Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Cited by
0
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Authorities cited
1
Earlier cases and laws this decision relies on
Cites[2017] MLJU 283External
“h merupakan kesalahan yang serius yang melibatkan keselamatan negara dan juga nyawa migran terlibat. Kepentingan awam perlu diberi keutamaan dalam penghukuman (Iwan Bujang Dara v PP [2017] 1 LNS 285; [2017] MLJU 283 FC). Kami tidak mendapati Hakim bicara khilaf dalam penghukuman. Rayuan perayu oleh itu ditolak dan huku”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : K - 05(SH) - 29 - 01/2017 ANTARA OOI CHEE TIONG ... PE...
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : K - 05(SH) - 29 - 01/2017 ANTARA OOI CHEE TIONG ... PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45SO-11-08/2015 Dalam Mahkamah Tinggi di Alor Setar, Kedah Antara Pendakwa Raya Dan Ooi Chee Tiong] CORAM: MOHTARUDIN BAKI, HMR IDRUS HARUN, HMR YAACOB HAJI MD SAM, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH Pendahuluan [1] Perayu, Ooi Chee Tiong (K/P No. 540808-09-5047) telah dituduh di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670). Setelah perbicaraan penuh, perayu telah didapati bersalah dan disabitkan dan dikenakan hukuman 54 bulan penjara mulai tarikh tangkap (1.6.2015). Tidak berpuas hati terhadap sabitan dan hukuman tersebut, perayu telah membuat rayuan ke mahkamah ini. [2] Kami telah mendengar rayuan oleh perayu tersebut dan telah membuat keputusan secara sebulat suara menolak rayuan perayu. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dengan itu dikekalkan. Kami dengan ini memberikan alasan-alasan mengapa kami menolak rayuan perayu itu. Pertuduhan (Perbicaraan Jenayah No. 45SO-11-08/2015) [3] Pertuduhan terhadap perayu adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 10 Mei 2015, jam lebih kurang 10.55 malam, di kawasan Pantai Pasir Berdengung, Jalan Padang Mat Sirat, Kuala Muda, Langkawi, di dalam Daerah Langkawi, di dalam negeri Kedah Darul Aman, sebagai pemunya sebuah pengangkutan iaitu sebuah vesel nombor pendaftaran PSF 1857 telah terlibat dalam pengangkutan migran yang diseludup seramai 9 orang, iaitu:
subsection
(1) Tufail (L) umur 20 tahun warga negara Bangladesh
(1) Tufail (L) umur 20 tahun warga negara Bangladesh
subsection
(2) Firuz Ahmed (L) umur 29 tahun warga negara Bangladesh
(2) Firuz Ahmed (L) umur 29 tahun warga negara Bangladesh
subsection
(3) Ayub Khan (L) umur 22 tahun warga negara Bangladesh
(3) Ayub Khan (L) umur 22 tahun warga negara Bangladesh
subsection
(4) Shah Rukh Khan (L) umur 19 tahun warga negara Bangladesh
(4) Shah Rukh Khan (L) umur 19 tahun warga negara Bangladesh
subsection
(5) Hassanuddin (L) umur 19 tahun warga negara Bangladesh
(5) Hassanuddin (L) umur 19 tahun warga negara Bangladesh
subsection
(6) Sorual Kamal (L) umur 17 tahun warga negara Bangladesh
(6) Sorual Kamal (L) umur 17 tahun warga negara Bangladesh
subsection
(7) Shahazan (L) umur 24 tahun warga negara Bangladesh
(7) Shahazan (L) umur 24 tahun warga negara Bangladesh
subsection
(8) Zainal Abidin (L) umur 23 tahun warga negara Bangladesh
(8) Zainal Abidin (L) umur 23 tahun warga negara Bangladesh
subsection
(9) Afzorahman (L) umur 29 tahun warge negara Bangladesh, Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 26J Akta...
(9) Afzorahman (L) umur 29 tahun warge negara Bangladesh, Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Perbicaraan Jenayah No. 45SO-12-08/2015 [4] Pertuduhan terhadap perayu (Tertuduh 1) pada awalnya dibicarakan bersama dengan Perbicaraan Jenayah No. 45SO-12-08/2015 yang melibatkan dua orang tertuduh bernama Tufil (tiada passport)(Tertuduh 2) dan Firuz Ahmed (tiada passport)(Tertuduh 3). Kedua-dua Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 tersebut dituduh bagi kesalahan menjalankan penyeludupan seramai 7 orang migrant, iaitu kesalahan di bawah seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan (muka surat 9 & 10 Rekod Rayuan Jilid 3). Diakhir kes pendakwaan, setelah selesai kesemua 14 saksi pendakwaan memberi keterangan, YA Hakim bicara memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh 1 (perayu), Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 dan memerintahkan pembelaan diri dipanggil terhadap pertuduhan masing-masing (muka surat 355 Rekod Rayuan Jilid 2B). Perayu (DW1) telah memberi keterangan secara sumpah. Perayu juga memanggil 7 orang saksi lain sebagai saksi pembelaan. Saksi terakhir perayu adalah SD8. Setelah selesai SD8 memberi keterangan, Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 telah menukar pengakuan kepada pengakuan bersalah dan pengakuan bersalah tersebut telah diterima oleh Hakim bicara. Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 dijatuhkan hukuman 42 bulan penjara mulai tarikh tangkap (10/5/2015) (muka surat 495 - 507 Rekod Rayuan Jilid 2C). Perbicaraan kes di peringkat pembelaan oleh perayu diteruskan. Diakhir kes pembelaan, Hakim bicara telah mendapati perayu bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Perayu telah dijatuhkan hukuman 54 bulan penjara mulai tarikh tangkap (1/6/2015) (muka surat 515 - 517 Rekod Rayuan Jilid 2C). Kes Pendakwaan [5] Keterangan kes pendakwaan adalah seperti berikut. Pada 10.5.2015, SM Zamri Abd Aziz (SP4) yang sedang bertugas di Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi telah menerima maklumat berkenaan terdapatnya bot yang membawa pendatang tanpa izin (PATI) Bangladesh dan Myanmar memasuki perairan negara dan berlabuh di Pantai Chenang, Langkawi. Lanjutan daripada maklumat tersebut, beberapa orang pegawai dan anggota polis Cawangan Khas, IPD Langkawi termasuk D/L/Kpl Syahir bin Abdullah (SP5) telah diarahkan untuk membuat pemantauan dan rondaan di kawasan tersebut. [6] Pada lebih kurang jam 10.55 malam, semasa SP5 dan anggota polis membuat rondaan di kawasan Pantai Chenang, Langkawi, SP5 telah menahan beberapa orang yang disyaki PATI dalam keadaan basah kuyup dan keletihan di tepi jalan kawasan Pantai Pasir Berdegung, Jalan Padang Mat Sirat, Kuala Muda, Langkawi. Selepas itu pihak polis menemui lebih ramai lagi PATI di sekitar kawasan tersebut. Semasa SP5 ke kawasan pemecah ombak di kawasan pantai tersebut, SP5 mendapati sebuah bot (P23) terdampar berdekatan kawasan pemecah ombak tersebut dan terdapat anggaran 20 hingga 30 PATI berada dekat dengan kawasan pemecah ombak itu. Kesemua PATI yang dijumpai di kawasan tersebut telah ditahan dan dibawa balik ke IPD Langkawi. Kesemua PATI yang ditahan itu kemudian telah di hantar ke Kem Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah untuk siasatan lanjut. [7] Siasatan kes dijalankan oleh ASP Cisco Anak Garing (SP14). Menurut SP14 seramai 287 orang PATI berada dalam bot P23 sewaktu bot tersebut memasuki perairan Malaysia. Keterangan oleh tiga orang PATI, iaitu Afrorahman (SP1), Ayub Khan (SP2) dan Shah Rukh Khan (SP3) mengatakan mereka tidak mempunyai apa-apa dokumen perjalanan yang sah dan telah memasuki Malaysia dengan menaiki bot P23 melalui khidmat ajen. Keterangan SP1, SP2 dan SP3 juga masing-masing mengatakan bahawa mereka bersama lebih 200 orang PATI telah menaiki bot P23 untuk masuk ke Malaysia. Mereka mengatakan berada di atas bot P23 selama 18 ke 19 hari di luar perairan Malaysia selepas belayar dari perairan Thailand. Selepas itu bot P23 telah belayar selama dua hari lagi dan sampai di perairan Pulau Langkawi. Setelah tiba berhampiran pantai, mereka turun daripada bot P23 dan berenang ke pantai tetapi telah ditangkap oleh pihak polis. Keterangan SP1, SP2 dan SP3 juga mengatakan, bahawa semasa mereka berada dalam perairan negara Thailand, ajen yang berada dalam bot P23 telah melarikan diri dengan menaiki bot laju dan meninggalkan kesemua PATI dalam bot P23. Menurut keterangan SP1, SP2 dan SP3 lagi, Tufail (Tertuduh 2) telah bertindak sebagai jurumudi bot P23 dan Firuz Ahmed (Tertuduh 3) pula telah bertindak sebagai penjaga enjin. Kedua-dua Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 telah mengendalikan bot P23 tersebut sehingga sampai di perairan Pulau Langkawi. [8] Saksi Rafizi bin Hazizi (SP9), adalah jurutera pemeriksa vesel daripada Jabatan Perikanan Malaysia yang telah bertugas selama 11 tahun. SP9 telah menjalankan pemeriksaan ke atas bot P23 atas permintaan SP14 dan mengesahkan bahawa bot P23 adalah sebuah bot menangkap ikan yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan nombor pendaftaran PSF 1857. SP9 mendapati bot P23 tersebut telah dibuat ubahsuai dalam mana bahagian petak-petak menyimpan ikan telah disatukan kesemuanya sehingga boleh memuatkan ratusan orang dalam ruang tersebut di samping dipasang satu tangga dan bahagian stern bot P23 juga telah ditinggikan "bulwark" daripada ketinggian asalnya. Bot P23 tersebut didaftarkan di atas nama pemilik Ooi Chee Tiong, iaitu perayu dan dilesenkan sebagai bot tangkapan ikan dengan jumlah krew yang dibenarkan tidak lebih daripada 30 orang. SP9 mendapati P23 mempunyai semua ciri-ciri milik bot yang didaftarkan atas nama perayu termasuk nombor patil yang pernah dikeluarkan untuk P23 dan enjin dari jenama Cummin. SP9 telah menyediakan laporan pemeriksaannya (P11)(muka surat 60-63 Rekod Rayuan Jilid 3). Perayu telah ditangkap pada 1.6.2015 berkaitan penglibatannya dalam kes membawa masuk PATI terlibat. [9] Keterangan oleh SP7 (Mohd Zainal bin Murad @ Jusoh) pembantu pegawai perikanan Jabatan Perikanan mengesahkan bot P23 dengan nombor pendaftaran PSF 1857 adalah milik perayu dan direkodkan dalam rekod Jabatan Perikanan Malaysia (P7)(muka surat 55 Rekod Rayuan Jilid 3). P23 didaftarkan dengan nombor patil 2127 dengan panjang 19.90 meter dan lebar 5.72 meter dengan kedalaman 2.15 meter dan dilesenkan bagi Zon C. SP7 menyatakan P23 dipindahmilik pendaftaran kepada nama perayu Ooi Chee Tiong (KP. No: 540808-09-5047) sebagai pemilik ketiga pada 6.1.2014 setelah perayu membeli bot P23 daripada pemilik kedua bernama Yee Yin Fa melalui satu perjanjian jual beli bertarikh 28.11.2013 (P6)(muka surat 51-54 Rekod Rayuan Jilid 3). Pemilik pertama bernama Yeoh Guan Neong. Menurut SP7 lagi lesen bot (vesel) P23 perlu diperbaharui pada setiap tahun dan lesen untuk bot P23 tamat pada 28.4.2015 (P5)(muka surat 42-49 Rekod Rayuan Jilid 3). Tiada pembaharuan lesen dibuat atau dipohonkanoleh perayu selepas lesen bot P23 tamat. Pada tarikh kejadian 10.5.2015, bot P23 masih didaftar di atas nama perayu. Patil baru akan dikeluarkan bagi bot setelah lesen diperbaharui. Bot akan diperiksa sebelum lesen baharu boleh dikeluarkan bertujuan untuk memastikan jika terdapat sebarang pengubahsuaian dilakukan ke atas bot. Menurut SP7 lagi pembaharuan lesen untuk bot P23 dibuat oleh perayu untuk tempoh 29.4.2014 hingga 28.4.2015 (P8). Menurut SP7 lagi bot P23 juga telah direkodkan di dalam P7 sebagai bot yang diberikan kemudahan membeli minyak disel bersubsidi dengan kuota bulanan sejumlah 13,000 liter yang diperuntukkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). [10] SP8 (Ali Hanafiah bin Mohd Shafie) pembantu tadbir LKIM mengatakan perayu telah membuat pengisytiharan mendaratkan ikan melalui borang pengisytiharan sebanyak dua kali dalam bulan April 2015 iaitu pada 7.4.2015 dan 23.4.2015 (P10)(muka surat 59 Rekod Rayuan Jilid 3). Rekod eksibit P10 juga mencatitkan bot P23 ada membeli minyak disel bersubsidi pada 8.4.2015 sejumlah 6,000 liter. Selepas tarikh 23.4.2015 tiada lagi pendaratan ikan dan belian minyak bersubsidi dibuat untuk bot P23. SP8 telah bertugas selama 5 tahun di LKIM Perlis dan kenal perayu dan mengatakan perayu sendiri telah hadir menyerahkan borang pengisytiharan mendaratkan ikan dan permohonan bagi mendapatkan minyak disel bersubsidi. [11] SP10 (Rohana binti Naim) penolong pembantu tadbir LKIM mengatakan dalam tahun 2014 setelah perayu mendaftar P23 bagi kemudahan membeli minyak disel bersubsidi, perayu telah membuat pembelian minyak bersubsidi sebanyak 30 kali untuk bot PSF 1857 (P23) (muka surat 179 Rekod Rayuan Jilid 2A). Dalam tahun 2015, perayu membeli minyak bersubsidi sebanyak 7 kali, iaitu pada 8 dan 17 Januari, 18 Februari, 12 dan 27 Mac, serta 8 dan 26 April (muka surat 179 Rekod Rayuan Jilid 2A). [12] SP11 (Nazri bi Yahaya) atendan pam minyak Persatuan Nelayan Kuala Perlis (PELARIS) yang menguruskan pam minyak LKIM untuk bot nelayan mengatakan beliau ada membuat scan kad pengenalan perayu bagi pembelian minyak disel bersubsidi pada 26.4.2015. SP11 sendiri yang telah mengisikan minyak ke dalam bot PSF 1857. Kebiasaannya jumlah muatan minyak yang diisikan bagi bot P23 antara 5,000 liter hingga 6,000 liter, iaitu jumlah maksimum. [13] SP12 (Mansor bin Abdul Karim) penyelia jeti Persatuan Nelayan Kuala Perlis mengatakan bahawa beliau telah mengenali perayu sejak tahun 1995 dan mencamkan perayu sebagai pemilik bot PSF 1857. SP12 mengatakan banyak kali perayu sendiri yang datang untuk mengisi minyak disel bersubsidi untuk bot PSF 1857 (P16)(muka surat 97-98 Rekod Rayuan Jilid 3). Pembelaan perayu [14] Perayu mengakui sebagai pemilik berdaftar bot menangkap ikan nombor pendaftaran PSF 1857 iaitu sebuah bot pukat jerut. Perayu mengakui bahawa perayu telah membeli bot PSF 1857 daripada Yee Yin Fa dengan harga RM45,000.00 (P6). Bot PSF 1857 telah dipindah milik atas nama perayu pada 29.4.2014 dan lesen Jabatan Perikanan dikeluarkan atas nama perayu bagi bot PSF 1857. Perayu mengakui ada mempunyai dua buah lagi bot pukat jerut atas nama perayu, iaitu bot pendaftaran PSF 2485 dan PSF 2494 yang telah dimiliki oleh perayu lebih kurang 10 tahun. Perayu bagaimana pun mengatakan bot PSF 1857 telah diserahkan kepada seorang warga Thailand bernama Tai Pei dan Tai Pei menggunakan permit perayu bagi menangkap ikan dalam perairan Malaysia dan hasil ikan akan diberi kepada perayu secara komisyen. Perayu selanjutnya mengatakan Tai Pei kemudian telah memberikan bot PSF 1857 tersebut kepada seorang warga Thailand bernama Tai Yah yang juga dikenali sebagai Sakkarin Menwang (DW8). Perayu mengatakan sejak 28.8.2014 Tai Yah telah menggunakan bot PSF 1857 bagi menangkap ikan dan kali terakhir Tai Yah mendaratkan ikan di Kuala Perlis pada 23.4.2015 dan bot PSF 1857 membeli minyak bersubsidi pada 26.4.2015 melalui wakil perayu bernama 'Bang Shid' (SD7). Perayu seterusnya mengatakan sejak tarikh 26.4.2015 bot PSF 1857 telah ke laut dan seterusnya ke Thailand dan perayu tidak lagi tahu menahu tentang bot PSF 1857. Perayu mengatakan bot P23 bukanlah bot PSF 1857 miliknya kerana warna telah bertukar kepada merah dan biru dan telah dibuat diubahsuai. Perayu juga memberikan notis alibi untuk mengatakan pada malam kejadian tangkapan migran, iaitu 10.5.2015 jam 10.55 malam perayu tidak berada di Langkawi tetapi berada di Pauh, Perlis berhampiran kawasan Jitra kerana urusan membaiki lori perayu yang rosak. Perayu juga mengatakan bot PSF 1857 tidak lagi berada dalam milik dan kawalannya kerana telah dijualkan oleh Sakkarin Menwang (SD8) kepada seorang pembeli di Thailand melalui satu perjanjian jual beli bertarikh 24.8.2014 (IDD26)(muka surat 131-139 Rekod Rayuan Jilid 3). Semasa diperiksa balas oleh Timbalan Pendakwa Raya terpelajar, perayu mengakui bahawa perayu ada memasuki negara Thailand sebanyak 4 kali, iaitu pada 11.5.2015, 28.5.2015, 30.5.2015 dan 31.5.2015 sebelum perayu ditangkap pada 1.6.2015 (muka surat 391 Rekod Rayuan Jilid 2B)(P21 dan P22)(muka surat 103 - 128 Rekod Rayuan Jilid 3). Kesemua tarikh-tarikh tersebut adalah tarikh selepas tangkapan migran dan sitaan bot P23. Keputusan diakhir kes pembelaan [15] YA Hakim bicara telah menimbangkan pembelaan perayu termasuk pembelaan alibi perayu seperti yang terdapat di muka surat 36-47 Alasan Penghakiman (Rekod Rayuan Jilid 1). Di perenggan (37) YA Hakim bicara merumuskan seperti berikut: "(37) Daripada keseluruhan keterangan saksi-saksi pembelaan, saya mendapati bahawa tiada sebarang keraguan yang munasabah ditimbulkan oleh tertuduh terhadap kes pendakwaan. Saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan oleh itu saya mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan atas pertuduhan yang dihadapinya." Rayuan di hadapan mahkamah ini [16] Dalam mencabar keputusan Hakim bicara terhadap sabitan dan hukuman, perayu melalui Petisyen Rayuan bertarikh 4 Disember 2017 mengemukakan alasan-alasan rayuan seperti berikut:
section
1. Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila Yang Arif telah mensabitkan perayu bagi kesalahan...
1. Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila Yang Arif telah mensabitkan perayu bagi kesalahan di bawah seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan menjatuhkan hukuman selama 54 bulan dari tarikh ditangkap (1.6.2015) dimana pembelaan perayu tidak perlu dipanggil.
section
2. Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang kerana tiada keterangan-keterangan bahawa perayu terlibat...
2. Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang kerana tiada keterangan-keterangan bahawa perayu terlibat (satu daripada elemen perlu dibuktikan) ('engage') dengan SP1, SP2, SP3, atau mana-mana agen dari Negara Mynmar, Bangladesh atau Malaysia untuk membawa masuk migran ke Malaysia dengan menggunakan exhibit P23 (bot merah).
section
3. Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila exhibit P23 ditahan pada 25.10.2015, jam 10.55 mal...
3. Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila exhibit P23 ditahan pada 25.10.2015, jam 10.55 malam perayu tidak memiliki ('not in custody and control') bot merah tersebut untuk membawa masuk migran ke Malaysia.
section
4. Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tidak mengambil kira keterangan perayu dan saksi-s...
4. Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tidak mengambil kira keterangan perayu dan saksi-saksi pembelaan mengikut prinsip kes Mat v Public Prosecutor (1963) MLJ 263 di mana perayu tidak terlibat membawa migran masuk ke Malaysia.
section
5. Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tidak mengambil kira, tiada cabaran-cabaran daripa...
5. Hakim bicara yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tidak mengambil kira, tiada cabaran-cabaran daripada pihak pendakwaan di peringkat pembelaan terhadap perayu bahawa beliau terlibat membawa migran masuk ke Malaysia menggunakan eksibit P23.
section
6. Jikalau mahkamah yang mulia ini tidak bersetuju dengan mengenepikan sabitan perayu, pohon hukuman perayu dikurangkan kerana ianya adalah...
6. Jikalau mahkamah yang mulia ini tidak bersetuju dengan mengenepikan sabitan perayu, pohon hukuman perayu dikurangkan kerana ianya adalah 'manifestly excessive' mengikut keadaan fakta dan latar belakang perayu. [17] Bagi perenggan (1), (2) dan (5) petisyen rayuan yang saling kait mengait dalam isu yang dibangkitkan, peguamcara terpelajar bagi pihak perayu menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu kerana elemen-elemen yang diperlukan di bawah seksyen 26J Akta (ATIPSOM) 2007 telah gagal dibuktikan. Peguamcara menghujahkan elemen pertama yang merangkumi pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkutan; dan elemen kedua iaitu pengangkutan tersebut terlibat dalam pengangkutan migran yang diseludup, gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Peguamcara selanjutnya menghujahkan bahawa keterangan SP1, SP2 dan SP3 tidak mengaitkan perayu serta tidak mencamkan perayu sebagai pengendali bot P23. Peguamcara juga menghujahkan bahawa tiada keterangan oleh SP1, SP2 dan SP3 yang mengatakan perayu terlibat (engage) dalam membawa migran-migran tersebut dengan menggunakan bot P23. Sebaliknya keterangan SP2 menyebutkan nama ejen "Elias" dan "Abdul Hatta" sebagai ejen yang menguruskan mereka untuk datang ke Malaysia dan penama-penama seperti "Bochot", "Ayatullah", "Hason" dan dua orang Thailand lain adalah orang-orang yang bertanggungjawab membawa masuk SP1, SP2 dan SP3 ke Malaysia. Peguamcara juga menghujahkan Hakim bicara khilaf dalam mensabitkan perayu hanya kerana perayu didaftarkan sebagai pemilik berdaftar bot P23. Peguamcara merujuk kepada kes Syed Abdullah v Public Prosecutor [1964] 30 MLJ 48 dan kes Mohamad Karim bin Bujang v Public Prosecutor [2014] 7 MLJ 207 untuk menyokong hujahannya. [18] Untuk perenggan (3) dan (4) petisyen rayuan, peguamcara terpelajar menghujahkan pihak pendakwaan gagal membuktikan perayu memiliki dan mengawal bot P23 pada tarikh dan masa kesalahan dilakukan, iaitu pada 25.10.2015 jam 10.55 malam. Peguamcara turut menghujahkan bahawa perayu mempunyai pembelaan alibi yang melihatkan perayu tiada di tempat kejadian sebaliknya berada di Pauh dalam kawasan berdekatan Jitra pada tarikh dan masa kejadian. Peguamcara selanjutnya menghujahkan bahawa perayu tidak boleh dikatakan terlibat dengan penyeludupan migran kerana bot perayu telah dijualkan kepada pembeli orang Thailand, dan dengan itu perayu tidak lagi mempunyai milikan dan kawalan (custody and control) ke atas bot P23. Peguamcara juga menghujahkan berdasarkan kepada keterangan SP1, SP2 dan SP3 bahawa migran tersebut menaiki bot berwarna merah untuk masuk ke Malaysia, maka pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bot P23 adalah bot milik perayu yang didaftarkan dalam buku lesen sebagai berwarna biru. Peguamcara merujuk kepada kes Shanmugam v Public Prosecutor [1963] 29 MLJ 125 dan kes Vasan Singh v Public Prosecutor [1988] 3 MLJ 412 dalam menyokong hujahan beliau atas isu alibi perayu. Keputusan mahkamah ini [19] Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) memperuntukkan seperti berikut: "26J. Kesalahan mengangkat migran yang diseludup Mana-mana orang yang merupakan pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkut yang terlibat dalam pengangkutan migran yang diseludup melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, dan boleh juga dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali. [20] Seksyen 2 Akta 670 memberikan definasi "migran yang diseludup" - "Ertinya seseorang yang menjadi objek perbuatan penyeludupan migran, tidak kira sama ada orang itu turut serta dalam perbuatan penyeludupan migran itu." [21] Seksyen 2 Akta juga memberikan definasi "pengangkut" – "Ertinya mana-mana kenderaan, vesel, kapal, kapal udara, atau apa-apa cara pengangkutan lain sama ada melalui udara, laut dan darat." [22] Seksyen 2 Akta selanjutnya memberikan definasi "penyeludupan migran": "Ertinya -
a
(a)mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warganegara atau permastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah; dan
b
(b)merekrut, mengangkut, memindah, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a).” [23] YA Hakim bicara dalam alasan penghakiman beliau telah menyebutkan dua elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di bawah seksyen 26J, adalah (muka surat 24 dan 25 Rekod Rayuan Jilid 1): "(i) elemen pertama iaitu tertuduh adalah pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkutan; dan
subparagraph
(ii) elemen kedua iaitu pengangkut tersebut terlibat dalam pengangkutan migran yang diseludup." Kami tidak mendapati Hakim bicara khilaf da...
