Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-21NCVC-9-02/2020 ANTARA OTHMAN BIN LOPOK (NO K/P: 480928-01-5521) …PLAINTIF
JA-21NCvC-9-02/2020
High Court of Malaysia23 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai 1938/09 pada 6 Mac 2009. Dengan itu exh P10 adalah sah dan tindakan defendan kedua berlandaskan P10 adalah sah dan mematuhi kehendak s 3(1) dan 4(1) Powers of Attorney Act 1949 dan s 85 Akta Keterangan. Dalam membuat keputusan ini, Mahkamah dibimbing oleh kes Melantrans Sdn Bhd v”
“judgment of the trial court) that the impugned PA was valid and that the exercise of purported powers by Kalidas was valid and in compliance with ss 3 and 4 of the PA Act as well as with s 85 of the Evidence Act, by reason of the fact of the registration of the impugned PA: P10 telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Pula”
“122. Aturan VIII, Kaedah 6A Kanun Tatatacara Sivil India (Order VIII, Rule 6A Indian Civil Procedure Code) adalah peruntukan yang setara (equivalent provisions) dengan Aturan 15 Kaedah 2 KM”
“rujuk kepada kes Mohd Nasir Moidu v Lee Swee Kim [2010] 15 MLRH 397 yang mana Hakim Vernon Ong Lam Kiat telah memutuskan di muka surat 398 bahawa— “The Law lndefeasibility of Title Under Section 340 National Land Code According to s 340(1) NLC, a title which is registered is indefeasible in that it is free of II sdvers”
“the conclusion (see para 37 of the judgment of the trial court) that the impugned PA was valid and that the exercise of purported powers by Kalidas was valid and in compliance with ss 3 and 4 of the PA Act as well as with s 85 of the Evidence Act, by reason of the fact of the registration of the impugned PA: P10 telah”
“(3) Forgery According to Judith Sihombing in The National Land Code - A Commentary (Vol 2) para 3354, forgery involves fraud. However, the fraud is not always that of the party obtaining registration by use of the forged instrument. Forgery involves the dishonest mis”
“s for her analysis and cogent reasons for her conclusions. The strict view appears to flow from the decision of the High Court in Lee Shuan Chan v. Lee Shin Kuang @ Lee Sen Bin & Ors [2012] 1 LNS 14; [2012] MLJU 42 (relying on the Supreme Court decision in United Asian Bank Bhd v. Tai Soon Heng Construction Sdn Bhd [19”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-21NCVC-9-02/2020 ANTARA OTHMAN BIN LOPOK (NO K/P: 480928-01-5521) …PLAINTIF
1
INDOK HADIJAH BINTI LAT JANNIK (No. K/P: 731228-01-6092)
2
TAN TEK CHUAN (No. K/P: 540603-01-5701)
3
ONG BING REN (No. K/P: 791101-01-5345)
4
JAMIAN BIN DOLAH (BC/J/111) (Beramal atas nama firma Tetuan Jamian & Associates)
5
5.
6
KERAJAAN NEGERI JOHOR …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Plaintif telah memfailkan tuntutan terhadap Defendan-Defendan antara yang lain, untuk satu deklarasi bahawa Surat Kuasa Wakil bertarikh 04.06.2018 adalah tidak sah dan pindah milik hartanah 31/12/2025 12:32:18 JA-21NCvC-9-02/2020 Kand. 110 GM 3839 Lot 3424 Mukim Benut, Daerah Pontian, Johor (“Hartanah tersebut”) yang dimiliki oleh Plaintif adalah tidak sah dan terbatal dan lain-lain permohonan yang berkaitan.
2
Defendan Kedua (“D2”) dan Defendan Ketiga (“D3”) telah memfailkan tuntutan balas menuntut agar segala pembayaran yang telah dibuat bagi pembelian Hartanah tersebut berjumlah sebanyak RM300,000.00 hendaklah dikembalikan semula kepada D2 dan D3 oleh kesemua pihak Plaintif, Defendan Pertama (“D1”) dan Defendan Keempat (“D4”).
3
Setelah meneliti keterangan saksi-saksi semasa perbicaraan penuh, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan hujahan-hujahan bertulis semua pihak, saya telah membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM10,000.00 dibayar oleh D1 dan D4 kepada Plaintif.
4
Alasan-alasan saya berkenaan dengan keputusan tersebut adalah seperti yang berikut.
5
Fakta kes ini adalah berdasarkan kepada kertas kausa dan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh pihak-pihak.
6
Plaintif telah dilantik sebagai pentadbir bagi hartanah si mati, iaitu bapanya, Lopak Bin Palik bagi Hartanah tersebut pada 24.03.2016. Kemudian perlantikan Plaintif sebagai pentabdir telah dibatalkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (“JKPTG”) pada
27
27.03.2018 dan suatu perintah dikeluarkan oleh JKPTG yang membahagikan Hartanah tersebut kepada Plaintif (3107/8386 Bahagian) dan Ramlah Binti Embok@Lopak (239/8386 Bahagian).
7
Kemudian, suatu Surat Kuasa Wakil yang dikatakan telah dibuat pada 04.06.2018 (sila rujuk muka surat 17-24 Ikatan Dokumen A (“IDA’’) dan ditanda sebagai eksibit “P3”) oleh Plaintif di pejabat D4 yang memberikan kuasa kepada D1, antara yang lain, untuk D1 menjual dan memindah milik Hartanah tersebut kepada mana-mana pihak yang difikirkan wajar oleh D1.
8
D1 kemudian telah memasuki Perjanjian Jual Beli dengan D2 dan D3 pada 12.06.2018 (sila rujuk muka surat 43-54 IDA).
9
Pada 20.06.2018, D1 berjumpa dengan Plaintif di rumah Plaintif untuk berbincang mengenai urusan penjualan Hartanah tersebut yang mana harga Hartanah tersebut adalah bernilai RM270,000.00. Plaintif pada masa itu bersetuju untuk dijual kepada seorang yang bernama Tan Lian Keng (“TLK”).
10
Plaintif kemudian telah dibawa ke pejabat D4 dan Plaintif telah diminta menandatangani beberapa borang kosong di hadapan seorang kerani.
11
Surat Kuasa Wakil tersebut didaftarkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 10.07.2018 (sila rujuk muka surat 23 IDA) .
12
Memorandum pindah milik (Borang 14A) (P6) telah dilaksanakan oleh D1 melalui Surat Kuasa Wakil tersebut pada 27.07.2018 (sila rujuk muka surat 25-28 IDA). Hartanah tersebut telah dipindah milik kepada D2 dan D3 pada 07.08.2018 (sila rujuk muka surat 2 ID A).
13
Plaintif telah menerima bayaran RM50,000.00 daripada D1 pada 13.08.2018 dan dimaklumkan oleh D1 bahawa Tan Lian Keng (“TLK”) tidak lagi minat membeli Hartanah tersebut.
14
Plaintif kemudian telah bertanya kepada TLK alasan beliau tidak ingin meneruskan pembelian Hartanah tersebut dan Plaintif dimaklumkan bahawa Hartanah tersebut tidak lagi didaftarkan atas nama Plaintif. Plaintif telah membuat carian di Pejabat Tanah dan carian itu mengesahkan pernyataan oleh TLK.
15
Plaintif telah cuba menghubungi D1 dan D4 masing-masing pada 13.07.2019 dan 14.07.2019 tetapi Plaintif tidak dapat berjumpa dengan D1 dan D4 pada hari tersebut. Plaintif telah bersama-sama D2 dan D3 pergi ke rumah D1 bertanya status Hartanah tersebut pada 14.07.2019 tetapi D1 enggan berjumpa dengan mereka. Plaintif pada masa itu menyedari bahawa Hartanah tersebut telah dijual kepada D2 dan D3 oleh D1 melalui Surat Kuasa Wakil tersebut.
16
Plaintif seterusnya pada 22.07.2019 telah membuat laporan polis mengenai penipuan, pemalsuan dan salah nyata oleh D1 yang menyebabkan Plaintif kehilangan Hartanah tersebut.
17
Plaintif telah memasukkan kaveat terhadap Hartanah tersebut pada 22.07.2019 bagi melindungi kepentingannya atas Hartanah tersebut.
18
Plaintif kemudian telah membuat laporan polis mengenai pemalsuan tandatangannya dalam Surat Kuasa Wakil tersebut. Contoh-contoh tandatangan Plaintif dan Surat Kuasa Wakil tersebut dihantar kepada pakar forensik dokumen, Encik Siow Kwen Sia (SP3) untuk membuat analisa mengenai tandatangan Plaintif. Pada 07.07.2020, SP3 telah mengesahkan Surat Kuasa Wakil bukan ditandatangan oleh Plaintif (sila rujuk muka surat 84
19
Plaintif telah memfailkan tuntutan, antara yang lain, deklarasi bahawa Hartanah tersebut dipulangkan kepadanya dan tuntutan gantirugi terhadap D1 dan D4.
20
D2 dan D3 mendapati Hartanah tersebut adalah kurang daripada tiga (3) ekar dengan harga pembelian RM330,000.00 dan telah membuat tuntutan balas terhadap D1 dan D4 agar D1 dan D4 membayar balik RM330,000.00 sekiranya Mahkamah memerintahkan Hartanah tersebut dipindah balik kepada Plaintif.
21
D2 dan D3 di dalam pembelaannya menyatakan mereka adalah pembeli secara suci hati dan telah menuntut pembayaran balik RM330,000.00 daripada D1 dan D4.
22
D1 dan D4 pula menyatakan bahawa Surat Kuasa Wakil tersebut adalah sah dari segi undang-undang dan mereka tidak terlibat dalam sebarang penipuan, pemalsuan dan salah nyata. D1 dan D4 mendakwa bahawa Plaintif memahami implikasi pelaksanaan Surat Kuasa Wakil tersebut dan segala dakwaan Plaintif adalah tidak berasas dan merupakan suatu pemikiran terkemudian.
23
ISU-ISU YANG PERLU DITENTUKAN Isu yang perlu ditentukan oleh Mahkamah ini adalah—
a
sama ada Surat Kuasa Wakil tersebut telah dipalsukan;
b
sama ada ada D2 dan D3 adalah pembeli suci hati bagi balasan yang berharga (bona fide purchaser for valuable consideration) Hartanah tersebut;
c
sama ada bayaran yang dibuat oleh D2 dan D3 telah diterima oleh Plaintif; dan
d
sama ada D2 dan D3 boleh membuat tuntutan balas terhadap D1 dan D4 dalam tuntutan yang difailkan oleh Plaintif. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada Surat Kuasa Wakil tersebut telah dipalsukan
24
Plaintif mempunyai beban untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa Surat Kuasa Wakil tersebut telah dipalsukan.
