Satu (1) kad Public Bank Berhad (Ekshibit P19E). S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw [11] Tertuduh dan Khairul Izzane bin Hashim serta barang-barang rampasan telah dibawa oleh SP3 ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Klang Selatan. Lebih kurang pukul 3.30 petang, SP3 telah menimbang semula berat kasar dadah yang dirampas dan membuat tandaan pada barang-barang kes tersebut. SP3 kemudiannya membuat laporan polis (Ekshibit P15). Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 5.00 petang kesemua barang-barang rampasan serta kedua-dua tangkapan telah diserahkan oleh SP3 kepada pegawai penyiasat kes iaitu Insp Tg Siti Norhana Alena binti Tg Othman (SP4) untuk tindakan lanjut. [12] Pada 14 Januari pukul 9.49 pagi, SP4 telah menyerah satu (1) sampul surat bertanda "EL" di mana di dalamnya terdapat satu paket plastik bertanda "EL3" yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih kepada Ahli Kimia iaitu Encik Rahman Bin Mamat (SP2) untuk dianalisis. Hasil analisis yang dijalankan oleh SP2 mendapati berat bersih bahan tersebut adalah 449.2gram yang mengandungi 15.7gram heroin dan 6.2gram monoacetylmorphines. Laporan Kimia bertarikh 10 March 2021 yang disediakan oleh SP2 ditandakan sebagai Ekshibit P14. Kes No: BL-45A-21-08/2021("Kejadian Kedua") [13] Pada tarikh yang sama (5 Januari 2021) lebih kurang 5.00 petang, ketika SP3 dan D/Sjn Amin menjalankan soal siasat terhadap tertuduh di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Klang Selatan, tertuduh telah menyatakan kepada SP3 bahawa dia ada S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw menyimpan dadah dan sepucuk pistol di stor car wash di Pelabuhan Klang dan dia boleh tunjukkan tempat tersebut. [14] SP3 dengan dipandu arah oleh tertuduh telah bersama dengan pasukan serbuan ke stor tidak bernombor di tepi Jalan Persiaran Seri Junjung Kawasan 14, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor (Ekshibit P23 (1)-(10). Tertuduh telah mengambil serangkai kunci (Ekshibit P26C) yang disembunyikan di kuil kecil di sebelah kiri stor dan menyerahkannya kepada SP3. SP3 telah merampas serangkai kunci tersebut dan dengan menggunakan anak kunci itu telah membuka mangga jenama “Shenling" (Ekshibit P26B) di pintu sebelah kiri stor. [15] Setelah pintu stor dibuka, tertuduh telah menunjukkan kepada SP3 satu (1) bungkusan plastik merah/ putih tertera 'aramex' (Ekshibit P26A) yang berada di dalam bonet belakang motorkar jenis Chery Ester berwarna putih nombor pendaftaran TBG 3096 yang tidak berkunci dan berada di dalam kawasan stor tersebut. Di dalam bungkusan plastik 'aramex' tersebut mengandungi empat (4) paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin (anggaran berat kasar 1819.10gram – (Ekshibit P11A (1)- (4)). [16] Tertuduh seterusnya telah menunjukkan kepada SP3 satu kotak besi lori tow truck jenis Daihatsu warna kuning tiada nombor pendaftaran di dalam stor tersebut dan hasil pemeriksaan, SP3 menjumpai satu (1) pucuk menyerupai pistol berserta satu (1) kelopak warna hitam bertulis WE Tactical Co Ltd. SP3 telah merampas semua barang kes dan dibawa balik ke pejabat untuk tindakan lanjut dan SP3 telah menyediakan satu senarai geledah (Ekshibit P27). Barang kes S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw telah dibawa balik ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Khairul Adha bin Che Kamaruddin (SP5). [17] Pada 14 Januari 2021 pada pukul 9.45 pagi, SP4 telah menyerahkan satu kotak bertanda "K' dan bermeterai "POLIS DIRAJA MALAYSIA 568" ke Jabatan Kimia Malaysia Petaling Jaya, Selangor kepada Ahli Kimia iaitu Dr. Nur Nazihah Binti Md Shahari (SP6) untuk dianalisis. Hasil analisa yang dijalankan oleh SP6 mengesahkan bahawa bahan ketulan dan serbuk berwarna putih tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis Heroin seberat 70.4gram dan Monoacetylmorphines seberat 17.3gram. Laporan Kimia bertarikh 