MUHAMAD IZUDDIN SHAM BIN MOHAMAD ISA (No. K/P: 880520-43-5461) … DEFENDAN-DEFENDAN (MENGIKUT TUNTUTAN BALAS) ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 54) PENDAHULUAN [1] Permohonan injunksi (Kandungan 54) difailkan oleh Helmi Izham bin Haruna Rashid iaitu defendan dalam Tuntutan Asal dan S/N Hof7rgJzRk2eeznSbdvehg plaintif dalam Tuntutan Balas. Manakala Teh Ban Hin selaku pengarah dan pemegang saham Grene Residencia Sdn Bhd dinamakan sebagai defendan kelapan dalam Tuntutan Balas selain defendan kelima, Grene Residencia Sdn Bhd, beserta sembilan defendan yang lain termasuk Loh Sze Chin, defendan kesembilan. [2] Teh Ban Hin dan Grene Residencia memfailkan kandungan 72 permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar. [3] Kedua-dua Notis Permohonan Kandungan 54 dan Kandungan 72 telah didengar bersama-sama dan diputuskan pada 28.1.2026. Justeru, Alasan Penghakiman ini disediakan untuk kedua-dua permohonan Kandungan 54 dan 72. [4] Rayuan ke Mahkamah Rayuan telah difailkan oleh defendan kelima dan kelapan sahaja. Bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini, plaintif akan dirujuk sebagai Helmi Izham. FAKTA MATERIAL [5] Grene Residencia pada awalnya dikenali sebagai Paragon Residencia Sdn Bhd. Pada 28.1.2019 dan 21.6.2019, berlaku penambahan saham sebanyak 200 dan 3,000,000 dalam Grene Residencia Sdn Bhd dan saham-saham tersebut diperuntukkan kepada plaintif. Melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh 24.05.2019, Grene Residencia membeli hartanah Geran 28374 Lot 167 Seksyen 94A, Bandar Kuala Lumpur daripada Instant Bonus Sdn Bhd pada harga RM66,000,000.00. S/N Hof7rgJzRk2eeznSbdvehg [6] Antara terma perjanjian jual beli tersebut adalah, deposit RM6,600,000.00 hendaklah dibayar kepada Instant Bonus. Namun Grene Residencia hanya membayar separuh daripada jumlah tersebut. [7] Grene Residencia selanjutnya menggunakan RM3,300,000.00 lagi untuk menambah modal saham syarikat iaitu 2,990,000 saham pada harga RM1.00 sesaham sekitar 1.6.2020. [8] Pada tahun 2019, satu skim pemulihan telah dirangka bagi menghidupkan semula Projek Robson Hill yang ketika itu berdepan risiko terbengkalai. Di bawah skim ini, satu struktur pampasan telah dipersetujui, termasuk pemberian saham kepada pihak yang memainkan peranan penting dalam menjayakan pemulihan projek tersebut. [9] Helmi bersama rakan kongsinya, Dato’ Zulfikri bin Saidin (“Dato’ Zul”), memainkan peranan kritikal dalam menjayakan skim tersebut. Mereka menyediakan kepakaran penstrukturan semula, rangkaian hubungan dengan institusi kewangan (termasuk MBSB Berhad), serta kepimpinan dalam pelaksanaan projek. Kejayaan menjadikan projek ini berdaya maju secara komersial adalah hasil usaha mereka secara langsung. [10] Sebagai balasan kepada perkhidmatan profesional tersebut, telah dipersetujui bahawa kumpulan Dato’ Zul akan menerima pegangan ekuiti sebanyak 20% dalam Grene Residencia, bersamaan 1,200,000 saham (saham dipertikaikan) dengan Helmi didaftarkan S/N Hof7rgJzRk2eeznSbdvehg sebagai pemilik berdaftar saham tersebut sebelum berlakunya pertikaian. [11] Saham 2,990,000 telah diagihkan secara 1,792,000 saham diperuntukkan kepada Paragrene Land Berhad dan 1,198,000 saham diperuntukkan kepada Helmi. Paragrene Land memplidkan wujud perjanjian lisan supaya saham 1,198,000 dibayar dahulu oleh Paragrene Land bagi pihak Helmi. [12] Selanjutnya Paragrene Land telah memindahkan 2,000 saham pegangannya dalam Grene Residencia kepada Helmi dan menjadikan keseluruhan saham yang dipegang oleh Helmi dalam Grene Residencia berjumlah 1,200,000 saham. Tuntutan Terhadap Helmi [13] Pada 1.11.2024, Paragrene Land telah memulakan tindakan mahkamah terhadap Helmi. Melalui tuntutan utama dalam Guaman ini, Paragrene Land menyaman Helmi untuk wang berjumlah RM1,200,000.00 iaitu harga belian saham dalam Grene Residencia atau secara alternatif Helmi memindahmilik semula 1,200,000 saham dalam Grene Residencia kepada Paragrene Land. Namun, kertas kausa telah disampaikan ke alamat yang salah, menyebabkan Helmi tidak berpeluang membela diri. [14] Pada 3.7.2025, Paragrene Land memasukkan