(ii) elemen kedua iaitu pengangkut tersebut terlibat dalam pengangkutan migran yang diseludup." Kami tidak mendapati Hakim bicara khilaf dalam mengenalpasti dua element tersebut dalam pembuktian kesalahan di bawah seksyen 27J Akta. [24] Dalam mengalisa elemen pertama, YA Hakim bicara merujuk kepada keterangan SP7, SP8, SP9, SP10 dan SP11. Keterangan saksi-saksi tersebut adalah berkaitan pendaftaran bot PSF 1857 dan kemudahan minyak diesel bersubsidi yang diberikan kepada pemilik dan bot PSF 1857. SP8 sebagai pegawai perikan yang menguruskan pendafraran bot tangkapan ikan mengatakan bahawa beliau biasa berurusan dengan perayu dan kenal perayu sebagai pemilik berdaftar bot PSF 1857. SP8 mengatakan sehingga tarikh kejadian, bot PSF 1857 masih kekal didaftarkan atas nama perayu sebagai pemilik. SP11 pula biasa menguruskan pembelian minyak bersubsidi bagi bot PSF 1857 dan mengesahkan ada membuat scan kad pengenalan perayu ketika permohonan membeli minyak bersubsidi dibuat bagi bot PSF 1857. SP12 yang juga penyelia yang menyelia pembekalan minyak disel bersubsidi untuk bot nelayan mengatakan telah kenal perayu sejak tahun 1995 hingga tarikh SP12 memberi keterangan di mahkamah dan mencamkan perayu sebagai pemilik bot PSF 1857 yang kerap datang untuk membeli minyak diesel bersubsidi daripada PELARIS. Perayu bukan merupakan seorang yang asing kepada SP7, SP8, SP11 dan SP12 kerana perayu juga mempunyai dua buah lagi bot menangkap ikan yang didaftarkan atas nama perayu sejak 10 tahun yang lalu, iaitu bot PSF 2485 dan PSF 2493 yang juga merupakan bot pukat jerut sama seperti bot PSF 1857. YA Hakim bicara telah menerima keterangan saksi-saksi tersebut sebagai kredibel dengan sokongan oleh dokumen dan rekod-rekod yang dikemukakan berkaitan pemunyaan dan kemudahan yang diberikan kepada bot PSF 1857. [25] Selanjutnya YA Hakim bicara telah menganalisa keterangan SP9 iaitu jurutera pemeriksa kapal Jabatan Perikanan yang telah bertugas selama 11 tahun bertanggungjawab untuk memeriksa bot-bot penangkapan ikan sebelum boleh dilesenkan dan untuk proses membaharui lesen pada setiap tahun. Keterangan SP9 telah dirujuk dengan panjang lebar oleh Hakim bicara seperti mana yang dilihatkan di perenggan (18), (19) dan (20) alasan penghakiman (muka surat 29-31 Rekod Rayuan Jilid 1). [26] Kami meneliti perenggan (18), (19) dan (20) alasan penghakiman YA Hakim bicara yang kami berpendapat wajar diturunkan sepenuhnya, seperti berikut: "(18) Keterangan seterusnya adalah keterangan Encik Rafezi bin Hazizi (SP9). Saksi ini iaitu SP9 adalah jurutera dan telah berkhidmat sebagai Pegawai Perikanan (Jurutera) sejak 2004. Beliau telah mengikuti pelbagai kursus berkaitan vesel penangkapan ikan, enjin serta alatan penangkapan ikan sepanjang bertugas. SP9 adalah saksi pakar yang dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk mengesahkan identiti bot tersebut. Keterangan SP9 berkaitan kepakarannya tidak dicabar di dalam mahkamah oleh pihak pembelaan. SP9 telah menjalankan pemeriksaan secara fisikal ke atas bot PSF 1857 ini pada 29.5.2015 di Jeti, Polis Marin, Bukit Malut, Langkawi. Hasil pemeriksaan fisikal yang dibuat oleh SP9 yang antara lainnya telah mendapati bahawa:
i
(i) Vesel berada di dalam keadaan separa tenggelam di mana bilik enjin telah dimasuki air.
subparagraph
(ii) Vesel diperbuat daripada kayu dengan rekabentuk dan susun atur merupakan vesel penangkapan ikan Pukat Jerut. Rumah kemudi berwarna bir...
(ii) Vesel diperbuat daripada kayu dengan rekabentuk dan susun atur merupakan vesel penangkapan ikan Pukat Jerut. Rumah kemudi berwarna biru (Kod Perlis), terdapat Patil Lesen tahunan bagi fee lesen dan peralatan menangkap ikan (PSF 351, PSF 321, PSF 653, PSF 0850, PSF 472) dan Kod Zon C.
subparagraph
(iii) Nombor tetap vessel (yang ditebuk), Nombor Patil Kekal dan Penanda Tukul Jabatan di haluan vesel tidak dapat di vesel.
(iii) Nombor tetap vessel (yang ditebuk), Nombor Patil Kekal dan Penanda Tukul Jabatan di haluan vesel tidak dapat di vesel.
subparagraph
(iv) Semasa pengukuran vesel yang dilakukan didapati dimensi vesel adalah seperti berikut:- panjang 20.17m, Lebar 6.0m dan kedalaman vesel...
(iv) Semasa pengukuran vesel yang dilakukan didapati dimensi vesel adalah seperti berikut:- panjang 20.17m, Lebar 6.0m dan kedalaman vesel tidak dapat diukur kerana petak ikan telah dimasuki air.
v
(v) Terdapat tanda-tanda pengubahsuaian pada fizikal vesel (bulwark ditinggikan) dan pengubahsuaian di bahagian petak ikan (di mana semua petak ikan disatukan dan diwujudkan tangga).
subparagraph
(vi) Enjin jenama Cummins dan Nombor Enjin tidak dapat dicari kerana bilik enjin telah dimasuki air.
