Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA PETISYEN PERCERAIAN NO : KA-33-178-08/2019 Dalam Perkara Seksyen 53. 54(1)(b),
KA-33-178-08/2019
High Court of Malaysia5 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA PETISYEN PERCERAIAN NO : KA-33-178-08/2019 Dalam Perkara Seksyen 53. 54(1)(b),
d
dan 88 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976; Dan Dalam Perkara Kaedah-Kaedah Prosiding Perceraian dan Hal Ehwal Suami Isteri 1980 ANTARA ONG MING THONG (NO. K/P: 740503-02-5335) --- PEMPETISYEN DAN CHONG PHAIK AI (NO. K/P: 770716-07-5712) --- RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN
1
Ini ialah Petisyen Perceraian yang difailkan oleh Pempetisyen Suami, Ong Ming Thong, terhadap Responden Isteri, Chong Phaik Ai, di bawah seksyen 53 dan 54 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 ("LRA 1976").
2
Petisyen ini turut melibatkan isu-isu berkaitan hak penjagaan anak, nafkah isteri dan anak, serta pembahagian harta sepencarian.
3
Setelah melalui proses pliding yang panjang, afidavit tambahan daripada kedua-dua pihak, keterangan saksi, serta hujahan bertulis, Mahkamah telah mendengar perbicaraan penuh pada 15, 16 dan 27 Oktober 2024 dan menyampaikan keputusan pada 5 Mei
2025
Pihak-pihak tidak berpuas hati dengan keputusan dan telah memfailkan rayuan masing-masingnya.
4
Di sini disediakan Alasan Penghakiman bagi keputusan tersebut bagi maksud rayuan yang dikemukakan.
5
Pempetisyen Suami dan Responden Isteri telah berkahwin secara sah pada 9 November 2005 di Jabatan Pendaftaran Negara, Kedah.
6
Daripada perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ong Joe Earn, yang kini berusia 19 tahun dan sedang melanjutkan pengajian tinggi.
7
Hubungan perkahwinan pasangan ini mula renggang sekitar tahun 2017 apabila pihak-pihak tinggal berasingan. Terdapat pertuduhan balas mengenai kegagalan menunaikan tanggungjawab rumahtangga, termasuk dakwaan keganasan rumah tangga serta isu kewangan.
8
Sepanjang prosiding, kedua-dua pihak telah memfailkan pelbagai afidavit tambahan, dokumen, dan kenyataan saksi. Fakta-fakta yang tidak dipertikaikan telah direkodkan sebagai Fakta Dipersetujui dalam Encl. 70.
9
Secara ringkasnya, Mahkamah merumuskan bahawa hujahan Pempetisyen Suami berkenaan dengan perkahwinan antara kedua- dua Pempetisyen Suami dan Responden Isteri telah hancur akibat pertikaian berterusan dan pengasingan sejak 2017. Pempetisyen Suami dengan itu menekankan bahawa syarat perenggan 54(1)(d) LRA 1976 telah dipenuhi kerana pihak-pihak telah hidup berasingan melebihi tempoh dua tahun.
10
Sehubungan dengan itu, dalam Petisyen Perceraian yang difailkan, Pempetisyen Suami memohon perintah-perintah seperti yang berikut:
a
supaya perkahwinan Pempetisyen Suami dan Responden Isteri dibubarkan dengan pengisytiharan Dekri Nisi yang akan diisytiharkan mutlak dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Dekri Nisi ini kecuali alasan yang mencukupi diberikan kepada Mahkamah dalam masa tersebut dari tarikh ini kenapa Dekri Nisi tidak boleh diisytiharkan mutlak;
b
Rumah berkembar 2 tingkat matrimonial beralamat No.10, Taman Gunung Tahan Fasa 1, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah yang didaftarkan atas nama Pempetisyen Suami dipindah milik kepada Responden
c
Rumah berkembar 2 tingkat matrimonial beralamat No.14, Taman Gunung Tahan Fasa 1, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah yang didaftarkan atas nama Responden Isteri yang masih di bawah pinjaman Hong Leong Bank;
d
Pempetisyen Suami membayar baki bayaran ansuran kepada Bank bagi pembelian hartanag di perenggan (c) sehingga selesai memandangkan hartanah tersebut disewa kepada pihak ketiga dan sewa bulanan sebanyak RM1500.00 Pempetisyen Suami akan membiayai jumlah perbezaan dari ansuran bulanan dengan kadar sewa bulanan tersebut;
e
Responden Isteri memindah milik 1/3 bahagian rumah kedai beralamat No.43, Taman Bandar Baru Mergong, jalan Kurong 1, 05050 Alor Setar, Kedah kepada
f
Responden Isteri memiindah milik ½ bahagian rumah kedai beralamat di No. 323, taman Bandar Baru Mergong, Jalan Perusahaan 2, 05050 Alor Setar, Kedah kepada
g
Responden Isteri memindah milik ½ bahagian tanah kosong yang dikenali sebagai H.S.(D) 16602, PT 307, Bandar Darul Aman, Daerah Kubang Pasu yang beralamat di Country Heights kepada Pempetisyen
h
Hak penjagaan bersama terhadap anak tersebut;
i
Pempetisyen Suami menanggung perbelanjaan anak tersebut;
j
Pempetisyen Suami suami akan membayar nafkah sebanyak RM1,500 setiap bulan kepada Responden Isteri
k
Bahawa segala kos Petisyen ditanggung oleh Pempetisyen Suami; dan
l
Lain-lain relief mengikut budi bicara Mahkamah yang mulia ini.
