Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN SIVIL NO : CA-21NCVC-3-02/2019 ANTARA ORITEAM SDN BHD (NO. SYARIKAT : 548298-D) …PLAINTIF
/akn/my/judgment/high-court/2021/bdbecf7c-34f8-489c-9da9-44fbf2defc75
High Court of Malaysia24 Aug 2021CA-21NCvC-3-02/2019
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN SIVIL NO : CA-21NCVC-3-02/2019 ANTARA ORITEAM SDN BHD (NO. SYARIKAT : 548298-D) …PLAINTIF
1
1.
2
MUHAMAD AMIR SAIFULLAH
3
KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Plaintif memfailkan tuntutan terhadap Defendan-Defendan di atas penahanan kapal MV Star Aqua yang membawa barangan 17/10/2022 12:02:36 CA-21NCvC-3-02/2019 Kand. 43 bijih besi dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Zhanjang, China di mana akibat penahanan secara salah tersebut, Plaintif telah mengalami kerugian.
2
Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak dan setelah menimbangkan penghujahan, Mahkamah telah mendapati dan memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya mengasaskan tuntutan mereka dan dengan itu tuntutan Plaintif dibenarkan. Defendan-Defendan yang tidak berpuashati telah merayu akan keputusan tersebut.
3
Plaintif adalah pengeksport kargo 20,000 metric ton bijih besi yang telah dimasukkan ke kapal yang dikenali sebagai MV Star Aqua di Pelabuhan Kuantan pada 06.02.2019. Kargo bijih besi tersebut dijual kepada Norinco Tech Holding Co. Ltd China melalui perjanjian pembelian bertarikh 14.01.2019 atas kadar harga US$39.15 per metric ton.
4
Pembeli telah menyewa kapal tersebut melalui Swords Mining Zhangjiang Development Co Ltd untuk membawa bijih besi tersebut daripada Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Zhangjang, China. Klausa 15 dan 16 Fixture Note telah menyatakan bahawa demurrage charges atas kadar US$5000 sehari.
5
Kapal MV Star Aqua telah tiba di Pelabuhan Kuantan pada 25.01.2019 dan setelah mendapat kebenaran telah membenarkan kargo bijih besi dimasukkan ke vessel tersebut.
6
Pada 06.02.2019, setelah kerja-kerja pemunggahan kargo bijih besi disempurnakan, pihak Defendan telah datang untuk menyita kapal tersebut di mana Notis Penyitaan dan Penahanan telah dikeluarkan pada 07.02.2019. Pada notis penyitaan tersebut, Defendan Ketiga menyatakan bahawa kargo disyaki sebagai bijih manganese yang mana ianya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. Pihak Defendan telah mengambil sampel-sampel daripada kapal tersebut untuk dihantar ke Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Kuantan untuk dianalisa. Pada masa yang sama, dua orang penilai bebas yang dilantik oleh Plaintif dan juga pembeli iaitu Acculab & Inspectorate Malaysia Sdn Bhd telah menjalankan ujian terhadap kargo tersebut dan mendapati bahawa kargo tersebut adalah mengandungi bijih besi. Kedua-dua laporan tersebut telah diserahkan kepada Defendan.
7
Setelah kargo tersebut disita, SP1 telah berhubung dengan Defendan-Defendan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan telah mengeluarkan bank guarantee atas kadar jumlah harga kargo tersebut supaya kapal dapat dilepaskan untuk mengelakkan demurrage chargers. Walaubagaimanapun, pihak Defendan telah menolak tawaran Plaintif tersebut, pihak Plaintif telah memaklumkan kepada Defendan bahawa caj-caj demurrage adalah atas kadar US$5000 sehari jika vessel tersebut tidak dilepaskan untuk belayar.
