Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: AJ-83-271-11/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
AJ-83-271-11/2024
Magistrates Court of Malaysia28 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nekanan bagi memastikan masyarakat di luar sana tidak melakukan kesalahan yang sama. Namun ianya perlu di seimbangkan dengan kepentingan OKT sepertimana yang diputuskan dalam kes PP v. LOO CHOON FATT [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut; “The corre”
“akukan kesalahan kali pertama seharusnya diberikan layanan yang sedikit berbeza berbanding dengan mereka yang mempunyai rekod kesalahan lampau. [26] Mahkamah turut merujuk kepada kes PP v. JAFA DAUD [1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315, Mohamed Azmi J (pada ketika itu) telah menyatakan seperti berikut; “In”
“a dengan menghimpit dan melanggar motosikal beliau No. Pendaftaran AJU 1530 semasa kejadian tersebut. Analisis dan dapatan Mahkamah Prinsip penghukuman [17] Merujuk kes PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864 Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut; **Note : Serial number will be used to veri”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: AJ-83-271-11/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Pada 19.11.2024, Orang Kena Tuduh (selepas ini di rujuk sebagai “OKT”) telah dituduh di Mahkamah Majistret Parit Buntar di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]. OKT mengaku tidak bersalah dan pohon untuk bicara.
2
Walaubagaimanapun, pada 28.8.2025, pertuduhan telah dibacakan semula, diterangkan dan difahamkan melalui jurubahasa Cina kepada OKT. Pertuduhan adalah seperti berikut; PERTUDUHAN Bahawa kamu pada 11.11.2024 jam lebih kurang 1730hrs bertempat di Jalan Pasar Kuala Kurau, di dalam daerah Kerian di dalam Negeri Perak sebagai pemandu Motokar No: W1699U telah memandu motokar di jalan dengan cara membahayakan kepada orang awam sehingga melanggar Muhammad Bin Ab Hamid (No. KP: 450902-08-5559) yang sedang menunggang motosikal AJU 1530. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
3
OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan dan faham sifat serta akibat pengakuan salah tersebut. OKT telah mengakui fakta kes dan kesemua eksibit yang dikemukakan di Mahkamah.
4
Setelah Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT faham sifat dan akibat pengakuan salah, OKT kemudiannya di dapati bersalah dan disabitkan ke atas pertuduhan tersebut
5
Sebelum menjatuhkan hukuman terhadap OKT, Mahkamah ini telah mendengar dan mempertimbangkan hujahan mitigasi/rayuan daripada peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (selepas ini di rujuk sebagai “peguam YBGK”) yang mewakili OKT.
6
Dalam rayuan untuk meringankan hukuman, peguam YBGK telah menghujahkan OKT berumur 49 tahun yang mana sebelum ini bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan sebanyak RM1,600.00 sebulan. OKT telah berumahtangga dan menanggung seorang anak berumur 9 tahun dan masih bersekolah. Manakala isteri adalah suri rumah sepenuh masa. Pengakuan salah OKT telah menjimatkan masa Mahkamah dan kos pendakwaan. Peguam YBGK memohon satu hukuman berbentuk denda. OKT juga telah insaf selama ditahan sebelum ini.
7
Mahkamah ini juga telah mendengar dan mempertimbangkan hujahan pemberatan Pendakwa Raya (selepas ini di rujuk sebagai “PR”) yang memohon hukuman setimpal dikenakan kepada OKT.
8
Setelah mempertimbangkan rayuan peringanan daripada peguam YBGK dan hujahan pemberatan daripada PR, maka Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman denda RM5,000.00 kalau tak bayar 10 bulan penjara ke atas OKT.
9
Terkilan dengan keputusan tersebut, PR telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Taiping pada 9.9.2025.