25
Bagi menentukan isu ini, saya telah meneliti semua keterangan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh Plaintif dan Defendan-Defendan.
26
Keterangan Plaintif Plaintif menyatakan bahawa Surat Kuasa Wakil yang dibuat antara Plaintif dan D1 di pejabat D4 untuk memberikan kuasa kepada D1 untuk urusan penjualan Hartanah telah dipalsukan memandangkan beliau diminta menandatangani kertas/borang kosong oleh D1 di pejabat D4 dan tandatangan atas Surat Kuasa Wakil bukan kepunyaannya. Plaintif tidak berjumpa D4 sebelum tarikh perbicaraan. Keterangan Plaintif mengenai tandatangan beliau di atas Surat Kuasa Wakil bukan tandatangannya disokong oleh pakar forensik dokumen, Encik Siow Kwen Sia (SP3).
27
D1 dan D4 mempertikaikan bahawa Surat Kuasa Wakil dipalsukan dan mengatakan contoh-contoh tandatangan bukan dibuat di hadapan SP3 dan oleh itu, SP3 tidak dapat mengenal pasti sama ada contoh-contoh tandatangan itu dibuat oleh Plaintif. D1 dan D4 juga berhujah bahawa keterangan Plaintif adalah suatu pemikiran terkemudian (afterthought) kerana tidak berpuas hati atas ketidakterimaan hasil jualan Hartanah tersebut.
28
D1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa Plaintif yang melantiknya untuk menguruskan urusan harta pusaka arwah bapa Plaintif dan menguruskan penjualan Hartanah tersebut. D1 menyatakan bahawa Plaintif cuba mengelirukan Mahkamah dengan menyatakan beliau tidak boleh membaca dan menulis, maka dokumen yang ditandatangani adalah kertas kosong. D1 menafikan keterangan Plaintif dan menyatakan D1 pergi bersama-sama Plaintif ke pejabat D4 dan telah menandatangani dokumen yang benar.
29
D1 selanjutnya menafikan beliau berpakat atau bersekongkol dengan D4 untuk mengambil hasil jualan sebagaimana yang dituduh oleh Plaintif.
30
D1 memaklumkan keseluruhan wang deposit ini telah dibayar sebelum D2 dan D3 memasuki Perjanjian Jual Beli dengan D1 selaku wakil Plaintif. D1 memaklumkan bahawa atas persetujuan D2 dan D3, wang deposit berjumlah RM53,000.00 seperti di dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.06.2018 dibayar seperti yang berikut:
a
RM33,000.00 telah diserahkan kepada Tetuan KM Khairul & Co melalui cek Maybank No. 212515 bertarikh 11.04.2017;
b
RM8,000.00 telah diserahkan kepada D1 melalui cek Maybank No. 185069 bertarikh 06.06.2018; dan
c
RM12,000.00 telah diserahkan kepada D1 melalui cek RHB Bank Berhad No. 000096 bertarikh 12.06.2018.
31
D1 juga memaklumkan bahawa menurut Bahagian 9 Jadual Pertama Perjanjian Jual Beli, D2 dan D3 dikehendaki untuk membayar baki harga jualan berjumlah RM277,000.00 dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.06.2018, dan pembayaran adalah seperti seperti yang berikut:
a
RM6,000.00 telah diserahkan kepada D1 secara tunai pada 30.07.2018;
b
RM40,000.00 diserahkan kepada D1 melalui cek RHB Bank Berhad No. 000097 bertarih 04.07.2018;
c
RM101,300.00 diserahkan kepada D4 melalui cek Maybank No. 308710 bertarikh 06.08.2018;
d
RM99,300.00 diserahkan kepada D4 melalui cek RHB Bank Berhad No. 000098 bertarikh 07.08.2018 (tolakan RM3,600.00 sebagai kos pindah milik, baki jualan adalah RM95,700.00 sahaja);
e
RM30,000.00 diserahkan kepada D4 melalui cek Maybank No. 665121 bertarikh 15.08.2018 (telah dibatalkan oleh Defendan Kedua dan Ketiga); dan
f
RM4,000.00 diserahkan kepada Farhan.
32
Walau bagaimanapun, cek Maybank No. 665121 bertarikh 15.08.2018 bagi jumlah RM30,000.00 telah diberhentikan bayaran oleh D2 dan D3 atas alasan keluasan hartanah yang dijanjikan tidak mencukupi. Keterangan D2 dan D3
33
D2 dan D3 memaklumkan segala urusan rundingan dan pembelian Hartanah tersebut diuruskan oleh SD4 iaitu Encik Gee Tong @Ong Sia @ Ong Lee Chern. Menurut SD4, beliau pernah berurusan dengan SD2 berkenaan pembelian Hartanah tersebut sekitar tahun 2017 dan beliau telah bayar RM30,000.00 sebagai deposit kepada Tetuan KM Khairul & Co. [sila rujuk muka surat 147 Nota Prosidng (“NOP”)]. Pada masa itu, tiada Perjanjian Jual Beli dibuat kerana D1 memaklumkan kepadanya pemprosesan Hartanah belum selesai. Kemudian lebih kurang satu (1) tahun dua (2) bulan kemudian, beliau diminta oleh D1 untuk berurusan dengan D4 mengenai pembelian Hartanah tersebut.
34
D2 dan D3 memaklumkan bahawa pada sekitar Jun 2018, D1 memaklumkan beliau ada sebidang tanah yang berkeluasan tiga
3
ekar untuk dijual dengan harga RM110,000.00 seekar. D1 juga memaklumkan beliau diberikan satu Surat Kuasa Wakil oleh pemilik berdaftar iaitu Plaintif untuk menguruskan penjualan Hartanah tersebut.
35
D1 dan D2 telah bersetuju membeli Hartanah tersebut setelah meneliti lokasi Hartanah tersebut. Mereka kemudian telah hadir ke pejabat D4 untuk menandatangani segala dokumen dan suratcara yang berkaitan dengan pembelian Hartanah itu.
36
Semasa di pejabat D4, D4 telah memaklumkan Surat Kuasa Wakil dimeterai di pejabatnya oleh Plaintif dengan D1 pada 04.06.2018 dan segala Surat Kuasa Wakil adalah sah dan memberikan kuasa kepada D1 untuk menjual Hartanah tersebut termasuk menandatangani segala dokumen yang berkaitan dengan penjualan Hartanah tersebut.
37
D2 dan D3 memaklumkan bahawa sebelum mereka menandatangani Perjanjian Jual Beli, D4 telah menerangkan isi kandungan dan syarat-syarat dalam Perjanjian Jual Beli kepada mereka bahawa Hartanah tersebut adalah berkeluasan tiga (3) ekar pada harga RM110,000.00 bagi setiap ekar dan tempoh bayaran baki harga jualan adalah tiga (3) bulan daripada tarikh perjanjian.
38
Sebelum menandatangai Perjanjian Jual Beli, D2 dan D3 telah membayar deposit berjumlah RM53,000.00 dan sebelum proses pindah milik disempurnakan dan didaftarkan di Pejabat Tanah Daerah Pontian pada 07.08.2018 oleh D4, D2 dan D3 telah membayar RM247,000.00 melalui beberapa cek dan wang tunai sama ada kepada D1 atau D4 seperti yang berikut:
a
pada atau 04.07.2018 secara tunai berjumlah RM4,000.00 kepada wakil D1 bernama Farhan;
b
pada 04.07.2018 melalui Cek RHB No.: 000097 berjumlah sebanyak RM40,000.00;
c
pada 30.07.2018 secara tunai kepada D1 berjumlah RM6,000.00; dan
d
pada atau sebelum 10.08.2018 melalui cek berjumlah sebanyak RM197,000.00 kepada D4.
39
D2 dan D3 telah membuat bayaran terakhir pada 15.08.2018 melalui Cek MBB No. : 308709 berjumlah sebanyak RM30,000.00. D2 dan D3 kemudian telah mengarahkan pihak bank untuk menghentikan dan menahan pembayaran tersebut oleh kerana D2 dan D3 mendapati keluasan Hartanah tersebut yang telah disempurna pindah milik ke atas nama D2 dan D3 berkurangan dan bukannya tiga (3) ekar. Setelah semakan dibuat ke atas hakmilik, mendapati Hartanah itu hanya berkeluasan 1.1226 hektar yang bersamaan hanya 2.775 ekar sahaja. Keluasan ini disahkan oleh saksi Defendan, SD7 (sila rujuk muka surat 270 NOP).
40
Keterangan D4 D4 di dalam keterangan memaklumkan bahawa—
a
Plaintif telah hadir bersama D1 di pejabat peguam D4. D4 mendapati Plaintif adalah seorang yang sihat dan tidak menggunakan tongkat dan alat bantuan diri untuk naik ke pejabat D4;
b
menafikan Plaintif telah menandatangani borang-borang kosong. Plaintif sengaja mereka-reka fakta dan dakwaan tersebut setelah mendapat nasihat dari pihak ketiga dan peguamnya;
c
telah menerangkan tentang isi kandungan dan kesan implikasi Surat Kuasa Wakil kepada Plaintif dan D1;.
d
tidak mempunyai apa-apa niat jahat tersembunyi walaupun menyedari banyak tandatangan Plaintif tidak berapa sama semasa menandatangani Surat Kuasa Wakil tersebut dan meminta Plaintif menandatangani di setiap helaian Surat Kuasa Wakil tersebut;
e
D4 telah menyerahkan duit harga jual beli Hartanah tersebut kepada D1 mengikut kuasa di dalam Surat Kuasa Wakil tersebut;
f
kesemua tandatangan Plaintif dan D1 di dalam Surat Kuasa Wakil tersebut dibuat di hadapan D4;
g
menafikan melakukan penipuan dan pemalsuan ke atas tandatangan Plaintif di dalam Surat Kuasa Wakil tersebut;
h
pegawai polis Bahagian Siasat Komersial, SD8 yang membuat siasatan terhadap aduan Plaintif mendapati Plaintif mengakui telah menandatangani Surat Kuasa Wakil tersebut di hadapan peguam iaitu D4. Siasatan SD8 mendapati Plaintif telah menandatangani Surat Kuasa Wakil tersebut dengan pengetahuannya dan tanpa sebarang paksaan;
i
saksi pakar Dr. Siow Kwen Sia, SP3 bukanlah seorang pakar tandatangan dan beliau gagal mendapatkan kehadiran Plaintif untuk menurunkan tandatangannya di hadapan SP3. Contoh-contoh tandatangan Plaintif didakwa di buat di pejabat peguam Plaintif tanpa diketahui siapa pembuatnya dan siapa yang menyaksikannya;
j
D2 dan D3 adalah “bona fide purchaser” yang tidak terlibat dalam apa-apa penipuan dan pemalsuan seperti yang didakwa Plaintif; dan
k
tidak pernah mengelak dari dihubungi oleh pihak Plaintif dan pihak polis. Pada setiap masa material pejabat peguam D4 sentiasa dibuka pada waktu pejabat dan harus membuat temujanji untuk berjumpa peguam D4 yang bukan selalu berada di pejabatnya.
