Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO. : WA-22NCVC-101-02 / 2022 ANTARA OSTERIA FOOD AND BEVERAGE SDN BHD (No. Syarikat: 1213169-T) … PLAINTIF
WA-22NCvC-101-02/2022
High Court of Malaysia17 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kar sehingga tarikh pembayaran balik penuh. Namun, pihak yang memasuki Perjanjian Pinjaman ini bukan Plaintif, tetapi oleh Encik Joseph. Encik Joseph bukanlah pemberi pinjaman wang berlesen di bawah Moneylenders Act 1951 (“Akta tersebut”). [6] Pada setiap masa, pendirian Plaintif dalam kes ini ialah D1 (dan D2) harus m”
“the contract, even where it is clear from the contract that some provision in it was intended to benefit him” (Lihat juga kes Mahkamah Rayuan ARL Associates Sdn Bhd & Ors v. Bank Rakyat Malaysia Bhd [2012] MLJU 1450). Mengambilkira prinsip dalam kes-kes di atas, tuntutan Plaintif S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw **Note : Ser”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO. : WA-22NCVC-101-02 / 2022 ANTARA OSTERIA FOOD AND BEVERAGE SDN BHD (No. Syarikat: 1213169-T) … PLAINTIF
1
PHOENIX CONSULTING SERVICES (No. Pendaftaran: 202003233659) (RA0061671-X))
2
CHUNG LEE SAN (No. KP: 741207154628)
3
NEIL VERNARD FREDIANI (No. Pasport: 514653447) … DEFENDAN-DEFENDAN 06/03/2024 14:02:29 WA-22NCvC-101-02/2022 Kand. 61 S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Dalam kes ini, Plaintif mendakwa Defendan-Defendan gagal melaksanakan kewajipan dengan berhati-hati sebagai seorang pengendali Restoran yang profesional dan telah melanggar Perjanjian Perundingan mereka. Selain daripada mempertimbangkan kes Plaintif, mahkamah ini juga diminta untuk memutuskan sama ada terdapat merit dalam tuntutan-tuntutan balas yang dibuat terhadap Plaintif. Latar belakang [2] Pada setiap masa, Plaintif ialah pemilik restoran yang dikenali dengan nama "La Cucina by Spetta" ("Restoran"). Defendan Pertama (“D1”) ialah perniagaan berdaftar yang dimiliki oleh Defendan Kedua (“D2”) di bawah hak milik tunggal, manakala Defendan Ketiga (“D3”) adalah seorang ahli perniagaan. Kes ini berpunca daripada Perjanjian Perundingan bertarikh 15.7.2020 antara Plaintif dan Defendan-Defendan (“Perjanjian Perundingan”). Perjanjian ini telah ditandatangani oleh seorang bernama Joseph Michael Giuffreda (“Encik Joseph”) bagi pihak Plaintif dan Perjanjian ini akan mengikat selama 24 bulan sehingga 14.7.2022. [3] Berdasarkan Perjanjian Perundingan ini, ia mengatakan Defendan-Defendan bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan operasi yang penuh dan komprehensif untuk mengendalikan Restoran tersebut. Plaintif berhujah bahawa Defendan-Defendan juga dikehendaki menyediakan perkhidmatan perundingan bagi mengendalikan Restoran tersebut. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw Restoran tersebut terletak di No. 23, Jalan 5/38d, Taman Sri Sinar, 51200 Kuala Lumpur (selepas ini “No. 23 TSS”). [4] Untuk memastikan keuntungan Restoran akan mencukupi untuk menampung semua kos pengendaliannya, kedua-dua pihak telah menetapkan dalam Jadual 1 Perjanjian Perundingan yang menetapkan petunjuk prestasi utama (key performance indicators “KPI”) minimum (yang pada asasnya merupakan sasaran keuntungan minimum). Plaintif berhujah bahawa KPI ini adalah mengikat dan bukan sekadar cadangan dan / atau representasi pra-kontrak. [5] Selain daripada Perjanjian Perundingan yang disebut di atas, D2 dan D3 juga menandatangani perjanjian pinjaman bertarikh 7.7.2020 berjumlah RM20,000.00 (“Perjanjian Pinjaman”). Klausa 1.3 Perjanjian Pinjaman selanjutnya menyatakan bahawa terdapat kadar faedah sebanyak 5% sehari dikira dari tarikh ingkar sehingga tarikh pembayaran balik penuh. Namun, pihak yang memasuki Perjanjian Pinjaman ini bukan Plaintif, tetapi oleh Encik Joseph. Encik Joseph bukanlah pemberi pinjaman wang berlesen di bawah Moneylenders Act 1951 (“Akta tersebut”). [6] Pada setiap masa, pendirian Plaintif dalam kes ini ialah D1 (dan D2) harus melaksanakan kewajipan mereka di bawah Perjanjian Perundingan dengan kemahiran profesional yang terbaik, mengikut amalan dan piawaian komersial yang diiktiraf umum dalam industri untuk perkhidmatan yang serupa. Plaintif juga mendakwa bahawa Defendan-Defendan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja lain sepanjang tempoh Perjanjian Perundingan tanpa kebenaran Plaintif terlebih dahulu. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw [7] Oleh yang demikian, apabila Defendan-Defendan gagal mencapai standard prestasi yang lazim dijangka daripada perunding dan pengusaha restoran yang cekap dan berhemat, Plaintif tidak mempunyai kewajipan untuk membayar kepada Defendan-Defendan di bawah Perjanjian Perundingan. Plaintif juga berhujah bahawa Defendan-Defendan sebenarnya telah mengambil kerja sampingan yang lain tanpa kebenaran terlebih dahulu dan pada masa yang sama, juga gagal untuk:-
a
mencapai KPI (sehingga menyebabkan kerugian);
b
menyediakan perkhidmatan perundingan yang mencukupi;
c
menyimpan akaun dan / atau melaporkannya kepada Plaintif (kerana terdapat hutang tertunggak kepada pemiutang);
d
menjaga kebersihan Restoran (sehingga menyebabkan Plaintif menanggung kos sebanyak RM3,000.00 untuk mengemas premis);
e
melaksanakan kewajipan mereka dengan penuh profesional dan / atau penjagaan dan kemahiran yang munasabah; dan
f
membayar balik jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Pinjaman. [8] Plaintif juga mendakwa prestasi lemah Defendan-Defendan telah menyebabkan kerugian kepada pelaburan Encik Joseph yang dibayar olehnya ke dalam Restoran. Akibatnya, kerugian berjumlah RM 1,310,694.10 timbul dan Plaintif berhujah bahawa Defendan-Defendan harus menanggung rugi Plaintif mengikut klausa 7.2 Perjanjian Perundingan tersebut. [9] Saman yang difailkan oleh Plaintif merangkumi 2 ciri penting, iaitu Plaintif menuntut ganti rugi berdasarkan Perjanjian Perundingan, serta En. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw Joseph menuntut jumlah tertunggak yang timbul daripada Perjanjian Pinjaman. Kes Defendan-Defendan [10] Defendan-Defendan berhujah bahawa mereka telah diperdaya oleh Plaintif untuk mengendalikan Restoran tersebut. Defendan-Defendan mendakwa bahawa Plaintif membuat pelbagai representasi dan "memberitahu mereka" bahawa Restoran (yang berada di No. 23 TSS) akan dipindahkan ke lokasi lain pada peringkat kemudian sebaik sahaja tempat baru ditemui. Restoran di lokasi baharu kemudiannya akan beroperasi sebagai "dapur pusat" ("dakwaan representasi"). [11] Menurut Defendan-Defendan, representasi ini wujud kerana Defendan-Defendan sentiasa mengekalkan pendirian bahawa:-
a
Restoran di No. 23 TSS adalah terlalu sesak dan/atau bersaiz kecil (yang bukan tetapan/susun atur yang ideal/sesuai untuk restoran dan ia akan menjadi tidak kondusif kepada pelanggan);
b
keadaan lantai Restoran tidak memuaskan;
c
tiada "kipas ekzos dapur" sama sekali di dalam Restoran; dan
d
