Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCVC-32-08/2017 ANTARA PADIBERAS NASIONAL BERHAD (NO. SYARIKAT: 295514-U) … PLAINTIF
DA-22NCVC-32-08/2017
High Court of Malaysia28 Nov 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“he Defendant and to test them, inter alia against the language of Order 14 of the RHC to determine whether or not they are plausible defence.” [14] Di dalam kes Ng Seng Kee v. Danaharta Urus Sdn Bhd [2008] MLJU 209 Mahkamah juga ada menyatakan seperti berikut: “If a Defendant in an Order 14 application succeeds in rais”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCVC-32-08/2017 ANTARA PADIBERAS NASIONAL BERHAD (NO. SYARIKAT: 295514-U) … PLAINTIF
1
ZAKIRON ENTERPRISE SDN BHD
2
MOHD ZAKIRON BIN ZAHID
3
LIZAM BIN ZAHID (NO. K/P: 791005-03-5413) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Interlokutari - Penghakiman Terus) A. LATAR BELAKANG [1] Melalui Kandungan 23, Plaintif telah memohon untuk satu Penghakiman Terus direkodkan terhadap Defendan di bawah Aturan 14, Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah menolak 2 permohonan Plaintif ini dengan kos sebanyak RM4,000.00. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Ini merupakan alasan-alasan terhadap keputusan tersebut. B. FAKTA KES [2] Plaintif adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawa Akta Syarikat 1965, dengan kegiatan utama Plaintif adalah membeli, memproses, mengilang dan menjual padi/beras kepada pengilang-pengilang lain dan pemborong-pemborong beras. Defendan Pertama adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965. Defendan Kedua dan Ketiga pula adalah Pengarah di dalam syarikat Defendan Pertama. [3] Pada 6 Julai 2014, satu perjanjian (selepas ini dikenali sebagai “Perjanjian”) telah dimasuki di antara Plaintif dan Defendan Pertama. Adalah dipersetujui di bawah Perjanjian tersebut antara lain, seperti berikut:
a
bahawa Plaintif akan membeli padi dari pesawah di premis Defendan Pertama mengikut mutu yang telah dipersetujui di antara Plaintif dan pesawah dan Defendan Pertama telah bersetuju untuk mengisar dan menjual balik beras dari hasil kisaran padi kepada Plaintif mengikut gred yang dipersetujui dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian tersebut; 3
b
(b)
Preamble
menurut Klausa 2.1 Perjanjian tersebut, perjanjian tersebut adalah untuk tempoh masa 8 musim berkuatkuasa dari musim 1/2014 sehingga musim 2/2017 atau sehingga ke satu masa bila mana kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan Perjanjian tersebut dengan memberi notis penamatan serta menjelaskan semua baki hutang kepada pihak yang satu lagi;
c
(c)
Preamble
menurut Klausa 4.1 Perjanjian tersebut, Plaintif akan membayar nilai harga padi kepada petani-petani/Defendan Pertama tertakluk kepada Harga Minima Terjamin (GMP) yang ditetapkan oleh Kerajaan dan bagi kilang yang memerlukan bantuan penuh, kelulusan untuk bantuan akan dipertimbangkan oleh Plaintif di atas syarat-syarat yang terkandung di dalam Klausa 4.2 Perjanjian tersebut;
d
(d)
Preamble
menurut surat kelulusan bertarikh 18 Mac 2013 (selepas ini dirujuk sebagai “surat kelulusan tersebut”) yang disertakan sebagai Lampiran A di dalam perjanjian tersebut, Plaintif telah meluluskan pembiayaan kepada Defendan Pertama bagi pembekalan padi dan memberi kredit kepada Defendan Pertama menurut Klausa 4.1 dan Klausa 4.2 Perjanjian tersebut di atas terma-terma yang tertera di dalam surat kelulusan tersebut;
e
(e)
Preamble