8
Plaintif juga telah berjumpa dengan Ketua Pengarah Jabatan Kastam di Ibu Pejabat Kastam di Putrajaya untuk menyelesaikan masalah tersebut dan SP1 juga telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kastam bahawa caj-caj demurrage akan dikenakan. Plaintif telah diberitahu oleh Defendan bahawa kargo tersebut akan dilepaskan jika laporan ujian daripada JMG Kuantan mengesahkan bahawa ianya adalah bijih besi.
9
Pada 14.02.2019, pihak JMG Kuantan telah mengesahkan bahawa kargo tersebut adalah bijih besi. Plaintif telah dimaklumkan oleh SD2 bahawa Defendan telah menerima laporan tersebut akan melepaskan kapal untuk belayar. Namun begitu, pihak Defendan telah gagal untuk berbuat demikian.
10
Melalui peguam cara Plaintif telah menghantar surat pada 18.02.2019 memberi notis 48 jam kepada Defendan untuk melepaskan kargo tersebut dan membenarkan kapal untuk belayar. Namun begitu, pihak Defendan telah gagal untuk berbuat demikian dan dengan itu pihak Plaintif telah memfailkan tindakan ini pada 21.02.2019 dan memohon agar satu Perintah Interim bagi pembebasan kargo tersebut.
11
Pada tarikh yang sama iaitu pada 21.02.2019, pihak Defendan telah menjawab surat peguamcara Plaintif dan memaklumkan bahawa perkara tersebut telah berada dalam siasatan pihak
12
Seterusnya, pada 28.02.2019 pihak Defendan telah melepaskan kapal tersebut untuk belayar dan Plaintif telah membatalkan permohonan untuk Perintah Interim tersebut. Plaintif dengan itu, telah mengalami kerugian akibat penahanan vessel yang tidak sah oleh pihak Defendan.
13
Melalui Penyataan Pembelaan, Defendan menyatakan bahawa Plaintif tidak punya legal capacity untuk membawa tindakan ini bagi pihak syarikat yang telah diberikan lesen untuk mengeksport oleh pihak Defendan. Defendan-Defendan juga mengatakan bahawa penahanan dan penyitaan vessel tersebut dibuat secara munasabah kerana Plaintif disyaki telah melakukan kesalahan menurut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. Secara alternatifnya, pihak Defendan tiada bantahan terhadap perintah penyitaan dan penahanan vessel daripada ejen perkapalan dengan merujuk kepada Seksyen 132 Akta Kastam 1967.
14
Pihak-pihak telah bersetuju bahawa isu-isu di bawah ini akan dibawa untuk perbicaraan iaitu: i. Sama ada Plaintif mempunyai kapasiti yang sah untuk membawa tindakan terhadap Defendan-Defendan; ii. Sama ada tindakan menahan oleh Defendan-Defendan adalah munasabah; dan iii. Jika jawapan kepada no. ii di atas adalah tidak, sama ada Plaintif telah mengalami kerugian dan kerosakan atas tindakan penahanan oleh Defendan-Defendan.
15
Adalah satu perkara penting bahawa pihak Defendan telah gagal untuk menyoalbalas saksi-saksi Plaintif sewaktu perbicaraan dan dengan itu Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah bersetuju untuk menerima keterangan saksi tersebut secara total. Dengan itu, pihak Defendan tidak boleh mempertikaikan kebenaran keterangan saksi tersebut.
16
Peguam telah merujuk kepada kes Lum Sow Kuen v Chuah Heong & Ors [1998] 4 CLJ Supp 161 di mana Mahkamah memutuskan bahawa : “My Lords, with regard to the manner in which the evidence was given in this case, I cannot too heartily express my concurrence with the Lord Chancellor as to the mode in which a trial should be conducted. To my mind, nothing would be more absolutely unjust than not to cross-examine witnesses upon evidence which they have given, so as to give them notice, and to give them an opportunity of explanation, and an opportunity very often to defend their own character, and, not having given them such an opportunity, to ask the jury afterwards to disbelieve what they have said, although not one question has been directed either to their credit or to the accuracy of the facts they have deposed to.”