11
Berhubung dengan nafkah yang dituntut oleh Responden Isteri , Pempetisyen Suami berhujah bahawa tuntutan sejumlah RM2 juta sekali gus oleh Responden Isteri adalah melampaui kemampuan Pempetisyen Suami. Pendapatan Pempetisyen Suami terhad dan komitmen kewangan sedia ada perlu diambil kira.
12
Dalam soal harta sepencarian, Pempetisyen Suami mendakwa beberapa hartanah adalah hasil titik peluhnya sendiri atau dengan bantuan keluarganya, dan tidak wajar dikongsi sepenuhnya dengan Responden Isteri.
13
Dalam hujahannya, Responden Isteri menegaskan bahawa antara lain sebab perkahwinan Pempetisyen Suami dan dirinya gagal kerana salah laku Pempetisyen Suami, termasuklah keganasan rumah tangga dan kecurangan hubungan luar nikah.
14
Dalam Jawapan kepada Petisyen, Responden Isteri telah membuat tuntutan balasnya dengan menyatakan bahawa jika Mahkamah membenarkan Perintah bagi perceraian seperti yang dipohon dalam Petisyen Perceraian tersebut, Responden Isteri selanjutnya memohon untuk perintah-perintah seperti berikut:
a
Bahawa kesemua hartanah yang tersebut di bawah ini dijual dan kesemua hasil daripada jualan tersebut dibahagikan sama rata di antara Pempetisyen Suami dan Responden Isteri: i. Sebuah hartanah berupa rumah kediaman 2 tingkat berkembar (rumah matrimonial) di bawah pegangan H.S.(M) 816 PT No.1 1209 Tempat Alor Bangsa, Mukim Pengkalan Kundor, Daerah Kota Setar, Negeri Kedah yang mempunyai alamat pos No.10, Taman Gunung Tahan Fasa 1, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah yang didaftarkan atas nama Pempetisyen Suami (1/2 bahagian) dan ibu kepada Pempetisyen Suami, Tan Moi (K/P NO:5I0721-02-5292)(1/2 bahagian). ii. Sebuah hartanah berupa rumah kediaman 2 tingkat berkembar yang mempunyai alamat pos No.14, Taman Gunung Tahan Fasa 1, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah yang didaftarkan atas nama Responden Isteri. Hartanah ini masih lagi dicagarkan kepada Hong Leong Bank Berhad sebagai cagaran untuk pinjaman yang masih belum dibayar balik sepenuhnya. iii. Sebuah hartanah berupa rumah kedai 2 tingkat di bawah pegangan H.S.(M) 14684, PT No. 1322, Tempat Mergong, Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Negeri Kedah, yang mempunyai alamat pos No.43, Taman Bandar Baru Mergong, Jalan Kurong 1, 05050 Alor Setar, Kedah yang didaftarkan atas nama Pempetisyen Suami (1/3 bahagian), Responden Isteri (1/3 bahagian) dan ibu kepada Pempetisyen Suami, Tan Moi (K/P NO: 510721-02-5292) (1/3 bahagian). iv. Sebuah hartanah berupa rumah kedai 2 tingkat di bawah pegangan Geran Mukim 29463 Lot 10314 Seksyen 50, Tempat Mergong, Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Negeri Kedah yang mempunyai alamat pos No.323, Taman Bandar Baru Mergong, Jalan Perusahaan 2, 05050 Alor Setar, Kedah yang didaftarkan atas nama Pempetisyen Suami (1/2 bahagian) dan Responden Isteri (1/2 bahagian). v. Sebuah hartanah berupa sebidang tanah kosong di bawah pegangan H.S.(D) 16602, PT No.307, Bandar Darul Aman, Daerah Kubang Pasu, Negeri Kedah (Kolej Heights Utara) yang didaftarkan atas nama Pempetisyen Suami (1/2 bahagian) dan Responden Isteri (1/2 bahagian). vi. Sebuah hartanah berupa rumah kediaman 2 tingkat teres yang mempunyai alamat pos No.41A, Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu, 05400 Alor Setar, Kedah yang didaftarkan atas nama Pempetisyen Suami (1/2 bahagian) dan ibu kepada Pempetisyen Suami, Tan Moi (K/P NO: 510721-02- 5292) (1/2 bahagian).
