Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: RA-45A-1-01/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN OOI EE KUANG (NO. K/P: 570304-09-5059) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
RA-45A-1-01/2025
High Court of Malaysia9 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952. The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dang”
“] As far back as 1976, His Lordship Hashim Yeop A. Sani, J (as he then was) in PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, in a landmark judgment, after tracing the series of legislative amendments to the Dangerous Drugs Ordinance, 1952 enhancing the penalties prescribed therein, remarked that: "It is common sense to say th”
“20. Mahkamah terpanggil untuk merujuk kepada keputusan Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJU 252; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 di mana Mahkamah Rayuan mengulas berkenaan keseriusan kes-kes melibatkan jenayah dadah seperti berikut: "... The Government and the legislature have taken very se”
“offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the Courts must be realistic and rational." [See also Union of India v. Kuldeep Singh AIR [2004] SC 827]””
“30. Selanjutnya mahkamah turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Mohd Faiz Salleh [2016] MLRAU 64; [2016] 4 CLJ 92 yang telah menjelaskan berkenaan kepentingan mahkamah yang menjatuhkan hukuman untuk mempertimbang kecenderungan hukuman oleh mahkamah-mahkamah duluan apabila menegaskan: "[16] Howe”
“2. Amir Zaied bin Mohd Ayob lwn Pendakwaraya [2024] CLJU 1023”
“3. Pendakwaraya lwn Wan Mohamad Farif Wan Ahmad [2024] CLJU 178”
“Yong Sow Hoong 689.6 gram Methamphetamine 9 tahun penjara. Tiada sebatan S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 [2025] MLRHU 1315 kerana tertuduh telah berusia 51 tahun”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: RA-45A-1-01/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN OOI EE KUANG (NO. K/P: 570304-09-5059) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Kes ini melibatkan satu pertuduhan ke atas tertuduh yang pada asalnya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234). Namun pada 9/10/2025 pihak Pendakwa Raya (PR) telah menawarkan Pertuduhan Pilihan di bawah seksyen 12(2)/39A(2) Akta 234. S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw
2
Pertuduhan pilihan ke atas tertuduh adalah seperti berikut: "Bahawa kamu pada 20 April 2024 jam lebih kurang 10.00 malam, bertempat di rumah beralamat No. 1, Jalan Seri Pauh 2, Taman Sri Pauh, di dalam daerah Arau, di dalam negeri Perlis telah memiliki dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 54.48 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (2) Akta yang sama”
3
Pertuduhan pilihan tersebut telah dibacakan kepada tertuduh dan tertuduh telah mengaku memahami pertuduhan pilihan tersebut serta telah faham sifat serta akibat ke atas pengakuan salahnya. Mahkamah ini selanjutnya telah mensabitkan tertuduh dan telah menjatuhkan hukuman sepuluh (10) tahun penjara dari tarikh tangkap. Tiada hukuman sebat diberikan memandangkan tertuduh telah berumur 68 tahun.
4
Walaubagaimanapun, tertuduh tidak berpuas hati atas sabitan dan hukuman tersebut dan kini merayu ke atas keputusan tersebut.
5
Untuk rekod, kes ini turut dibicarakan bersama-sama kes RA-45A- 2-01/2025 yang melibatkan 2 pertuduhan di bawah seksyen 12(2)/39A(1) Akta 234. Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut tertuduh telah turut mengaku salah dan telah dihukum 2 tahun penjara dari tarikh tangkap. Namun tiada rayuan difailkan ke atas kes tersebut dan oleh itu, alasan penghakiman ini hanya ke atas kes KA-45A-2-01/2025. S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw
6
Berdasarkan kepada Fakta Kes (P7) yang diakui oleh tertuduh, pada 20/4/2024 jam lebih kurang 10.00 malam, pengadu iaitu SI Fadzil bin Ali dan pasukan telah membuat serbuan di sebuah rumah beralamat No. 1, Jalan Seri Pauh 2, Taman Sri Pauh, Arau, Perlis (rumah tersebut).
7
Sebaik tiba di rumah tersebut, SI Fadzil bin Ali mendapati pintu rumah terbuka dan melihat seorang lelaki berbangsa Cina iaitu tertuduh dalam kes ini sedang duduk di atas kerusi berhampiran meja di ruang dapur.
8
Kemudian, SI Fadzil bin Ali dan pasukan telah masuk ke dalam rumah dan menghampiri tertuduh serta telah memperkenalkan diri sebagai polis. Pemeriksaan fizikal ke atas tertuduh tidak menjumpai apa-apa barang salah.
