Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62JSK – 43 – 10 / 2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN OSMAN BIN MAT … ORANG KENA TUDUH (NO. KP 580801-02-5317)
CA-62JSK-43-10/2023
Sessions Court of Malaysia18 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tinggi iaitu keterangan yang tidak disertai oleh keterangan sokongan itu perlulah sangat-sangat menyakinkan (unusually convincing). Ini disahkan oleh Spenser-Wilkinson J apabila dalam kes Mardai v PP [1950] MLJ 33 beliau menyatakan: “Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of”
“eed in his judgment the learned trial judge made it very clear that he had conducted a maximum evaluation of the evidence adduced by the prosecution before calling for the defence. In PP v. Khong Soh [1966] CLJU 141; [1966] 1 LNS 141; [1966] 2 MLJ 137 Macintyre J said this at p. 139: Having held that a prima facie case”
“given upon oath or otherwise.’ [14] Maksud peruntukan seksyen 18 Akta 792 itu telah dihuraikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Mat Nor dalam kes Mohd Khairul Azlan Bin Mohd Napi lwn Pendakwa Raya [2021] MLJU 2052 bila mana Yang Arif menyatakan: “Secara perbandingannya s. 18 ini sebenarnya meletakkan kedudukan saksi y”
“salahan di bawah seksyen 14(d) Akta 792 telah dikenakan dan kes PP lwn. Mohd Asnan bin Mat **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 Aris [2025] CLJU 3670 di mana hukuman 6 tahun penjara dan 1 sebatan rotan telah dikekalkan. Timbalan Pendakwa Raya pula memohon”
“ngalami beberapa masalah kesihatan. OKT adalah seorang pesara tentera dan aktif dalam aktiviti di kampung OKT. Peguambela seterusnya telah menarik perhatian mahkamah kepada kes Mohamad Abu Akkas v PP [2026] CLJU 617 di mana hukuman penjara selama 8 tahun bersama 5 sebatan rotan bagi kesalahan di bawah seksyen 14(d) Akt”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62JSK – 43 – 10 / 2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN OSMAN BIN MAT … ORANG KENA TUDUH (NO. KP 580801-02-5317)
1
Orang Kena Tuduh (OKT) telah dituduh melakukan kesalahan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 8 tahun. Pertuduhan pindaan yang dirangka oleh pihak pendakwa berbunyi seperti berikut: ‘Bahawa kamu pada 14/9/2023 jam antara 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi bertempat di tempat wudhuk lelaki surau Sekolah Kebangsaan Panching Selatan, di dalam daerah Kuantan, di negeri Pahang Darul Makmur bagi maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak dengan cara memeluk mangsa dari belakang, meraba bahagian dada dan memegang dengan menggunakan jari kemaluan XXX (No Kad Pengenalan: 150130-XX-XXXX) yang berumur 8 tahun. Oleh itu kamu telah melakukan 2 kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Akta yang sama.’
2
Pengadu (SP3) adalah ibu kandung kepada mangsa. Pengadu bersama suami dan 3 orang anak termasuk mangsa tinggal di rumah ibu mentua beliau di Felda Sungai Panching Selatan, Kuantan. OKT adalah jiran selang 2 buah rumah dari rumah ibu mentua pengadu.
3
Mangsa (SP4) adalah anak sulong kepada pengadu. Pada masa kejadian, mangsa dan seorang adik beliau (SP5) bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Panching Selatan. Sekolah tersebut terletak 1 hingga 2 kilometer dari rumah yang didiami oleh keluarga pengadu. Suami pengadu telah mengalami angin ahmar (stroke) dan atas sebab itu pengadu yang menghantar dan mengambil mangsa dan SP5 ke sekolah dan pulang dari sekolah setiap hari. Namun ada masa-masa di mana pengadu meminta bantuan OKT untuk mengambil anak-anak beliau pulang dari sekolah. Ini apabila pengadu menemani suami beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan beliau tidak sempat pulang ke rumah pada waktu tamat sesi persekolahan.