27 Januari 2021 yang disediakan oleh SP6 ditandakan sebagai Ekshibit P34. Ringkasan Pembelaan Tertuduh (SD1) • Sebelum ditangkap tertuduh bekerja sebagai seorang pemandu trailer panjang. Waktu kerja dari pukul 8.00 pagi sehingga lebih kurang 10.00 malam. • Pada 5 Januari 2021 tertuduh telah menerima panggilan telefon daripada seorang kenalannya iaitu Barn. Barn telah menelefon tertuduh dan menjemput tertuduh untuk keluar makan. • Pada hari itu, tertuduh tidak bekerja dan tertuduh meminjam kereta emaknya Proton Wira No. Pendaftaran WGD5973 untuk S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw berjumpa dengan Barn. Barn beritahu tertuduh untuk berjumpa dekat Telok Gong, Pelabuhan Klang. • Setelah sampai di Telok Gong, tertuduh telah menelefon Barn untuk mengetahui lokasi kedai untuk berjumpa. Barn masa itu minta tertuduh untuk pergi mengambil Atan yang akan ikut mereka makan bersama. • Barn memberitahu tertuduh bahawa Atan tidak ada kenderaan. Tertuduh mengatakan "ok" dan minta lokasi kedudukan Atan. Barn telah menghantar kepada tertuduh melalui whatsapp lokasi Atan. Tertuduh menggunakan lokasi yang Barn berikan dan pergi ke satu lorong berdekat Jalan Teluk Gong, Pelabuhan Klang. • Selepas tertuduh sampai di lokasi Atan, tertuduh telah memberhentikan keretanya di tepi sebuah rumah dan memberitahu Barn bahawa tertuduh sudah pun sampai di lokasi Atan. • Atan kemudian telah keluar rumah dan masuk duduk di dalam kereta tertuduh di bahagian penumpang depan kereta. Semasa di dalam kereta itu, tertuduh telah memperkenalkan dirinya kepada Atan sambil menunggu Barn untuk memberitahu kedai mana hendak dituju. • Semasa tertuduh dan Atan sedang menunggu panggilan Barn di dalam kereta, tiba-tiba telah datang beberapa lelaki dan S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw membuka pintu kereta. Ada lebih kurang 10 orang yang datang. Pada mulanya tertuduh tidak tahu bahawa mereka adalah polis kerana mereka langsung tidak memakai uniform dan hanya selepas tertuduh tanya kenapa, barulah mereka mengenalkan diri sebagai polis. • Mereka telah menyuruh tertuduh keluar kereta dan tertuduh nampak Atan juga berada di luar kereta. Kemudian tertuduh lihat polis mengambil sebuah beg warna hitam daripada Atan dan membuat pemeriksaan. • Kemudian tertuduh melihat polis mengeluarkan satu beg plastik. Selepas beberapa minit, tertuduh bersama Atan telah dibawa masuk ke dalam rumah sebelah untuk pemeriksaan. • Semasa di dalam rumah, tertuduh hanya berdiri di hadapan rumah sahaja bersama beberapa orang anggota polis. Atan dan beberapa polis telah masuk ke dalam rumah. Kemudian tertuduh dan Atan telah dibawa ke Balai Polis. • Tertuduh hanya mengenali Atan pada hari itu sahaja. • Tertuduh tidak mengenali Atan dan tidak tahu di mana Atan tinggal. Lokasi untuk menjemput Atan tertuduh terima daripada Barn sahaja melalui whatsapp. • Telefon tertuduh telah dirampas oleh pihak polis semasa tertuduh ditangkap dan semua maklumat ada didalam telefon S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw tersebut tetapi tertuduh mendapati telefonnya tidak dibawa ke Mahkamah dan tiada di Mahkamah. • Selepas dibawa ke balai, tertuduh diletakkan berseorangan dengan beberapa orang anggota polis. Tertuduh tidak tahu di mana Atan berada pada ketika itu. Selepas beberapa jam dan tertuduh tidak pasti pukul berapa, tertuduh dibawa ke sebuah tempat di Pelabuhan Klang. Tempat itu seperti satu stor dekat sebuah kuil. • Semasa tertuduh sampai dengan polis di sana, tertuduh dibawa masuk melalui sebuah pintu zink dimana di dalam tempat itu terdapat beberapa kenderaan kereta dan lori. Tertuduh juga melihat Atan bersama di sana. Selepas berada di sana sehingga tidak pasti pukul berapa, tertuduh dibawa balik ke balai polis. • Tertuduh tidak pasti siapakah pemilik stor di gambar P23 (1- 10). • Tertuduh tidak tahu siapakah pemilik paket-paket plastik di gambar Ekshibit P24 (1,2 & 