Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO. : DA-22NCvC-32-08/2017 ANTARA PADIBERAS NASIONAL BERHAD (NO. SYARIKAT: 295514-U) … PLAINTIF
DA-22NCvC-32-08/2017
High Court of Malaysia25 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“espectively were forged. In dealing with this issue, we would start off by stating the obvious that is, the onus is on the appellant to prove his assertion. This is the requirement under s 101 of the Evidence Act 1950. In CC Siah Properties Sdn Bhd v ang Kheng Huat [2010] MLJU 1246; [2013] 3 MLRA 611, where the appella”
“can be more extensive than that of the liability of the principal borrower. (See the cases of (1) Yeoman Credit Ltd v. Latter & Anor [1961] 2 All ER 294 and (2) Chung Khiaw Bank Ltd v. Soi Huan & Ors [1985] CLJU 71; [1985] 1 LNS 71].” [17] Berdasarkan kepada kedua-dua perjanjian tersebut, Mahkamah telah membandingkan d”
“off by stating the obvious that is, the onus is on the appellant to prove his assertion. This is the requirement under s 101 of the Evidence Act 1950. In CC Siah Properties Sdn Bhd v ang Kheng Huat [2010] MLJU 1246; [2013] 3 MLRA 611, where the appellant alleged the signatures on the sale and purchase agreement were fo”
“S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 [50] Di dalam kes Hassan bin Hussin v Tengku Azhar Adib bin T Yusuf [2016] MLJU 1648, Mahkamah menyatakan; “The respondent in his defence denied that he had signed the power of attorney and Fo”
“, adalah tidak wajar bagi Def 1 di masa ini untuk mempertikaikan hutang dan jumlah yang terhutang tersebut. [28] Di dalam kes Kuwait Finance House Malaysia Bhd v Obnet Sdn Bhd & ors and another suit [2016] MLJU 1843, Mahkamah telah menekankan kepentingan untuk mencabar sebarang Notis Tuntutan apabila menyatakan; “[61]”
“s the strongest evidence that the Plaintiff is indeed unable to substantiate their claim for special damages of RM 390,775.20” [42] Manakala di dalam kes Liam Siak Nguan & ors v Lim Siak Kuang & ors [2017] MLJU 659, Abdul Wahab Mohamed PK (pada ketika itu) telah menyatakan; “[28] Hence, I hold that there is judicial ad”
“Sdn Bhd & Ors [1994] 1 MLJ 740 (which was later adopted in Global Destar (M) Sdn Bhd v Kuala Lumpur Glass Manufacturers Co Sdn Bhd [2004] 5 CLJ 167 and Beyond Hallmark Sdn Bhd v Leong Tuck Onn & Anor [2018] MLJU 2051) at p.752:- “Admissions are the strongest evidence possible and S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A **Note : Ser”
“Defendan-defendan bahawa Def 1 sememangnya berhutang dengan Plf. Prinsip berkaitan pengakuan saksi semasa perbicaraan telah diulas di dalam kes MSIG Insurance (M) Sdn Bhd v Matrix Cooling (M) Sdn Bhd [2020] MLJU 2091 seperti berikut: “[65] It is a trite that admissions are the strongest evidence possible as decided by”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO. : DA-22NCvC-32-08/2017 ANTARA PADIBERAS NASIONAL BERHAD (NO. SYARIKAT: 295514-U) … PLAINTIF
1
ZAKIRON ENTERPRISE SDN BHD
2
MOHD ZAKIRON BIN ZAHID
3
LIZAM BIN ZAHID … DEFENDAN - (NO. K/P: 660410-03-5655) DEFENDAN 06/06/2024 13:56:19 DA-22NCvC-32-08/2017 Kand. 146 S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini melibatkan tuntutan oleh Plaintif (Plf) yang merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan ke atas Defendan Pertama (Def 1) yang juga merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan. Kausa tindakan Plf adalah berkait kemungkiran perjanjian-perjanjian yang telah dimasuki di antara kedua mereka. Tuntutan Plaintif ke atas Defendan Kedua (Def 2) dan Defendan Ketiga (Def 3) adalah di atas sifat mereka sebagai Pengarah-pengarah Def 1 yang telah menjadi penjamin-penjamin ke atas perjanjian-perjanjian yang telah dimasuki di antara Plf dan Def 1. [2] Relif-relif yang dipohon oleh Plf adalah seperti berikut:
a
jumlah yang tertunggak dan terhutang sebanyak RM3,204,046.21 setakat 15.8.2017;
b
faedah ke atas jumlah RM3,204,046.21 pada kadar 5% setahun dari tarikh Penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; dan
c
Kos di atas dasar indemniti. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A Latar belakang kes [3] Terdapat 2 Perjanjian yang telah dimasuki di antara Plf dan Def 1 iaitu pertamanya pada 3/6/2009 (“Perjanjian 2009”) iaitu di P1 bagi tempoh selama 4 musim bermula dari musim 2/2008 hingga musim 2/2010 dan keduanya adalah Perjanjian (Program SUMK) pada 6/7/2014 (“Perjanjian SUMK”) iaitu di P2 bagi tempoh 8 musim dari musim 1/2014 hingga musim 2/2017. [4] Berdasarkan kepada kedua-dua perjanjian, secara amnya Plf akan membeli padi dari pesawah di premis Def 1 mengikut mutu yang telah dipersetujui dan Def 1 bersetuju untuk mengisar dan menjual balik beras dari hasil kisaran kepada Plf mengikut gred yang dipersetujui. Semasa pembelian padi tersebut, Plf akan mengeluarkan invois dengan terma kredit. [5] Apabila Def 1 hendak memulakan pengilangan atau pengisaran padi-padi tersebut, maka kelulusan perlu diperolehi dari Plf ke atas konsaimen padi-padi tersebut. Jika diluluskan, satu surat kelulusan akan dikeluarkan beserta invois kepada Def 1 untuk padi tersebut dikisarkan menjadi beras. Invois ini perlu dibayar oleh Def 1 dalam tempoh terma kredit yang dinyatakan. [6] Namun terdapat opsyen kedua iaitu beras yang telah dikisar tersebut boleh juga dijual semula kepada Plaintif. Sekiranya harga beras yang dijual tersebut adalah tidak sama dengan harga padi yang telah dibeli, maka kedua-dua invois semasa pembelian padi dan beras akan dikontrakan. Ini adalah tertakluk kepada kerugian serta pengurangan di dalam stok padi serta beras. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A [7] Plf mendakwa Def 1 telah gagal untuk melangsaikan invois tertunggak di bawah Perjanjian 2009 dan Perjanjian SUMK. Ini termasuk invois yang dikeluarkan ke atas Def 1 berkaitan pengilangan padi di dalam tempoh sepertimana yang dinyatakan di dalam invois-invois pihak Plf. Tuntutan Plf ke atas Def 1 adalah bagi tunggakan semasa berjumlah RM3,200,046.21 berdasarkan kepada Penyata Akaun bertarikh 31/8/2020. [8] Tuntutan ke atas Def 2 dan Def 3 adalah berbangkit apabila di dalam kedua-dua perjanjian tersebut, kedua mereka yang merupakan Pengarah kepada Def 1 dan mereka turut menandatangani perjanjian jaminan. [9] Def-def sebaliknya menegaskan bahawa Def 1 tidak pernah berhutang dengan Plf. Teras pembelaan Def-def adalah invois-invois yang dikeluarkan oleh Plf tersebut telah melampaui had masa yang melebihi 6 tahun. Di dalam masa yang sama Def 1 sebaliknya menegaskan bahawa mereka telah menggunapakai dokumen-dokumen rasmi kilang sepertimana yang ditetapkan oleh Kawal Selia Padi dan Beras mengikut peruntukan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. [10] Def 1 turut mendakwa bahawa menurut rekod Def 1, padi yang dibekalkan kepada Def 1 adalah melebihi jumlah invois yang dikeluarkan kepada Def 1. Menurut Def 1, Plf telah mengeluarkan invois susut untuk mengimbangi jumlah padi yang dibekalkan oleh Plf. Ini pada pandangan Def 1 adalah merupakan kesilapan oleh Plf atau para pekerjanya. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A Analisis dan dapatan Mahkamah Perjanjian 2009 dan Perjanjian SUMK [11] Teras kepada keseluruhan kes ini adalah berkaitan kedua-dua perjanjian ini. Ia bukanlah merupakan satu pertikaian berkaitan kedua-dua perjanjian ini dimasuki oleh Plf dengan Def 1 dan perjanjian jaminan di antara Plf dengan Def 2 dan Def 3. [12] Isu yang berbangkit adalah berkenaan teras kandungan perjanjian-perjanjian tersebut. [13] Klausa-klausa yang berkaitan adalah diperturunkan seperti di bawah:
Preamble
BAHAWASANYA:
1
BERNAS merupakan sebuah syarikat yang kegiatan utamanya adalah membeli padi, memproses, mengilang dan menjual padi/beras kepada pengilang-pengilang lain dan pemborong-pemborong beras.
2
BERNAS akan membeli padi (kemudian dari ini dirujuk sebagai “Padi”) dari pesawah di premis Kilang Beras mengikut mutu yang telah dipersetujui di antara BERNAS dan pesawah dan Kilang Beras denganini pula bersetuju untuk mengisar dan menjual balik beras dari hasil kisaran Padi (kemudian dari ini dirujuk sebagai “Beras”) kepada BERNAS mengikut gred S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A yang telah dipersetujui tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini.
2
2.0
2
2.1 Perjanjian ini adalah untuk tempoh masa empat
4
musim berkuatkuasa dari Musim 2/2008 sehingga Musim 2/2010 atau sehingga ke satu masa bila mana kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis penamatan kepada pihak yang satu lagi.
2
2.2 Kedua-dua pihak adalah berhak untuk mengkaji semula terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini termasuk Lampiran sebelum setiap musim tuaian padi bermula berdasarkan prestasi semasa Kilang Beras sepanjang tempoh berkuatkuasanya Perjanjian ini.
4
4.0
4
4.1 BERNAS akan membayar nilai harga Padi kepada petani-petani/Kilang Beras tertakluk kepada Harga Minima Terjamin (GMP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Bagi kilang yang memerlukan bantuan penuh (GMP+insentif), kelulusan untuk bantuan akan dipertimbangkan S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A oleh pihak BERNAS dengan syarat iaitu seratus peratus (100%) Beras hendaklah dijual kepada pihak BERNAS oleh kilang yang memohon bantuan.
4
4.2 BERNAS akan membayar nilai harga Padi pada kadar yang akan ditentukan oleh BERNAS bagi Padi yang dibeli mengikut Belian BERNAS (padi pindahan masuk) dan Beras perlu dipulangkan seratus peratus (100%) bagi semua kategori kilang. Sesalinan jadual harga belian padi dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai “Lampiran B”.
4
4.3 Keutamaan tawaran untuk pindahan padi dari lebihan belian Padi harian (sekiranya ada) akan diberikan oleh BERNAS kepada mana-mana kilang yang diklasifikasikan di dalam Kategori Kilang untuk menerima padi pindahan daripada dari mana-mana KBB.
4
4.4 Kemudahan bayaran bersepadu akan dilaksanakan berdasarkan permintaan pihak kilang dalam bayaran harga Padi dan subsidi harga Padi kepada petani yang menjual Padi kepada Kilang Beras. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A
6
6.0
6
6.1 Hendaklah membeli Padi dari pesawah di premis Kilang Beras.
6
6.2 Hendaklah membekalkan kesemua hasil kisaran Beras bergred Super 15% dari Belian BERNAS pada kadar perolehan tidak kurang daripada lima puluh enam peratus (56%).
6
6.3 Hendaklah membuat tawaran harga kepada BERNAS terlebih dahulu bagi menual hasil sampingan daripada Belian BERNAS sebelum membuat tawaran kepada pihak ketiga.