41
Analisa dan Dapatan Mahkamah Plaintif telah memberikan keterangan mengenai D1 membantu beliau menjual Hartanah tersebut, tidak pernah berjumpa D4 sebelum perbicaraan kes ini dan menandatangani Surat Kuasa Wakil.
42
D1 telah membangkitkan isu bahawa keterangan Plaintif, antara yang lain, berkenaan dengan urusan harta pusaka arwah bapanya adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan keterangan SD2 dan juga Plaintif menafikan tandatangan di Surat Akuan di muka surat 34 dan 35 IDA. Oleh itu, Mahkamah harus menolak keterangan Plaintif. Saya mendapati keterangan Plaintif walaupun terdapat percanggahan dan tidak konsisten, percanggahan itu adalah minor dan ia tidak menjejaskan tuntutan Plaintif terhadap D1, D2, D3 dan D4. Ini adalah kerana isu yang penting adalah sama ada Surat Kuasa Wakil adalah sah dan tidak dipalsukan. Keterangan Plaintif mengenai tandatangan atas Surat Kuasa Wakil bukan ditandatangani oleh beliau adalah konsisten sepanjang perbicaraan dan keterangannya adalah disokong oleh SP3.
43
SP3 di dalam keterangannya menyatakan beliau telah membuat perbandingan contoh-contoh tandatangan dalam dokumen yang dikemukakan oleh peguam Plaintif seperti surat rujukan Hospital Ampang bertarikh 22.07.2018 (D21), resit ITO Maju Trading bertarikh 22.07.2019 (D23), laporan polis bertarikh 22.07.2019 (D24) dan surat akuan 22.07.2019 (D25) dengan tandatangan Surat Kuasa Wakil. Hasil daripaada analisa yang dibuat, SP3 berpendapat bahawa “from the differences and defects and the preponderance of differences I conclude that the question signatures of Othman Bin Lopok on 05.06.2018 Surat Kuasa Wakil in (PA) on pages 1 to 5 are different authorship specimen signatures.” (sila rujuk muka surat 46 NOP).
44
SP3 juga menyatakan bahawa Surat Kuasa Wakil adalah berbeza dengan contoh-contoh tandatangan dan ia ditandatangani oleh orang yang berbeza. SP3 semasa diperiksa balas oleh peguam D1 menerangkan contoh-contoh tandatangan boleh dipercayai (reliable) kerana tandatangan adalah konsisten (sila rujuk muka surat 47 NOP). Semasa diperiksa semula oleh peguam Plaintif mengenai sama ada contoh-contoh tandatangan yang diambil hendaklah satu tahun sebelum dan satu tahun selepas Surat Kuasa Wakil sebagaimana yang dicadangkan oleh D4, menyatakan di muka surat 71 NOP bahawa “it is not necessary you see, because the signatures are matured, the person matured and reached adulthood and you need to include all the variations as provided to from 1998 to 2019.”.
45
Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam kes Majuikan Sdn. Bhd. v. Barclays Bank Plc. [2014] 9CLJ 337 yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa– “[31] The issue therefore is whether the court can truly and justly regard Barclays as a genuine holder in due course for value of the promissory note, in the face of alleged forged documents? [32] Were some of the important documents forged? The learned judge found they were not, and discounted the expert evidence on this. [33] We have reviewed the findings of the learned judge on the expert evidence of DW14, who is a certified document examiner from the Chemistry Department. For a start, since no other handwriting expert was called, the court really had no plausible basis to reject her evidence outright. While it is true that her report is relatively brief, as reports from our Chemistry Department often are, it will be an error to simply conclude that therefore the expert has not provided the basis for her analysis and cogent reasons for her conclusions. The strict view appears to flow from the decision of the High Court in Lee Shuan Chan v. Lee Shin Kuang @ Lee Sen Bin & Ors [2012] 1 LNS 14; [2012] MLJU 42 (relying on the Supreme Court decision in United Asian Bank Bhd v. Tai Soon Heng Construction Sdn Bhd [1993] 2 CLJ 31; [1993] 1 MLJ 182). In our view, however, the court should also proceed to consider the totality of the expert's evidence by considering the expert's oral testimony as well. The United Asian Bank case, in our view, does not stipulate that the reasons and the basis of the analysis must be stated on the face of the expert report. [34] Counsel for Majuikan has, on the other hand, stressed that we should also consider the other general principle on handwriting expert evidence in relation to unopposed expert evidence. Counsel cites PB Malaysia Sdn Bhd v. Samudra (M) Sdn Bhd [2008] 1 LNS 679; [2009] 7 MLJ 681, where Ramly J (as His Lordship then was) held: "... the court may not reject unopposed expert evidence unless the evidence is 'obviously lacking in defensibility". This High Court decision in fact cited and applied the principles laid down in two Singapore Court of Appeal decisions, namely Saeng-Un Udom v. PP [2001] 3 SLR 1, and Dr Lo Sook Ling Adela v. Au Mei Yin Christina & Anor [2002] 1 SLR 408. In the latter case, Chao Hick Tin JA held: In law, while a judge is not obliged to accept the opinion of an expert, even in a situation where there is no contrary expert evidence, such rejection must be based on sound grounds… [35] We are in agreement with these principles and in our view, a judge who is not an expert himself, should defer to expert opinion unless that evidence is obviously indefensible and is not supported by the basic facts of the case. Where there are conflicting expert opinions, the judge is of course entitled to bring to bear his own judicial appreciation of the matter, and choose one over the other, but where there is only one expert opinion, he should not as a rule reject that opinion outright without judiciously considering whether it is obviously indefensible and unsupported by the basic facts of the case. Such a principle is in accord with the principle that the court is the final arbiter, as stated in Dr Shanmuganathan v. Periasamy Sithambaram Pillai [1997] 2 CLJ 153; [1997] 3 MLJ 61: ... the principal object of expert evidence is to assist the court to form its own opinion. An expert should give his reasons. The court is the final arbiter, not the experts or witnesses... The learned Judge should have considered the reasoning given by the expert and with that assistance arrive at the conclusion. In failing to do so the learned Judge had abdicated his function. The learned Judge is entitled to reject the evidence but not before considering such evidence... [36] After considering the testimony of DW14 as a whole, we do not find the opinion of this expert to be obviously indefensible. On the contrary, her conclusions are supported by the basic facts of the case. Aside from the oral evidence of DW2 (Mohd Nor bin Hassan) who only admitted signing the draft statutory declaration, there are also the evidence of the persons who allegedly as former directors signed the circular resolution of Majuikan authorising the giving of the guarantee by the per aval endorsement, and authorising Mohd Nor and Mohd Khairuddin as the authorised signatories of the company.”. [Penekanan ditambah]
46
Berdasarkan prinsip undang-undang yang diputuskan dalam kes tersebut di atas, Mahkamah tidak boleh menolak keterangan SP3 semata-mata melainkan keterangan SP3 jelas tidak boleh dipertahankan (obviously indefensible) dan tidak disokong oleh apa-apa fakta.
47
Dalam hal ini, salinan laporan pakar telah diserahkan kepada semua Defendan dan tiada mana-mana Defendan memperoleh pandangan mana-mana pakar forensik lain untuk mencabar pandangan SP3.
48
D4 mempertikaikan laporan forensik dokumen yang dibuat oleh SP3 serta contoh-contoh tandatangan yang dihantar oleh peguam Plaintif tidak ditandatangani di hadapan SP3. Tiada saksi dari firma guaman Plaintif yang mengesahkan contoh-contoh itu ditandatangani oleh Plaintif dan dengan itu keterangan SP3 harus ditolak oleh Mahkamah. D4 telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam Tung Kean Hin & Anor. v Yuen Heng Phong (2019) 9 CLJ 493 bagi menyokong hujahannya.
49
D4 mencabar keterangan SP3 dengan mengatakan bahawa tandatangan Plaintiff adalah tidak konsisten di setiap muka surat Surat Kuasa Wakil yang ditandatangani, ada yang condong ke kiri dan ada yang condong ke kanan berdasarkan mata kasarnya. Namun, tiada apa-apa keterangan pakar tulisan dikemukakan oleh
50
Saya mendapati D4 tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyangkal laporan yang dibuat oleh SP3 melainkan keterangan daripada SD8 yang menyatakan Plaintif mengaku beliau ada menandatangan Surat Kuasa Wakil. Tiada sebarang keterangan pakar tulisan dikemukakan oleh mana-mana Defendan lain untuk menyangkal keterangan SP3.
51
Saya mendapati keterangan SP3 adalah konsisten semasa menerangkan perbezaan tandatangan SP3 di beberapa dokumen yang dikemukakan oleh peguam Plaintif. Saya seterusnya mendapati cabaran peguam D1 dan D4 adalah berdasarkan perbandingan mata kasar atas contoh-contoh tandatangan dengan beberapa dokumen dan juga contoh tandatangan yang dibuat oleh Plaintif semasa perbicaraan.
52
Saya juga mendapati SP3 telah memberikan keterangan mengenai asas pandangan yang dibuat oleh beliau dan tiada keterangan membuktikan keterangan SP3 tersebut tidak boleh dipertahankan dan keterangannya disokong oleh fakta yang dikemukakan. Oleh itu, saya mendapati keterangan SP3 telah menyangkal dakwaan D1 dan D4. Sehubungan itu, saya memutuskan bahawa keterangan SP3 bahawa tandatangan Plaintif atas Surat Kuasa Wakil bukan ditandatangani oleh Plaintif dan dengan itu keterangan SP3 diterima oleh Mahkamah ini.
53
Seterusnya saya mendapati SD8 tidak menjalankan apa-apa siasatan mengenai aduan yang dibuat oleh Plaintif dan tidak menghantar contoh-contoh tandatangan Plaintif untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia serta tiada kertas siasatan dibuka bagi laporan-laporan polis yang dibuat oleh Plaintif. Semasa Plaintif disoal balas oleh D4, Plaintif telah memaklumkan SD8 berjumpa dengan seorang bernama Amir, isteri Plaintif, Plaintif dan juga menantu perempuan Plaintif di KFC Pontian. Namun demikian, SD8 menafikan perjumpaan tersebut.
54
Adalah diperhatikan bahawa D4 yang tidak hadir ke KFC Pontian tetapi mengetahui perkara ini. Hal ini membangkitkan keraguan mengenai keterangan SD8 memandangkan Plaintif dan D4 telah mengesahkan perjumpaan dengan SD8 di KFC Pontian.
