice to escape contractual obligations.The principle is clear in that the law does not offer sanctuary to those who, having had every opportunity to read and understand a document, later claim to have misunderstood its effect. This principle is well supported by authority, including Polygram Records Sdn Bhd v Hillary Ang & Ors (Collectively Known as “The Search”) & Anor [1994] 3 CLJ 806 (HC) (per Visu Sinnadurai J) and Serangoon Garden Estate Ltd v Marian Chye [1959] 1 MLJ 113 (per Chua J, Singapore District Court Appeal), which affirm that parties who S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg formally execute an agreement are bound by its terms....[80] Whileit is trite that allegations of fraud generally warrant ventilation at trial, mere bare assertions without sufficient factual foundation or evidentiary support do not justify a full hearing, as underscored in CCM Chemicals Sdn Bhd v Wan Muhamad Ibrisam (supra).[81] The Guarantee itself was unequivocally signed by the defendant, and as a company director, he is presumed to understand the contents of documents he executes, in line with the authority of L’Estrange v F Graucob Ltd (supra).”
66
Berdasarkan autoriti di atas dan prinsip yang diputuskan dalam kes L’Estrange v F Graucob Ltd, Plaintif ingin menegaskan bahawa dakwaan Defendan semasa disoal oleh peguam Plaintif bahawa dia tidak membaca dan/atau tidak memahami kandungan Perjanjian tersebut hanya fikiran kemudian (“afterthought”).
67
Plaintif juga berhujah bahawa dakwaan Defendan kononnya dia hanya menandatangani Perjanjian tersebut kerana diberitahu oleh Plaintif bahawa ia adalah untuk tujuan audit dan dalam fakta kes ini, apabila Defendan menandatangani Perjanjian tersebut, tujuan sememangnya adalah untuk tujuan audit dan membuat kemas kini terhadap rekod pinjaman yang dipinjam oleh Defendan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
68
Apabila Defendan mengingkari Perjanjian tersebut iaitu tidak membuat bayaran pada atau sebelum Tarikh Matang tersebut, barulah Plaintif memfailkan tindakan ini.
69
Tambahan pula, tindakan Defendan yang menandatangani Perjanjian tersebut di hadapan saksi-saksi Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga tanpa sebarang bantahan dan paksaan, dan sebelum itu Defendan sememangnya adalah berpengetahuan penuh bahawa dia telah menerima Pinjaman tersebut daripada Plaintif.
70
Sekiranya Defendan benar-benar mendakwa bahawa dia telah ditipu dan/atau diperdaya dan/atau diberikan representasi yang salah oleh Plaintif dalam memasuki Perjanjian tersebut yang melibatkan jumlah yang besar, iaitu sebanyak RM947,350.00, maka adalah wajar dan munasabah untuk Defendan membuat satu laporan polis terhadap Plaintif berhubung alegasi penipuan dan/atau salah representasi tersebut.
71
Akan tetapi, Defendan langsung tidak mengambil sebarang tindakan sedemikian.
72
Kegagalan ini jelas membuktikan bahawa Defendan sebenarnya telah menerima pinjaman tersebut daripada Plaintif. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
73
Memplidkan Isu-Isu tersebut semata-mata tanpa memberi butiran dan/atau bukti-bukti yang kukuh adalah tidak mencukupi dan memadai.
74
Oleh yang demikian, Defendan telah menandatangani Perjanjian tersebut kerana diperdaya secara frod dan ditipu oleh Plaintif atas representasi-representasi yang tidak benar dan tidak wujud sama sekali.
75
Keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi Defendan Pertama, SD1 hanya adalah keterangan-keterangan tidak kukuh dan tidak jelas.
76
Berdasarkan keterangan-keterangan Defendan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah, Plaintif berhujah atas imbangan kebarangkalian Defendan telah gagal membuktikan elemen-elemen ditipu dan/atau diperdayakan dan/atau diberi representasi yang salah oleh Plaintif ke atas Defendan supaya Defendan memasuki Perjanjian tersebut dengan Plaintif.
77
Justeru itu, Perjanjian tersebut adalah sah dan terpakai serta mengikat Plaintif dan Defendan berkenaan mengikut terma-termanya. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Isu Keempat: Sama ada Perjanjian di antara Plaintif dengan Defendan adalah perjanjian yang boleh batal (“voidable”) di bawah Seksyen 19 Akta Kontrak 1950?.
78
Plaintif berhujah atas imbangan kebarangkalian Defendan telah gagal membuktikan elemen-elemen ditipu dan/atau diperdayakan dan/atau diberi representasi yang salah oleh Plaintif ke atas Defendan supaya Defendan memasuki Perjanjian tersebut dengan Plaintif.
79
Plaintif merujuk kepada Puncak Alam Housing Sdn Bhd (Formerly Known As Bukit Cerakah Development Sdn Bhd) V Menta Construction Sdn Bhd & Anor [2014] 1 MLJ 287 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut:- “[27] The House of Lords in William Derry, JC Wakefield, MM Moore, J Pethick and SJ Wilde v Sir Henry William Peek, Baronet (1889)14 App Cas 337 (HL) defined ‘fraud’ as a false representation ‘made (i) knowingly or (ii) without belief in its truth or (iii) recklessly, without caring whether it be true or false’. However, our s 17 of the Contracts Act 1950defines fraud on a wider scope as compared to the common law meaning of ‘fraud’ as stipulated by William Derry, JC Wakefield, MM Moore, J Pethick and SJ Wilde v Sir Henry S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg William Peek, Baronet. Paragraphs (d)–(e) of s 17 of the Contracts Act 1950 stipulates that any act ‘fitted to deceive’ another or ‘any such act or omission which the law specially declares to be fraudulent’ may also constitute fraud under the said Act. Reference should also be made to such cases like M/s RC Thakkar v (The Bombay Housing Board by its successors) now The Gujarat Housing Board AIR 1973 Guj 34; and Kamal Kant Paliwal v Smt Prakash Devi Paliwal and others AIR 1976 Raj 79. [28] According to s 19 of the Contracts Act 1950, a contract that is induced by fraud is voidable and not void. At this juncture, it is also ideal to refer to s 30 of the Specific Relief Act 1950 (‘Act 137’) which deals with rectification of a contract tainted by fraud and where fraud is proved then the court may in its discretion rectify the said contract. Equally important is s 34(1)(a) of the Specific Relief Act 1950 (Act 137) which allows an aggrieved party to apply to the court to have the contract rescinded.[29] In our judgment, there was no evidence of fraud perpetrated by the first respondent that entitled the appellant to rescind the settlement agreement dated 5 February 2002.”
80
Plaintif berhujah Perjanjian tersebut yang dimasuki di antara Plaintif dengan Defendan merupakan perjanjian yang sah dan pihak-pihak adalah terikat dengan terma-termanya. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
81
Tambahan pula, Defendan telah gagal membuktikan elemen-elemen ditipu dan/atau diperdayakan dan/atau diberi representasi yang salah oleh Plaintif ke atas Defendan dan oleh itu, pemakaian Seksyen 19 Akta Kontrak 1950 untuk membatalkan (“voidable”) Perjanjian tersebut adalah tidak terpakai untuk tindakan ini memandangkan bahawa Perjanjian tersebut mempunyai satu klausa keseluruhan perjanjian. Isu Kelima: Sama ada Defendan menerima pinjaman dan/atau wang pelaburan sebanyak RM947,350.00 daripada Plaintif untuk projek-projek perlombongan.
82
Plaintif menegaskan bahawa beban pembuktian bagi menunjukkan bahawa sejumlah RM947,350.00 telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan telah dipenuhi melalui keterangan saksi-saksi Plaintif dan dokumen-dokumen yang diterima sebagai ekshibit untuk tindakan ini.
83
Keterangan saksi Plaintif Pertama, SP1 menyatakan dengan tegas bahawa dia telah memberikan sejumlah RM947,350.00 kepada Defendan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
84
SP1 juga telah menjelaskan bahawa Pinjaman tersebut disalurkan kepada Defendan atas dasar pinjaman bagi tujuan Projek-Projek tersebut.
85
Dalam kes JR Joint Resources Holdings Sdn Bhd V Technochase Sdn Bhd & Ors And Other Appeals [2018] MLJU 1689 Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[83] This Court observes that there were several transactions in which the purported payments were paid in large sum of cash (see P11, P15,P17). It is illogical for such huge sums of money to be paid out in cash, yet, there was no proof of payment was received by the Defendants or any acknowledgement of receipt on the payment vouchers by the Defendants. Who would pay half a million cash to someone without proper documentation such as evidence of receipt of payment?.”
86
Berdasarkan autoriti di atas, Plaintif ingin berhujah bahawa jumlah pinjaman yang diberikan kepada Defendan adalah sebanyak RM947,350.00, iaitu suatu jumlah yang amat besar. Sehubungan dengan itu, saksi Plaintif Ketiga, SP3 bagi pihak Plaintif telah pun menyediakan bukti pembayaran untuk Pinjaman tersebut ditandatangani oleh Defendan kerana Defendan sememangnya S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg telah menerima Pinjaman tersebut dalam jumlah yang amat besar daripada Plaintif dan Plaintif memerlukan suatu rekod penerimaan pada pembayaran Pinjaman tersebut oleh Defendan dan untuk tujuan audit.
87
Plaintif sekali lagi merujuk kepada kes Ooi Swee King V Standard Chartered Saadiq Bhd And Another Appeal [2025] 2413 MLJU dan prinsip yang diputuskan di dalam kes ini dengan merujuk kepada kes L’estrange V F Graucob Ltd, Plaintif berhujah bahawa dakwaan Defendan tidak membaca bukti pembayaran yang ditandakan sebagai P3 lalu menurunkan tandatangannya merupakan dakwaan kosong semata-mata tanpa sebarang asas.
88
Defendan adalah terikat dengan kandungan pada ekshibit P3.
89
Di samping itu, keterangan saksi Defendan, SD1 juga telah mengakui bahawa dia tidak pernah membekalkan apa-apa resit kepada Plaintif bagi penerimaan Pinjaman tersebut daripada Plaintif tetapi penerimaan Pinjaman tersebut adalah tidak dipertikaikan oleh Defendan.
90
Plaintif telah mengemukakan bukti pembayaran yang ditandakan sebagai P3 bagi membuktikan penerimaan jumlah Pinjaman tersebut oleh Defendan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
91
Bukti pembayaran P3 dengan jelas dan nyata menunjukkan transaksi pembayaran Pinjaman tersebut daripada Plaintif kepada Defendan.
92
Malah, keterangan saksi Defendan Pertama, SD1 turut mengakui bahawa dia telah menandatangani dokumen P3.
93
Justeru, adalah tidak wajar sama sekali bagi Defendan mendakwa bahawa pengakuan SD1 hanyalah terhadap tandatangan pada P3 dan bukannya terhadap penerimaan jumlah Pinjaman tersebut sendiri.
94
Tambahan pula, Defendan sendiri adalah seorang yang mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan.
95
Oleh itu, adalah amat tidak munasabah untuk Defendan mendakwa bahawa dia hanya “melihat” dan menurunkan tandatangan pada P3 tanpa memahami kandungan serta butiran yang jelas terkandung di dalamnya.
96
P3 telah secara nyata menyatakan nama Defendan, cara pembayaran Pinjaman tersebut dibuat, butiran dan amaun bagi Projek-Projek tersebut serta jumlah keseluruhan Pinjaman tersebut. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
97
Ini mengukuhkan lagi hujahan bahawa Defendan bukan sahaja menandatangani bukti pembayaran P3 dengan sedar, malah mengetahui sepenuhnya bahawa P3 merupakan bukti penerimaan Pinjaman tersebut berjumlah RM 947,350.00 daripada Plaintif dan ini adalah selaras dengan Pernyataan Saksi SD1 sendiri.
98
Plaintif merujuk kepada kes Ling Chee Chong & Anor V Eydel B. Abah & Others [2008] MLJU 478 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut:- “In supporting the learned judge’s judgment, counsel for the plaintiffs has argued that the burden lay on the defendants to prove that payment had been made and not on the plaintiffs to proof the negative. That is quite correct. But in this case, the defendants produced prima facie proof of payment. The evidential burden then shifted to the plaintiffs to positively prove that the documents evidencing the payment were forgeries. Difficulty has arisen in this case by reason of the plaintiffs’ failure to appreciate the difference between the legal burden and the tactical or evidential onus in this case. Evidentially speaking, the plaintiffs had to merely assert that they had not received payment. It then fell on the defendants to prove that payment was in fact made. Once they produced documents evidencing payment the evidential or tactical onus then shifted to the plaintiffs to call positive evidence to prove S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg that the document in question were forgeries. The point we seek to make is well brought out in the following passage in the judgment of Lord Hanworth MR in Stoney v Eastbourne Rural District Council [1927] 1 Ch367, 397: “It appears to me that there can only be sufficient evidence to shift the onus from one side to the other if the evidence is sufficient prima facie to establish the case of the party on whom the onus lies. It is not merely a question of weighing feathers on one side or the other and of saying that if there were two feathers on one side and one on the other that would be sufficient to shift the onus.What is meant is, that in the first instance the party on whom the onus lies must prove his case sufficiently to justify a judgment in his favour if there is no other evidence”. In the present case there was indeed no other evidence going to disprove the truth of the relevant vouchers and acknowledgements.”
99
Oleh yang demikian, Plaintif dengan hormatnya merujuk kepada keterangan saksi-saksi yang telah diberikan di hadapan Mahkamah yang Mulia ini serta bukti pembayaran Eksibit P3. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
100
Jelas terbukti bahawa Defendan telah menerima Pinjaman tersebut berjumlah RM947,350.00 daripada Plaintif bagi tujuan Projek-Projek tersebut.
101
Maka, beban pembuktian kini terletak ke atas Defendan untuk membuktikan sebaliknya ke Mahkamah yang Mulia ini, dan bukan sekadar mendakwa bahawa dia hanya menandatangani dokumen P3 bagi maksud pengakuan penerimaan dokumen P3 semata-mata dan bukannya untuk penerimaan Pinjaman tersebut daripada Plaintif.
102
Walau bagaimanapun, sama ada dilabel sebagai pinjaman atau pelaburan, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah jumlah RM947,350.00 telah pun masuk ke tangan Defendan dan Defendan gagal membayar balik jumlah RM947,350.00 pada/atau sebelum Tarikh Matang tersebut.
103
Oleh itu, Plaintif berhujah bahawa Defendan sememangnya telah menerima Pinjaman tersebut daripada Plaintif, yang menjadi asas tuntutan dalam tindakan ini. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Isu Keenam: Sama ada jumlah RM947,350.00 diberi di atas kapasiti peribadi Plaintif atau kapasiti Syarikat Ecoria Sdn Bhd
104
Plaintif berhujah bahawa pinjaman untuk jumlah sebanyak RM947,350.00 adalah diatas kapasiti peribadi Plaintif, bukan melalui syarikat Ecoria Resources Sdn Bhd (“Ecoria”).
105
Eksibit Collaboration Agreement P1 iaitu Perjanjian tersebut merupakan bukti utama yang menunjukkan bahawa pihak yang menandatangani Perjanjian tersebut dengan Defendan merupakan Plaintif secara individu, bukan Ecoria.