menurut surat kelulusan tersebut, Defendan Pertama perlu menjelaskan hutang semasa selepas penyesuian stok (‘stock 4 reconciliation”) selesai dibuat bayaran kos padi adalah secara kontra dari jualan beras kepada Plaintif. [4] Suatu jaminan dari Pengarah Syarikat bertarikh 6 Julai 2014 (selepas ini dirujuk sebagai “Jaminan tersebut”) yang dilampirkan di dalam Perjanjian tersebut sebagai Lampiran C telah ditandatangani oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dimana Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah bersetuju untuk bertanggungjawab secara bersesama dan berasingan dan sebagai penghutang prinsipal kepada Plaintif untuk membayar apa-apa jumlah tertunggak yang terhutang oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. [5] Plaintif telah menghantar invois-invois kepada Defendan Pertama dan sebahagian jumlah invois-invois tersebut telahpun dibayar Defendan Pertama. Walau bagaimanapun, setakat 26 Mac 2017, Defendan Pertama masih lagi berhutang sejumlah RM3,208,046.21, kepada Plaintif di bawah Perjanjian tersebut sepertimana di dalam Pernyataan Tuntutan. [6] Bayaran yang masih tertunggak dan terhutang kepada Plaintif oleh Defendan-Defendan di bawah Perjanjian tersebut setakat 26 Mac 2017 adalah sebanyak RM3,208,046.21. Oleh itu, Defendan-Defendan telah memungkiri terma-terma dan obligasi-obligasi yang diperuntukkan di dalam Perjanjian tersebut. 5 [7] Atas kemungkiran Defendan-Denfendan untuk menyelesaikan tunggakan sebanyak RM3,208,046.21 tersebut, Plaintif telah melalui Peguamcaranya, Tetuan Shahrizat Rashid & Lee, menghantar suatu Notis Untuk Meremedi dan Penamatan bertarikh 14 Jun 2017 dan telah menuntut daripada Defendan-Defendan untuk meremedikan kemungkiran tersebut dengan membayar jumlah baki terhutang sebanyak RM3,208,046.21 dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut. Walau bagaimanapun, Defendan-Defendan telah gagal, cuai dan/atau enggan untuk membuat sebarang bayaran kepada Plaintif dan hutang tersebut masih lagi tertunggak dan terhutang kepada Plaintif sehingga ke hari ini. [8] Oleh yang demikian, Plaintif menuntut daripada Defendan-Defendan seperti berikut:
a
jumlah yang tertunggak dan terhutang sebanyak RM3,208,046.21 setakat 26 Mac 2017;
b
faedah ke atas jumlah RM3,208,046.21 pada kadar 5% setahun dari tarikh Penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh;
c
Kos di atas dasar indemniti; dan\
d
relif sedemikian yang selanjutnya dan atau lain-lain relif yang dianggap adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah ini. 6 C. HUJAHAN PIHAK-PIHAK [9] Tuntutan/Permohonan Plaintif di dalam Lampiran 23 kepada Mahkamah ini ialah supaya satu Penghakiman Terus di bawah Aturan 14, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dimasukkan terhadap Defendan. Hujahan Plaintif [10] Antara lain Plaintif menghujahkan bahawa Defendan telah mengakui dengan jumlah hutang yang dituntut seperti di Ekshibit A7 dan A8. Juga Defendan mempunyai akaun hutang dengan Plaintif dan Defendan ada buat pembayaran kepada Plaintif. Defendan juga tidak mempertikaikan tuntutan Plaintif sebelum ini. Ini dengan sendiri menunjukkan Defendan mengakui tuntutan Plaintif. Justeru itu perbicaraan penuh adalah tidak perlu kerana ianya adalah satu kes yang “plain and obvious” dan Defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit. Hujahan Defendan [11] Defendan pula mempertikaikan akaun Plaintif yang mempunyai banyak percanggahan yang material. Butir-butir hutang juga berbeza jika dibezakan dengan kegiatan urusniaga. Terdapat juga beras yang telah dikisar yang tidak diambil oleh Plaintif dan tidak dikontrakkan oleh Plaintif. Defendan juga menafi menandatangani 7 Ekshibit A7 dan A8. Justeru itu, Defendan berhujah terdapat banyak isu yang terlibat yang memerlukan Perbicaraan Penuh. D. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Undang-Undang [12] Aturan 14, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menyatakan seperti berikut: “Permohonan oleh plaintif untuk Penghakiman Terus (A. 14, k. 1)
1
1.
