the High Court may, whether there be an appeal or not, set aside any conviction had on evidence not wholly recorded by the Magistrate before whom the conviction was had, if that Court is of opinion that the accused has been materially prejudiced thereby, and may order a new trial. [38] Dalam erti kata lain, hujahan Perayu sekarang ialah apabila kes itu diperintahkan untuk diremitkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi menurut permohonan Semakan Jenayah, keseluruhan kes di hadapan HMS2 sepatutnya dijalankan secara de novo. Perayu berhujah bahawa adalah salah bagi HMS2 untuk meneruskan pendengaran kes pembelaan tanpa menghargai/memahami bagaimana HMS1 memutuskan wujudnya kes prima facie. Oleh itu, sabitan oleh HMS2 adalah tidak selamat dan harus diketepikan. [39] Hujahan kedua Perayu adalah berdasarkan peristiwa yang berlaku selepas keputusan bertarikh 11.1.2018 yang disampaikan oleh HMS1. Perayu berhujah bahawa haknya untuk perbicaraan yang adil telah diprejudiskan apabila dia mengemukakan pembelaannya di hadapan HMS1 seperti berikut:- S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q a) the learned judge disallowed the Appellant from asking questions during cross examination of the prosecution witnesses, SP 4 and SP 10; b) the learned judge allowed the Respondent to adduce documentary evidences on a piece meal basis (refer Exhibit P100 - Exhibit P111A, Exhibit P114A - P121 (A - G); c) the learned judge participated in the hearing by providing answers for the prosecution witness, SP 10 ( rujuk Jilid 2C m.s. 443-488 Lampiran 19 semasa pemeriksaan utama) ; d) the learned judge allowed the trial to commence without any list of prosecution witnesses provided to the Appellant and at the end of the prosecution case, no witnesses were offered to the Appellant; and e) the learned judge allowed the Respondent to call witnesses randomly without the sequence of witnesses being informed to the Appellant to the extent that the main witness, SP 4 was suddenly called in an ambush attempt by the Respondent. (rujuk Lampiran 53 perenggan 222 hujahan Perayu) [40] Hujahan ketiga oleh Perayu ialah kejadian serupa berlaku di depan HMS2 di mana kes dibenarkan untuk meneruskan dalam bahasa yang Perayu tidak fasih (lihat Lampiran 53 perenggan 223 hujahan Perayu). Inilah yang dia katakan dalam hujahan bertulis:- S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q “The learned Second SCJ... had also failed to ensure the trial proceeded in a fair manner during the defence case when he allowed the Respondent to cross examine the defence witnesses in the Malay language although the Appellant’s witnesses Witness Statements and oaths are in English. Also, the Appellant’s witnesses answered in English during cross examination”. [41] Berdasarkan ketiga-tiga hujahan di atas yang memfokuskan pada hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil, Perayu memohon supaya rayuan ini dibenarkan. [42] Selain daripada isu di atas berkenaan right to fair trial, terdapat juga isu lain yang ditimbulkan oleh kedua-dua pihak dalam hujahan masing-masing yang akan juga disebut selepas ini. ANALISA DAN PERTIMBANGAN MAHKAMAH [43] Dalam rayuan ini, kes telah didengar oleh 2 orang Hakim Mahkamah Sesyen. HMS1 mendengar kes di peringkat prima facie dengan 10 orang saksi pendakwaan telah memberi keterangan, manakala HMS2 telah meneruskan kes di peringkat pembelaan dengan 2 orang saksi dipanggil. [44] Terdapat kerisauan dan kebimbangan Mahkamah ini apabila kes ini didengar oleh HMS2 pada peringkat pembelaan setelah 10 orang saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan. HMS2 tiada pengetahuan atas sebab apa wujudnya kes prima S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q facie dan kenapa pembelaan dipanggil selain daripada berpandukan nota keterangan. [45] Semasa pendengaran rayuan, Peguam terpelajar Dato’ Haji Sulaiman Abdullah (Allahyarham) selaku peguambela bagi Perayu telah