(vi) Enjin jenama Cummins dan Nombor Enjin tidak dapat dicari kerana bilik enjin telah dimasuki air.
subsection
(19) Hasil pemeriksaan tersebut, SP9 merumuskan mengesahkan seperti berikut: Berdasarkan daripada pemeriksaan fisikal dan rekod pembayaran...
(19) Hasil pemeriksaan tersebut, SP9 merumuskan mengesahkan seperti berikut: Berdasarkan daripada pemeriksaan fisikal dan rekod pembayaran vesel tahunan patil di Jabatan Perikanan Malaysia didapati rekod pembayaran adalah sama dengan Buku Lesen Vesel PSF 1857. Daripada buku lesen juga didapati gambar asal vesel adalah sama dengan fisikal vesel yang diperiksa. Dengan ini saya seperti penama di bawah mengesahkan bahawa vesel ini adalah Vesel Menangkap Ikan dengan No. Pendaftaran Perikanan Malaysia PSF 1857.
subsection
(20) Selain daripada pengesahan identiti bot, SP9 yang membuat pemeriksaan fisikal telah mengesahkan bahawa kotak ikan yang sepatutnya ada...
(20) Selain daripada pengesahan identiti bot, SP9 yang membuat pemeriksaan fisikal telah mengesahkan bahawa kotak ikan yang sepatutnya ada di dalam bot berkenaan telah disatukan (lihat para (15(v) di atas) dan boleh memuatkan ratusan orang. Keterangan ini selari dengan keterangan SP1, SP2 dan SP3 yang menyatakan terdapat lebih 200 orang di dalam bot tersebut semasa mereka mendarat di Langkawi, Malaysia. SP14 iaitu Pegawai Penyiasat di dalam keterangannya menyatakan bahawa seramai 287 orang PATI dikenalpasti mengaku menaiki bot PSF 1857 ini.” [27] Keterangan SP7 mengatakan selepas bot PSF 1857 tamat lesen tahunan pada 28.4.2015, pemilik bot iaitu perayu tidak ada membuat permohonan bagi membaharui lesen dan yang demikian tiada patil baru dikeluarkan. Perayu juga tidak ada membuat permohonan untuk membatalkan lesen atau memohon bagi memindahkan pendaftaran bot PSF 1857 daripada namanya kepada mana-mana orang lain. Perayu tidak ada membuat apa-apa aduan bahawa botnya dilarikan atau hilang selepas tarikh 28.4.2015 tersebut. Mengikut lesen, bot PSF 1857 menggunakan warna biru iaitu warna bot nelayan bagi negeri Perlis. Warna biru tersebut dilihat masih terdapat di bahagian kemudi bot P23 ketika SP9 membuat pemeriksaan fisikal, iaitu warna yang sama apabila bot PSF 1857 didaftarkan dan dilesenkan. [28] Berdasarkan kepada keterangan yang terdapat, kami mendapati Hakim bicara tidak terkhilaf apabila membuat jumpaan fakta bahawa bot P23 adalah bot yang sama yang didaftarkan sebagai PSF 1857 oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Perayu masih kekal sebagai pemilik bot P23 pada tarikh kejadian dan tidak pernah melepaskan kepentingan perayu sebagai pemilik dan operator bot P23 tersebut. [29] Isu selanjutnya adalah sama ada perayu terlibat dalam pengangkutan migran yang diseludup. Keterangan melihatkan bot P23 dilesenkan sebagai bot penangkapan ikan bagi kawasan Zon C dengan kapasiti crew yang dibenarkan tidak lebih daripada 30 orang. Keterangan melihatkan bot P23 telah diubahsuai di bahagian petak-petak ikan yang telah menjadikan petak-petak itu mencipta satu petak yang luas hingga boleh memuatkan lebih daripada 200 orang. Sejak kali terakhir perayu melihat bot P23 pada 26.4.2015 belayar ke laut, perayu tidak pernah membuat sebarang aduan kepada Jabatan Perikanan bahawa bot P23 miliknya telah dijual atau dicuri atau dilarikan. Setelah bot P23 disita pada 25.10.2015 hingga perayu ditangkap pada 1.6.2015, perayu juga tidak membuat sebarang aduan tentang kehilangan bot PSF 1857 miliknya. Fakta yang ada yang tidak dicabar adalah bot PSF 1857 (P23) telah didapati membawa seramai 287 orang migran termasuk SP1, SP2 dan SP3. Keperluan bot nelayan mempunyai petak-petak ikan adalah bagi membolehkan hasil tangkapan diasingkan mengikut jenis tangkapan laut dan saiz ikan tangkapan bagi memudahkan urusan pemunggahan dan pemasaran. Bot P23 telah diubahsuai dengan mencipta satu petak yang luas dan dengan itu telah tidak boleh lagi dikatakan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah bot tangkapan ikan. Lesen vesel (P5) juga memerlukan pemilik bot nelayan memberikan butiran identiti krew bagi sesuatu bot atau vesel tangkapan ikan kepada Jabatan Perikanan kerana syarat lesen antaranya menghendaki pemilik mengambil kerja sejumlah pekerja atau krew rakyat tempatan kecuali dibenarkan sebaliknya oleh Ketua Pengarah Jabatan Perikanan. Lesen juga tidak membenarkan bot yang dilesenkan bagi Zon C menangkap ikan di luar daripada zon yang diluluskan apatah lagi memasuki perairan negara jiran yang dilarang sama sekali. Keterangan tidak melihatkan perayu ada mendaftarkan senarai krew bagi PSF 1857 yang dibenarkan di bawah lesen tidak lebih daripada 30 orang krew lebih-lebih lagi jika bot tersebut keseluruhannya menggunakan krew yang bukan warga negara Malaysia. Keterangan juga menunjukkan bahawa walau pun perayu mengatakan dalam pembelaannya bahawa bot PSF 1857 telah dijualkan pada bulan Ogos 2014 tetapi rekod-rekod masih melihatkan bahawa perayu masih membuat pengisytiharan pendaratan ikan dan membeli minyak disel bersubsidi pada tahun 2014 sehingga 26.4.2015. Inferens daripada fakta-fakta ini boleh dibuat bahawa perayu masih mempunyai kawalan dan kepentingan ke atas bot PSF 1857 sejak daripada bot P23 tersebut dipindah milik atas nama perayu sehingga tarikh akhir bot P23 membuat pengisytiharan mendarat ikan pada 24.4.2015 dan membeli minyai disel bersubsidi pada 26.4.2015. Perayu tidak pernah membuat apa-apa aduan atau laporan kehilangan kawalan dan milikan ke atas bot PSF 1857 tersebut selepas tarikh 26.4.2015. Perlu diingati perayu telah membeli bot PSF 1857 tersebut dengan harga RM45,000.00 (P6) dan oleh itu