10
Pada 11.11.2024, jam lebih kurang 5.30 petang bertempat di Jalan Pasar Kuala Kurau, Kerian, Perak (selepas ini dirujuk sebagai “tempat kejadian”), OKT telah memandu motokar jenis Toyota Altis, warna putih dengan No. Pendaftaran W1699U telah membunyikan hon kepada Muhammad Bin Ab Hamid (No. KP: 450902-08-5559) (selepas ini dirujuk sebagai “Mangsa”) yang sedang menunggang motosikal dengan No. Pendaftaran AJU
1530
[11] OKT kemudiannya telah menghampiri dan menghimpit motosikal Mangsa. OKT turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada Mangsa iaitu “Lu mau kena langgar ke”. Mangsa kemudiannya telah mengundurkan motosikal beliau. Namun, OKT telah melanggar motosikal Mangsa sehingga menyebabkan beliau jatuh ke atas jalan. [12] Kejadian tersebut telah disaksikan oleh dua orang awam iaitu Mohd Effendy Bin Ramlan dan Muhamad Perdaus Bin Saidin. Mereka cuba membantu Mangsa dengan mengejar motokar OKT dengan menunggangi motosikal milik Mohd Effendy. Namun tidak berjaya. [13] Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Mohd Effendy Bin Ramlan sepertimana report Kuala Kurau 1659/24. Laporan maklumat awal bagi kes ini adalah Report Trafik Kerian 3914/24. [14] Pada 13.11.2024, OKT telah ditangkap dan rampasan telah dibuat ke atas motokar jenis Toyota Altis, warna putih dengan No. Pendaftaran W1699U oleh pihak polis sepertimana report Kuala Kurau 1665/24. [15] Terdapat kerosakan di bahagian hadapan motokar jenis Toyota Altis, warna putih dengan No. Pendaftaran W1699U milik OKT. Manakala motosikal AJU 1530 milik Mangsa mengalami kerosakan di cermin sisi sebelah kanan. [16] Hasil siasatan menunjukkan OKT sebagai pemandu motokar jenis No. Pendaftaran W1699U telah memandu secara berbahaya kepada orang awam iaitu Mangsa dengan menghimpit dan melanggar motosikal beliau No. Pendaftaran AJU 1530 semasa kejadian tersebut. Analisis dan dapatan Mahkamah Prinsip penghukuman [17] Merujuk kes PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864 Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut; “Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. [6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court.” [penekanan ditambah] [18] Mahkamah ini telah mengambil kira beberapa faktor dan kriteria sebelum menjatuhkan hukuman ke atas OKT iaitu seperti berikut; Pengakuan salah OKT [19] Pengakuan salah OKT telah menjimatkan masa mahkamah dan kos pihak pendakwaan. Sekiranya kes ini dibicarakan ia akan melibatkan saksi yang ramai dan kos yang besar. [20] Mahkamah ini merujuk kepada kes SAU SOO KIM v PP [1975] 2 MLJ 134 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa pengakuan salah OKT boleh dianggap faktor mitigasi bagi meringankan hukuman ke atasnya seperti berikut: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” [penekanan ditambah] [21] Selanjutnya, Mahkamah ini turut merujuk kepada kes PP v KARTHISELVAM A/L VENGATAN [2008] 3 MLJ 368 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut; “(6) Dalam kes ini, OKT telah dituduh di bawah s. 304(a) Kanun tersebut yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda. Kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah serius. Namun demikian, mahkamah tetap juga mengambil kira faktor-faktor pengakuan bersalah OKT kerana tidak terdapat apa-apa alasan yang kukuh untuk menafikan OKT faedah tersebut. Tambahan pula, adalah menjadi polisi mahkamah untuk menggalakkan orang yang dituduh yang melakukan kesalahan, membuat pengakuan bersalah bagi menjimat masa dan kos semua pihak yang terlibat di dalam kes ini terutama saksi-saksi. Kredit dan diskaun ini akan diberi walaupun terhadap penjenayah yang tegar dan tidak berhati perut sekalipun mahkamah telah juga menerima bahawa OKT sebagai pesalah pertama patut menerima pengurangan hukuman bagi kesalahan (lihat perenggan 25); Public Prosecutor v. Sulaiman bin Ahmad [1993] 1 MLJ 74 dirujuk.” [penekanan ditambah] [22] Oleh yang demkian, Mahkamah ini telah mengambil kira pengakuan salah OKT sebagai salah satu faktor pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman ke atas beliau. Kesalahan kali pertama [23] Dalam kes ini tiada pada bila-bila masa PR mengemukakan rekod kesalahan lampau OKT. Jelaslah disini ianya merupakan kesalahan kali pertama OKT [24] Merujuk MALLAL'S CRIMINAL PROCEDURE (7TH ED.), M/S 496) [1352] menyatakan seperti berikut; "It has long been accepted that a first offender