4). • Tertuduh menafikan polis ada menjumpai beg silang pada badan tertuduh. • Tertuduh tidak mempunyai pengetahuan tentang barang-barang yang terdapat di dalam beg silang tersebut. S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw • Tertuduh tidak memandu arah polis ke stor. Polis yang bawa tertuduh ke tempat itu. • Di tempat stor, tertuduh menafikan ada mengambil kunci stor. • Tertuduh tidak tahu barang-barang di dalam Ekshibit P24 dijumpai di stor. Ringkasan Keterangan Annakili a/p Thoppan (SD2) • SD2 adalah ibu kepada tertuduh. • SD2 adalah pemilik kereta Proton Wira No WGD5973 (Ekshibit P16 (1-5)) warna biru yang digunakan oleh tertuduh semasa dia ditangkap. • Kereta SD2 masih ditahan di balai polis sejak tertuduh ditangkap. • SD2 telah banyak kali meminta polis untuk memulangkan kembali keretanya namun gagal kerana mengikut pihak polis terdapat dadah yang dijumpa di dalam kereta tersebut. Dapatan Pesuruhjaya Kehakiman Di Akhir Kes Pembelaan [18] Di antara lain dapatan beliau adalah seperti yang berikut dan kami petik: S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw “PEMBELAAN OKT [22] Mahkamah telah menerangkan kepada OKT, tiga (3) pilihan untuk membela diri dan OKT memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. [23] Peguambela OKT menghujahkan bahawa walaupun pihak pendakwaan mencadangkan bahawa beg sandang yang dipakai oleh OKT di mana dadah dijumpai, ianya tidak terjumlah kepada fakta bahawa OKT mempunyai pengetahuan dan mempunyai milikan, kawalan dan jagaan kepada dadah tersebut. [24] SP3 mengesahkan bahawa dadah itu dijumpai di dalam beg silang (P19A) yang dipakai oleh OKT bersama-sama dengan dompet (P19C), kad pengenalan OKT (P19D), kad Public Bank (P19E) dan kad Hong Leong Bank (P19F). Walaupun SP3 diletakkan soalan oleh pihak pembelaan ketika kes pendakwaan bahawa semasa serbuan, beg silang digalas oleh Khairul Izzane, dia tidak bersetuju. Begitu juga pada soalan oleh pihak pembelaan bahawa beg silang itu dipegang oleh Khairul Izani, maka rumah dia diperiksa oleh SP3, juga tidak dipersetujui oleh SP3. Ketika pemeriksaan semula, SP3 sahkan beg silang itu dirampas dari OKT. [25] Adalah jelas ketika serbuan, beg silang itu dipakai oleh OKT, ditambah pula barangan peribadi OKT dijumpai dalam beg silang tersebut. Beg silang itu adalah dalam milikan dan S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw kawalan OKT dan dia mempunyai masa untuk menguruskannya dan melupuskannya jika dia mempunyai masa untuk berbuat demikian. Adalah jelas dan tanpa keraguan, barang kes ada dalam kawalan, milikan dan pengetahuan OKT. [26] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal mencadangkan kepada OKT tentang peranan dan pengetahuan Khairul Izzane di tempat kejadian. Pihak pembelaan juga menegaskan kegagalan memanggil Khairul Izzane sebagai saksi mencacatkan kes pendakwaan. SP3 sebagai pegawai serbuan, tidak menafikan bahawa Khairul Izzane ditangkap bersama-sama dengan OKT. Namun begitu, dadah dijumpai dalam beg silang yang dipakai oleh OKT dan bukan Khairul Izzane. Walaupun ada percubaan di pihak pembelaan untuk mengaitkan beg silang itu, kononnya di bawa oleh Khairul Izzane dari rumahnya kerana tempat OKT dan Khairul Izzane adalah dekat; namun disangkal dan tidak dipersetujui oleh SP3. Dia menegaskan beg silang itu dirampas dari OKT. [27] Jumlah saksi untuk membuktikan kes pendakwaan tidak bergantung pada berapa orang sepatutnya dipanggil. Barang kes dijumpai dengan OKT dan bukan pada Khairul Izzane (seperti yang disahkan oleh SP3). Oleh itu, kegagalan memanggil Khairul Izzane tidak melompangkan kes pendakwaan.” S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw “SERBUAN DAN RAMPASAN DISEBUAH STOR TIDAK BERNOMBOR [28] Pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa dadah yang dijumpai di dalam bonet kereta Cherry Easter No. TBG 3096 adalah milik OKT dan OKT mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut. Kereta