6
6.4 Hendaklah mengambil dan membiayai insurans kebakaran, banjir, kecurian dan apa-apa bentuk kemusnahan untuk melindungi kesemua stok Padi dan Beras yang disimpan di premis Kilang Beras dan menamakan BERNAS sebagai benefisiari.
6
6.5 Hendaklah menyediakan Gudang yang bersesuaian bagi simpanan Padi dan Beras dan memastikan padi dan Beras disimpan dengan baik dan selamat.
6
6.6 Hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kerosakan, kesusutan dan S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A kehilangan yang dialami ke atas Padi dan Beras semasa berada di dalam premis dan simpanan Kilang Beras.
6
6.7 Hendaklah memastikan pengurusan kilang sentiasa di bawah milik dan kelolaan Bumiputera sepenuhnya.
6
6.8 Hendaklah memastikan bahawa setiap dokumen Bil Belian padi menyatakan dengan jelas bahawa pembelian Padi oleh Kilang Beras adalah bagi pihak BERNAS. Bil Belian Padi tersebut perlu mengandungi kenyataan berikut:- “BELIAN PADI DIBUAT BAGI PIHAK PADIBERAS NASIONAL BERHAD”
6
6.9 Hendaklah memastikan tiada sebarang kegiatan sama ada menerima, membeli, menyimpan atau mengisar selain daripada Padi yang dibeli daripada BERNAS di premis Kilang Beras.
6
6.10 Hendaklah menyediakan kakitangan yang mencukupi bagi membantu BERNAS dalam urusan pembelian Padi. Gaji kakitangan yang diambil bekerja oleh Kilang Beras bagi tujuan Perjanjian ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kilang Beras. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A
6
6.11 Hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya mengurus dan memproses Padi di premis Kilang Beras.
6
6.12 Hendaklah memastikan keadaan di premis Kilang Beras pada keseluruhannya adalah dalam keadaan bersih dan selamat serta mematuhi syarat-syarat dan kehendak seperti yang ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
6
6.13 Hendaklah mematuhi dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan penjadualan semula hutang (sekiranya ada) seperti di “Lampiran C” dikelolakan dengan teliti dan pembayaran dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan.
7
7.0
7
7.1 Bagi Beras yang dibeli melalui sistem kontra, tempoh kredit tidak melebihi empat puluh lima
45
hari dari kisaran padi dikeluarkan oleh BERNAS akan diberikan oleh BERNAS kepada Kilang Beras. Walaubagaimanapun, tempoh kredit yang diberi kepada Kilang Beras adalah bergantung sepenuhnya dan tertakluk kepada jumlah Jaminan Bank yang dikemukakan S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A kepada BERNAS atau sebarang perubahan praturan kredit yang diputuskan oleh pengurusan BERNAS dari masa ke semasa.
7
7.2 Bagi Beras yang dijual sendiri, tempoh kredit bagi menyelesaikan kisaran Padi adalah tidak melebihi sembilan puluh (90) hari dari kisaran padi dikeluarkan oleh BERNAS. Walaubagaimanapun, tempoh kredit yang diberi kepada Kilang Beras adalah bergantung sepenuhnya dan tertakluk kepada BERNAS atau sebarang perubahan peraturan kredit yang diputuskan oleh pengurusan BERNAS dari masa ke semasa.
7
7.3 Bagi lain-lain hutang, Kilang Beras adalah tertakluk dan hendaklah mematuhi penjadualan semula hutang-hutang lama yang telah dipersetujui bersama oleh BERNAS dan Kilang Beras seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 6.14.
7
7.4 Bagi kilang beras yang mana-mana hutang telah melebihi tempoh kredit seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 7.1, 7.2 dan 7.3 di atas, pembayaran hendaklah dibuat secara tunai sebelum kisaran dibenarkan bagi mana-mana konsaimen. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A
9
9.0
9
9.1 BERNAS berhak untuk melantik agen bagi melaksanakan penggredan dan pemutuan ke atas Beras yang dihasilkan oleh Kilang Beras. BERNAS akan memaklumkan kepada Kilang beras dari masa ke semasa agen yang telah dilantik oleh BERNAS bagi memudahkan urusan pengeluaran Beras dilaksanakan.
9
9.2 Beras yang dikisar oleh Kilang Beras hendaklah menghasilkan Beras bergred Super 15% dan BERNAS akan mengenakan penalti terhadap harga beras mengikut konsaimen sekiranya Kilang Beras gagal untuk menepati spesifikasi Beras bergred Super 15%.
11
11.0
11
11.0 Kilang bersetuju mematuhi dan melaksanakan segala peraturan, arahan, perintah, notis dan pemberitahuan mengenai pembelian, penyimpanan, pengisaran Padi dan Beras yang ditetapkan oleh undang-undang yang berkaitan dari masa ke semasa. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A
16
16.0
16
16.1 Sebarang notis yang dikehendaki diberi di bawah Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan akan dianggap telah disampaikan dengan sempurnanya sekiranya ditinggalkan atau dihantar melalui pos ke alamat seperti yang dinyatakan di bawah atau di alamat terbaru yang lain yang di dalam pengetahuan kedua-dua pihak. Apa-apa notis adalah telah diberikan sekiranya diletakkan pada lamat yang dinyatakan di bawah ini pada masa diserahkan dan jika dihantar dengan Pos Berdaftar adalah lima (5) hari selepas diposkan.
18
18.0
18
18.1 Perjanjian ini tidak boleh dipinda (assign) oleh Kilang Beras sama ada mengenai hak dan/atau kepentingan atau tanggungan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada BERNAS. [14] Berkaitan jaminan oleh Def 2 dan Def 3, Klausa 12 Perjanjian 2009 dan klausa 11.1 Perjanjian SUMK adalah berkaitan jaminan oleh Def 2 dan Def 3 di mana ianya dilampirkan sebagai Lampiran D bagi Perjanjian 2009 dan Lampiran C bagi Perjanjian SUMK. Bagi Perjanjian jaminan ini, Mahkamah berpandangan bahawa Def 2 dan Def 3 adalah jelas bertanggungjawab secara bersesama S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A sebagai penjamin-penjamin ke atas Def 1 bagi kedua-dua perjanjian tersebut. [15] Dengan kata yang lain, sebarang liabiliti yang perlu ditanggung oleh Def 1, akan turut dikongsi tanggung oleh Def 2 dan Def 3. [16] Kedudukan undang-undang berkaitan perjanjian jaminan adalah jelas iaitu penjamin bertanggungjawab sepertimana peminjam utama. Ianya telah dibincangkan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Andrew Lee Siew Ling v United Overseas Bank (M) Bhd [2013] 1 MLJ 449 seperti berikut; “[22] It is our finding that the Letter of Guarantee and Indemnity contained several clauses which clearly show the intention of both guarantors to undertake the liability for the repayment of the term loan and interest therein not merely as sureties but also as a principal debtors as well as indemnifiers. The relevant cls. 9, 17 and 21 of the Letter of Guarantee and Indemnity are reproduced as follows: …… Clause 17 As a separate and independent stipulation we hereby agree that in the event the monies hereby guaranteed may not be recoverable on the footing of a guarantee, whether by reason of any legal limitation, disability or incapacity on the part of the customer or any other fact or circumstance, and whether S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A known to you or us or not, shall nevertheless be recoverable from us as sole or principal debtor in respect of it and shall be paid by us on demand. …… [23] It is our considered view that in the present case the appellant, being a person who has given a guarantee and more importantly an indemnity, is primarily liable for losses which the principal borrower could not have been made liable. His liability is not dependent or secondary to the liability of the principal borrower. He is a principal debtor himself. The liability under a contract of indemnity does not depend on whether the principal debt is enforceable. It has no reference in law to the obligation of any third person. In essence, the liability of the person who has given an indemnity can be more extensive than that of the liability of the principal borrower. (See the cases of (1) Yeoman Credit Ltd v. Latter & Anor [1961] 2 All ER 294 and (2) Chung Khiaw Bank Ltd v. Soi Huan & Ors [1985] CLJU 71; [1985] 1 LNS 71].” [17] Berdasarkan kepada kedua-dua perjanjian tersebut, Mahkamah telah membandingkan dengan keterangan saksi-saksi Plf dan merumuskan seperti berikut: a) Plf akan membeli padi dari Def 1 dan tertakluk kepada permohonan Def 1 untuk pengisaran di mana Plf akan memberi kebenaran mengisar. Plf akan mengemukakan S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A invois beserta terma kredit selama 90 hari. Invois akan dikeluarkan bersama-sama dengan surat kelulusan; b) padi yang diterima oleh Def 1 akan terlebih dahulu dikeringkan oleh Def 1 sebelum sesuatu permohonan untuk penggisaran dibuat oleh Def 1; c) permohonan pengisaran oleh Def 1 akan dibuat berdasarkan konsaimen padi dan oleh itu, invois bagi kos padi akan dikeluarkan bagi maksud pengisaran tersebut. Invois ini akan dibayar oleh Def 1 berdasarkan kepada terma kredit yang dinyatakan; d) namun secara alternatif, beras yang telah dikisar boleh di jual semula kepada Plf dengan nilaian yang sama dengan nilai padi yang dibawa oleh Def 1 dan kemudiannya invois kedua akan dikeluarkan untuk kontra dengan yang pertama; e) namun jika nilai beras adalah kurang dari nilai padi dan tiada bayaran, maka ia akan menjadi jumlah yang terhutang oleh Def 1; dan f) tanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, susut nilai dan kehilangan ke atas padi adalah terletak ke atas Def 1 kerana kesemua stok tersebut berada di dalam milik Def 1. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A Tuntutan Plaintif [18] Tuntutan Plf timbul apabila Def 1 dikatakan telah gagal untuk melangsaikan beberapa invois di dalam tempoh yang dipersetujui. Ia meliputi invois padi serta invois-invois utk kehilangan serta susut nilai. Jumlah keseluruhan tuntutan adalah sebanyak RM3,200,046.21. Ia dinyatakan di dalam Jadual Penyata Akaun Plaintif sepertimana di P47. [19] Manakala invois-invois tersebut telah dikemukakan di P48 seperti berikut: No. Invois Tarikh Jumlah ZKINS/2000007 4.3.2008 65,000.00 ZKINS/2000008 15.5.2008 65,000.00 ZKINS/2000009 25.5.2008 85,454.20 ZKINS/2000010 5.6.2008 65,000.00 ZKINS/2000011 15.6.2008 65,000.00 ZKINS/2000012 17.6.2008 65,000.00 ZKINS/2000013 25.6.2008 65,000.00 ZKINS/2000014 25.6.2008 65,000.00 ZKINS/2000015 26.6.2008 65,000.00 ZKINS/2000017 9.7.2008 97,500.00 ZKINS/2000026 28.6.2009 583,905.75 ZKINS/2000027 9.12.2009 768,273.00 ZKINS/2000028 31.12.2009 182,456.40 ZKINS/2000029 24.2.2010 372,202.04 DNP/SUMK/ZK01 30.12.2011 257,833.70 S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A ZKINS/2000074 19.2.2014 206,000.00 ZKINS/2000075 26.2.2014 206,000.00 ZKINS/2000076 10.3.2014 246,276.09 DNSBZK/00001 3.9.2015 295,785.00 Jumlah 3,200,046.21 [20] Mahkamah mendapati bahawa Def 1 tidak mengemukakan apa-apa keterangan material serta cabaran ke atas P47 dan P48 tersebut secara khusus berkaitan ketepatan jumlah yang dituntut oleh Plf ke atas Def 1 sebelum saman telah difailkan. Tindakan Defendan-defendan untuk mempertikaikan jumlah tuntutan ini hanya timbul selepas saman difailkan. [21] Malahan SD5 yang merupakan saksi Defendan mengesahkan seperti berikut: Soal: Kamu cakap kamu diberikan dokumen-dokumen kan, bila dia orang bagi dokumen-dokumen itu semua, you ada surat, apa semua ada ke? Balas: Semasa lepas dapat saman, depa jumpa saya, cari, depa tak tau jawab you punya saman. Lepas tu saya cari punca-punca macam mana nak jawab. Selepas mendapat saman pada tahun 2017. [22] Malahan Def 1 pada awalnya telah membuat bayaran awal selepas satu Notis Tuntutan dikemukakan oleh Plf iaitu sepertimana di P42. Notis Tuntutan di P42 tersebut adalah setakat 26/3/2017 berjumlah S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A