17
Oleh itu, di atas kegagalan pihak Defendan untuk menyoalbalas keterangan saksi Plaintif, maka Mahkamah menganggap bahawa Defendan tidak mempertikaikan keterangan tersebut dan dengan itu keterangan saksi berkenaan harus diterima sepenuhnya.
18
Berkaitan dengan isu pertama, Plaintif menyatakan bahawa mereka telah membeli bijih besi tersebut daripada syarikat Khidmat Berseri Sdn Bhd dan kemudiannya telah menjualkan kepada pembeli di China di mana kargo tersebut telah disita oleh Defendan. Satu notis telah diberikan kepada Defendan untuk menuntut kargo tersebut.
19
Plaintif telah merujuk kepada Seksyen 127 dan juga Seksyen 128(2) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan ‘barang siapa yang menuntut selaku tuanpunya barangan yang disita boleh menuntut barangan tersebut.’ SP1 juga telah merujuk kepada notis yang diberikan kepada Defendan bertarikh 18.02.2019 untuk menuntut kargo tersebut daripada pihak Defendan. Ini jelas menunjukkan bahawa Plaintif adalah tuanpunya kargo tersebut. “Kami bertindak bagi Oriteam Sdn Bhd (No. Syarikat 548298-D) No. 11-2 Jalan Bandar 14, Pusat Bandar Puchong, 47000 Puchong, Selangor Darul Ehsan, tuanpunya kargo di atas.”
20
Perenggan terakhir notis tersebut juga merujuk kepada notis untuk menuntut yang menyatakan : “Disini surat ini juga merupakan satu notis tuntutan kargo tersebut.”
21
Daripada keterangan di atas, jelaskan bahawa Plaintif adalah tuanpunya kargo tersebut pada setiap masa material dan fakta ini tidak dicabar oleh pihak Defendan.
22
Oleh itu, soal sama ada Plaintif untuk bertindak bagi pihak pengeksport (Khidmat Berseri) adalah tidak berkaitan dan dengan itu pembelaan Defendan atas isu ini juga harus di tolak kerana Plaintif telah menuntut di dalam kapasitinya selaku tuanpunya dan pengeksport kargo tersebut.
23
Plaintif juga merujuk kepada Seksyen 2 Akta Kastam 1967 yang telah mendefinasikan ‘owner’ seperti berikut :
a
(a) in relation of goods, includes any person (other than an officer of customs acting in his official capacity) being or holding himself out to be the owner, importer, exporter, consignee agent or person in possession of or beneficially interested in, or having any control of or poer of disposition over, the goods; and
b
(b) …..”
24
Oleh itu, di atas keterangan yang ada, Plaintiflah selaku tuanpunya yang membawa tuntutan ini untuk menuntut kerugian di atas penahanan kargo tersebut.
25
Isu kedua pula adalah sama ada tindakan Defendan-Defendan untuk menahan kapal tersebut adalah munasabah. Plaintif tidak menafikan bahawa tempoh penahanan kali pertama iaitu dari 06.02.2019 sehingga 14.02.2019 adalah sah dan munasabah menurut peruntukkan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. Adalah tidak dinafikan bahawa pengeluaran Notis Penyitaan pada 07.02.2019 bahawa pihak Defendan punya alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa barang-barang yang diisytiharkan oleh Plaintif adalah manganese yang punya kadar cukai yang tinggi berbanding dengan bijih besi sepertimana yang diisytiharkan oleh Plaintif.
26
Mahkamah merujuk kepada Notis Penyitaan bertarikh 07.02.2019 yang berbunyi seperti berikut : “Dengan menjalankan kuasa-kuasa di bawah Seksyen 114 Akta, saya Muhamad Amir Saifullah bin Muhamad berpangkat Penguasa Kastam ….. saya pada tarikh 07 Februari 2019 dan masa 1200hrs telah menyita barang-barang seperti berikut : Bahan Mineral Yang Disyaki Manganese Ore (berat anggaran 20000mt)
2
Barang-barang tersebut di atas disita kerana ada sebab-sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa kesalahan telah dilakukan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.”
