Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (2) SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO.: BA-42JSKS-17-10/2025 OOI VIN SHEN … PERAYU (NO. K/P: 970614-14-5245) LAWAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN
BA-42JSKS-18-10/2025
High Court of Malaysia20 Jul 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“26. Mahkamah ini juga merujuk kepada seksyen 157 Akta Keterangan dan autoriti dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya yang dibijaksana di dalam kes Subramaniam v. PP [1956] CLJU 115 yang memutuskan berikut: ‘evidence is hearsay and inadmissible when the object is to establish the truth of what is contained in a statement m”
“29. Berkaitan isu ini, responden merujuk kepada penghakiman Mahkamah ini yang mana Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan HMS dan Mahkamah ini di dalam kes Firdaus Azamuddin Arifin v. PP [2025] CLJU 1060 yang memutuskan seperti berikut: “Kami bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi bahawa wala”
“rah yang dilakukan oleh HMS dalam membuat dapatan tersebut. Tambahan pula, Mahkamah ini terikat dengan prinsip undang-undang mantap yang diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam Yong Choo Kiong v. PP [2025] CLJU 2451 yang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (2) SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO.: BA-42JSKS-17-10/2025 OOI VIN SHEN … PERAYU (NO. K/P: 970614-14-5245) LAWAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN
1
Ooi Vin Shen (no. K/P : 970614-14-5245), perayu dalam kes ini merayu terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang bijaksana atas kesalahan jenayah amang seksual yang melibatkan seorang kanak-kanak ketika kejadian dan pertuduhan tersebut adalah seperti berikut: Pertuduhan pindaan: Bahawa kamu pada bulan Mac 2023 di The Heritage, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah merogol seorang kanak-kanak perempuan bernama AAA (No. K/P: XXY-16-0120) yang berumur 14 tahun 3 bulan sewaktu kejadian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
2
Selain itu, perayu juga telah dituduh dengan kesalahan memeras ugut di bawah seksyen 384 KK dan pertuduhan terhadap perayu adalah seperti berikut: “Bahawa kamu antara bulan Mei 2023 hingga bulan November 2023, di The Heritage, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati melakukan pemerasan terhadap penama: AAA, No. KP: XXY-16-0120 dengan meminta penama tersebut membayar wang sebanyak RM2,300/-. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 384 Kanun
3
Di akhir kes pendakwaan, HMS mendapati pihak responden/pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes ‘prima facie’ terhadap perayu bagi kedua-dua pertuduhan dan memanggil perayu untuk membela diri.
4
Hanya perayu yang memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi bagi pihak pembelaan. Di akhir perbicaraan, HMS mendapati perayu telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan mensabitkan perayu atas kedua-dua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman berikut:
a
untuk kesalahan di bawah seksyen 376 KK, perayu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 1 sebatan.
b
Untuk kesalahan di bawah seksyen 384 KK, perayu dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun dan 1 sebatan.
5
Tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan HMS, Perayu telah merayu ke Mahkamah Tinggi. Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak dan meneliti hujahan-hujahan bertulis yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan perayu. Keseluruhan keputusan HMS atas kedua-dua pertuduhan atas sabitan dan hukuman dikekalkan.
6
Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah ini, perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Berikut adalah alasan penghakiman Mahkamah ini.
7
Berdasarkan Rekod Rayuan (RR)/Jilid 1 di muka surat 16-18, fakta kes diringkaskan seperti berikut. Pihak pendakwaan (responden) telah memanggil seramai sembilan (9) orang saksi untuk membuktikan kes terhadap perayu. Saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut: Saksi Nama Peranan SP 1 Kpl. Saiful Akmal bin Aris Jurugambar SP 2 Kpl. Abdul Rahim Pegawai Tangkapan SP 3 AAA Mangsa SP 4 BBB Saksi Awam SP 5 Dr. Khaliza Pegawai Perubatan SP 6 Dr. Nurul Pegawai Perubatan SP 7 Insp. Nazi Pegawai Forensik SP 8 Insp. Muhammad Adib Pegawai Forensik
8
Dalam kes ini, mangsa (SP3), telah berkenalan dengan perayu melalui aplikasi dalam talian iaitu ‘Tantan’ sekitar awal tahun
2023
Lanjutan itu, mereka telah berkomunikasi melalui aplikasi ‘Instagram’ dan juga ‘Whatsapp’.
