Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-4-02/2021 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN ONG YEW LUY … ORANG KENA TUDUH (OKT) (NO. KP: 760126-02-5775) ALASAN PENGHAKIMAN
KA-45A-4-02/2021
High Court of Malaysia4 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“59. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its ca”
“LJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation b”
“si yang perlu dipanggil bagi membuktikan kes pendakwaan adalah terletak kepada pihak pendakwaan, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Adel Muhammad El Dabbah v Attorney General of Palestine [1944] AC 156 seperti berikut: “The prosecutor has a discretion as to what witnesses should be called for the prosecutio”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] **Note : Serial number wil”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-4-02/2021 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN ONG YEW LUY … ORANG KENA TUDUH (OKT) (NO. KP: 760126-02-5775) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu, pada 26/07/2020, jam lebih kurang 6.21 petang, di No. 374, Taman Sri Impian, Alor Setar, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 741.9 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan terhadap OKT dan telah memerintahkan OKT membela diri.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah dan turut mengemukakan dua orang saksi pembelaan yang lain iaitu SD2 (isteri OKT) dan SD3 (rakan OKT).
5
Pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap elemen pemilikan ke atas dadah tersebut dan dengan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah melepas dan membebaskan OKT.
6
Pihak Pendakwaan tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
7
Bertindak atas maklumat, pada 26.7.2020, lebih kurang pukul 6.00 petang, Pengadu (SP6) telah menerima maklumat terdapatnya aktiviti dadah di rumah No. 374, Taman Sri Impian, Alor Setar, Kedah (lokasi kejadian). Setelah mengumpulkan anggota dan memberikan taklimat, SP6 dan pasukannya telah bergerak ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi tersebut pada lebih kurang pukul 6.20 petang.
8
Sampai di lokasi kejadian, SP6 mendapati pintu grill dan pintu sliding rumah tersebut dalam keadaan berkunci. SP6 dan pasukannya telah bergerak ke bahagian belakang rumah tersebut dan telah menjalankan serbuan terhadap seorang lelaki Cina (OKT) yang berada di bahagian dalam belakang rumah tersebut seorang diri.
9
Semasa memasuki bahagian dalam belakang rumah tersebut, SP6 telah memperkenalkan diri polis kepada OKT dan semasa SP6 baru sahaja hendak menjalankan pemeriksaan badan terhadap OKT, OKT telah menyerahkan dengan tangannya satu beg plastik bertangkai berwarna kuning yang mengandungi satu bungkusan plastik berwarna kekuningan bertulisan ‘GUANYINWANG’ kepada SP6. SP6 telah mengambil bungkusan tersebut dan terus membukanya di hadapan OKT dan pasukan serbuan. SP6 mendapati di dalamnya mengandungi satu bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan mampat bahan disyaki dadah jenis syabu. SP6 melihat barang kes tersebut berada di tangan kanan OKT sebelum OKT menyerahkannya kepada beliau.
10
Seterusnya, SP6 telah menjalankan pemeriksaan di dalam rumah tersebut dan menemui seorang perempuan Cina (SD2 – isteri OKT) di dalam bilik pertama rumah tersebut. Pemeriksaan oleh anggota wanita terhadap SD2 tidak menemui apa-apa barang salah. Pemeriksaan lanjut ke atas rumah tersebut turut menemui dua orang anak lelaki OKT yang masing-masing berumur 16 tahun dan 6 tahun.
11
SP6 kemudiannya telah menangkap OKT dan SD2 dan membuat rampasan barang kes. SP6 juga telah mengeluarkan sesalinan Senarai Bongkar (eksibit P16). Setelah menerangkan sebab-sebab tangkapan, OKT, SD2 dan barang kes yang dirampas telah dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut. Sepanjang perjalanan ke IPD Kota Setar, barang kes berada di bawah kawalan dan jagaan SP6.