4
Pada hari kejadian, pengadu telah menghantar mangsa dan SP5 ke sekolah dengan berjalan kaki. Ini kerana kereta beliau telah mengalami kerosakan dan telah dihantar ke bengkel pada hari sebelumnya. Semasa mereka bertiga sedang berjalan kaki, OKT telah datang ke arah mereka dengan menaiki motorsikal dan menawarkan 3 untuk menghantar mangsa dan SP5 ke sekolah dengan motorsikal beliau. Pada mulanya pengadu menolak tawaran OKT namun setelah OKT mengulangi tawaran beliau berkali-kali, pengadu akhirnya bersetuju dan membenarkan mangsa dan SP5 menaiki motorsikal bersama OKT. Kemudian pengadu telah berpatah balik ke rumah.
5
Pada jam 12.30 tengahari, pengadu telah pergi ke sekolah tersebut untuk menjemput mangsa dan SP5 pulang ke rumah. Apabila mangsa bertemu dengan pengadu di kawasan kantin sekolah sekitar jam 12.45 tengahari, mangsa terus memberitahu pengadu yang beliau tidak lagi mahu menaiki motorsikal bersama OKT. Apabila pengadu bertanya mengapa, mangsa telah menceritakan bahawa setelah mangsa menaiki motorsikal OKT, OKT telah membawa beliau ke sebuah gerai berhampiran untuk membeli kek batik. Kemudian OKT telah seterusnya membawa mangsa dan SP5 ke tepi sebuah surau yang terletak di luar kawasan sekolah untuk makan kek batik tersebut. Selepas itu OKT telah masuk ke tempat mengambil wuduk lelaki yang terletak di tepi surau berkenaan sebelum membuat isyarat tangan memanggil mangsa datang ke arahnya. Apabila mangsa sudah berada di tempat mengambil wuduk tersebut, OKT telah memeluk mangsa dari belakang lalu meraba dada mangsa dengan menggunakan sebelah tangan manakala sebelah tangan OKT lagi telah masuk ke dalam seluar yang dipakai oleh mangsa lalu menyentuh kawasan kemaluan mangsa. Pada malam hari yang sama, pengadu telah membuat laporan polis tentang kejadian iaitu Jaya Gading Report 4202/23 (ekshibit P5).
6
Mangsa berusia 9 tahun ketika beliau memberi keterangan di mahkamah pada 9 Disember 2024. SP5 pula berusia 7 tahun ketika beliau memberi keterangan di mahkamah pada 10 Disember 2024. Pada masa itu peruntukan seksyen 133A Akta Keterangan 1950 masih berkuatkuasa, di mana ia hanya dimansuhkan bermula pada 3 Mac
2025
Peruntukan seksyen 2A, seksyen 2B, seksyen 2C dan seksyen 2D Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 juga hanya mula berkuatkuasa pada 3 Mac 2025 dan oleh itu masih belum terpakai pada masa mangsa dan SP5 memberi keterangan di mahkamah. Saya telah menjalankan pemeriksaan awalan ke atas mangsa dan SP5 sebelum mereka masing-masing memberi keterangan. Hasil pemeriksaan awalan tersebut saya mendapati mangsa adalah saksi yang kompeten dan beliau memahami maksud dan tanggungjawab untuk memberi keterangan secara bersumpah dan atas sebab itu saya telah membenarkan mangsa untuk memberi keterangan secara bersumpah. Bagi SP5 pula, walaupun saya berpuashati beliau adalah saksi yang kompeten dan mempunyai kecerdikan yang mencukupi yang membolehkan beliau menjawab soalan-soalan yang ditanya, saya tidak berpuashati beliau memahami maksud dan tanggungjawab untuk memberi keterangan secara bersumpah. Namun demikian, SP5 tetap memahami tanggungjawab untuk bercakap benar dan oleh yang demikian, saya membenarkan SP5 memberi keterangan secara tidak bersumpah. [7] Mangsa mengesahkan pada hari kejadian beliau telah berjalan kaki ke sekolah bersama pengadu dan SP5 apabila di pertengahan jalan OKT telah mengajak mangsa dan SP5 untuk menaiki motorsikal bersama OKT. Setelah singgah membeli kek batik di sebuah gerai, OKT telah menghantar mangsa dan SP5 ke sebuah surau yang terletak berhampiran sekolah. Di surau tersebut mangsa dan SP5 telah makan kek batik yang dibeli berhampiran pintu yang ditunjukkan dalam gambar ekshibit P2C. Setelah mangsa selesai makan kek batik, OKT telah melambai tangan mengajak mangsa masuk ke dalam tempat mengambil wuduk