9
Sekitar bulan Mac 2023, SP3 telah keluar bersama perayu dan perayu telah membawa SP3 ke sebuah kediaman Airbnb bertentangan dengan pusat membeli-belah The Mines. Di situ, perayu dan SP3 telah melakukan hubungan seksual. Perayu juga kemudiannya telah mengambil beberapa gambar bogel
10
Selepas daripada itu, perayu telah meminta SP3 untuk memberikan wang kepada perayu yang mana jika SP3 enggan, perayu akan mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar SP3. Untuk mendapatkan wang tersebut, perayu telah meminta SP3 untuk mencari pelanggan dan menawarkan khidmat seksual di dalam aplikasi atas talian ‘Tantan’.
11
Dalam keadaan terdesak akibat ugutan perayu dan demi untuk memberikan wang yang diminta oleh perayu, SP3 telah menawarkan perrkidmatan seksual kepada pelanggan dalam talian dan menetapkan caj sebanyak RM100 ke RM500. Jumlah wang yang diperolehi telah diberikan kepada perayu setiap kali perayu mengugut SP3.
12
Kegiatan SP3 ini telah disedari oleh SP4 iaitu sepupu beliau dan SP3 telah menceritakan apa yang berlaku kepada SP4. Setelah itu, SP4 meminta SP3 untuk mengajak perayu berjumpa dan SP4 kemudiannya telah menahan perayu serta menyerahkan perayu kepada pihak polis.
13
Secara ringkasnya, kes pembelaan adalah kejadian sebagaimana pertuduhan tidak pernah berlaku. Perayu mengaku mengenali SP3 pada awal tahun 2023 dan pada sekitar bulan Jun 2023, SP3 telah meminta perayu untuk menghantar SP3 ke The Heritage untuk berjumpa kawan. Dalam pengetahuan perayu, SP3 berusia lebih daripada 17 tahun.
14
Perayu juga menyatakan tidak pernah memeras ugut SP3. Sebaliknya, wang yang diserahkan adalah kerana SP3 telah meminjam wang perayu sebanyak RM1,000.00.
15
Berdasarkan petisyen rayuan sepertimana di dalam RR/Jilid 1, walaupun terdapat tiga belas (13) alasan rayuan yang dinyatakan, secara asasnya perayu memfokuskan rayuannya atas isu-isu berikut - a) Kegagalan dan/atau kekhilafan Puan Hakim Yang Bijaksana dalam membuat dapatan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh responden. Manakala di akhir perbicaraan, perayu telah gagal membangkitkan keraguan yang munasabah dan perayu didapati bersalah sepertimana pertuduhan.; b) Kegagalan dan/atau kekhilafan HMS dalam membuat dapatan bahawa mangsa iaitu SP3 merupakan seorang saksi yang kredibel; c) Kegagalan dan/atau kekhilafan HMS dalam membuat dapatan bahawa terdapat keterangan sokongan mengenai hubungan seks SP3; d) Kegagalan dan/atau kekhilafan HMS apabila gagal untuk mempertimbangkan bahawa terdapat kelewatan oleh SP3 untuk membuat laporan polis; e) Kegagalan dan/atau kekhilafan HMS untuk mengambil kira kelompongan dalam siasatan oleh SP9; f) Kegagalan dan/atau kekhilafan HMS untuk memberikan pertimbangan tehadap pembelaan yang dikemukakan oleh perayu dan memutuskan bahawa perayu gagal untuk membangkitkan keraguan munasabah; dan g) Kegagalan dan/atau kekhilafan HMS dalam membuat dapatan bahawa ketiadaan rekod lampau bukan satu faktor yang perlu diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
16
Manakala untuk pertuduhan di bawah seksyen 384 KK, alasan rayuan yang dinyatakan adalah seperti berikut: a) Bahawa Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) telah terkhilaf apabila memutuskan satu kes prima facie berjaya dibuktikan dan seterusnya mensabitkan perayu atas pertuduhan di bawah seksyen 384 Kanun Keseksaan; b) Bahawa HMS telah terkhilaf memandangkan tiada keterangan menunjukkan bahawa mesej-mesej yang kononnya membuat pemerasan terhadap SP3 adalah dihantar oleh perayu dan terdapat keraguan ianya adalah rekaan SP3 sendiri; c) Bahawa HMS telah terkhilaf dalam membuat dapatan apabila tiada gambar dan/atau video dikemukakan untuk membuktikan pemerasan terhadap SP3; dan d) Bahawa HMS telah terkhilaf dalam membuat dapatan apabila tiada keterangan untuk membuktikan SP3 telah membayar wang sebanyak RM2,300.00 kepada perayu.