12
Semasa di pejabat BSJN, IPD Kota Setar, SP6 telah membuat timbangan atas barang kes dadah di hadapan OKT dan SD2 dengan menggunakan alat penimbang digital yang dibekalkan oleh PDRM. Hasil timbangan mendapati anggaran berat ketulan mampat bahan disyaki dadah jenis syabu tersebut adalah 1,036.16 gram. SP6 kemudiannya telah membuat tandaan dengan menggunakan dakwat berwarna hitam pada barang kes tersebut seperti yang berikut: a) tandaan ‘R’, tandatangan ringkas dan tarikh 26/7/2020 pada satu beg plastik bertangkai berwarna kuning (eksibit P5); b) tandaan ‘R1’, tandatangan ringkas dan tarikh 26/7/2020 pada satu bungkusan plastik berwarna kekuningan yang bertulisan GUANYINWANG (eksibit P6); dan c) tandaan ‘R1A’, tandatangan ringkas dan tarikh 26/7/2020 pada satu bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan mampat bahan disyaki dadah jenis syabu (eksibit P7).
13
Pada 27.7.2020, lebih kurang pukul 12.33 pagi, SP6 telah membuat laporan polis berkaitan rampasan dan tangkapan yang dijadikan sebagai Alor Setar/014198/20 (eksibit P15). Selanjutnya, SP6 telah menyerahkan OKT, B2, barang kes dan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada pegawai penyiasat (SP7). SP6 dan SP7 telah menandatangani Borang Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P26) sebagai bukti penyerahan.
14
SP7 mengesahkan menerima, OKT, SD2, barang kes berserta dokumen-dokumen yang terlibat daripada SP6. Semasa menerima barang kes, SP7 mendapati terdapat tandaan SP6 pada barang-barang kes dan SP7 juga telah membuat tandaan beliau sendiri ke atas barang-barang kes yang dirampas seperti yang berikut: a) satu beg plastik bertangkai berwarna kuning tandaan ‘R’ – ditanda dengan tandaan ‘M’, tarikh 27/07/2020 dan tandatangan SP7 dengan pen berdakwat merah (eksibit P5); b) satu bungkusan plastik berwarna kekuningan yang bertulisan ‘GUANYINWANG’ tandaan R1 – ditanda dengan tandaan ‘M1’, tarikh 27/07/2020 dan tandatangan SP7 dengan pen berdakwat merah (eksibit P6); dan c) satu bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan mampat bahan disyaki dadah jenis syabu tandaan ‘R1 A’ – ditanda dengan tandaan ‘M1 A’, tarikh 27/07/2020 dan tandatangan SP7 dengan pen berdakwat merah (eksibit P7).
15
Setelah selesai membuat penandaan, SP7 telah menyimpan barang kes di dalam almari kayu berkunci di dalam biliknya dan kunci disimpan SP7 sahaja dan tiada kunci pendua.
16
Pada 27.7.2020, lebih kurang pukul 9.45 pagi, SP7 telah mengeluarkan barang kes dari almari kayu berkunci beliau dan mengarahkan jurufoto (SP5) untuk mengambil gambar barang kes. Seterusnya SP7 telah mengarahkan SP5 untuk melakukan ujian dusting. Namun begitu, hasil ujian dusting tidak menimbulkan sebarang cap jari yang sempurna. Sebanyak enam keping gambar barang kes telah diambil sebelum dan selepas ujian dusting (eksibit P2(A-F)). Setelah selesai merakam gambar-gambar barang kes tersebut, SP7 telah memasukkan kesemua barang kes ke dalam satu beg barang kes PDRM bertanda ‘E’ (eksibit P4). SP7 kemudiannya menyimpan beg barang kes eksibit P4 tersebut ke dalam almari kayu berkunci di dalam biliknya.
17
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 7.56 malam, SP7 telah pergi ke lokasi kejadian bersama SP5 dan SP6. SP7 telah mengarahkan SP5 merakam sebanyak 8 keping gambar tempat kejadian (eksibit P11(A-H). SP7 turut melakarkan gambarajah kasar lokasi kejadian (eksibit P29).
18
Pada 28.7.2020, lebih kurang pukul 3.30 petang, SP7 telah menyerahkan satu sampul surat bertanda ‘E’ (eksibit P4) berserta borang Pol 31 kepada ahli kimia (SP1) di Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar, Kedah untuk tujuan analisis. SP1 kemudiannya telah menyerahkan resit kimia dengan nombor makmal 22-FR-K-04122 (eksibit P2) sebagai bukti penyerahan.
