All persons who have at any time been the subject of banishment orders under any law for the time being in force relating to banishment, whether or not such orders have been revoked or cancelled or are spent. All persons who are subject to orders under the Restricted Residence Act 1933 [Act 377].” Melihat kepada peruntukan Akta Pencegahan Jenayah 1959 ini, mahkamah mendapati hanya seseorang yang pernah terlibat dalam perlakuan jenayah sahaja yang boleh diletakkan di bawah pengawasan polis di bawah Akta ini. Oleh itu, walaupun rekod sabitan Perayu tidak dikemukakan di mahkamah, namun mahkamah ini berpuashati Perayu sememangnya pernah terlihat dalam perlakuan jenayah sebelum ini dan tidak salah untuk Hakim Mahkamah Sesyen membuat kesimpulan bahawa Perayu mempunyai rekod sabitan lampau iaitu seorang yang sedang menjalani hukuman bagi kesalahan yang lain. [11] Atas hujahan Perayu bahawa Perayu harus dipertimbangkan diskaun ke atas tempoh hukuman yang boleh dikenakan dan juga bahawa kepentingan awam harus diseimbangkan dengan kepentingan Perayu, mahkamah ini mendapati bahawa perkara ini adalah sesuatu yang tertakluk di bawah pertimbangan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan dan mahkamah mendapati ia telah diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang berkenaan bergantung kepada fakta kes ini. Antara lain Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat rujukan kepada kes Public Prosecutor v Mohd Romzan bin Ramli [2008] 2 MLJ 741, di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi pada masa itu memutuskan: “(5) Although the respondent had pleaded guilty, the discount for pleading guilty is only a general rule and is subject to exceptions. In the instant case, the sentence of six years' imprisonment and one stroke of the cane was not only manifestly inadequate but was also not in line with the established judicial principles. Accordingly, under s 316(b) of the CPC, the sentence ought to be set aside and substituted thereof with a sentence of 11 years' imprisonment and three strokes of the cane, the term of imprisonment to run from the date of arrest (see paras 22 & 24).” [12] Hakim Mahkamah Sesyen juga telah membuat rujukan kepada kes PP v. Govindnan Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370 Hakim Augustine Paul JC (sepertimana beliau ketika itu) berkata: “In passing sentences public interest must necessarily be one of the prime considerations. A major element of public interest is that justice means justice not only to the accused but also to society. Accordingly, in passing sentence a court has to consider not only the offence and the offender but also the interest of society. Where a person is found to be a persistent offender then it is in the interests of justice that a deterrent sentence should be passed.” Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah mengambil maklum akan kesan serius yang akan dialami oleh rakyat di dalam kawasan tersebut akibat dari gangguan perkhidmatan talian/internet yang boleh berlaku di kawasan tersebut akibat dari perbuatan Perayu. Mahkamah ini percaya pertimbangan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di dalam kes ini adalah pertimbangan yang betul dan berada sepenuhnya di bawah kuasa budibicaranya untuk memutuskan. [13] Atas hujahan Perayu bahawa dia tidak dimaklumkan pengakuan salah kepada kesalahan dibawah Sek 457 akan juga melibatkan hukuman penjara tambahan selama 2 tahun dan sebat disebabkan Sek 17 Akta Pencegahan Jenayah 1959, mahkamah mendapati bahawa hujahan ini tidak mempunyai merit. Setelah meneliti Alasan Penghakiman dan Nota Keterangan, mahkamah mendapati bahawa hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas Perayu sekiranya dia mengaku salah telah diterangkan kepadanya oleh Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan. Di dalam rekod rayuan, ianya telah diterangkan seperti berikut: “HUKUMAN S.457 KENUN KESEKSAAN : HENDAKLAH DIHUKUM DENGAN PEMENJARAAN YANG BOLEH SAMPAI LIMA TAHUN DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN DENDA DAN JIKA KESALAHAN YANG DIMAKSUDKAN HENDAK DILAKUKAN ITU IALAH KESALAHAN MENCURI MAKA TEMPOH PEMENJARAAN ITU BOLEHLAH DILANJUTKAN HINGGA EMPAT BELAS TAHUN HUKUMAN S.17 AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959: BOLEH DIKENAKAN PENJARA SELAMA TEMPOH DUA KALI GANDA TEMPOH MAKSIMUN YANG BOLEH DIKENAKAN KE ATASNYA APABILA DISABIT KE ATAS KESALAHAN ITU DAN JUGA SEBAT.” Perlu dinyatakan di sini bahawa Perayu telah diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) semasa sebutan kali pertama pada 7.5.2025 di mana hukuman yang boleh dikenakan terhadapnya telah diterangkan. Namun pada masa hukuman dijatuhkan pada 11.6.2025, Perayu tidak diwakili peguam. Perayu telah diberikan peluang untuk mendapatkan peguam namun memilih untuk meneruskan dengan prosiding fakta dan hukuman dan akan membuat rayuan sendiri. Di dalam nota keterangan, sekali lagi hukuman yang boleh dikenakan terhadap Perayu telah diterangkan kepadanya. Di nota keterangan dinyatakan: “TPR: Kes untuk fakta dan hukuman. Pohon pertuduhan dibacakan semula kepada OKT. Mahkamah: Pertuduhan dibacakan, diterangkan dan difahamkan kepada OKT dalam Bahasa Tamil. OKT: Mengaku salah atas pertuduhan. Faham sebab dan akibat pengakuan salah. (OKT telah dimaklumkan bahawa peguam YBGK tidak ada. OKT telah diberi pilihan samada hendak mendapatkan khidmat peguam atau membuat rayuan sendiri. (OKT memilih untuk membuat rayuan sendiri.) Mahkamah ini berpendapat “Faham sebab dan akibat pengakuan” bermaksud hukuman yang boleh dikenakan terhadapnya telah diterangkan kepada Perayu. [14] Atas isu samada hukuman yang dijatuhkan terhadap Perayu bersifat keterlaluan (excessive) atau tidak, mahkamah mendapati bahawa hukuman 7 tahun penjara yang dijatuhkan adalah masih di dalam julat hukuman yang boleh dijatuhkan iaitu maksima 14 tahun. Hukuman yang dijatuhkan hanya separuh daripada hukuman 14 tahun yang boleh dijatuhkan dan mengambilkira fakta bahawa perayu adalah seorang yang berada di bawah tempoh pengawasan dari tarikh 19 Disember 2024 sehingga 18 Disember 2025 dan kesalahan yang dilakukan adalah dalam tempoh pengawasan tersebut iaitu pada 30.04.2025 dan pertimbangan-pertimbangan lain yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen, mahkamah ini berpendapat hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dan tiada kekhilafan dilakukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan. [15] Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan perayu dan hukuman Hakim Mahkamah Sesyen adalah dikekalkan. Bertarikh 19.4.2026. SYED FAISAL BIN SYED AMIR Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping Perak Darul Ridzuan Timbalan Pendakwa Raya : Waffy bin Ismail Peguam bagi pihak Defendan : Varpal Singh a/l Menender Singh [Tetuan Varpal and Associates]