The High Court may make an order in respect of the adjudication decision either wholly or partly and may make an order in respect of interest on the adjudicated amount payable.” [23] Oleh itu, dalam mempertimbangkan sama ada permohonan untuk kuat kuasa Keputusan Adjudikasi dalam kes ini adalah wajar, Mahkamah telah merujuk kepada keputusan kes di Mahkamah Rayuan dalam kes Inai Kiara Sdn Bhd lwn Puteri Nusantara Sdn Bhd [2019] 2 CLJ 229, yang menyatakan: “[24] Section 28 confers discretion on the High Court. Although there are no express terms as to how that discretion is to be exercised, in our opinion, the discretion must be exercised judiciously, having regard to the underlying facts and the applicable principles under [CIPAA]. We must also bear in mind principles of statutory interpretation; that we cannot read into s. 28 terms which are not there, or give s. 28 a construction which cannot bear up when the other provisions in the Act are read and taken into consideration. [25] From a reading of [CIPAA], in particular, ss. 13, 15, 16, 27 and 31, it is plain that though s. 28 vests the High Court with discretionary power, it does not extend to requiring the applicant to show that there are no grounds for setting aside the adjudication decision under s. 15. All that the applicant needs to do is to satisfy the High Court that there is an adjudication decision that has been rendered in the applicant’s favour, that there has been non-payment of the adjudicated sum by the date specified in the adjudication decision, and that there is no prohibition to the grant of the order that is sought. [26] By this, we mean that the adjudication decision has not been set aside or stayed, that there is no written settlement of the subject matter between the parties, or that there is no final decision rendered on the payment claim, whether made in arbitration or by a court of law. Once these matters are established as matters of fact, the order to enforce ought to be granted. When making the order, the High Court may also make appropriate orders in respect of the whole or part of the adjudicated sum including make orders on interest - see sub-s. 28(2).” [penekanan diberikan] [24] Dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa apa yang perlu dibuktikan oleh pemohon adalah bahawa telah terdapat Keputusan Adjudikasi dan keputusan oleh Adjudikator itu tidak dipatuhi oleh pihak yang sepatutnya membayar jumlah yang diputuskan. [25] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, fakta kes menunjukkan secara nyata bahawa Defendan telah gagal membayar Plaintif jumlah dalam keputusan Adjudikasi tersebut. Maka dengan itu, Plaintif telah memfailkan Saman Pemula ini bagi tujuan menguat kuasakan Keputusan Adjudikasi tersebut. [26] Dalam kes ini juga, Mahkamah mendapati dan bersetuju bahawa tidak ada apa-apa permohonan yang dibuat oleh Defendan untuk mengetepikan Keputusan Adjudikasi yang telah diberikan pada 12 Mei 2021. [27] Apa yang dilakukan oleh Defendan adalah dengan memasukkan permohonan melalui Guaman Sivil no. KA-24C-2-07/2021 untuk penggantungan Keputusan Adjudikasi dan penggantungan penguatkuasaan Keputusan Adjudikasi atas alasan terdapatnya tindakan dalam Guaman Sivil no. KA-22NCVC-54-09/2020 yang masih berjalan. [28] Hendaklah diketahui juga bahawa tuntutan asal dalam Guaman Sivil no. KA-22NCVC-54-09/2020, adalah berjumlah RM2,444,709.17 bagi butiran kerja-kerja di bawah projek yang sama dengan tuntutan yang dibawa di dalam prosiding adjudikasi yang telah diputuskan tersebut. [29] Namun begitu, apabila Keputusan Adjudikasi diperoleh dan berpihak kepada Plaintif dengan jumlah yang rendah daripada tuntutan asal tersebut, maka suatu permohonan telah dibuat oleh Defendan untuk meminda Pernyataan Tuntutan dalam Guaman Sivil no. KA-22NCVC-54-09/2020 itu dengan memasukkan jumlah tuntutan yang baharu bagi mengemas kini jumlah tuntutan dan menyelaraskan baki dengan jumlah yang telah diawardkan dalam Keputusan Adjudikasi. [30] Defendan selepas daripada itu telah memasukkan suatu permohonan untuk menarik balik Guaman Sivil no. KA-22NCVC-54- 09/2020 tersebut dengan kebebasan untuk memfailkan semula, namun telah dibantah oleh Plaintif. [31] Pada peringkat ini, Mahkamah berpandangan bahawa, walau apa pun prosiding interlokutari lain yang berjalan dalam Guaman Sivil KA-22NCVC-54-09/2020 tersebut, Mahkamah hendaklah membuat pertimbangan sama ada pertikaian tentang jumlah tuntutan dan hal keadaan kes dalam Guaman Sivil no. KA-22NCVC-54-09/2020 tersebut boleh mewajarkan suatu sekatan kepada penguatkuasaan Keputusan Adjudikasi yang telah diperoleh dalam prosiding adjudikasi. [32] Defendan menyatakan bahawa Defendan tidak berpuas hati dengan Keputusan Adjudikasi atas alasan bahawa tuntutan bagi kerja-kerja yang dilakukan di bawah projek itu adalah tuntutan yang belum disahkan dan diluluskan oleh pihak-pihak yang sepatutnya serta tidak melalui prosedur yang sepatutnya. Keputusan Adjudikator yang membenarkan tuntutan dengan cara sedemikian adalah salah dan membawa kepada keputusan yang tidak wajar dalam memutuskan jumlah dan pengiraan faedah yang salah. [33] Defendan juga telah membangkitkan tentang kegagalan Adjudikator dalam mengguna pakai kadar yang telah ditetapkan dan dipersetujui antara Plaintif dan Defendan dalam membuat perkiraan untuk membenarkan jumlah yang diaward. Kegagalan ini dikatakan telah membawa kepada pengiraan amaun yang diadjudikasikan salah. Laporan Adjudikator juga dikatakan telah memutar belitkan fakta dan mengelirukan. [34] Mahkamah sesungguhnya percaya bahawa perkara-perkara yang dipertikaikan itu sepatutnya berbangkit dalam suatu permohonan untuk mengetepikan Keputusan Adjudikasi tersebut yang sepatutnya difailkan terlebih dahulu. Namun ia tidak dilakukan menurut seksyen 13 CIPAA. Defendan sebaliknya lebih menumpukan kepada meneruskan Guaman Sivil yang telah difailkan sebelum itu dengan dituruti dengan memasukkan permohonan-permohonan yang menunjukkan usaha dibuat bertujuan untuk memperbaiki pliding-pliding mengikut kesesuaian Defendan dengan melihat perkembangan semasa yang berlaku. [35] Apa yang dapat dilihat di sini adalah, pilihan untuk mengetepikan Keputusan Adjudikasi telah tidak dibuat oleh Defendan pada peringkat awal selepas Keputusan Adjudikasi itu diperoleh, tetapi sebaliknya Defendan telah bergantung kepada tindakan Guaman Sivil no. KA-22NCVC-54-09/2020 yang telah difailkan sebelum prosiding adjudikasi dimulakan dan diputuskan, bagi mendapatkan hasil. [36] Menjadi suatu undang-undang yang mantap bahawa keputusan daripada prosiding adjudikasi mengikat pihak-pihak melainkan jika keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Tinggi, dan permohonan pengetepian ini boleh dibuat oleh pihak-pihak atas alasan yang diperuntukkan di bawah seksyen 15 CIPAA. [37] Pada masa yang sama juga, undang-undang juga telah memperuntukkan bahawa suatu permohonan bagi penggantungan Keputusan Adjudikasi boleh dibuat menurut seksyen 16 CIPAA. “16. Stay of Adjudication Decision