106
Eksibit P1 dengan jelas menamakan Ong Boon Hoi (Plaintif) secara peribadi sebagai pihak kepada perjanjian dengan Defendan. Tidak ada satu pun rujukan dalam P1 yang menyebut nama Ecoria Resources Sdn Bhd sebagai pihak kontrak.
107
Tandatangan Plaintif dalam P1 adalah sebagai individu, bukan sebagai pengarah atau wakil syarikat.
108
Oleh itu, secara kontrak bertulis, Perjanjian tersebut adalah diantara Ong Boon Hoi secara peribadi dengan Defendan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
109
Plaintif merujuk kepada pemeriksaan semula saksi Plaintif Keterangan saksi Plaintif Pertama, SP1 dalam keterangannya menyatakan dengan jelas bahawa wang RM947,350.00 adalah pinjaman peribadi Plaintif yang disalurkan kepada Defendan.
110
Keterangan saksi Plaintif Ketiga, SP3 mengesahkan perkara yang sama.
111
SP3 menyatakan bahawa bapanya, SP1 telah menggunakan dana peribadi, bukan dana syarikat untuk memberi pinjaman kepada Defendan atas kapasiti peribadi Plaintif, bukan melalui Ecoria.
112
Keterangan daripada saksi-saksi Plaintif iaitu SP1 dan SP3 adalah konsisten bahawa Ecoria bukan pihak dan tidak terlibat dalam Perjanjian tersebut.
113
Dalam kes Bauer (Malaysia) Sdn Bhd V Hundred Vision Construction Sdn Bhd & Anor [2020] MLJU 543 Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[41] The term “privity of contract” in law has come to attain a universally consistent meaning in the law of contract. It expresses the concept that only parties who are privy to the contract may sue and be sued by each other. Parties not privy S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg as in not a party to a contract cannot sue under the contract even though it might suffer a wrong or a grievance under the contract. The rights given in the contract would entitle one to sue the defaulting party in the contract and likewise the liability arising under the contract would expose one to being sued. No one but the parties to a contract can be bound by it or entitled under it. See the Court of Appeal’s decisions in Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd v Dynaforce Corp Sdn Bhd [2015] 1 MLJ 284; [2014] 5 CLJ 533; and Tsang Yee Kwan v Majlis Perbandaran Batu Pahat [2011] 8 CLJ 913 and the Privy Council’s case of Kepong Prospecting Ltd & Ors v Schmidt [1968] 1 ML 170. Thus for the purpose of Clause 7.5 of the Letter of Award between the contracting parties i.e. the plaintiff and D1, as D2 is not a party to the Letter of Award, any failure to comply with the direct payment arrangement would expose D1 to being sued by the plaintiff for breach of contract.”
114
Eksibit P1 dengan jelas menamakan Ong Boon Hoi (Plaintif) secara peribadi sebagai pihak kepada Perjanjian tersebut dengan Defendan.
115
Oleh yang demikian, Plaintif adalah berhak untuk menuntut balik Pinjaman tersebut daripada Defendan akibat kemungkiran Defendan dengan terma-terma dibawah Perjanjian tersebut. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
116
Plaintif berhujah daripada keterangan saksi Defendan Pertama, SD1 cuba menyatakan bahawa Pinjaman tersebut diberi melalui Ecoria.
117
Namun percanggahan timbul kerana SD1 telahpun mengakui dia menandatangani Perjanjian tersebut iaitu P1 yang hanya menamakan Ong Boon Hoi dan namanya sebagai pihak-pihak dalam Perjanjian tersebut.
118
Pada masa sama, Defendan cuba mengaitkan Ecoria yang langsung tidak disebut dalam Perjanjian tersebut dalam pembelaannya.
119
Keterangan saksi Defendan Kedua, SD2 yang cuba menyokong Defendan dengan mendakwa bahawa transaksi ini adalah di antara Ecoria dan Defendan.
120
Namun keterangan saksi Defendan, SD2 diperingkat pemeriksaan balasnya jelas berbeza dan bercanggah dengan keterangannya semasa pemeriksaan utama. SD2 bukan pihak kepada P1, tidak menandatangani dan/atau pernah melihat Perjanjian tersebut tetapi memberikan keterangan seperti berikut semasa pemeriksaan utamanya: S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg “Dokumen perjanjian ini adalah tidak benar sama sekali kerana kami tidak pernah bersetuju untuk tandatangan apa-apa perjanjian bagi usahasama tersebut.”
121
Keterangannya yang melibatkan Perjanjian tersebut adalah hearsay kerana SD2 telah menyatakan Perjanjian tersebut hanya ditunjukkan oleh Defendan kepada SD2 ‘sejak kena saman ini, SD2 dengar’.
122
Dalam kes Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) & Anor V Awang Soh Bin Mamat & Ors [2009] 4 MLJ 610 Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “The reception of hearsay evidence can only be described in one word. Unfortunate. When a witness testifies in court about what he heard from a third party who is not called as a witness that is hearsay evidence and it is inadmissible to prove the truth of the fact stated. In Leong Hong Khiev Public Prosecutor; Tan Gong Wai v Public Prosecutor [1986] 2 MLJ206, Seah FJ had this to say about hearsay evidence (see p 208):The general rule is that hearsay evidence is not admissible as proof of a fact which has been stated by a third person. This rule has been long established as a fundamental principle of the law of evidence.To quote Lord Normand in Teper v R [1952] AC 480at p 486:The rule against the admission S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg of hearsay evidence is fundamental. It is not the best evidence, and it is not delivered on oath. The truthfulness and accuracy of the person whose words are spoken by another witness cannot be tested by cross-examination and the light which his demeanour would throw on his testimony is lost. In our opinion, another reason is the danger that hearsay evidence may be concocted, fabricated and tailored to suit the witness’ testimony.”
123
Plaintif selanjutnya merujuk kepada kes Selvaraju A/L Sithamparam Lwn Kanthimathi A/P Sithambaram [2023] MLJU 2533 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[92] Jika diperhatikan kepada keterangan di atas, keterangan Defendan di peringkat pemeriksaan balasnya jelas berbeza dan bercanggah dengan keterangannya semasa pemeriksaan utama. Mahkamah merujuk kepada otoriti Pie Bin Chin v PP [1985] 1 MLJ 234 yang menyatakan:- “It is only when a witness’s evidence on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded. Forgetfulness or failure to recall exactly certain events, which do not seem to be important to the witness, do not necessarily S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief...” [93] Otoriti di atas jelas menyatakan bahawa mana-mana keterangan yang bercanggah di antara satu sama lain dan tidak boleh diharmonikan hendaklah diabaikan dan tidak boleh diterima sebagai keterangan, apatah lagi sekiranya keterangan-keterangan tersebut adalah terhadap isu-isu yang material. [94] Meneliti keterangan-keterangan Defendan di atas, mahkamah mendapati bahawa percanggahan yang terdapat dalam keterangan-keterangan tersebut adalah merujuk kepada perkara-perkara yang material, iaitu menyentuh tentang pihak mana yang telah membuat pembayaran wang pembelian hartanah tersebut dan pihak manakah yang telah membayar cukai tanah bagi hartanah tersebut. [95] Keterangan-keterangan ini, sekiranya dibuktikan akan menjadi titik penentu bagi pertikaian ini. Oleh itu, terdapatnya percanggahan dalam keterangan-keterangan Defendan terhadap perkara-perkara yang penting menyebabkan mahkamah merasa sangsi untuk menerima keterangannya. Mahkamah juga mendapati tiada sebarang indikasi bahawa percanggahan tersebut adalah tidak disengajakan atau S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg diakibatkan oleh kealpaan atau kesukaran Defendan untuk mengingati perkara-perkara berkenaan. [96] Oleh yang demikian, adalah menjadi pemerhatian mahkamah bahawa dalam memberi keterangannya, Defendan telah gagal bercakap benar. Percanggahan ini telah menjejaskan kredibilti Defendan sebagai saksi dan sekaligus mencerminkan bahawa Defendan bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai. [97] Mahkamah merujuk kepada otoriti Sakinah Sulong v Masyitah Md Hassan [2023] 1LNS 793, di perenggan 15, di mana Mahkamah Rayuan menyatakan: “As often being said, a trial judge is the person in the best position to value and judge the credibility of a witness, having had the opportunity to gauge and to observe the witness in person.”
124
Berdasarkan autoriti di atas jelas menyatakan bahawa mana-mana keterangan yang bercanggah di antara satu sama lain dan tidak boleh diharmonikan hendaklah diabaikan dan tidak boleh diterima sebagai keterangan, apatah lagi sekiranya keterangan-keterangan tersebut adalah terhadap isu-isu yang material. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
125
Plaintif berhujah bahawa keterangan saksi kedua Defendan, SD2 diperingkat pemeriksaan balasnya jelas berbeza dan bercanggah dengan keterangannya semasa pemeriksaan utama.
126
Oleh itu, Plaintif merujuk kepada autoriti di atas dan seterusnya berhujah bahawa percanggahan ini telah menjejaskan kredibiliti saksi kedua Defendan, SD2 sebagai saksi Defendan dan sekaligus mencerminkan bahawa saksi kedua Defendan SD2 bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai atas sebab SD2 tidak mempunyai pengetahuan peribadi terhadap Perjanjian tersebut.
127
Dalam apa jua keadaan, pembelaan Defendan cuba “mengaitkan” Pinjaman tersebut dengan Ecoria yang sebenarnya tidak pernah menjadi pihak dalam Perjanjian tersebut adalah langsung tidak berasas dan merupakan dakwaan kosong semata-mata.
128
Pada semua masa yang material, Defendan adalah jelas bahawa Pinjaman tersebut adalah diberikan atas kapasiti peribadi Plaintif sendiri dan langsung tidak berkaitan dengan Ecoria dan saksi SP3 juga mengesahkan bahawa pada masa material itu, Ecoria tidak dalam kedudukan wang yang sihat. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Isu Ketujuh: Samada jumlah RM947,350.00 adalah pinjaman atau wang pelaburan oleh Plaintif.
129
Plaintif berhujah bahawa jumlah RM947,350.00 yang diberikan kepada Defendan merupakan pinjaman dan sama ada jumlah RM947,350.00 adalah pinjaman atau wang pelaburan oleh Plaintif adalah tidak penting untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah yang Mulia ini.
130
Perjanjian tersebut telah nyata jelas bahawa Defendan harus membayar balik Wang tersebut pada/atau sebelum Tarikh Matang tersebut dan ini merupakan satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan.
131
Walaubagaimanapun, Plaintif ingin menegaskan bahawa terdapat Perjanjian tersebut, P1 dan juga rekod bukti pembayaran, P3 yang dapat membuktikan bahawa jumlah RM947,350.00 adalah pinjaman daripada Plaintif kepada Defendan.
132
Manakala, Plaintif berhujah bahawa pinjaman adalah jumlah yang diberi kepada sesuatu pihak dengan syarat dibayar balik pada satu masa kelak sebagaimana dipersetujui pihak-pihak atas terma yang dipersetujui di antara mereka. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
133
Dalam hal ini, Plaintif merujuk kepada kes Tan Aik Teck V Tang Soon Chye [2007] 6 MLJ 97 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut:- “A friendly loan is opposed to the normal borrowing from a moneylender or financial institution. A friendly loan is a loan between two persons based on trust. There may be an agreement such as an IOU or security pledged to repayment but most important there will be no interest imposed.… In my view, the defendant had been wrongly advised by his solicitors that in order to qualify for a friendly loan, the loan must be between friends. In my view, a friendly loan is a loan given by the lender to the borrower based on mutual trust whereby the borrower was to repay the loan within the specified time with no interests charged.”
134
Seterusnya, Plaintif berhujah bahawa faedah yang dikenakan oleh Plaintif keatas Pinjaman tersebut yang diberikan kepada Defendan juga tidak mewajarkan Perjanjian tersebut terbatal kerana pinjaman persahabatan boleh dikenakan faedah.
135
Sehubungan dengan isu ini, Plaintif juga merujuk kepada kes Tan Boon An V Lee Peng Too [2021] MLJU 150 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg “[51] In assessing whether the impugned transaction is a friendly loan or a moneylending transaction, the Court has to consider and scrutinize all the relevant factors and circumstances of the case, guided by the five points stated in paragraphs [64] to [69] of the Court of Appeal’s judgment in Global Globe Property (Melawati) supra and the guidelines and examples in the previous decided cases and come to a conclusion as to whether the Plaintiff’s version of friendly loan or the Defendant’s version of moneylending is more probable or more likely, having regard to the course of natural events, human conduct and public and private business in their relation to the type of transaction in the particular case. This assessment and scrutiny cannot be done by taking one or two factors in isolation but has to be done by considering all the relevant factors and circumstances before coming to an eventual conclusion as to which version is more probable, though a factor or circumstance may have more weight than the others in the factual matrix of the case.”
136
Plaintif berhujah bahawa Pinjaman tersebut adalah dibuat atas kapasiti peribadi Plaintif sendiri sebagai pinjaman. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
137
Berdasarkan keterangan-keterangan saksi Plaintif, yang Pertama dan Ketiga, SP1 dan SP3, Pinjaman tersebut adalah dibuat sebagai pinjaman kepada Defendan untuk Defendan membuat pelaburan dalam Projek-Projek tersebut.
138
Berdasarkan autoriti-autoriti di atas, sekiranya Perjanjian tersebut merupakan perjanjian usahasama dan adalah pelaburan Plaintif seperti yang didakwa oleh Defendan, terma tarikh matang untuk pembayaran balik jumlah RM947,350.00 tidak akan wujud dalam Perjanjian tersebut.
139
Oleh itu, jumlah RM947,350.00 langsung bukannya pelaburan Plaintif tetapi pinjaman yang diberikan oleh Plaintif kepada Defendan dengan syarat dibayar balik pada atau sebelum 31.08.2022 sebagaimana dipersetujui kedua-dua pihak atas terma-terma dibawah Perjanjian tersebut.
140
Plaintif berhujah bahawa istilah usahasama digunakan dalam Perjanjian tersebut adalah seperti yang dikatakan dalam keterangan Plaintif kerana Plaintif buat Pinjaman tersebut kepada Defendan supaya Defendan gunakan Pinjaman tersebut untuk pelaburan Defendan dan bukannya Plaintif melabur dalam pelaburan Defendan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
141
Selanjutnya Plaintif berhujah bahawa sama ada Ecoria ada terlibat dalam sebarang usahasama dengan Defendan bukan merupakan suatu isu yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah yang Mulia ini kerana tuntutan Plaintif ini adalah bersandarkan kepada Perjanjian tersebut yang dimasuki di antara Plaintif dan Defendan sahaja dan Ecoria langsung bukan pihak dalam Perjanjian tersebut.
142
Plaintif merujuk kepada kes Shuhada Bt Alang Shukor V Khairul Anwar Bin Shaharuddin [2021] 8 MLJ 315 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “FINDINGS OF COURT [31]
Preamble
Pursuant to s 101 of the Evidence Act 1950, the onus is on the plaintiff to prove her claim that she had given the defendant the sum of RM2,844,000 as a loan and not as an investment; and that the defendant still owes the plaintiff the sum of RM2,674,200. It is settled law that the standard of proof for civil cases is a balance of probabilities: see Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLJ 1; [2015] 7 CLJ 584; [2015] 5 AMR 584 (FC). [32] Both the plaintiff and PW2 had testified in court that the plaintiff had given to the defendant the sum of RM2,844,000 S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg and that the sum was given to the defendant through internet banking transfers and in cash. [33] Furthermore, both the plaintiff and PW2 testified that the sum of RM2,844,000 was given as a personal loan to the defendant and not as an investment.… [37] Based on the reasons above, this court finds that the plaintiff has proven on a balance of probabilities that: (a) the plaintiff had given the defendant the sum of RM2,844,000 as a loan and not as an investment; (b) the defendant had signed the 16 March letter, the 19 March letter and the surat aku janji; and (c) the defendant still owes the plaintiff the sum of RM2,674,200.”
