Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-16-35-05/2025 ANTARA PARTHIBAN A/L KANNIAPPAN … PERAYU DAN PERTUBUHAN KESELAMATAN PEKERJA ... RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
BA-16-35-05/2025
High Court of Malaysia28 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-16-35-05/2025 ANTARA PARTHIBAN A/L KANNIAPPAN … PERAYU DAN PERTUBUHAN KESELAMATAN PEKERJA ... RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) bertarikh 6.12.2024 yang menolak permohonan Perayu untuk pencen keilatan.
2
Setelah meneliti suratcara dan hujahan kedua pihak, Mahkamah menolak rayuan ini. Berikut alasan untuk keputusan tersebut. Prosiding di hadapan JRKS
3
Perayu seorang pemandu lori dan berupa seorang berinsurans seperti ditakrif di bawah seksyen 2(5) Akta Keselamatan Pekerja 1969 (Akta 4).
4
Permohonan pertama Perayu untuk pencen keilatan telah ditolak pada Februari 2023 oleh Jemaah Doktor. Kemudian Perayu mengemukakan suatu lagi permohonan pada 12.3.2024 berdasarkan laporan perubatan bertarikh 6.3.2024 yang dia didiagnos menghidap “chronic obstructive airway disease in acute exacerbation secondary to community acquired pneumonia.”
5
Permohonan tersebut ditolak oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial melalui surat bertarikh 29.3.2024 kerana Perayu melebihi umur 60 tahun pada tarikh notis dihantar dan masih mengambil bahagian yang memberikan pendapatan yang menguntungkan selepas berumur 60 tahun.
6
Perayu mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut kepada Responden pada 19.6.2024 dan rayuannya juga ditolak.
7
JRKS merujuk kepada Peraturan 46 Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 (Peraturan) dan mendapati dia tidak layak menerima pencen ilat kerana –
i
Perayu masih mampu bekerja secara berkeuntungan sehingga umur 60 tahun; dan
II
(ii) permohonan dikemukakan selepas dia berumur 60 tahun 9 bulan Dapatan Tempoh rayuan
8
Seksyen 91 Akta 4 memperuntukkan – “(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyatanya dalam seksyen ini, tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu perintah jemaah rayuan yang ditubuhkan menurut atau di bawah Akta ini.
2
Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi terhadap sesuatu perintah jemaah rayuan yang ditubuhkan menurut atau di bawah Akta ini jika rayuan itu berkenaan dengan soal undangundang yang material.
3
Had tempoh bagi sesuatu rayuan di bawah seksyen ini ialah enam puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.”
9
Perintah Responden bertarikh 6.12.2024 dan oleh itu tempoh 60 hari untuk mengemukakan rayuan luput pada 4.2.2025. Perayu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan JRKS pada 9.6.2025. Tiada sebarang permohonan untuk penyingkatan atau lanjutan masa dibuat.
10
Dalam kes Majlis Peguam & Anor v. Tan Sri Dato’ Mohamed Yusoff bin Mohamed [1997] 2 MLJ 271; [1997] 3 CLJ 332 Mohd Azmi HMP memutuskan – “(i) peraturannya adalah masa yang ditetapkan dalam mana-mana undang-undang bertulis adalah selalu dianggap dan ditafsirkan sebagai mandatori melainkan terdapat kuasa yang nyata dalam undang-undang yang tertentu untuk menyingkat atau melanjutkan masa; dan
II
(ii) walaupun Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk menggunakan kuasa budi bicara amnya untuk penyingkatan di bawah perenggan 8 Jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91), kuasa budi bicara itu mesti dilaksanakan secara adil, bukan secara sembarangan atau tidak menentu, dan ia tidak patut dilaksanakan kecuali kehendak keadilan dipenuhi.”
11
Berpandukan keputusan Mahkamah Agung ini, Mahkamah memutuskan masa yang ditetapkan dalam seksyen 91 Akta 4 adalah mandatori. Tiada peruntukan nyata dalam akta tersebut yang membenarkan penyingkatan atau perlanjutan masa.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.