RM3,208,046.21 berdasarkan Pernyataan Tuntutan bertarikh 31/3/2017 di P23. Def 1 tidak pernah menjawab, membantah dan mempertikaikan Notis Tuntutan tersebut. [23] Ini disusuli dengan pembayaran yang dibuat sebelum saman difailkan seperti berikut (sepertimana di P43): [24] Selepas saman difailkan, Def 1 telah membuat bayaran-bayaran seperti berikut (sepertimana di P44): Jumlah Cek / Slip Tarikh No. Resit 1,000.00 062655 bertarikh 9.4.2017 11.4.2017 SA024587 bertarikh 12.4.2017 1,000.00 062690 bertarikh 17.5.2017 23.5.2017 SA024640 bertarikh 23.5.2017 1,000.00 062727 bertarikh 3.7.2017 4.7.2017 SA024697 bertarikh 4.7.2017 1,000.00 062728 SA024735 bertarikh 3.8.2017 Jumlah Cek / Slip Tarikh No. Resit 1,000.00 062729 SA024778 bertarikh 6.9.2017 1,000.00 062730 SA024827 bertarikh 3.10.2017 1,000.00 070971 bertarikh 6.11.2017 SA024912 bertarikh 6.11.2017 S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A [25] Berdasarkan kepada tindak tanduk serta perbuatan Def 1 ini, Mahkamah berpandangan bahawa Def 1 kini tidak sewajarnya dibenarkan untuk mempertikaikan jumlah yang terhutang tersebut, Bagi Mahkamah, Def 1 tidak sewajarnya dibenarkan untuk “approbate and reprobate”. [26] Prinsip berkaitan “approbate and reprobate” ini pernah disentuh oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Cheah Theam Kheng v City Center Sdn Bhd in liquidation and other appeals [2012] 1 MLJ 761 seperti berikut: “[105] We categorically say that the liquidator cannot blow hot and cold to suit him whenever he feels like it. He cannot approbate and reprobate in the same breath. On the one hand, he claims that the High Court order dated 26 July 2001 overrides or displaces a statute which render the said order invalid and yet he has the audacity to continue to act as a liquidator by virtue of the said order. In the words of Sir Nicolas Browne-Wilkinson VC in Express Newspapers plc v News (UK) Ltd and others [1990] 3 All ER 376, at pp 383-384: There is a principle of law of general application that it is not possible to approbate and reprobate. That means you are not allowed to blow hot and cold in the attitude that you adopt. A man connot adopt two inconsistent attitudes towards another: he must elect between them and, having 1,000.00 070972 bertarikh 4.12.2017 10.12.2017 SA024981 bertarikh 8.12.2017 S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A elected to adopt one stance, connot thereafter be permitted to go back and adopt an inconsistent stance” [penekanan ditegaskan] [27] Defendan-defendan bagi pandangan Mahkamah mengemukakan pembelaan terkemudian apabila memilih untuk membuat bayaran selepas P42 dikemukakan dan selepas saman difailkan. Oleh itu, adalah tidak wajar bagi Def 1 di masa ini untuk mempertikaikan hutang dan jumlah yang terhutang tersebut. [28] Di dalam kes Kuwait Finance House Malaysia Bhd v Obnet Sdn Bhd & ors and another suit [2016] MLJU 1843, Mahkamah telah menekankan kepentingan untuk mencabar sebarang Notis Tuntutan apabila menyatakan; “[61] The Defendants and/or their solicitors had not at the earliest possible opportunity disputed the various letters issued by the Plaintiff to dispute the legality and/or the existence of the so-called collateral agreement. Nowhere it is stated that the Defendants were under no obligation to pay the instalment because of the existence of the collateral agreement. This could only lead to the conclusion that the defences put forth by the Defendants were merely afterthought defences to be disregarded by this Court. Therefore, the Court is of view that issue 2 should be answered in affirmative.” [ penekanan ditegaskan] S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A [29] Di samping itu, Def 1 telah mengemukakan surat bertarikh 18/2/2014 iaitu P5 yang menyatakan kepada Plf bahawa Def 1 bersetuju untuk membuat pembayaran berjadual sebanyak RM5,000.00 sebulan bermula dari bulan Februari 2014. Ini merupakan satu pengakuan serta pengesahan oleh Def 1 ke atas jumlah hutang tersebut. [30] Susulan dari surat di P5, Def 1 telah membuat bayaran sebanyak 8 kali sebanyak RM5,000.00 sebulan. Keterangan pembayaran ini disokong oleh surat oleh Plf di P6. Bayaran terakhir Def 1adalah pada 22/3/2025 dan menyebabkan Plf mengemukakan surat bertarikh 22/3/2025 di P64 bagi merekodkan bahawa jumlah keberhutangan Def 1 pada ketika itu adalah sebanyak RM3,216,046.21. [31] Mahkamah berpandangan bahawa pembayaran-pembayaran yang dibuat ini, tidak lain hanyalah menunjukkan bahawa Def 1 mengakui keberhutangannya kepada Plf. Ini selaras dengan apa yang dinyatakan di dalam kes RHB Bank Berhad v Pembinaan Danau Lumayan Sdn Bhd [2017] 1 LNS 469 seperti berikut: “The contemporaneous conduct of the Defendant clearly shows acknowledgment on their part of the existence of and outstanding debt as relected in the Interim Certificates No.5 and No.6 both dated 2008 and that there was further outstanding amount to be paid in respect of the outstanding debit. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A I am of the view that such acknowledgment amounts to an unqualified admission of a subsisting debt which is ascertainable (Wee Tiang Teng v Ong Chooi Hooi v Anor [1978] 2 MLJ 54)…” [penekanan ditegaskan] [32] Tindak tanduk Def 1 ini bagi pandangan Mahkamah memadai bagi membuktikan tuntutan Plf. Di dalam kes Rainbow Enterprise Co Ltd v Tahb Auto Sdn Bhd [2018] 1 LNS 921, isu yang berbangkit adalah berkaitan Surat Tuntutan yang tidak dibalas dan Mahkamah menyatakan; “In his testimony DW1 admits the claim against the Defendant is serious because liability for a sum more than RM5,000,000.00 was coming home to the Defendant. DW1 testifies he knew that the Defendant was required to pay the said sum and to notify any discrepancy in the Statement of Account within seven days. He agrees under the circumstances it is only natural for the Defendant to answer the said letter of demand. However, the fact is that the Defendant did not take immediate step to respond to the said letter to dispute the liability of challenge the demand made against them and the details stated in the Statement of Account. Instead after the issuance of the said statement, Plaintiff received further payment to the said account (this issue will be discussed below). The Defendant’s conduct is indeed beyond reasoning. It is certainly not reasonable and logic for the Defendant to not do S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A anything about the demand for payment of about more than RM5,000,000.00 in relation to transactions which Defendant vigorously said were not theirs because they have no contractual dealings with the Plaintiff. Instead of taking charge of the matter, the Defendant asked DW2 to sort the matter for them. Given the seriousness of the monetary claim made against the Defendant and the impending legal action, one would expect the Defendant to respond urgently and dispute the claim and the demand of the huge sum stated in the Statement of Account. Even assuming for a moment, the Defendant’s claim (that the purchases were done by Prestige Kar) is true, one would have expect the Defendant to monitor closely DW2’s action as it would be in the Defendant’s interest to ensure that the Plaintiff relinquish its claim against the Defendant and the Defendant be absolved from any liability in relation to the said claim. However, the Defendant chose to do nothing except handing over the serious allegations against them to be settle by DW2. [penekanan ditegaskan] [33] Manakala Mahkamah Rayuan di dalam kes David Wong Hon Leong v Noorazman bin Adnan [1995] 4 CLJ 155 menyatakan; “During argument, we registered our surprise at the learned Judge’s reluctance to enter judgment for this sum of RM100,000. After all, the appellant had failed to respond to the letter of 17 December. If there had never been an S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A agreement as alleged, it is reasonable to expect a prompt and vigorous denial. But, as we have pointed out, there was no response whatsoever from the appellant.” Mahkamah Rayuan telah merujuk kes Wiedemann v Walpole [1891] 2 Q.B.5 di mana Lord Esher M.R menyatakan: - “Here, we have only to see whether the mere fact of not answering the letters, with nothing else for us to consider is any evidence in corroboration of the promise. (Emphasis added). Earlier, in his judgment, he said, ‘Now there are cases – business and mercantile cases in which the Courts have taken notice that, in the ordinary course of business, if one man of business states in a letter to another that he has agreed to do certain things, the person who receives that letter must answer it if he means to dispute the fact that he did so agree.’ (The emphasis is ours)” [penekanan ditegaskan] [34] Keputusan Mahkamah Rayuan ini diikuti pula oleh satu lagi keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Jetara Sdn Bhd v Maju Holdings Sdn Bhd [2007] 3 CLJ 41. Pertikaian Defendan-defendan ke atas Invois dan Penyata Akaun Plaintif [35] Dalam apa jua keadaan, Mahkamah masih mempertimbang keterangan yang dikemukakan oleh Defendan terutamanya melalui SD1 dan SD4 untuk mencabar jumlah tuntutan Plf. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A [36] Melalui kedua-dua saksi ini, para Defendan telah mengemukakan penyataan akaun, pengiraan dan dapatan mereka dan menghujahkan bahawa pengiraan oleh Plf adalah tidak tepat dan salah. Walau bagaimanapun kesemua keterangan dokumen yang dikemukakan tidak ditandakan sebagai keterangan dan menjadikan ianya tidak boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah. Ia kekal sebagai dokumen bertanda “ID”. [37] Sebaliknya Mahkamah mendapati saksi-saksi Defendan-defendan telah mengakui kewujudan hutang tersebut. Pertamanya SD1 semasa diperiksa balas mengakui bayaran yang dibuat oleh Def 1 kepada Plf. Ia diperturunkan seperti berikut: Di m/s 371 ada bayaran oleh Defendan 1 kepada Plaintif? Kesemua dari 001 sehingga 046 di Butiran A. Semua yang di kolum bayaran Rujuk m/s 372 – pada 049, 065, 066, 067 dan 068 adalah bayaran, setuju? Setuju Rujuk m/s 373 – bayaran di kolum sama? Sama. Ia adalah bayaran Defendan 1 kepada Plaintif S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A Begitu juga di m/s 374 di item 123 – 133 Di m/s 375 juga ada bayaran serta di m/s 376 [38] SD1 turut bersetuju Def 1 terhutang sebanyak RM10,277,307.44 dan jumlah yang perlu dikontra adalah sebanyak RM7,373,046.23 seperti berikut: Total di m/s 376 – setuju Defendan 1 berhutang sebanyak RM10,277,307.44, setuju? Setuju Jumlah amaun yang dikontra adalah RM7,373,046.23 setuju? Setuju [39] Malahan SD1 setuju jumlah terhutang oleh Def 1 sebanyak RM3,199,746.21 apabila SD1 menyatakan: Baki amaun sebenar yang dihutang oleh Defendan kepada Plaintif adalah RM3,199,746.21 setuju? Setuju Ini dibekalkan oleh Mr Cheah kepada saya [40] SD3 yang merupakan Def 2 yang pada asalnya tidak mengakui Def 1 terhutang dengan Plf telah mengubah keterangannya S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A apabila diminta menunjukkan bukti dakwaannya. Berikut adalah keterangan SD3: Di m/s 376 di bahagian bawah, katakana Defendan berhutang dengan Plaintif? SD3 Tidak setuju Mana yang di dalam Penyata ini yang menunjukkan Defendan tak hutang? SD3 Ada iaitu baki akaun sebenar [41] Kesemua ini bagi pandangan Mahkamah menunjukkan pengakuan Defendan-defendan bahawa Def 1 sememangnya berhutang dengan Plf. Prinsip berkaitan pengakuan saksi semasa perbicaraan telah diulas di dalam kes MSIG Insurance (M) Sdn Bhd v Matrix Cooling (M) Sdn Bhd [2020] MLJU 2091 seperti berikut: “[65] It is a trite that admissions are the strongest evidence possible as decided by the High Court in Esso Malaysia Bhd v Hills Agency (M) Sdn Bhd & Ors [1994] 1 MLJ 740 (which was later adopted in Global Destar (M) Sdn Bhd v Kuala Lumpur Glass Manufacturers Co Sdn Bhd [2004] 5 CLJ 167 and Beyond Hallmark Sdn Bhd v Leong Tuck Onn & Anor [2018] MLJU 2051) at p.752:- “Admissions are the strongest evidence possible and S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A even a wrong construction of document will be assumed to be correct in view of the admission” [66] Applying the principle decided in the case of Esso Malaysia (supra) aforesaid, I accept the contention by learned counsel for the Defendant that PW1’s admission during trial is the strongest evidence that the Plaintiff is indeed unable to substantiate their claim for special damages of RM 390,775.20” [42] Manakala di dalam kes Liam Siak Nguan & ors v Lim Siak Kuang & ors [2017] MLJU 659, Abdul Wahab Mohamed PK (pada ketika itu) telah menyatakan; “[28] Hence, I hold that there is judicial admission that the 2nd Plaintiff was represented by solicitors i.e. M/s Low Meng Chua & Co. in Action 675. Parties are bound by their judicial admissions. See Hamit bin Matusin v Penguasa Tanah & Survey [2006] 3 MLJ 289 at 299. Also see Sarkar on Evidence (14th Ed.) at page 912 states as follows: “(a) This section deals with admissions during trial i.e. at or before the hearing.
b
Proof of such facts is dispensed with for the simple reason that the facts admitted require no proof.
c
They are known as judicial admissions or stipulations dispensing with proof. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A
d
It is substitute for evidence and admission in this sense is a formal act, done in the course of judicial proceedings, which waives or dispenses with the production of evidence, by conceding for the purposes of litigation that the proposition of fact alleged by the opponent is true.
e
Admissions for the purpose of trial may be considered as being made at the hearing by party or his lawyer.
f
The vital feature of a judicial admission is universally conceded to be its conclusiveness upon the party making it, i.e. the prohibition of any further dispute of the fact by him, and of any use of evidence to disprove or contradict it.” [ penekanan ditegaskan] Tuntutan Plaintif di luar had masa [43] Di dalam pembelaan mereka, Defendan-defendan turut menegaskan bahawa tuntutan Plf sepatutnya ditolak di atas had masa. [44] Mahkamah bagaimanapun mendapati bahawa isu ini tidak berasas kerana Def 1 sendiri telah mengakui bahawa sebahagian dari pembayaran telah dibuat pada tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017 sama ada selepas P42 dikemukakan dan selepas Pernyataan Tuntutan difailkan. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A [45] Seksyen 25 Akta Had Masa 1953 (Akta 254) memperuntukkan berkenaan hak Plaintif untuk memulakan tindakan. Ia bermula pada tarikh pembayaran terakhir dibuat sebelum pemfailan Pernyataan Tuntutan. Mengambilkira fakta di dalam kes ini, pembayaran terakhir adalah pada 3/8/2017. [46] Selain itu, Laporan Audit bertarikh 28/1/2015 di P9 telah diterima dan diperakui oleh Def 2 sebagai Pengarah Def 1. Ia dihujahkan oleh peguam Plf sebagai memadai di dalam mengesahkan bahawa Def 1 masih terhutang dengan Plf. (Rujuk kes; Sagujuta (Sabah) Sdn Bhd v Trane Malaysia Sales and Services Sdn Bhd [2013] 1 LNS 1425) [47] Mahkamah mendapati P9 dikemukakan oleh Plf melalui SP1 yang merupakan Pengurus Kanan Plf pada ketika itu. Melalui P9 tersebut, Def 1 telah membuat pengakuan ke atas keseluruhan hutang yang tertunggak dan mengakui sebahagian hutang tersebut telah dibayar. [48] Laporan Audit tersebut telah dikemukakan kepada Def 1 untuk pengesahan dan ianya ditandatangani oleh Def 2. Laporan Audit di sisi undang-undang boleh diterima sebagai keterangan bagi membuktikan kewujudan hutang. Di dalam kes Sagujuta (Sabah) Sdn Bhd v Trane Malaysia Sales and Services Sdn Bhd [2013] 1 LNS 1425 telah dinyatakan; “[20] In short, the significance of the audit certification request can be seen from the statement contained therein. It specifically states that in the appellant’s financial book, the S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A amount due to the respondent is RM3,887,555.12. This is a clear admission of debt based on the amount stated as at the date 31 December 2010. An audit confirmation request is an important step in an audit of a company’s financial accounts… [21] Based on the above documents, namely the certification of payments by the appellant’s appointed consultant, Messrs JSPEC and the audit confirmation request by the appellant’s group accountant, we are satisfied that the learned High Court judge was correct in coming to a conclusion that the appellant’s defence to the respondent’s counterclaim is unlikely to succeed in a trial as it raises no triable issue. We are in agreement with such findings and find no reason to disturb it. To us, the position is clear i.e. upon certification by the appellant’s consultant payment must be made to the respondent. The certification was confirmed by the appellant’s itself when it issued an audit confirmation request. The authenticity of the audit confirmation request issued by the appellant is not in dispute in view of those documents above, the appellant cannot possibly deny the same.” [penekanan ditegaskan] [49] Walaupun Def 2 mengambil pendekatan untuk menyatakan bahawa Def 2 tidak pernah menerima Laporan tersebut, namun tiada apa-apa keterangan yang dibawa bagi membuktikan dakwaan Def 2 tersebut. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A [50] Di dalam kes Hassan bin Hussin v Tengku Azhar Adib bin T Yusuf [2016] MLJU 1648, Mahkamah menyatakan; “The respondent in his defence denied that he had signed the power of attorney and Form 14A. He claimed that his signature on the power of attorney was forged. However, the defence did not adduce any evidence to prove that the signature and the thumbprint on the power of attorney and Form 14A respectively were forged. In dealing with this issue, we would start off by stating the obvious that is, the onus is on the appellant to prove his assertion. This is the requirement under s 101 of the Evidence Act 1950. In CC Siah Properties Sdn Bhd v ang Kheng Huat [2010] MLJU 1246; [2013] 3 MLRA 611, where the appellant alleged the signatures on the sale and purchase agreement were forged, the Court of Appeal held that the burden was on the appellant to prove such forgery. In Good View Property Sdn Bhd v Standart Chartered Bank (M) Bhd [2015] 1 MLJ 99; [2014] 6 CLJ 965, it was held that the burden of proving graud was on the party alleging it. …In the absence of any further evidence that could corroborate the respondent’s evidence of the alleged forgery, we hold that his evidence has failed to dislodge the testimony of PW1 and the appellant on this point. Under the circumstances, the evidence of the respondent on the alleged forgery is devoid of any merits therefore must be rejected.” [penekanan ditegaskan] S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A [51] Di dalam masa yang sama, Def 2 juga tidak membuat apa-apa laporan polis berkaitan dakwaannnya. Ini menjadikan keterangan Def 2 berkaitan perkara ini adalah tidak disokong dan sukar diterima oleh Mahkamah. [52] Pendekatan yang sama telah dipersetujui oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Wong Hon Leong David v Noorazman bin Adnan (supra) seperti berikut: “We entirely agree with the approach of the learned judge to the weight to be given to the failure of the appellant to timeously lodge a report with the police. Further, an examination of the conduct of the appellant after the commencement of the litigation, his failure to raise this matter at the earliest opportunity in his first affidavit, and producing it, as a conjurer does, like a rabbit out of a hat, leaves us in no doubt, as it did the learned judge, that the tale was an afterthought, the machinations of a desperate litigant trying every trick in the book to escape judgment being entered against him.” Stok beras [53] Di dalam Pembelaan mereka, Defendan-defendan turut membangkitkan berkenaan stok beras yang tidak diambil kira oleh Plf. Menurut SD2 dan SD3 terdapat sejumlah 1,670 Metrik Tan yang ditaksirkan berjumlah RM3,448,200.00 yang tidak diambilkira oleh Plf. Sekiranya diambilkira bermakna Def 1 tidak pernah berhutang dengan Plf. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A [54] Di dalam pertimbangan Mahkamah ke atas dakwaan ini, Mahkamah mendapati bahawa dakwaan Def 2 ini tidak disokong dengan apa-apa keterangan sokongan. Selain itu, ia juga bertentangan dengan perbuatan Def 1 yang tidak membuat apa-apa tuntutan kepada Plf. [55] Sebaliknya Defendan-defendan telah membuat bayaran kepada Plf sepertimana yang dibincangkan oleh Mahkamah di awal Penghakiman ini. Ia sekali lagi bagi pandangan Mahkamah ini adalah merupakan satu yang difikirkan kemudian selepas Penyataan Tuntutan difailkan. [56] Di dalam masa yang sama, Mahkamah telah turut menimbang keterangan SD2 dan SD3 serta keterangan saksi-saksi Plaintif dan merumuskan bahawa stok beras tersebut adalah merupakan satu pembelian berasingan oleh Tetuan Mohd Zakiron bin Zahid. Ia adalah jualan stok beras yang bernilai RM525,440.00 oleh Plf kepada Tetuan Mohd Zakiron bin Zahid bagi stok beras yang berada di premis Def 1. Kesimpulan [57] Di atas pertimbangan ini, Mahkamah merumuskan bahawa di atas imbangan keberangkalian Plf telah berjaya membuktikan tuntutannya. [58] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan tuntutan Plf dibenarkan dengan kos sebanyak RM80,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A Bertarikh : 6 hb. Jun, 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A Pihak-Pihak: Bagi Pihak Plaintif : Subramaniam A/L Anjan Tetuan Shahrizat Rashid & Lee Peguambela & Peguamcara Tingkat Bawah & Satu Wisma Prima 17 Jalan Samantan Satu Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Bagi Pihak Defendan – Defendan : Mohd Nizam bin Haji Wahab Tetuan Nizam Wahab & Co NP3 Kompleks Sewaan PPK Nilampuri Jalan Kuala Krai, Mulong 16010 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Tarikh Bicara : 19hb. November, 2023 Tarikh Keputusan : 25hb. Mac, 2024 S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A Perundangan Yang Dirujuk: ➢ Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Andrew Lee Siew Ling v United Overseas Bank (M) Bhd [2013] 1 MLJ 449 ➢ Cheah Theam Kheng v City Center Sdn Bhd in liquidation and other appeals [2012] 1 MLJ 761 ➢ Kuwait Finance House Malaysia Bhd v Obnet Sdn Bhd & ors and another suit [2016] MLJU 1843 ➢ RHB Bank Berhad v Pembinaan Danau Lumayan Sdn Bhd [2017] 1 LNS 469 ➢ Rainbow Enterprise Co Ltd v Tahb Auto Sdn Bhd [2018] 1 LNS 921 ➢ David Wong Hon Leong v Noorazman bin Adnan [1995] 4 CLJ 155 ➢ Jetara Sdn Bhd v Maju Holdings Sdn Bhd [2007] 3 CLJ 41 ➢ MSIG Insurance (M) Sdn Bhd v Matrix Cooling (M) Sdn Bhd [2020] MLJU 2091 ➢ Liam Siak Nguan & ors v Lim Siak Kuang & ors [2017] MLJU 659 ➢ Sagujuta (Sabah) Sdn Bhd v Trane Malaysia Sales and Services Sdn Bhd [2013] 1 LNS 1425 ➢ Hassan bin Hussin v Tengku Azhar Adib bin T Yusuf [2016] MLJU 1648 ➢ Wiedemann v Walpole [1891] 2 Q.B.5 S/N y0fwp7PEd0exQn1n9Zd70A
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.