lelaki yang kelihatan dalam gambar ekshibit P2E dan P2F. Apabila mangsa pergi ke arah OKT, OKT telah memeluk mangsa daripada belakang lalu meraba bahagian dada mangsa dan memasukkan tangan OKT ke dalam seluar yang dipakai oleh mangsa dan menyentuh kawasan kemaluan mangsa. Mangsa tidak menjerit kerana beliau berasa takut untuk membuat apa-apa. Selepas kejadian, mangsa telah pergi ke sekolah dan masuk ke kelas beliau. Mangsa kemudian menceritakan tentang kejadian tersebut kepada pengadu apabila pengadu datang mengambil beliau dari sekolah. [8] SP5 juga mengesahkan pada hari kejadian OKT telah menghantar beliau dan mangsa ke surau yang terletak berhampiran sekolah dengan menaiki motorsikal. Semasa SP5 dan mangsa sedang makan kek batik yang dibeli di hadapan pintu surau tersebut, SP5 melihat OKT yang ketika itu berada di tempat mengambil wuduk lelaki memanggil mangsa pergi ke arah OKT dengan menggunakan tangan. SP5 nampak mangsa telah pergi ke arah OKT tetapi SP5 tidak nampak apa yang berlaku antara mangsa dengan OKT di tempat mengambil wuduk tersebut memandangkan SP5 telah terus memakan kek batik yang ada pada beliau. [9] Bagi kesalahan yang dipertuduhkan, pihak pendakwa perlu membuktikan mangsa adalah seorang kanak-kanak dan OKT telah melakukan perbuatan yang dinyatakan bagi maksud seksual. Kanak-kanak bagi maksud Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) adalah, menurut seksyen 2 Akta tersebut, seorang yang berumur di bawah 18 tahun. Fakta bahawa mangsa berumur di bawah 18 tahun pada masa kejadian telah dibuktikan melalui kad Mykid beliau yang menunjukkan mangsa telah dilahirkan pada 30 Januari 2015 (rujuk kes Thee Lian Iuan lwn. PP [2016] 10 CLJ 674). Namun berkenaan sama ada OKT telah memeluk mangsa daripada belakang, meraba bahagian dada mangsa dan memegang kemaluan mangsa, pihak pendakwa telah bergantung sepenuhnya kepada keterangan yang diberikan oleh mangsa. Tiada saksi lain yang nampak OKT melakukan perbuatan yang dipertuduhkan terhadap mangsa. [10] Seksyen 173(f)(i) dan (ii) Kanun Tatacara Jenayah masing-masing menyatakan perkara berikut: ‘(i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
II
(ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.’ Seksyen 173(h)(i) dan (iii) Kanun yang sama pula menyatakan perkara berikut:
i
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
III
(iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction; [11] Dalam kes PP v Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 Mahkamah Persekutuan antara lain menyatakan: “Put shortly, what the trial court is obliged to do under ss 173(f) and 180 of the CPC is to ask itself the question: If the accused elects to remain silent, as he is perfectly entitled to do, am I prepared to convict him on the evidence now before me? See Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232. If the answer to that question is in the affirmative, then the defence must be called. And if the accused remains silent, he must be convicted. If the answer is in the negative, then the accused must be acquitted.” [12] Peguambela OKT telah menghujahkan pihak pendakwaan telah gagal mengwujudkan kes prima facie antara lain berdasarkan alasan-alasan yang berikut:
1
mangsa bukan saksi yang boleh dipercayai;
2
tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa;
3
terdapat anggapan yang memudaratkan (adverse inference) sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak pendakwa apabila pihak pendakwa gagal mendapatkan keterangan dari guru sekolah, pengawal keselamatan sekolah, rakan sekolah mangsa serta ibubapa lain yang turut menghantar anak-anak mereka ke sekolah pada masa kejadian tentang kejadian tersebut; dan
4
