perkara/persoalan yang dibangkitkan oleh Defendan. [15] Tercetusnya tindakan undang-undang melalui saman pemula ini berbangkit daripada keberhutangan yang melaksanakan suatu Gadaian Pihak Ketiga (Defendan) dengan Plaintif (Gadaian) sebagai sekuriti kepada Plaintif. Jumlah tertunggak adalah besar. [16] Perintah Jualan yang dipohon oleh Plaintif melalui saman pemula ini adalah menurut undang-undang khususnya Kanun Tanah Negara dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [17] Tiada apa-apa perlanggaran tatacara oleh Plaintif mahupun jalan pintas yang diambil oleh Plaintif untuk melaksanakan haknya sebagai pemegang gadaian bagi Hartanah tersebut. [18] Isu yang dibangkitkan oleh Defendan mengenai kesahan Perjanjian yang mempunyai impak kepada isu sama ada Perjanjian yang termeterai itu boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang sewajarnya dilakukan sejak awal lagi i.e. semasa Kemudahan Pinjaman Kewangan diperoleh daripada Plaintif dan sebelum sekuriti berbentuk Hartanah diserahkan kepada Plaintif. Jika ini dilakukan maka tindakan undang-undang yang dimulakan oleh Defendan bolehlah digabungkan/dicantumkan dengan saman pemula ini agar tiada keputusan bertindan, penduaan dan berbeza oleh Mahkamah. Ini tidak berlaku di sini. [19] Peguam cara Defendan juga memetik keputusan kes landmark Mahkamah Persekutuan iaitu Low Lee Lian v Ban Hin Lee Bank Bhd (supra) dan menghujahkan bahawa − “… the Defendant submits that the Plaintiff as the chargee had demanded sums not lawfully due by the Defendant as the chargor, in the following manner: 8.1 Pursuant to the Plaintiff’s own Statement of Account as at 30.6.2024 which can be found in the Affidavit in Support in Exhibit “CHK-8” [PDF Page 100], the interest rate charged by the Plaintiff would increase in stages, which is 9% per annum from date of loan disbursement, then 9.25% per annum effective from 1.8.2022, 9.50% per annum effective from 1.10.2022, 9.75% per annum effective from 1.12.2022 and finally 10% per annum effective from 1.6.2023.”. [20] Berbanding dengan kes yang sama tetapi bagi lot Hartanah yang berlainan iaitu keputusan Mahkamah ini dalam BA-24FC-814-08/2024 pada 26-11-2024, peguam cara terpelajar Defendan ada memfailkan hujahan balasnya. Mahkamah mendapati hujahan balas tersebut memperkatakan mengenai − Pertama: apa-apa isu dan bantahan yang dibangkitkan oleh defendan berkaitan dengan perjanjian pinjaman wang perlu mempertimbangkan setiap isu walaupun semasa prosiding foreclosure dan/atau perintah jualan. Kedua: semua isu berkaitan dengan perjanjian pinjaman wang boleh dan sepatutnya dipertimbangkan oleh Mahkamah ini kerana ianya berkait rapat dengan suratcara utama (principal instrument) yang menjadi punca wujudnya gadaian Hartanah tersebut. Defendan dalam afidavit dan hujahan utamanya telah membangkitkan isu ketidaksahan Perjanjian dan isu caj faedah yang bercanggah dengan undang-undang. Berdasarkan nas undang-undang kes, peguam cara terpelajar Defendan menegaskan bahawa Defendan berjaya membangkitkan isu penting ke atas permohonan Perintah Jualan ini iaitu suratcara utam ialah Moneylending Agreement. Ketiga: Amaun yang dituntut oleh Plaintif terhadap Defendan dalam Borang 16D adalah tidak wajar diberikan melainkan jika jumlah yang berlebihan dituntut itu diketepikan/dipotong dan suatu Borang 16D baharu dikeluarkan terhadap Defendan. [21] Perkara yang dipertikaikan oleh Defendan menjurus kepada persoalan sama ada Plaintif dalam saman pemulanya ada melampirkan apa-apa akaun