143
Berdasarkan autoriti di atas, Plaintif berhujah bahawa keterangan saksi-saksi Plaintif Pertama dan Ketiga, SP1 dan SP3 adalah konsisten di mana mereka telah memberikan keterangan di hadapan Mahkamah yang Mulia ini dengan menyatakan Pinjaman tersebut merupakan pinjaman daripada Plaintif kepada Defendan.
144
Tambahan pula, Defendan sendiri tanpa sebarang paksaan dan secara rela hati telah menandatangani Perjanjian tersebut, P1 dan juga bukti pembayaran, P3 kepada Plaintif. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
145
Oleh yang demikian, Plaintif telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa Plaintif telah memberikan kepada Defendan sejumlah RM947,350.00 sebagai pinjaman yang wajib dibayar balik oleh Defendan dan bukannya sebagai pinjaman wang yang tertakluk kepada risiko. Isu Kelapan: Samada wujud persetujuan untuk pembahagian keuntungan di antara Plaintif dengan Defendan?
146
Plaintif berhujah bahawa sesuatu persetujuan untuk pembahagian keuntungan antara pihak-pihak mestilah dinyatakan dengan terperinci dan jelas sama ada secara bertulis ataupun melalui bukti kukuh yang tidak dapat dipertikaikan.
147
Dalam hal ini, Plaintif ingin menegaskan bahawa langsung tidak mempunyai apa-apa terma dalam Perjanjian tersebut untuk pembahagian keuntungan Projek-Projek tersebut antara pihak-pihak disebabkan berdasarkan Perjanjian tersebut, Defendan adalah perlu membayar balik Pinjaman tersebut bersama dengan keuntungannya ataupun membayar balik Pinjaman tersebut dengan caranya sendiri.
148
Oleh itu, dakwaan Defendan berhubung Defendan tidak perlu membayar balik Pinjaman tersebut dan “pembahagian keuntungan” juga adalah selepas memperolehi keuntungan daripada Projek-S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Projek tersebut adalah tidak berasas kerana klausa 1 dalam Perjanjian tersebut telah jelas menyatakan bahawa Defendan perlu membayar balik Pinjaman tersebut bersama dengan keuntungan pada atau sebelum 31.08.2022 ataupun Defendan perlu membayar balik Pinjaman tersebut dengan caranya sendiri pada atau sebelum 31.08.2022.
149
Oleh yang demikian, P1 sama sekali tidak menyatakan sebarang perkara mengenai perkongsian keuntungan antara Plaintif dengan Defendan.
150
Sebaliknya, P1 hanya memperuntukkan jumlah pinjaman yang diberikan oleh Plaintif serta kewajipan Defendan untuk membayar balik keseluruhan jumlah Pinjaman tersebut, sama ada dengan atau tanpa keuntungan, pada atau sebelum tarikh matang beserta faedah.
151
Tiada satu pun klausa dalam Perjanjian tersebut yang memperuntukkan pembahagian keuntungan ataupun bahawa Plaintif akan menanggung risiko kerugian bersama dengan Defendan.
152
Malah, klausa pembayaran balik penuh pada atau sebelum tarikh matang, iaitu 31.08.2022 membuktikan bahawa jumlah S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg RM947,350.00 ini adalah pinjaman, bukan perkongsian keuntungan.
153
Plaintif berhujah bahawa keterangan saksi-saksi Plaintif Pertama dan Ketiga, SP1 dan SP3 adalah konsisten dengan kandungan Perjanjian tersebut dan tidak bercanggah antara satu sama lain.
154
Plaintif merujuk kepada kes Tan Chin Kwee V Jova International Sdn Bhd (In Liquidation) & Ors [2021] MLJU 1203 Actions di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[14] It is important, therefore, to bear in mind that where the contract is in writing, the intention of the parties are confined within the four walls of the contract. The alleged oral agreement that the repayments were actually payment of interest had flatly contradicted the Document dated 5 June 2017, and did not, therefore, fall within the purview of any exception to the parol evidence rule, as found in section 92 of the Evidence Act, which reads: Section 92 – Exclusion of evidence of oral agreement When the terms of any such contract, grant or other disposition of property, or any matter required by law to be reduced to the form of a document, have been proved according to section 91, no evidence of any oral agreement or S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg statement shall be admitted as between the parties to any such instrument or their representatives in interest for the purpose of contradicting,varying, adding to, or subtracting from its terms: Provided that -
a
any fact may be proved which would invalidate any document or which would entitle any person to any decree or order relating thereto, such as fraud, intimidation, illegality, want of due execution, want of capacity in any contracting party, the fact that it is wrongly dated, want or failure of consideration, or mistake in fact or law;
b
the existence of any separate oral agreement, as to any matter on which a document is silent and which is not inconsistent with its terms, may be proved, and in considering whether or not this proviso applies, the court shall have regard to the degree of formality of the document;
c
the existence of any separate oral agreement constituting a condition precedent to the attaching of any obligation under any such contract, grant or disposition of property,may be proved;
d
the existence of any distinct subsequent oral agreement, to rescind or modify any such contract, grant or S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg disposition of property, may be proved except in cases in which the contract, grant or disposition of property is by law required to be in writing, or has been registered according to the law in force for the time being as to the registration of documents;
e
any usage or custom by which incidents not expressly mentioned in any contract are usually annexed to contracts of that description may be proved if the annexing of any such incident would not be repugnant to or inconsistent with the express terms of the contract; and
f
any fact may be proved which shows in what manner the language of a document is related to existing facts. [15] It is also trite law that the interpretation of a contract is a question of law to be decided by the court and not by witnesses through their oral evidence. This is pursuant to section 94 of the Evidence Act which reads: Section 94 –Exclusion of evidence against application of document to existing facts. When language used in a document is plain in itself and when it applies accurately to existing facts, evidence may not be given to show that it was not meant to apply to such facts. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg [16] Section 94 of the Evidence Act was expounded in a plethora of cases including the Federal Court case of Public
1
Bank Bhd v. New Ace Digital Print Sdn Bhd & Anor [2019] 5 CLJ I am, therefore, unable to allow any oral evidence to contradict the written terms of the agreement which was the Letter dated 29 May 2017.”
155
Defendan, SD1 cuba menyatakan bahawa terdapat persetujuan lisan bahawa keuntungan projek akan dibahagi bersama Plaintif.
156
Namun percanggahan jelas wujud bahawa SD1 telah mengakui menandatangani Perjanjian tersebut tetapi Defendan cuba menambah syarat baharu yang tidak wujud dalam Perjanjian tersebut.
157
Keterangan Defendan, iaitu SD1, turut mengesahkan bahawa isu mengenai keuntungan projek hanyalah merupakan perbincangan dan/atau percakapan antara Ecoria dengan Defendan sahaja, dan ia langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Plaintif mahupun dengan Perjanjian tersebut.
158
Hal ini bercanggah dengan prinsip undang-undang yang diperuntukkan di dalam kes Tan Chin Kwee V Jova International Sdn Bhd (Inliquidation) & Ors [2021] MLJU 1203 Actions apabila S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg sesuatu perjanjian direkodkan secara bertulis, syarat tambahan lisan yang bercanggah dengan dokumen tidak boleh diterima (Seksyen 92 Akta Keterangan 1950).
159
Oleh itu, adalah jelas bahawa keterangan Defendan, SD1 adalah bercanggah dengan pemeriksaan utamanya dan juga dengan Perjanjian tersebut secara bertulis yang telahpun ditandangani olehnya sendiri.
160
Plaintif berhujah bahawa keterangan saksi Defendan yang kedua, SD2 dengan menyatakan ada persetujuan mengenai keuntungan di antara Ecoria dengan Defendan.
161
Keterangan SD2 adalah tidak berasas kerana SD2 bukan pihak kepada Perjanjian tersebut dan juga telah mengakui tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan Perjanjian tersebut.
162
Oleh itu, keterangannya bercanggah dengan pemeriksaan utamanya dan Perjanjian tersebut yang jelas.
163
Percanggahan ini menunjukkan bahawa keterangan saksi-saksi Defendan, SD1 dan SD2 adalah satu rekaan selepas fakta (afterthought) untuk membantu Defendan mengelakkan tanggungjawab membayar balik Pinjaman tersebut kepada Plaintif. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
164
Plaintif telah membuktikan bahawa tiada sebarang klausa dalam P1 mengenai Defendan tidak perlu bayar balik Pinjaman tersebut dan pembahagian keuntungan daripada Projek-Projek tersebut di antara Plaintif dengan Defendan.
165
Keterangan saksi-saksi Plaintif (SP1 dan SP3) konsisten bahawa wang RM947,350.00 adalah pinjaman yang perlu dibayar balik penuh sebelum tarikh matang yang dinyatakan dalam Perjanjian tersebut.
166
Keterangan saksi-saksi Defendan (SD1 dan SD2) bercanggah dengan pemeriksaan utama mereka dan juga dengan Perjanjian tersebut menjadikan keterangan mereka tidak boleh dipercayai dan diterima oleh Mahkamah yang Mulia ini.
167
Oleh itu, Plaintif berhujah bahawa tidak pernah wujud sebarang persetujuan mengenai pembahagian keuntungan diantara Plaintif dan Defendan di bawah Perjanjian tersebut disebabkan Defendan adalah dikehendaki untuk sama ada membayar balik Pinjaman tersebut bersama dengan keuntungannya ataupun membayar balik Pinjaman tersebut dengan caranya sendiri kepada Plaintif sebelum tarikh matang. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
168
Plaintif juga berhujah Perjanjian tersebut tidak mempunyai apa-apa klausa mengenai pembahagian keuntungan yang kononnya didakwa oleh Defendan.
169
Dalam apa jua keadaan, Plaintif hanya menuntut balik segala pinjaman berserta faedah yang diberi kepada Defendan. Isu Kesembilan: Sama ada Plaintif berhak untuk menuntut pinjaman dan/atau wang pelaburan sebanyak RM947,350.00 daripada Defendan.
170
Plaintif merujuk kepada kes Tan Chin Kwee V Jova International Sdn Bhd (In Liquidation) & Ors [2021] MLJU 1203 Actions di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “The parol evidence rule [9] I was unable to accept the Defendants’ contention, for the main reason that the terms of the Letter dated 29 May 2017, had clearly indicated that the MYR2.5 million was in fact a loan.At this juncture,it is crucial to bear in mind the parol evidence rule that excludes evidence that purports to add to, vary, contradict or subtract from the terms of the document:Eng Mee Yong v Letchumanan [1979] 2MLJ 212, PC. The aspects of the parol evidence rule were explained by Mohd Zawawi Salleh J (as he then was) in Bank Pertanian Malaysia S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Berhad v Fiskal Fantasi Sdn Bhd & Anor [2011] 1 LNS 678, where his Lordship in referring to the UK Law Commission of England and Wales,Law of Contract: The Parol Evidence Rule (Working Paper No. 70,1976), had stated in the following passages: [7] ...The rule embodies three distinct rules. The Law Commission of England and Wales explained it in the following way: We must start by explaining what we mean by ‘the parol evidence rule’. When a transaction is recorded in a document, it is not generally permissible to adduce other evidence of (a) its terms or (b) other terms not included, expressly or by reference, in the document or (c) its writer’s intended meaning. There are here three distinct rules which exclude what is known as extrinsic evidence, being evidence outside or extrinsic to the document. The evidence excluded is usually oral, but it may be other documentary evidence. The three rules, either separately or together, are sometimes known as the parol evidence rule. The first rule excludes a particular means of proof, namely secondary evidence of a document: where the rule applies it prevents the contents of the document being proved by S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg any means other than the production of the document. This is more usually known as the ‘best evidence rule’. By the second rule extrinsic evidence is inadmissible for the purpose of adding to,varying, contradicting or subtracting from the terms of the document: the writing is conclusive. The third rule deals with the admissibility of facts in aid of the interpretation or construction of documents. [10] The parol evidence rule is found in sections 91 and 92 of the Evidence Act 1950 (“Evidence Act”), which read: Section 91 – Evidence of terms of contracts, grants and other dispositions of property reduced to form of document. When the terms of a contract or of a grant or of any other disposition of property have been reduced by or by consent of the parties to the form of a document, and in all cases in which any matter is required by law to be reduced to the form of a document, no evidence shall be given in proof of the terms of the contract, grant or other disposition of property or of the matter except the document itself, or secondary evidence of its contents in cases in which secondary evidence is admissible under the provisions herein before contained. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Section 92 – Exclusion of evidence of oral agreement When the terms of any such contract, grant or other disposition of property, or any matter required by law to be reduced to the form of a document, have been proved according to section 91, no evidence of any oral agreement or statement shall be admitted as between the parties to any such instrument or their representatives in interest for the purpose of contradicting, varying, adding to, or subtracting from its terms.”
171
Plaintif berhujah bahawa berdasarkan autoriti di atas, keterangan saksi-saksi Plaintif telah membuktikan bahawa jumlah RM947,350.00 merupakan pinjaman kepada Defendan dan Defendan di bawah Perjanjian tersebut disebabkan Defendan adalah dikehendaki untuk sama ada membayar balik Pinjaman tersebut bersama dengan keuntungannya ataupun membayar balik Pinjaman tersebut dengan caranya sendiri kepada Plaintif sebelum tarikh matang.
172
Dalam kes Rostam Bin Abbas V Ali Dad Bin Fazal Elahi [2012] MLJU 1290 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg “(5) In the above case, the Court of Appeal re-affirmed the judgment made by High Court Judge in allowing the Plaintiff's claim against the Defendant for the recovery of the friendly loan. In dismissing the appeal, it was held: "(1) Since the Defendant has admitted that he had received the two (2) cheques and had credited them into his account, the Plaintiff had discharged his burden that the money was a loan unless proven otherwise by the Defendant. As such the burden was on the Defendant that the money given to him by the Plaintiff was not a friendly loan." (Emphasis is mine)
6
As regards the Defendant's contention that the said sum of RM250,000.00 was not a loan, but a commitment fee on the Plaintiff's part, for a joint venture with the Defendant, pertaining to a project with University Malaysia Sabah through UMS Link Holdings Sdn Bhd., this Court finds that the Defendant has failed to adduce sufficient proof of such a contention other than bare allegations .…
11
In view of the above, this Court finds that the said sum of RM250.000.00 given to the Defendant was a friendly loan and not a commitment fee as contended. ... ORDER S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg In the premises, this Court finds that the Plaintiff has proved its case on a balance of probability against the Defendant and therefore grant judgment in favour of the Plaintiff as follows:
a
Judgment in the sum of RM400,000.00 as I find that the sum of RM 12,000.00 was not advanced to the Defendant pursuant to the Friendly Financing Agreement, upon which this action was grounded;
b
Interest at the rate of 6% per annum from the date of judgment until full payment;
c
Costs, to be taxed unless agreed.”