lokasi Restoran di No. 23 TSS ini tidak strategik. [12] Defendan-Defendan menegaskan bahawa 4 fakta di atas juga secara konsisten dimaklumkan kepada Plaintif sebelum memasuki Perjanjian Perundingan. Oleh itu, KPI tersebut yang terkandung dalam Perjanjian Perundingan hanya berfungsi sebagai satu bentuk panduan kerana tidak mungkin untuk mencapai KPI tersebut dengan keadaan sedia ada Restoran di No. 23 TSS. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw [13] Defendan-Defendan juga menegaskan bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya di bawah Perjanjian Perundingan dalam mengendalikan Restoran. Mereka telah menyediakan menu makanan yang berkualiti tinggi, mengekalkan tahap kebersihan yang baik serta menyediakan sokongan pentadbiran dari semasa ke semasa. [14] Malah, Defendan-Defendan tidak pernah dibayar tepat pada masanya setiap bulan untuk perkhidmatan yang diberikan di bawah Perjanjian Perundingan. Ada kalanya, Defendan-Defendan juga terpaksa mengguna wang sendiri untuk menyelesaikan hutang tertunggak kepada pembekal makanan dan minuman. [15] Akibatnya, Defendan-Defendan terpaksa mencari jalan penyelesaian dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja lain di Pathway Asset Management selama sebulan untuk meringankan beban kewangan mereka. Menurut Defendan-Defendan, penglibatan kerja luar ini telah diketahui dan dipersetujui oleh Plaintif pada masa yang material. [16] Mengenai Perjanjian Pinjaman, Defendan-Defendan berhujah bahawa Perjanjian ini tidak sah kerana menyalahi undang-undang. Bukan sahaja kadar faedah yang dikenakan adalah terlalu tinggi, iaitu 5% dikompaun setiap hari. Encik Joseph bukanlah seorang pemberi pinjaman wang berlesen. Oleh kerana Perjanjian Pinjaman telah dibuat antara Encik Joseph serta D2 dan D3, maka, Plaintif dalam tindakan ini tidak mempunyai locus standi untuk menuntut jumlah pinjaman tertunggak ini. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw [17] Selain itu, Defendan-Defendan juga terkilan dengan fakta bahawa Plaintif enggan berkomunikasi dengan mereka selepas penamatan Perjanjian Perundingan. Oleh itu, tiada pemeriksaan bersama diadakan semasa penyerahan semula premis Restoran kepada Plaintif. [18] Berkenaan dengan tuntutan balas yang dibuat terhadap Plaintif, Defendan-Defendan mengambil pendirian bahawa Plaintif adalah pihak yang melanggar Perjanjian Perundingan, dan ketidaksempurnaan obligasi itu berpunca daripada kegagalan mereka untuk membayar (remunerate) Defendan-Defendan untuk kerja-kerja yang telah disempurnakan. Malah, Plaintif merupakan pihak yang secara salah menolak Perjanjian Perundingan tersebut apabila mereka menamatkan hubungan kontrak mereka pada 10.11.2021. Menurut Defendan-Defendan, memandangkan Perjanjian Perundingan telah "secara salah" ditamatkan pada 10.11.2021, Defendan-Defendan berhak menuntut ganti rugi berikut terhadap Plaintif:-
a
RM 37,000.00 jumlah terhutang sebelum penamatan Perjanjian Perundingan dan untuk kerja yang disempurnakan pada September 2021 dan Oktober 2021;
b
RM 6,166.67 jumlah terhutang pro-rata antara 1.11.2021 hingga 10.11.2021;
c
RM 150,188.18 jumlah terhutang menurut baki tempoh Perjanjian Perundingan (dari 11.11.2021 hingga 14.7.2022);
d
RM 4,539.51 wang yang didahulukan oleh Defendan-Defendan sebelum ini bagi tujuan operasi Restoran; dan
e
RM 1,900.00 jumlah gaji tertunggak pekerja bagi bulan Oktober 2021. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw [19] Bagi menyokong tuntutan ini, Defendan-Defendan menjelaskan bahawa jumlah-jumlah yang dinyatakan dalam perenggan sebelumnya adalah berasas dan perlu dibenarkan oleh Mahkamah ini. Pertimbangan dan Keputusan Mahkamah [20] Setelah Mahkamah merujuk kepada keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen yang dibekalkan dan hujahan pihak-pihak secara bertulis, berikut adalah dapatan Mahkamah.