19
Selanjutnya, pada 16.11.2020, lebih kurang pukul 12.30 tengahari, SP7 telah menerima semula kesemua barang kes dalam satu beg barang kes bertanda ‘E’ yang bermeterai Jabatan Kimia Malaysia (eksibit P4) berserta laporan kimia dengan nombor makmal yang sama (eksibit P3) daripada SP1. Setelah menerima barang kes daripada Jabatan Kimia Malaysia, SP7 telah menyimpan barang kes tersebut di dalam almari kayu berkunci di bilik beliau.
20
Seterusnya pada 16.11.2020, lebih kurang pukul 2.30 petang, SP7 telah menghantar satu beg barang kes bertanda E (eksibit P4) yang bermeterai elok Jabatan Kimia Malaysia kepada penjaga setor barang kes IPD Kota Setar iaitu SP4 dan didaftarkan di bawah nombor daftar JSJN 1542/20 (eksibit
21
Keterangan SP1 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 28.7.2020, lebih kurang pukul 3.30 petang, beliau telah menerima satu beg barang kes PDRM bertanda E (eksibit P4) daripada SP7. SP1 telah mengeluarkan satu Resit Kimia dengan nombor makmal 22-FR-K-04122 (eksibit P2) sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan barang-barang kes tersebut.
22
SP1 turut mengesahkan bahawa beg barang kes PDRM bertanda ‘E’ (eksibit P4) yang beliau terima mengandungi satu beg plastik bertanda ‘M’ (eksibit P5) berisi satu bungkusan bertanda ‘M1’ (eksibit P6) yang mengandungi satu paket plastik bertanda ‘M1A’ berisi bahan kristal jernih (eksibit P7). Setelah dianalisis, SP1 mendapati bahawa bahan kristal jernih tersebut mengandungi 741.9 gram Methamphetamine.
23
Kesemua bahan kristal jernih tersebut telah di homogen bagi tujuan analisis. Selepas analisis, kesemua baki bahan analisis tersebut telah dimasukkan ke dalam paket plastik berasingan (yang dibekalkan oleh SP1) dan ditandakan dengan ‘E’ serta nombor makmal yang sama (eksibit P8). Paket plastik Jabatan Kimia Malaysia (eksibit P8) bersama barang kes asal kemudiannya telah SP1 masukkan ke dalam beg barang kes PDRM bertanda E (eksibit P4) dan dimeterai dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia.
24
Pada 16.11.2020, lebih kurang pukul 12.30 tengahari, SP1 telah menyerahkan semula kesemua eksibit tersebut dan Laporan Kimia (eksibit P3) dengan nombor makmal yang sama kepada SP7. SP1 mengesahkan bahawa semasa kesemua eksibit tersebut dalam simpanan beliau, eksibit tersebut disimpan di dalam kabinet besi berkunci kepunyaan beliau di dalam bilik kebal. Di samping itu juga, sepanjang masa analisis eksibit dijalankan pula, eksibit tersebut berada dalam kawalan dan pemerhatian beliau. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN
25
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
26
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
27
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti yang berikut: a) bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; c) bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual
28
SP1 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa kesemua bahan kristal jernih dari eksibit P7 yang setelah dianalisis, didapati mengandungi Methamphetamine seberat 741.9 gram. Methamphetamine adalah ditafsirkan dalam seksyen 2 ADB 1952 dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP1 yang telah ditandakan sebagai eksibit P3.
29
Di samping itu juga, pihak Pembelaan dalam hujahan bertulis mereka tidak mempertikaikan jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan, malahan mengakui bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapat bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan melalui keterangan SP1 dan eksibit P3. Elemen (b): OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut
30
Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan, dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas.
31
Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”.