55
SD8 hanya mengambil pernyataan D1 dan D4 selepas laporan polis kedua dibuat oleh Plaintif (sila rujuk muka surat 317 NOP). SD8 menyatakan beliau ada meminta dokumen Surat Kuasa Wakil, dokumen pejabat tanah yang menyatakan tandatangan dipalsukan dan juga dokumen menunjukkan Plaintif adalah pemegang amanah bagi Hartanah tersebut. Namun demikian, Plaintif tidak mengemukakan dokumen tersebut (sila rujuk muka surat 311 NOP). SD8 selanjutnya memaklumkan bahawa siasatannya hanya berdasarkan pengakuan dan keterangan lisan Plaintif sahaja (sila rujuk muka surat 313 NOP). Saya mendapati bahawa SD8 sebagai pegawai penyiasat mempunyai kuasa mengarahkan dokumen-dokumen tersebut dikemukakan oleh D4 dan juga pejabat tanah sekiranya Plaintif tidak membekalkan kepadanya. SD8 didapati gagal membuat demikian.
56
SD8 selepas berbincang dengan pegawai penyiasat kanan telah membuat keputusan “No Further Action (NFA)” bagi laporan polis pertama yang dibuat oleh Plaintif dan juga membuat keputusan “ROR” (Refer Other Report) bagi laporan polis kedua iaitu rujuk kepada keputusan laporan polis pertama. Tiada sebarang siasatan dijalankan bagi laporan polis yang dibuat oleh Plaintif. Keputusan tersebut dibuat berdasarkan pernyataan Plaintif semata-mata. Tiada kertas siasatan dibuka oleh SD8 dan hanya fail sementara dibuka sahaja. Semasa SD8 dalam menjawab soalan yang dituju oleh Mahkamah, menyatakan di muka surat 317 NOP bahawa perkara ini tidak dirujuk kepada Pendakwa Raya menurut seksyen 120 Kanun Prosedur Jenayah sebelum keputusan NFA dibuat.
57
Saya mendapati siasatan yang dijalankan oleh SD8 adalah sambil lewa dan tidak lengkap. Tanpa siasatan yang terperinci dibuat oleh SD8, SD8 tidak dapat menentukan sama ada terdapat unsur-unsur penipuan atau pemalsuan Surat Kuasa Wakil atas aduan yang dibuat oleh Plaintif. Oleh itu, saya memutuskan walaupun SD8 adalah seorang saksi bebas, keterangan SD8 mengenai keputusan siasatan aduan Plaintif tidak dapat diterima oleh Mahkamah.
58
Selain itu, saya mendapati selain keterangan SP3, terdapat keterangan lain yang menyokong tuntutan Plaintif bahawa Surat Kuasa Wakil dipalsukan.
59
D1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa tujuan Surat Kuasa Wakil disediakan adalah bagi tujuan penjualan Hartanah tersebut. Namun, adalah diperhatikan bahawa Surat Kuasa Wakil adalah satu Surat Kuasa Wakil yang dibuat secara am dan tidak disesuaikan bagi tujuan sebagaimana yang dikatakan oleh D1. Sebaliknya Surat Kuasa Wakil itu memberikan kuasa yang luas kepada D1, antara yang lain, untuk memajak, menyewa, membangun, memulakan tindakan Mahkamah dan membahagikan Hartanah tersebut dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan penjualan Hartanah tersebut.
60
D1 juga memaklumkan beliau yang mengambil alih urusan pembahagian harta pusaka kecil dan membawa dokumen seperti geran dan kad pengenalan Plaintif berkaitan bagi tujuan penyediaan Surat Kuasa Wakil. Maka, D1 seharusnya mempunyai pengetahuan bahagian yang diwarisi kepada Plaintif oleh arwah bapanya. Namun demikian, hanya butir-butir secara umum Hartanah tersebut disebut dalam Surat Kuasa Wakil. Tiada sebarang rujukan dibuat dalam Surat Kuasa Wakil berkenaan dengan bahagian yang diturun milik kepada Plaintif berdasarkan Perintah Pembahagian Harta Pusaka yang diperolehi pada 27.03.2018.
61
Merujuk kepada hakmilik Hartanah tersebut (muka surat 5 IDA), Rekod Ketuanpunyaan menunjukkan terdapat tiga (3) pemilik berdaftar pada 01.04.2002 adalah—
a
Abdul Aziz Bin Abdul Talin (360/559 bahagian)
b
Plaintif (3107/8386 bahagian); dan
c
Ramlah Binti Embok @ Lopak (239/8386 bahagian).
62
Maka, adalah mustahil bahawa Plaintif mempunyai kuasa untuk mewakilkan kuasa pemilik berdaftar lain kepada D1 untuk menguruskan perkara seperti memajak, membangun dan menyewa Hartanah tersebut tanpa persetujuan pemilik berdaftar yang lain.
63
D1 memaklumkan bahawa mereka menunggu waktu yang lama untuk D4 menyediakan Surat Kuasa Wakil. Keterangan D1 ini adalah bercanggah dengan keterangan D4 yang mana beliau memaklumkan dalam muka surat 2 Pernyataan Saksi D4 (DWS-6) bahawa beliau telah memanggil D1 dan Plaintif hadir di pejabatnya apabila Surat Kuasa Wakil disediakan. Percanggahan itu menimbulkan keraguan bagaimana D4 dapat menyediakan Surat Kuasa Wakil terlebih dahulu sedangkan D1 yang memaklumkan bahawa beliau yang membawa geran Hartanah tersebut dan kad pengenalan Plaintif ke pejabat D4 bagi tujuan penyediaan Surat Kuasa Wakil.
64
Sungguhpun D4 menyatakan beliau telah menyediakan Surat Kuasa Wakil terlebih dahulu sebelum Plaintif dan D1 datang berjumpa dengan beliau di pejabatnya, namun tiada butir-butir terperinci memperihalkan status Plaintif sebagai pentadbir Hartanah pada masa itu dan juga butir-butir mengenai bahagian yang sebenar dipegang oleh Plaintif dinyatakan dalam Surat Kuasa Wakil. Percanggahan keterangan D1 dan D4 menimbulkan keraguan mengenai keterangan mereka dalam penyediaan Surat Kuasa Wakil.
65
Menurut SD4, rundingan untuk pembelian Hartanah tersebut telah dimulakan sekitar 2017 dengan D1. Pada masa itu, Plaintif hanya merupakan pentadbir harta pusaka arwah ayahnya dan belum lagi menjadi pemilik berdaftar Hartanah tersebut. Tiada Surat Kuasa Wakil disediakan semasa D1 berurusan dengan SD4 dan peguam
66
Plaintif hanya memegang 3107/8386 bahagian Hartanah tersebut dan didaftarkan atas nama Plaintif pada 20.06.2018. Namun, muka surat 52 IDA yang memperincikan butir-butir Hartanah tersebut dalam Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani dengan D2 dan D3 pada 12.06.2018 adalah 239/599 bahagian yang dimiliki oleh Plaintif berbanding dengan rekod hakmilik Hartanah yang dinyatakan dalam muka surat 2 IDA adalah 3107/8386.
67
Maka, adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa pada masa Surat Kuasa Wakil dikatakan dibuat oleh Plaintif di pejabat D4 dan Perjanjian Jual Beli ditandatangani oleh D1 menggunakan Surat Kuasa Wakil tersebut, Plaintif belum lagi menjadi pemilik 3107/8386 bahagian Hartanah tersebut.
68
D1 telah menyatakan bahawa Plaintif telah membuat representasi kepada beliau dan D4 bahawa semua waris telah bersetuju dengan penjualan Hartanah tersebut. D1 juga memaklumkan suatu carian telah dibuat di Pejabat Tanah Pontian. Namun, merujuk kepada hakmilik Hartanah tersebut, adalah jelas menunjukkan bahawa Plaintif hanya menjadi pemilik 3107/8386 bahagian Hartanah tersebut pada 20.06.2018 dan dengan itu Plaintif hanya boleh menjual bahagian yang dipegang oleh beliau kepada D2 dan D3. Maka isu persetujuan waris lain adalah tidak timbul.
69
Semasa Surat Kuasa Wakil ditandatangani pada 04.06.2018 dan Perjanjian Jual Beli ditandatangani pada 12.06.2018, Plaintif masih merupakan pentadbir kepada harta pusaka arwah bapanya. Ini menunjukkan bahawa tiada sebarang carian dibuat mengenai status Plaintif sebelum Surat Kuasa Wakil dibuat pada 04.06.2018 dan Perjanjian Jual Beli ditandatangani pada 12.06.2018.
70
D4 semasa dalam menjawab soalan yang ditujukan oleh Mahkamah telah menyatakan di muka surat 248 hingga 250 NOP bahawa beliau telah membuat Perjanjian Jual Beli berdasarkan Borang T (ID41) yang diberikan oleh pihak-pihak dan Borang T bertarikh 27.03.2018 mencatatkan bahagian yang dimiliki oleh Plaintif adalah 239/599. D4 tidak ingat siapa yang memberikan Borang T kepada beliau. D4 juga memaklumkan bahawa beliau hanya membuat carian di pejabat Tanah selepas Perjanjian Jual Beli. Borang T (ID41) yang dirujuk oleh D4 dalam Whatsapp beliau adalah tidak sama dengan Borang T yang bertarikh 27.03.2018 yang dikemukakan oleh D4 dan D5 dalam muka surat 3 (IDD41) dan 4 (IDD43) dalam IDO. Mengikut peguam D4 dan D5, JKPTG hanya mempunyai dokumen Borang F dan Borang T yang difailkan dalam IDO sahaja. Sehingga keputusan kes dibuat, D4 tidak memfailkan ID41 sebagaimana yang dijanjikan di Mahkamah. Ini telah menimbulkan keraguan mengenai keterangan D4 dan kesahihan Borang T yang dirujuk oleh D4.
71
SD7 merupakan Penolong Pegawai Tadbir (Bahaigan Pendaftaran) di Pejabat Tanah Dearah Pontian dan semasa memberikan keterangan telah memaklumkan bahawa sekiranya Plaintif hanya didaftarkan sebagai pentadbir dan belum didaftarkah lagi sebagai pemilik, Plaintif adalah tidak berhak untuk membuat urusan mengenai Hartanah tersebut termasuk urusan pindah milik Hartanah tersebut (sila rujuk muka surat 267 NOP). Keterangan SD7 jelas menunjukkan D4 telah gagal menjalankan tugasnya dengan professional dan gagal menjaga kepentingan D2 dan D3 sebagai anak guamnya.
72
D4 telah membangkitkan isu bahawa keterangan mengenai Plaintif belum menjadi pemilik daftar Hartanah tersebut sebelum dipindah milik tidak diplidkan dalam pliding Plaintif dan keterangan itu harus ditolak oleh Mahkamah. Defendan-Defendan lain tidak membangkitkan sebarang bantahan mengenai keterangan ini.
