jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada mana-mana orang, dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian; I. Mangsa Muhammad Hafiz bin Abdullah telah meninggal dunia S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw [15] Mangsa Muhammad Hafiz bin Abdullah telah didapati meninggal dunia pada 13.12.2022 oleh pembantu perubatan dari HTAR iaitu SP11(Muhammad Hisyamuddin). Pada 13.12.2022, SP11 telah diarahkan untuk menghala ke tempat kejadian dengan ambulan. Beliau tiba pada jam lebih kurang 11.12 pagi dan melihat dua (2) mangsa dalam keadaan berlumuran darah. SP11 telah memberikan rawatan kepada 1 lelaki (si mati) dan mendapati tiada menunjukkan tanda-tanda kehidupan. SP11 telah mengesahkan kematian si mati kepada anggota polis yang berada di lokasi kejadian. Menurut SP11, hasil pemeriksaan atas si mati didapati kecederaan terbelah/ terkoyak besar tepi pipi bawah mulut sebelah kanan, kaki kiri hampir putus di bahagian pergelangan kaki, pergelangan tangan sebelah kanan terkoyak/ terbelah besar, kaki kanan mengalami koyakan besar di bawah betis. [16] SP3 (Dr Kartini binti Md Ariff) adalah doktor yang menjalankan post mortem atas jasad Muhammd Hafiz bin Abdullah, si mati. Beliau mengesahkan telah menjalankan bedah siasat atas si mati pada 14.12.2022 pukul 11.00 pagi di HTAR Klang. S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw [17] Justeru itu, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama pertuduhan. II. Kematian adalah akibat kecederaan yang dialami oleh si mati. [18] Untuk membuktikan elemen ini Mahkamah melihat kepada keterangan SP3 dan SP11. Hasil pemeriksaan SP11 di tempat kejadian atas si mati didapati kecederaan terbelah/ terkoyak besar tepi pipi bawah mulut sebelah kanan, kaki kiri hampir putus di bahagian pergelangan kaki, pergelangan tangan sebelah kanan terkoyak/ terbelah besar, kaki kanan mengalami koyakan besar di bawah betis. Hasil pemeriksaan luaran oleh SP3 pula mendapati si mati mengalami kecederaan parah dimana terdapat luka tetak berganda yang dilihat pada bahagian muka, tangan dan kaki si mati. Hampir semua luka tetak yang diperiksa oleh SP3 memutuskan otot dan saluran darah arteri utama yang penting. Akibat daripada terputusnya saluran darah utama ini, si mati boleh mengalami pendarahan yang banyak dan kehilangan darah yang signifikan dalam masa singkat. Luka-luka yang dialami si mati adalah parah. S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw [19] SP3 merumuskan secara keseluruhannya, luka-luka tetak yang dialami oleh si mati menggambarkan senjata yang digunakan adalah satu senjata tajam dan berat seperti parang atau padang. Corak dan lokasi luka tetak yang banyak terdapat pada bahagian tangan dan kaki si mati menggambarkan si mati ada cuba mempertahankan diri dengan menahan atau menepis serangan senjata tajam tersebut. Ini menunjukkan bahawa si mati sedar ketika serangan dilakukan terhadapnya. Untuk pemeriksaan dalaman, SP3 mendapati terdapat pendarahan pada lapisan bawah kulit kepala tetapi tiada retak pada tulang tengkorak tempurung kepala. Selain daripada itu, otak si mati tidak menunjukkan penyakit atau kecederaan dalaman. Pemeriksaan muka mendapati tulang muka iaitu tulang rahang sebelah kanan retak akibat luka tetak. Otot pipi sebelah kanan juga dilihat terpotong akibat luka tetak yang sama. Pemeriksaan bahagian leher tiada kecederaan pada otot-otot leher tetapi terdapat pendarahan otot leher sebelah kanan dipercayai darah berasal dari luka tetak rahang kanan. Sarung carotid yang melindungi saluran darah dan saraf di bahagian leher dilihat masih utuh tanpa kecederaan. Begitu juga tulang servikal dan tulang hyoid bahagian leher. S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw [20] Pemeriksaan pada bahagian dada menunjukkan tiada patah pada tulang rusuk dan organ dalaman iaitu jantung dan paru-paru tiada kecederaan. Pemeriksaan pada organ-organ dalam abdomen iaitu hati, perut, usus, limpa dan buah pinggang juga tiada tanda-tanda penyakit namun semua organ dalaman kelihatan pucat menunjukkan tanda si mati kehilangan darah yang banyak. Berdasarkan hasil bedah siasat yang dilakukan, kecederaan luka tetak berganda si mati menyebabkan tangan dan kaki si mati hampir putus. Kecederaan sebegini adalah dianggap fatal kerana ianya memutuskan saluran darah, otot dan