b
Bahawa % bahagian daripada nilai terkini pelaburan Pempetisyen Suami dalam Ekuiti/Amanah Saham melalui akaun pelaburan dengan OCBC Bank (Malaysia) Berhad akaun no.7 50-504264-6 dibayar oleh Pempetisyen Suami kepada Responden Isteri;
c
Bahawa hak penjagaan anak, Ong Joe Earn (K/P NO:060427-02-0866) diberikan kepada Responden Isteri dengan akses bebas diberikan kepada Pempetisyen Suami termasuk untuk membawa anak tersebut untuk bermalam di rumah Pempetisyen Suami dengan syarat ia tidak mengganggu pendidikan anak tersebut;
d
Bahawa Pempetisyen Suami membayar nafkah sebanyak RM5,000.00 setiap bulan kepada Responden Isteri dalam masa penjalanan pembicaraan Petisyen ini;
e
Bahawa Pempetisyen Suami membayar nafkah sebanyak RM5,000.00 setiap bulan kepada Responden Isteri apabila Mahkamah memberi atau selepas Mahkamah memberi suatu dekri perceraian dalam guaman ini;
f
Bahawa Pempetisyen Suami membayar nafkah sekali gus sebanyak RM2,000,000.00 kepada Responden Isteri;
g
Bahawa Pempetisyen Suami menanggung dan membayar perbelanjaan anak tersebut yang dianggarkan sebanyak RM3,000.00 setiap bulan;
h
Bahawa segala kos Petisyen ini ditanggung dan dibayar oleh Pempetisyen Suami.
i
Bahawa Pempetisyen Suami mengisytiharkan segala harta alih atau tak alih, wang dalam akaun-akaun simpanan, tetap dan/atau pelaburan dengan kesemua bank dan pegangan saham dalam kesemua syarikat sama ada disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur atau tidak, sama ada atas nama nya sendiri atau atas nama orang lain sebagai pemegang amanah untuk dirinya atau yang mana Pempetisyen Suami merupakan benefisiari nya;
j
dan relif-relif lain yang Mahkamah fikir suai manfaat.
15
Dalam isu nafkahnya, Responden Isteri telah menuntut nafkah sekali gus RM2 juta, atau jumlah lain yang adil, sebagai jaminan hidup selepas perceraian oleh sebab Responden Isteri semasa keterangan di Mahkamah menekankan gaya dan taraf hidupnya semasa perkahwinan dan kemampuan Pempetisyen Suami.
16
Dalam soal harta sepencarian, Responden Isteri berhujah bahawa kebanyakan hartanah diperoleh dalam tempoh perkahwinan, oleh itu Responden Isteri berhak kepada bahagian yang adil berdasarkan prinsip undang-undang yang terpakai.