should receive some mitigation of sentence for most offences. The leniency accorded to a first offender recognizes human frailty and yet shows respect for the offender as a rational individual, capable of responding to the censure inherent in the sentence passed." [penekanan ditambah] [25] Berdasarkan prinsip yang dinyatakan di atas, mereka yang melakukan kesalahan kali pertama seharusnya diberikan layanan yang sedikit berbeza berbanding dengan mereka yang mempunyai rekod kesalahan lampau. [26] Mahkamah turut merujuk kepada kes PP v. JAFA DAUD [1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315, Mohamed Azmi J (pada ketika itu) telah menyatakan seperti berikut; “In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. [27] Memandangkan ini merupakan kesalahan kali pertama OKT, Mahkamah ini mendapati OKT seharusnya diberikan peluang kedua agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di kemudian hari. Oleh yang demikian, hukuman yang dijatuhkan kepada OKT adalah tidak keterlaluan dan memadai. Kepentingan awam [28] Mahkamah sedia maklum mengenai prinsip kepentingan awam sebagai suatu faktor penting yang sering kali di beri penekanan bagi memastikan masyarakat di luar sana tidak melakukan kesalahan yang sama. Namun ianya perlu di seimbangkan dengan kepentingan OKT sepertimana yang diputuskan dalam kes PP v. LOO CHOON FATT [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut; “The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused.” [penekanan ditambah] [29] Mahkamah ini berpandangan denda ke atas OKT sebanyak RM5,000.00 kalau tak bayar 10 bulan penjara mampu memberi pengajaran dan keinsafan kepada beliau. [30] Mahkamah percaya hukuman tersebut dapat memberikan peluang rehabilitasi dan pemulihan kepada OKT serta dapat memberikan mesej kepada masyarakat di luar sana. Trend hukuman [31] Mahkamah merujuk kepada dua kes yang melibatkan kesalahan yang sama iaitu di bawah seksyen 42(1) [Akta 333] seperti berikut;
a
MUHAMMAD NIZAR NUFAIL ABD AZIZ v PP [2023] 1 LNS 401 Perayu merayu terhadap keputusan Mahkamah Majistret di mana Perayu telah dihukum penjara 6 bulan penjara dari tarikh jatuh hukum dan dikehendaki membayar denda RM5,000.00 dan jika gagal bayar, 6 bulan penjara. Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh telah mengenepikan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap Perayu dan memerintahkan denda dinaikkan menjadi RM 8,000.00 gagal bayar 6 bulan penjara. [penekanan ditambah]
b
LUQMANUL HAKIM ABDUL SHUKOR v PP [2020] 1 LNS 1923 Perayu merayu terhadap keputusan Mahkamah Majistret di mana Perayu telah dihukum penjara 8 bulan penjara dari tarikh sabitan dan dikehendaki membayar denda RM8,000.00 dan jika gagal bayar, 6 bulan penjara. Perayu perlu membayar kos pendakwaan sebanyak RM3,000.00 serta merta jika gagal 20 hari penjara dan lesen memandu dibatalkan serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua (2) tahun. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengenepikan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap Perayu dan memerintahkan satu hari penjara dan hukuman denda dikekalkan. Manakala perintah membayar kos pendakwaan sebanyak RM3,000.00 diketepikan. Seterusnya perintah pembatalan dan hilang kelayakan memegang lesen diketepikan dan digantikan dengan perintah sabitan ini dicatatkan dalam lesen pemandu Perayu. [32] Jesteru itu, Mahkamah ini berpendapat hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT dalam kes ini adalah adil, bersesuaian dan munasabah bagi memberi memberikan kesedaran kepada OKT untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik serta tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang. Hukuman pemenjaraan [33] Merujuk seksyen 42(1) [Akta 333] memperuntukkan hukuman seperti berikut; “penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.” [34] Isu utama adalah apabila hukuman pemenjaraan adalah wajib di bawah undang-undang bolehkah hukuman itu tidak dikenakan dengan mengambil kira tempoh reman yang pesalah telah jalani? [35] Isu ini telah dijawab secara tuntasnya dalam kes MUHAMMAD NIZAR NUFAIL ABD AZIZ v PP (supra) seperti berikut; “[30] Mahkamah mengambil maklum bahawa di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 perkataan bagi hukuman pemenjaraan adalah “shall on conviction be punished with imprisonment for a term not exceeding five years” dan maka mengikut