tersebut telah diserahkan kepada OKT oleh V Gunasekaran a/l Vithiappan dan semasa kereta tersebut diserahkan kepada OKT, kereta tersebut kosong dan tidak mempunyai apa-apa barang salah di dalamnya. [29] Ketika pemeriksaan utama SP3, dia memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pada 5.1.2021 jam 5 petang, di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, SP3 dan Sarjan Amin telah menjalankan soal siasat atas OKT. OKT yang memberitahu mereka bahawa dia ada simpan dadah dan pistol di Pelabuhan Klang. Apa yang diberitahu oleh OKT dijadikan maklumat pertama bersabit Klang Repot 401/21. Menurut SP3 lagi, OKT yang memandu arah mereka ke stor tidak bernombor di tepi jalan Persiaran Sri Junjung Kawasan 14 Pelabuhan Klang. Apabila sampai di stor tersebut, OKT yang mengambil kunci (P26C) di kuil kecil tersebut yang mana tempat dimana kunci itu diambil ditutup dengan surat khabar. [30] Apabila pintu stor dibuka, CKT tunjuk barang kes di bonet kereta Cherry Easter No. TBG 3096. Hasil pemeriksaan di bonet belakang ada bungkusan merah putih bertulis "Aramex" S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw di mana di dalamnya ada 4 paket plastik lutsinar dadah jenis heroin (P26A). Adakah fakta-fakta ini tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan atas dadah-dadah yang dijumpai dalam bonet kereta Cherry Easter No. TBG 3096 di stor tidak bernombor tersebut. [31] SP3 dan pasukannya tidak mengetahui kewujudan stor tidak bernombor dan kereta Cherry Easter No. TBG 3096 kecuali diberitahu oleh OKT ketika soal siasat dan OKT yang memandu arah mereka ke stor tersebut. Kereta Cherry EasterNo. TBG 3096 itu tidak berkunci dan pihak pembelaan menghujahkan sesiapa pun boleh mengakses kereta tersebut dan bonet, namun dalam kes ini, OKT yang menuniukkan kepada SP3, barang kes ada di bonet. [32] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa IDD22 (Klang Repot 401/2021) adalah satu rekaan oleh SP3 untuk mengenakan OKT, Ini adalah kerana pihak pendakwaan tidak pernah berhujah di akhir kes pendakwaan berkenaan IDD22 iatu laporan polis yang dibuat oleh SD3 selepas mendapat maklumat dari OKT dan sewaktu kes pembelaan juga, pihak pendakwaan tidak mencadangkan kepada OKT bahawa beliau ada memberi maklumat seperti di dalam IDD22 kepada SP3. Ketika pemeriksaan balas SP3, dia ditanya berkenaan IDD22. SP3 tidak bersetuju dengan cadangan peguambela OKT bahawa OKT beri maklumat dan dia sesuka hati mengisi S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw laporan ini. IDD22 dibuat oleh SP3 sebagai maklumat pertama atas apa yang diberitahu OKT untuk tindakan selanjutnya dilakukan oleh SP3 dan pasukan serbuannya iaitu ke stor tidak bernombor itu. Sekiranya SP3 tidak membuat IDD22, ianya tidak mencacatkan kes pendakwaan kerana OKT yang pandu arah SP3 ke stor dan fakta ini tidak pernah tergugat. Pihak pembelaan menghujahkan ini adalah percubaan untuk mengenakan OKT, namun gagal membuktikan fakta ini wujud.” “KEPUTUSAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [33] Setelah meneliti dan menimbangkan keterangan pihak pembelaan, Mahkamah mendapati keterangan pihak pembelaan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa sebenarnya OKT mempunyai milikan atas barang kes dadah seperti di dalam ketiga-tiga pertuduhan. Mahkamah juga mendapati OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap dapatan milikan dan pengetahuan dadah terhadapnya serta pengedaran seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB 1952. Oleh itu, setelah menilai semua keterangan di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati OKT gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya terhadap OKT di bawah ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya melampui keraguan munasabah. S/N cqTxZqz6qUi15z4X31Xtnw [34] Oleh itu, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan-pertuduhan berikut: