Schedule
Jadual 6 Perjanjian Pajakan tersebut memperuntukkan jangka masa pembayaran bayaran pajakan di bawah Perjanjian yang wajib dipatuhi oleh Plaintif seperti yang berikut: (i) sepuluh peratus (10%) semasa menandatangani Perjanjian Pajakan; (ii) tiga puluh peratus (30%) dalam tempoh 12 bulan dari tarikh Syarat Awalan Perjanjian dipenuhi; dan (iii) enam puluh peratus (60%) dalam tempoh 24 bulan selepas tamatnya tempoh 12 bulan yang tersebut di para (b) di atas. 19. Bayaran pertama di bawah Jadual 6, item (i) Perjanjian Pajakan tersebut tersebut telah dibayar oleh Plaintif semasa menandatangani Perjanjian Pajakan tersebut, manakala bayaran kedua di bawah Jadual 6, item (ii) Perjanjian Pajakan tersebut perlu dibuat oleh Plaintif dalam tempoh 12 bulan dari tarikh Syarat Awalan Perjanjian dipenuhi. 20. Definisi Syarat Awalan dalam klausa 4.2.5 Perjanjian Pajakan tersebut adalah seperti yang berikut: “Bagi maksud sub-klausa ini, Syarat Awalan Perjanjian ini adalah kelulusan Perintah Pembangunan ke atas Projek tersebut yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Berkenaan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh Perjanjian ini ditandatangani atau suatu tempoh lanjutan yang dipersetujui bersama sekiranya Perintah Pembangunan berkenaan gagal diperolehi oleh Pemaju/Penerima Pajakan dalam tempoh tersebut yang bukan disebabkan oleh kelewatan, kegagalan dan/atau keingkaran Pemaju/Penerima Pajakan.”. 21. Kelulusan Perintah Pembangunan telah diperolehi pada 15.1.2013. Oleh itu, Plaintif perlu membuat bayaran di bawah Jadual 6, item (ii) Perjanjian Pajakan tersebut dalam masa 12 bulan dari tarikh 15.1.2013. Namun Plaintif telah gagal membuat bayaran tersebut. 22. Terma fundamental kedua dalam Perjanjian Pajakan tersebut adalah terma-terma berkaitan dengan jangka masa pembayaran bayaran pajakan dan jangka masa pelaksanaan pembangunan/unjuran masa. 23. Selain unjuran masa di bawah Jadual 6 Perjanjian Pajakan tersebut, unjuran masa di bawah Jadual 4 Perjanjian Pajakan tersebut juga telah gagal dipatuhi oleh Plaintif. Berikutan itu, Defendan telah mengeluarkan surat memberi notis untuk meremedi bertarikh 15.4.2016 kepada Plaintif. 24. Selanjutnya, Defendan telah mengeluarkan surat bertarikh 30.8.2016 untuk menamatkan Perjanjian Pajakan bertarikh 12.7.2011 tersebut. Selepas penamatan Perjanjian Pajakan tersebut, Plaintif telah membuat rayuan ke Kementerian Kewangan. 25. Berikutan itu, satu mesyuarat telah diadakan di Kementerian Kewangan pada 12.10.2016 dan kemudiannya di pejabat Defendan pada 15.12.2016. 26. Selepas diadakan kedua-dua mesyuarat tersebut, Plaintif dan Defendan telah mengadakan beberapa siri perbincangan, tawaran, rundingan dan rundingan semula berkaitan dengan projek pembangunan di bawah Perjanjian Pajakan bertarikh 12.7.2011 yang telah ditamatkan tersebut. 27. Siri perbincangan, tawaran, rundingan dan rundingan semula tersebut telah berlanjutan sehingga 10.11.2020. Pada 10.11.2020, peguam cara Defendan telah menyerahkan draf Perjanjian Pajakan baru dan draf Perjanjian Jual Beli tersebut kepada Plaintif dan memberi tempoh selama dua (2) bulan kepada Plaintif untuk memuktamadkan kedua-dua draf Perjanjian tersebut. 28. Melalui surat bertarikh 8.12.2020, Plaintif memaklumkan Defendan yang Plaintif tidak bersetuju dengan tempoh masa dua (2) bulan tersebut. Oleh itu, beberapa pelanjutan masa telah diberikan oleh Defendan kepada Plaintif untuk memuktamadkan kedua-dua draf Perjanjian tersebut. 29. Sungguhpun begitu, Plaintif masih gagal memuktamadkan dan menyerahkan kedua-dua draf Perjanjian tersebut kepada Defendan untuk dimuktamadkan dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, Defendan telah memberikan notis untuk menamatkan tawaran cadangan kedua-dua Perjanjian tersebut kepada Plaintif. 30. Berikutan penamatan tawaran cadangan kedua-dua Perjanjian tersebut, pada 6.12.2021, Defendan telah memulangkan bayaran yang telah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan berjumlah sebanyak RM4,624,103.20, iaitu setelah dilupuskan 20% daripada bayaran tersebut yang bersamaan dengan jumlah RM1,156.025.80. 31. Walaupun Plaintif telah menerima pemulangan wang sebanyak RM4,624,103.20 tersebut, Plaintif tetap memulakan tindakan ini terhadap Defendan. Analisis dan Dapatan Mahkamah 32. Undang-undang adalah mantap bahawa di bawah seksyen 101 dan seksyen 102 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil adalah terletak pada pihak yang menghendaki Mahkamah untuk memberikan penghakiman kepadanya, iaitu seperti yang berikut: “Burden of proof 101. (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. (2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. On whom burden of proof lies 102. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.”. [Penekanan ditambah] 33. Prinsip undang-undang ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Jeffrey Tan FCJ dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor [2017] 4 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 501 seperti yang berikut: “[49] The expression ‘onus of proof’ does not appear in the Evidence Act. Only the expression ‘burden of proof’ appears in ss 101-103 of the Evidence Act. But there is a difference between the sense of the expression ‘burden of proof’ in s 101 and the sense of that same expression in s 102. [50] In International Times & Ors v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86, Salleh Abas FCJ (as he then was), delivering the judgment of the court, said that the first sense of the expression ‘burden of proof’ in s 101 is the burden to establish the case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue, while the second sense of the expression ‘burden of proof’ in s 102 is the burden to adduce evidence: For the purpose of this appeal it is necessary to bear in mind the distinction between the two senses in which the expressions burden of proof and onus of proof are used (Nanji & Co v Jatashankar Dossa & Ors AIR 1961 SC 1474 1748 and Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136-143). The first sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in s 101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue. The appellants in the present appeal relied on justification and fair comment. Therefore, the burden of proving these defences rests entirely upon them (Gatley on Libel and Slander 7th Ed, paras 351 and 354). The second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. The onus as opposed to burden is not stable and constantly shifts during the trial from one side to the other according to the scale of evidence and other preponderates. Such shifting is one continuous process in the evaluation of evidence. According to ss 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not sufficient, such party must fail. It is this onus that we are concerned with in the present appeal. [51] ‘There is an essential distinction between burden of proof and onus of proof, burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts’ (Addagada Raghavamma And Anr v Addagada Chenchamma And Anr 1964 SCR (2) 933). [52] The ‘burden of proof’ in s 101 is the burden to establish a case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue. The ‘burden of proof’ in s 102 is the burden to adduce evidence, to make out or rebut the claim. The ‘burden of proof’ in s 102 shifts from one side to the other according to the weight of the evidence. To differentiate the sense used, the ‘burden of proof’ in s 101 is ‘burden of proof’, while the ‘burden of proof’ in ss 102 and 103 is dubbed ‘onus of proof’. In some jurisdictions, the s 101 ‘burden of proof’ is labelled ‘legal burden’ while the s 102 burden of proof’ is referred to as ‘evidential burden’. [53] In Ranchhodbhai Somabhai And Anr v Babubhai Bhailalbhai And Ors AIR 1982 Guj 308, P Desai and S Majmudar thus illustrated the ‘burden of proof’ to establish the case which never shifts and the shifting burden to adduce evidence in the context of ss 101 and 102 of the Indian Evidence Act which are identical to ss 101 and 102 of the Evidence Act: It is also well to bear in mind that there is an essential distinction between ‘burden of proof’ and ‘onus of proof’; burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts. Such a shifting of onus is a continuous process in the evaluation of evidence (see Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136). Burden of proof has two distinct meanings, namely, (i) the burden of proof as a matter of law and pleadings, and (ii) the burden of proof as a matter of adducing evidence. Section 101 of the Evidence Act deals with the former and Section 102 of the Evidence Act with the latter. The first remains constant but the second shifts. In a claim application, therefore, the burden of proof, in the first sense, certainly lies on the claimant. If he examines himself and his witness, if any, and if the evidence, tested in the light of the principles set out above, is found to be acceptable, the onus shifts on the tortfeasor to prove those circumstances, if any, which dislodge the assertions of the claimants. If the tortfeasor fails to prove