untuk menunjukkan keberhutangan Defendan. Defendan memegang kepada kegagalan yang dikatakan dilakukan oleh Plaintif dengan mencari sumber kepada peruntukan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah Akta. Pada masa yang sama, Defendan memplidkan bahawa Kemudahan Pinjaman Kewangan itu tidak sah dan tuntutan hutang oleh Plaintif melalui saman pemula ini adalah tidak sesuai untuk dilupuskan/didengar kerana Perjanjian Kemudahan Kewangan bertarikh 27-9-2021 itu ialah moneylending agreement dan adalah terbatal dan/atau tidak sah dari mula (void ab initio). Mahkamah mendapati Defendan telah melakukan “pelepasan diri” untuk enggan membayar tunggakan hutang tersebut dan menggunakan alasan yang tidak berasas untuk menghalang permohonan Plaintif. [22] Berkenaan dengan isu/persoalan lain yang dibangkitkan oleh Defendan, antaranya, “The Originating Summons does not consist of and/or contain the amount that the Plaintiff is claiming to be due and owing by the Defendant and that the Plaintiff wishes to foreclose on; The Plaintiff has acted oppressive and coercive against the Defendant especially by filing the Originating Summons even while the legitimacy/validity of the Moneylending Agreement”, Mahkamah ini mendapati isu/persoalan yang dibangkitkan itu bukanlah suatu ‘cause to contrary’. [23] Plaintif telah mengenalpasti amaun yang tertunggak dan melampirkan dokumen yang berkaitan untuk meneruskan tuntutannya melalui Perintah Jualan. Berdasarkan dokumen yang diekshibit dalam afidavit Plaintif, Mahkamah ini mendapati pengiraan bagi mendapatkan jumlah keberhutangan adalah tepat dan patuh dengan terma dan syarat Perjanjian Kemudahan tersebut serta dibenarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Penyata Akaun yang dilampirkan (Ekshibit “CHK-8”) adalah teratur dan selaras dengan seksyen 19 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan tiada apa-apa kekhilafan mengenai perincian kepada penyata akaun dibuktikan oleh Defendan. Selanjutnya, tiada bukti pembayaran dikemukakan oleh Defendan untuk menangkis pengataan bahawa Plaintif tidak mempertimbangkan mengenai bayaran yang dibuat oleh Defendan. [24] Surat Tawaran dan Gadaian adalah dokumen yang mengikat pihak-pihak yang mengandungi klausa mengenai faedah. Isu kadar faedah yang dibawa oleh Defendan semata-mata untuk menegaskan mengenai ketidakpersetujuan Defendan ke atas kadar faedah. Tiada apa-apa bantahan yang dikemukakan mengenai isu faedah sebelum berlakunya “default” kepada pinjaman. Peguam cara terpelajar Plaintif merujuk Mahkamah ini kepada seksyen 17A (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, klausa 6 Surat Tawaran dan Penyata Akaun terperinci Plaintif (Ekshibit “CHK-9”) yang menunjukkan perincian dari segi pengiraan serta butir-butir adalah selaras dengan seksyen 17A (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Kadar faedah yang dikenakan ke atas Peminjam tersebut adalah mematuhi peruntukan undang-undang dan Peminjam tersebut juga telah bersetuju untuk menerima kadar faedah yang boleh berubah dari semasa ke semasa menurut had undang-undang yang dibenarkan. Tiada kecacatan yang timbul pada Perjanjian Kemudahan Kewangan tersebut dan Perjanjian Kemudahan Kewangan tersebut adalah berkuatkuasa pada setiap masa yang material dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan adalah penafian semata-mata dan suatu escapism Defendan berkenaan dengan obligasinya. [25] Rujukan dan petikan keputusan dalam kes Sarawak Securities Sdn Bhd V. Andy Chan Chiaw