17
Prinsip undang-undang berkaitan rayuan sepertimana diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Herchun Singh v. Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209 adalah mengikat Mahkamah ini. Ong Hock Thye C.J telah menyebut: “An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.”
18
Prinsip tersebut tidak bermaksud bahawa Mahkamah ini tidak akan mengakas keputusan Mahkamah perbicaraan, tetapi Mahkamah ini hendaklah menganalisa secara terperinci keterangan dan keadaan berkaitan penemuan fakta tersebut sepertimana diputuskan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. Public Prosecutor & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737. Dengan mengambilkira prinsip undang-undang berkenaan, Mahkamah ini akan mengupas setiap isu yang dibangkitkan oleh perayu semasa perbicaraan rayuan ini.
19
Beberapa alasan rayuan dibangkitkan perayu, cabaran utama adalah berkaitan dengan isu kredibiliti SP3, HMS telah menilai secara maksima keterangan SP3 dan mendapati bahawa SP3 adalah saksi yang bercakap benar dan boleh dipercayai dan sewajarnya diterima.
20
Setelah meneliti keterangan-keterangan dibuktikan oleh pihak pendakwaan di hadapan hakim perbicaraan, HMS telah melihat dan mendengar SP3 dan memutuskan bahawa keterangan SP3 adalah unusually convincing dan adalah keterangan yang kuat tanpa perlu disokong oleh keterangan lain.
21
Tidak dinafikan oleh perayu bahawa SP3 adalah seorang kanak-kanak. SP3 telah memberi keterangan bersumpah dan memberikan secara terperinci naratif perbuatan seksual merogol SP3 dengan memasukkan kemaluan perayu ke dalam kemaluan SP3 (rujuk RR Jilid 2(A) di muka surat 38), telah merekodkan SP3 selepas SP3 mandi dan ketika SP3 hendak memakai baju, perayu telah menanggalkan bajunya dan membuat rakaman insiden tersebut.
22
Rakaman tersebut digunakan oleh perayu dengan niat memeras ugut SP3 sehinggalah SP3 membayar secara total sebanyak RM2300 kepada perayu yang mana HMS memutuskan bahawa perayu gagal membangkitkan sebarang keraguan atas perbuatan jenayah yang telah dilakukan ke atas SP3.
23
Mahkamah ini bersetuju dengan keputusan HMS yang telah merujuk kepada seksyen 2D(1) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) yang memperuntukkan bahawa seseorang tertuduh boleh disabitkan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah.
24
Mahkamah ini juga mendapati walaupun tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan merogol mangsa kanak-kanak tanpa keterangan sokongan, HMS telah juga menimbangkan keterangan-keterangan sokongan bagi menguatkan lagi dapatannya, antaranya keterangan saksi pakar iaitu doktor perubatan SP5 serta SP6 dan laporan perubatan eksibit-eksibit P22 dan P23 selain keterangan SP4 dalam membuat dapatan bahawa terdapat keterangan sokongan yang mengaitkan perayu dengan kesalahan terhadap SP3.
25
Perayu menghujahkan bahawa keterangan yang diberikan SP4 mengenai kejadian yang berlaku kepada SP3 adalah hearsay. Walau bagaimanapun, penilitian Mahkamah ini atas nota keterangan di hadapan hakim perbicaraan, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan SP4 hanyalah keterangan sokongan yang membuktikan perayu telah melakukan hubungan seksual dengan SP3 dan perayu telah merakam video SP3 dalam keadaan tidak berpakaian dan menjadikan rakaman video tersebut sebagai pemerasan terhadap SP3.
26
Mahkamah ini juga merujuk kepada seksyen 157 Akta Keterangan dan autoriti dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya yang dibijaksana di dalam kes Subramaniam v. PP [1956] CLJU 115 yang memutuskan berikut: ‘evidence is hearsay and inadmissible when the object is to establish the truth of what is contained in a statement made by a person not called as a witness. Conversely, evidence is not hearsay when it is proposed to establish not the truth of the statement, but the fact that it was made, particularly when such fact is relevant to the mental state and conduct of the witness or other persons.’