32
Naratif kes pendakwaan menunjukkan bahawa dadah yang dirampas telah diserahkan oleh OKT kepada SP6 menggunakan tangan kanannya. SP6 dalam keterangannya menyatakan bahawa apabila beliau dan pasukan serbuan masuk ke bahagian belakang rumah tersebut, beliau melihat OKT sedang berdiri dan sebaik hendak membuat pemeriksaan, OKT telah menyerahkan satu plastik berwarna kuning (eksibit P5) dengan tangan kanannya. SP6 turut mengesahkan bahawa plastik berwarna kuning tersebut memang dilihat dipegang oleh OKT sebelum diserahkan kepada beliau. Seterusnya setelah OKT ditahan dan SP6 menjalankan pemeriksaan ke atas beg plastik kuning tersebut, SP6 menemui di dalamnya satu plastik berwarna kekuningan bertulisan ‘GUANYINWANG’ (eksibit P6), yang kemudiannya ditemui satu plastik lutsinar (eksibit P7) mengandungi kristal jernih di dalamnya.
33
Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa versi Pendakwaan di mana OKT didapati sedang berdiri di bahagian belakang rumah tersebut adalah bertentangan sama sekali dengan apa yang sebenarnya telah berlaku. Pada peringkat ini, pihak Pembelaan bergantung kepada fakta bahawa SD2 yang turut ditangkap bersama OKT telah tidak dipanggil sebagai saksi Pendakwaan di samping bergantung kepada keterangan laporan polis SD2 dalam eksibit D17. Di samping itu juga, pihak Pembelaan menegaskan bahawa semasa serbuan dilakukan terhadap OKT, terdapat seorang lagi lelaki Cina (SD3) yang sebenarnya telah dibawa bersama ke rumah tersebut dan telah masuk ke bahagian belakang rumah bersama-sama anggota polis.
34
Eksibit D17 merupakan laporan polis Alor Setar/020926/20 yang dibuat oleh SD2 pada 29.10.2020. Secara ringkasnya, eksibit D17 menyatakan bahawa pada 26.7.2020 lebih kurang pukul 5 petang SD2 berada di rumah bersama dua orang anaknya dan juga OKT. Pada ketika itu, SD2 berada dalam bilik bersama salah seorang anaknya, manakala seorang lagi anaknya berada di sebuah bilik lain dan OKT pula berada di bahagian belakang rumah sedang membasuh motosikal. Pada ketika itu juga, SD2 terdengar bunyi suara ramai orang di kawasan belakang rumah tersebut dan apabila SD2 membuka pintu biliknya, dia melihat sekurang-kurang lima orang anggota polis berada di dalam rumahnya. SD2 turut melihat OKT di bawa masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik ketiga (bersebelahan tandas) dan pintu bilik tersebut ditutup. Menurut SD2, anggota polis telah bertanyakan kepada beliau dan OKT tentang di manakah ‘barang’ disimpan. SD2 mendakwa bahawa SD2 turut mendengar bunyi seperti OKT dipukul di dalam bilik ketiga tersebut. Setelah lebih kurang 20 atau 30 minit, anggota polis telah keluar dari bilik ketiga tersebut dan pergi ke bahagian belakang rumah tersebut dan mencari-mencari sesuatu. Setelah lebih kurang 20 minit mencari, SD2 nampak salah seorang anggota polis memegang satu plastik seperti teh cina dan memberitahu SD2 bahawa barang tersebut adalah dadah jenis syabu. SD2 dan OKT kemudiannya telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Sebelum dibawa ke balai polis, SD2 turut melihat keadaan dalam bilik ketiga tersebut bersepah dengan wayar-wayar CCTV tercabut dan alat decoder CCTV serta monitor CCTV juga sudah tiada.
35
Hujahan pihak Pembelaan berkenaan isu pemilikan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas aedalah berkisar kepada keterangan sebagaimana dinyatakan dalam eksibit D17 ini. Eksibit D17 ini telah dirujuk kepada kedua-dua saksi SP6 dan SP7, dan SP7 telah mengesahkan tentang kewujudan laporan polis tersebut.
36
Mahkamah telah mempertimbangkan kesemua keterangan saksi-saksi Pendakwaan termasuklah meneliti dokumen eksibit D17 ini. Mahkamah tidak menafikan bahawa laporan polis tersebut dengan jelas menunjukkan versi yang sangat bertentangan dengan versi pihak Pendakwaan. Di samping itu juga, Mahkamah turut mengambil maklum fakta bahawa SD2 memang telah ditangkap bersama OKT pada tarikh kejadian dan bahawa fakta kewujudan laporan polis eksibt D17 tersebut tidak pernah dinafikan oleh SP7 yang merupakan pegawai penyiasat kes ini.
