Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: BA-12B-20-03/2025 ANTARA PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (NO. SYARIKAT: 12557-W) … PERAYU
BA-12B-20-03/2025
High Court of Malaysia18 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“appreciation of evidence” (see Chow Yee Wah & Anor v Choo Ah Pat **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 [1978] 1 LNS 32; Watt v Thomas [1947] AC 484; and Gan Yook Chin & Anor v Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309). ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada Hakim”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: BA-12B-20-03/2025 ANTARA PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (NO. SYARIKAT: 12557-W) … PERAYU
1
ABDUL GHANI BIN MOHD NOR
2
MOHAMAD HAIZIR ASRAF BIN MOHAMAD TARMIZI
3
EMBI MOHD RIDZUAN BIN MAT HUSSIN (NO. K/P: 820511-03-5349) … RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen Di Bandar Baru Bangi Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan Guaman Sivil No.: BI-A53KJ-60-11/2022 ANTARA ABDUL GHANI BIN MOHD NOR (NO. K/P: 700530-03-5065) … PLAINTIF
1
DAN MOHAMAD HAIZIR ASRAF BIN MOHAMAD TARMIZI
2
EMBI MOHD RIDZUAN BIN MAT HUSSIN
3
PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (NO. SYARIKAT: 12557-W) … DEFENDAN-DEFENDAN] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan bagi liabiliti dan kuantum oleh defendan ketiga terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 7.3.2025 yang membenarkan tuntutan plaintif dan memerintahkan defendan-defendan membayar RM65,000.00 bagi ganti rugi am, RM22,700.00 bagi ganti rugi khas, faedah dan kos RM9,023.00.
2
Pada 18.7.2025, Mahkamah ini telah menolak rayuan defendan ketiga dengan kos RM10,000 dan keputusan Mahkamah Sesyen dikekalkan. Selanjutnya, defendan merayu ke Mahkamah Rayuan setelah defendan ketiga memperoleh kebenaran merayu dari Mahkamah Rayuan pada 14.1.2026.
3
Bagi tujuan penyediaan alasan penghakiman, pihak-pihak akan dirujuk sebgaiamana di Mahkamah Sesyen.
4
Defendan pertama ialah penunggang motosikal No. Pendaftaran DS 3331, dan defendan kedua ialah pemilik motorsikal. Kemalangan berlaku semasa plaintif memandu kereta No. Pendaftaran VDE 7813 dari Jalan Reko menghala ke Pangsapuri Baiduri di Taman Tasik Kesuma, Kajang berhampiran km 36, Jalan KL-Seremban.
5
Defendan pertama dikatakan mengubah haluan dan masuk ke laluan plaintif sehingga menyebabkan plaintif hilang kawalan dan motorkar terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan. Kemalangan tersebut berlaku pada 10.1.2020.
6
Semasa writ difailkan, defendan ketiga tidak dinamakan sebagai pihak. Pada 7.6.2023 defendan ketiga dibenarkan mencelah dan Pernyataan Pembelaan defendan ketiga difailkan pada 9.6.2023.
7
Pada awalnya, defendan pertama dan kedua diwakili oleh Tetuan Mathew Thomas & Co. Namun, atas arahan defendan ketiga, firma tersebut menarik diri daripada mewakili defendan pertama dan kedua. Akibatnya, defendan pertama dan kedua tidak hadir semasa perbicaraan penuh.
8
Semasa perbicaraan penuh, hanya tiga orang saksi yang memberi keterangan bagi plaintif iaitu plaintif pertama (SP1), Norazilah binti Ismail (SP2) dan Sarjan Armiza binti Husein (SP3). Manakala saksi defendan ketiga ialah Zaizatul Ashikin binti Zuelkiflee (SD1) yang merupakan Ketua Jabatan, Unit Rekod Hospital Kajang.
9
Prinsip undang-undang berhubung campur tangan mahkamah dalam menjalankan kuasa rayuan adalah mantap. Pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah ini dalam menilai keputusan Mahkamah Sesyen ialah Mahkamah ini tidak akan menganggu keputusan hakim bicara melainkan hakim bicara ternyata khilaf.
10
Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441 menjadi panduan Mahkamah ini - [60] It is now established that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is 'the plainly wrong test' principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 (at p 10) per Steve Shim CJ (Sabah & Sarawak). More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Bhd v Genisys Intergrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785 where it was held at p 800: “It is well settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence” (see Chow Yee Wah & Anor v Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v Thomas [1947] AC 484; and Gan Yook Chin & Anor v Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309). ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada Hakim Bicara khilaf dalam menolak membenarkan tuntutan plaintif dan menolak tuntutan balas defendan ketiga.
