Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–B52NCvC–214–05/2022 ANTARA ONG SHOW SIK (pengamal perubatan dan pemilik tuan punya tunggal Klinik Sentral) (NO K/P: 720125015683) PLAINTIF DAN AIA HEALTH SERVICES SDN. BHD. DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Kes ini ditetapkan untuk bicara penuh dan plaintif tidak hadir tanpa sebarang sebab. Peguam cara Plaintif hadir dan tidak dapat menjelaskan atas kegagalan plaintif untuk hadir. Maka, saya membatalkan tuntutan plaintif atas ketidakhadiran ini pada 27.5.2025. LATAR BELAKANG [2] Saya perturunkan di sini minit prosiding pada 27.5.2025 untuk memudahkan pemahaman apa yang berlaku dalam kes ini. MINIT PROSIDING PADA 27 Mei 2025 En Prem Peguamcara Plaintif Encik Teng Wei Hun Peguamcara Defendan Kes untuk sambung bicara. Peguam cara Plaintif: Saya dah telefon anak guam saya sejak 7.30 pagi lagi. Saya tidak dapat hubungi beliau. 19/06/2025 15:52:46 WA-B52NCvC-214-05/2022 Kand. 103 I need sometime to ascertain what has happened to him. He has not gotten back to. He is staying in Segamat. My last contact with him is three days back, Saturday 24.5.25. Peguam cara Defendan: I ask for cost of RM1,000.00. Mahkamah: Kes dibatalkan kerana plaintif yang merupakan saksi tidak hadir dan tidak memberikan sebarang alasan. Peguam cara Plaintif sendiri tidak dapat menghubungi plaintif. Kes boleh dihidupkan semula jika dalam masa tujuh hari dari hari ini, Peguam cara Plaintif memohon kepada mahkamah untuk menghidupkan kes dengan memberi alasan yang boleh diterima mengenai kegagalan plaintif untuk hadir pada hari ini. Permohonan boleh diubat melalui e-mel. Jika alasan tidak diterima, maka permohonan formal perlu difailkan dan diserahkan kepada pihak defendan yang diberi hak untuk respons. Kos kehadiran defendan-defendan dan Peguam cara Defendan hari ini diberikan sebanyak RM500.00.