73
Dalam hal ini, saya merujuk kepada kes Superintendent Of Lands And Surveys (4th Div) & Anor. v Hamit Bin Matusin & Ors [1994] 3 MLJ 185 yang mana Mahkamah Agung memutuskan bahawa— “The learned trial judge by way of emphasis, underlined r 8(1)(b) above. His Lordship relied on Yew Wan Leong v Lai Kok Chye [1990] 2 MLJ 152 and Janagi v Ong Boon Kiat [1971] 2 MLJ 196 and held that the non-compliance under O 18 was not merely technical, and such alleged defences (and it goes without saying that evidence adduced thereon), would be totally disregarded. What is important to bear in mind is that evidence bearing on these two defences was not objected to at all as regards their inadmissibility on account of its departure from the defence of the defendants as and when such evidence emerged or was adduced. It emerged as early as during the cross-examination of PW1 (and there were nine witnesses called for the plaintiffs), and in fact the first question in such cross-examination that was asked of PW1 was about the distance of his house from the river bank. … If a party is taken by surprise, he must object then and there at the point of time when such evidence emerges, for such evidence to be disregarded by the court, and the court will then uphold such timely objection. The court will generally, however, grant an adjournment if requested, on suitable terms as to costs, etc, for the pleading to be amended by the party seeking to adduce such evidence. One must bear in mind the need for an orderly adversary system of a court trial, not a chaotic harangue in a market place. A party is not taken by surprise when the circumstances actually indicate so, eg when such evidence is the very evidence sought to be relied on by him from the outset, or when he fails to object to such evidence then and there as this court now seeks to emphasize. … We next deal with the fact that such evidence was not objected to timeously as being inadmissible on account of its being at variance with the pleadings. Generally, in civil cases only, both parties can validate any mode of adducing evidence by consent, express or inferred, even when such mode is irregular, for any irregularity is deemed to be waived by such consent. Technical rules of evidence can be to a limited extent, even dispensed with by a court without such consent, please see Baerlein v Chartered Mercantile Bank [1895] 2 Ch 488; similarly with technical rules of procedure. Therefore, when such evidence represents a departure from pleadings, it should be objected to as when and where it is adduced, and it will be too late when it only objected to later on, as in the final submission at the close of evidence in the instant appeal. In these circumstances, the party facing such evidence at variance from the pleadings, by failing to object, cannot be said to be taken by surprise, prejudiced, misled or embarrassed. Otherwise, the other side of the coin would be, in the event of such an objection raised at the stage of final submission being accepted by the court, that the party adducing such evidence may face the great risk of being denied leave to amend his pleadings in question at that stage. Such evidence, when given without any objection by the opposing party, will further have the effect of curing the absence of such plea in the relevant pleading, in other words, the effect of overcoming such defect in such pleading. As was stated by the Federal Court in Ang Koon Kau & Anor v Lau Piang Ngong [1984] 2 MLJ 277 at p 278: 'Evidence given at the trial can therefore in appropriate circumstances overcome defects in the pleadings where the net result of such evidence is to prevent the other side from being taken by surprise'. … Not having been taken by surprise by the evidence in question is not only indicated by the failure to object to such evidence as and when it was adduced. It is in any event, actually indicated also by the following circumstances in this case.”. [Penekanan ditambah]
74
Berdasarkan keputusan kes tersebut, saya memutuskan bahawa walaupun perkara ini tidak dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif, ia merupakan satu fakta yang ditimbulkan semasa soal balas oleh peguam Plaintif terhadap saksi-saksi Defendan dan perkara ini tidak dibantahkan oleh mana-mana Defendan, melainkan D4. Maka saya memutuskan bahawa keterangan ini hanya merupakan salah satu perkara yang menyokong kes Plaintif. Dalam hal ini, saya telah memutuskan tuntutan Plaintif berdasarkan isu yang dibangkitkan oleh Plaintif dalam tuntutannya iaitu sama ada Surat Kuasa Wakil dipalsukan dan bukan sama ada Plaintif adalah pemilik 3107/8386 bahagian Hartanah tersebut pada 26.08.2018.
75
D4 juga telah menyatakan bahawa Borang Pindah Milik iaitu Borang 14A (P6) (sila rujuk muka surat 25-28 IDA), khususnya muka surat 28 jelas mencatatkan keluasan Hartanah adalah 3107/8386 bahagian. Oleh itu, D4 berhujah dakwaan D2 dan D3 adalah tidak benar. Saya mendapati bahawa tulisan asal Hartanah tersebut dicatatkan sebagai “239/599 bahagian” dan kemudian dipotong dan digantikan dengan perkataan “3107/8386”. Tiada sebarang tandatangan ringkas atas pindaan dibuat. Tiada keterangan dikemukakan siapa yang membuat pindaan dan bila pindaan itu dibuat. Adalah diperhatikan catatan “3.03 ekar” masih dikekalkan.
76
Menurut D2 dan D3, keluasan Hartanah tersebut adalah kurang daripada tiga (3) ekar. Keterangan D2 dan D3 disahkan oleh saksi, SD7 bahawa keluasan Hartanah tersebut mengikut bahagian 3107/8386 yang dipegang oleh Plaintif adalah 2.7739 hektar (sila rujuk muka surat 270 NOP). Keterangan ini jelas menunjukkan D4 telah cuai dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang peguam dengan tidak membuat carian hakmilik sebelum menyediakan Perjanjian Jual Beli.
77
D4 sebagai seorang peguam yang menguruskan pindah milik Hartanah tersebut didapati gagal menjalankan tanggungjawab secara professional apabila gagal membuat carian hakmilik Hartanah tersebut untuk mengesahkan status Plaintif dan gagal mengesahkan keluasan Hartanah tersebut semasa menyediakan Perjanjian Jual Beli untuk ditandatangani oleh D2 dan D3 pada 12.06.2018. Tiada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh D4 untuk menunjukkan pindaan kepada keluasan Hartanah di Borang 14A telah dimaklumkan kepada Plaintif, D1, D2 dan D3 dan mendapat persetujuan mereka sebelum pindaan dibuat.
78
D4 selanjutnya didapati telah memindah milik Hartanah tersebut kepada D2 dan D3 pada 07.08.2018 sedangkan D2 dan D3 hanya membuat bayaran akhir RM30,000.00 pada 15.08.2018 melalui Cek Maybank No. : 308709. Cek tersebut kemudian telah dibatalkan oleh D2 dan D3 apabila mereka mendapati keluasan Hartanah tersebut yang telah disempurnakan berkurangan daripada tiga (3) ekar sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli. Kecuaian D4 telah menyebabkan Plaintif kehilangan hak beliau atas Hartanah tersebut apabila bahagian milikannya dalam Hartanah itu telah dipindah milik kepada D2 dan D3 sebelum bayaran akhir diterima.
79
Menurut Plaintif, beliau hanya menerima bayaran RM50,000.00 daripada hasil penjualan bahagian Hartanah tersebut. Tiada sebarang keterangan atau resit bayaran dikemukakan bahawa bayaran yang dibuat oleh D2 dan D3 sebanyak RM247,000.00 yang dibayar kepada D1 ataupun D4 dibayar kepada Plaintif. Hanya terdapat keterangan bahawa bayaran hasil jualan dibuat kepada D1 dan D4.
80
D1 telah mengakui menerima keseluruhan hasil sebanyak RM263,000.00 dalam soalan nombor 22, 23 dan 24 Pernyataan Saksi D1 (DWS-1) dan bayaran RM30,000.00 telah dibatalkan oleh D2 dan D3. D1 di dalam menjawab soalan no.22 dalam Pernyataan Saksi DWS-1 telah memaklumkan bahawa perbezaan harga penjualan sebanyak RM67,000.00 adalah kerana D2 dan D3 telah membatalkan cek Maybank no. 308709 bertarikh 15.08.2018 atas nama Jamian & Associates dan bagi jumlah RM33,000.00 beliau yang meminta D2 dan D3 membuat bayaran kepada Tetuan KM Khairul & Co. sebagai yuran guaman serta kos terhadap urusan pusaka Plaintif.
81
D1 di dalam menjawab soalan no. 25 Pernyataan Saksi DWS-1 memaklumkan bahawa keseluruhan jumlah sebanyak RM80,000.00 dibayar kepada Plaintif secara berperingkat. Namun, menurut SD2, bayaran RM33,000.00 yang diterima daripada D2 dan D3 adalah bayaran deposit (sila rujuk muka surat 128 NOP). Terdapat percanggahan keterangan D1 dan SD2 mengenai tujuan bayaran RM33,000.00 tersebut. D1 didapati gagal memberikan penjelasan kenapa baki hasil jualan tidak dibayar kepada Plaintif walupun beliau mengakui menerima jumlah hasil jualan sebanyak RM263,000.00 daripada D2 dan D3 melalui D4.
82
D4 pula memaklumkan di dalam soalan no. 16 Pernyataan Saksi D4 (DWS-6) bahawa jumlah keseluruhan hasil jualan Hartanah tersebut telah dibayar oleh D2 dan D3 dan diakui terima oleh D1 adalah sebanyak RM296,000.00 (RM99,000.00 dan RM197,000.00). Menurut D4, D1 telah memaklumkan bahawa bayaran tunai RM4,000.00 telah dibuat kepada seorang lelaki Melayu yang bernama Farhan yang menggunakan nama D1.
83
Menurut D1, Plaintif bersetuju untuk menjual Hartanah tersebut untuk harga sebanyak RM270,000.00 sahaja dan selebihnya diambil oleh D1 sebagai komisen. Perkara yang sama juga dimaklumkan oleh D4. Namun demikian, perkara yang penting ini tidak dinyatakan dalam Surat Kuasa Wakil yang disediakan oleh
84
Mengikut keterangan Plaintif, Plaintif hanya menerima RM50,000.00 sahaja. Maka, mengikut aturan yang dipersetujui antara Plaintif dengan D1, Plaintif seharusnya menerima baki jualan lebih kurang RM220,000.00.
85
Semakan dibuat kepada Akuan Penerimaan yang dikeluarkan oleh D4 dan ditandatangani oleh D1 (sila rujuk muka surat 56 hingga 69 IDA), jumlah yang diterima oleh D1 adalah RM263,000.00 dan jika mengambil kira bayaran RM33,000.00 yang dikatakan telah dibayar kepada SD2 dan bayaran RM4,000.00 dikatakan dibayar kepada Farhan, jumlah keseluruhan yang diterima oleh D1 adalah RM300,000.00. Namun demikian, tiada sebarang bukti dikemukakan membuktikan bayaran baki hasil jualan dibayar kepada Plaintif oleh D1 mahupun D4.