pegawai penyiasat kes ini (SP6) tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh memandangkan beliau tidak berpengalaman dalam mengendalikan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak. [13] Pada masa keputusan di akhir kes pendakwaan diumumkan pada 11 Februari 2025, peruntukan seksyen 18 Akta 792 masih lagi berkuatkuasa. Peruntukan seksyen 18 tersebut juga hanya dimansuhkan mulai pada 3 Mac 2025 melalui Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2024. Seksyen 18 tersebut menyatakan: ‘Notwithstanding anything contrary in any other written law, in any proceedings against any person relating to any offence under this Act, or any offence specified in the Schedule where the victim is a child, the court may convict such person of such offence on the basis of the uncorroborated evidence of a child, given upon oath or otherwise.’ [14] Maksud peruntukan seksyen 18 Akta 792 itu telah dihuraikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Mat Nor dalam kes Mohd Khairul Azlan Bin Mohd Napi lwn Pendakwa Raya [2021] MLJU 2052 bila mana Yang Arif menyatakan: “Secara perbandingannya s. 18 ini sebenarnya meletakkan kedudukan saksi yang mana dikehendaki untuk disokong oleh saksi keterangan boleh diterima keterangannya untuk tujuan sabitan tanpa keterangan sokongan. Dalam konteks ini saksi yang tersebut adalah kanak-kanak. Jika perbicaraan melibatkan di bawah akta ini maka keterangan kanak-kanak tersebut boleh dijadikan sandaran untuk sabitan bagi pertuduhan di bawah akta ini. Namun mahkamah perlu berpuas hati bahawa keterangan saksi kanak-kanak tersebut adalah kredibel. Ini bermaksa s. 18 itu tidak melonggarkan syarat untuk saksi kanak-kanak tersebut seorang yang kredibel. Sebaliknya s. itu hanya melonggarkan keperluan untuk keterangan saksi kanak-kanak tersebut memerlukan keterangan sokongan seperti yang diperlukan sebelum ini di bawah s. 133A Akta Keterangan 1950.” Walaupun Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman menggunakan kredibiliti sebagai sandaran dalam menentukan sama ada keterangan seorang kanak-kanak dalam kes jenayah seksual boleh diterima tanpa sebarang keterangan sokongan, undang-undang secara lazimnya menetapkan standard yang lebih tinggi iaitu keterangan yang tidak disertai oleh keterangan sokongan itu perlulah sangat-sangat menyakinkan (unusually convincing). Ini disahkan oleh Spenser-Wilkinson J apabila dalam kes Mardai v PP [1950] MLJ 33 beliau menyatakan: “Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated; nevertheless it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant's story.” Apa maksud ‘unusually convincing’ telah dijelaskan oleh Yong Pung How CJ dalam kes Kwan Peng Hong v PP [2000] 4 SLR 96 bila beliau menyatakan : “The phrase 'unusually compelling or convincing' simply means that the complainant's evidence was so convincing that the prosecution's case was proven beyond reasonable doubt, solely on the basis of that evidence.” [15] Saya telah mendengar keterangan yang diberikan oleh mangsa dengan berhati-hati. Saya juga telah memerhatikan gelagat (demeanour) mangsa ketika beliau sedang memberi keterangan. Pada pengamatan saya, keterangan yang diberikan oleh mangsa tentang kejadian adalah sangat-sangat menyakinkan. Mangsa telah menceritakan dengan tertib tentang apa yang berlaku pada masa kejadian dan telah menjawab soalan yang ditanya kepada beliau tanpa teragak-agak, termasuk pada masa beliau diperiksa balas oleh peguambela OKT. Keterangan yang diberikan oleh mangsa tidak kelihatan kepada saya sebagai sesuatu yang direka. Saya juga tidak nampak apa-apa sebab untuk mangsa mereka dakwaan beliau terhadap OKT. Walaupun mangsa mengakui beliau memang tidak suka OKT menghantar beliau ke sekolah dan mengambil beliau dari sekolah, ia adalah kerana beliau lebih suka peranan tersebut dilaksanakan oleh ibu beliau sendiri. Tiada keterangan yang menunjukkan mangsa ada membantah apabila pengadu bersetuju untuk OKT