9
SI Fadzil bin Ali selanjutnya telah menjalankan pemeriksaan di dalam rumah tersebut dan telah menjumpai dalam bilik ketiga satu bekas warna merah berpenutup bertulis Jacker dan di dalamnya terdapat empat peket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki syabu dan satu peket plastik cerah mengandungi bahan disyaki heroin.
10
Barang-barang kes iaitu bahan yang disyaki dadah tersebut telah dianalisis oleh Ahli Kimia Encik Sobri bin Abdul Samat dan disahkan sebagai methamphetamine seberat 54.48 gram. S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw
11
Rumah tersebut adalah milik adik tertuduh yang kini tinggal di Thailand. Namun tertuduh disahkan tinggal di rumah tersebut seorang diri sejak setahun sebelum serbuan kerana tertuduh diminta oleh adiknya untuk menjaga rumah tersebut.
12
Peguam tertuduh dalam hujahan mitigasinya telah menyatakan bahawa tertuduh ketika ditangkap berumur 67 tahun dan kini berumur 68 tahun, Tempoh selama setahun di tirai besi telah membuat tertuduh sangat mengesali akan perbuatannya dan menginsafkan tertuduh.
13
Adalah menjadi hujahan peguam tertuduh bahawa pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan kos dan masa mahkamah serta semua pihak yang terlibat dengan kes ini tanpa perlu melalui satu proses perbicaraan yang panjang.
14
Peguam tertuduh turut menghujahkan bahawa berat dadah yang dimiliki adalah tidak keterlaluan bahkan peguam turut mengemukakan satu kes duluan yang melibatkan dadah yang sama bagi menunjukkan kepada mahkamah kecenderungan hukuman yang diberikan oleh mahkamah sebelum ini. Perhatian mahkamah telah dibawa kepada kes berikut:
1
PP v. Yong Sow Hoong 689.6 gram Methamphetamine 9 tahun penjara. Tiada sebatan S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw [2025] MLRHU 1315 kerana tertuduh telah berusia 51 tahun
15
Tuan TPR sebaliknya menegaskan bahawa kesalahan dadah adalah kesalahan yang serius. Adalah menjadi suatu fakta bahawa kesalahan asal tertuduh adalah kesalahan mengedar dadah sebelum ditawarkan pertuduhan pilihan oleh pihak pendakwaan.
16
Tuan TPR juga menegaskan bahawa kesalahan dadah ini adalah suatu kesalahan yang jelek yang juga merupakan punca kepada kesalahan yang lain serta boleh menjejaskan ketenteraman awam.
17
Seterusnya, Tuan TPR menghujahkan bahawa bukan sahaja faktor kepentingan diri tertuduh yang perlu mahkamah pertimbangkan malah lebih besar dari itu adalah faktor kepentingan awam yang sewajarnya mengatasi faktor mitigasi tertuduh.
18
Pihak pendakwaan turut menunjukkan kepada mahkamah kecenderungan (trend) hukuman yang telah diperintahkan oleh mahkamah terdahulu bagi kes-kes melibatkan jenis dadah yang sama iaitu hukuman penjara 12 hingga 15 tahun. Analisis dan dapatan mahkamah
19
Faktor terpenting dalam menjatuhkan hukuman adalah pastinya faktor kepentingan awam. Akta 234 adalah digubal dengan S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw menetapkan hukuman yang tinggi bagi kesalahan seperti mana yang dipertuduhkan ke atas tertuduh bertujuan untuk menangani masalah dadah yang semakin meruncing di negara kita.
20
Mahkamah terpanggil untuk merujuk kepada keputusan Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJU 252; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 di mana Mahkamah Rayuan mengulas berkenaan keseriusan kes-kes melibatkan jenayah dadah seperti berikut: "... The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. Drug addictions are rampant and the Government as well as the legislature have tried to curb these addictions especially amongst youths but met with little success. Death sentences and heavy penalties have been introduced but we find drug addicts everywhere. The addiction to drugs have led to other offences such as thefts, burglary and snatch thefts. Some of these offences lead to serious consequences….The seriousness of the offences on drugs have been made known since the seventies. Eminent judges have expressed this in so many cases."