before the Court any fact or circumstance which tends to affect the evidence led by the claimant, the claimant would be entitled to ask the Court to hold that he has established the case and, on that basis, to make a just award it would thus appear, that though the legal burden — the burden as a matter of law and pleadings — remains constant on the claimant, the burden as a matter of adducing evidence changes often times as the trial of the claim petition progresses. [54] Section 101(1) provides that ‘Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist’. ‘Section 101 states that the initial burden of proving a prima facie case in his favour is cast on the plaintiff …’ (Woodroffe and Amir Ali, Law of Evidence (19th Ed Vol 3) at p 3194). Illustration (b) to s 101 puts it beyond doubt that the ‘burden of proof’ rests throughout on the plaintiff. Section 102 provides that ‘The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side’. ‘The initial onus of proving the case is always on the plaintiff’ (Sarkar Law of Evidence 16th Ed at p 1593). Illustration (a) to s 102 puts it beyond doubt that a plaintiff has the initial onus of proof. [55] But ‘when (the plaintiff) gives such evidence as will support a prima facie case, the onus shifts on to the defendant, to adduce rebutting evidence to meet the case made out by the plaintiff. As the case continues to develop, the onus may shift back again to the plaintiff. It is not easy to decide at what particular stage, in the course of the evidence, the onus shifts from one side to the other. When after the entire evidence has been adduced, the tribunal feels it cannot make up its mind as to which of the versions is true, it will hold that the party on whom the burden lies has not discharged the burden, but if it has, on the evidence, no difficulty arriving at a definite conclusion, then the burden of proof on the pleading recedes into the background’ (Woodroffe and Amir Ali, at p 3194; see also Abrath v The North Eastern Railway Company at p 452). ‘… the onus of proof may shift … but the question must ultimately arise whether the person who is bound to prove the affirmative of the issue … has discharged … that burden’ (Jane Wakelin v The London and South Western Railway Company (1886) 12 App Cas 41 per Lord Halsbury LC) or proved ‘his case sufficiently to justify a judgment in his favour’ (Stoney v Eastbourne Rural District Council [1927] 1 Ch 367 at p 397 per Lord Hanworth MR). [56] Thus, a plaintiff has both the burden of proof as well as the initial onus of proof. In Britestone Pte Ltd v Smith & Associates Far East, Ltd [2007] 4 SLR 855, the Singapore Court of Appeal per VK Rajah JCA, delivering the judgment of the court, explained that at the start of the plaintiff’s case the burden of proof and the onus of proof coincide: … at the start of the plaintiff’s case, the legal burden of proving the existence of any relevant fact that the plaintiff must prove and the evidential burden of some (not inherently incredible) evidence of the existence of such fact coincide. Upon adduction of that evidence, the evidential burden shifts to the defendant, as the case may be, to adduce some evidence in rebuttal. If no evidence in rebuttal is adduced, the court may conclude from the evidence of the defendant. If, on the other hand, evidence in rebuttal is adduced, the evidential burden shifts back to the plaintiff. If, ultimately, the evidential burden comes to rest on the defendant, the legal burden of proof of the relevant fact would have been discharged by the plaintiff. The legal burden of proof — a permanent and enduring burden — does not shift. A party who has the legal burden of proof on any issue must discharge it throughout. Sometimes, the legal burden is spoken of, inaccurately, as ‘shifting’; but what is truly meant is that another issue has been engaged, on which the opposite party hears the legal burden of proof. [57] The rule is that ‘the onus of proof of any particular fact lies on the party who alleges it, not on him who denies it; et incumbit probation qui decit, non qui negat, Actori incibit probation … The plaintiff is bound in the first instance, to show a prima facie case, and if he leaves it imperfect, the court will not assist him. Hence the maxim Potior est condition defendantis. A plaintiff cannot obviously advantage himself by the weakness of the defence. A plaintiff’s case must stand or fall upon the evidence adduced by him. When, however, the defendant, or either litigant party, instead of denying what is alleged against him, relies on some new matter which, if true, is an answer to it, the burden of proof changes sides; and he, in his turn, is bound to show a prima facie case at least and, if he leaves it imperfect, the court will not assist him.”