173
Berdasarkan kepada autoriti di atas, Plaintif berhujah bahawa memandangkan Defendan telah mengakui bahawa dia pernah menerima Pinjaman tersebut ke dalam akaunnya, Plaintif telahpun melepaskan beban pembuktiannya bahawa jumlah RM947,350.00 adalah suatu pinjaman melainkan dibuktikan sebaliknya oleh Defendan.
174
Oleh itu, beban sekarang adalah terletak pada Defendan untuk membuktikan bahawa Pinjaman tersebut yang diberikan kepadanya oleh Plaintif bukanlah suatu pinjaman tetapi pelaburan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
175
Sehubungan di atas, Plaintif ingin menegaskan bahawa Defendan telah gagal mengemukakan bukti-bukti yang mencukupi bagi menyokong dakwaan Defendan tersebut selain daripada dakwaan kosong semata-mata.
176
Oleh itu, Plaintif adalah berhak untuk menuntut balik pinjaman sebanyak RM947,350.00 daripada Defendan. Isu Kesepuluh: Sama ada tindakan Defendan telah melanggari klausa-klausa Perjanjian tersebut?
177
Hakikatnya, sehingga hari ini Defendan tidak pernah membuat sebarang bayaran balik selepas tarikh matang untuk Pinjaman tersebut yang dibuat oleh Plaintif kepadanya.
178
Ini merupakan pelanggaran nyata oleh Defendan terhadap Perjanjian tersebut dan ini telah diakui oleh Defendan sendiri melalui keterangan di Mahkamah yang Mulia ini.
179
Plaintif merujuk kepada kes Ricardo G Tapel V Polar Twin Advance (M) Sdn Bhd (Nicholas Lee Zse Young & Anor, Third Parties) [2013] 9 MLJ 69 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg “[17] This significance of a 'repayment term' as an essential element necessary to constitute a loan contract' was dealt with by Ananthan J (as he then was) in the case (unreported) of Datin Paw Poe Choo v Tai Ah Hin & Anor and commented upon in the following words: A court of law can only determine if there has been a breach of the loan agreement after ascertaining the terms of the loan agreement. It is significant that the statement of claim does not include any reference to the terms of the loan agreement. In my opinion, a cause of action for default in the repayment of the advance must invariably include reference to the repayment date under the loan agreement. The cause of action accruing due upon the failure/refusal of the Defendants to repay the advances on the due date.”
180
Plaintif merujuk kepada autoriti di atas dan menggunapakai prinsip undang-undang terhadap tindakan ini bahawa kepentingan “tempoh bayaran balik” merupakan suatu elemen penting yang diperlukan untuk membentuk suatu perjanjian pinjaman.
181
Plaintif ingin berhujah bahawa Defendan telahpun melanggari klausa-klausa Perjanjian tersebut disebabkan kausa tindakan ini wujud apabila Defendan gagal atau enggan membayar balik S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Pinjaman tersebut pada tarikh matang yang ditetapkan di bawah Perjanjian tersebut.
182
Plaintif juga merujuk kepada kes Gerard Jude Timothy Pereira V Kasia/L Kl Palaniappan [2017] 6 MLJ 54 dimana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “Held, allowing the appeal with costs of RM15,000 and setting aside the order of the High Court:
1
The burden on the appellant was only to prove a case on a balance of probabilities. The learned trial judge ought to have held that based on the facts and circumstances of this case, in the absence of any explanation from the respondent on the purpose of the payments, the appellant’s version that the payments to the respondent were for a friendly loan must be true (see para 31) .…
2
The appellant had sufficiently discharged his evidential burden to establish a prima facie case that the payments made to the respondent were for the purpose of a friendly loan and the burden was shifted to the respondent to prove, by admissible evidence based on his pleaded case, that the payments were not made pursuant to a friendly loan, which the appellant had failed to discharge(see para 51).” S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
183
Plaintif seterusnya merujuk kepada kes Wong How Hua V Teoh Teng Guan [2022] MLJU 3490 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[61] In Dato Sivananthan a/l Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 1062 it was decided as follows: “In law, parties are bound by the terms of the contract that they have entered into and likewise in this case, the rights and obligations of the parties are governed by the agreement. The intentions of the parties are to be gathered from the language used. They are presumed to have intended what they said...The duty of the court is to give effect to the clear intention of the parties as expressed in the agreement. If the words are clear, unambiguous and in unmistakable language, there is very little the court has to do. The court must give effect to the plainmeaning of the words however much it may dislike the result. ... [91] In my judgment, I make the finding that the Plaintiff received the cash from the Defendant and he failed to repay the friendly loan given to him by the Defendant by 24.7.2020 which is the due date for repayment of the friendly loan. In the circumstances the Plaintiff has S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg breached the agreement for failure to repay the friendly loan by the date of repayment. [92] I therefore make the finding that the Defendant has proven his counterclaim against the Plaintiff on a balance of probabilities. He has credibly adduced evidence to prove the source of the friendly loan, that it was disbursed to the Plaintiff and receipt of it was acknowledged by the Plaintiff. [93] Conclusion: Based on the above considerations, the Plaintiff’s claim is dismissed with costs and the Defendant’s counterclaim is allowed with costs.”
184
Perayu merujuk kepada autoriti-autoriti di atas dan berhujah bahawa Defendan telah melanggar Perjanjian tersebut kerana gagal membayar balik Pinjaman tersebut pada tarikh bayaran balik yang ditetapkan, iaitu pada atau sebelum 31.08.2022.
185
Berdasarkan hujahan-hujahan Plaintif di atas, Plaintif dapat membuktikan bahawa Pinjaman tersebut telah dibayar kepada Defendan dan bukti pembayaran telah ditandatangani oleh Defendan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
186
Dalam perihal ini, Defendan tidak pernah membayar balik samada satu sen pun kepada Plaintif walaupun beberapa tahun sudah lepas. G. Hujahan Defendan Isu Pertama: Sama ada Perjanjian tersebut yang dimasuki di antara Plaintif dan Defendan adalah sah dan teratur disisi undang-undang.
187
Defendan berhujah bahawa P1 Perjanjian tersebut adalah bercanggah dan bertentangan dengan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan oleh itu, Perjanjian tersebut adalah tidak sah ("void ab initio") dan tidak boleh dikuatkuasakan sama sekali.
188
Defendan berhujah sedemikian kerana P1 Perjanjian tersebut berjumlah kepada transaksi yang tidak sah dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 ("APPW 1951") kerana Plaintif telah bertindak sebagai pemberi pinjam wang tanpa sebarang lesen yang sah.
189
Bagi menyokong hujahan di atas, pihak Defendan terlebih dahulu pohon untuk merujuk Mahkamah kepada takrifan yang diperuntukkan di dalam Seksyen 2 APPW 1951 sepertimana berikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg "moneylender" means any person who carries on or advertises or announces himself or holds himself out in anyway as carrying on the business of moneylending, whether or not he carries on any other business; "moneylending" means the lending of money at interest, with or without security, by a moneylender to a borrower; "moneylending agreement" means an agreement made in writing between a moneylender and a borrower for the repayment, in lump sum or instalments, of money borrowed by the borrower from the moneylender.”
190
Dibawah P1 Perjanjian tersebut, Plaintif malah telah meletakkan faedah lewat bayar ke dalam bayaran balik wang pinjaman dan/atau wang pelaburan yang dituntut daripada pihak Defendan.
191
Adalah dihujahkan bahawa ianya adalah terang lagi bersuluh bahawa Perjanjian tersebut adalah bercanggah dengan Seksyen 5
1
APPW 1951 dan Seksyen 10OA APPW 1951 bilamana di bawah Perjanjian tersebut, pinjaman telah diberikan dalam bentuk bersiri dan melalui beberapa transaksi secara berterusan dan berasingan malah pembayaran balik telah dikenakan faedah lewat bayar. Oleh itu, ia telah menimbulkan anggapan bahawa pihak yang memberi pinjam wang iaitu Plaintif, adalah seorang yang menjalankan S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg perniagaan pinjaman wang dan dalam tindakan ini, tanpa mempunyai lesen pemberi pinjam wang yang sah.
192
Seksyen 5(1) APPW 1951 telah menyatakan sepertimana berikut:- Licences to be taken out by moneylender
1
No person shall carry on or advertise or announce himself or hold himself out in any way carrying on the business of money/ending unless he is licensed under this Act.
193
Seksyen 10OA APPW 1951 pula memperuntukkan sepertimana berikut:- Presumption as to the business of money/ending Where in any proceedings against any person, it is alleged that such person is a moneylender, the proof of a single loan at interest made by such person shall raise a presumption that such person is carrying on the business of moneylending, until the contrary is proved.
194
Adalah dihujahkan oleh pihak Defendan ke Mahkamah yang Mulia ini bahawa telah timbul anggapan bahawa pihak Plaintif telah menjalankan aktiviti pemberian pinjaman wang secara tidak sah bilamana Plaintif adalah tidak berdaftar dan/atau berlesen di bawah APPW 1951 untuk menjalankan perniagaan memberikan wang. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
195
Adalah dihujahkan sedemikian berdasarkan pinjaman wang yang diberikan di dalam bentuk bersiri dan melalui transaksi yang berterusan kepada pihak Defendan dari tahun 2019 sehingga tahun 2020 dalam beberapa jumlah yang berasingan sebagaimana yang dinyatakan di dalam P1 Perjanjian tersebut dan juga P3 bukti pembayaran tersebut.
196
Seksyen 15 APPW 1951 menyatakan mengenai kontrak yang dimasuki oleh pemberi pinjam wang yang tidak berlesen adalah tidak boleh dikuatkuasakan sepertimana berikut:- Contract by unlicensed moneylender unenforceable. No money/ending agreement in respect of money lent after the coming into force of this Act by an unlicensed moneylender shall be enforceable.
197
Dalam kes Mahmood Ooyub V. Li Chee Loong & Other Appeals [2021] 1 MLRA 609, Mahkamah Rayuan telah memutuskan sebagaimana berikut:- “[234] The unlicensed moneylender cannot under the guise of not being covered by the Moneylenders Act 1951 take shelter in the freedom of contract in that parties can create contractual obligations not prohibited by the Act. The moment a Court of law makes a finding that the transaction is money/ending and the fact that the lender is not licensed to lend with interest that makes the whole agreement no matter how it is structured. into S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg an illegal money/ending agreement which is unenforceable under s 15 of the Moneylenders Act 1951.”
198
Berdasarkan Seksyen 15 APPW 1951 dan kes Mahmud Ooyob, pihak Defenfan menghujahkan bahawa Perjanjian tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh berkuatkuasa memandangkan ianya adalah suatu perjanjian haram dibawah APPW 1951 kerana Plaintif adalah bukan seorang pemberi pinjam wang yang berlesen dan/atau berdaftar dibawah APPW 1951 untuk memberi pinjam wang kepada mana-mana pihak terutamanya Defendan di dalam tindakan ini sekarang, malah telah sewenang-wenangnya mengenakan faedah di atas pinjaman yang diberikan.
199
Dalam Kes Muhibbah Teguh Sdn Bhd V Yaacob Bin Mat Yim (T/A Tetuan Yacob Mat Yim & Rakan-Rakan) [2005] 7 MLJ 270 yang mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan mengenai pemberi pinjam wang sepertimana berikut:- “21 Thus, in my view, considering the express provisions in s 2A(1)(h) read in conjunction with the definition of 'moneylender' in s 2, the ratio affirmed by the Privy Council and our apex courts, namely, Ngui Mui Khin and Yeep Mui - which require proof that the lender was 'carrying on the business of money/ending', that entails 'some degree of system and continuity in his money/ending transactions' - accords with the S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Act and should be adopted. Thus, if the lender adduces prima facie evidence that, at the material time of the transaction he was not a moneylender, the borrower clearly has two essential factual requirements to hurdle in his cause, namely:
a
the loan was a moneylending transaction (the first hurdle; and
b
the lender was carrying the business of moneylender (the second hurdle).”
200
Dengan menggunapakai ujian dalam kes Muhibbah Teguh, adalah diketengahkan ke Mahkamah yang Mulia ini bahawa transaksi telah dibuat secara berterusan dari tahun 2019 sehingga tahun 2020 menunjukan bahawa terdapat kekerapan dalam pemberian wang pinjaman dan/atau wang pelaburan kepada Defendan.
201
Oleh itu, dihujahkan ke Mahkamah yang Mulia ini bahawa transaksi dibuat dalam kapasiti Plaintif yang menjalankan perniagaan memberi pinjam wang, kepada Defendan dengan mengharapkan keuntungan daripada jumlah pinjaman melalui faedah lewat bayar.
202
Adalah seterusnya dihujahkan bahawa seandainya suatu balasan adalah menyalahi undang-undang, maka Perjanjian tersebut adalah S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg dianggap sebagai tidak sah selaras dengan Seksyen 24 Akta Kontrak 1950.
203
Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan sepertimana berikut:- The consideration or object of an agreement is lawful, unless-
a
It is forbidden by a law:
b
It is of such a nature that, if permitted, it would defeat any law;
c
It is fraudulent;
d
It involves or implies injury to the person or property of another; or
e
The court regards it as immoral, or opposed to public policy.
204
Oleh yang demikian, dalam semua hal dan keadaan di atas, pihak Defendan menghujahkan bahawa Perjanjian tersebut adalah tidak sah dan teratur di sisi undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan ke atas Defendan.
205
Hujahan terakhir dan terulung oleh pihak Defendan untuk menjawab lsu No. 1 ini bahawasanya P1 Perjanjian tersebut yang menjadi asas kepada tuntutan Plaintif ini sekarang, tidak pernah disetemkan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
206
Oleh yang demikian, Defendan berhujah bahawa P1 Perjanjian tersebut tidak boleh diterima sebagai keterangan berdasarkan Seksyen 52 (1) Akta Setem 1949.
207
Sehingga ke tarikh perbicaraan, P1 Perjanjian tersebut kekal tidak disetemkan oleh pihak Plaintif.
208
Pihak Defendan telah merujuk pada kes kes Chai Shan Foo V Tai Ooi Cheng [2021] CLJU 2706 yang mana YA Johan Lee Kien How telah memutuskan sebagaimana berikut:- "[18] To this, the Sessions Judge was on the opinion that since the said FLA is not duly stamped, it should not be admitted as evidence. I agree with the finding of the Sessions Judge for this issue. It is a trite law under Section 52(1) of the Stamp Act 1949 that no documents would be admissible to the courts unless it is duly stamped in accordance with the said provision. It says: "Section 52(1) Stamp Act 1949-
1
No instrument chargeable with duty shall be admitted in evidence for any purpose by any person having by law or consent of parties' authority to receive evidence, or shall be acted upon, registered, or authenticated by any such person S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg or by any public officer, unless such instrument is duly stamped:"
209
Berdasarkan hujahan-hujahan yang disandarkan kepada autoriti-autoriti yang telah dikemukakan di atas, adalah jelas terbukti bahawa P1 Perjanjian tersebut adalah tidak sah ("void ab initio") dan tidak berkuatkuasa di bawah APPW 1951 dan juga Seksyen 24 Akta Kontrak 1950.