meringkaskan dalam hujahan beliau berkaitan right to a fair trial dengan ungkapan “he who hears does not decide, he who decides does not hear”. Perkara ini bukan sahaja memprejudiskan Perayu tetapi hak sebagai seorang Perayu untuk membela diri juga tergugat. [46] Mahkamah ini juga mendapati bahawa keputusan HMS2 tidak menyatakan secara terperinci bahawa beliau telah menilai semula keterangan-keterangan dan Pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap elemen-elemen pertuduhan beyond reasonable doubt. [47] Mahkamah ini mendapati bahawa dalam keadaan di mana 2 orang Hakim yang berlainan mendengar kes di peringkat prima facie dan di peringkat pembelaan terutama kes yang melibatkan penilaian demeanour saksi, adalah wajar supaya seorang Hakim yang sama membuat penilaian maksima keterangan dari peringkat prima facie sehinggalah kes peringkat pembelaan. [48] Jika dilihat keputusan HMS2 tidak menyatakan secara terperinci bahawa beliau telah membuat penilaian secara menyeluruh semua keterangan pada kedua-dua peringkat dan mendapati S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q Pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap elemen-elemen pertuduhan beyond reasonable doubt. [49] Apa yang dapat dilihat dalam kes ini ialah HMS2 hanya membuat penilaian di peringkat pembelaan dan tanpa mengambilkira penilaian maksima di peringkat prima facie disebabkan bukan beliau yang mendengar dan juga bukan beliau yang memutuskan suatu kes prima facie telah dibuktikan. [50] Mahkamah ingin menekankan bahawa dalam kes jenayah beban bukanlah pada pihak tertuduh untuk membuktikan kesnya. Beban adalah sentiasa terletak pada pihak Pendakwaan untuk membuktikan kes bermula dari kes Pendakwaan sehinggalah kes pembelaan. Mahkamah mendapati bahawa penilaian maksima terhadap keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan di peringkat prima facie dan saksi pembelaan tidak dilakukan oleh HMS2. [51] Dalam kes ini juga terdapatnya permohonan oleh Perayu untuk kes dibicarakan semula secara de novo yang difailkan di Mahkamah Sesyen atas alasan antara lain bahawa seramai 10 orang saksi telah dipanggil dan terdapat isu kredibiliti dan percanggahan-percanggahan yang material di dalam keterangan saksi-saksi utama Pendakwaan. Perkara ini tidak dipertimbangkan oleh HMS2. [52] HMS2 perlu mempertimbangkan dan menilai secara peribadi tingkah laku, demeanour dan kredibiliti saksi-saksi Pendakwaan S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q tersebut apabila mereka memberi keterangan. Perkara ini tidak dapat dibantu dengan hanya membaca nota keterangan Hakim terdahulu. [53] Hakim Mahkamah Tinggi telah memerintahkan supaya kes didengar semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang baru di peringkat pembelaan. Mahkamah berpandangan walaupun arahan Mahkamah Tinggi untuk kes pembelaan diteruskan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang baru tetapi disebabkan terdapatnya permohonan untuk kes didengar secara de novo, perkara ini sepatutnya dipertimbangkan oleh HMS2 mengambilkira bahawa seramai 10 orang saksi Pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan dan HMS1 yang memutuskan terdapatnya kes prima facie. [54] Lebih memprejudiskan Perayu apabila HMS2 tidak membenarkan Perayu memanggil semula saksi-saksi penting iaitu SP4, SP7 dan SP10 sebagai saksi pembelaan. Tiada sebab yang jelas diberikan oleh HMS2 dalam alasan penghakiman beliau apabila beliau menolak permohonan saksi-saksi pendakwaan dipanggil semula oleh Perayu. [55] Mahkamah ini juga berpandangan bahawa pegawai penyiasat iaitu Inspektor Lai Kok Foum yang merupakan pengadu bagi report kes Travers/008939/13 atas kesalahan seksyen 409 Kanun Keseksaan sepatutnya dipanggil sebagai saksi. Inspektor Lai Kok Foum ini telah menyiasat kes kesalahan pecah amanah yang kemudiannya menjadi kesalahan predikat bagi pertuduhan kes ini. S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q [56] Mahkamah mendapati bahawa keterangan pegawai penyiasat kes predikat adalah penting. Jika pun pihak Pendakwaan tidak memanggil pegawai penyiasat predikat sebagai saksi, saksi ini perlu ditawarkan kepada Perayu. SP10 hanya merupakan pegawai penyiasat untuk kes AMLA sahaja. Mengikut SP10, kes predikat di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan telah dilepaskan tanpa dibebaskan (discharged not amounting to an acquittal) kerana saksi Pendakwaan tidak hadir. Pada pandangan Mahkamah, keterangan pegawai penyiasat kesalahan predikat perlulah dikemukakan ke Mahkamah juga untuk menentukan kes AMLA. Subseksyen 4(4) AMLA memperuntukkan seperti berikut:- “Seseorang boleh disabitkan atas suatu kesalahan dibawah subseksyen (1) tanpa mengira sama ada terdapat suatu sabitan berkenaan dengan suatu kesalahan berat atau kesalahan berat asing atau suatu pendakwaan telah dimulakan bagi pelakuan kesalahan berat atau kesalahan berat asing.” [57] Walaupun subseksyen 4(4) menyatakan bahawa seseorang boleh disabitkan atas suatu kesalahan pengubahan wang haram di bawah subseksyen 4(1) AMLA walaupun tanpa sabitan terhadap kesalahan predikat, tetapi ini tidak bermakna bahawa pihak Pendakwaan tidak perlu untuk membuktikan kesalahan predikat. [58] Berkaitan baki hasil jualan tersebut yang diletakkan dalam 4 akaun deposit tetap berjumlah RM1 juta, RM350,000.00, RM250,000.00 dan RM50,000.00, semua wang ini adalah di dalam client’s S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q account Perayu yang kemudiannya telah disita oleh Polis pada 15.11.2023. Oleh itu, tiada kesalahan pecah amanah memandangkan baki hasil jualan yang dituntut oleh pengadu berjumlah RM1.572 juta adalah dalam client’s account Perayu sebelum Perayu dituduh di bawah kesalahan pecah amanah. Tiada niat tidak jujur di pihak Perayu kerana pada setiap masa material duit yang dituntut oleh DPSB berada dalam client’s account. [59] Mahkamah tidak bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa kredibiliti saksi-saksi adalah tidak crucial dalam kes ini dan Perayu telahpun diberi peluang untuk menyoalbalas semua saksi-saksi di peringkat pendakwaan. Mahkamah berpandangan kredibiliti dan demeanour saksi-saksi sangat penting dalam kes ini terutama SP4 yang mana Mahkamah mendapati keterangan beliau adalah evasive dan meragukan. Dalam kes ini terdapatnya permohonan impeachment juga terhadap SP4 kerana wujud percanggahan keterangan. Namun, permohonan ini telah ditolak tanpa alasan diberikan oleh HMS1. [60] Perayu telah bergantung kepada ekshibit D84A dan ekshibit D86A bertarikh 16.7.2012 dan 19.9.2012 yang telah dihantar melalui faks dan diposkan ke DPSB menerusi nombor facsimile DPSB dan alamat DPSB. Perayu telah menggunakan D84A yang menunjukkan bahawa Tetuan Ong Partnership telah menghantar surat kepada DPSB untuk perhatian kepada Mr Lee iaitu SP4 (surat bertarikh 16.7.2012 dalam RR Jilid 3C m.s. 474) yang merujuk kepada mesyuarat di antara Perayu dan SP4 dan juga S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q jelas menunjukkan bahawa terdapatnya arahan oleh SP4 kepada Tetuan Ong Partnership supaya menyimpan differential sum and sales proceeds untuk transaksi penjualan tanah tersebut dengan memindahkan wang itu ke separate account. [61] DPSB telah menjawab surat tersebut dengan perkataan “Noted & agreed” melalui emel chief<@HSL GROUP.com.my> kepunyaan SP4 bertarikh 17.7.2012. [62] Jika dirujuk kepada ekshibit D86A yang merupakan surat daripada Tetuan Ong Partnership kepada DPSB bertarikh 19.9.2012 (untuk perhatian SP4) sebenarnya berbunyi seperti berikut:- “We hereby confirm that we have received the balance sale proceeds of RM1.5 million from the above transaction and we have transferred the same to a separate account as instructed earlier. Please be reminded that our legal fees in relation to works done for HSL GROUP of companies remain outstanding and we shall appreciate that you settle our fees soonest possible” [63] Pada 16.7.2012, Perayu telah menghantar emel kepada SP4 dengan menyatakan seperti berikut:- “Mr Lee, Pls find enclosed the letter of confirmation for your attention.” S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q [64] Merujuk kepada surat dari Tetuan Ong Partnership kepada DPSB untuk perhatian SP4, jawapan yang diterima daripada SP4 melalui emel beliau chief<@HSL GROUP.com.my> kepada OKT bertarikh 17.7.2012 ialah dengan jawapan “Noted & agreed”. [65] Mahkamah mendapati bahawa apabila arahan diberikan oleh SP4 untuk memindahkan ke separate account, sudah semestinya terdapat persefahaman (understanding) di antara SP4 dan Perayu sebagai peguamcara DPSB. Memandangkan kedua-dua pihak sememangnya saling berhubungan selama ini, adalah tidak mustahil bahawa wang DPSB telah dipersetujui oleh SP4 untuk dipindahkan ke akaun peribadi Perayu untuk mengelak tuntutan daripada pemiutang. Mahkamah tidak berpendapat bahawa perkara ini adalah afterthought oleh pihak Perayu. Walaupun SP4 menafikan sekeras-kerasnya menerima ekshibit D84A dan ekshibit D86A. Mahkamah mendapati terdapat keraguan terhadap keterangan SP4. Adalah mustahil beliau tidak mengetahui atau berpengetahuan langsung tentang kedua-dua surat tersebut yang datang dari emel beliau sendiri. [66] Adalah fakta jelas bahawa DPSB merupakan anak syarikat kepada HSL Group dan SP4 adalah Managing Director kepada HSL Group dan juga Pengarah kepada DPSB. Mahkamah berpendapat bahawa dalam dunia komersial, perkara seumpama ini adalah biasa dan mengambilkira SP4 telah terlibat dalam dunia komersial bertahun-tahun bersama Perayu, perkara seumpama ini adalah persefahaman di antara klien dan peguam dan hanya tidak dibuat S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q secara black-and-white sahaja atas alasan yang mereka sahaja yang mengetahui. Perkara ini adalah biasa dalam alam komersial. [67] Mahkamah juga memberi penekanan bahawa SP4 telah membenarkan duit dari DPSB digunakan untuk membayar hutang HSL Group berjumlah RM28,000 kepada firma audit. Persoalan yang timbul ialah kenapa pula jumlah ini dibenarkan oleh SP4 dikeluarkan dari akaun DPSB? Dari sini jelas menunjukkan sememangnya terdapatnya understanding di antara SP4 dan Perayu dalam apa-apa tindakan kewangan syarikat tersebut. [68] Mengambilkira SP4 adalah Pengarah kepada DPSB dan Managing Director HSL Group dan beliau adalah main person yang mengawal kewangan DPSB, oleh itu, Turquand’s rule adalah terpakai dalam kes ini dan tindakan sebegini tidak memerlukan Resolusi Pengarah lain dan adalah memadai dengan arahan SP4 sahaja. [69] Mahkamah juga mengambilkira keterangan Perayu (lihat Penyata saksi m.s. 679-724 RR Jilid 2D) menunjukkan bahawa Perayu telah mengenali SP4 sejak tahun 2005 semasa SP4 menjadi Pengarah Khind Holdings Berhad (“Khind”) (rujuk m.s. 2 HSL Group’s 2010 annual report-ekshibit D33) dan Perayu pada masa tersebut adalah Penasihat Perundangan Korporat bagi Khind. Perayu mula memberi nasihat undang-undang kepada SP4 pada September 2010 di mana HSL Group melalui DPSB berada dalam proses hendak melupuskan 6 unit lot kedai berjumlah RM 9 juta. Terdapat banyak transaksi-transaksi yang mana SP4 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q mengarahkan Perayu mengendalikan kerja-kerja perundangan yang melibatkan HSL Group dan subsidiarinya dari Februari 2011 sehingga Mac 2013. Perayu masih meneruskan perkhidmatan perundangan walaupun terdapat 57 bil-bil yang masih tertunggak / tidak dibayar. Menurut Perayu, selepas surat bertarikh 19.9.2012 (ekshibit D86A dalm RR Jilid 3C m.s. 478) diisu, tiada sebarang jawapan pernah diberi oleh SP4 berkaitan bil-bil yang tertunggak walaupun Perayu telah mengemukakan bil-bil tersebut seperti yang dikehendaki oleh SP4 berjumlah RM1,680,470.65 (yang masih tertunggak sehingga hari ini). [70] Berkenaan ekshibit D84A dan D86A, Mahkamah mendapati perkara ini seharusnya diberi perhatian oleh HMS2. Keterangan dalam Mahkamah dan keterangan