11
Pembelaan defendan ketiga berkisar kepada fakta bahawa motorsikal tidak terlibat dalam kemalangan tersebut. Namun secara alternatif, diplidkan oleh defendan ketiga bahawa terdapat unsur frod dan unauthorised rider memandangkan laporan polis oleh defendan pertama telah dibuat oleh defendan pertama pada 29.1.2020 iaitu lewat 19 hari selepas kemalangan berlaku.
12
Selain itu defendan ketiga menegaskan bahawa berlaku pindah milik motorsikal DS3331 yang dibuat tanpa pendaftaran rasmi. Defendan pertama membeli motorsikal tersebut daripada Mad Noor kurang sebulan sebelum kemalangan. Selepas kemalangan, defendan pertama menjual semula motorsikal kepada Mad Noor. Alegasi ini jelas tidak berjaya dibuktikan oleh defendan ketiga memandangkan tiada mana-mana saksi dipanggil semasa perbicaraan.
13
Defendan ketiga telah mengemukakan seorang saksi dari Unit Rekod Hospital Kajang bagi memberi keterangan berhubung kemalangan yang dialami oleh plaintif yang dikatakan berlaku pada 10.1.2020. Mahkamah ini mendapati, SD1 mengesahkan yang plaintif sememangnya telah dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan di Hospital Kajang pada 10.1.2020.
14
Keterangan material yang cuba dibawa masuk oleh defendan ketiga melalui keterangan SD1 adalah berkenaan catatan doktor di bahagian sejarah kemalangan dalam rekod daripada Jabatan Kecemasan yang menyatakan – – alleged skidded around 3am today; claim fall asleep then car skidded hit. Patient LOC unsure duration regain concession in seconds.
15
Mahkamah ini telah mendapati bahawa SD1 telah dicabar semasa pemeriksaan balas berhubung catatan tersebut yang mana SD1 mengesahkan antara lain bahawa – a) SD1 mengesahkan beliau tidak tahu apa soalan yang ditanya kepada plaintif berkenaan kemalangan. b) Semasa plaintif diperiksa, SD1 tidak berada bersama. c) SD1 mengesahkan terdapat perkataan alleged MVA dan perkataan skidded ada dinyatakan dalam laporan doktor.
16
Mahkamah ini telah meneliti nota keterangan dan mendapati plaintif tidak diperiksa balas berkenaan dengan isu tertidur dan hilang kawalan. Pada hemat Mahkamah ini, keterangan saksi tunggal defendan ketiga sendiri telah menegatifkan naratif pembelaan defendan ketiga bahawa motorsikal plaintif tidak terlibat dalam kemalangan pada tarikh tersebut.
17
Berhubung dengan pembelaan defendan ketiga bahawa wujud frod dan unauthorised rider dalam pengemukaan tuntutan insurans oleh plaintif, plaintif menegaskan bahawa pembelaan ini gagal dibuktikan oleh defendan ketiga. Plaintif telah bergantung kepada keterangan SP3 yang mengesahkan terdapat empat laporan polis berkait dengan kemalangan tersebut.
18
Keterangan SP3 mendedahkan tiada kerosakan pada motorsikal DS3331 selain tayar motorsikal pancit. SP3 turut mengaku bahawa kedua-dua kenderaan tersebut tidak dibawa ke balai dan menyebabkan tiada gambar kenderaan diambil. Meski pun demikian, pegawai penyiasat telah membuat keputusan siasatan iaitu kereta VDE 7813 mengelak motorsikal DS3331 lalu hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan.
19
Pada hemat Mahkamah ini, keterangan SD1 sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 14 di atas adalah secara tidak langsung menyokong laporan polis plaintif. Defendan pertama telah membuat laporan polis sehari selepas kemalangan. Pembelaan defendan ketiga bahawa kelewatan pelaporan oleh defendan pertama yang dibuat pada 29.1.2020 menunjukkan berlakunya fraud pada pandangan Mahkamah ini adalah tidak mencukupi untuk melepaskan beban bukti defendan ketiga.
