1
Ini adalah satu Rayuan terhadap keputusan HMS YB pada 13.6.2022 menolak tuntutan Perayu/Plaintif.
JB-12BNCvC-8-07/2022
High Court of Malaysia18 May 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“in the country. There is still a popular misconception prevalent amongst illiterate tradesmen in the country that a firm or “chop” is an entity. That is not so. Unlike a company registered under the Companies Act which is itself a legal entity, a firm or “chop” although it may be registered under other legislation is n”
“his business. So, he chooses a “chop” name and trades under that. But he does not by so doing create an entity separate from himself...” Also in Tan Thoo Yow v. Chia Kim San & Anor [1997] 1 LNS 536; [1997] MLJU 142, Abdul Malik Ishak J (later JCA) held as follows: **Note : Serial number will be used to verify the origi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini adalah satu Rayuan terhadap keputusan HMS YB pada 13.6.2022 menolak tuntutan Perayu/Plaintif.
2
Defendan adalah Responden dalam Rayuan ini.
3
Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan dalam alasan penghakiman ini.
4
Plaintif tidak berpuashati dengan keputusan HMS YB tersebut dan merayu ke Mahkamah ini.
5
Latar belakang kes dikemukakan di bawah ini sebagaimana terkandung dalam penghujahan Defendan.
6
Defendan telah dianugerahkan sebuah projek pembinaan iaitu “Membekal, Membina dan Menyiapkan Sebuah Dewan Semai May 18, 2023 3 Bakti (Jenis A) dan lain-lain Kerja Berkaitan di Felda Tenggaroh 05, Mersing” (selepas ini dirujuk sebagai “Projek tersebut”) melalui Surat Setuju Terima bertarikh 30.8.2016 daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di mana Defendan telah menandatangani Surat Penerimaan Tawaran tersebut pada 07.09.2016. Nilai kontrak bagi Projek tersebut adalah sebanyak RM842,615.20 dan Defendan perlu menyiapkan Projek tersebut dalam tempoh 32 minggu iaitu pada 30.04.2017 (selepas ini dirujuk sebagai “Tempoh Siap Kerja”).
7
Defendan melantik syarikat Cempaka Bina sebagai sub-kontraktor bagi melaksanakan dan menyiapkan Projek tersebut melalui Surat Setuju Terima bertarikh 01.10.2016. Namun atas sebab terdapat punca air di tapak Projek tersebut, syarikat Cempaka Bina tersebut kemudiannya mengeluarkan surat makluman penamatan sebagai sub-kontraktor bertarikh 28.02.2017.
8
Selepas itu, Defendan telah melantik Plaintif melalui Surat Setuju Terima bertarikh 02.07.2017 dan Surat Penerimaan Tawaran yang ditandatangani pada 04.07.2017 serta Perjanjian Bertulis untuk meneruskan pembinaan dan penyiapan Projek tersebut (selepas ini dirujuk juga sebagai “Kontrak tersebut”). Pelantikan Plaintif tersebut adalah selepas tarikh Tempoh Siap Kerja yang sepatutnya Projek tersebut telah disiapkan oleh Defendan iaitu pada 30.04.2017. Pelantikan tersebut dibuat apabila FIC bagi pihak FELDA telah mengeluarkan Surat Kebenaran Memulakan Kerja-Kerja Pembinaan bertarikh 17.05.2017 kepada Defendan untuk menyambung semula Projek tersebut. Terdapat isu Perubahan Kerja atau Variation Order (seleas ini dirujuk sebagai “VO”) dan Pelanjutan Masa atau Extension of Time (selepas ini dirujuk May 18, 2023 4 sebagai “EOT”) yang berbangkit dalam penyiapan Projek tersebut semasa Plaintif menjadi sub-kontraktor kepada Defendan. Memandangkan Projek tersebut juga telah melangkau Tempoh Siap Kerja asal, isu Gantirugi Tertentu dan ditetapkan atau Liquidated and Ascertained Damages (selepas ini dirujuk sebagai “LAD”) juga berbangkit di antara Plaintif, Defendan dan FELDA.