menghantar mangsa dan SP5 ke sekolah pada pagi hari kejadian. Pengadu juga mengesahkan beliau tiada menerima apa-apa aduan berkenaan OKT dari mangsa mahupun dari SP5 pada masa OKT menghantar mangsa dan SP5 ke sekolah dan mengambil mereka dari sekolah sebelum hari kejadian. Fakta bahawa mangsa secara tiba-tiba mengadu berkenaan OKT pada tengahari hari kejadian mencadangkan OKT telah melakukan sesuatu yang buruk ke atas mangsa pada hari tersebut. Saya percaya keterangan mangsa tentang perbuatan OKT ke atas beliau di tempat kejadian tersebut adalah benar. [16] Huraian 2 kepada seksyen 14 Akta 792 menyatakan perkara berikut: ‘Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.’ OKT tiada sebab yang munasabah untuk meraba bahagian dada mangsa mahupun untuk memasukkan tangan beliau ke dalam seluar yang dipakai oleh mangsa bagi menyentuh kawasan kemaluan mangsa. Tempat mengambil wuduk di mana kejadian tersebut berlaku adalah dikelilingi oleh dinding sebagaimana yang dapat dilihat melalui gambar ekshibit P2C, P2D, P2E dan P2F, dan oleh itu adalah terlindung dari pandangan orang yang lalu-lalang di kawasan tersebut. Fakta bahawa OKT telah memanggil mangsa masuk ke tempat mengambil wuduk tersebut sebelum memeluk, meraba bahagian dada dan menyentuh kawasan kemaluan mangsa jelas menunjukkan niat OKT untuk melakukan kesemua perbuatan tersebut secara terselindung dan seterusnya mencadangkan ianya dilakukan bagi maksud seksual. [17] Kegagalan pihak pendakwa memanggil guru sekolah, pengawal keselamatan sekolah, rakan sekolah mangsa dan ibubapa lain yang turut menghantar anak ke sekolah pada masa kejadian tidak menimbulkan apa-apa anggapan yang memudaratkan terhadap kes pihak pendakwa. Dalam kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492, Mahkamah Agung ada menyatakan: “It is essential to appreciate the scope of section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.” Mangsa telah menyatakan beliau tidak nampak sesiapa di kawasan surau tempat kejadian pada pagi tersebut maka guru sekolah, pengawal keselamatan sekolah, rakan sekolah mangsa serta ibubapa lain tidak akan berupaya untuk memberi keterangan terus berkenaan apa yang berlaku. Hanya kerana terdapat guru sekolah, pengawal keselamatan sekolah, rakan sekolah mangsa serta ibubapa lain di kawasan sekolah pada masa kejadian tidak dengan sendirinya menjadikan mana-mana daripada mereka saksi yang material kepada kes ini. [18] Saya telah membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa dan berdasarkan perkara-perkara yang telah dinyatakan, saya berpuashati pihak pendakwa telah berjaya mengwujudkan kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan pindaan yang dirangka. Keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa adalah keterangan yang kredibel yang telah membuktikan setiap intipati pertuduhan. Saya telah bersedia untuk mensabitkan OKT berdasarkan keterangan yang dikemukakan itu. Atas kejayaan pihak pendakwa mengwujudkan kes prima facie terhadap OKT, saya telah memanggil OKT untuk membela diri terhadap pertuduhan pindaan. Kejayaan pihak pendakwa mengwujudkan kes prima facie itu juga telah dengan sendirinya menafikan dakwaan peguambela OKT bahawa SP6 telah gagal menjalankan penyiasatan yang menyeluruh dalam kes ini. [19] OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah. OKT mengakui beliau telah banyak kali membantu menghantar dan mengambil anak-anak pengadu ke sekolah dan pulang dari sekolah atas permintaan pengadu. OKT juga mengakui beliau ada menghantar mangsa dan adik mangsa ke sekolah pada pagi hari kejadian setelah beliau terserempak dengan mereka berjalan kaki bersama pengadu. Namun OKT menafikan beliau ada melakukan perbuatan sebagaimana yang didakwa oleh mangsa. Menurut OKT, beliau telah menurunkan mangsa dan adik mangsa di tepi sebelah kiri surau