86
Selain itu, terdapat seorang pembeli yang bernama TLK juga telah membuat bayaran deposit kepada Hartanah tersebut dan SD2 kemudian melalui tiga (3) cek Ambank masing-masing bertarikh 01.07.2019, 01.08.2019 dan 12.09.2019 (sila rujuk muka surat 1-3 IDN) memulangkan deposit kepada TLK. Saya mendapati tiada keterangan yang dikemukakan kenapa SD2 menerima deposit daripada TLK sedangkan SD4 telah membayar deposit RM53,000.00 kepada SD2 sekitar April 2017 sebagai sebahagian harga pembelian Hartanah tersebut. Kemudian TLK mendapati Plaintif tidak lagi menjadi pemilik Hartanah tersebut dan memutuskan untuk memberhentikan pembelian Hartanah tersebut. Tindakan SD2 dan D1 untuk mendapat dua (2) pembeli bagi Hartanah tersebut dan menerima deposit daripada mereka dalam tempoh masa yang sama telah menimbulkan kesangsian mengenai transaksi jual beli Hartanah tersebut.
87
Menurut SD2, TLK merupakan pembeli pertama dan D2 dan D3 adalah pembeli kedua. Bayaran kepada TLK sebanyak RM23,000.00 hanya dipulangkan kepada TLK melalui Tetuan KM Khairul & Co. melalui surat D1 bertarikh 04.07.2019 (muka surat 15 IDA). Namun, saya mendapati surat tersebut adalah bertarikh 04.07.2019 sedangkan cek Ambank pertama yang dikeluarkan oleh SD2 adalah bertarikh 01.07.2019. Oleh itu, terdapat percanggahan keterangan antara SD2 dengan D1.
88
Selain itu, saya mendapati tiada sebarang keterangan dikemukakan oleh D1 dan D4 apakah kos pindah milik dan kos guaman yang dikenakan bagi transaksi penjualan Hartanah tersebut, selain kos pindah milik sebanyak RM3,600.00 dikatakan dibayar kepada D4 oleh D1. Tiada bukti dikemukakan bahawa bayaran RM4,000.00 dibayar kepada Farhan. D1, D2 dan D3 menyatakan Farhan merupakan isteri kepada Plaintif manakala D4 menyatakan Farhan merupakan seorang lelaki Melayu. Menurut Plaintif, nama isterinya adalah Rosnah Yusof (sila rujuk muka surat 29 NOP). Maka, percanggahan keterangan D1, D2, D3 dan D4 serta SD2 telah menimbulkan kesangsian mengenai jumlah bayaran yang diterima oleh D1 dan D4.
89
Dalam hal ini, rujukan dibuat kepada kes Mahkamah Rayuan dalam kes Guan Teik Sdn. Bhd. v Hj. Mohd Noor Hj. Yakob & Ors. [2000] 4CLJ 324 yang memutuskan bahawa – “In cases where conflicting evidence are presented before a court, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also encumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact...”. [Penekanan ditambah]
90
Berdasarkan keputusan kes tersebut, Mahkamah di dalam memutuskan kes ini boleh merujuk kepada faktor sekeliling dan mempertimbangkan serta menilai dokumen kontemporari.
91
Turutan peristiwa daripada penyediaan Surat Kuasa Wakil hingga Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani dalam tempoh singkat iaitu dalam masa lapan (8) hari (04.06.2018 hingga 12.06.2018), dokumen-dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan dan ditambah pula keterangan yang bercanggah antara saksi-saksi Defendan dengan saksi Plaintif telah menimbulkan keraguan mengenai kesahihan Surat Kuasa Wakil dan transaksi jual beli Hartanah tersebut.
92
Saya seterusnya mendapati sungguhpun D1 dilantik sebagai broker jualan Hartanah tersebut, tiada keperluan Surat Kuasa Wakil disediakan bagi penjualan Hartanah tersebut memandangkan Plaintif boleh memasuki Perjanjian Jual Beli dengan D2 dan D3 tanpa melalui D1. Tetapi di dalam hal ini, Perjanjian Jual Beli telah dimasuki antara D1 bagi pihak Plaintif dengan menggunakan Surat Kuasa Wakil yang kononnya dibuat oleh Plaintif. Saya mendapati tujuan Surat Kuasa Wakil dibuat oleh D1 dan D4 adalah bertujuan untuk menipu Plaintif agar hasil jualan Hartanah tersebut diambil oleh mereka tanpa pengetahuan Plaintif.
93
Oleh itu, saya memutuskan atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah membuktikan bahawa Surat Kuasa Wakil (P3) bukan ditandatangani oleh Plaintif dan P3 adalah dipalsukan oleh D1 dan Sama ada D2 dan D3 adalah pembeli suci hati bagi balasan yang berharga (bona fide purchaser for valuable consideration) Hartanah tersebut
94
Susulan daripada keputusan Mahkamah bahawa Surat Kuasa Wakil adalah dipalsukan, persoalan yang timbul adakah pindah milik Hartanah tersebut kepada D2 dan D3 adalah sah dan pendaftaran mereka tidak boleh disangkalkan memandangkan mereka adalah pembeli suci hati bagi balasan yang berharga.
95
D2 dan D3 berhujah bahawa mereka adalah pembeli suci hati bagi balasan yang berharga dan mereka telah membayar sejumlah RM300,000.00 bagi pembelian Hartanah tersebut. Maka, pendaftaran hakmilik mereka tidak boleh disangkal menurut seksyen 340 Kanun Tanah Negara [Akta 828].
96
Bagi menyokong hujahan mereka, D2 dan D3 telah merujuk kepada kes Mohd Nasir Moidu v Lee Swee Kim [2010] 15 MLRH 397 yang mana Hakim Vernon Ong Lam Kiat telah memutuskan di muka surat 398 bahawa— “The Law lndefeasibility of Title Under Section 340 National Land Code According to s 340(1) NLC, a title which is registered is indefeasible in that it is free of II sdverse claims or encumbrances not noted on the register. In other words, the registered titl cannot be challenged by anyone. The indefeasibility of title is, however, not absolute. It may be set aside under the following circumstances prescribed under s 340(2) NLC:
a
In any case of fraud or misrepresentation to which the person or body, or any agent of the person or body, was party or privy; or
b
where registration was obtained by forgery, or by means of an insufficient or void instrument; or
c
where the title or interest was unlawfully acquired by the person or body in the purported exercise of any power or authority conferred by any written law. The concept of indefeasibility has been restated and clarify succinctly in the recent landmark case of Tan Ying Hong v. Tan Sian San [2010] 1 MLRA 1; [2010] 2 CLJ 269 where the Federal Court overruled the decision in Adorna Properties Sdn Bhd v. Boosom Booyanit [2000] 1MLRA 869.....The basics principle distilled from the Federal Court's decision may be summarized as follows:
1
lndefeasibility of title or interest in land can be immediate or deferred.
2
Section 340 NLC conferred deferred indefeasibility as opposed to immediate indefeasibility.
3
The indefeasibility of any immediate transferee whose registered interest or title was obtained by fraud, fraudulent misrepresentation and or forgery is deferred. Subsection (3) of s 340 NLC did not apply to an immediate transferee of any title or interest in land. It is only applicable to a holder of a subsequent interest or title, ie, a subsequent transferee claiming through or under the immediate transferee whose interest or title is defeasible.
2
Fraud The plaintiff's contention is that the defendant obtained the title to the Land by way of fraud and or fraudulent misrepresentation. For the purposes of vitiating title to land under s,340 NLC the fraud must be actual fraud. What is fraud? It is impossible to lay down a complete and comprehensive definition of fraud-as the range of fraud is infinite.
3
Forgery According to Judith Sihombing in The National Land Code - A Commentary (Vol 2) para 3354, forgery involves fraud. However, the fraud is not always that of the party obtaining registration by use of the forged instrument. Forgery involves the dishonest misuse of the name of the registered proprietor (or of a party seeking without fault to take from the registered proprietor) or of factors relevant to the transaction where the name, details, or other information of the party are counterfeited by a rouge or someone intending to act dishonestly in so counterfeiting the signature and also usually intending to achieve some benefit for himself.”. [Penekanan ditambah]
97
Oleh itu, berdasarkan keputusan tersebut, D2 dan D3 berhujah bahawa D2 dan D3 bukanlah pihak yang terlibat di dalam mana-mana pakatan pemalsuan yang diutarakan dan dikemukakan oleh Plaintif. D2 dan D3 tiada pengetahuan langsung berkenaan perkara tersebut.
98
Selanjutnya, D2 dan D3 berhujah bahawa berkenaan isu pemalsuan tandatangan Plaintif di dalam Surat Kuasa Wakil bertarikh 04.06.2018 yang dibangkitkan oleh Plaintif adalah satu tindakan pemikiran terkemudian (afterthought) oleh Plaintif apabila beliau tidak menerima keseluruhan harga jual beli dari D1 yang merupakan ejen bagi pihak Plaintif.
99
D2 dan D3 selanjutnya berhujah bahawa selepas Plaintif memberi sepenuh kepercayaan dan kuasa kepada D1 sebagai ejen atau broker untuk menjualkan Hartanah tersebut ia merupakan salah satu cara untuk D1 melaksanakan tanggungjawab tersebut. Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh Plaintif bahawa beliau tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen perlantikan adalah penafian semata-mata sebab bagaimana seorang ejen atau broker hendak melaksanakan tanggungjawab untuk menjualkan Hartanah tersebut tanpa diberi kuasa.
100
Sebagaimana yang diputuskan dalam perenggan 92 atas bahawa tiada keperluan Surat Kuasa Wakil disediakan bagi tujuan penjualan Hartanah tersebut. Sekiranya pernyataan D1 dan D4 adalah benar, tiada penjelasan diberikan oleh D1 dan D4 kenapa bayaran baki jumlah hasil jualan tidak diberikan kepada Plaintif sehingga tuntutan Plaintif difailkan.
101
Seksyen 340 Akta 828 memperuntukkan bahawa – “(1) The title or interest of any person or body for the time being registered as proprietor of any land, or in whose name any lease, charge or easement is for the time being registered, shall, subject to the following provisions of this section, be indefeasible.
2
The title or interest of any such person or body shall not be indefeasible—
a
in any case of fraud or misrepresentation to which the person or body, or any agent of the person or body, was a party or privy; or
b
where registration was obtained by forgery, or by means of an insufficient or void instrument; or
c
where the title or interest was unlawfully acquired by the person or body in the purported exercise of any power or authority conferred by any written law.