otoriti-otoritiautoriti-autoriti yang disebut di atas, pemenjaraan adalah wajib. [31] Dalam kes Luqmanul Hakim bin Abdul Shukor (supra) Ab Karim Bin Ab Rahman H. telah memutuskan: “Tuan Majistret dalam menyatakan hukuman ke atas Perayu hanya mempertimbangkan atas faktor pemberatan. Tanpa mempertimbangkan secara seimbang akan faktor usia muda Perayu, kesalahan pertama Perayu serta latar belakang Perayu. Tuan Majistret telah khilaf tanpa mengarahkan dirinya untuk mempertimbangkan faktor-faktor mitigasi Perayu tersebut. Jika dipertimbangkan keseluruhannya didapati hukuman yang dijatuhkan oleh Tuan Majistret adalah melampau beratnya dalam hal keadaan kes ini. Dengan itu perintah 8 bulan penjara diketepikan. Bagi mematuhi kehendak penjara yang mandatori yang ditetapkan dibawah seksyen 42(1) Akta maka mahkamah gantikan hukuman penjara itu kepada satu (1) hari penjara yang tidak memerlukan Perayu dimasukkan ke penjara.” [32] Di bawah seksyen 282(d) Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 adalah diperuntukkan seperti berikut: “With regard to sentences of imprisonment the following provisions shall be followed:
a
…
b
…
c
…
d
every sentence of imprisonment shall take effect from the date on which it was passed unless the Court passing the sentence otherwise directs.” [33] Adalah undang-undang yang mantap bahawa mengikut seksyen 282 (d) KTJ (supra) Mahkamah adanya budi bicara untuk memutuskan hukuman pemenjaraan bermula selain daripada tarikh hukuman dijatuhkan dan kebiasaannya tarikh permulaan hukuman pemenjaraan bagi seseorang tertuduh yang ditahan dibawah reman adalah dari tarikh tangkap. Ini adalah supaya tempoh beliau direman diambil kira. [34] Dalam kes ini, Perayu telah direman selama tiga hari. Jika beliau tidak direman, Mahkamah akan seperti dalam kes Luqmanul Hakim bin Abdul Shukor (supra) gantikan hukuman penjara 6 bulan itu kepada satu (1) hari penjara yang tidak memerlukan Perayu dimasukkan ke penjara.” … [37] Maka, demi keadilan substantif setelah mengambil kira tempoh reman tiga hari di mana Perayu telah ditahan, pada pandangan Mahkamah tempoh Perayu di dalam reman adalah seolah-olahnya beliau telah dipenjarakan selama 3 hari. [penekanan ditambah] [36] Dalam kes MUHAMMAD NIZAR NUFAIL ABD AZIZ v PP (supra), Mahkamah Tinggi telah mengenetepikan hukuman Mahkamah Majistret terhadap Perayu dan memerintahkan denda dinaikkan menjadi RM8,000.00 gagal bayar 6 bulan penjara. [37] Dalam kes ini, Mahkamah ini telah menyemak dan menselusuri semula perjalanan kes ini pada peringkat awal di mana permohonan reman OKT telah dibenarkan pada 14.11.2024 sebanyak 5 hari bagi kes reman no: AJ-89RE-702-11/2024. [38] Seterusnya, terdapat permohonan sambung reman ke atas OKT dibuat dan telah dibenarkan sebanyak 1 hari bagi no kes reman yang sama. Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan reman ke atas OKT bagi kes ini adalah sebanyak 6 hari. [39] Mahkamah ini berpendapat pemakaian seksyen 282(d) KTJ adalah budibicara untuk menetapkan bilakah tarikh kuatkuasa sesuatu hukuman penjara itu dan ianya tidak semestinya bermula pada tarikh hukuman dijatuhkan atau tarikh sabitan. [40] Peruntukan ini dilihat memberikan peluang kepada Mahkamah ini untuk mempertimbangkan tempoh reman OKT sebagai tempoh pemenjaraan sebagaimana yang diputuskan di dalam kes MUHAMMAD NIZAR NUFAIL ABD AZIZ v PP (supra). Kesimpulan [41] Berdasarkan kepada alasan-alasan diatas Mahkamah ini memutuskan hukuman denda sebanyak RM5,000.00 kalau tak bayar 10 bulan penjara adalah munasabah, setimpal dan adil kepada OKT. Bertarikh: 23 September 2025 (SALWA ASMARY BINTI ABDUL RAHIM) Majistret Mahkamah Majistret Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Tarikh Keputusan: 28 Ogos 2025 Kaunsel: Bagi pihak pendakwaan – PO Insp Ain Bagi pihak tertuduh – Foo Siew Pheng (YBGK) Kes-kes yang dirujuk: Luqmanul Hakim Abdul Shukor v PP [2020] 1 LNS 1923; Muhammad Nizar Nufail Abd Aziz v PP [2023] 1 LNS 401; PP v Jafa Daud [1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315; PP v Karthiselvam a/l Vengatan [2008] 3 MLJ 368; PP v Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864; PP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256; dan Sau Soo Kim v PP [1975] 2 MLJ 134. Perundangan yang dirujuk: Kanun Tatacara Jenayah, s. 282(d); Malla’s Criminal Procedure (7th Ed.), m/s 496) [1352]; dan seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.