210
Memandangkan lsu No. 1 ini telah dihujahkan dan dijawab secara substantif, maka tiada keperluan lagi bagi pihak kami untuk mengemukakan penghujahan berkenaan isu yang berkait iaitu samada P1 Perjanjian tersebut adalah sebuah kontrak yang boleh batal ("voidable') berikutan P-1 Perjanjian tersebut sememangnya dan sebenarnya adalah tidak sah ("void ab initio") dan tidak berkuatkuasa sama sekali. Isu No. 2: Samada jumlah RM947,350.00 adalah pinjaman atau wang pelaburan oleh Plaintif.
211
Bagi menjawab lsu No. 2 ini, pihak Defendan akan berhujah secara sekaligus untuk menjawab isu-isu berkaitan sepertimana berikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg i) Isu No. 2 (a): Samada jumlah RM947,350.00 diberi di atas kapasiti peribadi Plaintif atau kapasiti Syarikat Ecoria Sdn Bhd. ii) Isu No. 2 (b): Samada wujud persetujuan untuk pembahagian keuntungan di antara Plaintif dengan Defendan.
212
Tanpa mengetepikan hak kami untuk bergantung kepada hujahan bagi lsu No. 1 di atas, Defendan seterusnya menghujahkan secara alternatif bahawa jumlah RM947,350.00 adalah sebenarnya merupakan suatu wang pelaburan oleh Plaintif melalui Syarikat Ecoria bagi tujuan usahasama untuk projek perlombongan dengan pihak Defendan.
213
Berdasarkan keterangan tersebut, adalah dihujahkan bahawa SP3 sendiri bersetuju bahawa pinjaman dan pelaburan adalah dua perkara berbeza dan SP3 sendiri juga bersetuju bahawa Plaintif sememangnya mengharapkan keuntungan dari jumlah wang yang telah diberikan kepada Defendan sebelum ini.
214
Adalah menjadi pembelaan Defendan di dalam tindakan ini bahawa Plaintif melalui Syarikat Ecoria telah memberikan wang kepada Defendan sebagai pelaburan untuk projek perlombongan yang dijayakan secara usahasama oleh Defendan bersama dengan Syarikat Ecoria malah kedua-duanya telah bersetuju untuk S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg membahagikan keuntungan yang diperoleh dari projek perlombongan.
215
Berdasarkan keterangan tersebut, adalah terang lagi bersuluh bahawa SP3 sendiri telah dengan rela hati menyediakan Profail Syarikat kepada Syarikat Ecoria dan bersetuju untuk memasukkan nama Defendan sebagai Business Development Director di bawah Syarikat Ecoria malah SP3 juga telah menyediakan suatu kad perniagaan menggunakan nama Syarikat Ecoria untuk Defendan mendapatkan projek perlombongan.
216
Kedua-dua perkara ini membuktikan transaksi sebenar adalah melibatkan usahasama di antara Syarikat Ecoria dengan pihak Defendan bagi tujuan projek perlombongan dan bukannya transaksi pinjaman semata-mata.
217
Hujahan di atas disokong dengan merujuk kepada beberapa lagi keterangan SP3 semasa pemeriksaan balas yang menunjukkan penglibatan Syarikat Ecoria secara aktif dalam usahasama bagi projek perlombongan dengan pihak Defendan sebagaimana di ms 177, 178 dan 179 Nota Keterangan dan juga di ms 189 dan 190 Nota Keterangan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
218
Berdasarkan keterangan-keterangan SP3 tersebut, adalah dihujahkan oleh pihak Defendan bahawa Plaintif sememangnya bekerjasama atau berkolaborasi menerusi suatu usahasama bagi menjayakan projek perlombongan melalui syarikatnya, Syarikat Ecoria dengan pihak Defendan dan bukannya memberi pinjam wang semata-mata kepada pihak Defendan sepertimana didakwa oleh Plaintif.
219
Adalah seterusnya menjadi hujahan pihak Defendan dengan tegas bahawa duit-duit yang telah dimajukan adalah sebenarnya wang pelaburan dari Plaintif melalui Syarikat Ecoria bagi kegunaan projek perlombongan yang dijalankan secara bersama-sama usahasama oleh Plaintif melalui Syarikat Ecoria, dengan pihak Defendan, yang mana ia adalah diakui sendiri oleh SP3 selaku wakil Plaintif.
220
Malah, Plaintif sendiri melalui wakilnya, SP3 yang telah memberi keizinan kepada Defendan untuk menjayakan projek perlombongan dengan menggunapakai nama Syarikat Ecoria.
221
Hal ini dapat dilihat melalui keterangan SP3 semasa pemeriksaan balas di ms 194 - 196 Nata Keterangan dan juga ms 249 Nota Keterangan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
222
Walau apapun jua, Defendan menghujahkan bahawa pihak Plaintif telah gagaI untuk membuktikan amaun sebenar yang telah dimajukan kepada pihak Defendan sebelum ini kerana tiada sebarang bukti keterangan dokumen dikemukakan bagi membuktikan setiap satu persatu amaun yang disenaraikan.
223
Malah, butiran yang dinyatakan di dalam Saman dan PernyataanTuntutan adalah salah dan tidak benar serta tidak dapat dipastikan kesahihannya.
224
Defendan merujuk kepada keterangan SP3 semasa pemeriksaan balas mengenai butiran bagi setiap bayaran.
225
Berdasarkan keterangan-keterangan SP3 tersebut, adalah terang lagi bersuluh bahawa Plaintif tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh lagi sahih untuk membuktikan amaun yang dibayar kepada Defendan sama sekali.
226
Malah, dokumen-dokumen perbualan Whatsapp di antara SP3 dengan Defendan yang dikemukakan di dalam lkatan E kesemuanya adalah dokumen-dokumen yang bercampuran bertujuan untuk mengelirukan Mahkamah yang Mulia ini. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
227
Adalah sebaliknya dihujahkan bahawa dokumen-dokumen perbualan Whatsapp di antara SP3 dengan Defendan tersebut adalah merupakan bukti konklusif bahawasanya sebenarnya Plaintif melalui Syarikat Ecoria sememangnya bekerjasama atau berkolaborasi menerusi suatu usahasama bagi menjayakan projek perlombongan dengan pihak Defendan dan bukannya memberi pinjam wang semata-mata kepada pihak Defendan.
228
Seterusnya, adalah dihujahkan oleh pihak Defendan bahawasanya bukti pembayaran P3 adalah bukti yang mesti diabaikan dan tidak diberikan sebarang pemberat oleh Mahkamah yang Mulia ini memandangkan tiada bukti dikemukakan oleh Plaintif mengenai bila sebenarnya dokumen tersebut telah disediakan dan ditandatangani pihak-pihak.
229
Adalah menjadi pembelaan pihak Defendan bahawasanya bukti pembayaran P3 tersebut adalah merupakan rekaan dan pemikiran semula oleh SP3 semata-mata memandangkan Plaintif sememangnya tidak mempunyai bukti yang kukuh lagi sahih untuk membuktikan apa-apa amaun sebenar yang telah dimajukan kepada Defendan bagi tujuan usahasama untuk projek perlombongan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
230
Malah Plaintif juga kini bertindak liar apabila cuba menuntut amaun yang dipersetujui untuk diberikan kepada pihak ketiga (bagi tujuan usahasama projek perlombongan) daripada pihak Defendan walhal Plaintif melalui SP3 sendiri telah bersetuju bahawa ianya merupakan suatu bentuk sumbangan dan bukan pinjaman.
231
Selain itu, adalah dihujahkan dengan khas oleh pihak Defendan bahawasanya senarai butir bayaran yang terkandung dibukti pembayaran P3 tersebut sendiri adalah bercanggah dengan senarai butir bayaran di dalam "Schedule of Disbursements" yang terkandung di P1 Perjanjian.
232
Tambahan lagi, keterangan oleh SP1 dengan keterangan oleh SP3 juga adalah bercanggah antara satu sama lain berkenaan percanggahan butiran bayaran di dalam kedua-dua bukti pembayaran P3 tersebut dan P1 Perjanjian tersebut.
233
Keterangan SP3 mengenai ralat taip pada bukti pembayaran P3 tersebut yang mana tarikh asal pada dokumen tersebut iaitu 28-11- 2019 dan mendakwa kononnya tarikh sebenar adalah 13-11-2021 sememangnya adalah fikiran terkemudian SP3 semata-mata memandangkan ralat taip tersebut adalah amat ketara dan jauh berbeza dan oleh itu, tidak sepatutnya diberi sebarang pemberat oleh Mahkamah yang Mulia ini. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
234
Adalah dihujahkan bahawa ianya adalah cubaan terdesak pihak Plaintif semata-mata untuk mengelirukan Mahkamah yang Mulia ini memandangkan Plaintif sememangnya tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh dan sahih untuk membuktikan amaun sebenar yang telah dimajukan kepada Defendan bagi tujuan usahasama untuk projek perlombongan.
235
Ia sebenarnya hanya disedari oleh SP3 diperingkat perbicaraan dan ia merupakan cubaan di saat akhir oleh SP3 untuk menipu Mahkamah yang Mulia ini.
236
Semasa pemeriksaan balas, SP3 telah memberi keterangan yang meragukan berkenaan ralat taip pada bukti pembayaran P3 tersebut.
237
SP3 telah gagal menjelaskan mengenai bila tarikh sebenar dokumen itu disediakan dan hanya sewenang-wenangnya mendakwa Defendan telah menurunkan tandatangan pada 13-11- 2021 tersebut.
238
Walau apa pun jua, adalah dihujahkan pihak Plaintif masih gagal melepasi beban pembuktian kerana bukti pembayaran P3 tersebut dalam apa jua cara sekalipun tidak dapat membuktikan setiap satu persatu jumlah sebenar wang yang telah diberikan kepada S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Defendan apabila ianya adalah diakui oleh SP3 sendiri bahawa bukti pembayaran P3 tersebut hanya merupakan suatu ringkasan atau rekod yang dibuat hanya kira-kira setahun selepas bayaran terakhir dibuat (yang mana kesemua bayaran yang didakwa dibuat oleh Plaintif tidak mempunyai apa-apa bukti atau rekod secara bertulis).
239
Oleh demikian, ia tidak seharusnya diberi pemberat oleh Mahkamah yang Mulia ini.
240
Selanjutnya, adalah dihujahkan oleh pihak Defendan bahawasanya Mahkamah yang Mulia ini hendaklah mempertimbangkan kegagalan pihak Plaintif untuk mengemukakan “primary evidence” bagi Gambar-Gambar CCTV di ms 432 hingga 438 di lkatan E yang dikemukakan melalui P2 dan P2A dan begitu juga dengan bukti pembayaran P3 dan atas alasan ini sahaja, Mahkamah yang Mulia ini wajar menolak kebolehterimaan kedua-dua “secondary evidence” P2 dan P2A tersebut serta bukti pembayaran P3.
241
Untuk menyokong hujahan kami ini, kami merujuk kepada Seksyen 62 Akta Keterangan 1950 dan Seksyen 64 Akta Keterangan 1950 yang mana memperuntukkan sepertimana berikut:- “Keterangan primer S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
62
Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah (kecuali dalam keadaan-keadaan yang diperuntukkan dibawah Seksyen 65 dan 66 Akta Keterangan 1950)
64
Pembuktian dokumen dengan keterangan primer Dokumen mestilah dibuktikan dengan keterangan primer kecuali dalam hal yang disebut kemudian daripada ini.”
242
Pihak Defendan berhujah sedemikian kerana hanya melalui “primary evidence” iaitu rakaman video CCTV sahaja barulah dapat dibuktikan percakapan sebenar di antara SP2 bersama-sama SP3 dengan Defendan pada 17.5.2022.
243
Adalah dihujahkan dengan tegas oleh pihak Defendan bahawasanya berdasarkan "best evidence rule" dibawah Seksyen 64 Akta Keterangan 1950, Mahkamah yang Mulia ini wajar menolak kebolehterimaan P2 dan P2A yang dikemukakan oleh Plaintif kerana Plaintif telah gagal untuk mengemukakan rakaman asal CCTV tersebut di hadapan Mahkamah yang Mulia.
244
SP3 semasa pemeriksaan balas kononnya mendakwa melalui P2 dan P2A, dapat dilihat beliau telah menerangkan kandungan S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Perjanjian tersebut kepada Defendan walhal SP3 sebenarnya hanya beritahu kepada Defendan bahawa dokumen tersebut adalah dokumen pengesahan bagi usahasama di antara syarikat Plaintif dengan Defendan dan dokumen tersebut disediakan bagi tujuan rekod dan audit oleh pihak syarikat Plaintif semata-mata.
245
Sementara itu, semasa pemeriksaan semula oleh peguamcaranya, SP2 mengesahkan bahawa Defendan telah diminta untuk menurunkan tandatangan di dalam P1 Perjanjian tersebut bagi tujuan rekod dan audit oleh pihak syarikat Plaintif, sepertimana dimaklumkan oleh SP3 kepada Defendan.
246
Dalam semua hal dan keadaan sedemikian, adalah menjadi hujahan Defendan bahawa P1 Perjanjian tersebut adalah merupakan semata-mata suatu bentuk cubaan terdesak pihak Plaintif dan SP3 untuk memaksa Defendan mengembalikan kesemua wang pelaburan yang telah dimajukan kerana masih tiada keuntungan yang diperolehdari pelaburan yang dibuat dengan pihak Defendan.
247
Pihak Defendan juga berhujah di atas kegagalan pihak Plaintif menjelaskan justifikasi berkenaan Tarikh Matang yang ditetapkan pada 31.8.2022 di dalam Perjanjian tersebut malah SP3 melalui keterangannya semasa pemeriksaan balas sendiri mengakui S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg bahawa 31.8.2022 tersebut telah ditetapkan sewenang-wenangnya hanya kerana pihak Plaintif masih gagal untuk mendapatkan sebarang keuntungan dari projek perlombongan yang diusahakan secara bersama dengan pihak Defendan dan oleh itu, membuat keputusan untuk menetapkan Tarikh Matang tersebut tanpa persetujuan pihak Defendan sekalipun.
248
Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, adalah menjadi hujahan pihak Defendan bahawa keseluruhan tindakan ini khususnya Perjanjian tersebut adalah merupakan rekaan dan rancangan jahat SP3 semata-mata untuk memerangkap pihak Defendan agar membayar semula kesemua modal kewangan yang dikeluarkan oleh Plaintif (melalui Syarikat Ecoria) untuk usahasama bagi projek perlombongan memandangkan Plaintif masih belum mendapat apa-apa keuntungan dari usahasama tersebut.
249
Dalam hal sedemikian, pihak Defendan berhujah bahawa ia suatu penyalahgunaan proses Mahkamah yang nyata malah menghina Mahkamah yang Mulia ini dengan memberi keterangan yang tidak benar dan mengemukakan dokumen-dokumen yang juga tidak benar.
250
Seterusnya, adalah menjadi hujahan pihak kami bahawasanya pihak Mahkamah yang Mulia ini tidak sepatutnya memberikan apa-S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg apa pemberat kepada keterangan SP1 bilamana SP1 semasa pemeriksaan balas langsung tidak mempunyai apa-apa pengetahuan yang tepat dan benar mengenai kesemua eksibit; P- 1 Perjanjian tersebut, P-2 dan PA2.A bagi Gambar-Gambar CCTV dan juga P3 bukti pembayaran dan apa-apa pengetahuan berkenaan tindakan saman ini secara keseluruhannya dengan alasan SP3 telah menguruskan segalanya bagi pihaknya.