3
Where the title or interest of any person or body is defeasible by reason of any of the circumstances specified in subsection (2)—
a
it shall be liable to be set aside in the hands of any person or body to whom it may subsequently be transferred; and
b
any interest subsequently granted thereout shall be liable to be set aside in the hands of any person or body in whom it is for the time being vested: Provided that nothing in this subsection shall affect any title or interest acquired by any purchaser in good faith and for valuable consideration, or by any person or body claiming through or under such a purchaser..”’. [Penekanan ditambah]
102
Seterusnya, saya merujuk kepada kes Malayan Banking Bhd & Ors v Tho Siew Wah & Anor and another appeal [2017] 7 CLJ 573 yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa – “As long as the registration pursuant to the immediate purchase of the land was obtained through forgery or the use of a void or insufficient instrument, no indefeasibility of title is conferred by law under the NLC, whether or not the purchasers were privy to the vitiating acts mentioned under section 340(2) of the NL.”. [Penekanan ditambah]
103
Saya selanjutnya merujuk kepada kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor. v Secure Plantation Sdn. Bhd. [2017] 4MLJ 697, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa— “[8] To compound its error, the trial court then jumped to the conclusion (see para 37 of the judgment of the trial court) that the impugned PA was valid and that the exercise of purported powers by Kalidas was valid and in compliance with ss 3 and 4 of the PA Act as well as with s 85 of the Evidence Act, by reason of the fact of the registration of the impugned PA: P10 telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai 1938/09 pada 6 Mac 2009. Dengan itu exh P10 adalah sah dan tindakan defendan kedua berlandaskan P10 adalah sah dan mematuhi kehendak s 3(1) dan 4(1) Powers of Attorney Act 1949 dan s 85 Akta Keterangan. Dalam membuat keputusan ini, Mahkamah dibimbing oleh kes Melantrans Sdn Bhd v Carah Enterprise Sdn Bhd & anor [2003] 2 CLJ 86 yang memutuskan bahawa ‘Looking at the debenture in the appeal record, we are satisfied the said Power of Attorney complied with subsection 3(2) and 4(1) of the Powers of Attorney Act 1949’. [9] That latter reasoning was specious. The trial court believed that registration vested validity to the impugned PA. With respect, the registration of a power of attorney is a procedural requirement for the creation of a valid power of attorney. But it does not follow that once registered a power of attorney is valid or genuine. A forged power of attorney remains a forged instrument, notwithstanding its registration under the PA Act. The registration of a forged power of attorney will not turn it from fake to genuine. Whether the impugned PA was valid or fake or genuine could not be based on its registration or otherwise. Its validity should be based on the PA Act. It was an elemental error to hold that the impugned PA was valid (sah) because of its registration. … [63] … As the propounder, the respondent had the initial onus of proof to show that instrument of transfer upon which he acquired title was executed by the lawful attorney of the first appellant in the exercise of powers granted by a valid power of attorney. If the respondent could not show that the impugned PA was valid, then the instrument of transfer was defective. If the instrument of transfer was defective, then it would follow that the title of the respondent was obtained by a void instrument. Title could not pass to the respondent if the instrument of transfer were not executed by the first appellant or lawful attorney. In the instant case, the respondent relied on a power of attorney, which, on its face, without the form of authentication, was not valid. The burden of proof to establish the claim was not discharged. The impugned PA had no validity. In the result, the instrument of transfer was void.”. [Penekanan ditambah]
104
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, saya memutuskan bahawa walaupun Surat Kuasa Wakil telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah, ia tidak bermakna bahawa ia adalah bukti muktamad bahawa Surat Kuasa Wakil adalah sah. Surat Kuasa Wakil masih boleh disangkalkan dengan bukti berikutnya tentang ketidaksahan Surat Kuasa Wakil sama ada melalui pemalsuan, penipuan atau sebagainya. Pendaftaran Surat Kuasa Wakil adalah lebih kepada pematuhan prosedur sahaja.
105
Dalam hal ini, sebagaimana yang diputuskan di perenggan 93 atas, Surat Kuasa Wakil didapati dipalsukan oleh D1 dan D4, maka pendaftaran hakmilik bahagian Plaintif atas nama D2 dan D3 adalah tidak sah dan harus dibatalkan menurut perenggan 340(3)(b) Akta 828.
106
Tambahan pula, D2 dan D3 telah mengaku bahawa mereka telah membatalkan cek bayaran baki harga jualan sebanyak RM30,000.00. Maka D2 dan D3 belum lagi membuat bayaran sepenuhnya jumlah harga penjualan Hartanah tersebut dan dengan itu mereka bukanlah pembeli suci hati dengan balasan yang berharga.
107
Sehubungan itu, saya memutuskan pendaftaran hakmilik bahagian Plaintif atas D2 dan D3 boleh disangkal dan dengan itu saya memutuskan pendaftaran hakmilik D2 dan D3 bagi bahagian Plaintif adalah tidak sah dan harus dibatalkan. D5 adalah diarahkan untuk memindah milik hakmilik bahagian Plaintif kepada Plaintif. Sama ada bayaran yang dibuat oleh D2 dan D3 telah diterima oleh
108
Plaintif Plaintif telah menyatakan dalam Surat Akuan Sumpah (Borang 19B Kaveat Persendirian) (P12) (sila rujuk muka surat 35 dan 36 IDA) bahawa beliau telah menerima RM80,000.00 sahaja daripada hasil jualan Hartanah tersebut. Namun, perenggan 11 Pernyataan Tuntutan dan semasa perbicaraan, Plaintif memaklumkan bahawa beliau hanya menerima RM50,000.00 sahaja.
109
D1 dalam menjawab soalan no. 25 di dalam Pernyataan Saksi DWS-1 telah menyatakan bahawa beliau telah membayar RM80,000.00 seperti yang berikut:
a
RM5,000.00 sebagai bayaran deposit secara tunai kepada Plaintif pada 08.06.2018;
b
RM23,000.00 atas arahan Plaintif untuk menyelesaikan pemulangan wang deposit TLK melalui Tetuan KM Khairul & Co. secara tunai pada 04.07.2019;
c
RM2,000.00 telah dibayar kepada isteri Plaintf, Farhan secara tunai; dan
d
RM50,000.00 telah dibayar kepada Plaintif secara tunai pada 13.08.2018 dan diakui oleh Plaintif di dalam Laporan Polis beliau bertarikh 22.07.2019.
110
Tiada sebarang keterangan dan bukti dikemukakan oleh D1 mengenai bayaran yang dibuat kepada pihak-pihak yang disebut di perenggan 104(a) dan (c) atas. Adalah diperhatikan D1 menyatakan bayaran RM23,000.00 dibayar kepada SD2 manakala di keterangan lain, D1 menyatakan beliau telah membayar RM33,000.00 kepada SD2. Percanggahan keterangan oleh D1 menimbul keraguan mengenai berapakah jumlah sebenar yang dibayar kepada Plaintif.
111
D2, D3 dan D4 telah membangkitkan persoalan mengenai jumlah bayaran RM50,000.00 yang diterima oleh Plaintif adalah suatu pemikiran terkemudian (afterthought) kerana Plaintif tidak berpuas hati beliau tidak menerima hasil jualan Hartanah itu. Perkara ini dinafikan oleh Plaintif. Sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 91 atas, turutan peristiwa daripada penyediaan Surat Kuasa Wakil sehingga pindah milik Hartanah tersebut kepda D2 dan D3 telah membangkitkan kesangsian mengenai kesahihan Surat Kuasa Wakil yang kononnya ditandatangani oleh Plaintif.
112
Menurut D4, beliau telah diarahkan oleh D1 untuk menghantar notis tuntutan kepada D2 dan D3 selepas beberapa peringatan diberikan kepada D2 dan D3 untuk membayar baki harga jualan RM30,000.00 (sila rujuk muka surat 233 NOP). Namun demikian, saya mendapati walaupun Notis Tuntutan yang bertarikh 14.11.2018 (sila rujuk muka suarat 71 dan 72 IDA) dikeluarkan kepada D2 dan D3 untuk menuntut baki bayaran RM30,000.00 dan kegagalan membuat bayaran tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari daripada surat tersebut, tindakan akan diambil untuk membatalkan Perjanjian Jual Beli. Namun demikian, saya mendapati tiada apa-apa tindakan diambil oleh D4 untuk membatalkan Perjanjian Jual Beli tersebut sehingga kini. Selain itu, saya mendapati suatu Notis Tuntuan bertarikh 14.11.2018 juga dikeluarkan kepada Plaintif (sila rujuk muka surat 1-3 IDB1 yang ditanda sebagai D14) untuk menuntut bayaran RM80,000.00 yang telah dibayar kepada Plaintif oleh D1 dan tiada apa-apa tindakan diambil terhadap Plaintif juga untuk menuntut bayaran selepas Notis Tuntutan dikeluarkan oleh D4. Adalah diperhatikan tiada sebarang tuntutan balas difailkan oleh D1 mahupun D4 terhadap Plaintif menuntut balik bayaran RM80,000.00 semasa Pernyataan Pembelaan difailkan oleh mereka.
113
Saya seterusnya mendapati pada masa material, Hartanah tersebut telah didaftarkan ke atas nama D2 dan D3 pada 07.08.2018. Menurut D2 dan D3, cek bagi bayaran terakhir RM30.000.00 hanya dikeluarkan pada 15.08.2018 dan dibatalkan kemudian apabila mereka mendapati keluasan Hartanah itu adalah kurang daripada tiga (3) ekar. Maka, saya mendapati bahawa isu yang dibangkitkan oleh D4 adalah tidak berasas.
114
Sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 85 atas, tiada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh D1 dan D4 menunjukkan bahawa semua hasil jualan yang dibuat oleh D2 dan D3 dibayar kepada Plaintif. Tiada keterangan atau bukti dikemukakan oleh D1 bahawa sebahagian hasil jualan sebanyak RM4,000.00 diserahkan kepada Farhan yang dikatakan isteri kepada Plaintif. D1 juga gagal mengemukakan sebarang keterangan atau bukti membuktikan bahawa beliau yang bayar segala kos urusan harta pusaka arwah bapa Plaintif dan juga segala kos transaksi penjualan Hartanah tersebut.
115
Adalah diperhatikan surat akuan Plaintif yang dibuat pada 22.07.2019 (P12) yang mengaku beliau menerima RM80,000.00 daripada D1 dan Pernyataan Tuntutan Plaintif dibuat pada 18.02.2020 juga menyatakan jumlah yang sama diterima olehnya. Walaupun terdapat percanggahan keterangan Plaintif mengenai jumlah yang diterima olehnya dalam P12 dan Pernyataan Tuntutan, saya menerima keterangan Plaintif yang menyatakan beliau menerima RM50,000.00 semasa memberikan keterangan di Mahkamah.
116
Memandangkan saya telah memutuskan segala pindah milik dan pendaftaran bahaigan Plaintif bagi Hartanah tersebut adalah tidak sah dan harus dibatalkan, saya memutuskan bahawa Plaintif hendaklah memulangkan RM50,000.00 kepada D2 dan D3 demi keadilan. Sama ada D2 dan D3 boleh membuat tuntutan balas terhadap D1 dan
117
D4 dalam tuntutan yang difailkan oleh Plaintif D2 dan D3 telah membuat tuntutan balas terhadap D1 dan D4 untuk pembayaran balik segala bayaran yang telah dibuat bagi pembelian Hartanah tersebut sebanyak RM330,000.00 sekiranya Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif.