berkenaan dan selepas itu beliau telah terus bergegas pulang ke rumah untuk mengambil dan menghantar cucu beliau ke sekolah yang sama dan selepas itu beliau perlu menghantar anak beliau pula ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Panching. Menurut OKT, selepas mangsa dan adik mangsa turun dari motorsikal beliau, beliau nampak mereka berdua terus masuk ke kawasan sekolah. [20] OKT juga telah mengemukakan keterangan 4 orang lagi saksi pembelaan. SD2 adalah adik kepada OKT. Beliau mengusahakan gerai yang kelihatan dalam gambar ekshibit P2A dan P2B. SD2 mengesahkan beliau nampak mangsa dan adik kepada mangsa menaiki motorsikal OKT pada pagi hari kejadian untuk dihantar ke sekolah namun SD2 tidak nampak apa yang berlaku selepas itu. SD3 adalah anak kepada OKT. Beliau telah mengambil 6 keping gambar (ekshibit D10A – F) yang menunjukkan keadaan di tempat kejadian pada jam 7.10 pagi ketika ibubapa sedang menghantar anak ke sekolah. SD3 juga mengesahkan pada hari kejadian OKT telah menghantar beliau ke sekolah di Sekolah Menengah Panching Selatan sekitar jam 7.20 pagi. Ini selepas OKT terlebih dahulu menghantar anak saudara SD3 ke sekolah. SD4 adalah bekas guru di sekolah tempat kejadian. Beliau telah mengajar di situ selama 16 tahun sebelum bersara. Menurut SD4, ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah biasanya menurunkan anak di kawasan surau yang kelihatan dalam gambar ekshibit P2C kerana ia terletak berhampiran pintu masuk sekolah. [21] SD5 adalah seorang penduduk di kawasan Felda Sungai Panching Selatan. Beliau mengenali OKT. Menurut SD5, beliau nampak OKT menaiki motorsikal bersama 2 orang kanak-kanak perempuan menuju ke sekolah tempat kejadian pada hari kejadian. Pada masa itu SD5 bersama seorang adik beliau sedang berjalan kaki ke kedai untuk membeli sarapan. SD5 menyatakan apabila sampai di hadapan surau yang ditunjukkan dalam gambar ekshibit D10A dan D10B, OKT telah menurunkan kedua-dua kanak-kanak perempuan tersebut dan kemudian OKT telah terus beredar dari tempat itu. SD5 seterusnya menyatakan yang beliau tidak nampak apa-apa kejadian cabul berlaku di kawasan surau tersebut. [22] Di akhir kes pembelaan, peguambela OKT telah mengulangi hujahan berkenaan siasatan SP6 yang tidak menyeluruh sehingga memprejudiskan OKT. Hujahan tersebut tidak dapat dipertimbangkan kerana saya telah membuat penilaian maksima terhadap keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa sebelum saya berpuashati pihak pendakwa telah berjaya mengwujudkan kes prima facie terhadap OKT. Dalam kes Duis Akim & Ors v PP [2013] 9 CLJ 692, Mahkamah Persekutuan menyatakan: “We note that when assessing the defence the learned trial judge surprisingly revisited his earlier findings upon which he called for the defence. Such approach is quite contrary to the principle of maximum evaluation of the evidence adduced at the close of the prosecution's case. Indeed in his judgment the learned trial judge made it very clear that he had conducted a maximum evaluation of the evidence adduced by the prosecution before calling for the defence. In PP v. Khong Soh [1966] CLJU 141; [1966] 1 LNS 141; [1966] 2 MLJ 137 Macintyre J said this at p. 139: Having held that a prima facie case had been made out against the respondent, the learned president should have given his reasons for holding why the respondent's evidence had created a reasonable doubt in his mind. Thus, in the present case the learned trial judge, having given the evidence before him the maximum evaluation before calling for the defence, should have therefore focused on whether the defence had cast a reasonable doubt in the prosecution's case and even if it did not, whether as a whole the prosecution had proved its case beyond reasonable doubt before finding the appellants innocent or guilty