37
Eksibit D17 ini telah diteliti oleh Mahkamah dan mendapati bahawa laporan polis tersebut telah dibuat oleh SD2 pada 29.10.2020, iaitu lebih kurang tiga bulan selepas daripada tarikh kejadian. Mahkamah tidak menafikan bahawa keterangan sebagaimana dalam eksibit D17 amatlah bertentangan dengan keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Namun begitu, fakta bahawa laporan polis tersebut telah dibuat lebih kurang tiga bulan selepas daripada tarikh kejadian dan juga dibuat oleh SD2 yang merupakan isteri OKT, maka pada pendapat Mahkamah ini eksibit D17 tersebut perlulah dinilai dan dipertimbangkan secara berhati-hati.
38
Mahkamah ini mengambil maklum bahawa hubungan rapat antara saksi dan OKT menjadikan SD2 sebagai seorang interested witness, namun begitu memandangkan pada peringkat ini, SD2 tidak dipanggil sebagai saksi Pendakwaan dan keterangan yang dikatakan menyokong versi Pembelaan hanyalah berasaskan kepada eksibit D17, Mahkamah berpendapat bahawa pada peringkat ini, eksibit D17 walaupun diterima sebagai keterangan, masih lagi perlu dinilai berdasarkan kepada keseluruhan keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang lain.
39
Fakta bahawa SD2 tidak dipanggil memberikan keterangan semasa peringkat Pendakwaan, tidaklah secara automatik menjadikan keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang lain tidak kredibel. Lebih-lebih lagi bagi kes terhadap OKT ini, pada peringkat ini, pihak Pendakwaan juga telah memanggil SP3 yang merupakan salah seorang anggota serbuan untuk menyokong keterangan SP6. Berkenaan isu ini, adalah menjadi suatu prinsip undang-undang jenayah, budibicara untuk menentukan mana-mana saksi yang perlu dipanggil bagi membuktikan kes pendakwaan adalah terletak kepada pihak pendakwaan, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Adel Muhammad El Dabbah v Attorney General of Palestine [1944] AC 156 seperti berikut: “The prosecutor has a discretion as to what witnesses should be called for the prosecution, and the court will not interfere with the exercise of that discretion, unless, perhaps it can be shown that the prosecutor has been influenced by some oblique motive.”
40
Sehubungan itu, pada peringkat ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa walaupun eksibit D17 bertujuan menafikan keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan, namun begitu keterangan dalam eksibit D17 tersebut tidak dapat disoal balas mahupun disahkan kebenaran kandungannya. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa pada peringkat Pendakwaan ini, keterangan berkenaan kejadian serbuan adalah sebagaimana keterangan SP6 yang disokong oleh keterangan SP3.
41
Dalam keadaan di mana Mahkamah ini, pada peringkat Pendakwaan, menerima keterangan SP6 dan SP3 tentang kejadian yang berlaku, selanjutnya Mahkamah perlu meneliti sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan telah mampu membuktikan elemen pemilikan (jagaan atau kawalan) dan pengetahuan OKT terhadap barang kes yang dirampas.
42
Keterangan SP6 dengan jelas menunjukkan bahawa barang kes dadah yang dirampas dipegang oleh OKT dalam tangan kanannya sebelum OKT menyerahkan bungkusan kuning tersebut kepada SP6.
43
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah]
44
Malahan hujahan pihak Pembelaan sendiri mengakui bahawa jika berdasarkan fakta kes versi Pendakwaan ini, jelas bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas barang kes dadah tersebut kerana ianya dipegang dalam tangan kanannya. Fakta bahawa OKT juga telah menyerahkan plastik kuning (eksibit P5) yang berisi dadah tersebut kepada SP6 turut menunjukkan bahawa OKT boleh berurusan dengan barang kes dadah tersebut.