118
Tuntutan kes ini adalah difailkan oleh Plaintif terhadap semua Defendan untuk, antara yang lain, deklarasi bahawa Surat Kuasa Wakil dan transaksi penjualan Hartanah tersebut adalah tidak sah dan dibatalkan.
119
Aturan 15 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KM 2012”) memperuntukkan bahawa— “2. (1) Subject to rule 5(2), a defendant in any action who alleges that he has any claim or is entitled to any relief or remedy against a plaintiff in the action in respect of any matter (whenever and however arising) may, instead of bringing a separate action, make a counterclaim in respect of that matter; and where he does so he shall add the counterclaim to his defence…”.
120
Berdasarkan peruntukan di atas, Aturan 15 Kaedah 2(1) KM 2012 membenarkan tuntutan balas difailkan oleh Defendan terhadap Plaintif dengan memfailkan Pernyataan Pembelaan mereka dengan syarat tuntutan balas hendaklah berkaitan dengan tindakan utama Plaintif. Di dalam hal ini, tuntutan balas yang difailkan oleh D2 dan D3 bukan terhadap Plaintif tetapi terhadap D1 dan D4.
121
Saya merujuk kepada kes Mahkamah Agung India dalam kes Rajul Manoj Shah Alias Rajeshwari Rasiklal Sheth v Kiranbhai Shakrabhai Patel (2025) INSC 1109/2025 SCO.LR9(4)[17] yang memutuskan bahawa— “20. Rule 6A provides that counter-claim shall be against the claim of the plaintiff and such right or claim shall be in respect of cause of action accruing to defendant against the plaintiff. This Court in Rohit Singh (supra) held; “21. Normally, a counterclaim, though based on a different cause of action than the one put in suit by the plaintiff could be made. But, it appears to us that a counterclaim has necessarily to be directed against the plaintiff in the suit, though incidentally or along with it, it may also claim relief against the co-defendants in the suit. But a counterclaim directed solely against the co-defendants cannot be maintained. By filing a counterclaim the litigation cannot be converted into some sort of an interpleader suit…..”
21
The above observations have been reiterated with approval in subsequent pronouncement in Damodhar Narayan Sawale v. Tejrao Bajirao Mhaske, by observing as under; “39. The decision of this Court in Rohit Singh v. State of Bihar also assumes relevance in the above context. This Court held that a defendant could not be permitted to raise counterclaim against co-defendant because by virtue of Order 8 Rule 6-A CPC, it could be raised by the defendant against the claim of the plaintiff.”…”.
22
In the present case, defendant no. 2 sought to raise a counter-claim primarily for the relief of specific performance of agreement dated 21.10.2011 executed in his favour by deceasedoriginal defendant no. 1 with respect to her undivided share in thesuit property, by a direction to the Nazir, the substituted representative of defendant no. 1, to execute a sale deed in pursuance of the agreement to sell. The relief of specific performance as sought to be raised by defendant no. 2 cannot be set up by way of a counter-claim since the same is not directed against the appellant/plaintiff, but is instead directed solely against the co-defendant. In view of this, defendant no. 2 is held to be disentitled to raise prayer of specific performance by way of counter-claim. This is simply not permissible, and this position is no more res-integra in view of the decision of this Court in Rohit Singh (supra)…”. [Penekanan ditambah]
122
Aturan VIII, Kaedah 6A Kanun Tatatacara Sivil India (Order VIII, Rule 6A Indian Civil Procedure Code) adalah peruntukan yang setara (equivalent provisions) dengan Aturan 15 Kaedah 2 KM
2012
Maka berdasarkan Aturan 15 Kaedah 2(1) KM 2012 dan keputusan kes tersebut, D2 dan D3 tidak boleh memfailkan tuntutan balas terhadap D1 dan D4.
123
Selanjutnya, saya mendapati D2 dan D3 tidak memfailkan apa-apa prosiding pihak ketiga di bawah Aturan 16 KM 2012 terhadap D1 dan D4 untuk menanggung rugi mereka jika tuntutan Plaintif dibenarkan oleh Mahkamah ini.
124
Aturan 16 KM 2012 memperuntukkan bahawa— “1. (1) Where in any action a defendant who has entered an appearance—
a
claims against a person not already a party to the action any contribution or indemnity;
b
claims against such a person any relief or remedy relating to or connected with the original subject matter of the action and substantially the same as some relief or remedy claimed by the plaintiff; or
c
requires that any question or issue relating to or connected with the original subject matter of the action should be determined not only as between the plaintiff and the defendant but also as between either or both of them and a person not already a party to the action, then, subject to paragraph (2), the defendant may issue a notice in Form 18 or 19, whichever is appropriate (which is referred to as a “third party notice” in this Order), containing a statement of the nature of the claim made against him and, as the case may be, either of the nature and grounds of the claim made by him or of the question or issue required to be determined…”. [Penekanan ditambah]
125
Oleh kerana kegagalan D2 dan D3 mengeluarkan Notis Pihak Ketiga terhadap D1 dan D4 untuk menanggung rugi D2 dan D3 jika tuntutan Plaintif terhadap D2 dan D3 dibenarkan, Mahkamah menolak tuntutan balas D2 dan D3 terhadap D1 dan D4. Sungguhpun begitu, saya memberikan kebebasan kepada D2 dan D3 menuntut balik segala bayaran yang dibuat kepada D1 dan D4 melalui tuntutan yang berasingan yang difailkan kemudian.
126
KESIMPULAN Berdasarkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti melalui dokumen kontemporari yang dikemukakan semasa perbicaraan oleh pihak-pihak, saya mendapati atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah membuktikan tuntutannnya terhadap semua Defendan. Oleh itu, saya membenarkan tuntutan Plaintif seperti yang berikut:
a
deklarasi bahawa Surat Kuasa Wakil yang disediakan oleh D1 terhadap Hartanah tersebut adalah tidak sah dan terbatal;
b
deklarasi bahawa hakmilik D2 dan D3 boleh disangkal;
c
deklarasi bahawa pindah milik Hartanah tersebut oleh D2 melalui Surat Kuasa Wakil yang bertarikh 04.06.2018 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 10.07.2018 melalui nombor pendaftaran 8366/2008 dan di Pejabat Tanah Pontian pada 12.07.2017 melalui perserahan nombor 72/2018 kepada D2 dan D3 adalah tidak sah dan terbatal;
d
D1 hingga D4 dengan serta merta memberi atau mengakibatkan untuk memberikan suratan hakmilik tersebut kepada Plaintif;
e
deklarasi bahawa Plaintif adalah pemilik sebenar Hartanah tersebut;
f
D5 dengan serta merta— i. membatalkan dan/atau menghapuskan surat cara pemindahan dan/atau pindah milik Hartanah tersebut oleh D1 kepada D2 dan D3; dan ii. mengambil segala tindakan, termasuk dan tidak dihadkan untuk membuat segala pindaan dalam mana-mana hakmilik dan/atau surat cara untuk mengekalkan Plaintif sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut;
g
D5 dengan serta merta setelah menerima suratan hakmilik tersebut membuat pindaannya untuk mencerminkan pembatalan dan/atau penghapusan surat cara pemindahan Hartanah tersebut daripada Plaintif kepada D2 dan D3;
h
sekiranya D1 hingga D4 gagal memberi suratan hakmilik Hartanah tersebut atau mengakibatkan untuk memberikan suratan hakmilik atau mematuhi dengan apa-apa perintah yang telah diberikan terhadap permohonan diatas dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh perintah yang diberikan oleh Mahkamah yang mulia ini maka D5 membatalkan suratan hakmilik yang mencerminkan D2 dan D3 sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut dan mengeluarkan dengan serta merta satu suratan hakmilik terhadap Hartanah tersebut yang mencerminkan— i. pembatalan dan/atau penghapusan surat cara pemindahan Hartanah tersebut daripada Plaintif kepada D2 dan D3; dan ii. Plaintif sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut;
i
satu injunksi menghalang D1 hingga D4 sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui diri mereka sendiri atau melalui ejen-ejen dan orang-orang suruhan atau sebaliknya mengendalikan Hartanah tersebut dalam apa-apa cara selain daripada memastikan Plaintif adalah pemilik sebenar dan dicerminkan sebagai pemilik Hartanah tersebut;
j
Plaintif untuk memulangkan jumlah RM50,000.00 kepada D2 dan D3 dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perintah ini;
k
D1 untuk memulangkan jumlah RM33,000.00 yang dibayar kepada firma guaman KM Khairul & Co. kepada Plaintif dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perintah ini dan Plaintif hendaklah pulangkan wang tersebut kepada D2 dan D3;
l
D1 dan D4 masing-masing diperintahkan membayar ganti rugi teladan sebanyak RM20,000.00 kepada Plaintif dalam masa 30 hari daripada tarikh perintah ini;
m
faedah adalah 5% atas gantirugi yang diperintahkan;
n
D2 dan D3 adalah bebas menuntut bayaran balik baki harga jualan dariapda D1 dan D4 melalui tindakan yang lain;
o
kos sebanyak RM20,000.00 dibayar oleh D1 dan D4 masing-masing kepada Plaintif dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perintah ini; dan
p
tuntutan balas D2 dan D3 terhadap D1 dan D4 ditolak. Bertarikh 6 Disember 2025. Ditandatangani: T.T ………………….. Wong Mee Ling Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Johor Darul Ta’zim. Peguam Bagi Plaintif Encik Maniam K. Mariappan dan Encik Gajelan Rajakumar Tetuan K. Marappan & Company Suite 7.02, Tingkat 7, Wisma Sing Long Jalan Zabedah 83000 Batu Pahat, Johor. Peguam Bagi Defendan Pertama Encik Mohd Radzi Bin Yatiman Tetuan Rahim & Lawrnee No. 124 & 125, Tingkat 1 Jalan Sia Her Yam Segamat, 85000, Johor Peguam Bagi Defendan Kedua dan Ketiga Encik Haris Fadzillah Bin Samin Tetuan Mohd. Akhir & Partners No.15-1, Jalan Delima 7 Pusat Perdagangan Pontian 82000 Pontian, Johor Darul Tazim Peguam Bagi Defendan Keempat Encik Mohd Radzi Bin Yatiman Tetuan Rahim & Lawrnee No. 124 & 125, Tingkat 1 Jalan Sia Her Yam Segamat, 85000, Johor Peguam Bagi Defendan Kelima dan Keenam Encik Mohd Zulfadhli bin Tuah Peguam Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad 79100, Kota Iskandar, Johor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.