(i) 15 grammes or more in weight of heroin; …… otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug;” [30] Dalam kes ini, memandangkan dadah yang terlibat dalam pertuduhan ini melebihi 15 gram, iaitu 77.74 gram heroin, pemakaian anggapan di bawah seksyen 37(da) oleh Hakim Bicara adalah bertepatan. Pemakaian anggapan ini telah banyak dibincangkan oleh Mahkamah atasan dan ada nas-nas yang menjelaskan bahawa anggapan ini adalah anggapan yang mesti digunakkan (compelling presumption), apabila dadah yang terlibat melebihi jumlah yang dinyatakan di bawah peruntukkan tersebut. [31] Mahkamah Persekutuan dalam kes terkininya, Satya Vello v Public Prosecutor [2022] 1 LNS 773 menghuraikan pemakaian seksyen 37(da) ini seperti berikut: “[75] In this regard, it must be remembered that the presumption of trafficking under section 37(da) operates by operation of law and the court has no discretion not to invoke it once affirmative evidence of knowledge is proved against the accused and the weight of the drug is of or above the minimum prescribed by the section…” (penekanan ditambah) S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw [32] Dalam kes yang sama, rujukan juga dibuat kepada kes Mahkamah Persekutuan Muhammed Hassan v PP [1998] 2 CLJ 170 yang menghuraikan pemakaian peruntukan seksyen 37(d) dan 37(da) ini, di mana dinyatakan: “[9] The learned trial judge had no discretion not to invoke the presumption once it was proved that the appellant had custody and control of the drugs: See the decision of this court in Muhammed Hassan v. PP [1998] 2 CLJ 170 and followed in PP v. Zulkifli Arshad [2010] 6 CLJ 121 F.C. In Muhammed Hassan, this is what Chong Siew Fai CJ (Sabah and Sarawak) said delivering the unanimous decision of the court which comprised Edgar Joseph Jr FCJ and NH Chan JCA as the other panel members: “The deemed state of affairs in s. 37(d) (ie, deemed possession and deemed knowledge) is by operation of law and there is no necessity to prove how that particular state of affairs is arrived at. There need only to be established the basic or primary facts necessary to give rise to that state of affairs ie, the finding of custody or control. Such presumptions as under s. 37(d) (and, for that matter, the one under s. 37(da)) are sometimes described as “compelling presumptions” in that upon proof of certain facts by a party (in our present case, proof of custody or control in s. 37(d) by the prosecution, the court must in law draw a presumption in its favour (ie, presumptions of possession and knowledge) unless the other party proves the contrary. Such a presumption has the compelling force of law. It is a deduction which the law requires the trial court to make.” (penekanan ditambah) [33] Sehubungan itu, pendekatan Hakim Bicara menggunapakai peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(da) dalam kes ini bagi pertuduhan mengedar dadah terhadap perayu adalah menepati S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw kehendak undang-undang. Apa yang perlu dilakukan oleh perayu adalah untuk mengakas anggapan ini pada imbangan kebarangkalian bagi mendapatkan perlepasan dan pembebasan. Seterusnya bagi pertuduhan-pertuduhan memiliki dadah dan bahan psikotropik, perayu hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan setelah perayu dipanggil untuk mebela diri. [34] Disini, berdasarkan undang-undang dan penilaian fakta, kami mendapati Hakim Bicara tidak terkhilaf apabila di akhir kes pendakwaan, memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie berhubung kelima-lima pertuduhan terhadap perayu. [35] Selanjutnya, Hakim Bicara telah menilai keterangan pembelaan perayu dan keseluruhan keterangan di hadapannya. Pembelaan perayu secara asasnya adalah perayu tiada pengetahuan mengenai dadah dan bahan psikotropik dalam kereta Perodua Viva tersebut. [36] Kami mendapati, pembelaan perayu ini jelas bertentangan dengan fakta yang dibuktikan oleh pihak pendakwaan terutamanya, bahawa perayu yang menunjukkan beg bimbit berkenaan apabila ditanya oleh SP4 sama ada