tulang yang boleh menyebabkan pendarahan signifikan. SP3 didalam keterangannya juga menyatakan kehilangan darah akibat luka tetak berganda seperti dalam kes ini adalah dianggap parah sehingga boleh menyebabkan kematian iaitu “fatal in nature”. Pendarahan yang teruk ini akan menyebabkan si mati mengalami renjatan boleh berakhir dengan kematian dengan cepat terutama bagi kes kecederaan yang melibatkan saluran darah utama si mati. Oleh sebab itu, punca kematian “Multiple slash wounds to face and limbs”. S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw [21] Berasaskan kepada keterangan SP11 dan SP3, yang diterima oleh Mahkamah, maka pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kematian si mati adalah disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya. III. Kecederaan si mati adalah akibat perbuatan atau kesan daripada perbuatan OKT [22] Bagi membuktikan elemen ini, pendakwaan bergantung kepada keterangan langsung saksi-saksi dan keterangan keadaan (circumstantial evidence) [23] Saksi-saksi yang berada di lokasi kejadian pada waktu material adalah SP5 dan SP15 (Kalaipriya). SP5 di dalam keterangannya menyatakan dia melihat OKT telah menarik kaki si mati dan menumbuknya apabila dia dan si mati sampai di rumah selepas balik dari membeli sarapan. SP5 mendengar OKT meminta seseorang mengambil parang dan dia melihat SP15 keluar dari rumah OKT membawa parang dan memberikannya kepada OKT. OKT kemudian menetak kaki sebelah kiri si mati dengan sekuat hati dan ini disaksikan oleh SP5. SP5 cuba menolong si mati dan dia juga diserang oleh OKT dan SP5 mengalami kecederaan parah di kepala dan tangan. Ini adalah keterangan langsung dari saksi mata kejadian. S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw Selain SP5, turut menyaksikan kejadian ini adalah SP15. SP15 memberitahu Mahkamah, dia yang memberikan parang (ekshibit 10C) kepada OKT dan dia melihat OKT menetak si mati. SP15 turut mermbuat demonstrasi bagaimana OKT menetak si mati. SP15 juga turut melihat OKT menyerang SP5 dengan parang dan SP5 cedera parah. Menurut SP15, OKT pada waktu itu kelihatan baran dan agresif. [24] Keterangan sokongan lain adalah rakaman CCTV dari rumah OKT (ekshibit P40A) dimana jelas kelihatan perbuatan OKT. SP5 dan SP15 mengesahkan dan mengecam OKT, si mati, SP5 dan SP15 didalam rakaman tersebut. Ekshibit P40A ini telah dihantar ke makmal forensic PDRM untuk analisis oleh SP4 (Insp Nazi bin Abdullah) dan beliau mengesahkan ketulinan rakaman dan telah menyediakan laporan analisis iaitu ekshibit P38. [25] Selepas kejadian ini, OKT telah pergi ke IPD Klang Selatan untuk menyerah diri. Ini disahkan oleh SP7 (Insp Ganesh a/l Munisamy). SP7 kemudiannya telah menahan OKT dan membuat rampasan barang-barang yang ada padanya. Ekoran dari itu, SP7 telah membuat laporan polis (ekshibit P46). S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw IV. Dalam mencederakan si mati, OKT dengan niat untuk mencederakan tubuh badan si mati dan kecederaan pada tubuh badan si mati adalah memadai dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian. [26] Berhubung dengan isu niat, pihak pendakwaan bergantung kepada cabang (c) Seksyen 300 KK; iaitu perbuatan OKT dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kecederaan kepada tubuh Muhammad Hafiz, si mati yang mana pada lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian. [27] Keterangan daripada SP3 yang merupakan pakar pathologis yang menjalankan bedah siasat atas jasad si mati membantu Mahkamah dalam mencari punca kematian si mati. SP3 mengesahkan si mati mati akibat kehilangan darah akibat luka tetak berganda yang dianggap parah sehingga boleh menyebabkan kematian. [28] Keterangan dari SP5 yang memamklumkan Mahkamah bahawa OKT dengan sedaya upaya menghayun parang dan menetak kaki kiri OKT sehingga putus dan seterusnya menyerang bahagian badan OKT yang lain jelas menunjukkan OKT berniat untuk mencederakan si mati dan dengan menggunakan senjata tajam S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw seperti parang jelas dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian. SP15 di dalam keterangannya juga OKT kelihatan baran dan agresif ketika menyerang si mati dan SP5 dan SP15 takut dan hanya berdiri di tepi kereta sahaja. [29] Berhubung dengan isu niat, pihak pendakwaan bergantung kepada cabang (c) Seksyen 300 KK; iaitu perbuatan OKT dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kecederaan kepada tubuh Muhammad Hafiz, si mati yang mana pada lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian. Mahkamah Rayuan di dalam kes Iskandar Zulkarnain bin Zolkifly v PP [2022] 1 LNSD 127 di mana rujukan dibuat kepada keputusan terkini Mahkamah Persekutuan berkenaan kedudukan undang-undang atas seksyen 300(c) Kanun Keseksaan iaitu Zulkiplee Mohamad v PP [2022] 1 CLJ 673 di mana diputuskan: “It is irrelevant and totally unnecessary to enquire into what kind of injury the accused intended to inflict. The question is not whether the intention of the accused is to inflict a serious injury or a trivial one but whether he intended to inflict the injury that is is proved to be present. In the present case, the injuries that were proved to be present and which the appellant intended to inflict were the injuries on the deceased’s head which fractured her skull. Where on the prosecution relies on cl (c) of s. 300 of the PC, it is not required to prove S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw intention to cause bodily injury of a kind that is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. In the context of the present case, proof of that intention was the appellant’s deliberate act of hitting the deceased on her head with the baseball bat, which was totally unrelated to the question whether he intended to cause injury that was sufficient to cause death in the ordinary course of nature. [penekanan ditambah] …………… What the prosecution needed to prove in order to bring the case under cl (c) of s.300 is to show that the injury proved to be present was caused intentionally and not accidentally and that the injury was sufficient in the ordinary course of nature to cause death. [30] Mahkamah Persekutuan didalam Public Prosecutor and Muhammad Khairuanwar bin Baharuddin [Federal Court (Criminal Appeal No.: 05(L) -15-01/2023 (W)] YA Dato’ Nordin Hassan HMP memutuskan: - “[30] Before we proceed to address this issue, it is pertinent to reiterate the settled principle of law that to attract the application of section 300(c) of the Penal Code, the prosecution must prove the presence of bodily injury, the accused intentionally inflicted the injury and that the injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw (see PP v Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823 FC; Zulkiple Mohamad v PP [2022] 1 CLJ 673 FC; Mickelson Gerald Wayne v PP [2022] 6 MLJ 118 FC; Mohamed Yasin bin Hussin v PP [1976] 1 MLJ 156 PC; Virsa Singh v State of Punjab (1958) 1 MLJ (Crl) 579; Tan Cheow Bock v PP [1991] 3 MLJ 404); PP v Visuvananthan [1978] 1 MLJ 159) [32] To begin with, an intention is a question of fact that cannot be proved by direct evidence. Inference from the evidence presented and the surrounding circumstances has to be made to determine this fact. This too is stated lucidly by Thompson J in Chan Pean Leong v PP [1956] MLJ 237 in the following words: “Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” (emphasis added) [33] In Ratanlal & Dhirajlal, The Indian Penal Code, 32nd Edition, on page 1274, the issue of intention in a murder case was discussed and explained as follows: “Intention how to be deduced – The intention is a question of fact which is to be gathered from the acts of the parties. The Law books as regards intention to the natural result of a man’s act, and not to the condition of his mind. So, when a normal man does an act, he should be credited with the intention of doing that which S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw is inevitable consequence of his act. Further, the nature of intention has to be gathered from various circumstances, for instance, the kind of weapon used, the part of the body hit, the amount of force employed and the circumstances attending upon death. In the absence of any indication or circumstances to show that the particular injury inflicted by the accused was accidental or unintentional or that some other kind of injury was intended to be inflicted, the presumption would be that the very injury suffered by the deceased was intended. Mere absence of premeditation will not be enough to displace this presumption. The question whether the offender entertained a particular