Guan; Fabian Eh Ng (Third Party) [2000] 7 CLJ 364 berkenaan dengan pihak-pihak adalah terikat dengan kontrak yang telah ditandatangani melainkan dibuktikan sebaliknya. [26] Selepas meneliti saman pemula, afidavit, ekshibit yang dilampirkan dan memahami hujahan bertulis peguam-peguam cara terpelajar, Mahkamah ini mendapati bahawa kes/saman pemula ini merupakan satu prosiding yang harus/boleh diputuskan dengan terus (straight-forward case) dan cepat sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Lim Ban Hooi & Anor v. Malayan Banking Bhd [2018] MLJU 510 − “We have no reason to disagree with the views expressed therein as we too, have pointed out that proceedings in respect of an order for a judicial sale or foreclosure proceedings under Order 83 of the Rules of Court 2012 are meant to be summary, simple and speedy.”. [27] Mahkamah ini membenarkan saman pemula ini dan selanjutnya penetapan tarikh untuk Lelongan Awam dan tindakan yang berbangkit dengan lelongan boleh diteruskan. [28] Mahkamah telah mempertimbangkan permohonan Plaintif dan berpendapat bahawa Defendan gagal untuk membuktikan ‘cause to the contrary’. Mahkamah juga tidak menemui apa-apa bukti berdasarkan bantahan Defendan terhadap permohonan Plaintif bahawa pemberian Perintah Jualan akan bertentangan/bercanggah kepada rukun undang-undang-undang mahupun dari sudut ekuiti. Mahkamah juga merujuk kepada kes Bank Pertanian Malaysia v. Blue Valley Plantation Bhd & Ors [2002] 2 MLRH 698 untuk proposisi bahawa pihak yang mengatakan bahawa terdapat sebab bertentangan mempunyai beban pembuktian untuk menunjukkan sebab bertentangan tersebut. Berkaitan dengan dakwaan bahawa Borang 16D yang dikeluarkan oleh Plaintif adalah tidak sah di sisi undang-undang, tidak boleh digunakan terhadap Defendan dan suatu Borang 16D baharu perlu dikeluarkan, Mahkamah mendapati bukti yang dikemukakan oleh Plaintif itu gagal ditangkis oleh Defendan. Harus ditekankan bahawa hak dan kepentingan Plaintif selaku pemegang gadaian yang sah untuk memohon perintah daripada Mahkamah ini adalah hak yang diberikan oleh Parlimen seperti diputuskan dalam kes Low Lee Lian v. Ban Hin Lee Bank Bhd (supra). Kesimpulan [29] Sebagai kesimpulan kepada alasan yang dinyatakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa terdapatnya Gadaian yang berdaftar memihak kepada Plaintif. Plaintif adalah pemiutang bercagar (secured creditor) yang mempunyai kepentingan dalam Hartanah yang dinyatakan. Plaintif sebagai pemegang gadaian telah memenuhi syarat-syarat untuk mendapatkan perintah jualan dan permohonan-permohonan lain seperti yang dipohon menurut seksyen-seksyen 256 dan 257 Kanun Tanah Negara dan A. 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [30] Defendan telah gagal membuktikan wujudnya sebab bertertentangan sepertimana yang prinsip digariskan oleh kes Low Lee Lian v. Ban Hin Lee Bank (supra). Oleh sebab itu, Plaintif dibenarkan untuk menjual Hartanah tersebut yang mana Plaintif mempunyai sekuriti ke atas Hartanah tersebut. Bagi melepaskan Gadaian Hartanah ini (discharge of charge), pihak penggadai (charger)/Defendan harus membuat pembayaran yang sepatutnya ataupun Pemegang Gadaian iaitu Plaintif boleh melaksanakan haknya untuk merealisasikan Hartanah tersebut. Bertarikh: 28 Februari 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi pihak Plaintif − Daniel Chuah Chen Yean Tetuan Sidek Teoh Wong & Dennis, Kuala Lumpur Bagi pihak Defendan − Gary Au Kar Meng Tetuan Manjit Singh Sachdev Mohammad Radzi & Partners, Kuala