for the offence as charged.” Pada peringkat ini, saya hanya perlu mempertimbangkan sama ada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwa. [23] Peguambela telah turut menghujahkan bahawa OKT tiada ruang dan peluang untuk melakukan perbuatan yang dipertuduhkan kerana setelah OKT menurunkan mangsa dan adik mangsa di surau berkenaan, OKT telah bergegas pulang ke rumah kerana beliau perlu menghantar cucu dan anak beliau pula ke sekolah. Tambah peguambela, versi kejadian yang dikemukakan oleh OKT itu adalah disokong oleh keterangan SD5 yang nampak OKT terus berlalu pulang setelah menurunkan mangsa dan SP5 di kawasan surau sekolah tersebut. [24] Saya telah mempertimbangkan keterangan SD5 dan saya mendapati SD5 bukan seorang saksi yang kredibel. Perlu diingatkan kejadian yang dipertuduhkan terhadap OKT dikatakan berlaku antara jam 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi. Keterangan mangsa, pengadu, SP5 dan malah keterangan OKT sendiri mengesahkan OKT telah mengambil mangsa dan SP5 dengan motorsikal beliau dan menghantar mereka berdua ke surau tempat kejadian dalam julat masa tersebut. Walaubagaimanapun, SD5 telah pada awalnya menyatakan beliau telah berjalan kaki untuk ke kedai bagi membeli sarapan pada jam 10.00 pagi dan nampak OKT meletakkan 2 orang kanak-kanak perempuan di kawasan surau tersebut pada jam 10.00 pagi. Kemudian beliau telah mengubah waktu tersebut kepada jam 8.00 atau 9.00 pagi sebelum menyatakan beliau hanya tahu waktu itu pagi sahaja dan tidak pasti jam berapa. Semasa diperiksa balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, SD5 menyatakan pada hari tersebut beliau telah bangun tidur pada jam 8.00 pagi dan hanya keluar dari rumah untuk pergi ke kedai pada jam 8.30 atau 8.40 pagi. Pada peringkat ini SD5 mendakwa beliau hanya nampak OKT pada jam 8.50 atau 8.55 pagi pula. Kemudian SD5 menyatakan pada hari tersebut beliau telah bangun tidur pada jam 6.00 lebih atau 7.00 pagi dan keadaan masa itu masih gelap. Kali ini SD5 menyatakan beliau telah keluar berjalan ke kedai pada jam 6.55 pagi dan selepas itu beliau menyatakan pada jam 6.30 pagi pula. Apabila diperiksa semula oleh peguambela OKT, keterangan SD5 sekali lagi berubah. Kini SD5 menyatakan beliau telah keluar rumah pada jam 7.20 pagi dan nampak OKT di atas jalan pada jam 7.35 atau 7.40 pagi dan kemudian beliau nampak OKT di surau tersebut pada jam 7.45 pagi. SD5 tiada menjelaskan mengapa beliau mengubah-ubah waktu beliau nampak OKT pada hari kejadian. Sekiranyapun SD5 tidak melihat jam langsung pada pagi hari kejadian tersebut, saya tidak nampak bagaimana beliau boleh keliru dengan mengatakan beliau nampak OKT bersama mangsa dan SP5 pada jam 10.00 pagi kerana keadaan cuaca pada jam 10.00 pagi dengan cuaca pada sekitar jam 7.30 pagi waktu biasa untuk kanak-kanak sampai ke sekolah adalah jauh berbeza. Memandangkan terdapat kecelaruan yang serius dalam keterangan yang diberikan oleh SD5, saya tidak percaya keterangan yang diberikan oleh SD5 itu adalah benar dan saya tidak percaya beliau sebenarnya nampak apa yang beliau dakwa. [25] Keterangan SD3 dan SD4 bahawa kejadian tersebut berlaku pada waktu di mana terdapat ramai ibubapa menurunkan anak di kawasan sekitar surau tersebut untuk ke sekolah hanya menunjukkan apa yang biasa berlaku. Namun mangsa telah menyatakan beliau tidak nampak ibubapa lain berdekatan surau tersebut pada masa kejadian. Keterangan mangsa itu tidak berjaya dicabar oleh peguambela. Dakwaan SD3 bahawa pada hari kejadian beliau tidak lewat dihantar oleh OKT ke sekolah dan sebaliknya telah sampai di sekolah sekitar jam 7.20 pagi sebagaimana kebiasaannya masih meninggalkan banyak ruang masa untuk OKT melakukan perbuatan yang dipertuduhkan. OKT sendiri mengakui beliau telah mengambil mangsa dan SP5 pada sekitar jam 7.15 pagi. Perjalanan