27
Menurut SP5 seorang pakar di Obstetrics & Gynecology Department/OBGYN, beliau telah menjalankan pemeriksaan ke atas SP3 dan mendapati terdapat kesan koyakan lama pada hymen SP3. Koyakan lama pada hymen SP3 adalah jelas kerana kejadian rogol dikatakan berlaku pada bulan Mac 2023 dan SP3 hanya membuat laporan polis pada 8.11.2023.
28
Dalam konteks kes ini, kelewatan yang berlaku tidak menjejaskan kes pendakwaan. Dalam hal keadaan yang melibatkan maruah mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak dan keluarga, ia boleh menjadi salah satu sebab mangsa trauma dan telah mengambil masa sebelum membuat laporan polis.
29
Berkaitan isu ini, responden merujuk kepada penghakiman Mahkamah ini yang mana Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan HMS dan Mahkamah ini di dalam kes Firdaus Azamuddin Arifin v. PP [2025] CLJU 1060 yang memutuskan seperti berikut: “Kami bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi bahawa walaupun tiada koyakan baharu didapati semasa pemeriksaan perubatan dijalankan, ia tidak bermaksud bahawa mangsa tidak bersetubuh dengan perayu. Ini adalah selaras dengan keterangan oleh SP8 yang menyatakan bahawa ketiadaan koyakan atau luka baharu tidak bermaksud tiada persetubuhan berlaku.”
30
Berdasarkan fakta kes ini, SP4 hanya dimaklumkan oleh SP3 mengenai kejadian rogol tersebut setelah mendapati SP4 mendapati SP3 seperti seorang yang mempunyai masalah peribadi dan tindakan SP3 yang cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya. Mahkamah ini bersetuju dengan autoriti dirujuk pihak responden di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal ... “[53] The Court of Appeal agreed with the findings of the trial judge. It is an accepted fact that in sexual offences, a complainant is generally reluctant to lodge a complaint or report regarding such incidents for a number of reasons. As observed by the Indian Supreme Court in State of Punjab v. Gurmit Singh & Ors [1996] 2 SCC 384: The courts cannot overlook the fact that in sexual offences delay in the lodging of the FIR can be due to variety of reasons particularly the reluctance of the prosecutrix or her family members to go to the police and complain about the incident which concerns the reputation of the prosecutrix and the honour of her family. It is only after giving it a cool thought that a complaint of sexual offence is generally lodged.”
31
SP6 pula yang merupakan seorang doktor perubatan yang telah memeriksa SP3 juga mendapati terdapat tanda-tanda yang boleh nampak pada pergelangan tangan SP3 yang selari dengan maklumat yang diberikan oleh SP4 bahawa SP3 cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan SP3.
32
HMS juga berdasarkan penilaian beliau ke atas keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan rakaman CCTV eksibit P29, mendapati perayu berada di Heritage (tempat kejadian) pada hari kejadian sepertimana siasatan oleh pegawai penyiasat (SP9) dan ini tidak dinafikan oleh pihak pembelaan.
33
Mahkamah ini merumuskan bahawa tidak ada kekhilafan oleh HMS apabila HMS memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie dan perayu dipanggil untuk membela diri.
34
Di akhir perbicaraan, HMS telah menilai semua keterangan saksi pendakwaan dan perayu (SD1) serta eksibit D40 (rakaman percakapan perayu), HMS merumuskan bahawa pembelaan perayu hanyalah penafian semata-mata dan juga pembelaan berfikiran terkemudian (after thought defence).
35
Untuk pertuduhan di bawah seksyen 384 KK, Mahkamah ini berpandangan adalah tidak munasabah untuk mengenepikan keputusan HMS memandangkan penilaian secara maksima telah dilakukan oleh HMS ke atas saksi pendakwaan dan bukti dokumentar dikemukakan.
36
HMS telah menilai eksibit P13 iaitu komunikasi antara perayu dan SP3 melalui telefon SP3 eksibit P12 yang dirampas polis. Cabaran oleh pihak pembelaan ketika perbicaraan bahawa video rakaman perbuatan adegan seksual merogol antara perayu dan SP3 sepertimana laporan polis SP3 eksibit P15 yang digunakan untuk memeras ugut tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan menjadi suatu kelompongan terhadap kes pendakwaan telah jelas dirungkai oleh HMS yang bijaksana.