251
Malah, ada antara keterangan pihak SP1 yang diberikan semasa perbicaraan adalah bercanggah sepenuhnya dengan dokumen yang dikemukakan khususnya P1 Perjanjian tersebut dan P3 bukti pembayaran tersebut.
252
Walhal, adalah terang lagi bersuluh di mana preamble kepada P1 Perjanjian tersebut telah menyatakan bahawa ianya adalah suatu Perjanjian Kolaborasi di antara pihak Plaintif melalui Syarikat Ecoria dengan Defendan bagi usahasama untuk projek perlombongan sepertimana berikut:- “WHEREAS: (A) Both Parties intend to partner up and venture into mining operations and businesses. (B) A consideration for the Borrower's promise to secure mining sites, the Lender has agreed to give out loans to the Borrower where the Borrower shall repay such loans with the share of his profits from the proceeds of sales S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg upon the commencement of mining operation or business or in the event that no such mining operation or business then the Borrower shall repay such loans by his own means.”
253
Pihak Defendan dengan rendah diri menarik semula perhatian kepada keterangan-keterangan SP3 yang telah dirujuk di atas yang mana antara lainnya telah membuktikan bahawa Plaintif sememangnya bekerjasama atau berkolaborasi menerusi suatu usahasama bagi menjayakan projek perlombongan melalui syarikatnya, Syarikat Ecoria dengan pihak Defendan dan ia bukan sekadar pinjaman persahabatan sepertimana didakwa oleh SP1.
254
Dalam semua hal dan keadaan di atas, Mahkamah Rayuan telah menggariskan prinsip berkenaan penilaian keterangan ("weigh of evidence”) apabila wujudnya keterangan yang bercanggah antara pihak-pihak melalui kes Guan Teik Sdn Bhd V Haji Mohd Noor Bin Haji Yakob & Ors [2000] 4 MLJ 433 sebagaimana berikut: "In cases where conflicting evidence are presented before a court, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also encumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact. In this instance S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg the learned trial judge discredited the evidence of the appellant, accepted the evidence of the respondents wholeheartedly and disregarded the contemporaneous documents totally. We say that he had erred as he had failed to direct his mind as to the probative effect of the contemporaneous documents. He should, after accepting the respondents' evidence, weighed it against the contemporaneous documents and evaluate whether such documents support the respondents' oral testimony. We say that this evaluation exercise is most crucial for it must be remembered that the respondents were testifying to events that happened eighteen years ago whilst the contemporaneous documents speak of matters then existing at the time such documents were issued."
255
Pihak Defendan juga merujuk kepada kes Kam Seng Realty Son Bhd V Dato Tai Fatt Yew & Anor [2012] 7 MLJ 825 di mana ianya dinyatakan seperti berikut: "[20] It is both an accepted general principle of the law of evidence and a practical rule that where oral testimony of witnesse conflict drastically, as they do in this case, the court is to test the oral testimony against their inherent improbabilities and extraneous documentary evidence, in S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg particular as against contemporaneous documents.Secondly, mere oral assertions however vigorously pursued, may not be necessarily a substitute for proof."
256
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kes-kes yang telah diputuskan sebagaimana di atas, Mahkamah yang Mulia ini seharusnya menguji keterangan lisan pihak-pihak dengan dokumen-dokumen sepadan ("contemporaneous documents').
257
Sekiranya wujud percanggahan antara keterangan lisan pihak-pihak dengan dokumen tersebut, Mahkamah yang Mulia seharusnya memberikan pemberat yang lebih kepada dokumen tersebut dan membuat anggapan yang sewajarnya, yang mana dalam kes ini adalah dihujahkan oleh pihak Defendan bahawasanya Plaintif sememangnya bekerjasama atau berkolaborasi menerusi suatu usahasama bagi menjayakan projek perlombongan melalui syarikatnya, Syarikat Ecoria dengan pihak Defendan dan ia bukan sekadar pinjaman persahabatan sepertimana didakwa oleh SP1/Plaintif.
258
Selanjutnya, dalah menjadi hujahan pihak Defendan bahawa pihak Mahkamah yang Mulia ini tidak sepatutnya memberikan apa-apa pemberat sekalipun kepada keterangan SP1 yang diberikan semasa pemeriksaan balas secara keseluruhannya, S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg memandangkan SP1 secara keseluruhannya gagal memberikan keterangan yang jelas, banyak berdolak dalih, tidak konsisten serta memberikan keterangan yang bercanggah dengan eksibit-eksibitnya sendiri dan juga bercanggah dengan keterangan SP3, anak kandungnya sendiri.
259
Bagi menyokong hujahan pihak Defendan ini, pihak kami pohon untuk merujuk peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 146 Akta Keterangan yang memperuntukkan sepertimana berikut: “Seksyen 146. Apabila seseorang saksi boleh diperiksa balas, dia bolehlah ditanya, sebagai tambahan kepada soalan yang disebut terdahulu daripada ini, ditanya apa-apa soalan yang cenderung-
a
menguji ketepatannya, kebenarannya, atau kebolehpercayaannya;
b
Menentukan siapa dia dan apakah taraf hidupnya; atau
c
Melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, walaupun jawapan kepada soalan itu mungkin secara langsung atau secara tidak langsung cenderung melibatkannya dalam jenayah, atau boleh mendedahkan atau mungkin secara langsung atau secara tidak langsung cenderung mendedahkannya kepada sesuatu penalti atau pelucuthakan.” S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
260
Adalah dihujahkan bahawa SP1 di dalam kes ini meskipun SP1 sendiri adalah merupakan Plaintif di dalam kes ini, SP1 telah gagal menjawab soalan yang dimajukan oleh peguamcara Defendan berkenaan eksibit-eksibitnya sendiri secara tepat dan jelas serta secara konsisten, malah SP1 ini juga telah memberikan keterangan yang bercanggah dengan eksibit-eksibitnya sendiri dan juga bercanggah dengan keterangan SP3.
261
SP1 kebanyakannya apabila ditanya telah menjawab "tidak tahu", "tidak ingat" dan "tidak pasti" hanya di atas alasan dia telah membiarkan kesemua urusan yang melibatkan pihak Defendan dibuat oleh SP3 selaku wakilnya.
262
Terutamanya melibatkan P1 Perjanjian tersebut, bilamana SP1 sendiri tidak faham akan kandungan Perjanjian tersebut dan hanya bergantung kepada penerangan SP3 semata-mata.
263
Dalam hal dan keadaan sedemikian, adalah dihujahkan oleh pihak Defendan bahawasanya keseluruhan tindakan ini adalah sebenarnya merupakan rekaan dan rancangan jahat SP3 semata-mata untuk memerangkap Defendan agar memulangkan semula kesemua modal kewangan yang telah dimajukan kerana pelaburan bagi projek perlombongan masih tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
264
Pihak Defendan merujuk kepada beberapa keterangan SP3 semasa pemeriksaan balas yang mana menunjukkan bahawa kesemua urusan dengan pihak Defendan dibuat oleh SP3 sendiri bagi pihak Plaintif termasuklah dari pemberian wang kepada Defendan, menyediakan P1 Perjanjian tersebut dan P3 bukti pembayaran tersebut.
265
Terma-terma di dalam P1 Perjanjian tersebut juga adalah kesemuanya dirangka oleh SP3 sendiri terutamanya berkenaan Tarikh Matang tersebut yang diakui sendiri oleh SP3 bahawa ianya telah ditetapkan kerana tidak lagi mahu menunggu perkembangan projek perlombongan yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan.
266
Malah, SP3 sendiri yang telah meminta Defendan untuk menandatangani P1 Perjanjian tersebut. lsu No. 3: Samada Plaintif berhak untuk menuntut pinjaman dan/atau wang pelaburan sebanyak RM947,350.00 daripada Defendan.
267
Bagi menjawab lsu No. 3 ini, pihak Defendan terlebih dahulu perlu menjawab sekaligus berhujah bagi isu yang berkaitan iaitu samada Plaintif telah mengingkari P1 Perjanjian tersebut. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
268
Jelas bahawa, Perjanjian Penyelesaian tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di bawah peruntukan statutori.
269
Malahan, Mahkamah Persekutuan dalam kes Triple Zest Trading & Suppliers & Ors. V Applied Business Technologies Sdn. Bhd. [2023] 10 CLJ 187 turut memutuskan bahawa pihak yang menerima pinjaman menurut suatu perjanjian pemberi pinjaman wang yang menyalahi undang-undang tidak perlu memulangkan apa-apa wang di bawah perjanjian tersebut kerana ianya tidak jatuh dalam ruang lingkup Seksyen 66 Akta Kontrak 1950: "[28] The consideration of RM800,000 as "agreed profit" for the RM800,000 loan in the present case would be caught by paras. (a), (b) and (e) of the above provision. The court will not render assistance to those who come before it with unclean hands and the remedy of restitution under s.66of the Contracts Act will not avail such litigants. The remedy under that section is only available where the contract is discovered to be void or when it becomes void and not where it is void ab initio as is the case with the loan agreement in the present case."
270
Keadaan di atas juga disokong dalam kes Ideal Advantage Sdn Bhd V. Perbadanan Pengurusan Palm Spring @ Damansara & Another Appeal [2019] CLJU 894; [2019] 1 LNS 894; [2020] 4 MLJ 93 di mana, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pihak S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg yang menuntut yang telah mengalami kerugian berdasarkan perjanjian yang tidak sah tidak akan diberikan relif oleh Mahkamah: "[81] We agree with the findings of the learned trial Judge on the illegality point of the SPAs. Our concern is the subsequent declaration by the learned trial Judge that all the impugned carparks are "common properties". Taking the argument on the illegality point, is trite that the effect of any illegal transaction will result in the "loss will lie where it falls". A party that suffers loss due to an illegal contract, cannot sue the other contracting party to recover losses. The law will not afford relief to those who claim entitlements from an illegal act..."
271
Pihak Defendan juga pohon untuk sekali lagi merujuk kepada kes duluan Mahmood Ooyub V. Li Chee Loong & Other Appeals [2021] 1 MLRA 609 yang turut menggariskan prinsip yang sama iaitu; pihak yang menerima pinjaman menurut suatu perjanjian pemberi pinjaman wang yang menyalahi undang-undang tidak perlu memulangkan apa-apa wang di bawah perjanjian tersebut kerana ianya tidak jatuh dalam ruang lingkup Seksyen 66 Akta Kontrak 1950:- "[264] Additionally any claim for restitution must also satisfy the requirement of s 66 of the Contracts Act 1950 which S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg provides as follows: 66 Obligation of person who has received advantage under void agreement, or contract that becomes void When an agreement is discovered to be void, or when a contract becomes void, any person who has received any advantage under the agreement or contract is bound to restore it, or to make compensation for it, to the person from whom he received it. [265] Here is a case where the lenders had carried out their illegal act to the end in the Tan Bock Eng's appeal and Pushpavalli's appeal where the property had been registered in the name of the lender or his nominee. It is not a case where the unlicensed moneylender was not aware of the illegality for otherwise he would not be engaged in such a convoluted transaction simmering beneath the thin veneer of respectability. It is a case where the agreements were void ab initio and not one where they become void subsequently or are discovered to be void. Section 66 of the Contracts Act 1950 is not available to illegal moneylenders or their nominees in Li Chee Loong and Lim Len Tat here in these appeals."
272
Bersandarkan kepada kes-kes di atas, adalah dihujahkan bahawa pihak Plaintif tidak berhak untuk menuntut pengembalian apa-apa amaun sekalipun dibawah P1 Perjanjian tersebut kerana P1 Perjanjian tersebut adalah sebuah perjanjian yang tidak sah dan S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg menyalahi undang-undang khususnya Seksyen 10OA APPW 1951 dan juga Seksyen 24 Akta Kontrak 1951.
273
Maka, adalah dihujahkan oleh pihak Defendan bahawa tidak timbul sama sekali isu samada Plaintif telah mengingkari P-1 Perjanjian tersebut kerana P-1 Perjanjian tersebut adalah sebuah perjanjian yang tidak sah ("void ab initio') dan tidak berkuatkuasa sama sekali.
274
Bersandarkan kepada hujahan-hujahan yang dinyatakan di atas, lsu No. 3 dijawab secara negatif yang mana Plaintif sama sekali tidak berhak untuk menuntut pemulangan apa-apa jua jumlah wang daripada pihak Defendan dibawah P1 Perjanjian tersebut.
275
Tanpa mengenepikan hujahan-hujahan di atas, pihak kami juga secara alternatif menghujahkan bahawasanya jumlah RM947,350.00 adalah sebenarnya merupakan suatu wang pelaburan oleh Plaintif melalui Syarikat Ecoria bagi tujuan usahasama untuk projek perlombongan dengan pihak Defendan, maka oleh itu, mod saman ini adalah merupakan suatu mod yang salah malah merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah bagi menuntut jumlah RM947,350.00 tersebut daripada pihak Defendan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
276
Dalam hal yang demikian, adalah dihujahkan bahawa Plaintif adalah tidak berhak untuk menuntut pemulangan apa-apa jua jumlah wang dari pihak Defendan di bawah P1 Perjanjian tersebut. H. Alasan Keputusan Mahkamah
277
Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan dokumentari dan lisan saksi-saksi dan mengambil kira hujahan-hujahan serta senarai otoriti yang dikemukakan kedua-dua pihak dan mendapati seperti berikut.
1
Perjanjian tersebut merupakan suatu Perjanjian yang sah, berkuatkuasa dan mengikat pihak-pihak
278
Mahkamah mendapati bahawa Perjanjian yang ditandatangani antara Plaintif dan Defendan merupakan perjanjian yang sah dan mengikat pihak-pihak.
279
Mahkamah menerima keterangan-keterangan saksi-saksi Plaintif bahawa Defendan telah menandatangani Perjanjian tersebut dan memahami tanggungjawabnya untuk memulangkan semula wang pinjaman persahabatan tersebut bersama dengan keuntungan, yang mana telah gagal dipenuhi oleh Defendan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
280
Mahkamah mendapati bahawa Defendan juga telah mengakui fakta-fakta ini dalam keterangannya tetapi hanya membangkitkan isu-isu tidak relevan seperti pinjaman yang dihalang oleh Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan/atau hanyalah suatu bentuk pelaburan yang tidak mengikat pemulangan wang tuntutan kepada Plaintif sebagai suatu after thought yang tidak bermerit.
281
Dalam mencapai kesimpulan ini, Mahkamah diikat dengan keputusan kes Perbadanan Nasional Bhd Lwn Jauhari Bin Shamsudin Dan Satu Lagi Guaman [2018] 8 MLJ 373 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “Held, dismissing the plaintiff’s claim in both cases with cost of RM15,000 in each case, subject to allocator:
1
The defendants are bound by the agreement. A person’s inability to understand the language used in a contract does not release it from the obligations contained in the contract if he has signed the contract. Only if there is a fraud or misrepresentation then a contract may be set aside. In this case, it is clear that fraud pleads or misrepresentations are not pledged by the defendants. Although the defendants have stated that they have been informed that the purpose of these agreements is to raise funds for the establishment of a company, this is not sufficient to support the S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg misrepresentation defense, as no such person has stated so. This failure will restrict the plaintiff’s ability to reply the defendants’ claims.”