21
Manakala Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwaraya lwn Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 1 LNS 1074 turut menegaskan bahawa kesalahan berkait dadah ini adalah satu kesalahan yang serius dan wajar dikenakan hukuman yang berat: S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw “[16] We note that over the past decades the superior Courts have time and again emphasised the importance of passing deterrent sentences for drug offenders in view of the public interest element and the need to protect society from these offenders. We take judicial notice of the prevalence of this category of offences until today without any signs of abatement. [17] As far back as 1976, His Lordship Hashim Yeop A. Sani, J (as he then was) in PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, in a landmark judgment, after tracing the series of legislative amendments to the Dangerous Drugs Ordinance, 1952 enhancing the penalties prescribed therein, remarked that: "It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government's realisation albeit gradual, of the problem of drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest. The change in the attitude of the legislature itself during the last three years reflects the seriousness of the problem. In my view the Courts will not be performing their functions honestly if the seriousness of the situation is not reflected in the sentence imposed or if the sentence appears to defeat the object of the statute. S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw This is not saying that the Courts in the treatment of drug offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the Courts must be realistic and rational." [See also Union of India v. Kuldeep Singh AIR [2004] SC 827]”
22
Selain itu, Mahkamah Rayuan dalam kes Muo Obi Benjamin lwn Pendakwa [2022] 2 MLJ 755 ketika menjelaskan berkenaan faktor kepentingan awam dan hukuman yang akan diberikan kepada tertuduh menyatakan seperti berikut: “[16] Prinsip am dalam menjatuhkan sesuatu hukuman adalah memberi pertimbangan utama antara lain kepada kepentingan awam. Ini ditekankan dalam kes yang sering dipetik bagi kes-kes menjatuhkan hukuman iaitu Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 di mana hakim Hashim Yeop Sani menjelaskan seperti berikut: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. (Penekanan ditambah.) [17] Sehubungan itu, hukuman yang dijatuhkan terhadap perayu dalam kesalahan pemilikan dadah ini bukan sahaja memberi pengajaran kepada perayu untuk tidak melakukan kesalahan yang sama dan dapat berubah menjadi seorang yang baik tetapi yang lebih utama lagi, hukuman yang dijatuhkan dapat membantu mengelakkan orang lain melakukan kesalahan yang sama. Justeru itu hukuman yang terlalu ringan tidak akan dapat mencapai objektif ini. Kepentingan awam memerlukan suatu hukuman yang S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, lebih-lebih lagi kesalahan berkaitan dengan dadah berbahaya ini merupakan suatu kesalahan yang serius.”
23
Berdasarkan panduan yang telah diberikan oleh keputusan kes-kes duluan, mahkamah berpandangan bahawa hukuman yang berat perlu dijatuhkan oleh mahkamah bagi menggambarkan keseriusan jenayah yang telah dilakukan oleh tertuduh dan juga sebagai satu bentuk pengajaran kepada tertuduh supaya tertuduh tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut.
24
Mahkamah selanjutnya mengambil kira umur tertuduh yang telah melebihi 50 tahun dan berdasarkan Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593), hukuman sebatan tidak boleh dikenakan kepada pesalah yang berumur lebih daripada 50 tahun. Oleh yang demikian, tiada hukuman sebat boleh dikenakan ke atas tertuduh dalam kes ini.
25
Pada hemat mahkamah, pada umur tertuduh yang telah berusia sepatutnya menjadikan tertuduh lebih bijak dan matang dalam membuat sebarang tindakan. Tidak sepatutnya tertuduh terlibat dengan kesalahan dadah yang jelik lagi buruk di mata masyarakat. Tertuduh sepatutnya menjadi warganegara yang mematuhi undang-undang serta menjadi contoh ikutan yang baik kepada golongan yang lebih muda.
26
Mahkamah juga turut mengambil kira faktor pengakuan salah yang dibuat oleh tertuduh. Mahkamah sedar prinsip mantap dalam S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw menjatuhkan hukuman bahawa pengakuan salah merupakan faktor mitigasi kepada tertuduh.
27
Walaubagaimanapun, dalam kes melibatkan kepentingan awam khususnya yang berkaitan dengan kesalahan dadah, sungguhpun tertuduh telah membuat pengakuan salah, hukuman yang diberikan oleh mahkamah mestilah bersifat tegas dan mencerminkan pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh bahkan kepada masyarakat awam yang saban hari mendengar berita-berita berkenaan hukuman melibatkan kesalahan dadah ini di media massa serta di media sosial.
28
Mahkamah sekali lagi merujuk kepada kes Tia Ah Leng (supra) yang telah membincangkan berkaitan pengakuan salah tertuduh seperti berikut: “It is true that the general rule is, when imposing a sentence, the court should take into consideration the fact that an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952. The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. Drug addictions are rampant and the Government as well as the legislature have tried to curb these addictions especially amongst youths but met with little success. Death sentences and heavy penalties have been introduced but we find drug addicts everywhere…” S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw
29
Justeru, mahkamah mengambil pendekatan bahawa bagi kesalahan berat khususnya kes-kes berkaitan dadah, kepentingan awam adalah mengatasi rayuan mitigasi yang bersifat peribadi walaupun tertuduh telah mengaku bersalah.