17
Dalam Petisyen Perceraian ini, Mahkamah mendapati bahawa isu-isu yang perlu diputuskan ialah seperti yang berikut:
a
Sama ada perkahwinan pihak-pihak telah pecah-belah tanpa sebarang prospek untuk dipulihkan (perenggan 54(1)(b) LRA 1976).
b
Nafkah Responden Isteri: jumlah, bentuk bayaran (sekali gus atau berkala), dan tempoh.
c
Nafkah anak: jumlah yang munasabah sehingga tamat pengajian.
d
Harta sepencarian: sama ada Responden Isteri berhak kepada bahagian harta-harta yang diperoleh sepanjang perkahwinan, dan bagaimana ia harus dibahagikan.
e
Kos prosiding. F. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH
18
Setelah meneliti keterangan dokumen dan keterangan lisan serta penghujahan peguam cara kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati dengan hakikat bahawa kedua-dua Pempetisyen Suami dan Responden Isteri yang telah tinggal berasingan lebih daripada dua tahun, kemungkinan untuk dipulihkan adalah mustahil. Sehubungan dengan itu Mahkamah berpandangan bahawa peruntukan dalam perenggan 54(1)(d) LRA 1976 jelas terpakai. Mahkamah percaya perkahwinan antara Pempetisyen Suami dan Responden Isteri telah pun didapati pecah-belah secara muktamad.
19
Dalam hal permintaan nafkah oleh Responden Isteri, ia adalah berlandaskan seksyen 77 Akta 164 yang membolehkan Mahkamah memerintahkan seorang suami itu membayar nafkah kepada isteri. Seksyen 77 memperuntukkan seperti yang berikut: “(1) The court may order a man to pay maintenance to his wife or former wife-
a
during the course of any matrimonial proceedings;
b
when granting or subsequent to the grant of a decree of divorce or judicial separation;
c
if, after a decree declaring her presumed to be dead, she is found to be alive.
2
The court shall have the corresponding power to order a woman to pay maintenance to her husband or former husband where he is incapacitated, wholly or partially, from earning a livelihood by reason of mental or physical injury or ill-health, and the court is satisfied that having regard to her means, it is reasonable so to order.
20
Seksyen 78 seterusnya menyebut tentang kuasa Mahkamah sepeti yang berikut: “78. In determining the amount of any maintenance to be paid by a man to his wife or former wife or by a woman to her husband or former husband, the court shall base its assessment primarily on the means and needs of the parties, regardless of the proportion such maintenance bears to the income of the husband or wife as the case may be, but shall have regard to the degree of responsibility which the court apportions to each party for the breakdown of the marriage.”
21
Berkaitan dengan tuntutan nafkah sekali gus oleh Responden Isteri sebanyak RM2 juta itu, Mahkamah mendapati, daripada penilaian Mahkamah terhadap keterangan yang dikemukakan mengenai kedudukan kewangan Pempetisyen Suami, tuntutan RM2 juta sekali gus itu adalah tidak munasabah berbanding kemampuan sebenar Pempetisyen Suami.
22
Mahkamah mengambil kira sumbangan Pempetisyen Suami sepanjang perkahwinan serta keperluan semasa dirinya. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya atas keterangan berkaitan dengan perkara tersebut, Mahkamah percaya, suatu nafkah yang adil dan munasabah adalah RM300,000 sekali gus diberikan dalam tempoh sebulan dari tarikh keputusan Mahkamah dan selanjutnya RM5,000 bagi setiap bulan selama 7 tahun bermula dari tarikh Perintah.
23
Prinsip ini telah ditegaskan dalam kes Tan Bee Giok v Tan Kee Guan [1996] 3 MLJ 321 yang menyatakan bahawa Mahkamah boleh memberikan nafkah berterusan bagi membantu isteri menyesuaikan diri selepas perceraian.
24
Mahkamah percaya pengaturan ini lebih munasabah dan teratur bagi membolehkan perancangan kewangan kedua-dua pihak, terutamanya di pihak Pempetisyen Suami, akan menjadi lebih teratur dan menjadi jaminan yang berkekalan untuk Responden Isteri. [Rujuk juga kes Shirley Kathreyn Yap v Malcolm Thwaites [2012] 9 CLJ 305; REV v JEV [2024] 9 CLJ 599]
25
Dalam hal nafkah anak pula, Mahkamah mendapati bahawa anak tunggal pasangan kini sedang melanjutkan pengajian tinggi.
Preamble
Menurut peruntukan seksyen 92 Akta 164, menjadi kewajipan ibu bapa untuk memberikan nafkah kepada anak mereka. Seksyen 92 menyebut: “Except where an agreement or order of court otherwise provides, it shall be the duty of a parent to maintain or contribute to the maintenance of his or her children, whether they are in his or her custody or the custody of any other person, either by providing them with such accommodation, clothing, food and education as may be reasonable having regard to his or her means and station in life or by paying the cost thereof.”
26
Seksyen 93 seterusnya memperuntukkan kuasa Mahkamah untuk membuat perintah bagi pemberian nafkah dalam keadaan yang berikut: “(1) The court may at any time order a man to pay maintenance for the benefit of his child-
a
if he has refused or neglected reasonably to provide for the child;
b
if he has deserted his wife and the child is in her charge;
c
during the pendency of any matrimonial proceedings; or
d
when making or subsequent to the making of an order placing the child in the custody of any other person.
2
…..
3
An order under subsection (1) or (2) may direct payment to the person having custody or care and control of the child or trustees for the child.”
27
Perintah ini adalah selaras dengan prinsip yang diputuskan dalam kes Ching Seng Woah v Lim Shook Lin [1997] 1 MLJ 109, di mana Mahkamah menegaskan bahawa tanggungjawab ibu bapa terhadap anak tidak tamat dengan perceraian, dan kebajikan anak hendaklah diutamakan. Dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa nafkah hendaklah mencukupi dan munasabah berdasarkan keperluan anak serta kemampuan pihak yang bertanggungjawab, dan Mahkamah boleh membuat perintah nafkah walaupun selepas perkahwinan dibubarkan.
28
Berdasarkan keterangan tentang pendapatan Pempetisyen Suami yang telah dikemukakan di hadapan Mahkamah dan setelah diimbangi dengan fakta keperluan semasa anak, Mahkamah percaya Pempetisyen Suami sebenarnya berkeupayaan. Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpuas hati bahawa jumlah RM3,000 sebulan sehingga tamat pengajian adalah munasabah.
29
Sepanjang perbicaraan Mahkamah telah meneliti semua keterangan, dokumen, dan sumbangan pihak-pihak. Dalam membuat pertimbangan tentang isu sumbangan Responden Isteri, Mahkamah menegaskan bahawa Mahkamah berpegang kepada prinsip “sumbangan” dalam suatu perkahwinan itu adalah sama ada secara langsung dan tidak langsung dan hendaklah diaplikasikan dalam pembahagian harta sepencarian. [Rujuk: Teoh Hooi Leong v Lim Geok Choo [1998] 3 MLJ 228; Ching Seng Woah v Lim Shook Lin [1997] 1 MLJ 109].
30
Keputusan berkaitan dengan harta sepencarian adalah berlandaskan prinsip dalam kes Koh Jui Hien v Wong Ming Fui [2001] 2 MLJ 576 dan Lee Yee Kum v Wong Tak Seng [2005] 3 MLJ 865, di mana Mahkamah menekankan keadilan dalam pengagihan harta sepencarian serta keperluan anak sebagai faktor yang relevan. Dalam kes tersebut, Mahkamah telah menegaskan bahawa dalam membuat pembahagian harta sepencarian, sumbangan langsung dan tidak langsung hendaklah diambil kira, termasuk peranan sebagai suri rumah tangga. Mahkamah dalam kedua-dua kes tersebut juga menekankan prinsip keadilan sebagai asas pembahagian harta, dan bahawa harta yang diperoleh semasa perkahwinan, walaupun atas nama satu pihak boleh dianggap sebagai harta sepencarian jika terbukti sumbangan bersama.
31
Sehubungan dengan itu, berkaitan dengan tuntutan harta sepencarian dalam Petisyen Perceraian ini, Mahkamah telah meneliti hujahan kedua-dua pihak berhubung isu pembahagian harta sepencarian tersebut dengan mengaplikasikan prinsip sedia ada yang diputuskan oleh kes-kes tersebut.
32
Mahkamah mendapati dalam penghujahan Pempetisyen Suami, Pempetisyen Suami menyatakan bahawa sebahagian besar hartanah yang diperoleh semasa perkahwinan adalah hasil titik peluh Pempetisyen Suami sendiri, termasuk melalui pinjaman bank atas namanya atau dengan bantuan kewangan keluarganya. Pempetisyen Suami juga menegaskan bahawa Responden Isteri tidak memberikan sumbangan kewangan yang signifikan, dan oleh itu tidak wajar diberikan bahagian yang besar.
33
Dalam hal ini, prinsip dalam sekyen 76 LRA 1976 menuntut Mahkamah menilai sumbangan sebenar, bukan membuat pembahagian secara automatik.