45
Keadaan barang kes dadah yang ditemui dalam satu beg plastik kuning (eksibit P5) yang mengandungi satu plastik kekuningan bertulisan GUANYINWANG, yang di dalamnya mengandungi pula satu paket plastik berisi dadah yang dirampas, turut menimbulkan inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah tersebut. Adalah tidak munasabah untuk seseorang memegang sesuatu barang dalam tangannya tanpa mengetahui apakah isi kandungannya.
46
Disamping itu juga, Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v Public Prosecutor [2019] 6 MLJ 231 telah memutuskan seperti yang berikut: “[19] The issue of knowledge necessary to establish possession came to be considered by the English House of Lords in the case of Warner v Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356, which was considered and relied upon by the Singapore Court of Appeal in Zulfikar bin Mustaffah v Public Prosecutor. In Warner the following question was posed to Their Lordships: Whether for the purpose of section 1 of the Drugs (Prevention of Misuse) Act 1964, a defendant is deemed to be in possession of a prohibited substance when to his knowledge he is in physical possession of the substance but is unaware if its true nature. [20] At p 367 Lord Reid addressed the issue as follows: The object of this legislation is to penalise possession of certain drugs. So if mens rea has not been excluded what would be required would be the knowledge of the accused that he had prohibited drugs in his possession. It would be no defence, though it would be a mitigation, that he did not intend that they should be used improperly. And it is commonplace that, if the accused had a suspicion but deliberately shut his eyes, the court or jury is well entitled to hold him guilty. Further, it would be pedantic to hold that it must be shown that the accused knew precisely which drug he had in his possession. Ignorance of the law is no defence and in fact virtually everyone knows that there are prohibited drugs. So it would be quite sufficient to prove facts from which it could properly be inferred that the accused knew that he had a prohibited drug in his possession. That would not lead to an unreasonable result. [21] In the same case Lord Morris answered the question in following manner: If there is assent to the control of a thing, either after having the means of knowledge of what the thing is or contains or being unmindful whether there are means of knowledge or not, then ordinarily there will be possession. If there is some momentary custody of a thing without any knowledge or means of knowledge of what the thing is or contains then, ordinarily, I would suppose that there would not be possession. If, however, someone deliberately assumes control of some package or container, then I would think that he is in possession of it. If he deliberately so assumes control knowing that it has contents, he would also be in possession of the contents. I cannot think that it would be rational to hold that someone who is in possession of a box which he knows to have things in it is in possession of the box but not in possession of the things in it. If he had been misinformed or misled as to the nature of the contents, or if he had made a wrong surmise as to them, it seems to me that he would nevertheless be in possession of them.”. [penekanan ditambah]
47
Selain itu juga, berdasarkan keterangan SP6, reaksi OKT semasa serbuan adalah dalam keadaan terkejut dan takut, serta tidak sempat berbuat apa-apa. Reaksi OKT ini juga mampu menimbulkan inferens bahawa OKT tahu kandungan dadah di dalam beg plastik kuning tersebut. Reaksi OKT yang kelihatan terkejut, dan takut serta tidak sempat berbuat apa-apa, adalah relevan sebagai keterangan kelakuan (conduct) yang membuktikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas.
48
Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]
49
Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa, pengetahuan OKT terhadap dadah-dadah yang dirampas adalah dibuktikan melalui inferens berdasarkan kepada fakta-fakta dinyatakan di atas.
50
Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP3, SP6 dan SP7 yang merupakan anggota-anggota serbuan dan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati pada peringkat ini bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP6 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. SP6 juga bukanlah seorang saksi yang berkepentingan dan tidak mengenali OKT sebelum kejadian. Keterangan SP6 turut disokong oleh keterangan SP3 yang merupakan salah seorang anggota serbuan yang terlibat pada malam kejadian. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah]
51
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah tersebut (iaitu jagaan, kawalan serta pengetahuan) melalui keterangan secara langsung di mana OKT telah ditangkap dalam keadaan memegang barang kes dadah pada tangan kanannya. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan elemen pemilikan secara pemilikan sebenar (actual possession). Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut
52
Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minimum 50 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah berjaya dibangkitkan. Tambahan pula, pihak Pembelaan juga tidak mengemukakan sebarang hujahan berkenaan elemen ini, dan dengan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952.
53
Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan ketiga-tiga intipati pertuduhan terhadap OKT.
54
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan.
55
Pada peringkat Pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan pihak Pembelaan turut mengemukakan dua orang saksi lain iaitu isteri OKT (SD2) dan rakan OKT (SD3) yang didakwa sebagai lelaki Cina yang telah hadir sama semasa serbuan dilakukan.
56
Keterangan OKT dan saksi-saksi Pembelaan yang lain secara umumnya menyokong versi OKT di mana OKT dikatakan telah ditangkap semasa berada di bahagian belakang rumah dan semasa tangkapan, tiada beg plastik kuning yang dipegang mahupun diserahkan oleh OKT kepada SP6.
57
Keterangan SD2 (isteri OKT) di Mahkamah adalah sama seperti fakta dinyatakan dalam eksibit D17. Keterangan SD3 pula menyokong keterangan OKT bahawa sebenarnya semasa anggota serbuan ke rumah lokasi kejadian, SD3 yang telah ditangkap terlebih dahulu sebelum itu telah dibawa oleh anggota serbuan ke rumah OKT. SD3 turut mengesahkan bahawa apabila sampai di bahagian belakang rumah OKT, SD3 telah diminta memanggil OKT dan apabila OKT membuka pintu belakang rumah tersebut, anggota serbuan telah menyerbu dan menahan OKT. SD3 turut menegaskan bahawa semasa serbuan OKT dilihat memegang penyapu lantai dan paip air. SD3 juga turut menafikan versi Pendakwaan bahawa OKT memegang dan menyerahkan beg plastik kuning kepada SP6.
58
Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah.
59
Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah]
60
Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak Pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1).
61
Pembelaan OKT secara ringkasnya menafikan pemilikan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang telah dirampas. Pembelaan turut mengetengahkan bahawa OKT telah dianiaya oleh pihak polis apabila pihak polis telah mengatakan bahawa OKT telah menyerahkan beg plastik kuning berisi dadah tersebut kepada SP6 dengan menggunakan tangan kanannya.
62
Adalah prinsip undang-undang bahawa pada peringkat Pembelaan ini, pihak Pembelaan hendaklah mengemukakan keterangan yang mampu menimbulkan keraguan yang munasabah atas elemen jagaan dan kawalan serta pengetahuan OKT terhadap dadah-dadah yang ditemui. Dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established ‘reasonable doubt’ test, rather than to delve in the ‘believable and convincing’ test before applying the ‘reasonable doubt’ test.”. [penekanan ditambah]
63
Berkenaan eksibit D17, Mahkamah ini telah meneliti keterangan tersebut secara teliti. Eksibit D17 sebagaimana yang telah dikemukakan di Mahkamah ini hanya dibuat lebih kurang 3 bulan selepas daripada tarikh tangkapan OKT. Alasan SD2 mengapa hanya selepas 3 bulan laporan tersebut dibuat adalah kerana menurutnya tiada sebarang rakaman percakapan beliau dirakam oleh pihak polis. Namun begitu, jika diteliti keterangan SP7, walaupun beliau bersetuju bahawa keterangan di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) SD2 tidak dirakam tetapi beliau ada merakam percakapan SD2 di bawah subseksyen 37B(1) ADB 1952. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat keterangan SD2 ini perlu dinilai dan dipertimbangkan dengan berhati-hati, lebih-lebih lagi dalam keadaan bahawa SD2 adalah isteri kepada OKT dan laporan polis D17 hanya dibuat 3 bulan selepas daripada tarikh tangkapan OKT.