9
Dalam tempoh Kontrak tersebut berjalan, Plaintif mendakwa tiada sebarang maklumbalas lanjut daripada Defendan dan FELDA berkenaan permohonan EOT dan VO yang dipohon oleh Plaintif bagi pihak Defendan, sedangkan Plaintif mendakwa telah menjalankan kerja-kerja tambahan sejak peringkat awal Kontrak tersebut sehinggalah mencapai kemajuan siap kerja sebanyak 48% Projek tersebut yang berjumlah RM334,885.38. Pada 24.01.2018 dan 24.02.2018, surat pemberitahuan berhenti kerja telah dihantar oleh Defendan kepada FIC berikutan tiada arahan atau kelulusan secara bertulis oleh FELDA atau FIC untuk permohonan VO dan EOT oleh Defendan.
10
Plaintif kemudian melalui peguamcaraya, telah menghantar Notis Tuntutan bertarikh 20.02.2020 untuk menuntut wang bayaran tunggakan bagi kemajuan siap kerja tersebut sebanyak RM334,885.38 namun Defendan gagal dan atau ingkar membayar tuntutan Plaintif tersebut.
11
Lanjutan daripada itu, Plaintif memfailkan tindakan terhadap Defendan untuk – a) Penghakiman berjumlah RM334,885.38; May 18, 2023 5 b) Faedah pada kadar 8% setahun ke atas RM334,885.38 mulai tarikh pemfailan Writ Saman sehingga tarikh penyelesaian penuh; c) Kos.
12
Plaintif dan Defendan masing-masing telah memanggil seorang saksi untuk memberi keterangan.
13
Setelah mendengar keterangan saksi-saksi, meneliti keterangan dokumen-dokumen serta hujahan kedua-dua pihak, HMS Kluang YB telah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan.
14
Sewaktu pendengaran Rayuan, Mahkamah mendapati Rekod Rayuan Plaintif tidak mengandungi nota-nota keterangan.
15
Apabila disoal oleh Mahkamah kepada peguam Plaintif, beliau mengakui bahawa terlepas pandang untuk mengemukakan nota-nota keterangan sebagai sebahagian daripada Rekod Rayuan.
16
Nota-nota keterangan yang gagal dikemukakan ini merangkumi soal balas, pemeriksaan semula saksi kedua-dua pihak serta minit-minit prosiding Mahkamah di peringkat perbicaraan. May 18, 2023 6
17
Menurut Aturan 55 Kaedah 4 (1) KKM, 2012 adalah mandatori untuk Perayu mengemukakan nota-nota keterangan sebagai Rekod Rayuan. Kaedah ini dikemukakan dibawah ini :- “4. Rekod rayuan (A. 55 k. 4)
1
Dalam hal suatu rayuan daripada suatu keputusan selepas perbicaraan, perayu hendaklah dalam satu bulan dari tarikh pemfailan notis rayuan menyediakan dan memfailkan bilangan salinan rekod rayuan yang diperlukan di Mahkamah Tinggi dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan-
a
pliding yang relevan;
b
nota keterangan, termasuk pernyataan saksi, sekiranya ada, yang direkodkan secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui cara mekanikal;
c
alasan penghakiman, sekiranya ada;
d
memorandum rayuan;
e
keputusan, perintah atau penghakiman;
f
suatu salinan pendua notis rayuan;
g
suatu salinan pendua notis rayuan balas, sekiranya ada;
h
semua ekshibit dokumentar dan dokumen yang pihak-pihak fikirkan relevan bagi maksud rayuan: [penekanan ditegaskan] Dengan syarat bahawa rekod rayuan hendaklah difailkan walaupun nota May 18, 2023 7 keterangan dan/atau alasan penghakiman belum disediakan atau keputusan, perintah atau penghakiman yang telah dimeterai itu belum lagi diambil.
2
Dalam keadaan nota keterangan dan/atau alasan penghakiman belum disediakan atau keputusan, perintah atau penghakiman yang telah dimeterai itu belum lagi diambil dalam tempoh yang dinyatakan dalam kaedah 4(1) di atas, maka nota keterangan dan/atau alasan penghakiman itu, jika ia boleh didapati dan suatu salinan keputusan, perintah atau penghakiman yang dimeterai jika diambil, hendaklah difailkan dengan cara rekod rayuan tambahan tanpa kebenaran Mahkamah Tinggi: Dengan syarat bahawa ketiadaan alasan penghakiman itu tidaklah menghalang perayu daripada meneruskan rayuannya.” [18] Memandangkan perkataan “shall” digunakan dalam Aturan 55 Kaedah 4 KKM 2012, maka peruntukkan ini menjadikan mandatori untuk nota-nota keterangan dikemukakan sebagai Rekod Rayuan. [19] Kegagalan Plaintif untuk mematuhi kaedah ini adalah serius dan “fatal”. [20] Notis Rayuan telah difailkan pada 26.6.2022. Manakala Rekod Rayuan dan Memorandum Rayuan difailkan pada 25.7.2022. Plaintif mempunyai masa yang mencukupi untuk memastikan nota- May 18, 2023 8 nota keterangan difailkan sebagai Rekod Rayuan. Namun Plaintif masih gagal mengemaskini Rekod Rayuan setakat tarikh pendengaran Rayuan. [21] Adalah tugas peguam Perayu dalam sesuatu kes Rayuan Sivil supaya memastikan Rekod Rayuan mengandungi segala suratcara serta dokumen yang perlu difailkan menurut Aturan 55 Kaedah 4 KKM 2012 dan bukan tugas Mahkamah untuk menyemak dan mengingatkan peguam. [22] Dalam kes S. Balakrishnan v. Khalid Aluminium Industries Sdn. Bhd. [1993] 4 CLJ 393 Malik Ishak J (pada ketika itu) telah putuskan – “Parties to a suit or action must abide by the rules of procedure. No Court can conduct its business efficiently without a code of procedure. Those who run foul of the rules of procedure must face the consequences. I am fortified in my view by the following passages appearing in the judgment of Ajaib Singh J. (as he then was) in Haji Mohamed bin Suboh v. Devadas [1980] 1 LNS 201 [1981] 1 MLJ 136 especially at p. 137: It has been stressed time and again that the rules of procedure must be strictly complied with by all litigants who seek remedy of any kind in a Court of law. Any litigant who disregards the rules of procedure does so at his peril and he cannot thereafter be heard to say that he has been denied justice in a cause or matter which might otherwise have been favourable to him but for the May 18, 2023 9 failure on his part to follow the rules for in such a case he has none but himself to blame for the predicament in which he may find himself. On appeal to the Federal Court (see [1981] 1 MLJ 138 FC), Wan Suleiman FJ (as he then was) delivering the judgment of the Court agreed with the decision of Ajaib Singh J. (as he then was) and dismissed the appeal with costs. Wan Suleiman FJ (as he then was) stressed that “the decision as to what constitutes sufficient ground for the delay necessarily involves the exercise of judicial discretion” Put in another way, it is not incorrect to say that the rules are made to be followed and it may be relaxed in the interest of justice if sufficient cause is shown. The two motions relate to rules governing civil appeals from the decisions of the lower Courts. These rules clearly prescribe the time within which to file a notice of appeal and the memorandum of appeal and the compilation of the appeal record comprising the certified copies of the notes of evidence and the grounds of judgment. Clearly, therefore, these rules must be strictly complied with.” [penekanan ditegaskan] [23] Memandangkan Rekod Rayuan adalah tidak teratur, Rayuan Plaintif harus ditolak atas alasan ini sahaja. May 18, 2023 10 Plaintif tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membawa tindakan. [24] Menurut dapatan HMS YB, berdasarkan Surat Setuju Terima yang ditanda sebagai Eksibit P1, firma perniagaan Plaintif yang dikenali Onn Construction Works dengan nombor pendaftaran perniagaan JM0301707-A adalah milikan tunggal penama Lim Kok Chang yang telah menandatangani Surat Setuju Terima tersebut. [25] Jadi, tuntutan Plaintif yang dimulakan atas nama firma sahaja adalah tidak betul kerana tiada kapasiti dari segi undang-undang. [26] Lim Kok Chang yang berniaga sebagai Onn Construction Works (No. Pendaftaran Perniagaan: JM0301707-A) adalah pemilik tunggal firma perniagaan tersebut. [27] Nama pemilik tunggal iaitu Lim Kok Chang yang berniaga sebagai Onn Construction Works (No. Pendaftaran Perniagaan: JM0301707-A) harus dinyatakan pada tajuk tindakan. [28] Isu ini telah diputuskan dalam kes Global Built Sdn Bhd v. LKL Ceiling Enterprise & Anor [2022] 1 LNS 1507 oleh Lim Chong Fong J (pada ketika itu) seperti berikut :- “[22] Thus in respect of a sole proprietorship, Lee Hun Hoe CJ Borneo held as follows in Wong Yoon Yar v. Lin Yin Thai [1987] 1 LNS 21; [1987] 2 MLJ 714 SC: “We would like to make one observation on the legal status of a firm or “chop” tenant as loosely May 18, 2023 11 described by many in the country. There is still a popular misconception prevalent amongst illiterate tradesmen in the country that a firm or “chop” is an entity. That is not so. Unlike a company registered under the Companies Act which is itself a legal entity, a firm or “chop” although it may be registered under other legislation is nothing more than a convenient name or label for a number of persons carrying on a business in a partnership or for that matter for a sole proprietor carrying on a business. Those persons could use their own individual names if they wished followed by some such words as “trading under the style of” whenever they transacted any business. But this might well be inconvenient, especially if there were numerous partners. The obvious solution is to select one short name to include all partners. That is the “chop” name. The same situation applies to a sole proprietor. He may not wish to carry on business in his own name but prefer to choose something more colourful or meaningful to bring luck and prosperity to his business. So, he chooses a “chop” name and trades under that. But he does not by so doing create an entity separate from himself...” Also in Tan Thoo Yow v. Chia Kim San & Anor [1997] 1 LNS 536; [1997] MLJU 142, Abdul Malik Ishak J (later JCA) held as follows: May 18, 2023 12 “...Thus, if the sole proprietor of a firm is suing he must sue in his own name and add below his own name within brackets the name of the firm of that sole proprietor so as to inform the defendant that he is suing as a sole proprietor. Translating this to the facts of the present case, the plaintiff should sue in this fashion: “Tan Thoo Yow (t/a Pusat Video Super).” In the final analysis, since the plaintiff brought this action in his own name be lacked the necessary capacity or locus standi to sue the defendants...” Finally in Akitek Bersatu v. Sempurna Cekap Sdn Bhd [2004] 7 CLJ 217, Hishamudin Yunus J (later JCA) held as follows: “In conclusion, whoever is the plaintiff in the present action, by naming himself/itself as ‘Akitek Bersatu’ in the title of the writ and statement of claim, he/it has not satisfied the court that he/it has a legal personality to sue. If he/it has no legal personality to sue, then it must follow that he/it has no reasonable cause of action.” [24] In the premises and since it was LKL Ceiling Enterprise but not Wong Yen Feng (trading as LKL Ceiling Enterprise) that commenced the adjudication May 18, 2023 13 proceedings, I find and hold the LKL Ceiling Enterprise had no legal capacity or standing/status to validly do so.” [29] Mahkamah mendapati Plaintif di sini tiada kapasiti dari segi undang-undang untuk membawa tuntutan terhadap Defendan. [30] Tambahan pula, pliding Plaintif menunjukkan bahawa Plaintif sendiri keliru mengenai apakah jenis perniagaannya. [31] Ini adalah jelas sekiranya perenggan 1 Penyataan Tuntutan Plaintif dan perenggan 1 Jawapan Plaintif kepada Pembelaan Plaintif diteliti. [32] Mahkamah juga menolak Rayuan Plaintif atas alasan ini. [33] Namun untuk “completeness”, Mahkamah akan menimbangkan merit-merit Rayuan Plaintif. PRINSIP-PRINSIP CAMPURTANGAN PADA TAHAP RAYUAN [34] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator Of The Estates Of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1, melalui penghakiman Zabariah Mohd Yusof HMP memutuskan mengenai prinsip-prinsip berkenaan campurtangan dalam suatu kes Rayuan seperti berikut – “(1) An appellate court should not interfere with the trial judge's conclusions on primary facts unless satisfied that he was plainly wrong. The ‘plainly wrong’ test May 18, 2023 14 operates on the principle that the trial court has had the advantage of seeing and hearing the witnesses on their evidence as opposed to the appellate court that acts on the printed records. In the UK, the test adopted by the appellate courts is not whether the higher courts feels that it would have reached a different conclusion on the same fact as the trial court, but whether or not the decision by the lower court on findings of fact was reasonable. If the trial judge's decision can be reasonably explained and justified, then the appellate courts should refrain from intervention. (paras 33, 34 & 60)
2
The court in Henderson separated the four non-exhaustive identifiable errors of a trial judge from the plainly wrong test: (i) a material error of law; (ii) a critical finding of fact which has no basis in the evidence; (iii) demonstrable misunderstanding of relevant evidence; and (iv) a demonstrable failure to consider relevant evidence. The phrase ‘lack of judicial appreciation of evidence’ used in Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors could very well encompass three out of four errors of a trial judge identifiable in Henderson. Whilst there was a slight difference in the approach of the appellate intervention, both the UK Supreme Court and the Federal Court effectively shared a common thread where it had been held that appellate intervention was justified where there is lack of judicial appreciation of evidence. What is pertinent is that the ‘plainly wrong’ test is not intended to be used by an appellate court as a May 18, 2023 15 means to substitute its own decision for that of the trial court on the facts. (paras 54, 72, 74 & 76)
3
An appellate court should not interfere with the factual findings of a trial judge unless it was satisfied that the decision of the trial judge was ‘plainly wrong’ where in arriving at the decision it could not reasonably be explained or justified and so was one which no reasonable judge could have reached” MERIT RAYUAN [35] Menurut Memorandum Rayuan Terpinda yang difailkan oleh Plaintif, Mahkamah mendapati Plaintif bergantung kepada empat alasan utama untuk merayui terhadap alasan penghakiman HMS YB seperti berikut :-
1
Isu saksi tunggal Plaintif SP1 merupakan saksi yang berkepentingan (“interested witness”);
2
Isu ekshibit-ekshibit dokumen dan keterangan lisan membuktikan bahawa peratusan siap kerja Plaintif adalah sebanyak 48% dalam projek tersebut;
3
Isu samada keterangan saksi-saksi dan ekshibit P16 mencukupi untuk membuktikan kadar peratusan siap kerja Plaintif dalam projek tersebut adalah sekurang-kurangnya 40%; May 18, 2023 16
4
Isu gambar-gambar menunjukkan rekod kerja harian yang tidak diterima sebagai keterangan dan hanya ditanda sebagai ID20. Isu Pertama-saksi berkepentingan [36] Plaintif berhujah bahawa HMS YB telah terkhilaf apabila mendapati SP1 merupakan saksi berkepentingan untuk mewakili Plaintif, keterangan SP1 tidak boleh diterimapakai dan SP1 tidak layak untuk memberi keterangan. [37] HMS YB telah membuat penemuan bahawa saksi tunggal Plaintif SP1 merupakan saksi yang berkepentingan kerana beliau telah bertindak sebagai Pengurus Projek bagi kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan dalam projek tersebut. Menurut HMS YB, sebagai saksi yang berkepentingan, keterangan SP1 hendaklah dilayan atau diterima dengan penuh hati-hati (“suspicion and caution”) oleh Mahkamah kerana kemungkinan SP1 mengada-adakan cerita bagi kepentingan diri beliau sendiri. [38] Menurut dapatan HMS YB lagi, hanya SP1 seorang sahaja yang dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak Plaintif dan keterangannya tidak disokong oleh saksi lain. [39] Mahkamah berpendapat bahawa HMS YB yang berpeluang meneliti “demeanor” SP1 berhak untuk membuat rumusan sewajarnya berkaitan kredibiliti SP1 apabila mengambil kira keseluruhan keterangan kes. May 18, 2023 17 [40] Mengenai isu ini, dalam kes Renal Link (KL) Sdn. Bhd. v. Dato’ Dr. Harnam Singh [1997] 3 CLJ 225 Mahkamah Rayuan melalui penghakiman Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) telah memutuskan seperti berikut :- “In our judgment this appeal really turns upon a pure question of fact based upon the credibility of the witnesses who gave their evidence at the trial. The function of determining where, on a balance of probabilities, the truth lay is entrusted by law to the trial Court. Unless we, as a Court of appeal, are convinced that there was no judicial appreciation of the evidence by the trier of fact, or that the audio-visual advantage reserved to a trial Judge had been missed or that the findings made do not accord with the probabilities of the case when taken as a whole, it would not be open to us to intervene and upset the findings made by a trial Judge”. [41] Lebih-lebih lagi adalah aneh bahawa SP1 yang menjadi Pengurus Projek bagi kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan memberi keterangan yang berlawanan terhadap Defendan yang juga adalah majikannya. [42] Malahan juga tidak masuk akal bahawa SP1 seorang sahaja dipanggil menjadi saksi bagi pihak Plaintif tanpa pemilik tunggal firma Plaintif atau mana-mana saksi lain dipanggil. [43] Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan HMS YB bahawa pemilik tunggal firma Plaintif iaitu Lim Kok Chang sepatutnya hadir memberi keterangan sebagai pemilik firma Plaintif. May 18, 2023 18 [44] Mahkamah mendapati alasan rayuan ini tidak bermerit. Isu Kedua dan Ketiga - peratusan siap kerja [45] Plaintif berhujah bahawa HMS YB telah terkhilaf apabila gagal memutuskan bahawa keterangan ekshibit dokumen-dokumen dan keterangan lisan yang dikemukakan adalah mencukupi untuk membuktikan peratusan siap kerja Plaintif dalam projek tersebut adalah sebanyak 48% atau pun sekurang-kurangnya 40%. [46] Plaintif menuntut jumlah RM334,885.38 sebagai tunggakan untuk peratusan kerja 48% yang kononnya telah disiapkan. [47] Menurut hujahan peguam Plaintif sewaktu pendengaran Rayuan. jumlah ini dibuktikan melalui Tuntutan Bayaran Kemajuan No. 1 dan No. 2 Defendan kepada FIC Integrated Property Management Sdn Bhd (pemilik) bersama-sama butir-butir kerja Plaintif yang boleh dilihat dalam gambar-gambar ID20. [48] Apabila Mahkamah menyoal peguam Plaintif bahawa memandangkan gambar-gambar tidak diterima sebagai keterangan ekshibit, samada wujud lain-lain rekod untuk menunjukkan butir-butir kerja Plaintif, peguam Plaintif menjawab tiada butir-butir kerja lain yang dihantar kepada Defendan. [49] Menurut peguam Plaintif lagi, disebabkan ketiadaan rekod butir-butir kerja tersebut, Plaintif bergantung kepada Tuntutan Bayaran Kemajuan No. 1 dan No. 2 Defendan kepada Pemilik serta ekshibit P16 iaitu Perintah Lanjutan Masa. May 18, 2023 19 [50] Menurut HMS YB, Plaintif gagal mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan bahawa Plaintif telah menyiapkan 48% kemajuan siap kerja Projek tersebut. [51] Mahkamah mendapati HMS YB telah membuat dapatan ini dengan betulnya kerana Plaintif sepatutnya mempunyai rekod-rekod sendiri untuk menunjukkan peratusan kerja yang telah disiapkan oleh mereka dan bukannya bergantung kepada dokumen-dokumen pihak ketiga. [52] Lebih-lebih lagi saya mendapati Plaintif juga gagal mengemukakan butir-butir pengiraan untuk menunjukkan bagaimana mereka memperolehi jumlah RM334,885.38 yang dituntut oleh mereka serta dokumen yang menjadi asas tuntutan Plaintif untuk jumlah ini. [53] Malah gambar-gambar sebagai bukti kerja-kerja telah dilakukan juga telah tidak diterima oleh Mahkamah sebagai keterangan ekshibit. [54] Peguam Plaintif juga berhujah bahawa ekshibit P16 iaitu Perintah Lanjutan Masa membuktikan bahawa setakat 21.11.2017, peratusan siap kerja Plaintif dalam projek tersebut adalah 40% dan meningkat ke 48% setakat Plaintif meninggalkan tapak projek tersebut pada 17.7.2018. Namun HMS YB berpendapat bahawa dakwaan Plaintif tersebut tanpa bukti dokumen dan gambar adalah meragukan dan tidak mempunyai asas yang kukuh. [55] Mahkamah mendapati HMS YB telah membuat dapatan tersebut secara betulnya kerana bukan sahaja Plaintif tidak mengemukakan gambar dan dokumen untuk membuktikan dakwaan ini, namun May 18, 2023 20 sekiranya ekshibit P16 dirujuk, adalah tidak jelas peratusan siap kerja sebanyak 40% dicapai pada tarikh bila. Manakala Plaintif menandatangani Surat Penerimaan Tawaran pada 04.07.2017 dan tiada bukti bila Plaintif mulakan kerjanya. Mahkamah mendapati tiada keterangan jelas untuk menunjukkan bahawa Plaintif yang melakukan peratusan siap kerja sehingga 40% setakat 21.11.2017. [56] Alasan Rayuan Plaintif ini juga tidak bermerit. Isu Keempat-Gambar ditanda ID20 [57] Plaintif berhujah bahawa HMS telah terkhilaf apabila gagal mempertimbangkan dan menerima gambar-gambar kerja harian untuk membuktikan peratusan siap kerja yang didakwa sebanyak 48%. [58] Mahkamah mendapati hujahan Plaintif ini tidak berasas kerena gambar-gambar tersebut hanya dikemukakan oleh Plaintif sewaktu pemeriksaan semula SP1 dan tanpa sijil atau perakuan menurut Seksyen 90A Akta Keterangan 1950. [59] Menurut HMS YB, peguam Defendan telah membantah atas alasan ini dan beliau telah menerima bantahan dan oleh yang demikian, gambar-gambar tersebut hanya ditandakan sebagai ID20. [60] Saya mendapati HMS YB telah dengan betulnya memutuskan bahawa gambar-gambar tersebut harus ditanda sebagai ID20 dan bukannya sebagai keterangan ekshibit atas alasan bantahan peguam Defendan. May 18, 2023 21 [61] Ini adalah kerana peguam Plaintif yang mengendalikan perbicaraan tidak cermat kerana beliau sepatutnya mengemukakan gambar-gambar tersebut pada tahap pemeriksaan utama SP1. Begitu juga dengan kegagalan peguam tersebut yang sepatutnya menyediakan sijil atau perakuan untuk mematuhi keperluan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 sebelum bicara. [62] Maka, Plaintif tidak boleh menyalahkan Mahkamah untuk tidak menerima masuk gambar-gambar tersebut sebagai keterangan dalam keadaan mana peguam Plaintif gagal untuk mengendalikan tugasnya dengan betul. [63] Alasan rayuan Plaintif ini juga tidak bermerit. KESIMPULAN [64] Maka, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah mendapati Rayuan Plaintif ini tidak bermerit. [65] Oleh yang demikian, Rayuan ini ditolak dengan kos dan keputusan HMS YB bertarikh 13.6.2022 dikekalkan. Bertarikh pada 18 Mei 2023 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR A/L DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim May 18, 2023 22 Kaunsel : Bagi pihak Perayu : Muhammad Izwan Azizi Bin Md Said Bagi pihak Responden : Muhammad Fahmi Bin A Jamil bersama Syukri A Samad Peguamcara : Bagi pihak Perayu Tetuan Azizi & Co Peguambela dan Peguamcara No. 76-1, Jalan Kluang Perdana 1 Taman Kluang Perdana 86000 Kluang Johor [No. Ruj.: AZCO/lit/Appeal/0001/2022] Bagi pihak Responden Tetuan Naufal Fahmi & Associates Peguambela dan Peguamcara Suite 31b, Jalan Flor 1/19 Taman Pulai Flora 81300 Skudai Johor [No. Ruj.: Nfa/Civil/Lt-80(KoperasiFelda)/2020] May 18, 2023 23 Tarikh Pendengaran : 18 Mei 2023 Tarikh Keputusan : 18 Mei 2023
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.