perayu ada menyimpan barang salah. Di sini, Hakim Bicara mempunyai alasan untuk membuat inferen bahawa perayu mempunyai pengetahuan berhubung dadah dan bahan psikotropik dalam kereta tersebut. Tambahan pula, satu botol cerah bertudung kuning yang mengandungi dadah ditemui dalam seluar dalam perayu. Botol tersebut serupa dengan botol-botol mengandungi dadah yang ditemui dalam kereta berkenaan. Tiada sebab untuk SP4 atau anggota pasukannya, S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw yang hanya menjalankan tugas resmi, untuk menganiaya perayu melalui keterangan mereka dalam kes ini. Tiada keterangan juga untuk suatu kesimpulan dibuat bahawa SP8 menganiaya perayu dengan memberi keterangan bahawa perayu yang meminta SP8 menyewa kereta tersebut untuk perayu yang perayu nafikan dalam pembelaan perayu. [37] Dari penilaian keseluruhan keterangan pembelaan dan pihak pendakwaan kes ini, kami berpendapat, keputusan Hakim Bicara menolak pembelaan perayu dan membuat dapatan bahawa pembelaan perayu tersebut merupakan penafian semata-mata disamping suatu pemikiran semula adalah betul berdasarkan fakta dan undang-undang. Isu kegagalan Hakim Bicara menyatakan bahawa perayu didapati bersalah bagi kelima-lima pertuduhan terhadap perayu. [38] Berhubung isu ini, peguam perayu berhujah bahawa di akhir kes pembelaan, Hakim Bicara telah gagal menyatakan bahawa perayu didapati bersalah bagi kelima-lima pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Hakim Bicara hanya menyebut bahawa perayu disabitkan keatas kesemua pertuduhan-pertuduhan terhadap perayu. Rujukan dibuat oleh peguam perayu kepada perenggan 70, alasan penghakiman Hakim Bicara yang menyatakan: “70. Secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa keterangan pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan di mana keterangan pihak pembelaan juga telah gagal mengakas anggapan pengedaran dadah di atas imbangan S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw kebarangkalian. Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan pihak pembelaan hanyalah penafian semata-mata dan juga keterangan secara ‘after thoughts’ (fikir semula). Oleh itu, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa keterangan pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan dengan itu OKT disabitkan ke atas kesemua pertuduhan-pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya.” (penekanan ditambah) [39] Walau pun tidak dihujahkan secara jelas, peguam perayu ingin mahkamah ini memutuskan bahawa kegagalan Hakim Bicara menyatakan bahawa perayu didapati bersalah atas kelima-lima pertuduhan tersebut adalah fatal dan tidak boleh diperbetulkan. (curable) [40] Berkaitan dengan isu ini, peruntukan yang relevan adalah seksyen 182A(2) Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan: “182A. Prosedur di penggulungan perbicaraan. “(2) Jika Mahkamah mendapati bahawa pendakwaan telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan yang munasabah, Mahkamah hendaklah mendapati tertuduh bersalah dan dia hendaklah disabitkan keatasnya.” [41] Disini tidak dinafikan bahawa Hakim Bicara tidak menyebut dalam alasan penghakimannya bahawa perayu didapati bersalah bagi pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi oleh perayu, isunya adakah S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw kegagalan ini boleh mengenepikan sabitan yang diputuskan terhadap perayu berdasarkan analisa keseluruhan keterangan terhadap perayu. [42] Dalam menangani isu ini, kami berpendapat bahawa perkara utama disini adalah sama ada berlakunya ketidakadilan (miscarriage of justice) atau kegagalan menyatakan perayu bersalah di akhir kes pembelaan telah memprejudis perayu yang menyebabkan sabitan yang dibuat oleh Hakim Bicara tidak boleh dipertahankan. [43] Apa yang jelas dalam kes ini, pihak perayu telah berpeluang mengemukakan pembelaan sepenuhnya tanpa sebarang masalah dan keputusan Hakim Bicara adalah berdasarkan keseluruhan keterangan. Tiada sebarang perkara dalam penggendalian perbicaraan kes ini yang boleh menunjukkan keputusan yang berbeza hanya semata-mata perkataan “perayu didapati bersalah” tidak dinyatakan oleh Hakim Bicara. Disini, kami mendapati tiada sebarang ketidakadilan atau perkara yang memprejudis perayu berhubung isu ini. Tambahan pula, Hakim Bicara hanya dapat mensabitkan perayu menurut seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah apabila perayu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan. Dalam kes ini Hakim Bicara telah jelas menyatakan dalam alasan penghakimannya bahawa perayu disabitkan ke atas kesemua pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan terhadap perayu. [44] Dalam isu ini, peguam perayu tidak mempertikaikan apa-apa kegagalan Hakim Bicara untuk mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan atau kegagalan membenarkan S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw sebarang keterangan baru untuk dikemukakan yang mungkin boleh mengubah dapatan kebersalahan perayu. Segala pembelaan perayu telah dikemukakan dengan sepenuhnya untuk pertimbangan Hakim Bicara dan pembelaan perayu juga telah diasaskan pada peringkat pendakwaan semasa soal-balas saksi-saksi pendakwaan. Oleh itu juga, kami tidak melihat sebarang ketidakadilan atau apa perkara yang memprejudis perayu dalam kes ini. [45] Berkaitan isu ini juga, Mahkamah ini dalam kes Juraimi bin Husin v Public Prosecutor; Mohd Affandi bin Abdul Rahman & Anor v Public Prosecutor [1998] 1 MLJ 537 menjelaskan maksud ketidakadilan seperti berikut: “The phrase 'substantial miscarriage of justice' has its origins in English criminal jurisprudence and finds expression in the proviso to s 60 of the Courts of Judicature Act 1964 which reads as follows: Provided that the Court of Appeal may, notwithstanding that it is of opinion that the point raised in the appeal might be decided in favour of the appellant, dismiss the appeal if it considers that no substantial miscarriage of justice has occurred. The other statutory provision that works in tandem with the proviso to s60 is s 167 of the Evidence Act 1950. It reads:[1998] 1 MLJ 537 at 586 The improper admission or rejection of evidence shall not be ground of itself for a new trial or reversal of any decision in any case if it appears to the court before which the objection is raised that, independently of the evidence objected to and admitted, there was sufficient evidence to justify the decision, or that, if the rejected evidence had been received, it ought not to have varied the decision. The way in which the proviso to s 60 is to be applied has been authoritatively settled by pronouncements of English and Australian courts that have had occasion to deal with a like provision. For our part, would S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw respectfully adopt and apply what was said by Barwick CJ in the Australian case of Ratten v R (1974) 131 CLR 510 at p 516 on the approach of this court to the proviso: Miscarriage is not defined in the legislation but its significance is fairly worked out in the decided cases. There is a miscarriage if on the material before the Court of Criminal Appeal, which where no new evidence is produced will consist of the evidence given at the trial, the appellant is shown to be innocent, or if the court is of the opinion that there exists such a doubt as to his guilt that the verdict of guilty should not be allowed to stand. It is the reasonable doubt in the mind of the court which is the operative factor. It is of no practical consequence whether this is expressed as a doubt entertained by the court itself, or as a doubt which the court decides that any reasonable jury ought to entertain. If the court has a doubt, a reasonable jury should be of a like mind. But I see no need for any circumlocution; as I have said it is the doubt in the court's mind upon its review and assessment of the evidence which is the operative consideration. (penekanan ditambah) [46] Analogi yang sama boleh dibuat dari keputusan kes Mahkamah Pesekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 berhubung beban pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan, di mana dinyatakan: “[11] In our respectful view, Arulpragasan is authority for the proposition that the test to be applied under the former ss. 173(f) and 180 of the CPC is that the prosecution must establish its case beyond a reasonable doubt before an accused could be called upon to enter his defence. It is not authority for the proposition that it is incumbent for a court to make a finding at the close of the prosecution’s case that he was satisfied that the prosecution had proved its case S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw beyond reasonable doubt. The failure by the trial court either to make or to record such a finding does not in our judgment occasion a miscarriage of justice...” (penekanan ditambah) [47] Selain itu, di peringkat Mahkamah Rayuan ini, kami juga berperanan meneliti semula segala keterangan yang ada semasa perbicaraan dan membuat keputusan sama ada keputusan sabitan oleh Hakim Bicara adalah betul dari segi penilaian fakta dan undang-undang. Sabitan yang dibuat oleh Hakim Bicara boleh dikekalkan atau diketepikan berdasarkan penilaian keterangan yang dibuat oleh Mahkamah ini walaupun apa juga yang dinyatakan atau tidak dinyatakan dalam alasan penghakiman Hakim Bicara. [48] Mahkamah Pesekutuan dalam kes Ahmad Najib Aris v PP [2009] 2 CLJ 800 menyatakan seperti berikut: “I am of the view that the Court of Appeal has the power to review or to re-evaluate all the evidence available as adduced by the prosecution. The Court of Appeal is in the position to do so in the present case even though the grounds of decision of the trial judge as appearing in the appeal records is found lacking in specific findings and with no reasons for the findings. In a case involving purely question of fact, the Court of Appeal is free to determine whether or not the various findings of the trial judge are correct (see Mohamed Mokhtar v PP [1972] 1 MLJ 122.)” (lihat juga PP v Azilah Hadri & Anor [2015] 1 CLJ 579) S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw [49] Dalam kes ini, penilaian fakta dan undang-undang yang dibuat oleh Hakim Bicara dan keputusan di akhir kes, pada pendapat kami adalah betul dan tiada sebab untuk diganggu. Isu anggapan berganda [50] Peguam perayu juga ada berhujah bahawa terdapat pemakaian anggapan berganda oleh Hakim Bicara dalam kes ini. Berhubung isu ini, kami telah meneliti alasan penghakiman Hakim Bicara dan nota keterangan yang disediakan dan gagal mengesan sebarang penggunaan anggapan berganda oleh Hakim Bicara. Apa yang dilakukan oleh Hakim Bicara di akhir kes pendakwaan adalah membuat dapatan milikan dari keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tanpa pengunaan anggapan di bawah seksyen 37(d) dan seterusnya, mengunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(i) ADB 1952. Sehubungan itu, hujah pihak pembelaan berkaitan isu ini adalah tidak bermerit. [51] Kami juga bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa pihak pembelaan telah gagal mengakas anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(i) tersebut bagi pertuduhan mengedar dadah dan seterusnya gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bagi kesemua pertuduhan yang dikemukakan terhadap perayu. S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw Kesimpulan [52] Berdasarkan huraian di atas, kami sebulat suara mendapati bahawa sabitan terhadap perayu bagi kelima-lima pertuduhan adalah selamat dan tiada alasan untuk kami campurtangan. Oleh itu juga rayuan perayu adalah ditolak dan keputusan Hakim Bicara berhubung sabitan dan hukuman bagi kelima-lima pertuduhan terhadap perayu adalah dikekalkan. Bertarikh 23 Jun 2022 -sgd- (Dato’ Nordin bin Hassan) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara Perayu : Horley Isaacs (Tetuan Horley Isaacs & Isaacs) Peguamcara Responden : Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati binti Ku Haron (Jabatan Peguam Negara) S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw S/N pVolItBC0uu1UVqylBsXw