Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA-B52NCvC-214-05/2022 ANTARA ONG SHOW SIK (pengamal perubatan dan pemilik tuan punya tunggal Klinik Sentral) (NO K/P: 720125015683) ...PLAINTIF DAN AIA HEALTH SERVICES SDN. BHD. ...DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Menolak permohonan agar kes dihidupkan semula) PENGENALAN [1] Kes ini ditetapkan untuk bicara penuh dan plaintif tidak hadir tanpa sebarang sebab. peguam cara Plaintif hadir dan tidak dapat menjelaskan atas kegagalan plaintif untuk hadir. Maka, saya membatalkan tuntutan plaintif atas ketidakhadiran ini pada 27.5.2025. LATAR BELAKANG [2] Saya perturunkan di sini minit prosiding pada 27.5.2025 untuk memudahkan pemahaman apa yang berlaku dalam kes ini. 06/10/2025 13:22:09 WA-B52NCvC-214-05/2022 Kand. 116 MINIT PROSIDING PADA 27 Mei 2025 En Prem Peguamcara Plaintif Encik Teng Wei Hun Peguamcara Defendan Kes untuk sambung bicara. Peguamcara Plaintif: Saya dah telefon anakguam saya sejak 7.30 pagi lagi. Saya tidak dapat hubungi beliau. I need sometime to ascertain what has happened to him. He has not gotten back to me. He is staying in Segamat. My last contact with him is three days back, Saturday 24.5.25. Peguamcara Defendan: I ask for cost of RM1,000.00. Mahkamah: Kes dibatalkan kerana plaintif yang merupakan saksi tidak hadir dan tidak memberikan sebarang alasan. Peguamcara Plaintif sendiri tidak dpt menghubungi plaintif. Kes boleh dihidupkan semula jika dalam masa tujuh hari dari hari ini, Peguamcara Plaintif memohon kepada mahkamah untuk menghidupkan kes dengan memberi alasan yang boleh diterima mengenai kegagalan plaintif untuk hadir pada hari ini. Permohonan boleh dibuat melalui email. Jika alasan tidak diterima, maka permohonan formal perlu difailkan dan diserahkan kepada pihak defendan yang diberi hak untuk respon. Kos kehadiran defendan defendan dan Peguamcara Defendan hari ini diberikan sebanyak RM500.00. [3] Pada 28.5.2025 pihak plaintif melalui peguam cara Plaintif menghantar e-mel memohon agar kes dihidupkan semula. Diperturunkan di bawah ini e-mel berkenaan. E-MEL MEMOHON KES DIHIDUPKAN SEMULA 28 Mei 2025 TUAN HAKIM, Per: Permohonan untuk reinstatement GUAMAN SIVIL NO: WA-B52NCvC-214-05/2022 (Ong Show Sik v AIA Health Services Sdn Bhd) Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk yang mana kami mewakili Plaintif yang dinamakan di atas. Kes tersebut telah ditetapkan pada 27, 28 dan 29 Mei 2025 bagi penerusan perbicaraan kes. Anak guam kami sepatutnya hadir bagi meneruskan keterangan beliau sebagai saksi pada 27 Mei 2025. Anak guam kami pada awal pagi 27 Mei 2025, telah mempunyai simptom-simptom sakit dada dan jantung. Beliau kemudian telah dibawa ke klinik dan/atau hospital bagi rawatan dan pemerhatian medikal. Dalam keadaan bergegas dan panik begitu, anak guam kami telah tertinggal telefon bimbit beliau di bilik tidurnya, dan tidak sempat untuk memaklumkan kepada pihak kami keadaan kesihatan beliau. Oleh disebabkan ini, pihak kami tidak dapat mengesan beliau dan justeru itu, tidak dapat memaklumkan kepada Mahkamah Yang Mulia ini, sebab-sebab ketidakhadiran beliau ke Mahkamah pada pagi 27 Mei 2025. Kami sini dengan segala hormatnya melampirkan surat cuti sakit beliau di Tab 1 bagi rujukan Mahkamah Yang Mulia ini. Kami memohon maaf dan kesal bahawa jadual Mahkamah Yang Mulia ini telah terjejas oleh isu kesihatan anak guam kami yang tidak dapat dielakkan. Kami percaya bahawa keadaan kesihatan anak guam kami, yang tidak dapat membolehkan beliau hadir ke Mahkamah adalah sebab-sebab munasabah bagi suatu reinstatement of case bagi GUAMAN SIVIL NO: WA-B52NCvC-214-05/2022 (Ong Show Sik v AIA Health Services Sdn Bhd). Segala pertimbangan daripada Mahkamah Yang Mulia ini, di dalam perkara ini, kami dahului dengan ribuan terima kasih PEREM SEGAR Peguambela & Peguamcara Advocates & Solicitors s/k