tidak semudah itu bagi perayu menyerahkan bot tersebut kepada mana-mana orang yang perayu tidak kenali bagi mengendalikan bot tersebut atas nama perayu. Perayu bukanlah pemain baru dalam industri penangkapan ikan kerana perayu juga mempunyai dua bot pukat jerut yang lain yang juga didaftarkan dengan Jabatan Perikanan Malaysia. Sebagai pemegang lesen atas tiga bot tangkapan ikan iaitu PSF 1857 (P23), PSF 2485 dan PSF 2494, inferens layak dibuat bahawa perayu mempunyai pengetahuan penuh terhadap syarat-syarat pemilikan bot dan penangkapan ikan yang perayu dilesenkan. Di atas fakta tersebut juga adalah tidak munasabah untuk tempoh antara 26.4.2015 hingga 10.5.2015 (tarikh kejadian), iaitu jangka masa lebih kurang 16 hari perayu tidak mengetahui terhadap ubahsuai yang telah dibuat ke atas bot P23 dan tujuan mengapa bot P23 diubahsuai. Bot P23 hanya memerlukan jangka masa 2 hari sahaja untuk tiba semula ke kawasan berhampiran pantai Pulau Langkawi dengan muatan migran terlibat. [30] Pada awal penghakiman ini kami telah menurunkan maksud perkataan "penyeludupan migran" sebagai termasuk mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam Malaysia. Definasi tersebut juga merangkumi perbuatan mengangkut. [31] Berdasarkan keterangan yang terdapat, kami mendapati Hakim bicara tidak terkhilaf apabila memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama pertuduhan. [32] Elemen kedua pertuduhan di bawah seksyen 26J yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah bahawa pengangkut tersebut terlibat dalam pengangkut migran yang diseludup. [33] Keterangan SP1, SP2 dan SP3 mengatakan P23 telah membawa lebih daripada 200 orang penumpang ketika belayar memasuki perairan Langkawi setelah menunggu selama 18 ke 19 hari di tengah laut. SP1, SP2 dan SP3 adakah saksi-saksi langsung berkaitan pelayaran bot P23. P23 mengambil masa 2 hari sebelum tiba di perairan Langkawi. Keterangan SP5 mengatakan setelah menerima maklumat berkaitan pendaratan PATI daripada SP4, SP5 telah pergi ke kawasan pemecah ombak di perairan Langkawi dan melihat terdapat bot P23 berhenti di sana. SP5 dapat mengumpulkan lebih kurang 40 orang PATI yang ada di antara mereka dilihat turun daripada bot P23 dan ada yang telah basah pakaian dan keletihan kerana berenang ke pantai dari bot P23. Keterangan SP14 mengatakan sejumlah 287 PATI telah ditahan termasuk SP1, SP2 dan SP3. Keterangan SP5 dan SP14 tersebut tidak dicabar oleh pihak pembelaan. Keterangan SP1, SP2 dan SP3 bahawa bot P23 telah mengangkat SP1, SP2 dan SP3 serta lebih 200 orang PATI yang hendak memasuki Malaysia juga tidak dicabar. Yang dicabar oleh pihak pembelaan adalah perayu tidak ada dilihat oleh mana-mana saksi sebagai orang yang mengendalikan bot P23. [34] Untuk elemen kedua yang perlu dibuktikan, Hakim bicara telah merumuskan seperti berikut (muka surat 33 Rekod Rayuan Jilid 1); "(22) Daripada keterangan SP1, SP2 dan SP3 adalah jelas bahawa ketiga-tiga mereka memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan dan telah menggunakan khidmat ejen di negara asal mereka. Mereka bergerak dari negara asal mereka dengan menaiki bot lain sehinggalah dipindahkan ke bot PSF 1857 (P23) di tengah lautan. Kewujudan bot PSF 1857 ini memudahkan kemasukan warga asing ini ke Malaysia dari Thailand dan langsung mendarat di perairan Langkawi." [35] Berdasarkan kepada keterangan yang ada, kami tidak mendapati Hakim bicara khilaf dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap perayu apabila memanggil perayu membela diri terhadap pertuduhan. [36] Perenggan 4 petisyen rayuan, perayu membangkitkan isu bahawa Hakim bicara telah gagal menimbangkan pembelaan perayu dan saksi-saksi pembelaan yang dipanggil oleh perayu termasuk isu alibi yang dibawa oleh perayu. [37] Kami telah meneliti alasan penghakiman Hakim bicara. Kami dapati perenggan (26) hingga (36) alasan penghakiman, Hakim bicara telah menimbangkan setiap keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu SD1 (perayu), SD2, SD3, SD4, SD5, SD6 ,SD7 dan SD8 (muka surat 36-47 Rekod Rayuan Jilid 1). [38] Pembelaan perayu juga mengatakan bahawa bot P23 bukan bot PSF 1857 tetapi sebuah bot yang lain. Dengan kata lain perayu mengatakan bot P23 bukan bot yang didaftarkan atas nama perayu. Perayu juga mengatakan bot PSF 1857 masih berada di Satun, Thailand dan telah tidak lagi boleh digunakan kerana permit atau lesen perayu bagi bot 1857 telah tamat dan tidak boleh menangkap ikan dalam perairan Perlis. Perayu mengemukakan satu penjanjian jual beli yang dimasuki di antara Sakkarin Menwang (SD8) dengan seorang wanita bernama Mrs. Pornpimol Khapli (IDD26) yang dikatakan sebagai dokumen penjualan bot PSF 1857. Perayu mengatakan ciri-ciri bot dalam perjanjian IDD26 tidak sama dengan bot P23. Perayu turut mengemukakan satu gambar yang dikatakan sebagai bot PSF 1857 yang tersadai di Satun, Thailand dan ditandakan sebagai IDD28. Sehingga akhir perbicaraan, dokumen perjanjian jual beli IDD26 dan gambar IDD28 terus kekal sebagai dokumen IDD26 dan IDD28. Di atas sifat tersebut, Hakim bicara telah menolak daripada memberi nilai berat ke atas IDD26 dan IDD28 di atas alasan tiada salinan asal perjanjian IDD26 dapat dikemukakan dan tiada penjelasan yang mencukupi oleh SD8 tentang ketiadaan dokumen asal IDD26 tersebut daripada dapat dikemukakan. Hakim bicara dalam dapatannya mendapati IDD26 tersebut tidak ada menyebut sama sekali tentang nama bot PDF 1857 jika benar bot PDF 1857 yang telah dijualkan oleh SD8. Nama yang tercatit dalam IDD26 adalah sebuah vesel bernama "Phetudomchai 2". Hakim bicara merujuk kepada kes PP v Datuk