If the court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the court shall call upon the accused to enter his defence.” [13] Prima facie tidak dihuraikan di dalam peruntukan Kanun Tatacara Jenayah namun telahpun diterangkan, dibincangkan dan diputuskan oleh kes-kes di Mahkamah Tinggi hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Pengujian kes secara prima facie telah diputuskan dalam kes Dalip Baghwan Singh v PP [1998] 1 MLJ 1 seperti berikut di mukasurat 2 kes:- “... the meaning of the test of prima facie case at the end of the prosecution’s case is, ‘on the assumption that the prosecution evidence was accurate, could the accused be lawfully convicted? The word ‘accurate’ could mean or should mean ‘true’ and the words ‘prosecution evidence’ could be said to refer to evidence or evidence sufficient enough to prove each ingredient of an offence. Once there is sufficiency of such evidence, so long as it is not inherently incredible, a prima facie case is made out. Therefore, the test of prima facie case would not entitle one to assess the veracity or credibility of evidence of witnesses as the session had done. [14] Merujuk kes Balachandran V Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan di mukasurat 99 seperti berikut:- “... a prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN [15] Di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan memperuntukkan elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di dalam kes bunuh:- ii. Seseorang telah meninggal dunia; iii. Kematian seseorang disebabkan oleh perbuatan OKT; iv. Perbuatan menyebabkan kematian tersebut: (Seksyen 300 KK) a. Dengan niat hendak menyebabkan kematian; (with the intention of causing death) ATAU b. Dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang pesalah itu ketahui mungkin menyebabkan kematian orang yang dikenakan bencana itu; (with the intention of causing bodily injury which, the accused person knows to be likely to cause the death) ATAU c. Dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada mana-mana orang, dan bencana tubuh yang dimaksudkan hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian; (with the intention of causing bodily injury and the bodily injury intended is sufficient in the ordinary course of nature to cause death) ATAU d. Dengan mengetahui bahawa perbuatan itu adalah berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian, dan dia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab bagi mendatangkan bahawa menyebabkan kematian atau bencana sebagaimana tersebut itu. (with the knowledge the act is so imminently dangerous that it must in all probability cause death or such bodily injury is likely to cause death, the accused person has no excuse for incurring the risk of causing such death or injury) [16] Di dalam kes Duis Akim & Ors. v PP [2013] 9 CLJ 692 Mahkamah Persekutuan merujuk elemen kesalahan di bawah s.302 KK yang disenaraikan oleh Hakim Bicara kes tersebut. Di mukasurat 705 kes:- [23] In his judgment, the learned trial judge correctly listed the elements required to be proved by the prosecution in order to establish a prima facie case. He said this: a. The death of the deceased, Welfred bin Thomas occurred on 26th day of May, 2001 at about 2am at 7Eleven Shop Bonggongon Town, in the District of Penampang, Sabah; b. The death of Welfred bin Thomas was caused by injury or injuries inflicted on the deceased; c. The accused had caused the injury or injuries which resulted in the deceased’s death; and d. The act of causing the death was committed with the mens rea under s. 300 (a), (b), (c) or (d) in furtherance of common intention under s.34 of the Penal Code. [17] Berdasarkan peruntukan-peruntukan di atas pihak pendakwaan perlu membuktikan perkara-perkara berikut: i. Si mati ialah Pang Ket Tai (No.KP: 451116-08-5409); ii. Kematian si mati disebabkan kecederaan yang dialami oleh si mati; iii. OKT yang telah menyebabkan kecederaan yang dialami oleh simati; iv. Perbuatan yang telah menyebabkan kematian adalah tergolong di bawah salah satu peruntukan di bawah Seksyen 300 (a), (b), (c) atau (d) Kanun Keseksaan Elemen 1: Identiti si mati [18] Identiti si mati telah disahkan oleh SP2 iaitu anak kandung si mati yang telah membuat pengecaman mayat si mati pada 13.9.2020 jam 10.30 pagi di bilik mayat Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Elemen 2: Kecederaan si mati akibat kecederaan yang dialami [19] Bagi membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan bergantung kepada laporan post-mortem Dr. Tan Lii Jye yang membuat post-mortem ke atas mayat si mati. [20] Menurut Eksibit P19, punca kematian si mati adalah “blunt and sharp injuries of the head and neck”” dan laporan post-mortem (P20) telah disediakan. [21] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa elemen kedua juga telah berjaya dibuktikan iaitu keterangan menunjukkan bahawa punca kematian si mati adalah akibat kecederaan yang dialami oleh si mati iaitu “blunt and sharp injuries of the head and neck”. Elemen 3: Kecederaan si