30
Selanjutnya mahkamah turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Mohd Faiz Salleh [2016] MLRAU 64; [2016] 4 CLJ 92 yang telah menjelaskan berkenaan kepentingan mahkamah yang menjatuhkan hukuman untuk mempertimbang kecenderungan hukuman oleh mahkamah-mahkamah duluan apabila menegaskan: "[16] However looking at the grounds of judgment of the learned judge we could not see that he had sufficiently considered the sentencing trend in cases with similar circumstances. Granted that a judge may come out with his own sentence, given that sentencing is essentially a matter of an exercise of a court's discretion, still, it is our view that the discretion ought not to be exercised in isolation. We noted that the offence involved was a drug possession case and it can be judicially noticed that the law reports are repleted with decisions of our courts which can be readily used as a guide by the sentencing courts when considering sentence to be imposed. In this regard, the amount of the drugs involved is always a safe guide to use as an immediate comparison. "
31
Tuan TPR telah mengemukakan beberapa kes duluan yang melibatkan dadah yang sama bagi menunjukkan kecenderungan S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw hukuman mahkamah-mahkamah sebelum ini. Perhatian mahkamah telah dibawa kepada kes-kes berikut: Nama Kes Berat Dadah Hukuman 1. Pendakwaraya lwn Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 1 LNS 1074
103
103.62 gram Methamphetamine 12 tahun penjara dan 10 sebatan
2
Amir Zaied bin Mohd Ayob lwn Pendakwaraya [2024] CLJU 1023
68
68.54 gram Methamphetamine 13 tahun penjara dan 10 sebatan
3
Pendakwaraya lwn Wan Mohamad Farif Wan Ahmad [2024] CLJU 178
85
85.96 gram Methamphetamine 15 tahun penjara dan 10 sebatan
32
Mahkamah juga telah merujuk kepada berapa kes duluan yang telah diputuskan oleh mahkamah-mahkamah sebelum ini seperti berikut: Nama Kes Berat Dadah Hukuman 1. Samsu Bin Muhamad Tahir v. PP, Rayuan Jenayah No: B- 05(M)-26-02/2021 59.85 gram Methamphetamine 10 tahun penjara dan 10 sebatan S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw
2
Muhammad Akif bin Md. Yusof v. Pendakwa Raya, Rayuan Jenayah No:
56
56.0 gram Methamphetamine 10 tahun penjara dan 10 sebatan 3. Amir Zaied bin Mohd Ayob v. Pendakwa Raya, Rayuan
h
(H) -97-03/2024
68
68.54 gram Methamphetamine 10 tahun penjara dan 10 sebatan
33
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kes-kes duluan seperti yang telah dirujuk di atas, mahkamah mendapati kecenderungan hukuman yang dijatuhkan adalah 10 tahun beserta sebatan iaitu sebanyak 10 sebatan bagi kes-kes yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 12(2)/39A(2) Akta 234 bagi jenis dadah yang sama serta berat yang hampir sama.
34
Setelah mengambil kira kesemua faktor-faktor dan prinsip undang-undang yang sedia ada, mahkamah ini berpandangan hukuman 10 tahun penjara bermula dari tarikh tangkap yang dijatuhkan ke atas tertuduh adalah wajar dan adil. S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw Bertarikh: 4 hb. Disember, 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kangar, PERLIS S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : TPR Mohd Hadi Hakimi Bin Harun Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Aras 3, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan 01000 Kangar Perlis Bagi Pihak Tertuduh : Encik Rafidi Bin Mohamad Tetuan Shamsudin Bahari & Rafidi Peguam Bela & Peguam Cara No. K-5 Tingkat Atas Jalan Syed Sheikh, Pekan Baru 09100 Baling Kedah Tarikh Keputusan : 09hb Oktober, 2025 S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw Undang-Undang Yang Dirujuk : Akta Dadah Berbahaya 1952 Kes-Kes Yang Dirujuk : PP V Yong Sow Hoong [2025] MLRHU 1315 Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJU 252; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 Pendakwaraya lwn Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 1 LNS 1074 Muo Obi Benjamin lwn Pendakwa [2022] 2 MLJ 755 PP v. Mohd Faiz Salleh [2016] MLRAU 64; [2016] 4 CLJ 92 Samsu Bin Muhamad Tahir v. PP, Rayuan Jenayah No: B-05(M)-26- 02/2021 Muhammad Akif bin Md. Yusof v. Pendakwa Raya, Rayuan Jenayah No: J-05(H)-242-07/2023 Amir Zaied bin Mohd Ayob v. Pendakwa Raya, Rayuan Jenayah No: B-05 (H) -97-03/2024 S/N y3iS8jx2UiBvOXKlOwyw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.