Haji Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180 dalam menolak kewajaran memberi nilai berat ke atas dokumen IDD26 dan IDD28. Kami tidak mendapati Hakim bicara khilaf dalam keputusan untuk tidak memberikan nilai berat atas IDD26 dan IDD28 tersebut yang gagal dibuktikan secara sempurna atau diberikan penjelasan yang memuaskan tentang cara dan bagaimana IDD26 diujudkan atau di mana dokumen asalnya (seksyen 63 dan 65 Akta Keterangan 1950). Tanpa terdapatnya IDD26 dan IDD28, hanya keterangan lisan perayu dan SD8 yang tinggal untuk dinilai oleh Hakim bicara yang akhirnya diputuskan sebagai gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [39] Dalam kes PP v Datuk Haji Harun bin Haji Idris & Ors (supra), Abdoolcader J. telah memutuskan seperti berikut: "It is necessary to refer to certain exhibits which have been put in in the course of these proceedings for identification but have not in fact been proved as they should have been and are accordingly not exhibits in the strict sense and cannot therefore form part of the record in this case, namely, D41 and D43 which was were both put in for identification only and which are the audited accounts and annual report of the Bank for the years 1973-1974 and 1972 respectively. As these two exihibits have not been proved and properly admitted as such, they must in the ultimate analysis be discounted and I shall accordingly disregard references to them and also all oral testimony as well as adduced in relation thereto." [40] Mengambil kira definasi "penyeludupan migran" merangkumi perbuatan mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah dan bot P23 digunakan untuk mengangkut migran yang telah dikenalpasti seperti mana dalam pertuduhan, kami mendapati Hakim bicara tidak melakukan khilaf dalam menolak pembelaan perayu sebagai gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Kami dapati Hakim bicara telah mematuhi kehendak seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah (lihat Md Zainudin Raujan v PP [2013] 4 CLJ 21). [41] Sebelum mengakhiri penghakiman kami ini, kami berpendapat seksyen 160J Akta perlu dirujuk bersama dengan definasi atau maksud sesuatu ungkapan yang diperuntukkan oleh seksyen 2 Akta dan perlu dibaca secara harmoni terhadap tujuan sesuatu peruntukan tersebut diujudkan. Seseorang tertuduh tidak semestinya hadir secara fisikal di tempat berlakunya sesuatu kesalahan sebelum tertuduh boleh disabitkan. Jika dapat dibuktikan bahawa tertuduh terlibat (engage) secara langsung atau tidak langsung dalam penyeludupan migran dalam “mengatur, memudahkan atau merancang” kemasukan migran secara tidak sah, keterangan tersebut jika didapati kredibel adalah layak untuk diterima dan diberikan nilai berat oleh mahkamah jika keterangan tersebut tidak tercabar. Di dalam kes ini perayu sebagai pemilik bot P23 melihatkan perlakuan yang tidak konsisten dengan perlakuan seseorang yang naif. Perayu memudahkan bot P23 menggunakan permit atau lesen miliknya bagi menangkap ikan dan mendapatkan bekalan minyak disel bersubsidi. Perayu mendapat faedah berbentuk komisyen atas jumlah ikan yang didaratkan serta penjimatan dalam kos pembelian minyak disel bersubsidi bagi P23. Kali terakhir perayu mengambil minyak dengan menggunakan orang perantara iaitu SD7 pada 26.4.2015 dan selepas itu perayu mengatakan tidak ada lagi mempunyai pengetahuan apa yang berlaku dengan bot P23. Dalam era kemajuan teknologi komunikasi yang ada, adalah tidak munasabah perayu tidak boleh mengesan perjalanan bot P23 dan berkomunikasi dengan orang yang mengendalikan bot P23 selepas tarikh 26.4.2015. Perayu kekal sebagai pemilik bot PSF 1857 iaitu P23 sewaktu kejadian dan bot tersebut telah menjalani ubahsuai yang membolehkan bot tersebut membawa penumpang melebih daripada 200 orang iaitu migran untuk masuk ke Malaysia. Akta 670 jelasnya bertujuan membenteras kemasukan migran yang pastinya melibatkan pergerakan restas sempadan yang tidak mudah ditangani dan dibuktikan. Perayu tidak membuat apa-apa aduan atau bantahan atas kehilangan bot PSF 1857 atau atas penjualan bot PSF 1857 yang perayu tidak mendapat sebarang balasan berharga daripadanya. Perayu adalah pemegang lesen bot nelayan yang berpengalaman dalam berurusan dengan Jabatan Perikanan Malaysia kerana perayu juga mempunyai dua bot pukat jerut yang serupa dengan P23 untuk tempuh lebih daripada 10 tahun. Oleh itu pembelaan perayu boleh disifatkan sebagai suatu penafian semata-mata. Kesimpulan [42] Atas faktor-faktor yang dihuraikan di atas, kami dapati tidak terdapat apa-apa merit rayuan oleh perayu untuk mahkamah ini bercampur tangan dengan dapatan dan keputusan Hakim bicara. Sabitan terhadap perayu adalah selamat. Kesalahan di mana perayu telah disabitkan adalah merupakan kesalahan yang serius yang melibatkan keselamatan negara dan juga nyawa migran terlibat. Kepentingan awam perlu diberi keutamaan dalam penghukuman (Iwan Bujang Dara v PP [2017] 1 LNS 285; [2017] MLJU 283 FC). Kami tidak mendapati Hakim bicara khilaf dalam penghukuman. Rayuan perayu oleh itu ditolak dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan. Mr. (YAACOB BIN HAJI MD SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh 03 Mac 2020. Peguamcara bagi pihak perayu: K. Annamalai Ramu a/I Kandasamy Tetuan K.A. Ramu Vasanthi & Associates Peguambela &n Peguamcara No. 5 Jalan 14/30, Seksyen 14 46100 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Peguamcara bagi pihak responden: TPR Mohd Zain bin Ibrahim Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Putrajaya
Something wrong on this page?
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.