mati perbuatan OKT [22] Mahkamah bergantung kepada keterangan ikut keadaan (circumstantial evidences) bagi membuktikan kecederaan si mati adalah perbuatan OKT. [23] Pertama, berdasarkan penemuan OKT yang berada di sebelah si mati ketika sejurus selepas kejadian oleh adik OKT iaitu SP4. [24] Kedua, hasil laporan kimia menunjukkan bahawa terdapat kesan darah simati pada kedua-dua belah tangan OKT dan seluar dipakai OKT semasa tangkapan. Selain itu, terdapat profil DNA campuran di antara OKT dan simati pada serpihan kaca yang dirampas di tempat kejadian, baju berwarna merah yang ditemui di dalam bilik air di tempat kejadian dan juga pada seluar panjang yang dipakai simati. [25] Ketiga, senjata iaitu botol kicap kaca dan serpihan botol kicap kaca ditemui di tempat kejadian. Si mati telah meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipukul dan ditikam oleh OKT dengan botol kicap dan serpihan botol kicap kaca di tempat kejadian. [26] Keempat, OKT turut mengalami luka-luka di tangan dan lutut yang berpunca dari perbuatan OKT memegang senjata iaitu botol kicap yang digunakan menikam si mati sehingga botol tersebut pecah menjadi serpihan kaca yang tajam. Penemuan OKT yang berada di sebelah si mati ketika sejurus selepas kejadian [27] SP3, adik kepada OKT telah menemui OKT berada di tempat kejadian berada bersebelahan dengan si mati dan mengakui telah memukul dan berlawan dengan si mati. (PS SP3, m/s 2) “5. Apabila sampai di sana, saya nampak depan bilik air ada kesan longgokan sampah. Kemudian, saya nampak bapa saya telah terbaring di lantai tapi saya tidak dekatinya kerana takut. Abang saya Pang Kar Foong ada di sebelah bapa saya. Saya tanya dia apa yang terjadi, dan abang saya jawab bapa saya telah pukul dia dan dia telah berlawan dengan bapa saya. Selepas itu, saya terus keluar dalam keadaan tidak tentu arah kerana saya tidak tahu hendak buat apa lagi apabila nampak bapa saya mungkin sudah meninggal dunia.” [28] Selain SP3, SP6 iaitu pegawai forensik PDRM Insp Simon a/l Vadivelu juga menemui OKT berada di tempat kejadian dan telah mengambil “swabbing” kesan darah pada kedua-dua belah tangan OKT. KETERANGAN DNA SI MATI [29] Hasil laporan kimia (Eksibit P19) menunjukkan bahawa terdapat kesan darah simati pada kedua-dua belah tangan OKT dan seluar dipakai OKT semasa tangkapan. Selain itu, terdapat profil DNA campuran di antara OKT dan simati pada:- a. Serpihan kaca yang dirampas di tempat kejadian; b. Baju berwarna merah yang ditemui di dalam bilik air di tempat kejadian; dan juga c. Seluar panjang yang dipakai simati. [30] Keterangan kesan-kesan DNA si mati yang bercampur dengan DNA OKT menunjukkan terdapat persentuhan (contact) di antara si mati dan OKT. Tiada DNA individu lain yang ditemui di tempat kejadian selain OKT dan si mati. [31] Kehadiran DNA campuran di antara OKT dan si mati pada serpihan kaca botol kicap di tempat kejadian menunjukkan botol kicap tersebut telah digunakan oleh OKT sebagai senjata yang menyebabkan kecederaan ke atas si mati. Ketiga, penemuan senjata di tempat kejadian [32] Si mati telah meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipukul dan ditikam oleh OKT dengan botol kicap dan serpihan botol kicap kaca di tempat kejadian. [33] Simati telah meninggal dunia semasa pihak polis hadir di tempat kejadian. Keterangan ini dapat dilihat dalam gambar di tempat kejadian iaitu di gambar Eksibit P4 (5), (6), (12-14), (16) hingga (21) di mana gambar si mati tidak bernyawa terbaring di atas lantai berlumuran darah dan terdapat kesan-kesan kecederaan di bahagian muka dan leher si mati. [34] Kesan DNA campuran OKT dan si mati terdapat pada serpihan kaca menunjukkan botol dan serpihan kaca botol kicap adalah senjata yang digunakan oleh OKT dalam menyebabkan kecederaan kepada si mati. Keempat, kecederaan dialami OKT [35] OKT turut mengalami luka-luka di tangan dan lutut yang berpunca dari perbuatan OKT memegang senjata iaitu botol kicap yang digunakan menikam si mati sehingga botol tersebut pecah menjadi serpihan kaca yang tajam. [36] Menurut laporan perubatan OKT (Eksibit P22), OKT mengalami kecederaan “multiple laceration wound over right hand and bilateral knee” menunjukkan OKT telah mengalami kecederaan semasa menumbuk kepala dan leher si mati dengan menggunakan botol kicap dengan tangan kanan sehingga pecah menjadi serpihan. Manakala, kecederaan pada kedua-dua lutut OKT menunjukkan OKT telah menumbuk si mati yang berada di atas lantai dalam keadaan melutut kerana terdapat serpihan-serpihan kaca di tempat kejadian. Elemen 4: Kecederaan si mati adalah cukup secara lazimnya menyebabkan kematian [37] Keterangan berhubung kecederaan disahkan oleh laporan postmortem (Eksibit P19) yang menunjukkan kesan-kesan dikepala dan leher si mati. Menurut laporan post mortem, si mati tidak mempunyai sebarang penyakit ain yang boleh menyumbang kepada kematian si mati, kecederaan kepala dan leher adalah “fatal in nature” dan bukan diakibatkan oleh kecederaan oleh diri sendiri. (Laporan Postmortem (Eksibit P19), m/s 7) “ SUMMARY AND CONCLUSIONS …