282
Mahkamah juga diikat dengan keputusan dalam kes Yusof Bin Mohamed V Saripah Binti Hamzah [2000] MLJU 827 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “Daripada keterangan dalam kes ini saya mendapati bahawa plaintif dan defendan ada menandatangani PJB bertarikh 30.9.1972 di pejabat Tetuan Skrine & Co dengan disaksikan oleh peguam Encik Burhanudin. Defendan adalah terikat dengan PJB tersebut samada ia membacanya atau tidak melainkan terdapat penipuan (fraud) atau misrepresentasi. Lihat Serangoon Garden Estate Ltd v Marian Chye (1959) 1 MLJ 113; Subramaniam v Retnam (1966) MLJ 172. Chitty on Contracts (General Principles), Ed. 27, perenggan 5-032, antara lain menyatakan, “...a party of full age and understanding is normally bound by his signature to a document, whether he reads or understands it or not.”
283
Mahkamah mendapati bahawa Perjanjian tersebut merupakan pinjaman persahabatan dengan kadar faedah yang munasabah S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg dan bukannya satu pinjaman di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan/atau satu bentuk pelaburan semata-mata.
284
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa faedah yang dikenakan oleh Plaintif ke atas Pinjaman tersebut yang diberikan kepada Defendan juga tidak mewajarkan Perjanjian tersebut terbatal kerana pinjaman persahabatan sememangnya juga boleh dikenakan dengan faedah yang munasabah.
285
Rujukan dibuat pada kes Tan Boon An V Lee Peng Too [2021] MLJU 150] di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut: - “[57] A lender of type A loan (re. friendly loan pure and simple) does not ask for any interest, being consistent with his dominant or primary motivation behind the transaction. Such friendly lender does not state any interest in the loan agreement, does not deduct upfront from the principal amount of loan, and does not ask the borrower for interests on the loan in the course of their dealings before the default in repayment occurs. Consistent with dominant or primary motive to help a friend in need, the conversation shortly before the disbursing of the friendly loan would probably include the lender’s inquiry as to the borrower’s reason or purpose of the friendly because a person is unlikely to finance a friend’s intended harmful or S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg foolish venture or activity such as gambling or another illegal and immoral venture. [58] A lender of type B loan (i.e. permissible friendly loan with interest), consistent with his dominant or primary motivation to help a friend or associate or related person in need without the lender carrying the cost of loss of use of money, asks for a reasonable rate of interest which is comparable to the prevailing bank interest rates on loans for his genuine loss of use of money. Such a friendly lender would not charge grossly excessive rate of interest and will be very unlikely to make any upfront deduction as compensation from the loan upon disbursing the loan to his friend or associate or related person. Sometimes, consistent with dominant or primary motive to help a friend or associate or related person in need, the conversation shortly before the disbursing of the friendly loan would probably include the lender’s inquiry as to the borrower’s reason or purpose of the friendly because a person is unlikely to finance an intended harmful or foolish venture or activity such as gambling or another illegal and immoral venture of a friend, associate or related person. [59] An illegal moneylender of type C loan (i.e. moneylending in contravention of statutes) asks for excessively high rate of interest very much higher than the bank’s prevailing interest S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg rates on loans or even much higher than the 18% per annum interest (i.e. the maximum interest rate which section 17A of the Moneylenders Act allows a licensed moneylender to charge for unsecured loan, and also the standard rate charged by traders on their buyers for overdue payments). As the dominant or primary motive of the illegal moneylender is to make excessively high interest income and to recover the principal as well, his primary concern before the disbursement of loan would be the ability or perceived ability of the borrower to service the periodic interests and to repay the principal and it is unlikely for him to inquire about the borrower’s purpose of obtaining the loan. Consistent with his dominant or primary concern, an illegal moneylender’s focus and primary concern in his dealings and communications with his borrower after the disbursement of the loan would be on collection of periodic interests and recovery of the principal loan. [61] The post-disbursement conversations and communications between the lender and the borrower often provides a telling picture of the real type of loan that has been transacted between them. Type A and type B friendly loans, being transacted between friends and related persons, flows from and is an offshoot of the overall friendship or sufficiently proximate relationship between the parties in the transaction. In the ordinary course of experience and human conduct, one S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg would expect their post-disbursement conversations and communications to cover various aspects of life including their past friendship and relationship, their businesses or works, their pastimes or usual activities, matters of general interest in life, etc. As for an illegal moneylender, one would expect to see conversations or communications between the lender and borrower to be either solely or primarily on loan monies, repayments and interest payments, reminder for payments. Even where a friendly lender in type A or type B loan transactions wants to remind his friendly borrower to repay the loan, the initial reminders are likely to be gentle or polite reminders that should not damage their pre-existing friendship or proximate relationship, and after the gentle or polite reminders have been ignored, subsequent reminders are likely to try to call upon the borrower’s conscience or reputation or pre-existing relationship to repay the friendly loan which was provided as a favour. Of course, when things deteriorated further, there would come a point of time when the friendship or relationship broke up.”
286
286.Dalam kes ini, Plaintif tidak mengenakan sebarang faedah atas pinjaman tersebut. Plaintif hanya mengenakan faedah lewat bayar pada kadar 8% atas jumlah tertunggak berdasarkan Perjanjian tersebut daripada Defendan. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
286
Faedah lewat bayar pada kadar 8% yang dikenakan oleh Plaintif terhadap Pinjaman tersebut adalah munasabah, seimbang dan tidak melampaui kadar yang dibenarkan.
287
Plaintif merupakan pemberi pinjam dalam pinjaman jenis B yang mana Mahkamah menyatakan bahawa pinjaman jenis B boleh mengenakan kadar faedah yang munasabah, iaitu setara dengan kadar faedah bank, tanpa menyalahi undang-undang.
288
Hal ini membezakan Plaintif daripada pemberi pinjaman haram (type C) yang lazimnya mengenakan kadar faedah yang keterlaluan sehingga melebihi kadar 18% setahun yang dibenarkan oleh Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
289
Dalam kes Anuar Bin Abd Aziz V Dato John Lee Siew Neng & Ors [2023] 3 MLJ 451 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[21] In support of this appeal, the principal issue raised by the appellant was whether the loan agreements entered into between the appellant and R11 were illegal, void and unenforceable on the basis that he was not a licensed moneylender when he granted two separate loans to the appellant. It was disputed that the two loans were merely friendly loans rather than moneylending agreements as defined under s 2 of the Moneylenders Act 1951 S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg [24] As regards the allegation that R11 had been carrying on the business of moneylending, s 10OA of the Moneylenders Act 1951 provides that in any proceedings against any person where it is alleged that such person is a moneylender, proof of a single loan at interest made by such person shall raise a rebuttable presumption that such person is carrying on the business of moneylending. That person may then adduce evidence to rebut the presumption by proving that he is not carrying on a moneylending business. … CONCLUSION [53] For the foregoing reasons and under the circumstances that we have alluded to, our decision and the orders that we made at the conclusion of the appeal are as follows: c) to qualify for a friendly loan there must be no exorbitant charging of interest way beyond the prescribed rate for a secured loan under the MLA;”
290
290.Mahkamah Rayuan dalam kes Cheong Kim Hock V Lin Securities (Pte) (In Liquidation) [1992] 2 SLR 349 menegaskan bahawa walaupun sesuatu pinjaman dibuat dengan faedah, ia tidak semestinya membuktikan bahawa pemberi pinjam menjalankan perniagaan pemberipinjaman wang tanpa lesen. Apa yang dilarang oleh Akta adalah bukan perbuatan memberi pinjaman wang, tetapi S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg perniagaan pemberi pinjaman wang. Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut: - “(6) In this case, there was no evidence of a certain degree of system and continuity in moneylending by LS as to constitute the business of moneylending which is illegal under the Moneylenders Act (Cap 188). The fact that the loan was given at interest of 12% pa did not give rise to the presumption that LS was engaged in the business of moneylending without a licence. What is prohibited by the Act is not moneylending but the business of moneylending.”
291
Mahkamah mendapati bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh Plaintif adalah jelas dan terang sementara pihak Defendan hanya membangkitkan alegasi-alegasi after thought dalam pembelaannya.
292
Mahkamah menolak percubaan Defendan untuk memberikan interpretasi berbeza akan bentuk Perjanjian tersebut daripada suatu pinjaman persahabatan kepada suatu pinjaman yang dihalang di bawah undang-undang dan/atau satu bentuk pelaburan yang terikat dengan kitaran untung rugi. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
293
Dalam kes Dr Mansur Bin Hussain & Ors V Barisan Tenaga Perancang (M) Sdn Bhd & Ors [2019] MLJU 1552 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut: - “[50] Having concluded that the documents relating to the SSA and the OA were not sham documents, and were therefore enforceable against the Appellants who had breached its provisions for no-repayment, the learned HCJ went on to consider and ruled that even if the transaction may be a money lending transaction, the Appellants had failed to prove that Datuk Chai was an unlicensed money lender under the MA, and that further even if the presumption under section 10OA of the MA was applicable against Datuk Chai, the latter had rebutted it successfully. We reproduce the learned HCJ’s finding on these issues, as appeared in paragraphs 54 to 57 of his Grounds of Judgement, like so: “[54] Dr. Mansur had not adduced any evidence to prove that Datuk Chai had-
1
carried on;
2
advertised;
3
announced himself as carrying on; or
4
held himself out as carrying on - moneylending business within the meaning of s. 5(1) and (2) MA. Accordingly, I find as a fact that Dr S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Mansur has failed to discharge the legal burden under ss. 101(1), (2) and 102 EA to prove on a balance of probabilities that Datuk Chai had carried on a moneylending business. This means that ss. 5(1) and 15 MA cannot apply to the 1st SSA and OA.
55
Even if this court assumes that a rebuttable presumption has arisen under s. 10OA MA (whereby Datuk Chai is presumed to have carried on moneylending business), I find as a fact that Datuk Chai had adduced sufficient evidence to rebut such a presumption on a balance of probabilities. This is due to the undisputed evidence that Datuk Chai has his own construction and property development companies. In other words, there is irrefutable evidence that Datuk Chai carries on a legitimate business other than moneylending.
56
Once this court is satisfied that Datuk Chai did not carry on a moneylending business, the following ensues -
1
there is no room for ss. 5(1) and 15 MA to invalidate the 1st
294
SSA and OA;…” Dalam kes Dr Mansur di atas, Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa kegagalan pihak defendan membuktikan pemberi pinjaman itu menjalankan perniagaan pemberi pinjam wang (“moneylending business”) bermakna Seksyen 5(1) dan 15 Akta Pemberi Pinjam Wang tidak boleh diguna pakai. Malah, walaupun S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg wujud anggapan boleh dibantah (rebuttable presumption) di bawah s.10OA Akta tersebut, ia berjaya dipatahkan dengan bukti bahawa individu tersebut sebenarnya menjalankan perniagaan sah lain, iaitu dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah.
295
295.Mahkamah bersetuju bahawa prinsip yang sama terpakai dalam kes ini. Plaintif telah memberikan keterangan bahawa dia merupakan salah seorang pengarah syarikat O&G Ong Marketing Sdn. Bhd. Kedudukan Plaintif sebagai seorang pengarah syarikat yang menjalankan perniagaan sah di sisi undang-undang membuktikan bahawa Plaintif bukanlah seorang pemberi pinjam wang berlesen mahupun menjalankan perniagaan pinjaman wang. Pinjaman tersebut yang diberikan kepada Defendan adalah semata-mata pinjaman persahabatan dan transaksi peribadi, bukan sesuatu “moneylending business” dalam erti kata Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
2
Perjanjian P1 tetap sah dan mengikat walaupun tidak disetemkan
294
Mahkamah mendapati bahawa Perjanjian yang tidak dimatikan setem juga tidak bermaksud perjanjian tersebut terbatal.
295
Mahkamah merujuk kepada kes Omega Securities Sdn Bhd V Dato' Hamzah Bin Abdul Majid [2011] 8 MLJ 12 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yangberikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg “(4) The fact that the margin facility agreement ('MFA') was not stamped did not invalidate it.The non-stamping of a document did not invalidate the document unless the non-stamping went to the root or validity of the document itself. In this case, the non-stamping of the MFA was only an issue of government revenue and did not go to the validity of the document.”
296
Mahkamah mendapati bahawa Defendan pada kesemua masa yang material telah menerima wang tuntutan tersebut daripada Plaintif dan menerima manfaat daripada wang tersebut selaras dengan terma-terma Perjanjian tersebut.
296
Mahkamah mendapati bahawa Defendan langsung tidak mengemukakan bukti bahawa isu berkenaan dengan Perjanjian tersebut tidak disetemkan pernah dibangkitkan pada bila-bila masa setelah Defendan memasuki Perjanjian tersebut ataupun semasa Defendan menggunakan manfaat daripada wang tersebut.
297
Sekali lagi, Mahkamah mendapati bahawa isu yang dibangkitkan ini adalah percubaan Defendan membangkitkan isu tidak relevan dan after thought untuk menafikan tanggungjawabnya untuk memulangkan wang tersebut kepada Plaintif selaras dengan Perjanjian tersebut. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
298
Mahkamah juga merujuk kepada kes Heller Factoring Sdn Bhd (Previously Known As Matang Factoring Sdn Bhd) V Metal Co Industries (M) Sdn Bhd [1995] 2 MLJ 153 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut:- “(4) (Per Mahadev Shankar JCA) The fact that the appellant had not dated or signed the sale and purchase agreement did not mean that there could be no concluded contract. Where a contract had been signed by one party only, it could be enforced where there was evidence, such as part performance by one party and acceptance by the other, that the other party had elected to be bound by it.”
299
Mahkamah menerima hujahan Plaintif bahawa Perjanjian tersebut tetap sah, berkuatkuasa dan mengikat Defendan sehinggalah sekarang.
3
Defendan telah memasuki Perjanjian tersebut dengan “full faculty of understanding”, tanpa paksaan dan/atau penipuan
300
Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah menerima wang daripada pihak Plaintif dan telah menandatangani Perjanjian tersebut dan eksibit P3 dengan rela hati, memahami terma-terma Perjanjian tersebut serta tanggungjawab Defendan untuk memulangkan semula wang tersebut kepada Plaintif. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
301
Mahkamah tidak menerima alasan pihak Defendan bahawa Eksibit P3 serta Perjanjian tersebut ditandatangani tanpa diterangkan ataupun Defendan telah dikelirukan (misled) bahawa Eksibit P3 hanyalah sekadar untuk tujuan audit memandangkan Defendan merupakan seorang dewasa, mempunyai latarbelakang perakaunan dan mempunyai pengalaman berkaitan dengan perlombongan.