SKRINE Peguamcara Defendan u/p: Teng Wei Hun [4] Saya telah meneliti e-mel ini dan juga memberi pertimbangan kepada bantahan pihak defendan untuk kes ini dihidupkan berdasarkan e-mel ini semata-mata. Mempertimbangkan kedudukan dan pandangan kedua-dua pihak, saya memutuskan agar satu permohonan formal difailkan oleh pihak plaintif untuk menghidupkan semula kes ini di mana pihak defendan akan mempunyai peluang untuk menjawab dengan memfailkan afidavit. [5] Selaras dengan arahan di atas, pihak plaintif telah memfailkan permohonan formal dan ia belum diserah kepada pihak defendan. Pihak defendan belum memfailkan apa-apa afidavit balasan. [6] Selain dari memfailkan notis rayuan terhadap keputusan saya membatalkan tuntutan plaintif atas ketidakhadiran plaintif pada hari bicara, plaintif juga memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah pembatalan tersebut. [7] Pada 25hb Ogos 2025 saya telah menolak permohonan Plaintif untuk menghidupkan semula kes Guaman Sivil No: WA-B52NCvC-214-05/2022 dan mengetepikan perintah bertarikh 27.5.2025 yang membatalkan kes Guaman Sivil No: WA-B52NCvC-214-05/2022, dengan kos sebanyak RM3,000.00. ALASAN PLAINTIF KENAPA TIDAK HADIR [8] Di dalam afidavit sokongannya, plaintif menyatakan sebab beliau tidak hadir di Mahkamah. Pada tarikh tersebut plaintif sepatutnya hadir ke Mahkamah untuk menyambung keterangan saya pada 27 Mei 2025. Namun demikian, plaintif pada awal pagi tersebut telah mempunyai simptom-simptom sakit dada. Simptom-simptom ini rasa seperti sakit dada yang dirasai sekiranya seseorang mempunyai sakit jantung. Saya cemas kerana saya bukan merupakan seorang yang mempunyai sejarah sakit jantung. Plaintif yang merupakan seorang doktor perubatan, kemudiannya telah bergegas ke Klinik beliau untuk mengambil tekanan darah dan mengambil ubat bagi melegakan rasa-rasa sakit tersebut. [9] Plaintif telah dibawa ke Klinik saya pada pagi tersebut oleh isteri beliau, namun demikian, rasa sakit tersebut belum lega. [10] Plaintif mendakwa telah meninggalkan telefon bimbit yang plaintif biasa guna untuk berkomunikasi dengan peguam cara di rumah, dan tidak sempat untuk memaklumkan kepada peguam cara mengenai isu kesihatan yang dihadapi pada masa tersebut. [11] plaintif menyatakan beliau tidak berada dalam keadaan kesihatan yang membolehkan saya untuk menghadiri prosiding Mahkamah sebagai saksi pada 27 Mei 2025. [12] Plaintif kemudian telah menelefon peguam saya pada jam lebih kurang 10.08 pagi, untuk memaklumkan kepada beliau bahawa saya tidak dapat hadir ke Mahkamah kerana isu kesihatan saya. ANALISA DAN DAPATAN [13] Pada tarikh bicara, pihak Peguam cara Plaintif sendiri tidak mengetahui sebab ketidakhadiran plaintif. Peguam cara Plaintif tidak dapat menghubungi anak guamnya untuk mengetahui sebab plaintif gagal hadir. Banyak cubaan di buat untuk menghubungi plaintif melalui telefon bimbit tetapi gagal. [14] Disebabkan plaintif gagal hadir, saya menggunakan budi bicara mahkamah di bawah A.35 Kaedah 1(2) untuk membatalkan tuntutan plaintif dengan kebebasan untuk menghidupkan semula jika ada alasan yang munasabah dikemukakan. [15] Setelah dimaklumkan bahawa plaintif tidak dapat dihubungi walaupun beberapa cubaan telah di buat, sedangkan pihak Peguam cara Defendan bersedia untuk meneruskan kes, maka saya memutuskan untuk membatalkan tuntutan plaintif atas ketidakhadiran plaintif. Ini untuk memastikan bahawa pihak-pihak yang membuat tuntutan atau pembelaan di mahkamah mengambil perhatian serius dan tidak lewa dengan prosiding bicara. Pada masa itu semua pihak tidak tahu status plaintif. Jadi, saya berpendapat cara terbaik adalah dengan membatalkan tuntutan dengan kebebasan untuk menghidupkan semula jika alasan munasabah dikemukakan. [16] Ini dibenarkan di bawah A.35 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Diperturunkan di bawah ini A.35 seperti berikut: