Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-1713-02/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ONG SOON LEONG [NO K/P:851007-10-5215]
WA-83-1713-02/2023
Magistrates Court of Malaysia28 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“idak", maka kes prima facie adalah tidak berjaya dibuktikan dan tertuduh hendaklah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. (Rujuk kes-kes: Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263, Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301; [2004] 2 MLRA 547; [2005] 1 AMR 321 FC).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 13 (TRAFIK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES : WA-83-1713-02/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ONG SOON LEONG [NO K/P:851007-10-5215]
1
Ini adalah Alasan Penghakiman yang telah disediakan bagi rayuan oleh pihak Pendakwaan ke atas keputusan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan.
2
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh dan dibicarakan atas pertuduhan di bawah seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
3
Dilampirkan pertuduhan ke atas tertuduh: Bahawa kamu pada 22.2.2023 jam lebih kurang 0215 hrs memandu m/kar nombor pendaftaeran VHK 9909 Jenis Lexus di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana kandungan alkohol di dalam badan kamu didapati sebanyak 171 mg dalam 100 ml darah iaitu lebih 121 mg alcohol daripada had yang ditetapkan iaitu 50 mg alkohol dalam 100 ml darah. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020). Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.
4
Pendakwaan telah mengemukakan seramai tujuh (7) orang saksi pendakwaan iaitu: SAKSI NAMA PERANAN SP1 Kpl Bonny Anak Ngelambai Penguatkuasa di JSPT KL SP2 Sjn Mohd Hafiz Bin Mohammad Fazil Pengadu SP3 Sjn Khairul Nizam Bin Bajri Anggota Operasi SP4 Noor Hidaya Binti Mohd Nasir Pegawai Kimia-Metrologis SP5 Insp Gunaseelan a/l Munisamy Pegawai Hembusan SP6 Kpl Farid Aizat Bin Ismail Jurugambar
5
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas Tertuduh dan Tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan pada 28.11.2025.
6
Pada 22.2.2023 lebih kurang jam 0215 hrs, anggota penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur diketuai Insp Hafiz Daud semasa menjalankan tugas penguatkuasaan di Jalan Dewan Bahasa menghala ke arah Jalan Istana telah menahan sebuah motokar VHK 9909 jenis Lexus kerana disyaki pemandunya memandu di bawah pengaruh alkohol.
7
Kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama Ong Soon Leong (No. K/P: 851007-10-5215) (selepas ini dirujuk sebagai “OKT”) dipercayai di bawah pengaruh alkohol. Kpl Boony Anak Ngelambai (SP1) telah membawa pulang OKT ke Balai Polis Trafik Tun H.S Lee bagi ujian pernafasan EBA II.
8
Ujian pernafasan menggunakan mesin EBA II telah dikendalikan Insp Gunaseelan a/l Munisamy (SP5) dan hasil ujian mendapati bahawa kandungan alkohol di dalam darah OKT adalah 171 mg/100 ml darah iaitu 121 mg/100 ml darah melebihi had yang dibenarkan.
9
OKT telah dipertuduhkan di Mahkamah Majistret Jenayah 13 (Trafik) Kuala Lumpur pada 22.02.2023 untuk satu pertuduhan di bawah seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) (selepas ini dirujuk sebagai “APJ 1987”.
10
10.
Preamble
Menurut Seksyen 173(f)(i) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), apabila kes bagi pihak pendakwaan ditutup, Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh. Dalam menjelaskan maksud kes prima facie, Mahkamah telah memutuskan dalam kes PP v Khee Thuan Giap [2017] 1 LNS 1838 seperti berikut: - “… A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. Based on the established principle of law, before the Court can rule that a prima facie case has been made out, a maximum evaluation of the credibility of the witnesses must be done at the close of the case for the prosecution … [15] Maximum evaluation means the assessment process for the essential purpose of analysing the credibility and reliability as well as trustworthiness of the evidence of the prosecution. Credible evidence is evidence which had been filtered and which had gone through the process of evaluation and any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected (see PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209). Thus, what is required by a trial Court is to test the evidence of a witness from all angles as well as its reliability and credibility by considering the entire evidence placed before the Court. The evidence must not be accepted at face value but must be tested and evaluated before reliance can be placed on each piece of evidence adduced. Further, the trial Court has the duty to consider the evidence which favours the defence. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution and if there is any such doubt, there can be no prima facie case (Balachandran v. PP (supra)). [16] The above principle of law on maximum evaluation should be read together with the principle relating to judicial appreciation of evidence which is set out in the following words of Gopal Sri Ram JCA in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19;; [2003] 2 MLJ 97. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness’s evidence, runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case, the approach to judicial appreciation of evidence is the same.”
11
Mahkamah dalam memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah bertanggungjawab mempertimbangkan keterangan kes pendakwaan dengan memberikannya satu penilaian yang maksima. Seterusnya, Mahkamah perlu mengutarakan persoalan muktamad berikut: Jika Mahkamah membuat keputusan untuk memerintahkan tertuduh membela diri dan tertuduh memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan tertuduh dengan kesalahan berdasarkann keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh pendakwaan. Jika jawapan bagi persoalan ini adalah "Ya", maka tertuduh mestilah diperintahkan untuk membela diri. Jika jawapan bagi persoalan ini adalah "Tidak", maka kes prima facie adalah tidak berjaya dibuktikan dan tertuduh hendaklah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. (Rujuk kes-kes: Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263, Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301; [2004] 2 MLRA 547; [2005] 1 AMR 321 FC).
12
Justeru, dalam membuat penilaian maksimum ke atas semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah perlu menentukan sama ada elemen-elemen bagi kesalahan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telahpun berjaya dipenuhi oleh pihak Pendakwaan atau tidak. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN Intipati pertama: Tertuduh adalah pemandu motokar yang mempunyai jagaan dan kawalan terhadap motokar pada masa material.
13
Elemen ini dipenuhi kerana keterangan bahawa Tertuduh sebagai pemandu motokar no pendaftaran VHK 9909 yang ditahan semasa memandu di sekatan jalan raya pada 22.02.2023 tidak dicabar oleh pihak pembelaan semasa pemeriksaan balas. Intipati kedua: Kandungan alkohol di dalam badan Tertuduh melebihi had yang dibenarkan.
14
Pihak pendakwaan menyatakan ujian nafas EBA II telah dijalankan oleh Insp Gunaseelan a/l Munisamy (SP5).
15
Di dalam kes ini, kandungan alkohol dalam darah OKT adalah sebanyak 171 mg dalam 100 ml darah yang mana dapat dilihat melalui eksibit P7A dan P7B yang merupakan slip keputusan ujian nafas EBA II yang dijalankan terhadap OKT.
16
Walaubagaimanapun, Mahkamah ini mendapati elemen kedua ini tidak dipenuhi kerana terdapat beberapa kelompongan dalam kes pendakwaan seperti mana yang berikut: a) Tiada mana-mana saksi yang mengesahkan SP5 adalah pegawai yang menjalankan ujian nafas EBA II terhadap OKT;
17
Mahkamah telah meneliti keterangan SP1, SP2 dan SP3. Kesemua saksi ini hanya bertugas di sekatan jalan raya pada malam kejadian dan tidak mengetahui apakah yang berlaku selepas OKT dibawa ke balai bagi ujian nafas EBA II.
18
Merujuk kepada keterangan SP5 sendiri, mahkamah telah bertanya soalan tambahan kepada SP5 seperti berikut: Mah: Tadi Insp kata anggota SJR dan siapa lagi anggota yang boleh sahkan Insp ada buat ujian hembusan? J: Anggota yang membantu. Mah: Insp ingat siapa anggota yang membantu? J: Tak ingat. Mah: Insp ingat siapa anggota SJR yang bawa OKT ke Balai dan pulang semula ke tempat SJR? J: Tak ingat.
19
Justeru, tiada satu pun keterangan yang dapat menyokong keterangan bahawa SP5 lah pegawai yang menjalankan ujian nafas EBA II terhadap OKT. b) Tiada pengecaman SP5 terhadap OKT sepanjang prosding;
20
Mahkamah mendapati tiada pengecaman SP5 terhadap OKT. Pengecaman hanya sekadar nama dan no kad pengenalan OKT dalam eksibit P7A dan P7B. SP5 hanya menyatakan tahu nama OKT ketika pemeriksaan utama seperti yang berikut: S: Boleh ingat keputusan EBA? J: Tak ingat. S: Butir berkenaan OKT. J: Ong Soon Leong. S: Butir lain insp jelaskan? J: Saya tak tahu.
21
Semasa SP5 diperiksa balas, pembelaan telah mencabar SP5 bahawa SP5 bukanlah individu yang jalankan ujian nafas EBA II terhadap OKT tetapi dijalankan oleh penama bernama Sarjan Mohd Ruslan Bin Zakaria. Rujuk pemeriksaan balas SP5 seperti berikut: S: Insp tak pernah berada di sana jalankan ujian EBA? J: Tak setuju. S: Tak dapat namakan nama nama anggota? J: Setuju. S: Sebenanrya EBA ini dibuat satu sarjan nama Roslan? J: Tak setuju. S: Keterangan ini disokong oleh dokumen yang dikemukakan? Sijil atas nama Sarjan Mohd Roslan.Inilah individu yang dijalankan? J: Tak setuju.
22
Memandangkan pembelaan telah mencabar isu ini, maka ketiadaan pengecaman SP5 terhadap OKT adalah kesilapan fatal yang menjejaskan kes pendakwaan. c) Kegagalan pihak pendakwaan memanggil penama Sarjan Mohd
23
Mahkamah juga mendapati pihak pendakwaan telah menyerahkan certificate of proficiency penama ini di bawah seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak pembelaan.
24
Pihak pembelaan telah mengemukakan certificate of proficiency ini ketika perbicaraan dan ditandakan seterusnya sebagai IDD10.
25
Pihak pendakwaan telah membangkitkan isu bahawa sebenarnya ujian nafas EBA II telah dijalankan oleh Sarjan Mohd Ruslan Bin Zakaria. Namun Pegawai Penyiasat (SP7) menyatakan terdapat kesilapan dengan masukkan sijil ini dalam kertas siasatan. Mahkamah merujuk pemeriksaan balas SP7 seperti berikut: S: Setuju tak dengan saya kes ini peringkat awal, ada 1 set dokumen diserahkan oleh pihak pendakwaan dan serah kepada pihak pembelaan? Tahu tak? S: Sijil kelayakan sarjan Mohd Ruslan Bin Zakaria dirujuk. J: Kami terima sijil kelayakan. Kesilapan saya masuk dalam fail. S: Sarjan Ruslan ada peranan tak? J: Sarjan ada kelayakan tiup juga. Insp Guna juga ada kelayakan. S: OKT diuji EBA oleh sarjan Ruslan? J: Tak setuju.
26
Mahkamah ini berpandangan kegagalan pihak pendakwaan memanggil penama ini sebagai saksi pendakwaan dan kegagalan menawarkan penama ini kepada pembelaan mengakibatkan inferens bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai kepada pihak pendakwaan di atas kegagalan mengemukakan saksi tersebut sebagai saksi pendakwaan. Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa – “The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public
27
Mahkamah juga merujuk soalan pemeriksaan balas SP5 seperti berikut: S: Tiada satu dapat sahkan, insp yang jalankan ujian EBA Test kepada OKT? j: Tak setuju. S: Siapa boleh sahkan? J: Team operasi. Team A. manakala sarjan Ruslan penguatkuasaan team B. Dia tak pernah jalankan ujian kepada team B. anggota tangkapan SJR.
28
Mahkamah memutuskan hanya penama ini sahaja yang dapat menutup kelompongan kes pendakwaan. d) Kredibiliti SP7 dan percanggahan keterangan saksi;
29
Mahkamah telah melihat perwatakan dan demeanour SP7 semasa memberi keterangan.
30
Mahkamah mendapati keterangan SP7 adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan keterangan SP5.
31
Percanggahan material adalah berkenaan isu : i) adakah slip ujian nafas EBA II telah diserahkan kepada OKT ataupun tidak; dan ii) berapakah jumlah sebenar slip ujian nafas EBA II.
32
SP5 menyatakan bahawa terdapat dua resit salinan asal slip EBA diserahkan kepada SP7. Sila rujuk soalan pemeriksaan utama SP5 seperti yang berikut: S: Kenapa ada 2 resit salinan asal? J: Bagi kedua dua resit pada sarjan yang kendalikan kes iaitu sarjan Hamizan. 1 sarjan masuk IP dan satu beri pada OKT. Mah: Jadi ada 2 resit walaupun insp kata sarjan patut bagi 1 kepada OKT? S: Selepas itu buat apa? J: Kita buat repot polis dan serahkan kepada sarjan mengendalikan kes dengan OKT dan kunci kereta.
33
Namun, SP7 menyatakan bahawa terdapat tiga resit asal. Rujuk soalan tambahan Mahkamah kepada SP7: Mahkamah: Sarjan kata sepatutnya pegawai hembusan, serah satu resit pada OKT, namun kedua dua resit pada sarjan, kenapa sarjan tak serah 1 resit pada OKT? J: Saya masuk resit dalam fail. Sepatutnya ada 3 resit, 1 fail, 1 okt dan 1 kepada saya.
34
Terdapat persoalan dalam minda Majistret yang mendengar adakah benar slip EBA ini telah diberikan kepada OKT?
35
Menerusi keterangan SP7 dalam pemeriksaan utama, SP7 menyatakan adalah tanggungjawab SP5 untuk serahkan satu slip kepada OKT dan bukan tanggungjawab SP7 yang hanya menyiasat kes. Rujuk soalan pemeriksaan utama SP7: S: Dekat sarjan ada 2 salinan asal, boleh terangkan 2 resit asal di situ? J: Memang ada 2 slip asal. Sebenarnya yang satu lagi patut bagi OKT, saya terima daripada Insp Gunaseelan yang tiup hembusan, patut dia bagi OKT, saya terima je. S: Jadi SOP nya adalah pegawai hembusan perlu beri kepada OKT bukan IO? J: Ya dia eskot bawa OKT ke saya, saya terus buat laporan. Hembusan patut Insp Gunaseelan bagi pada OKT. S: Bagi setiap kes, pegawai hembusan bagi slip kepada OKT? J: Ya betul. untuk ditandatangani. S: Jadi hembusan akan rujuk OKT untuk apa? Apa tujuan tunjuk resit? J: Sepatutnya hembusan di buat. Itu bidang kausa Insp Gunaseelan. Cuma dia bagi salinan kepada saya proceed kes. S: OKT akan terima slip atau keputusan? J: Patut OKT kena terima dan kena sign. S: Siapa patut bagi? J: Insp Gunaseelan. Saya sebagai pegawai penyiasat saja. S: Slip yang saya rujuk adakah berkaitan kes ini? J: Betul. S: Macam mana tahu ini slip milik OKT? J: Anggota bawa ke atas tunjuk.
35
Malah lebih mengejutkan lagi semasa pemeriksaan balas, SP7 bersetuju bahawa SP7 tidak pernah serahkan keputusan slip EBA kepada OKT. Keterangan SP7 seperti yang berikut: S: Ketiga, setuju tak dengan saya,jika EBA test, OKT perlu diserahkan resit keputusan dan OKT perlu tandatangani? J: Setuju S: Dalam kes ini, OKT tak pernah diserahkan apa apa resit? J: Setuju. S: Sarjan sebagai IO tidak ketahui sama ada benar atau tidak OKT ada mengendalikan ujian EBA test? sarjan dapat resit sahaja? J: Ya setuju. S: OKT dituduh semata mata slip P7A dan P7B, dan Sarjan tak pasti itu OKT punya atau tidak? Sarjan hanya tuduh di mahkamah? J: Ya betul. S: Siapa serahkan OKT ini kepada Insp Guna? J: Masa itu saya tidak tahu. S: Proses ujian EBA ini dijalankan siapa pun takt ahu, setuju? J: Ya,. e) Siasatan SP7 yang lemah dan tidak menyeluruh
37
Mahkamah mendapati SP7 hanya bergantung semata-mata pada eksibit P7A dan P7B untuk menuduh OKT dan tidak menyiasat apa-apa keterangan lain.
38
Pembelaan telah menyatakan bahawa tandatangan pada P7A dan P7B bukan milik OKT. Namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh SP7 untuk menyiasat perkara tersebut. Rujuk soalan pemeriksaan balas SP7 seperti berikut: S: OKT ada minta hantar tandatangan di slip P7A dan P7B ke jabatan kimia? J: Saya tak ingat. S: Setuju tak ada berlaku? S: Adakah sarjan siasat? J: Tak pasti Yang Arif. S: Sehingga hari ini tiada jawapan untuk soalan itu? Setuju?
39
PENUTUP Setelah Mahkamah ini mendengar dan meneliti semua keterangan semua saksi, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Mahkamah ini memerintahkan OKT ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. Wang jaminan dikembalikan kepada penjamin.
40
Walaubagaimanapun, saya dengan rendah diri memohon pertimbangan Mahkamah Tinggi Yang Mulia terhadap keputusan ini. (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret KUALA LUMPUR Bertarikh: 20 Disember 2025 Timbalan Pendakwa Raya: Puan Nurbatrisyia Binti Mohd Razib Pendakwa Raya, Kamar Peguam Negara, Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan, Tingkat 7, Sayap Kanan, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan Damansara Height, 50512 Kuala Lumpur Peguambela: En. Muhammad Izzat Bin Hasizan Tetuan Faid Naraendran & Partners Unit no. A3-3-7, Publika, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.