20
Dalam kes ini, defendan ketiga tidak memanggil penunggang motosikal, pemilik motosikal mahupun adjuster untuk memberi keterangan. Kegagalan defendan ketiga memanggil adjuster tidak konsisten dengan pembelaan defendan ketiga bahawa adjuster telah membuat penelitian dan akan dipanggil, selain suatu kes difailkan terhadap defendan pertama dalam tuntutan lain. Namun, tiada keterangan dikemukakan di Mahkamah semasa perbicaraan berhubung perkara ini.
21
Fraud dan self-accident juga gagal dibuktikan oleh defendan ketiga. Alasan defendan ketiga yang mereka tidak memanggil defendan pertama dan kedua adalah kerana defendan ketiga bergantung kepada laporan polis. Namun begitu, pendirian ini pada hemat Mahkamah tidak membuktikan pembelaan defendan ketiga bahawa wujud pakatan antara defendan pertama dan plaintif berhubung dengan kemalangan tersebut.
22
Setelah memberi pertimbangan kepada keseluruhan rekod-rekod rayuan dan penghujahan bertulis peguam cara defendan ketiga dan plaintif, Mahkamah ini turut mengambil panduan daripada kes Chung Hwa Ying v Phang Mun Mooi & Anor [1987] 2 MLJ 639 bahawa – In normal cases, the appellant court is reluctant to interfere with the Judge’s conclusion on the facts because, as a trial judge, he had the opportunity to see and hear the witness and is in a better position to weigh their evidence.
23
Mahkamah ini berpuashati bahawa tiada khilaf nyata oleh Hakim Bicara yang membolehkan Mahkamah ini campur tangan untuk mengubah keputusan berhubung dengan liabiliti. Apatah lagi defendan pertama dan kedua gagal hadir membela tuntutan plaintif. Dalam Jaafar Shaari & Anor v Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 CLJ 509, diputuskan bahawa – Since counsel for the respondents did not actually say that he wished to make a submission of no case to answer, the trial court was under no obligation to put to the election of counsel that he would not call any evidence. … Furthermore, as the 1st respondent had chosen not to give evidence, an adverse inference had to be drawn against him, which would have the effect of making the respondents wholly liable.
24
Manakala dari segi kuantum, defendan ketiga berhujah bahawa bagi loss of earning, tiada keterangan dikemukakan oleh saksi plaintif untuk membuktikan kehilangan pendapatan sebagai pemandu grab. Bagi tuntutan kehilangan pendapatan, hakim bicara yang bijaksana membenarkan jumlah RM2,200.00 sebulan kepada plaintif.
25
Panduan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Rasidin bin Partojo v Frederick Kiai [1976] 2 MLJ 214 telah diikuti oleh Mahkamah ini, bahawa – The principle upon which an appellate court will interfere with an award of damages made by a judge sitting alone has been stated by Lord Wright in Davies v Powell Duffryn Associated Collieries Ltd (2) at pages 616-7 as follows – Where an award is that of the judge alone, the appeal is by way of rehearing on damages as on all other issues, but as a generally so much room for individual choice so that the assessment of damages is more like an exercise of discretion than an ordinary act of decision, the appellate court is particularly slow to reverse the trial judge on question of amount of damages.
26
Mahkamah ini mendapati bahawa hakim bicara telah mengarahkan mindanya untuk menilai aspek jumlah ganti rugi yang dituntut oleh plaintif dalam soal kehilangan pendapatan selama lima tahun. Jumlah ganti rugi bagi tempoh lima tahun tidak dibenarkan atas asas dokumen sokongan hilang. Walau bagaimanapun, hakim bicara hanya membenarkan tuntutan ini berdasarkan pendapatan sebulan RM2200 untuk tempoh empat bulan.
27
Asas bahawa plaintif telah tidak boleh memandu dan tidak boleh bekerja sebagai pemandu Grab merupakan fakta yang telah dibuktikan oleh plaintif dan gagal dicabar. Jumlah ini pada hemat Mahkamah tidak berlebihan. Justeru, Mahkamah ini enggan mengganggu budibicara hakim bicara dalam mengawardkan jumlah ganti rugi tersebut.
28
Berdasarkan alasan-alasan yang diperihalkan di atas, Mahkamah ini menolak rayuan defendan ketiga dengan kos RM10,000 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 15 Mac 2026. Ditandatangani ...................................................... Hazizah binti Kassim
1
Bagi Pihak Perayu / Defendan Ketiga : Khairil Anuar Tetuan Kanaga, Suresh & Co (Shah Alam, Selangor)
2
Bagi Pihak Responden Pertama / Plaintif : Thirugnanam a/l Rasa Tetuan G. Pereira & Associates (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.