27
Pihak Defendan sejurus setelah mendapat perintah penyitaan kargo tersebut di bawah Seksyen 114 Akta Kastam 1967 telah mengambil sampel dan di hantar ke JMG Kuantan untuk di analisa. Pada masa yang material, SP1 telah menghubungi pihak Defendan untuk menyelesaikan perkara tersebut dan mencadangkan untuk mengeluarkan bank guarantee yang bersama dengan nilai kargo kepada Defendan supaya kapal tersebut boleh dilepaskan untuk belayar oleh kerana caj demurrage atas kadar US$5000 akan dikenakan oleh pihak syarikat perkapalan. Walaupun pihak Defendan boleh menggunakan budi bicara di bawah Seksyen 115(1)(b) Akta Kastam 1967 tetapi telah tidak berbuat demikian.
28
Seterusnya, pihak Plaintif telah mengemukakan dua laporan kepada Defendan untuk menunjukkan bahawa barangan tersebut adalah bijih besi yang mana ini telah diakui sewaktu Pemeriksaan Balas di mana SD2 mengaku dia telah menerima dua laporan tersebut. “24. S : Adakah Tuan Muhamad meneliti kedua-dua ujian tersebut? : Yang Arif, laporan tersebut saya dapat daripada wakil Xing Her setelah penahanan dibuat dan setelah sampel saya telah hantar kepada geokimia.”
29
SP1 juga telah berjumpa dengan Ketua Pengarah Jabatan Kastam di Putrajaya dan menyatakan bahawa pihak Defendan telahpun mendapat sampel-sampel untuk ujian dan kargo akan dilepaskan jika mendapat pengesahan bahawa barangan tersebut adalah bijih besi.
30
Pada 14.02.2019, SD2 telah menghubungi syarikat perkapalan bahawa kargo akan dilepaskan oleh kerana laporan menunjukkan bahawa kargo tersebut adalah bijih besi. Oleh itu, adalah jelas bahawa pihak Defendan tidak punya alasan yang munasabah untuk terus menahan kargo tersebut selepas tempoh 14.02.2019 di bawah Seksyen 114 dan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. Apa jua alasan yang dinyatakan oleh Defendan di dalam Notis Penyitaan bertarikh 07.02.2019 tidak lagi berkuatkuasa selepas mendapat laporan daripada JMG Kuantan yang menyatakan bahawa kargo tersebut adalah bijih besi.
31
Oleh kerana Notis Penyitaan bertarikh 07.02.2019 di mana kargo tersebut telah di tahan dan disita, peruntukkan Seksyen 114 Akta Kastam 1967 harus ditelitikan. “114. Seizure of goods the subject of an offence
Subsection
(1) All goods in respect of which there has been, or there is, reasonable cause to suspect that there has been committed any offence against this Act or any regulation made thereunder, or any breach of any of the provisions of this Act or of any regulation made thereunder or of any restriction or condition subject to or upon which any licence or permit has been granted, together with any receptacle, package, conveyance other than vessel exceeding two hundred tons nett registered tonnage or aircraft engaged in international carriage, in which the same may have been found or which has been used in connection with such offence or breach, and any books or documents which may reasonably be believed to have a bearing on the case, on the person or in any place either on land or in territorial waters.
32
Seksyen 114 akta tersebut hanya memberi kuasa kepada Defendan untuk menyita barangan tertakluk kepada kesalahan yang telah dilakukan berkaitan di bawah Akta Kastam 1967 ataupun apa-apa peraturan dibawahnya. Apabila Defendan telah mengenalpasti bahawa barangan tersebut adalah bijih besi sepertimana laporan JMG Kuantan, maka Defendan tidak boleh lagi menggunapakai peruntukkan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 untuk terus menyita dan menahan barangan tersebut di bawah Seksyen 14 Akta Kastam 1967. Defendan seharusnya melepaskan dan membebaskan kargo serta kapal tersebut untuk belayar.
33
Juga, dengan merujuk kepada notis penyitaan bertarikh 07.02.2019 menyatakan bahawa alasan-alasan bagi penahanan kargo tersebut adalah kerana Defendan mengesyaki Plaintif telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam
1967
Apabila laporan telah didapatkan pada 14.02.2019 yang menunjukkan bahawa ianya adalah bijih besi maka Defendan tidak ada lagi kuasa atau apa-apa alasan yang munasabah untuk terus menahan dan menyita barangan tersebut selepas 14.02.2019.
34
Adalah jelas bahawa pada selepas 14.02.2019, SD2 telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa kargo dan kapal akan dilepaskan pada 14.02.2019. Namun begitu, Defendan telah gagal berbuat demikian dan terus menahan dan menyita kargo tersebut atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh Defendan. Tiada apa-apa notis penyitaan yang baru dikeluarkan oleh Defendan bagi tempoh penyitaan dan tahanan selepas 14.02.2019 Defendan tidak pernah memberitahu Plaintif akan apa-apa alasan juga yang mana Plaintif kemudiannya diberitahu bahawa perkara tersebut akan disiasat oleh SPRM.
35
Keterangan di Mahkamah adalah seperti berikut : “30. S : Sebelum Tuan Muhamad menghubungi SPRM. : Yang Arif saya tidak menghubungi SPRM. Sebaik sahaja saya mendapat keputusan analisa daripada geokimia. Saya memaklumkan kepada Ketua Bahagian saya. Kemudian masa yang diambil untuk Ketua Bahagian hubungi Ketua Pengarah Kastam untuk mendapatkan pelepasan lebih kurang dalam masa dua jam. Saya juga telah menghubungi pihak Xing Her Shipping dan memberitahu kita telah dapat arahan pelepasan walaubagaimanapun semasa menunggu arahan daripada Ketua Pengarah, pihak SPRM juga datang dan saya seterusnya.
36
Sewaktu perbicaraan, saksi pihak Defendan cuba untuk menjustifikasikan tahananan selepas 14.02.2019 di buat menurut Seksyen 41(2) Akta Kastam 1967 yang berbunyi seperti berikut :
41
When clearance may be refused
Subsection
(1) …..
Subsection
(2) If under the provisions of any written law a Port Officer or other proper authority has notified the proper officer of customs that any vessel is liable to be detained, the proper officer of customs shall not issue a port clearance in respect of such vessel without the written concurrence of such Port Officer or other proper authority.”
37
Plaintif walaubagaimanapun menyatakan bahawa peruntukkan Seksyen 41(2) Akta Kastam 1967 dan penyitaan di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 adalah dua perkara yang berbeza. Ini adalah kerana Seksyen 41 adalah berkait dengan mana-mana pihak berkuasa yang memberi notis kepada pihak Kastam yang menegah apa-apa vessel daripada belayar yang mana boleh ditahan di bawah mana-mana peruntukkan undang-undang selain daripada Akta Kastam 1967. Manakala peruntukkan Seksyen 147 dan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 adalah berkait dengan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan di bawah Akta Kastam 1967. Oleh itu, Defendan tiada apa-apa pilihan melainkan untuk melepaskan dan membebaskan kapal tersebut untuk belayar dan soal sama ada pihak Defendan mendapat arahan daripada SPRM adalah dua hal yang berbeza. Pihak Defendan tidak lagi punya kuasa untuk terus menahan kapal tersebut dan menggunakan notis penyitaan bertarikh 07.02.2019.
38
Mahkamah juga merujuk kepada surat SPRM bertarikh 15.02.2019 yang dikemukakan oleh saksi Defendan sewaktu perbicaraan. Malangnya surat tersebut hanya menyatakan bahawa SPRM memerlukan kerjasama dari pihak Defendan untuk membantu siasatan SPRM. Tiada apa-apa di dalam surat tersebut yang menyatakan bahawa kapal MV Star Aqua harus di tahan di bawah ASPRM 2009.
39
Surat tersebut hanya berbunyi seperti berikut : “MOHON PENAHANAN KAPAL MV STAR AQUA IMO NO. 9573921 UNTUK SIASATAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) PAHANG Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2
Untuk makluman pihak Puan, SPRM Pahang sedang menjalankan siasatan berkaitan Aduan No. KTN/RPTNO/0009/2019 ke atas Ekshibit di dalam muatan kapal MV STAR AQUA IMO NO. 9573921.
3
Sehubungan itu, pihak kami memohon bantuan daripada pihak Puan untuk menahan kapal ini daripada belayar sehingga siasatan SPRM selesai.
4
Kerjasama dan sokongan pihak Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.”
40
Jelas bahawa surat tersebut hanyalah meminta kerjasama untuk menahan MV Star Aqua daripada belayar dan saksi SD3 sendiri mengakui tiada apa-apa notis bagi menahan kargo tersebut oleh pihak SPRM. Keterangan SD3 di Mahkamah seperti berikut : “31. S : So, selama penyiasatan SPRM selama 2 minggu, boleh saya mengesahkan tiada nota sitaan ke atas kargo iron ore tersebut dikeluarkan SPRM? : Ya, Yang Arif.
32
S : Juga, tiada notis penahanan kapal dikeluarkan SPRM? : Ya, Yang Arif, tiada keperluan notis itu. Mahkamah : Okay.”
41
Jika benarlah pihak SPRM ingin menyita apa-apa harta, pihak SPRM boleh mengeluarkan notis di bawah Seksyen 33 ASPRM
2009
Namun begitu, tiada apa-apa notis yang telah dikemukakan oleh pihak SPRM untuk terus menahan kapal tersebut. Oleh itu, surat yang dikeluarkan oleh SPRM pada 15.03.2019 hanyalah untuk mendapatkan kerjasama Defendan dan tiada apa-apa notifikasi di buat di bawah Seksyen 41(2) Akta Kastam 1967 oleh pihak SPRM jika kapal tersebut akan terus di tahan di bawah peruntukkan ASPRM 2009.
42
Oleh kerana tiada apa-apa alasan yang munasabah bagi pihak Defendan untuk terus menahan kapal tersebut daripada belayar pada 14.02.2019 dan kegagalan Defendan untuk melepaskan kargo tersebut walaupun telah mendapat laporan dan pengesahan daripada JMG Kuantan bahawa barangan tersebut adalah bijih besi, Defendan seharusnya melepaskan kapal tersebut untuk belayar pada 14.02.2019.
43
Pihak Defendan juga tidak boleh menggunakan peruntukkan di bawah Seksyen 114 dan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 untuk terus menahan kapal tersebut daripada 14.02.2019 sehingga 28.02.2019 walaupun ada siasatan oleh pihak SPRM.
44
Oleh itu, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa tempoh penahanan daripada 14.02.2019 ke 28.02.2019 adalah di buat tanpa alasan yang munasabah dan dengan itu Plaintif selaku tuanpunya dan pengeksport kargo berhak untuk mendapat gantirugi daripada Defendan-Defendan di bawah Seksyen 132 Akta Kastam 1967.
45
Keterangan SP1 tidak di cabar oleh pihak Defendan sewaktu perbicaraan di mana Plaintif menyatakan bahawa mereka telah mengalami ganti rugi khas dengan merujuk kepada Klausa 15 & 16 Fixture Note daripada MV Star Aqua yang menyatakan bahawa caj-caj demurrage adalah atas kadar US$5000 sehari akan dicajkan seperti berikut : “15. Should the Vessel be detained by authorities at loading/discharging port, the direct actual expenses incurred on vessel to be owners’ account if the arrest by the owner and/or the employees. The same to be for charterers/shipper/consignee’s account of the arrest cause by charters/consignee and/or the employees.
16
Detention : US$5000 per day pro rata. If cargo and/or cargo documents not ready for loading/discharging when vessel arrive at loading/discharging port. Detention on at the bends to be settled w/i 7 days after owner’s supporting documents such ASPRM 2009 notice of readness/time sheet/statement of facts.”
46
Tempoh caj-caj demurrage yang ditanggung oleh Plaintif bagi tempoh penahanan tidak sah dari 15.02.2019 sehingga 28.02.2019 adalah seperti berikut : US$108,784.72 x (14 days / 22.917 days) = US$70,809.52 US$70,809.52 x RM4.073 (exchange rate then) = RM288,407.18
47
Plaintif juga mengalami kerugian tambahan yang dikenakan oleh ejen perkapalan yang berjumlah RM19,961.00. Oleh itu, jumlah keseluruhan ganti rugi khas yang ditanggung oleh Plaintif adalah RM288,407.18 + RM19,961.00 berjumlah RM308,368.18.
48
Berkaitan dengan tuntutan ganti rugi am, saksi SP1 menyatakan bahawa mereka tidak mengalami kerugian atas kadar US$5000 sehari daripada 06.02.2019. Plaintif terpaksa menanggung caj-caj demurrage dari 06.02.2019 ke 14.02.2019 berjumlah US$37,975.20 dan di atas kadar tukaran pada masa itu RM4.073 ke US Dollar, maka jumlah kesemuanya RM154,672.99. jumlah ini adalah munasabah dengan mengambilkira keseluruhan yang terpaksa di tanggung oleh Plaintif di atas tindakan yang tidak munasabah oleh pihak Defendan-Defendan.
49
Setelah menelitikan keseluruhan keterangan di hadapan Mahkamah, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa pihak Plaintif telah berjaya mengasaskan tuntutan mereka terhadap Defendan. Mahkamah juga mendapati saksi SP1 adalah seorang saksi yang credible dan boleh dipercayai di mana keterangan beliau tidak di soal balas oleh pihak Defendan. Mahkamah memutuskan bahawa tempoh tahanan vessel oleh Defendan daripada 14.02.2019 sehingga 28.02.2019 adalah tidak munasabah oleh kerana laporan JMG Kuantan telahpun didapatkan yang mana jelas menunjukkan bahawa barangan di atas kapal tersebut adalah bijih besi dan bukannya manganese dan sepatutnya kapal tersebut dilepaskan untuk belayar setelah laporan tersebut didapatkan.
50
Mahkamah juga memutuskan bahawa jika pihak SPRM ingin meneruskan siasatan, maka satu notis penyitaan yang baru harus dikeluarkan oleh pihak SPRM dan tidak boleh menggunakan notis penyitaan yang asal untuk terus menahan dan menyita kapal tersebut apatah lagi surat daripada SPRM hanya menunjukkan bahawa mereka ingin mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Kastam untuk terus menahan kapal tersebut.
51
Oleh itu, tuntutan Plaintif adalah dibenarkan yang mana jumlah yang dibenarkan adalah seperti berikut : i. Ganti rugi Khas - RM308,368.18; ii. Ganti rugi Am - RM100,000.00 beserta faedah pada kadar 5% setahun dari 24.08.2021 sehingga penyelesaian penuh; dan iii. Kos - RM30,000.00. ZAINAL AZMAN BIN AB AZIZ HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR BERTARIKH : 06 OKTOBER 2022 Peguam Plaintif : Encik Ho Hon Keong Tetuan Ho & Ho No. 11-2 (B), Jalan Solaris 3 Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur No. Tel : 03-6206 3808 No. Faks : 03-2726 8917 Ruj. Tuan : HL/201368/19/HK Email : honhokl@gmail.com Peguam Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga : Puan Noor Fadzilah binti Ishak Peguam Kanan Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Tingkat 3, Blok B, Wisma Sri Pahang 25000 Kuantan, Pahang Ruj. Tuan : PN/PG/SFC/11/1/2019
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.