34
Merujuk kepada hujahan Responden Isteri, Mahkamah dapati Responden Isteri dengan tegas menyatakan yang semua perolehan harta sepanjang perkahwinan itu merupakan harta sepencarian dalam maksud seksyen 76 LRA 1976. Responden Isteri menekankan bahawa selain sumbangan kewangan, Mahkamah wajib mengambil kira sumbangan tidak langsung seperti pengurusan rumah tangga, menjaga anak, serta menyokong kerjaya Pempetisyen Suami.
35
Mahkamah merujuk kepada kes Teoh Hooi Leong v Lim Geok Choo [1998] 3 MLJ 228 dan Ching Seng Woah v Lim Shook Lin [1997] 1 MLJ 109, yang menegaskan bahawa kerja-kerja rumah tangga dan tanggungjawab domestik merupakan sumbangan yang bernilai dan tidak boleh diketepikan.
36
Dalam hal ini, Mahkamah menerima bahawa prinsip undang-undang yang terpakai, iaitu bahawasanya sumbangan langsung dan tidak langsung kedua-dua pihak mesti diambil kira sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 76(1) dan 76(2) LRA 1976. Sumbangan Responden Isteri tidak boleh diukur hanya pada aspek sumbangan kewangan, tetapi juga peranan Responden Isteri dalam menjaga rumah tangga dan anak sepanjang tempoh perkahwinan.
37
Pada masa yang sama, Mahkamah juga perlu menimbang keterangan Pempetisyen Suami mengenai beban pinjaman bank dan penglibatan keluarganya dalam memperoleh sebahagian harta-harta tersebut. Oleh itu, tidak semua hartanah boleh dibahagi sama rata, khususnya bagi harta yang jelas melibatkan sumbangan langsung pihak ketiga, iaitu ibu Pempetisyen Suami.
38
Setelah menilai semua keterangan, Mahkamah membuat keputusan pembahagian, selaras dengan prinsip dalam kes Teoh Hooi Leong, Ching Seng Woah, serta berdasarkan keadilan fakta kes ini.
39
Keputusan ini adalah adil kerana Mahkamah telah mengambil kira kedua-dua jenis sumbangan, kewangan dan bukan kewangan, serta fakta bahawa sebahagian aset melibatkan kepentingan pihak ketiga yang tidak boleh diketepikan.
40
Setelah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap semua keterangan dokumen dan keterangan lisan kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan seperti yang berikut:
a
(A) Isu Hartanah i. Hartanah No.10 – dipindah milik kepada Responden Isteri. ii. Hartanah No.14 – dipindah milik kepada Responden Isteri. iii. Rumah kedai No.43–dipindah milik kepada Pempetisyen Suami. iv. Rumah kedai No.323–½ bahagian Responden Isteri dipindah milik kepada Pempetisyen Suami. v. Tanah kosong PT 307–dipindah milik kepada Pempetisyen Suami. vi. Tanah kosong C-52–dipindah milik seluruh bahagian kepada anak, melalui amanah sehingga umur 21 tahun atau selesai bayaran bank, yang mana lebih awal. vii. Hartanah yang ada bahagian milik ibu Pempetisyen Suami – tuntutan Responden Isteri ditolak. viii. Hartanah No. 43 – ⅓ bahagian Responden Isteri dipindah milik kepada Pempetisyen Suami. ix. Hartanah No. 41A – kekal milik Pempetisyen Suami dan ibu Pempetisyen Suami. x. Saham di bawah nama Responden Isteri – kekal milik Responden Isteri.
b
(B) Nafkah Responden Isteri i. Tuntutan nafkah RM2 juta ditolak. ii. Nafkah Responden Isteri: RM300,000 sekali gus (dibayar dalam sebulan) dan RM5,000 sebulan selama 7 tahun.
c
(C) Nafkah Anak Nafkah anak: RM3,000 sebulan sehingga tamat pengajian tinggi.
d
(D) Nafkah Responden Isteri Semasa Prosiding Berjalan RM5,000 sebulan, dengan penolakan RM1,500 yang telah dibayar.
e
(E) Kos Prosiding Pempetisyen Suami membayar kos RM15,000 kepada Responden Isteri.
f
(F) Perceraian i. Petisyen Perceraian dibenarkan. ii. Dekri nisi, menjadi mutlak selepas 3 bulan. Bertarikh : 26 September 2025 ……………………………………………… (YA PUAN MAHAZAN BINTI MAT TAIB) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR, KEDAH Peguam Pempetisyen : Norazam Majid (Tetuan Azam Majid & Associates) Peguam Responden : Ang Jun Jia (Tetuan Max Yee & Ang)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.