i
Keesahan Perjanjian Perundingan [21] Tuntutan Plaintif adalah berdasarkan Perjanjian Perundingan bertarikh 15.7.2020 antara Plaintif dan Defendan-Defendan. Terdapatnya persetujuan ad idem di antara kedua-dua pihak semasa Perjanjian Perundingan ditandatangani. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Perjanjian Perundingan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.
II
(ii) Sama ada Defendan-Defendan telah melaksanakan obligasi yang ditetapkan di bawah Perjanjian tersebut [22] Mahkamah berpendapat bahawa KPI yang disebut dalam Perjanjian tersebut tidak bermakna bahawa Defendan-Defendan telah melaksanakan obligasi kontrak dengan cemerlang barulah “KPI tercapai”, dan juga tidak bermakna bahawa jika Defendan-Defendan telah melakukan segalanya tetapi kurang prestasi bermakna “KPI tidak tercapai”. [23] Apa yang Mahkamah perlu ambilkira adalah sama ada Defendan-Defendan telah melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh dalam menjalankan obligasinya di bawah kontrak. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw [24] Tugas Mahkamah adalah untuk menilai sama ada Defendan-Defendan telah mencapai standard yang munasabah yang diharapkan dari seorang operator Restoran yang pruden, munasabah dan professional dalam menjalankan obligasinya di bawah kontrak tersebut. [25] Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal mengemukakan sebarang keterangan menunjukkan apakah standard yang diterima atau tidak diterima dari seorang operator Restoran yang pruden, munasabah dan professional bagi penentuan KPI di bawah Perjanjian Perundingan. Perkara ini sangat penting mengambilkira bahawa operasi Restoran tersebut adalah semasa COVID-19 pandemik yang mana terdapatnya sekatan-sekatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.Faktor ini perlu diambilkira. [26] Mahkamah mendapati adalah penting untuk menentukan standard yang munasabah seseorang operator Restoran dalam tempoh sukar tersebut. Memandangkan pihak Plaintif gagal mengemukakan keterangan berkaitan KPI yang dikenakan dalam keadaan tersebut, maka Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah gagal melepaskan beban pembuktian untuk menunjukkan bahawa Defendan-Defendan telah gagal mencapai KPI. [27] Disebabkan alasan di atas, tiada keperluan untuk Mahkamah ini merujuk kepada merit pembelaan Defendan-Defendan bahawa KPI tersebut hanya satu panduan (guidelines) dan tidak mengikat dan juga tiada keperluan Mahkamah merujuk kepada klausa-klausa yang dibangkitkan oleh Plaintif berkaitan KPI. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw [28] Selain daripada isu KPI, Plaintif juga mendakwa Defendan-Defendan telah memungkiri terma-terma lain dalam Perjanjian Perundingan tersebut :- a) Defendan-Defendan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu dari Plaintif apabila D3 bekerja dengan Pathway Management Corporation. Plaintif merujuk kepada klausa 4.5 Perjanjian Perundingan. Mahkamah ini mendapati perkara ini sebenarnya telah terjawab dengan emel bertarikh 11.10.2021 (PDF 116 CBD) yang mana Plaintif telah bersetuju D3 bekerja dengan entiti tersebut. Dakwaan Plaintif bahawa Defendan-Defendan telah memungkiri Perjanjian Perundingan adalah tersalah arah. b) Plaintif menyatakan bahawa pihak Defendan-Defendan telah gagal membayar hutang pemiutang (creditors debt) dan bil-bil utiliti. Mahkamah merujuk kepada klausa 2.3 Perjanjian Perundingan yang jelas menyatakan bahawa “financial administration of operating the Restaurant, which shall be the responsibility of the Owner.” Restoran tersebut adalah tanggungjawab Plaintif sebagai tuanpunya/owner Restoran tersebut dan bukannya Defendan-Defendan yang hanya merupakan operator Restoran. c) Klausa 2.1 Perjanjian Perundingan menyatakan : “The Operator agrees to provide full and comprehensive operations services for the proper and smooth operation of the Restaurant”. Jika pihak Plaintif tidak berpuashati dengan Defendan-defendan dalam mengendalikan Restauran tersebut Plaintif hendaklah membuktikan bahawa Defendan-Defendan telah gagal S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw mencapai standard yang munasabah sebagai operator. Perkara ini tidak dibuktikan oleh Plaintif dalam kes ini. d) Plaintif juga menyatakan bahawa Defendan-Defendan telah gagal menyimpan rekod-rekod perakaunan Restoran seperti klausa 8.1 Perjanjian Perundingan. Plaintif merujuk kepada emel bertarikh 20.11.2020 dan keterangan yang dikemukakan memang terdapat beberapa kali kelewatan penyediaan akaun oleh Defendan-Defendan. Walaubagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa kelewatan penyediaan akaun tidak terjumlah kepada kemungkiran Perjanjian Perundingan. e) Plaintif juga menyatakan bahawa Defendan-Defendan tidak menjaga kebersihan Restoran tersebut. Mahkamah mendapati gambar-gambar yang dikemukakan adalah gambar post-termination Perjanjian Perundingan. Gambar-gambar tersebut telah diambil 3 minggu selepas penyerahan premis tersebut kepada Plaintif. Tiada keterangan ditunjuk kepada Mahkamah berkaitan kekotoran restoran tersebut berlaku semasa Perjanjian Perundingan sedang berkuatkuasa. Plaintif gagal membuktikan bahawa Defendan-defendan gagal menjaga kebersihan Restauran tersebut sewaktu Perjanjian Perundingan masih berkuatkuasa. [29] Berdasarkan keputusan di atas, Mahkamah tidak bersetuju dengan Plaintif bahawa terdapatnya kemungkiran Perjanjian Perundingan oleh Defendan-Defendan. Memandangkan tiadanya kemungkiran kontrak oleh Defendan-Defendan, maka Mahkamah ini tidak perlu memutuskan isu gantirugi terhadap Plaintif. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw [30] Walaubagaimanapun disebabkan pihak-pihak telah membangkitkan pelbagai jumlah gantirugi dalam hujahan dengan panjang lebar, dapatan Mahkamah adalah seperti berikut: a) Tuntutan Plaintif berjumlah RM478,620.66 iaitu kerugian pada keuntungan bersih selaras dengan klausa 3.3(c) Perjanjian Perundingan. Jadual 1 mengikut Plaintif adalah KPI yang perlu dicapai oleh Defendan-Defendan. Memandangkan Mahkamah menyebelahi Defendan-Defendan dalam isu KPI, tuntutan ini adalah tidak dibenarkan. KPI dalam Perjanjian Perundingan tersebut adalah mere projected profits. Plaintif tidak berjaya membuktikan actual loss of profits. Actual loss of profit hanya dapat dibuktikan dengan memanggil saksi pakar memberi keterangan. Adalah kesal saksi pakar tidak dipanggil oleh Plaintif semasa perbicaraan. b) Plaintif menuntut RM95,630.21 iaitu hutang terpaksa dibayar Plaintif kepada para pemiutang Restoran tersebut. Mahkamah telah memutuskan bahawa mengikut klausa 2.3 Perjanjian tersebut, segala hal berkaitan financial administration Restoran tersebut adalah tanggungjawab Plaintif (owner). Oleh itu, tuntutan ini juga ditolak. c) Tuntutan Plaintif berjumlah RM3,000.00 untuk membersihkan Restoran juga tidak dibenarkan disebabkan kegagalan Plaintif membuktikannya. d) Tuntutan Pelaburan Pemilik RM47,868.23 yang terdiri daripada pelaburan pemulaan berjumlah RM 17,711.20 dan pembayaran S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw lanjut sebanyak RM30,157.03. Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan, tiada bukti yang menunjukkan jumlah tersebut dibayar kepada Defendan-Defendan. Tiada bukti pembayaran seperti penyata bank, cheque atau online transfer records dikemukakan oleh Plaintif bagi membuktikan pembayaran dibuat kepada Defendan-Defendan. Maka, Mahkamah mendapati Plaintif gagal membuktikan di atas imbangan keberangkalian dan tuntutannya adalah ditolak.
III
(iii) Perjanjian Pinjaman [31] Berkaitan dengan Perjanjian Pinjaman yang mana Plaintif menuntut RM18,000.00 termasuk faedah 5% setiap hari bersamaan 36.5 kali berjumlah RM 657,575.00 di bawah Perjanjian Pinjaman (Klausa 1.3 Perjanjian Pinjaman), Perjanjian Pinjaman ini adalah di antara En. Joseph dan D2 dan D3. Plaintif bukan pihak kepada Perjanjian Pinjaman ini. [32] Perjanjian Pinjaman adalah tertakluk kepada doktrin priviti kontrak dan konsep entiti undang-undang yang berasingan. Plaintif bukanlah pihak kepada Perjanjian Pinjaman dan En. Joseph pula bukanlah pihak kepada Perjanjian Perundingan tersebut. Mahkamah Rayuan dalam kes Bacom Enterprises Sdn Bhd v. Jong Chuk & Ors [2011] 5 MLJ 820 menyatakan bahawa, “a stranger to a contract cannot in a question with either of the contracting parties take advantage of the provisions of the contract, even where it is clear from the contract that some provision in it was intended to benefit him” (Lihat juga kes Mahkamah Rayuan ARL Associates Sdn Bhd & Ors v. Bank Rakyat Malaysia Bhd [2012] MLJU 1450). Mengambilkira prinsip dalam kes-kes di atas, tuntutan Plaintif S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw untuk jumlah pinjaman bagi pihak En. Joseph di bawah klausa 4.8 Perjanjian Pinjaman tersebut adalah ditolak oleh Mahkamah ini. Keputusan Tuntutan Plaintif [33] Mahkamah mendapati bahawa pihak Plaintif gagal membuktikan tuntutan di atas imbangan keberangkalian terhadap Defendan-Defendan. Plaintif gagal membuktikan kepada Mahkamah bagaimana Defendan-Defendan memungkiri kontrak Perjanjian Perundingan tersebut. Tuntutan dan kerugian yang dikatakan dialami oleh Plaintif tidak dibuktikan. Oleh itu, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif seperti dalam Penyataan Tuntutan Terpinda dengan kos tertakluk kepada fi alokatur. Tuntutan Balas Defendan-Defendan [34] Defendan-Defendan menyatakan bahawa Plaintif telah gagal membayar fi sebanyak RM 37,000.00 untuk bulan September 2021 dan Oktober 2021 dan sebanyak RM 6,166.67 untuk tempoh 1.11.2021 hingga 10.11.2021. Mahkamah mendapati bahawa walaupun Defendan-Defendan tidak secara spesifik memplid klausa dalam Perjanjian Perundingan untuk menyokong tuntutan ini, adalah jelas bahawa Defendan-Defendan merujuk kepada klausa 3.1 Perjanjian Perundingan. [35] Mahkamah mendapati bahawa pihak Plaintif dimaklumkan secukupnya terhadap kausa tindakan yang akan dibawa oleh Defendan-Defendan untuk menyokong tuntutannya. Plaintif adalah diwakili oleh peguam dan adalah tidak munasabah bagi Plaintif atau peguam menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengjangkakan apa tuntutan balas yang akan dibawa oleh Defendan-Defendan. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw [36] Merujuk pula kepada Lampiran 33 CBD item no.42 (ms. 174 / PDF 181) Management account of the Restaurant dari bulan Julai 2020 hingga November 2021 menunjukkan jumlah RM 20,400.00 consultancy fee telah dibayar kepada Defendan-Defendan termasuk untuk bulan September, Oktober dan November 2021. Oleh itu, tuntutan ini tidak dibenarkan. [37] Defendan-Defendan juga menuntut RM 4,539.51 untuk bulan Mei 2021 hingga Ogos 2021 (Lampiran 29 m.s. 1-139). Mengikut Defendan-Defendan, perbelanjaan ini untuk operasi perniagaan Restoran tetapi mereka tidak menunjukkan di bawah klausa mana tuntutan ini dibuat.
Preamble
Mengikut klausa 2.3 adalah menjadi tanggungjawab Plaintif untuk membayar perbelajaan di bawah klausa tersebut (rujukan kepada Ikatan Dokumen Plaintif Lampiran 20 ms. PDF 24). [38] Memandangkan terdapatnya percanggahan apa yang dikatakan oleh Defendan-Defendan dengan keterangan dokumen, tuntutan Defendan-Defendan ini ditolak. [39] Berkaitan Tuntutan Balas Defendan-Defendan berjumlah RM 1,900.00 gaji pekerja untuk bulan Oktober 2021, tuntutan ini adalah bercanggah dengan Lampiran 33 CBD item no. 42 (m.s. 174/pdf 181). Berdasarkan dokumen ini, gaji sebenarnya telahpun dibayar. Oleh itu, tuntutan ini juga ditolak. [40] Tuntutan Defendan-Defendan untuk fi sebanyak RM 150,188.18 untuk tempoh Perjanjian penuh yang luput dari 11.11.2021 hingga 14.7.2022 (monthly remuneration is valued at RM 18,500.00). Mahkamah mendapati dalam kes ini, Plaintif yang telah membatalkan Perjanjian S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw Perundingan tersebut. Oleh itu, Defendan-defendan sewajarnya diberi pampasan/gantirugi mengikut seksyen 74 Akta Kontrak 1950 (compensation for loss or damage caused by breach of contract) untuk tempoh perjanjian penuh yang belum luput dari 11.11.2021 hingga 14.7.2022. Keputusan Tuntutan Balas Defendan-Defendan [41] Mahkamah membenarkan tuntutan balas Defendan-Defendan berjumlah RM 150,188.18 untuk tempoh Perjanjian penuh yang belum luput dari 11.11.2021 hingga 14.7.2022 dengan faedah 5% dari tarikh perintah sehingga pembayaran penuh. Kos [42] Selepas mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini menetapkan kos sebanyak RM20,000.00 kepada semua Defendan tertakluk kepada fi alokatur. ( LATIFAH HJ MOHD TAHAR ) Hakim Mahkamah Tinggi Ncvc 1, Mahkamah Kuala Lumpur Bertarikh : 1.3. 2024 S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw Peguamcara Plaintif Messrs Vinayak Sri Ram B-07-03 Gateway Kiaramas Corporate Suites 1 Jalan Desa Kiara Mont Kiara 50580 Kuala Lumpur. Peguamcara Defendan-Defendan Messrs. Heaw Eng & Goh Suite 33-01,33 rd Floor, Menara Keck Seng 203, Jalan Bukit Bintang, Perundingan Perundingan 55100 Kuala Lumpur. S/N UIiehNXO8Um2dighjlq6Hw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.