dokumentar perlu diberi perhatian oleh HMS2 semasa SP4 memberi keterangan. Rujukan kepada kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd lwn. Tinjar Co [1979] 1 MLRA 81 Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut:- “Nevertheless, the learned trial judge expressed himself to be completely satisfied with the veracity of the respondent’s witnesses and their evidence. He purported to come to certain findings of fact on the oral evidence but did not notice or consider that the respondent’s oral evidence openly clashed with its contemporaneous documentary evidence. For myself, I would with respect feel somewhat safer to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q recollection or version of it, particularly if he is a witness with a purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings. Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity.” 57) The evidential value of contemporaneous documentary evidence is well accepted as stated in Eastern & Oriental Hotel (1951) Sdn Bhd V. Ellarious George Fernandez & Anor [1988] 1 CLJ Rep 50 (TAB 9, pages 355 – 360 ABA1) where the Supreme Court held at page 52:- “It is trite law that an appellate Court would in appropriate cases act upon its own view of conflicting evidence (see Coghlan v. Cumberland [1898] 1 Ch D 704 and Bigsby v. Dickinson [1876] 4 Ch D 24), and it was argued on behalf of the appellant that the Judge had overlooked certain evidence which might otherwise have caused him to come to a different finding. We would respectfully agree with the soundness of the observation made in Armagas Ltd.v. Mundogas SA (The “Ocean Frost”) [1986] 1 Lloyds Rep 1 which reads: “It is frequently very difficult to tell whether a witness is telling the truth or not; and where there is a conflict of evidence such as there was in the present case, reference to the objective facts and documents to the witness’ motives, and to the overall probabilities can be of very great assistance to a Judge in ascertaining the truth.” In commercial cases there is usually a substantial body contemporary documentary S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q evidence. This is not strictly speaking a commercial case, but the relevance of contemporaneous documents nevertheless holds true. 58) Also in GUAN TEIK SDN BHD v. HJ MOHD NOOR HJ YAKOB & ORS [2000] 4 CLJ 324 (TAB 10, pages 361 – 370 ABA1) where the Court of Appeal held at page 330 as follows:- “In cases where conflicting evidence are presented before a court, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also incumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact. In this instance the learned trial judge discredited the evidence of the appellant, accepted the evidence of the respondents whole heartedly and disregarded the contemporaneous documents totally. We say that he had erred as he had failed to direct his mind as to the probative effect of the contemporaneous documents. He should, after accepting the respondents’ evidence, weighed it against the contemporaneous documents and evaluate whether such documents support the respondents’ oral testimony.” [71] Jelas bahawa HMS2 tidak mengambilkira secara menyeluruh keterangan dokumentar kontemporari (contemporaneous documentary evidence) yang dikemukakan oleh Perayu berbanding dengan penafian kosong SP4 (rujuk ekshibit D93 S/N jizg8vAc0UylQln2H0K/Q dalam RR Tambahan Jilid 3C m.s. 58-61 berkaitan kes pecah amanah di m.s. 207-210 dalam Jilid 2B dalam Nota keterangan kes Money Laundering). Perkara ini yang ditimbulkan patut diberi perhatian oleh HMS2 memandangkan terdapatnya beberapa kes di Mahkamah terhadap Perayu dan juga syarikat yang melibatkan SP4. KESIMPULAN [72] Mahkamah mendapati keadilan perjalanan kes terhadap seseorang Orang Kena Tuduh perlu diberi sepenuhnya dan peraturan kardinal (cardinal rule) ini hendaklah dipatuhi terutama dalam kes jenayah. Dalam rayuan ini Mahkamah mendapati bahawa:-