37
Berdasarkan nota keterangan di hadapan HMS, keterangan SP3 jelas bahawa rakaman video yang diambil oleh perayu adalah ketika SP3 selesai mandi dan ketika memakai baju, perayu telah membukanya semula dan seterusnya membuat rakaman SP3 dalam keadaan tidak berpakaian. Rujuk eksibit P13 di muka surat 13.
38
Begitu juga dengan isu terjemahan komunikasi dibangkitkan pihak pembelaan antara SP3 dan perayu yang dikatakan dibuat dengan menggunakan aplikasi Google Translate oleh HMS juga tidak berasas.
39
Mahkamah ini juga mendapati bahawa ia bukanlah satu-satu sandaran yang dibuat oleh HMS. Sebaliknya terdapat bukti yang melimpah ruah di hadapan HMS yang mengaitkan perayu dengan pertuduhan-pertuduhan terhadapnya, antaranya, bayaran-bayaran yang keseluruhannya berjumlah RM2,300 sebagai pemerasan terhadap SP3 oleh perayu.
40
Sehubungan itu, hujahan perayu bahawa seksyen 114(g) Akta Keterangan hendaklah terpakai terhadap pendakwaan tidak relevan kerana tidak ada keterangan yang menunjukkan pihak pendakwaan menyembunyikan bukti yang relevan berkaitan kes perayu sehingga memprejudiskan perayu di hadapan mahkamah perbicaraan.
41
Mahkamah ini berpandangan tiada apa-apa salah arah yang dilakukan oleh HMS dalam membuat dapatan tersebut. Tambahan pula, Mahkamah ini terikat dengan prinsip undang-undang mantap yang diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam Yong Choo Kiong v. PP [2025] CLJU 2451 yang bersependapat dengan pemerhatian ke atas dapatan Mahkamah Rayuan seperti berikut: ‘We are of the considered opinion that the learned trial judge had not erred in his finding that PW 15 is a credible witness. There has been a clear finding of facts made by the learned trial judge based on the hearing of the witnesses and considering all the evidence tendered. We are of the view that the learned trial judge is the one who had the audio and visual advantage to observe the demeanour of witnesses. Hence, he was clearly entitled to make findings about the credibility of the witnesses. As an appellate court, we should be slow to interfere with such findings unless it can be shown before us that the findings were perverse and against all available evidence. In the present case, we see no reason to disturb the finding of the trial judge.’ (penekanan diberikan)
42
Mengambil pendekatan yang sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah ini memutuskan tidak ada justifikasi untuk Mahkamah tidak bersetuju dengan penemuan fakta oleh HMS kerana HMS yang mendengar perbicaraan dihadapannya mempunyai manafaat audio dan visual untuk memerhatikan demeanour saksi-saksi.
43
Dalam hal ini, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kedua-dua intipati pertuduhan terhadap OKT.
44
Berkaitan dengan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan, Mahkamah ini mendapati alasan penghakiman HMS adalah jelas dan tidak ada kekhilafan kerana HMS yang bijaksana telah menggunapakai prinsip undang-undang yang betul dan tepat dan tidak ada keperluan untuk mengulanginya di dalam alasan penghakiman ini.
45
Mahkamah ini juga berpandangan hukuman penjara selama 10 tahun dan satu sebatan adalah berpatutan. Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang telah mengekalkan keputusan Mahkamah ini atas keputusan HMS di dalam kes Firdaus Azamuddin Arifin (supra) yang mana HMS telah menjatuhkan hukuman penjara dua belas (12) tahun dan lima sebatan telah dikenakan ke atas perayu di dalam kes yang dirujuk. Mahkamah Rayuan telah memutuskan walaupun hukuman yang dijatuhkan HMS adalah tinggi, namun Mahkamah Rayuan tidak berhasrat mengganggu tempoh pemenjaraan yang telah dijatuhkan kerana tempoh tersebut adalah tidak terlalu melampau.
46
Berdasarkan kepada di atas, Mahkamah ini memutuskan menolak rayuan ini dan keputusan HMS terhadap sabitan dan hukuman dikekalkan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.