dari sekolah ke rumah OKT hanya mengambil masa 2 minit dan OKT hanya menghantar cucu dan anak beliau ke sekolah masing-masing pada jam antara 7.18 hingga 7.20 pagi dan antara 7.21 hingga 7.25 pagi. [26] Pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah bersifat penafian semata-mata. Dakwaan OKT bahawa setelah beliau menurunkan mangsa dan adik mangsa di surau tersebut beliau telah terus bergegas pulang ke rumah tiada dibangkitkan semasa mangsa memberi keterangan. Ia hanya dibangkitkan semasa SP5 dan SP6 memberi keterangan, seolah-olah sebagai suatu afterthought. Semasa mangsa diperiksa balas, peguambela OKT hanya mencadangkan yang OKT telah memanggil mangsa dan SP5 masuk ke tempat mengambil wuduk tersebut supaya mereka boleh membasuh tangan setelah memakan kek batik di surau berkenaan. Mangsa tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. [27] Di akhir perbicaraan, saya telah mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT dengan mengambil kira keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwa, sebagaimana yang telah dimandatkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin Bin Raujan v PP [2013] 3 MLJ
773
Setelah saya membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan dalam kes ini, saya berpuashati pembelaan yang bersifat penafian semata-mata yang dikemukakan oleh OKT adalah tidak cukup untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwa. Dalam kes Mr Losali v PP [2011] 4 MLJ 694, Mahkamah Rayuan ada menyatakan: “It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake. The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges.” [28] Atas kejayaan pihak pendakwa membuktikan pertuduhan pindaan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah sehingga ke akhir kes pembelaan, saya tiada pilihan selain mendapati OKT bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut dan saya mensabitkan OKT dengan kesalahan. [29] Seksyen 14 Akta 792 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan. Dalam rayuan mitigasi, peguambela OKT menyatakan OKT sudah berusia 68 tahun dan mengalami beberapa masalah kesihatan. OKT adalah seorang pesara tentera dan aktif dalam aktiviti di kampung OKT. Peguambela seterusnya telah menarik perhatian mahkamah kepada kes Mohamad Abu Akkas v PP [2026] CLJU 617 di mana hukuman penjara selama 8 tahun bersama 5 sebatan rotan bagi kesalahan di bawah seksyen 14(d) Akta 792 telah dikenakan dan kes PP lwn. Mohd Asnan bin Mat Aris [2025] CLJU 3670 di mana hukuman 6 tahun penjara dan 1 sebatan rotan telah dikekalkan. Timbalan Pendakwa Raya pula memohon supaya hukuman penjara yang sewajarnya dikenakan. [30] Saya telah menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun bersama 3 sebatan rotan ke atas OKT setelah saya mengambil kira bahawa dalam kes ini OKT telah menawarkan untuk menghantar mangsa dan adik mangsa ke sekolah dan kemudian mengambil kesempatan untuk melakukan kesalahan amang seksual fizikal ke atas mangsa. Hukuman sebatan tetap dikenakan walaupun OKT sudah berusia lebih dari 50 tahun kerana ia dibenarkan oleh peruntukan seksyen 25 Akta 792. Saya turut memerintahkan supaya OKT menghadiri kaunseling pemulihan semasa beliau sedang menjalani hukuman penjara sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 26 Akta 792 dan supaya beliau diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara di bawah peruntukan seksyen 27 Akta yang sama. Bertarikh 16 Julai 2026 ………………………………. [AZMAN BIN MUSTAPHA] Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Pahang Bagi pihak Pendakwa Raya : Siti Sarah binti Zainal Abiddin & Azizah binti Ahmad (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang) Bagi pihak Orang Kena Tuduh : Muhammad Amirull Afiqq bin Mohamad Lokman (Tetuan Rusnizam & Afiqq)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.