. [Penekanan ditambah] 34. Prinsip yang sama turut diputuskan dalam kes Tenaga Nasional Bhd v. Perwaja Steel Sdn Bhd [1998] 2 CLJ 740; [1998] 1 MLRA 178, Keruntum Sdn Bhd v The Director of Forests & Ors [2017] 3 MLJ 281; [2017] 4 MLRA 277 dan Hong Yik Trading v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398; [2017] 4 MLRA 89. 35. Berdasarkan peruntukan dan nas-nas undang-undang di atas adalah jelas bahawa beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil sentiasa terletak pada bahu pihak yang menuntut dan ia adalah atas imbangan kebarangkalian. Prinsip ini turut terpakai kepada pihak yang membuat tuntutan balas. Kegagalan pihak yang menuntut berbuat demikian akan menyebabkan tuntutannya ditolak oleh Mahkamah. 36. Dalam kes ini, setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding serta keterangan lisan dan dokumentar yang dikemukakan oleh Plaintif dan Defendan, Mahkamah ini mendapati Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, beban pembuktian tersebut tidak berpindah kepada Defendan untuk menafikan dakwaan dan/atau tuntutan Plaintif tersebut. 37. Sebaliknya, Mahkamah ini mendapati Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif atas imbangan kebarangkalian. 38. Memandangkan Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan dan Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif atas imbangan kebarangkalian, maka Mahkamah ini telah menolak keseluruhan tuntutan Plaintif terhadap Defendan dan membenarkan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif dengan kos. 39. Dalam menolak tuntutan Plaintif dan membenarkan tuntutan balas Defendan tersebut, Mahkamah ini bersetuju dan menerima sepenuhnya hujahan peguam cara Defendan dan tidak berhasrat untuk mengulanginya satu persatu di sini. Mahkamah ini hanya ingin menekankan isu-isu seperti di bawah sahaja. 40. Pertama, dalam tindakan ini, tuntutan Plaintif terhadap Defendan, inter alia, adalah untuk “suatu Perintah Pelaksanaan Spesifik untuk Perjanjian Pajakan baru dan Perjanjian Jual Beli pada terma yang akan dipersetujui oleh Plaintif dan Defendan dalam masa 6 bulan dari tarikh Penghakiman”. 41. Berdasarkan tuntutan Plaintif tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan dalam tindakan ini adalah tidak wajar dan tidak munasabah dan langsung tidak membangkitkan sebarang kausa tindakan yang sah terhadap Defendan. 42. Ini kerana, tuntutan Plaintif tersebut adalah berdasarkan draf Perjanjian Pajakan baru (setelah Perjanjian Pajakan lama bertarikh 12.7.2011 dibatalkan oleh Plaintif dan Defendan) dan draf Perjanjian Jual Beli yang masih belum dipersetujui dan dimuktamadkan terma-termanya oleh kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan. 43. Memandangkan kedua-dua draf Perjanjian tersebut masih belum dimuktamadkan terma-termanya oleh Plaintif dan Defendan dan masih lagi dalam bentuk draf, kedua-dua draf Perjanjian tersebut bukan suatu kontrak yang sah yang mengikat Plaintif dan Defendan dan boleh dikuatkuasakan oleh pihak-pihak menurut Akta Kontrak 1950 [Akta 136]. 44. Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, Plaintif tidak boleh mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap Defendan di bawah kedua-dua draf Perjanjian tersebut, termasuk perintah pelaksanaan spesifik. 45. Kedua, mengenai tempoh masa dua (2) bulan yang diberikan oleh Defendan kepada Plaintif untuk memuktamadkan kedua-dua draf Perjanjian tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa ia adalah suatu tempoh yang wajar dan munasabah. Ini kerana – (a) terma-terma dalam kedua-dua draf Perjanjian tersebut telahpun dibincangkan antara Plaintif dengan Defendan dalam beberapa siri mesyuarat dan perbincangan antara mereka sebelum itu dan sebahagian besarnya adalah seperti mana terma-terma dalam Perjanjian Pajakan bertarikh 12.7.2011 yang telah dibatalkan; dan (b) Defendan hendak memastikan bahawa cadangan pembangunan Langkawi di bawah kedua-dua draf Perjanjian tersebut dapat dilaksanakan segera setelah ia lama tertangguh di bawah Perjanjian Pajakan bertarikh 12.7.2011 yang telah dibatalkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini. 46. Walau bagaimanapun, Plaintif telah melengah-lengahkan dan gagal menyerahkan kedua-dua draf Perjanjian yang telah dimuktamadkan kepada Defendan dalam tempoh masa dua (2) bulan yang telah ditetapkan tersebut. 47. Sungguhpun begitu, atas permintaan Plaintif, Defendan bersetuju memberikan beberapa pelanjutan masa kepada Plaintif untuk memuktamadkan kedua-dua draf Perjanjian tersebut dan menyerahkan kedua-dua draf Perjanjian yang telah dimuktamadkan kepada Defendan. Perkara ini diakui dan tidak dinafikan oleh Plaintif. 48. Walaupun beberapa pelanjutan masa telah diberikan kepada Plaintif dan Plaintif telahpun menerima kedua-dua draf Perjanjian tersebut sejak 10.11.2020, namun Plaintif tetap abai dan gagal memuktamadkan dan menyerahkan kedua-dua draf Perjanjian yang telah dimuktamadkan kepada Defendan dalam tempoh masa yang munasabah. 49. Berikutan itu, Defendan telah mengeluarkan Notis Penamatan bertarikh 27.7.2021 kepada Plaintif dan memulangkan cek berjumlah sebanyak RM4,624,103.20 kepada Plaintif. 50. Berdasarkan fakta kes ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa tempoh masa dua (2) bulan yang diberikan oleh Defendan kepada Plaintif untuk memuktamadkan dan menyerahkan kedua-dua draf Perjanjian yang telah dimuktamadkan kepada Defendan, termasuk beberapa kali pelanjutan masa diberikan oleh Defendan kepada Plaintif, adalah suatu tempoh yang wajar dan munasabah. 51. Ketiga, mengenai tindakan Defendan mengeluarkan Notis Penamatan bertarikh 27.7.2021 kepada Plaintif untuk menamatkan cadangan tawaran draf Perjanjian Pajakan baru dan draf Perjanjian Jual Beli tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan Defendan tersebut adalah wajar dan munasabah. Ini kerana, – (a) Plaintif telah mengabaikan dan/atau gagal untuk memuktamadkan terma-terma yang telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Plaintif dan Defendan dalam beberapa siri mesyuarat dan perbincangan antara mereka dalam tempoh masa yang munasabah yang diberikan oleh Defendan, termasuk setelah beberapa kali pelanjutan masa diberikan oleh Defendan kepada Plaintif; (b) Plaintif telah mengabaikan dan/atau gagal untuk menyerahkan kedua-dua draf Perjanjian tersebut dalam tempoh masa yang munasabah kepada Defendan untuk dimuktamadkan dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan; dan (c) terdapat kelengahan dan kelewatan yang melampau di pihak Plaintif untuk memuktamadkan dan menyerahkan kedua-dua draf Perjanjian yang telah dimuktamadkan kepada Defendan. Berhubung dengan perkara ini, sejak Plaintif diserahkan dengan kedua-dua draf Perjanjian tersebut pada 10.11.2020 sehinggalah Notis Penamatan bertarikh 27.7.2021 tersebut dikeluarkan oleh Defendan, Plaintif telah gagal menyerahkan kedua-dua draf Perjanjian yang telah dimuktamadkan kepada Defendan. 52. Oleh itu, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa tindakan Defendan mengeluarkan Notis Penamatan bertarikh 27.7.2021 tersebut dan memulangkan cek berjumlah sebanyak RM4,624,103.20 tersebut kepada Plaintif adalah wajar dan munasabah. 53. Keempat, dalam tindakan ini, Plaintif yang telah gagal memuktamadkan dan menyerahkan kedua-dua draf Perjanjian yang telah dimuktamadkan kepada Defendan dalam tempoh masa yang munasabah. Memandangkan Plaintif adalah pihak yang salah (at fault), maka adalah tidak wajar dan tidak munasabah bagi Plaintif untuk mengambil tindakan ini terhadap Defendan. 54. Kelima, mengenai tuntutan balas Defendan, memandangkan Mahkamah ini telah mendapati Plaintif adalah pihak yang salah dan akibat perbuatan Plaintif itu telah menyebabkan kedua-dua draf Perjanjian tersebut tidak dapat dimuktamadkan dan dilaksanakan sehingga menyebabkan kerugian kepada Defendan untuk membangunkan dan memajukan Langkawi, maka adalah wajar tuntutan balas Defendan tersebut dibenarkan keseluruhannya. 55. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dan membenarkan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif dengan kos. Bertarikh : 15 APRIL 2026 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN (KEDAH DARUL AMAN) Peguam bagi pihak Plaintif: Encik Mohd Iskandar bin Ismail (Encik Rafizal bin Ahamadin dan Encik Muhammad Faris bin Muhamad Fazly bersamanya) Tetuan Shahrul & Rafizal Peguam Bela dan Peguam Cara No. 43-2, Jalan 9/9C, Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi SELANGOR DARUL EHSAN Tel : 03-8920 8480 Faks : 03-8920 9480 Ruj : SR/GL/PSSB/756/21/RA E-mel : admin@shahrulrafizal.com.my Peguam bagi pihak Defendan: Encik Ahmad Fariz bin Mohamed Tetuan Ali & Fariz Peguam Bela dan Peguam Cara No. 11-Acd/1, Menara A Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama Taman Pandan Indah 55100 Ampang KUALA LUMPUR Tel : 03-4292 1827 Faks : 03-8920 9480 Ruj : SR/GL/PSSB/756/21/RA E-mel : tetuan.alifariz@gmail.com