If the accused refuses to plead or does not plead, or if he claim to be tried, the Court shall proceed to try the case." (penekanan ditambah) [18] Peruntukan di atas adalah jelas bahawa pertuduhan hendaklah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh, di mana Tertuduh kemudiannya perlu ditanya sama ada dia hendak mengaku bersalah atau meminta untuk dibicarakan terhadap pertuduhan tersebut. Sekiranya tertuduh ingin mengaku bersalah, Mahkamah perlulah menentukan sama ada tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan bersalahnya, dan tertuduh berniat untuk mengakui kesalahan yang dipertuduhkan ke atasnya tanpa sebarang syarat. [19] Setelah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan, terutama sekali Nota Keterangan kes ini, kami mendapati bahawa HMT yang bijaksana telah pun mematuhi peruntukan ini sebelum menerima dan merekodkan pengakuan salah Tertuduh. [20] Petikan Nota Keterangan yang berkaitan adalah seperti berikut: "9 Julai 2024 Korum: YA Dato' Hassan Bin Abdul Ghani TPR Azizan Bin Abdullah bersama TPR Amer Abu Bakar Bin Abdullah dan TPR Mohd Khairuddin Bin Idris bagi pihak pendakwaan. Mohd Azlan Shah Bin Mohamad bersama Abdul Hayyi Bin Salim dan Diyana Binti Ibrahim bagi pihak pembelaan. Chong Pei Yen - watching brief bagi pihak keluarga Simati. Tertuduh dikemukakan. TPR: Perbicaraan ditetapkan 3 hari bermula semalam tetapi ada perkembangan positif untuk menjimatkan masa Mahkamah ini dan kemungkinan besar berjaya diselesaikan. P/B: Jika diizinkan saya suatu pohon penangguhan sebentar kerana terdapat satu perkembangan terbaru saya percaya akan memberikan win – win situation kepada pihak-pihak dan dapat diselesaikan. Mahk: Tertuduh perlu jurubahasa? P/B: Saya difahamkan tertuduh faham dan fasih berbahasa Malaysia dan tidak memerlukan jurubahasa. Mahk: Tanyakan Tertuduh perlukan jurubahasa Cina atau tidak bagi mengelakkan perkara berbangkit. J/B: Boleh faham Bahasa Malaysia? OKT: Boleh. J/B: Kita nak jurubahasa Cina? OKT: Tak perlu. Mahk: Berapa lama? P/B: Perlukan masa lebih kurang setengah jam. TPR: Pihak kami juga perlukan masa untuk mengatur barang kes yang agak banyak. Mahk: Kes ditangguh ke jam 11.00 pagi. t.t YA Dato' Hassan Bin Abdul Ghani Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Kes dipanggil semula jam 11.25 pagi Pihak-pihak yang sama. Tertuduh dikemukakan. Jрибанаса Cina Soh Mei Ling. TPR: Berdasarkan kepada perkembangan positif yang ada pada hari ini, pihak pendakwaan ingin mengemukakan pindaan pertuduhan selaras dengan pemansuhan hukuman mati pada 4 Julai tahun lepas. Sedikit pindaan pada hukuman sahaja pada ekshibit P2 dan P4 dikekalkan. Pohon dibacakan kepada Tertuduh. Pertuduhan ini baru sahaja dikemukakan dan pohon ditandakan. Pindaan pada hukuman sahaja. M Mahk: Pertuduhan Pindaan ditandakan P2A. TPTR: Pohon dibacakan P2A dan P4 kepada Tertuduh. Mahk: Ong Chow Lee, kamu nak Mahkamah bacakan pertuduhan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Cina loghat Mandarin atau kedua-duanya? OKKT: Bahasa Melayu. Mahk: Kamu tak faham Mandarin ke? OKT: Faham juga. Mahk: Faham juga tapi kamu pilih Bahasa Melayu? OKT: Ya. Mahk: Pertuduhan pindaan P2A dibacakan kepada Tertuduh dalam Bahasa Malaysia. Tertuduh faham dan mengaku salah. Tertuduh faham sifat dan akibat pengakuan. Pertuduhan P4 dibacakan kepada Tertuduh dalam bahasa Malaysia. Tertuduh faham dan mengaku salah. Tertuduh faham sifat dan akibat pengakuan. TPR: Pohon untuk kemukakan fakta kes dan pohon ditandakan P5. Mahk: Fakta kes ditandakan sebagai P5. Fakta kes dibacakan kepada Tertuduh. Tertuduh faham dan akui fakta kes... ... TPR: Pohon ekshibit dokumen-dokumen dan ekshibit fizikal yang berkaitan ditunjukkan kepada Tertuduh. Mahk: Ekshibit dokumen-dokumen dan ekshibit fizikal ditunjukkan kepada Tertuduh. Tertuduh camkan dan akui kesemua barang kes. Mahk: Pengakuan salah Tertuduh diterima oleh Mahkamah. Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan pindaan pertama di bawah Seksyen 302 KK (ekshibit P2A) dan pertuduhan (ekshibit P4) di bawah Seksyen 307 KK. Rayuan oleh Peguam." (penekanan ditambah) [21] Pada hemat kami, Nota Keterangan jelas menunjukkan bahawa HMT yang bijaksana telah beberapa kali bertanyakan kepada peguam bela malahan Tertuduh sendiri sama ada Tertuduh boleh memahami Bahasa Melayu atau sama ada Tertuduh memerlukan khidmat jurubahasa Cina. Kehadiran jurubahasa Cina juga telah direkodkan oleh Mahkamah. [22] Sungguhpun begitu, peguam bela serta Tertuduh sendiri telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Tertuduh boleh berbahasa Melayu. Nota Keterangan turut menyatakan bahawa walaupun Tertuduh boleh berbahasa Cina dengan loghat Mandarin, Tertuduh memilih untuk pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu. Mahkamah kemudiannya telah meneruskan prosiding dengan menggunakan Bahasa Melayu berdasarkan kepada pilihan Tertuduh sendiri. [23] Kami berpendapat bahawa tiada salah arah telah dilakukan oleh HMT yang bijaksana berkaitan perkara ini. Kami bersetuju dengan penghakiman Briggs J (ketika itu) dalam kes Fong Hong Sium v Public Prosecutor [1950] 1 MLJ 293 yang telah menyatakan seperti berikut: "The difficulties of the Subordinate Courts as regards interpretation in the more unusual languages are serious, and I should be reluctant to do anything to increase them. There are, however, certain rules which must be observed. I am not aware of any exception to the general rule that an accused person is entitled to have proceedings interpreted to him in any language which he desires to use. I think it doubtful whether he can be obliged to use even the language which is his native language, if he does not want to. It is the duty of the Court to find an interpreter for the language required, and the Court must be satisfied that the interpreter is competent to do his work efficiently..." (penekanan ditambah) [24] Selain daripada itu juga, kami turut mendapati bahawa-a. Pada tarikh 16.8.2022, HMT yang bijaksana juga pernah bertanyakan kepada Tertuduh dan peguam belanya sama ada Tertuduh boleh berbahasa Melayu, dan peguam bela Tertuduh menyatakan dengan jelas bahawa Tertuduh boleh berbahasa Melayu; b. Tertuduh sendiri telah mengakui fakta kes dan mengecam serta mengakui kesemua barang kes yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan; c. Tertuduh juga diwakili oleh tiga orang peguam bela pada 9.7.2024 iaitu sewaktu pengakuan salah Tertuduh direkodkan; d. sekiranya terdapat sebarang isu dalam pengakuan salah Tertuduh, sudah semestinya peguam bela Tertuduh akan membangkitkannya pada peringkat tersebut, namun perkara ini tidak berlaku; dan e. berdasarkan kepada Nota Keterangan, tiada sebarang indikasi bahawa Tertuduh tidak faham akan sifat dan akibat pengakuannya ataupun pengakuan salah Tertuduh adalah bersyarat, seperti mana yang dihujahkan oleh peguam bela Tertuduh sewaktu pendengaran rayuan kes ini. [25] Oleh itu, kami mendapati bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam bela Tertuduh dalam kes ini adalah tidak berasas sama sekali dan seharusnya ditolak. Kesimpulan [26] Kesimpulannya, berdasarkan kepada kesemua yang dinyatakan di atas, dan setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak dalam rayuan ini serta setelah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan, kami secara sebulat suara mendapati bahawa rayuan ini adalah tidak bermerit dan sabitan adalah selamat. Hukuman penjara yang dijatuhkan juga adalah hukuman minima yang diperuntukkan oleh undang-undang. [27] Oleh itu, rayuan ini adalah ditolak dan sabitan serta hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Tertuduh adalah dikekalkan. Tarikh: 27 Ogos 2025 Peguamcara Perayu: Mohd Kamaruzaman bin A Wahab Tetuan Aziz & Co. Tingkat 1, Lot PT 2876 Jalan Pasir Panjang Kg Pasir Panjang 21100 Kuala Terengganu Terengganu Peguamcara Responden: TPR Mohd Fairuz bin Johari 45, Persiaran Perdana Presint 4 62100 Putrajaya