302
Mahkamah merujuk kepada kes Puncak Alam Housing Sdn Bhd (Formerly Known As Bukit Cerakah Development Sdn Bhd) V Menta Construction Sdn Bhd& Anor [2014] 1 MLJ 287 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut:- “[27] The House of Lords in William Derry, JC Wakefield, MM Moore, J Pethick and SJ Wilde v Sir Henry William Peek, Baronet (1889)14 App Cas 337 (HL) defined ‘fraud’ as a false representation ‘made (i) knowingly or (ii) without belief in its truth or (iii) recklessly, without caring whether it be true or false’. However, our s 17 of the Contracts Act 1950defines fraud on a wider scope as compared to the common law meaning of ‘fraud’ as stipulated by William Derry, JC Wakefield, MM Moore, J Pethick and SJ Wilde v Sir Henry William Peek, Baronet. Paragraphs (d)–(e) of s 17 of the Contracts Act 1950 stipulates that any act ‘fitted to deceive’ another or ‘any such act or omission which the law specially S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg declares to be fraudulent’ may also constitute fraud under the said Act. Reference should also be made to such cases like M/s RC Thakkar v (The Bombay Housing Board by its successors) now The Gujarat Housing Board AIR 1973 Guj 34; and Kamal Kant Paliwal v Smt Prakash Devi Paliwal and others AIR 1976 Raj 79. [28] According to s 19 of the Contracts Act 1950, a contract that is induced by fraud is voidable and not void. At this juncture, it is also ideal to refer to s 30 of the Specific Relief Act 1950 (‘Act 137’) which deals with rectification of a contract tainted by fraud and where fraud is proved then the court may in its discretion rectify the said contract. Equally important is s 34(1)(a) of the Specific Relief Act 1950 (Act 137) which allows an aggrieved party to apply to the court to have the contract rescinded.[29] In our judgment, there was no evidence of fraud perpetrated by the first respondent that entitled the appellant to rescind the settlement agreement dated 5 February 2002.”
303
Sekiranya Defendan tidak bersetuju dengan terma-terma yang diberikan, Defendan boleh memilih untuk tidak menandatangani Eksibit P3 dan Perjanjian tersebut.
304
Mahkamah merujuk kepada kes Ling Chee Chong & Anor V Eydel B. Abah & Others [2008] MLJU 478 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti yang berikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg “In supporting the learned judge’s judgment, counsel for the plaintiffs has argued that the burden lay on the defendants to prove that payment had been made and not on the plaintiffs to proof the negative. That is quite correct. But in this case, the defendants produced prima facie proof of payment. The evidential burden then shifted to the plaintiffs to positively prove that the documents evidencing the payment were forgeries. Difficulty has arisen in this case by reason of the plaintiffs’ failure to appreciate the difference between the legal burden and the tactical or evidential onus in this case. Evidentially speaking, the plaintiffs had to merely assert that they had not received payment. It then fell on the defendants to prove that payment was in fact made. Once they produced documents evidencing payment the evidential or tactical onus then shifted to the plaintiffs to call positive evidence to prove that the document in question were forgeries. The point we seek to make is well brought out in the following passage in the judgment of Lord Hanworth MR in Stoney v Eastbourne Rural District Council [1927] 1 Ch367, 397: “It appears to me that there can only be sufficient evidence to shift the onus from one side to the other if the evidence is sufficient prima facie to establish the case of the party on whom the onus lies. It is not merely a question of weighing feathers on one side or the other and of saying that if there S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg were two feathers on one side and one on the other that would be sufficient to shift the onus.What is meant is, that in the first instance the party on whom the onus lies must prove his case sufficiently to justify a judgment in his favour if there is no other evidence”. In the present case there was indeed no other evidence going to disprove the truth of the relevant vouchers and acknowledgements.”
305
Mahkamah menerima hujahan pihak Plaintif bahawa walaupun terdapat ralat menaip pada tarikh bukti pembayaran P3, perkara ini sama sekali tidak bermaksud bahawa Defendan tidak pernah menerima Pinjaman tersebut daripada Plaintif. Malah, Defendan sendiri telah mengakui menandatangani dokumen P3 berkenaan dan pada ketika dokumen P3 ditandatangani, Defendan tidak pernah mempertikaikan kesahihan atau kandungannya. Lagipun keterangan saksi Plaintif Ketiga, SP3 telahpun mengesahkan bahawa bukti pembayaran P3 adalah ditandatangani oleh Defendan pada 13.11.2021.
306
Berhubung dengan dakwaan Defendan mengenai kegagalan Plaintif mengemukakan primary evidence bagi gambar-gambar CCTV di muka surat 432 hingga 438 Ikatan E, Mahkamah bersetuju bahawa saksi Plaintif Kedua, SP2 telahpun memberikan S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg keterangan berhubung gambar-gambar CCTV tersebut semasa perbicaraan penuh dalam tindakan ini. Keterangan saksi Plaintif Kedua, SP2 jelas menunjukkan bahawa beliau bertanggungjawab bagi pengurusan pengendalian kamera litar tertutup yang beroperasi di syarikat Euden Technology (M) Sdn Bhd.
307
Syarat penerimaan di bawah Seksyen 90A telah dipenuhi sepenuhnya dan saksi Plaintif Kedua (SP2) telah berjaya membuktikan rantaian keterangan yang membawa kepada pengeluaran gambar-gambar CCTV tersebut di Ikatan E.
4
Versi Defendan tidak dapat disokong oleh keterangan
308
Mahkamah mendapati bahawa versi Defendan berkaitan dengan pelaburan yang dibuat bersama-sama dengan syarikat Ecoria tidak dapat dibuktikan dengan sebarang dokumen yang berkaitan.
309
Dalam kes Lua Thiang Poh V Kabir Singh A/L Jagir Singh & Ors [2025] MLJU 2365 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut: - “[62] Like our case, the defendant in Manivanan argued that the transaction was an investment rather than a loan, attempting to avoid repayment obligations. The High Court found this defense lacked credibility, particularly highlighting the absence of any investment agreement. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg [63] Ahmad Shahrir Mohd Salleh J in Manivanan stated: “The total absence of any investment agreement coupled with the defendant’s vague and inconsistent testimony had in effect significantly dented the credibility of his defence. In the absence of evidence to substantiate his defence, the defendant’s position appeared untenable.” This observation is directly applicable to our case, where despite claiming an investment arrangement, the Plaintiff has not produced any formal investment agreement that would typically outline profit-sharing mechanisms, risk allocation, or the Plaintiff’s rights as an investor in D5. [64] While there are references to “investment” in some communications between the parties, there are also numerous references to “interest” and “principal money return.” For instance, at page 487 of B2 (Enclosure 17), the Plaintiff’s WhatsApp message to D3 states: “I’m prepared to defer but not waive (part of) the interest payment.” Similarly, at page 496 of B2 (Enclosure 17), there is a spreadsheet which explicitly mentions “outstanding interest.” [65] The Plaintiff argues that the term “interest” was used interchangeably with “Return on Investment” (ROI). However, this explanation is not convincing. The consistent use of terminology associated with loans, such as “interest” and S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg “principal money return,” strongly suggests that the parties understood the transaction to be a loan arrangement. [66] The High Court in Manivanan further cited Muhammad Najmi bin Mohd Sani v Ahamad Asmadi bin Sakat [2019] MLJU 676 (HC), noting: “In the case of Muhammad Najmi bin Mohd Sani v Ahamad Asmadi bin Sakat [2019] CLJU 959; [2019] 1 LNS 959; [2019] MLJU 676; [2019] AMEJ 0735, the High Court held that the reference to the repayment of money within a specified time frame was indicative of a loan rather than an investment. The court reasoned that in the context of a genuine investment, it would be illogical to require a fixed return of funds. This is because by its very nature investments inherently carry the uncertainty of profitability making the assurance of repayment inconsistent with the character of an investment.” [67] This principle articulated in both Manivanan and Muhammad Najmi is directly applicable to our case. The Promissory Notes provided for fixed monthly payments regardless of D5’s business performance and the eventual return of the principal sum in full. As the High Court in Manivanan observed, genuine investments inherently carry uncertainty of profitability, making fixed returns inconsistent S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg with investment characteristics. In a true investment, the investor shares in both the profits and losses of the business venture. Here, the Plaintiff was insulated from any business risk through guaranteed fixed payments and return of principal, a hallmark of loan arrangements rather than investments. [68] Additionally, in Manivanan, the court found it significant that the defendant admitted “no discussions had taken place regarding returns on the alleged investment,” stating “this admission was especially significant in light of the fact that the company had recorded a profit... Despite this substantial profit, no returns were paid to the plaintiff further contradicting the defendant’s claim that the transaction was, in substance, an investment.” Similarly, in our case, there is no evidence of discussions about profit-sharing mechanisms that would reflect D5’s actual business performance, which contradicts the characterisation of the transaction as an investment. [69] Furthermore, the conduct of the parties suggests a loan arrangement. The Plaintiff advanced the funds to D5, received fixed monthly payments, and expected the return of the principal sum. This is more consistent with a creditor-debtor relationship than an investor-investee relationship. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg [70] In light of the above, I find that the transaction between the parties was a loan arrangement, not an investment. The Plaintiff advanced funds to D5 with the expectation of receiving fixed payments and the eventual return of the principal sum, which is characteristic of a loan rather than an investment.”
310
Mahkamah berpendapat bahawa pinjaman berjumlah RM947,350.00 yang diberikan kepada Defendan merupakan pinjaman persahabatan secara peribadi dan bukan suatu bentuk pelaburan.
311
Defendan telah gagal mengemukakan apa-apa dokumen rasmi atau perjanjian pelaburan yang lazimnya akan memperincikan mekanisme pembahagian keuntungan, risiko kerugian atau hak-hak Plaintif sebagai seorang pelabur.
312
Mahkamah merujuk kepada kes Bauer (Malaysia) Sdn Bhd V Hundred Vision Construction Sdn Bhd & Anor [2020] MLJU 543 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “[41] The term “privity of contract” in law has come to attain a universally consistent meaning in the law of contract. It expresses the concept that only parties who are privy to the contract may sue and be sued by each other. Parties not privy S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg as in not a party to a contract cannot sue under the contract even though it might suffer a wrong or a grievance under the contract. The rights given in the contract would entitle one to sue the defaulting party in the contract and likewise the liability arising under the contract would expose one to being sued. No one but the parties to a contract can be bound by it or entitled under it. See the Court of Appeal’s decisions in Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd v Dynaforce Corp Sdn Bhd [2015] 1 MLJ 284; [2014] 5 CLJ 533; and Tsang Yee Kwan v Majlis Perbandaran Batu Pahat [2011] 8 CLJ 913 and the Privy Council’s case of Kepong Prospecting Ltd & Ors v Schmidt [1968] 1 ML 170. Thus for the purpose of Clause 7.5 of the Letter of Award between the contracting parties i.e. the plaintiff and D1, as D2 is not a party to the Letter of Award, any failure to comply with the direct payment arrangement would expose D1 to being sued by the plaintiff for breach of contract.”
313
Mahkamah mendapati bahawa prinsip privity of contract hanya mengikat Plaintif dan Defendan dan tidak terpakai kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak menjadi pihak kepada Perjanjian tersebut.
314
Mahkamah mendapati bahawa keterangan SD2 juga tidak dapat menyokong versi Defendan ini. S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
315
Mahkamah merujuk kepada kes Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) & Anor V Awang Soh Bin Mamat & Ors [2009] 4 MLJ 610 Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- “The reception of hearsay evidence can only be described in one word. Unfortunate. When a witness testifies in court about what he heard from a third party who is not called as a witness that is hearsay evidence and it is inadmissible to prove the truth of the fact stated. In Leong Hong Khiev Public Prosecutor; Tan Gong Wai v Public Prosecutor [1986] 2 MLJ206, Seah FJ had this to say about hearsay evidence (see p 208):The general rule is that hearsay evidence is not admissible as proof of a fact which has been stated by a third person. This rule has been long established as a fundamental principle of the law of evidence.To quote Lord Normand in Teper v R [1952] AC 480at p 486:The rule against the admission of hearsay evidence is fundamental. It is not the best evidence, and it is not delivered on oath. The truthfulness and accuracy of the person whose words are spoken by another witness cannot be tested by cross-examination and the light which his demeanour would throw on his testimony is lost. In our opinion, another reason is the danger that hearsay evidence may be concocted, fabricated and tailored to suit the witness’ testimony.”
316
Mahkamah juga merujuk kepada kes Selvaraju A/L Sithamparam Lwn Kanthimathi A/P Sithambaram [2023] MLJU 2533 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut:- S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg “[92] Jika diperhatikan kepada keterangan di atas, keterangan Defendan di peringkat pemeriksaan balasnya jelas berbeza dan bercanggah dengan keterangannya semasa pemeriksaan utama. Mahkamah merujuk kepada otoriti Pie Bin Chin v PP [1985] 1 MLJ 234 yang menyatakan:- “It is only when a witness’s evidence on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded. Forgetfulness or failure to recall exactly certain events, which do not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief...” [93]Otoriti di atas jelas menyatakan bahawa mana-mana keterangan yang bercanggah di antara satu sama lain dan tidak boleh diharmonikan hendaklah diabaikan dan tidak boleh diterima sebagai keterangan, apatah lagi sekiranya keterangan-keterangan tersebut adalah terhadap isu-isu yang material. [94]Meneliti keterangan-keterangan Defendan di atas, mahkamah mendapati bahawa percanggahan yang terdapat dalam keterangan-keterangan tersebut adalah merujuk kepada perkara-perkara yang material, iaitu menyentuh tentang pihak S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg mana yang telah membuat pembayaran wang pembelian hartanah tersebut dan pihak manakah yang telah membayar cukai tanah bagi hartanah tersebut. [95]Keterangan-keterangan ini, sekiranya dibuktikan akan menjadi titik penentu bagi pertikaian ini. Oleh itu, terdapatnya percanggahan dalam keterangan-keterangan Defendan terhadap perkara-perkara yang penting menyebabkan mahkamah merasa sangsi untuk menerima keterangannya. Mahkamah juga mendapati tiada sebarang indikasi bahawa percanggahan tersebut adalah tidak disengajakan atau diakibatkan oleh kealpaan atau kesukaran Defendan untuk mengingati perkara-perkara berkenaan. [96]Oleh yang demikian, adalah menjadi pemerhatian mahkamah bahawa dalam memberi keterangannya, Defendan telah gagal bercakap benar. Percanggahan ini telah menjejaskan kredibilti Defendan sebagai saksi dan sekaligus mencerminkan bahawa Defendan bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai. [97] Mahkamah merujuk kepada otoriti Sakinah Sulong v Masyitah Md Hassan [2023] 1LNS 793, di perenggan 15, di mana Mahkamah Rayuan menyatakan: S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg “As often being said, a trial judge is the person in the best position to value and judge the credibility of a witness, having had the opportunity to gauge and to observe the witness in person.”
317
Mahkamah menerima hujahan Plaintif bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan SD2 dan disebabkan itu, Mahkamah menolak keterangan SD2 kerana ia suatu keterangan heresay. Kesimpulan
318
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif seperti yang dinyatakan di permulaan Alasan Penghakiman ini. Mahkamah juga membenarkan faedah atas pinjaman sebanyak 5% sahaja dan bukannya sebanyak 8% sebagaimana perjanjian. Ini kerana pada pendapat Mahkamah faedah 5% merupakan faedah yang terpakai dalam tuntutan sivil dan lebih menyeluruh digunakan selepas pindaan walaupun perjanjian telah menyatakan sebanyak 8% faedah lewat bayar. Bertarikh: 16.12.2025 S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg Wan Nor Aklima binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Kuala Terengganu Terengganu. Peguam cara bagi pihak Plaintif: Encik Kevin Ngu Heng Xu Tetuan Heng Xu & Associates Peguam cara bagi pihak Defendan: Cik Madihah binti Sulong@ A Rashid Tetuan Nordin Kassim & Aziz S/N uyAKIwvGvkyiE6oz0s/QOg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.