penghakiman ingkar terhadap Helmi. Mahkamah ini mendapati Paragrene Land telah mengabaikan relif pertama yang dipohon iaitu pembayaran S/N Hof7rgJzRk2eeznSbdvehg wang RM1,200,000.00 bagi harga belian dalam Penghakiman Ingkar saham Grene Residencia oleh Helmi dan hanya memasukkan relif bahaw saham sebanyak 1,200,000 yang dipegang oleh Helmi dalam Grene Residencia dipindahkan semula kepada Paragrene Land dalam masa 14 hari dari tarikh perintah selain kos. [15] Pada 11.9.2025, Helmi memasukkan permohonan mengenepikan penghakiman ingkar bertarikh 3.7.2025 selain memohon supaya pelaksanaan perintah penghakiman ingkar digantung. [16] Mahkamah ini telah pada 17.9.2025 membenarkan perintah penggantungan ad interim penghakiman ingkar sehingga permohonan Helmi dilupuskan. Selanjutnya, pada 19.11.2025, Mahkamah ini telah memutuskan penghakiman ingkar kehadiran diketepikan. [17] Selepas daripada itu, Helmi telah memfailkan kertas-kertas kausa yang berikut – a) Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 10.12.2025. b) Permohonan kebenaran penghinaan Mahkamah (Kandungan 49) terhadap Datuk Gregory Amos Yoon Peng Sum selaku pengarah Paragrene Land Berhad dan Grene Residencia Sdn Bhd yang telah melanggar perintah penggantungan pelaksanaan ad interim S/N Hof7rgJzRk2eeznSbdvehg dengan mendaftarkan pemindahan saham pada 17.9.2025 dan pemindahan lanjut saham pada 1.10.2025. c) Permohonan untuk injunksi interim sementara terhadap Teh Ban Hin daripada berurusan dengan 1,200,000 saham dalam Grene Residencia dan terhadap Grene Residencia daripada memindahkan dan/atau berurus dengan hartanah yang dipegang oleh Grene Residencia di bawah Geran 28734 of Lot 167, Seksyen 94A, Bandar Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur temasuk halangan melaksanakan hak di bawah perjanjian jual beli dengan Instant Bonus Development Sdn Bhd. [18] Melalui Tuntutan Asal, Paragrene Land menuntut terhadap Helmi seperti berikut – i. Dakwaan kegagalan dan/atau keengganan membayar balik jumlah sebanyak RM1,200,000.00, iaitu dakwaan harga pembelian 1,200,000 saham dalam Grene Residencia yang kononnya telah dibayar sepenuhnya oleh Paragrene Land, telah dibayar terlebih dahulu bagi pihak Helmi menurut satu perjanjian lisan; dan ii. bahawa Helmi telah diperkaya secara tidak adil dengan memegang 1,200,000 saham di dalam Grene S/N Hof7rgJzRk2eeznSbdvehg Residencia tanpa Helmi membuat sebarang bayaran untuknya. [19] Pada 17.9.2025, Helmi telah memperoleh satu penggantungan ad interim JID (“Perintah”) terhadap Paragene Land sementara pelupusan permohonan Helmi bertarikh 11.09.2025 untuk mengetepikan penghakiman ingkar tersebut. Perintah tersebut dibuat pada pendengaran inter partes di dalam kehadiran peguam Paragrene Land. [20] Pada setiap masa material pada dan selepas 17.9.2025, Paragrene Land mempunyai pengetahuan tentang Perintah tersebut dan larangan nyata terhadap apa-apa pelaksanaan penghakiman ingkar sehingga pelupusan permohonan Helmi untuk mengetepikan penghakiman ingkar tersebut. [21] Pada 18.9.2025, peguamcara Helmi telah menulis kepada peguamcara Paragrene Land untuk memaklumkan bahawa Helmi mengetahui yang Paragrene Land sedang berusaha untuk mengenal pasti pembeli atau pembeli-pembeli untuk saham dalam Grene Residencia dan/atau hartanah yang dipegang oleh Grene Residencia di bawah geran 28734, Sesyen 94A, Bandar Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (“hartanah tersebut”), iaitu subjek prosiding di sini. [22] Melalui surat yang sama, peguamcara Helmi juga telah meminta satu akujanji daripada Paragrene Land bahawa mereka tidak akan meneruskan sebarang penjualan, pemindahmilikan, atau S/N Hof7rgJzRk2eeznSbdvehg pelupusan saham dalam Grene Residencia dan/atau hartanah tersebut tanpa memaklumkan Helmi dan mendapatkan persetujuan Helmi, namun Paragrene Land tidak membalas surat tersebut. [23] Pada 19.11.2025, semasa Mahkamah ini membenarkan Kandungan 18, 1,200,000 saham di dalam Grene Residencia telah pun dilupuskan yang mengakibatkan Perintah tersebut gagal dipatuhi. [24] Melalui Kandungan 54, Helmi menuntut untuk perintah-perintah berikut –