type of intention or not is the question which is to be answered not from any direct evidence but from the proved facts and circumstances of the case. However, it should be borne in mind that intention with which an act should be found to have been committed is neither constructive nor presumptive in its character. Though it is true that the Court should not expect direct evidence of intention in every case and that a proper inference about existence of a particular intention can be made from the circumstances of the case, such circumstances should be such as would enable the Court to arrive at a conclusion beyond reasonable doubt that the intention in question did exist. Evidence of motive is generally found to be capable of supplying good evidence about the nature of the intention to commit the particular act. The facts collateral to the main incident such as the manner and the method by which the offence was executed, possibility of the successful execution of the intended act, care taken by the accused S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw to eliminate the possible mistakes in carrying out the successful execution of the intended act are some of the facts which are likely to throw good light upon the actual intention with which the act was done.” (emphasis added) [31] Keterangan daripada SP3 yang merupakan pakar pathologis yang menjalankan bedah siasat atas jasad si mati membantu Mahkamah dalam mencari punca kematian si mati. SP3 mengesahkan si mati mati akibat kehilangan darah akibat luka tetak berganda dan ianya parah hingga menyebabkan kematian. Senjata yang digunakan adalah sebilah parang (ekshibit P10C). Pelakuan OKT disokong oleh keterangan langsung SP5 dan SP15 selain keterangan elektronik iaitu rakaman CCTV (ekshibit P40C). Adalah jelas elemen ini telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [32] OKT adalah orang terakhir yang dilihat dengan si mati. Ini disokong oleh keterangan SP5 dan SP10. Hanya OKT dan si mati sahaja yang bergaduh iaitu OKT dilihat menarik kaki si mati dan menumbuknya. Mahkamah Persekutuan didalam Public Prosecutor and Muhammad Khairuanwar bin Baharuddin (supra) memutuskan isu ini berkait rapat dengan niat untuk mencederakan si mati. S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw “[35] In this regard, firstly, the respondent had the opportunity to inflict injuries on the deceased. The respondent was the last person seen with the deceased while the deceased was still alive and importantly, the respondent’s conduct after the deceased death showed the act of covering the offence committed.” Di dalam kes ini, sebaik sahaja, OKT menyerang dan menetak si mati dengan parang, dia menyerah diri di IPD Klang Selatan kepada SP7. Adalah jelas bahawa OKT mempunyai niat untuk mencederakan si mati hingga menyebabkan kematiannya. [33] Adalah jelas daripada alasan-alasan ini, OKT mempunyai niat untuk untuk mencederakan tubuh badan si mati dan kecederaan pada tubuh badan si mati adalah memadai dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian dan terbukti si mati telah meninggal dunia. Mahkamah ini telah membuat rujukan kepada kes Tan Buck Tee v PP [1961] MLJ 176, Thompson HB memutuskan: - “There was the body with five appalling wounds on it, wounds penetrating to the heart and liver, which must have been caused by violent blows with a heavy sharp instrument like an axe. In the absence of anything else, whoever inflicted those blows must have intended to kill the person on whom they were inflicted”. S/N SwTcv8LS5U6jpnwAqHEpqw II. Kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera parah keatas Ng Hui Can [No. KP: 801113-10-5598] dengan menggunakan suatu alat, yang jika digunakan sebagai senjata untuk melakukan kesalahan yang mungkin menyebabkan kematian iaitu sebilah parang, suatu kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. [34] OKT juga dituduh di bawah kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada Ng Hui Can(p) (SP5) pada hari dan tarikh yang sama dengan kejadian yang menimpa si mati di lokasi kejadian yang sama. [35] Mahkamah merujuk kepada laporan perubatan yang dikeluarkan oleh HTAR Klang dan mendapati SP5 mengalami kecederaan parah iaitu retak di tengkorak dan kesan tetak di tangan (ekshibit P49). SP5 telah dirawat dan dirujuk kepada pakar orthopaedic.