64
Adalah prinsip undang-undang bahawa keterangan seorang saksi berkepentingan (interested witness) hendaklah dipertimbangkan dengan berhati-hati dan memerlukan keterangan sokongan. Ini telah diputuskan dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut” “[21] It is clear to us that from her testimony she was an interested witness with a grudge against the appellant and had a purpose of her own to serve. In our judgment her evidence must be treated with caution and requires corroboration. [22] In Liow Siow Long v Public Prosecutor [1970] 1 MLJ 40, Raja Azlan Shah J (as His Highness then was) had this to say (at p 41) in respect of interested witnesses: Testimony of close relations is not tainted if it is otherwise reliable in the sense that the witnesses and competent witnesses who were at the scene of the occurrence and could have seen what had happened. But if it is proved that they are not entirely disinterested witnesses, eg they are either partisans of the complainant or are in any way inimical to the accused, then their testimony is tainted and requires corroboration if to be acted upon. [23] The same learned judge in Lim Boon San v Public Prosecutor [1968] 2 MLJ 45 held that where a witness may be regarded as having a purpose of his own to serve, the judge must direct his mind on the danger of convicting on the uncorroborated evidence of such witness. In the instant appeal before us we find that PW5 was undoubtedly hostile towards the appellant and we regret to say that there was no corroboration of such evidence by either PW8 (sister) or PW11 (mother). If we may add, the evidence of PW5, PW8 and PW11 were most inconsistent with one another. With the greatest of respect to the High Court judge and the judges of the COA we must say that they have failed to direct their minds on this point and for this reason we rule that there was a serious misdirection by way of non-direction which had occasioned a miscarriage of justice.”. [penekanan ditambah]
65
Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan pada kedua-dua peringkat Pendakwaan dan Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang telah dikemukakan oleh Pembelaan adalah konsisten sejak dari peringkat kes Pendakwaan lagi, bahawa OKT tidak memegang atau menyerahkan beg plastik kuning berisi dadah kepada polis pada hari kejadian.
66
Pada pendapat Mahkamah ini, pembelaan yang diketengahkan bukanlah suatu afterthought kerana telah diketengahkan sejak peringkat kes Pendakwaan lagi. Keterangan SD3 yang menyokong keterangan OKT bahawa semasa OKT membuka pintu bahagian belakang rumah OKT, SD3 melihat OKT sedang memegang paip air dan penyapu lantai, turut menafikan bahawa OKT telah menyerahkan satu beg plastik kepada SP6 dengan tangan kanannya semasa serbuan dijalankan.
67
Keterangan SD3 juga disokong oleh keterangan SD2 yang menyatakan bahawa sebenarnya tidak ada barang kes diserahkan oleh OKT kepada anggota serbuan kerana keterangan SD2 menunjukkan bahawa anggota serbuan tidak putus-putus bertanyakan ‘di mana barang?’ yang mana jika telah diserahkan oleh OKT kepada anggota serbuan sebaik OKT membuka pintu bahagian belakang rumahnya, persoalan tersebut tidak mungkin akan ditanya oleh mana-mana anggota serbuan kepada OKT mahupun SD2. Keterangan saksi-saksi Pembelaan ini menimbulkan persoalan sama ada benar atau tidak beg plastik kuning tersebut dipegang OKT dan diserahkan kepada anggota polis semasa serbuan.
68
Berdasarkan keterangan-keterangan SD2 dan SD3 serta eksibit D17, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak Pembelaan telah berjaya mengemukakan keterangan yang menyokong pembelaan dikemukakan oleh OKT. Sebagaimana di putuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.” [penekanan ditambah]
69
Di samping itu juga, kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v PP (supra) di atas telah memutuskan seperti yang berikut: “In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt?”. [penekanan ditambah]
70
Berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa terdapatnya keraguan sama ada benar-benar OKT telah memegang dan menyerahkan beg plastik kuning yang mengandungi dadah kepada SP6 pada hari kejadian. Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat keraguan yang munasabah atas kebersalahan OKT (there is a reasonable doubt as to the accused guilt).
71
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan dikemukakan oleh Pembelaan dan juga Pendakwaan, pihak Pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap elemen pemilikan (jagaan dan kawalan) serta pengetahuan OKT terhadap barang kes tersebut dan sekaligus telah berjaya mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya.
72
Oleh itu, Mahkamah ini turut mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan keseluruhan kes mereka pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu, OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama sebagaimana dalam pertuduhan. Bertarikh : 15 Oktober 2025. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya: Mohd Rizal bin Fadzil Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT: Jayaraj a/l Thurairaj Tetuan T. Jayaraj & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.