1
Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defendan dan defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, plaintif boleh, atas alasan bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntuan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apa-apa ganti rugi yang dituntut, memohon kepada Mahkamah untuk penghakiman terhadap defendan itu.” (Lihat juga Roti Segar (M) Sdn Bhd v. Bank Perusahaan Kecil Sdn Bhd [2005] 1 LNS 464; Alloy Automative Sdn Bhd v. Perusahaan Ironfield [1986] 1 CLJ 2) 8 [13] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa permohonan untuk Penghakiman Terus tidak wajar dibenarkan sekiranya terdapat isu-isu yang layak dibicarakan telah dibangkitkan oleh pihak Defendan. Di dalam kes Noh Hyoung Seok Lawan Pewira Affin bank Bhd (2004) 2 MLJ 203, Mahkamah ada menyatakan seperti berikut: “it is not function of a judge in an Order 14 application to delve into the merits of the case and to decide whether the Defendant is likely to succeed or fail. The trial judge is only required to scrutinize the defence of the Defendant and to test them, inter alia against the language of Order 14 of the RHC to determine whether or not they are plausible defence.” [14] Di dalam kes Ng Seng Kee v. Danaharta Urus Sdn Bhd [2008] MLJU 209 Mahkamah juga ada menyatakan seperti berikut: “If a Defendant in an Order 14 application succeeds in raising even a single triable issue, it will not be a fit and proper case to order summary judgment. It is only in plain and obvious cases where there is no issues to be tried that recourse should be had to Order 14.” [15] Di dalam kes Roti Segar (M) Sdn Bhd & Yang Lain v. Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad [2015] 1 LNS 464 Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: 9 “Undang-undang berkaitan dengan Penghakiman Terus adalah mantap. Pihak Plaintif hendaklah menunjukkan tuntutannya adalah jelas dan nyata. Di samping itu Plaintif hendaklah juga menunjukkan pihak Defendan gagal menimbulkan sebarang isu yang wajar dibicarakan. Dalam kes Alloy Automotive Sdn Bhd v. Perusahaan Ironfield Sdn Bhd [1986] 1 CLJ 2, Mahkamah Agung (pada ketika itu) telah memutuskan: “The summary jurisdiction conferred by O.81 must be used with great care. It provides a procedure similar to O. 14. Where all the issues are clear, summary judgment should be given. A Defedant ought no to be shut out from defending unless it is very clear that he has no case in the action. A complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there ought to be a trial. Here the defence is alleging not only variation but also estoppels which was not dealt with by the learned judge. In view of this it could not be said that the liability for breach of contract had been clearly established.” [16] Tugas Hakim bicara dalam menentukan sesuatu permohonan untuk Penghakiman Terus telah digariskan di dalam kes Bank Negara Malaysia v. Mohd Ismail & Ors [1992] 1 CLJ 627 di mana Mahkamah Agung pada ketika itu telah memutuskan seperti berikut: “Under an O 14 application, the duty of a judge does not end as soon as a fact is asserted by one party, and denied or disputed by the other in an affidavit. Where such assertion, denial or dispute is 10 equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent, or is inherently improbable in itself, then the judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue not triable. In our opinion, unless this principle is adhered to, a judge is in no position to exercise his discretion judicially in an Or 14 application. Thus, apart from indentifying the issues of fact or law, the court must go one step further and determine whether they are triable. This principle is sometimes expressed by the statement that a complete defence need to be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue.” Dapatan [17] Setelah meneliti Kertas-Kertas Kausa, Mahkamah mendapati Defendan-Defendan telah berjaya mendedahkan banyak isu-isu yang perlu dibicarakan. Pembelaan Defendan-Defendan juga mempunyai merit. Setiap pengataan-pengataan Defendan-Defendan dalam pembelaannya menimbulkan isu-isu yang memerlukan Plaintif membuktikan tuntutan Plaintif dengan jelas, tepat, terang dan nyata bagi membolehkan kes ini diadili dengan sewajarnya. [18] Mahkamah mendapati antara isu-isu yang telah diketengahkan oleh Defendan dan memerlukan pembuktian yang nyata, terang dan jelas oleh Mahkamah ini adalah seperti para-para dibawah. 11 [19] Defendan telah membangkitkan bahawa banyak invois-invois adalah tuntutan yang tidak berasas dan tidak tahu puncanya contohnya di dalam Ekshibit A-3 di muka surat 60 Invois ZKINS/2000026 bertarikh 28-06-2009 bernilai RM295,905.75, muka surat 61 Invois ZKINS/2000027 bertarikh 09-12-2009 dengan nilai RM718,273.00, Ekshibit A-3 muka surat 62 Invois ZKINS/2000028 bernilai RM182,456.40, muka surat 63 Invois ZKINS/2000029 bertarikh 24.02.2010 dengan nilai RM372,202.04, Ekshibit A-3 muka surat 70 Invois DNSBZK/00001 bertarikh 03.09.2015 dengan nilai RM295,785.00. [20] Menurut Defendan lagi contoh yang paling ketara adalah invois yang dikeluarkan pada akhir tahun 2013 iaitu selepas tarikh 05.06.2013 dan tahun 2014. Pada tempoh tersebut tidak berlaku pembelian padi, sedangkan Invois dikeluarkan tanpa pengetahuan dan persetujuan Defendan. Menurut Defendan invois ini juga tidak menjelaskan apa-apa hanya dicatit PADI PANJANG BASAH sedangkan tidak ada pembelian dan pengisaran yang berlaku pada masa ini. [21] Justeru, memandangkan fakta ini memerlukan penjelasan, maka adalah wajar saksi-saksi dipanggil yang memerlukan perbicaraan penuh dijalankan dan bukan melalui Penghakiman Terus. [22] Defendan juga mempertikaikan kandungan di dalam dokumen A7 dan A8. Defendan menegaskan juga bahawa Defendan tidak pernah menandatangi dokumen-dokumen tersebut. Tandatangan 12 yang tertera di dalam kedua-dua dokumen tersebut juga jauh berbeza dengan tandatangan di dalam kedua-dua perjanjian. Mahkamah berpendapat Plaintif gagal memberikan penjelasan yang meyakinkan bagaimana Plaintif memperolehi dokumen tersebut. Bagaimana dokumen tersebut disampaikan kepada Plaintif juga tidak dijelaskan dan dibuktikan. Penjelasan Plaintif bahawa surat A- 7 adalah konsisten dengan bayaran juga adalah dipertikaikan oleh Defendan kerana menurut Defendan surat tersebut menyatakan bayaran bermula Februari sedangkan bayaran dibuat pada bulan Mac. [23] Ini bermakna Defendan telah membangkitkan bahawa terdapat isu penipuan yang wujud di dalam kes ini, sekaligus mewajarkan perbicaraan penuh diadakan untuk pihak-pihak membuktikan sewajarnya. [24] Defendan juga menegaskan berdasarkan kepada baki stok beras dengan berat yang diakui Plaintif 1642(MT) yang bernilai RM3,448,200.00 yang dinilai pada masa sebaik sahaja beras tersebut dikisar manakala mengikut nilaian Defendan 1670.35(MT) yang bernilai RM3,507,735.00 yang mana tidak jauh bezanya. Jumlah ini jika dikontrakan, mengikut Defendan, adalah cukup untuk membayar harga padi yang dibekalkan untuk dikisar. Menurut Defendan adalah tidak munasabah sistem kontra ini menyebabkan Defendan terhutang dengan jumlah yang besar. Dengan ketidakpastian, ini Mahkamah berpendapat satu perbicaraan penuh 13 adalah wajar supaya saksi-saksi berupaya memberi penjelasan sewajarnya. [25] Defendan juga menegaskan bahawa invois yang dilampirkan oleh Plaintif bukan dari salinan asal dan hanya dibuat melalui komputer. Tambah-tambah lagi invois dan Penyata Akaun Plaintif terdapat banyak percanggahan dari segi jumlahnya. Ini mewajarkan saksi-saksi hadir ke Mahkamah untuk menerangkan percanggahan-percanggahan yang wujud. Invois yang dikemukakan oleh Plaintif, menurut Defendan, tidak pernah dibekalkan kepada Defendan sebelum ini sebab itu Defendan tertanya-tanya mengapa ada jumlah invois yang mempunyai nilai yang besar dan tidak munasabah. [26] Mengenai surat tawaran bayaran hutang berjadual (Ekshibit A-7) dan surat pengesahan hutang (Eshibit A-8) yang dirujuk sebelum ini, menurut Defendan ianya bukan dari Defendan kerana bukan tandantangan Defendan Kedua yang dinamakan di dalam kedua-dua dokumen tersebut. Ini adalah satu lagi isu penipuan atau “forgery” yang dibangkitkan Defendan yang mewajarkan satu perbicaraan penuh dijalankan. [27] Defendan juga mendakwa bahawa Penyata Akaun tidak diselaraskan mengikut urusniaga yang berlaku sebaliknya dibuat hanya untuk memenuhi mana-mana ruang agar memperolehi baki akhir sama dengan jumlah tuntutan. Menurut Defendan lagi, di dalam Penyata Akaun jumlah yang dibawa ke bawah adalah 14 urusniaga pada tahun 2007 dan jika jumlah ini tidak diambil kira maka jumlah tuntutan sepatutnya berkurangan. Fakta ini perlu dibuktikan oleh Defendan dan perlu dipatahkan oleh Plaintif. Hanya melalui panggilan saksi ie perbicaraan penuh sahaja Mahkamah boleh tentukan fakta ini. [28] Secara keseluruhannya Mahkamah mendapati, Defendan-Defendan menafikan semua invois, penyata akaun dan pengiraan oleh Plaintif. Menurut Defendan kalaupun penyata akaun dan invois Plaintif diambil kira sekalipun ianya tetap tidak memberi kiraan yang tepat dan Invois yang mempunyai jumlah yang sebenar sebagaimana invois asal yang tidak dikemukakan oleh Plaintif. Mahkamah berpendapat, hanya dengan perbicaraan penuh sahaja perkara ini dapat diputuskan secara adil. E. KESIMPULAN [29] Secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati terlalu banyak isu-isu yang dibangkitkan yang mana hanya melalui panggilan saksi ie perbicaraan penuh sahaja Mahkamah dapat menentukan tuntutan Plaintif ini. Dengan penyata-penyata akaun yang didakwa mempunyai banyak percanggahan, butir-butir hutang dalam tuntutan Plaintif didakwa mengelirukan apabila dibandingkan dengan pergerakan urusniaga di dalam Penyata Akaun Plaintif, maka adalah wajar kes ini didengar secara perbicaraan penuh dengan memanggil saksi supaya keadilan dapat dicapai. Di dalam kes BNM vs Mohd Ismail (supra). Mahkamah menyatakan “the 15 defence set up need only show that there is a triable issue”. Ini telah berjaya dibuktikan oleh Defendan. Justeru itu permohonan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM4,000.00. Tarikh: 31 Julai 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Sivil NCvC 3 Kuala Lumpur Pihak-Pihak: Peguam Plaintif: En. Oazair bin Huneid Tyeb, Tetuan Shahrizat Rashid & Lee, Level 12, Menara Millenium, 8, Jalan Damansara, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, WILAYAH PERSEKUTUAN Peguam Defendan-Defendan: En. Mohd Nizam bin Haji Wahab, Tetuan Abdul Hakim Abdul Rahman & Co, PT 1070, Tingkat 2, Blok 8, Jalan Wakaf Che Yeh, Pasar Awam Bersepadu, 15150 Kota Bharu, KELANTAN
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.